You are on page 1of 12

PENGARUH-PENGARUH LUARAN Satu daripada unsur penting dalam kebangkitan semangat kebangsaan adalah keinginan untuk mendapatkan hak

politik yang lebih dan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Keinginan ini sering kali didorong antara lainnya oleh pengaruh dari luar. Gerakan kebangsaan di Tanah Melayu tidak terkecuali daripada keadaan itu dan sangat berkait rapat dengan perkembangan yang berlaku di lain-lain negara Asia seperti Turki, Mesir, Indonesia, Rusia, Negara China dan India. Ini kerana pada awal abad ke-20, banyak perubahan yang berlaku di negara-negara itu telah mempengaruhi dan membangkitkan kesedaran rakyat di Tanah Melayu. Pelbagai peristiwa yang berlaku di negara negara itu telah menarik perhatian para pemimpin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ini dapat disifatkan sebagai faktor-faktor luaran yang mendorong kepada kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Satu daripadanya ialah Peperangan China-Jepun yang berlaku pada tahun 1904-05. Jepun Peperangan Rusia-Jepun (190405)

Mesir Gerakan Pembaharuan Islam

Turki Fahaman Jamiah Islam Pengaruh Luaran

Indonesia Sarekat Dagang Islam Sarekat Islam Parti Komunis Indonesia (PKI) Parti Nasionallndonesia (PNI)

China dan India

Pengaruh Dr. Sun Yatsen

Pengaruh Mahatma Gandhi

Rajah 10.1: Pengaruh luaran ke atas kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

PEPERANGAN RUSIA-JEPUN, 1904-05 Peperangan yang meletus antara Rusia dengan Jepun telah menarik perhatian rakyat di kebanyakan negara di Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu. Ini disebabkan Jepun ialah sebuah negara Asia, sementara Rusia ialah negara Eropah. Mereka menganggap peperangan tersebut sebagai satu pertelingkahan antara orang Asia dengan Eropah. Pandangan ini didorong oleh kedudukan negaranegara di Asia Tenggara yang semasa itu masih dijajah, terutamanya oleh kuasa Eropah. British sedang menguasai Tanah Melayu dan Burma (kini dikenali sebagai Myanmar), Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, manakala Filipina dikuasai oleh Amerika Syarikat. Perasaan angkuh orang Eropah sebagai kuasa penjajah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan. Oleh itu, peperangan antara Jepun dengan Rusia dianggap penting kerana mencerminkan penentangan sebuah negara Asia terhadap kuasa penjajah Eropah. Pada akhir abad ke-19, kuasa-kuasa Eropah berlumba-lumba untuk men dapatkan tanah jajahan baru di Asia. Boleh dikatakan hampir seluruh benua Asia jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat, sarna ada secara langsung atau tidak. Rusia sedang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah di utara benua Asia, manakala Britain dan kuasa Eropah yang lain di bahagian selatan. Dalam usaha untuk meluaskan pengaruhnya, Rusia telah bertembung dengan Jepun, sebuah negara di Asia yang juga berminat untuk memenuhi cita-cita imperialis. Pada ketika itu, Jepun adalah sebuah negara yang kuat di Asia, terutamanya di Timur Jauh. Jepun sedang mara untuk menakluki wilayah-wilayah baru di tanah besar Asia seperti Manchuria dan Korea. Jepun yang mempunyai ke pentingan ekonomi dan politik di Korea bimbang tentang kegiatan Rusia di Manchuria kerana

