You are on page 1of 13

PENYENGGARAAN TURAPAN LENTUR

SOALAN 1 : Terangkan langkah-langkah pembinaan dandanan permukaan.

Pengenalan :

Sesuatu dandanan permukaan biasanya mengandungi satu lapisan agregat kecil seperti serpihan batu,kermang atau kelikir yang ditindih ke atas satu lapisan bitumen atau tar nipis yang baru saja disembur di atas permukaan jalan yang sedia ada. Dandanan permukaan ini mempunyai beberapa kegunaan . Antaranya adalah seperti yang disenaraikan dia bawah ini : i. Untuk mengkedap permukaan baru atau lama daripada dimasuki air. Dandanan permukaan ini digunakan untuk menutup lubang atau tetak yang terdapat pada permukaan jalan supaya air dia permukaan jalan itu tidak dapat tembus ke dalam struktur turapan jalan raya berkenaan. ii. Untuk meningkatkan sifat tahan kelincir permukaan sesuatu jalan. Dandanan permukaan ini digunakan untuk memeberikan permukaan kesat dan tak gelicir kepada permukaan ja;an lama yang telah menjadi licin disebabkan asphalt yang berlebihan telah menyerap keluar ke permukaan jalan itu. iii. iv. Untuk menghalang sebarang penyepaian yang mungkin sedang berlaku. Untuk memberikan suatu pemisahan yang jelas di antara bahagian yang dilalui oleh kenderaan dengan bahagian bahu jalan. Dandanan permukaan ini juga menggunakan untuk membezakan antara lorong biasa dengan lorong memotong. Terdapat lima jenis dandanan permukaan yang selalu digunakan. Lima jenis dandanan permukaan tersebut ialah :

Page | 1

i. Dandanan permukaan lapisan tunggal :Ianya selalu digunakan sebagai kaedah rawatan untuk permukaan jalan yang sedia ada untuk menutup rekahan, menyediakan permukaan kalis air dan menghalang gelinciran. ii. Dandanan permukaan lapisan ganda dua :Ianya selalu digunakan pada permukaan jalan yang baru dibina dan atas

memaksimakan ketahanan jalan serta meminimumkan kekerapan rawatan ke jalan tersebut. iii. Dandanan permukaan racked-in :-

Ianya seakan-akan jenis tunggal tetapi ditamban aggregate kecil keatasnya. Dandanan permukaan jenis ini sesuai digunakan pada jalan yang membawa kapasiti trafik yang besar dan laju

iv. v. -

Dandanan permukaan pad coats :Ianya pada permukaan jalan sedia yang mempunyai kekerasan jalan yang rendah Dandanan permukaan sandwich :Ianya selalu digunakan untuk menghalang penyaliran bitumen di atas jalan.

Jawapan :

Langkah-langkah membina dandanan permukaan ialah :

i. Bahan berasfalt dimana ianya disembur keatas permukaan jalan. Dimana lapisan pengikat berperanan melindungi permukaan jalan daripada dimasuki air. ii. Kemudiannya dilindungi dengan menabur dan lemparkan agregat. Lapisan batu baur berperanan melindungi pengikat dari kerosakan akibat tayar kenderaan, meningkatkan daya tahan gelinciran dan tindakan habuk .
Page | 2

iii. Untuk dandanan permukaan dua lapisan, agregat penutup bagi lapisan pertama terdiri dari saiz 20mm, manakala untuk lapisan kedua saiz agregat penutupnya mestilaah bersaiz 10mm. Manakala untuk dandanan permukaan satu lapisan, saiz agregat penutupnya mestilah terdiri dari 20mm,14mm,10mm, atau 6mm. (Standard Specification For Road Works, JKR 1988) iv. Jentera digunakan untuk kerja penyiraman bitumen yang cair dan menebarkan batu diatas jalaraya. v. Hanya 3/4 daripada batu serpih diisi oleh bitumen digunakan pada permukaan yang akhir. Ini adalah untuk menambah kadar rintangan permukaan dan menghalang penyerapan air permukaan ke lapisan bawh jalan. vi. Kerja pemadatan dilakukan dengan menggunakan pengelek agar jalan rata dan padat. bagi agregat digelek sehingga seluruhnya terbenam ke dalam asphalt cecair.

SOALAN 2 : Nyatakan enam (6) factor menyebabkan perubahan ubah bentuk permukaan jalanraya turapan lentur?