mungkin akan meluas ke Korea. Pada tahun 1891, Rusia memulakan perkhidmatan kereta api Trans-Siberia yang menghubungkan Moscow di barat Rusia dengan Vladivostok di timur. Walaupun pembinaan jalan kereta api tersebut untuk kepentingan ekonomi dan keamanan, tetapi Jepun melihat ini akan memudahkan Rusia mengambil bahagian yang lebih aktif dalam hal ehwal politik di sebelah timur. Kebimbangan ini telah menimbulkan salah faham yang akhirnya mencetuskan ketegangan antara kedua-dua buah negara. Peperangan Rusia-Jepun meletus pada 6 Februari 1904. Selepas pengisytiharan peperangan, Jepun mula memasuki Korea dan menduduki negara itu. Kapal-kapal pembinasa Jepun yang diketuai oleh Laksamana Togo telah membedil beberapa unit tentera Rusia di Port Arthur. Dua buah kapal perang dan sebuah kapal penjelajah berjaya dimusnahkan. Tidak lama kemudian, Port Arthur, Vladisvostok dan Chemulpo dapat ditawan. Angkatan perang Rusia pimpinan Laksamana Kuropatkins mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun Laksamana Kuropatkins berusaha mendapatkan bantuan tentera melalui jalan kereta api Trans-Siberian, tetapi tidak berhasil. Pada bulan Mac 1905, tentera Jepun berjaya menguasai ibu kota Mukden. Peperangan ini ber akhir pada bulan Mei 1905 apabila angkatan tentera laut Rusia dapat dikalahkan sepenuhnya dalam pertempuran di timur Pulau Tsuhima. Perbalahan antara kedua-dua negara berakhir dengan Perjanjian Portmouth yang ditandatangani pada bulan September 1905. Kemenangan Jepun dalam peperangan ini menjadikannya sebuah kuasa yang kuat di Asia. Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia moden, sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah. Kemenangan Jepun juga mengubah pandangan negaranegara di Asia terhadap kuasa Eropah. Keme nangan ini membuktikan kuasa Eropah tidak sekuat seperti yang disangkakan. Kemenangan Jepun menimbulkan kesedaran rakyat di Asia Tenggara, termasuk di Tanah Melayu bahawa mereka juga mampu mengalahkan kuasa Eropah, iaitu Britain seperti yang dicapai oleh Jepun dalam peperangan dengan Rusia. PENGARUH DARI TIMUR TENGAH Pada abad ke-19, satu perubahan penting telah berlaku di Timur Tengah. Em payar Turki Uthmaniah, sebuah

empayar Islam yang besar ketika itu meng alami zaman kemerosotan. Banyak negara di bawah kekuasaannya telah ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Yunani dan Rusia. Keadaan itu juga memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat, khususnya Britain dan Perancis meluaskan pengaruh ke wilayah-wilayah di Timur Tengah melalui kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains dan teknologi. Perkembangan tersebut menimbulkan ancaman dari segi politik, ketenteraan dan ekonomi kepada Empayar Uthmaniah dan lain-lain kerajaan Islam yang kecil. Ini disebabkan seiring dengan perkembangan tersebut, idea-idea baru dari Barat mula tersebar. Antaranya, idea nasionalisme yang menyemai pera saan kebanggaan kepada kaum dan mula mengenepikan soal-soal keagamaan. Idea-idea dan pengaruh nasionalisme dari Barat kemudiannya tersebar dengan meluas dan meresapi pemikiran bangsa Arab. Pengaruh itu dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan, terutamanya di kalangan Arab Kristian dan Syria. Ini diikuti dengan seruan-seruan betapa pentingnya perpaduan, keadilan dan semangat cintakan tanah air yang disebarkan melalui akhbar-akhbar. Mesej yang ingin disampaikan ialah ketaatan kini harus ditumpukan kepada negara dan bukan lagi kepada agama (Hourani, 1970:263). Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniah telah meninggalkan kesan kepada rakyat Turki yang sebahagian besarnya beragama Islam. Ada antara mereka percaya bahawa kemerosotan Empayar Uthmaniah disebabkan sikap umat Islam di negara itu yang tidak mengambil berat soal-soal agama. Perkembangan tersebut mendorong kemunculan satu gerakan pembaharuan yang kuat pada akhir abad ke-19. Gerakan ini bertujuan memulihkan kepentingan agama Islam di Turki dengan mengembalikan semula zaman kegemilangan dunia Islam. Gerakan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah Islam menyeru orang Islam di seluruh dunia bersatu padu menentang ancaman imperialis Barat. Gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Turki ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909). Baginda dianggap sebagai pemimpin Islam yang dapat membela umat Islam untuk menghadapi berbagai-bagai ancaman dari Barat. Sultan Abdul Hamid diberi gelaran khalifah, iaitu satu gelaran yang pernah digunakan oleh pemerintah Islam terdahulu semasa zaman kegemilangan Empayar Turki di Timur Tengah. Orang Islam di Turki percaya bahawa cara untuk membangkitkan semula agama Islam adalah dengan menyatukan umat