Pengenalan :

Ubah bentuk permukaan adalah keadaan di mana terdapat perubahan permukaan daripada profail binaan asal. Jenis-jenis ubah bentuk permukaan adalah seperti palohan/aluran (Rutting), Pengalunan (Corrugation), lekukan (Depression), penyodokan (Shoving), keretakan (Cracking),dan Penyepaian permukaan jalan (Revelling). Ia berlaku adalah disebabkan oleh keadaan cuaca, lalulintas ataupun kurang pengawalan semasa pembinaan jalan. Jawapan :
Page | 3

Diantara faktor-faktor yang boleh menyumbangkan kepada ubah bentuk permukaan ialah :

i) Perpolahan (Rutting) Ubah bentuk plastic bahan-bahan bitumen dan dipercepatkan oleh gabungan kesankesan trafik dan suhu tinggi. Pengenapan lapisan-lapisan turapan dan subgred di bawah tindakan trafik

ii) Kedutan (Corrugation) Campuran bitumen yang mempunyai kestabilan rendah. Penurapan lapisan permukaan tidak sempurna. Pada kedudukan jalan dimana gre curam dan kawasan-kawasan dimana trafik membrek. iii) Pemendapan atau Lekukan (Depression) Perubahan kandungan air subgred Pemadatan yang tidak mencukupi Penyurutan (penurunan permukaan jalan hasil ketidakrataan yang agak banyak dan mendadak yang disebabkan perparitan yang tidak sempurna dan runtuhan lubanglubang bawah tanah) iv) Penyorongan (Shoving) Kestabilan rendah dalam campuran Ikatan yang kurang antara permukaan bitumen dan lapisan bawahan Pada kawasan penyilangan dimana trafik membrek dan mempercepatkan kenderaan.

Page | 4

SOALAN 3 : Huraian tentang cara pembaharuan muka jalanraya.

Pengenalan :

Pembaharuan muka jalanraya ataupun penurapan semula merupakan teknik yang paling popular di Malaysia. Penurapan semula boleh meningkatkan kekuatan pada pavemen jalan yang disebabkan oleh kemerosotan ataupun meningkatkannya muatan trafik, meningkatkan kualiti pemanduan, meningkatkan kehilangan rintangan gelinciran dan meningkatkan kekedapan jalan. Menurut Che Ros dan Mohd Rosli, 1999, terdapat dua jenis bahan yang biasa digunakan dalam proses penurapan semula iaitu :i. Tindihan tebak bahan berasfal (Thick asphalt overlays) dan ii. Tindihan bahan berbutir (granular overlays).

Jawapan :

Teknik pembaharuan atau penurapan semula permukaan jalanraya ialah :

Kerja pra-rawatan perlu dilaksanakn terlebih dahulu supaya kegagalan tidak akan berlaku setelah kerja penurapan semula dilakukan. Teknik tindihan tebal bahan dan tanpa pra-tindihan bahan berbutir merupakan teknik yang memerlukan pra-rawatan sebelum sesuatu kerja penurapan semula dilakukan.

Page | 5

Secara umumnya kerja pra-rawatan yang biasa dilakukan adalah seperti potong dan tampal. Teknik penurapan semula boleh tahan lama sekiranya kerja pra-rawatan dilakukan dengan baik. Pembaharuan semula mungkin melibatkan penambahan agregat pada tapak jalan dan sebelum diturap, turapan yang lama dibuang serta digantikan dengan turapan yang baru atau menambah lapisan turapan. Operasi pemulihan konvensional perlu mengambil kira beberapa factor luaran yang perlu dikaji dengan lebih terperinci sebelum keputusan untuk menggunakan sesuatu kaedah pemulihan diambil. Penurapan semula mungkin melibatkan penambahan agregat pada tapak jalan dan sebelum diturap, turapan yang lama dibuang serta digantikan dengan turapan yang baru atau menambah lapisan turapan. Operasi pemulihan konvensional perlu mengambil kira beberapa factor luaran yang perlu dikaji dengan lebih terperinci sebelum keputusan untuk menggunakan sesuatu kaedah pemulihan diambil. Penurapan semula merupakan satu proses yang boleh memanjangkan jangka hayat sesuatu jalan berturap sebelum sesuatu kerosakan major berlaku. Ia merupakan penghamparan lapisan baru ke atas permukaan asal yang mengalami kegagalan fungsian ataupun struktur supaya dapat menambahkan kekuatan struktur dan tempoh khidmatnya.

PENYENGGARAAN TURAPAN TEGAR

SOALAN 4 : Huraikan tentang teknik pemulihan rintangan gelincir permukaan.