Islam di seluruh dunia di bawah seorang khalifah. Pandangan ini kemudiannya berjaya mempengaruhi umat Islam di negara-negara lain di Timur Tengah, India danAsia Tenggara. Fahaman Jamiah Islam mempunyai kaitan dengan gerakan Pan-Islamism yang sedang meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia. Fahaman ini menjadi sumber ilham kepada nasionalis Melayu di Singapura dan lain-lain negeri di Tanah Melayu. Boleh dikatakan corak gerakan kebangsaan awal di Tanah Melayu banyak mencontohi gerakan kebangkitan Islam di Turki. Selain kegiatan nasionalisme di Turki, unsur-unsur gerakan kebangsaan di Mesir juga mempengaruhi gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Pada akhir abad ke-19, pengaruh Barat terutamanya kuasa British telah bertapak kuat di Mesir. Pemerintah Mesir daripada keturunan Dinasti Muhammad Ali Pasha telah menggalakkan kemasukan Tamadun Barat ke negara itu. Pelbagai bantu an dari luar, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dibawa masuk dari Perancis. Malah, orang Perancis sendiri telah membantu dalam pembinaan Terusan Suez pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1882, British menak luki Mesir dan memperkenalkan cara pentadbiran British dan kebudayaan Barat. Perkembangan itu tidak begitu disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam oleh budaya Barat. Penduduk di Mesir menentang perubahan yang diperkenalkan di negara itu. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat di sebalik bantahan yang dibuat, sesuatu tindakan harus diambil untuk menge lakkan orang Islam daripada terus ketinggalan dalam arus perubahan yang berlaku. Seorang pemimpin penting gerakan pembaharuan Islam ialah Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905), seorang ulama dan Mufti Besar Mesir yang sangat dihormati. Beliau lulusan dari Universiti al-Azhar di Kaherah, iaitu sebuah institusi pengajian Islam yang terkemuka. Muhammad Abduh banyak dipengaruhi oleh guru beliau, Sayid Jamaluddin al-Mghani (1838-97) juga seorang reformis Islam. Muhammad Abduh telah mengkaji semula prinsip- prinsip Islam yang asas dan beliau berpendapat masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh umat Islam boleh diselesaikan dengan mengikut ajaran Islam sebenar. Beliau menegaskan bahawa jika umat Islam berpandukan kepada al-Quran, mereka akan dapat mengikuti dan menyesuaikan diri

kepada segala perubahan yang berlaku. Oleh itu, al-Quran perlu dikaji dan difahami dengan mendalam. Muhammad Abduh menulis banyak buku dan majalah bagi menyebarkan pandangannya. Karya-karya beliau tersebar di banyak tempat di serata dunia. Di Mesir, tulisantulisannya disiarkan dalam majalah yang dinamakan alManar. Usaha Muhammad Abduh telah membangkitkan kesedaran dan kecende rungan terhadap pengajian Islam. Para pengikutnya sedar bahawa melalui kefahaman yang mendalam tentang agama Islam, mereka berupaya mengatasi pelbagai masalah dalam masyarakat Islam yang sedang diancam oleh budaya Barat. Para pemimpin Islam di Tanah Melayu sangat tertarik kepada pemikiran Muhammad Abduh kerana keadaan di Tanah Melayu tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku di Mesir. Pandangan Muhammad Abduh yang disiar kan dalam majalah al-Manar menarik perhatian ramai di Tanah Melayu. Idea -idea Muhammad Abduh turut disebarkan di Tanah Melayu oleh bekas pelajar Melayu yang pernah menuntut di Timur Tengah seperti Sheikh Mohd Tahir bin Jalaluddin al-Azhari dan Sayid Sheikh bin Ahmad alRadi. Para pelajar dari Tanah Melayu melihat perkembangan semangat kebangsaan di Mesir sungguh hebat. Ini memberi mereka ilham untuk berjuang setelah kembali ke tanah air. Semasa di Mesir, para pelajar ini telah menerbitkan dua buah majalah yang diberi nama Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk memuatkan pandangan mereka. Majalah tersebut diterbitkan dengan kerjasama pelajar dari Indonesia kerana mereka menganggap orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia berasal daripada satu rumpun yang sarna, iaitu bangsa Melayu.

PENGARUH GERAKAN POLITIK DI INDONESIA Selain Timur Tengah, perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh gerakan politik yang berlaku di Indonesia. Terdapat tiga sebab utama mengapa perkembangan di Indonesia begitu kuat mempengaruhi gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Pertama, Indonesia ialah negara jiran yang paling hampir dengan Tanah Melayu. Oleh itu, segala peristiwa yang berlaku di negara tersebut mudah tersebar ke negara-negara jirannya. Kedua, terdapat beberapa ciri