Pengenalan :

Rintangan gelinciran adalah satu daya yang bertindak untuk menghalang atau mnyekat sesuatu objek daripada tergelincir dari landasan asal pada kadar yang tertentu yang mungkin menyebabkan objek tersebut terjatuh atau tersasar. Apabila tayar kenderaan bergerak di atas
Page | 6

suatu permukaan turapan jalan, akan terhasil geseran diantara permukaan turapan jalan dengan tayar tersebut. Geseran ini akan menghasilkan daya rintangan disebabkan oleh daya komponen yang bertindak pada arah yang bertentangan. Secara amnya, rintangan gelinciran adalah satu daya yang dapat menahan suatu jasad atau kenderaan daripada tergelinciran pada suatu kadar tertentu. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi sifat rintangan gelinciran iaitu : i. ii. iii. iv. v. vi. Bahan utama turapan jalanraya iaitu batu baur. Tekstur permukaan jalanraya Struktur tayar Kekasaran permukaan jalan Keupayaan kenderaan Sikap pemandu dan kecacatan permukaan turapan.

Jawapan :

Teknik pemulihan rintangan gelincir permukaan ini dilaporkan digunakan untuk mengembalikan rintangan gelincir oleh Negara yang memebekalkan maklumat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Dalam kumpulan pertama adalah teknik yang melibatkan pembuangan bahan, iaitu : i. ii. Penukulan kemas dan mengeruk tukulan menggunakan perkakas tukulan : Pengisaran pengaluran dengan cara cakera keluli keras atau seperti sabit (alat untuk memukul butiran) iii. iv. Pengaluran memotong alur dengan kaedah cakera berlian Rebakan asid hidroklorik, menyebabkan tindaakn kimia dalam mortar simen
Page | 7

v. vi. vii.

Pasir mengeruk di bawah tindakan pancutan lelasan dalam tekanan Mengeruk nyala mengecai konkrit simen dengan kaedah suhu tinggi Penyatahan pembuangan lapisan bahan daripada permukaan menggunakan penyatahan atau mesin pengisaran.

Dalam kumpulan kedua, teknik yang melibatkan penambahan bahan, iaitu : viii. ix. x. Pemanasan kembali dan menutupi lapisan jalan berbitumen dengan batu serpih Lapisan berdamar dengan kersikan Dandanan permukaan terikat berbitumen tradisional atau terubah suai xi. Rebakan dan gelekan bahan berbutir (mungkin terpanas awal) terhadap permukaan jalan berbitumen atau salut pelekat xii. Rebakan spirit putih, pembuangan lebihan bitumen daripada permukaan, diikuti dengan rebakan dan gelekan bahan berbutir xiii. Lapisan baru jalan dengan bahan berbitumen bertekstur terbuka sehingga ketebalan 20mm. * Penggunaan teknik-teknik ini untuk permukaan berbitumen dan konkrit akan dijelaskan dengan lebih terperinci. dengan kersik menggunakan pengikat

Soalan 5 :

Terangkan dengan jelas tentang sambungan yang terdapat didalam turapan tegar.

Pengenalan :

Sambungan disediakan di dalam papak turapan untuk mengizinkan pergerakan yang dicetuskan oleh perbezaan suhu dan kandungan lembapan papak, dan pertukaran panjang asal
Page | 8

papak sebagai akibat pengecutan. Konkrit mengembang apabila suhu papak meningkat atau papak menjerap air. Penurunan suhu atau kehilangan air menyebabkan konkrit mengecut pula. Sambungan pengembangan dan pengecutan disediakan untuk mengizinkan pergerakan ini. Jika bahagian atas permukaan papak disejukkan pada waktu malam contohnya, konkrit akan mengecut seraya menyebabkan bahagian hujungnya melengkung ke atas. Pergerakan ini dihalang oleh berat papak sendiri dan tegasan tegangan teraruh pada permukaan papak. Tegasan teraruh ini boleh dilegakan dengan menyediakan beberapa sambungan meleding yang mengizinkan digunakan untuk menghadkan lebar maksimum papak berterusan supaya tidak melebihi 4.65m.

Rajah : Menunjukkan kedudukan sambungan didalam turapan tegar. Jawapan :

1) Sambungan Pengembangan (Expansion Connection)

Sambungan pengembangan diletakkan di lokasi terentu untuk menbenarkan turapan untuk mengembang tanpa merosakkan struktur bersebelahan dengannya atau turapan itu sendiri. Sehingga pada tahun 1950-an, ia adalah amalan biasa di Amerika Syarikat untuk menggunakan pengembangan. papak Walau bersambung dengan kedua-dua pengecutan dan tidak sambungan digunakan

bagaimanapun,

sambungan

pengembangan

kebiasaannya pada hari ini kerana mereka bercenderung untuk menghentikannya untuk menggunakan sambungan pengecutan dengan lebih banyak. Dengan menggunakan

Page | 9

sambungan pengecutan padat mengurangkan permindahan beban terutamanya pada sambungan yang tanpa paku dinding bar.