persamaan antara kedua-dua buah negara, iaitu mempu nyai tujuan yang sarna untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Indonesia di bawah kuasa Belanda, manakala Tanah Melayu di bawah penjajah British. Pertalian antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh ikatan hubungan serumpun, iaitu kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam dan agama. Kebangkitan kesedaran kebangsaan di Indonesia telah digerakkan oleh keadaan ekonomi yang tidak seimbang dan pengasingan sosial yang dilakukan terhadap rakyat tempatan oleh penjajah Belanda. Rakyat Indonesia berasa tidak puas hati dengan pihak Belanda dalam banyak perkara. Antaranya, rakyat tempatan tidak disediakan kemudahan pelajaran yang baik, peluang pekerjaan terbatas kepada golongan terpelajar tempatan dan faedah-faedah daripada pembangunan ekonomi lebih banyak dinikmati oleh penjajah Belanda dan pedagang Cina, jika dibandingkan dengan rakyat tempatan. Susulan keadaan tersebut, pada tahun 1909 sebuah pertubuhan berunsurkan ekonomi dan agama ditubuhkan untuk melindungi kepentingan pedagang tempatan. Pertubuhan itu dinamakan Sarekat Dagang Islam yang diasaskan oleh Raden Mas Tir toadisoeryo. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk melindungi para peniaga Jawa dalam menghadapi ancaman dan saingan daripada para pedagang Cina. Penubuhan Sarekat Dagang Islam mencerminkan satu tindak balas ke atas gerakan kebangkitan semula Islam dan perasaan anti-Cina kerana pertubuhan itu berjaya menjadikan Islam sebagai daya pengikat untuk menyaingi perusa haan batik Cina. Perasaan anti-Cina semakin merebak dan melahirkan bebe rapa unsur permusuhan sosial sehingga membawa kepada kebangkitan anti -Cina di Surabaya dan Surakarta. Seterusnya perasaan itu merebak hingga melibatkan pihak penjajah Belanda. Walaupun Sarekat Dagang Islam kemudiannya diharamkan oleh pihak Belanda, tetapi tindakan tersebut tidak dapat menyekat perkembangan nasionalisme di Indonesia. Pada tahun 1912, sebuah pertubuhan lain bernama Sarekat Islam ditubuhkan oleh Haji Agoes Salim dan Umar Said Tjokroaminoto. Pertubuhan ini lebih bercorak parti politik dan bertujuan memperbaiki taraf hidup orang Indonesia, di samping menguatkan kedudukan agama Islam. Sare kat Islam kemudiannya berkembang dengan pesat dan muncul sebagai sebuah parti politik yang kuat dengan sokongan seramai 800 000

orang ahli. Pengaruh Sarekat Islam tidak terbatas di Indonesia sahaja, malah ada percubaan untuk meluaskan kegiatan dan menyebar pengaruh Sarekat Islam di luar Indonesia selepas Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1921, Haji Agoes Salim telah menulis sepucuk surat kepada seorang pemimpin dari Singapura bernama Haji Ibrahim bin Sidin memberitahunya jika beliau (Haji Ibrahim) berminat menu buhkan beberapa cawangan Sarekat Islam di Tanah Melayu. Sebagai susulan nya, Haji Ibrahim pergi ke Johor untuk menubuhkan beberapa cawangan Sare kat Islam, tetapi sambutan yang diterima tidak menggalakkan. Pada tahun 1928, berlaku satu kebangkitan menentang British di Terengganu. Kebangkitan itu dilakukan oleh sebuah pertubuhan sulit yang dinamakan Sharikatul Islam, sebuah badan politik yang berasaskan agama Islam. Pertu buhan itu dipimpin oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor. Ada kemungkinan beliau sedang berusaha meluaskan kegiatan Sarekat Islam di Terengganu melalui pertubuhan yang dipimpinnya. Walaupun begitu, tiada bukti jelas untuk mengesahkan tindakan beliau. Pada umumnya, usaha untuk meluaskan pengaruh Sarekat Islam di luar Indonesia memang ada, tetapi tidak begitu berjaya. Jadual 10.1: Pengaruh Indonesia terhadap kebangkitan kesedaran kebang saan di Tanah Melayu.

Sarekat Dagang Islam Sarekat Islam Menubuhkan cawangan di Johor oleh Haji Ibrahim Sidin, tetapi kurang mendapat sambutan. Percubaan menubuhkan cawangan di Terengganu oleh Sayid Muhammad. Parti Komunis Indonesia (PKI) Menyebarkan fahaman komunis di kalangan orang Melayu. Gagal mendapat sambutan kerana faham komunis berten tangan dengan agama Islam. Parti Nasional Indonesia (PNI) Mempengaruhi para pelajar SITC. Mendorong kepada penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Selepas tahun 1917, gerakan nasionalisme di Indonesia mula memperlihatkan tindakan militan kerana para nasionalis di negara itu tidak berpuas hati dengan tindak balas pemerintah Belanda. Perkembangan tersebut membang kitkan perasaan anti-Belanda yang semakin merebak dan pada masa yang sarna, idea-idea golongan kiri mula mempengaruhi gerakan nasionalisme Indonesia. Tuntutan untuk mencapai kemerdekaan semakin kuat dilaungkan. Akhirnya, Sarekat Islam berjaya mendesak pemerintah Belanda memenuhi beberapa tuntutan mereka. Antaranya, rakyat tempatan dibenarkan mengambil bahagian dalam Dewan Rakyat Indonesia (Volksraad). Sementara itu, anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) yang ditubuhkan pada tahun 1920 sering kali melawat ke Tanah Melayu dan berusaha menyebar kan fahaman komunis di kalangan orang Melayu. Walaupun kejayaannya agak terbatas, tetapi beberapa percubaan telah dibuat untuk mengekalkan hubungan dengan kumpulankumpulan yang bersimpati dengan perjuangan PKI di Indo nesia. Singapura menjadi pusat kegiatan PKI di rantau Asia Tenggara. Antara pemimpin PKI yang memainkan peranan penting ialah Alimin, seorang tokoh utama PKI dan Tan Malaka, wakil Komintern (Communist International) bagi Asia Tenggara dan Australia. Pada tahun 1924, Alimin dikatakan singgah di Singapura dalam perjalanan beliau menghadiri satu mesyuarat di Canton. Walaupun tujuan kedatangan Alimin ke Singapura tidak jelas, tetapi beliau dikatakan berjaya mendapat sejumlah pengikut. Pada bulan Julai 1926, Tan Malaka dipercayai berada di Batu Pahat untuk mencari pengaruh dan pada 31 Ogos 1926, satu mesyuarat anggota Revolusi Sumatera diadakan di Singapura. Mesyuarat tersebut berjaya menubuhkan Sarekat Dagang Indonesia. Badan dijangka akan menubuhkan cawangan di Pulau Pinang dan Batu Pahat (Khoo Kay Kim, 1973:113-7). Dalam tempoh beberapa tahun berikutnya, beberapa orang pemimpin PKI seperti Tan Malaka, Musso, Winanta, Boesdisoejitro, Djamaluddin Tamin dan Soebakat kerap mengunjungi Singapura dan Tanah Melayu untuk mengadakan rundingan berhubung satu pemberontakan yang dirancangkan di Indonesia, di samping berusaha mempengaruhi orang Melayu tempatan menyertai per juangan komunis. Pada tahun 1925, Tan Malaka dikatakan berusaha mendapat kan maklumat tentang golongan di kalangan penduduk di Tanah Melayu yang dianggap boleh dipengaruhi oleh komunis. Beliau dikatakan pernah menyusun satu gerakan komunis di kalangan orang

Melayu, tetapi usaha tersebut tidak begitu berjaya (Roff, 1994:222-4). Pengikut komunis yang tiba dari Indonesia tidak mendapat bantuan daripada orang Melayu tempatan, tetapi mereka dibantu oleh anggota komunis Indonesia yang tinggal di Tanah Melayu. Misal nya, pada tahun 1926, rumah seorang keturunan Jawa di Singapura telah digunakan sebagai alamat surat-menyurat anggota komunis Indonesia. Rumah tersebut dimiliki oleh Abdul Ghafar Abdul Rahman, seorang broker jemaah haji ke Makkah (Khoo Kay Kim, 1973:117). Berbanding dengan pengaruh golongan komunis, pengaruh golongan nasionalis di Indonesia tersebar dengan meluas di Tanah Melayu, terutamanya selepas penubuhan Parti Nasional Indonesia (PNI), pimpinan Sukarno. Malah, sebelum itu, ramai golongan muda di Indonesia sudah berjuang melalui tulisan tulisan mereka Indo-China gerakan sosial dan budaya untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Perkembangan di Indonesia dalam tempoh ini memberi kesan kepada golongan terpelajar di Tanah Melayu. Kejayaan yang dicapai oleh kegiatan nasionalis Indonesia telah merangsangkan gerakan kebangsaan di Tanah Melayu untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah British. PERKEMBANGAN DI NEGARA CHINA DAN INDIA Selain Indonesia, perkembangan di Negara China juga mempengaruhi kesedar an kebangsaan di Tanah Melayu. Pada tahun 1894, satu gerakan revolusi telah dimulakan di Negara China dengan diketuai oleh Dr. Sun Yat-sen. Gerakan itu bertujuan untuk mengasaskan sebuah republik yang bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu. Dr. Sun Yat-sen telah lama terdedah kepada falsafah dan pemikiran Barat berdasarkan latar belakang pendidikannya. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Honolulu, Hawaii sebelum melanjut kan pelajaran dalam bidang perubatan di Canton dan Hong Kong. Pada masa itu, Hong Kong berada di bawah pentadbiran British. Ini telah menimbulkan kesedaran beliau untuk melakukan sesuatu bagi mengubah nasib negaranya sendiri. Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat-sen telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Hsing Chung Hui (Pertubuhan Kebangkitan China) di Hono lulu untuk mengumpulkan orang Cina di seberang laut bagi melancarkan pemberontakan. Usaha beliau mendapat