Sebatian Mengedap Bar Cemat Penetap

Penutup yang diisi dengan bahan boleh mampat

Ikatan dipecahkan dengan menyalut Bar dengan Bitumen

2) Contraction connection (Sambungan Pengecutan)

Sambungan pengecutan dibina secara mudah dengan mengurangkan seksyen papak pada tempat terletaknya sambungan. Pada titik ini konkrit diizinkan meretak oleh tegasan tegangan di dalam papak seperti yang ditunjukkan didalam dibawah. Oleh kerana retak telah pun diaruhkan dengan cara begini, terdapat sedikit saling kunci agregat pada sambungan yang akan membantu pemindahan beban merentasi sambungan. Walau bagaimanapun, satu sistem pemindahan beban masih diperlukan. Bar Cemat penetap yang garis pusatnya lebih kecil daripada yang digunakan untuk sambungan pengembangan boleh digunakan. Cemat penetap dipasang sama seperti di dalam sambungan pengembangan, tetapi dalam kes ini tukup semat penetap tidak diperlukan oleh kerana terbentuk sela pada bahagian penghujung cemat penetap apabila papak mengecut. Cemat penetap boleh bergerak memasuki ruang ini apabila papak kembali semula ke panjang asalnya. Walaupun sambugan pengecutan melegakan tegasan meleding, ia tidak dapat menangani pergerakan pengembangan yang nilainya lebih daripada ruang yang terbentuk semasa pengecutan.
Page | 10

Pada masa dahulu, bar cemat penetap lazimnya diletakkan menggunakan penyokong pemprabaikinan. Keseluruhan perhimpunan, bar cemat penetap dan sangkar penyokong di tempatkan di aas subtapak dan disokong secukupnya supaya penjajarannya dikekalkan semasa peletakan dan pemadatan konkrit. Semenjak tahun kebelakangan ini, bar cemat penetap diletakkan dengan menggegarkannya ke dalam konkrit terpadat dengan had terima yang perpatutan. Panjang bar cemat penetap yang dijimatkan diberikan di dalam jadual 4.5. Keluli penyokong boleh diabaikan. Kaedah binaan ini mengurangkan kos binaan.

Rajah : Sambungan Pengecutan didalam turapan tegar

Rajah : Sambungan pengecutan condong.

Rajah : Sambungan pengecutan yang hilang ( sambungan pengecutan di lorong tengah adalah tidak disimpan dalam retak papak melintang. Lorong luar sambungan pengecutan yang betul dan oleh itu, tiada keretakan)

Page | 11

3) Sambungan Peledingan (Warping Joint)

Sambungan meleding direka bentuk untuk menghadkan pergerakan mendatar kepada satu nilai kecil yang diperlukan untuk membuka retak tanpa menghilang saling kunci agregat. Tentuan Jabatan Pengangkutan memerlukan tetulang kekuli bar-pengikat bergaris pusat 12mm untuk jarak melintang sebanyak 180 hingga 360mm, bergantung pada tebal papak, satu alur berbentuk-basah dengan atau tanpa arus retak boleh digunakan. Bahagian pertengahan bar pengikat yang panjangnya 200mm dicat dengan agen pengikat. Sambungan meleding boleh digantikan dengan sambungan pengecutan di dalam papak konkrit tak bertetulang dengan syarat tidak lebih daripada tiga sambungan meleding digunakan secara berturutan. Ini tidak terdapat pada bar cemat pengikat yang diletak dengan menggegarkannya secar mekanik dan setelah pertimbangan didapati sedikit keberuntungan diperolehi daripada penggantian ini. Gambaran kasar sebuah sambungan meleding ditunjukkan di dalam rajah dibawah :

Rajah : Bar pengikat pada sambungan peledingan.

Page | 12

Dawai membujur bergaris pusat 12 mm

Disalut dengan sebatian Pemecah Ikatan Alur Mengedap

3 Dawai (Minimum) bergaris pusat 6 mm pada jarak melintang 700mm pusat ke pusat

T/2

200mm T/2

700mm 150mm

700mm 150mm Pengaruh Retak yang dibuat daripada kayu

Rajah : Sambungan meleding (sumber : Her Majestys stationery office. Road Note 29.A Guide to the Strucutral Desgin of Pavement for News Roads. Hak cipta Crown. Dengan izin Pengawal Her Britannic Majestys Stationery Office.

Page | 13

You might also like