sambutan yang dingin. Kemudian pusat pertubuhan dipindahkan ke Hong Kong, tetapi sambutan yang diterima juga tidak menggalakkan. Pada tahun 1905, pergerakan itu disusun semula dan beliau membentuk sebuah pertubuhan lain yang dinamakan Tung Ming Hill (Pertubuhan Liga Bersama). Walaupun pertubuhan ini bercorak sosial dan ekonomi, tetapi perjuangannya cenderung kepada politik. Dr. Sun meng umumkan tiga prinsip rakyat yang menjadi teras menubuhkan sebuah republik. iaitu Sun Min Chu 1 yang bermaksud nasionalisme, demokrasi dan sosialisme Beliau menyebarkan pemikirannya melalui akhbar rasmi Tung Ming Hui, iaitu Min Pao (Akhbar Rakyat). Pemikiran Dr. Sun Yat-sen tersebar luas di kalangan orang Cina. Beliau berjaya memupuk perasaan cinta kepada tanah air. Gerakan revolusioner yang diketuainya menarik minat ramai orang Cina di seberang laut sehingga membawa kepada penubuhan beberapa buah cawangan Tung Ming Hui di Amerika Syarikat, Singapura dan Tanah Melayu. Orang Cina di Singapura melancarkan kempen mengutip wang untuk membiayai perjuangan beliau. Akhirnya, belia melancarkan satu revolusi dan berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu. Ini membawa kepada penubuhan Republik China pada tahun 1911. Di samping Negara China, perjuangan nasionalis di India turut menjadi dorongan kepada gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Pada bulan Mac 1885 Parti Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan oleh sekumpulan orang India terpelajar sebagai satu percubaan untuk mengerakkan semula orang India dari segi pemikiran, akhlak, sosial dan politik. Pada mulanya, Kongres merupa kan sebuah organisasi bersifat sederhana yang proBritish, tetapi kerana sam butan dingin daripada pihak British, pendirian kongres mula berubah menjadi antiBritish. Mereka memulakan langkah-langkah yang agak keras seperti mengadakan pemulauan (boycott) dan gerakan swadeshi, iaitu menyeru pendu duk India supaya tidak membeli atau menggunakan barangan buatan England. Langkah-langkah yang diambil oleh nasionalis India kemudiannya dicontohi oleh nasionalis Asia yang lain, termasuk di Tanah Melayu. Pemimpin utama gerakan kebangsaan di India, Mahatma Gandhi ialah tokoh yang sangat dikagumi oleh para pemimpin nasionalis di Asia Tenggara. Gandhi kemudiannya menyusun semula Parti Kongres supaya perjuangan mereka lebih berkesan. Di bawah pimpinan beliau, Parti Kongres muncul sebagai sebuah pertubuhan

politik yang kuat dan berpengaruh. Gandhi mengamalkan corak perjuangan yang disebut Satiyagraha, iaitu beliau meminta rakyat India supay tidak bekerjasama dengan British. Tindakan itu dibuat secara pasif, tanpa menggunakan kekerasan. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah membuang semua gelaran keraja an, memulau dewan perundangan, mahkamah, sekolah-sekolah dan maktab- maktab kerajaan. Strategi ini didapati sangat berkesan dalam melemahkan pentadbiran British. Perjuangan Gandhi telah memberi ilham dan dorongan kepada nasionalis di Tanah Melayu. Kejayaan Parti Kongres mendapatkan kemerdekaan India pada 15 Ogos 1947 mendorong nasionalis di Tanah Melayu bergiat lebih cergas untuk membebaskan negara daripada penjajah British.

You might also like