P. 1
Modul_BMM3108

Modul_BMM3108

|Views: 2,685|Likes:
Published by WhitE_ifaNy9286

More info:

Published by: WhitE_ifaNy9286 on Sep 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0KANDUNGAN ISI
  • 1.1.1 Fonetik Artikulasi
  • 1.1.2 Fonetik Akustik
  • 1.1.3 Fonetik Auditori
  • 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
  • 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
  • 2.0KANDUNGAN ISI
  • 2.1Definisi Artikulasi dan Artikulator
  • 2.2 Alat-Alat Artikulasi
  • 2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
  • 3.0KANDUNGAN ISI
  • 3.1Definisi Diftong dan Konsonan
  • 3.2Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 4.0KANDUNGAN ISI
  • 4.1Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.2Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.3Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
  • 5.0KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
  • 5.2 Simbol Konsonan
  • 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

1. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. 1. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. lelangit lembut. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Selain itu. frekuensi dan amplitud. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. seperti lidah.1. bibir. iaitu fonetik artikulasi. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. fonetik akustik dan fonetik auditori.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. dan sebagainya. 1. lelangit keras. 5 .1.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. Dua cabang lagi.Dari ketiga-tiga cabang ini.1. anak tekak. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).

tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Dapat merumuskan. (Siti Hajar Abd. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. kemudian bentangkan di dalam kelas anda.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. dan fonetik auditori.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. fonetik akustik. Banding beza bahan tersebut. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Input kepada kajian linguistik tinggi. Aziz. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. Asas kepada kajian fonologi. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. 2008: 90) 1. iaitu morfologi dan sintaksis.

bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. morfologi. dan kosa kata. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. sintaksis dan semantik. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Menurut Awang Sariyan (2004). 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Bahasa baku ialah bahasa standard. Penggiat bahasa risau.1999). Kini. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. tatabahasa. dengan asas yang padu dan kukuh ini. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah.

4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). ahli. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . Secara khusus.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. dan laras bahasa. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). iv. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). iii.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. sistem ejaan. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. ii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. dan tidak ada huruf yang senyap”. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . tertutup. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. di tengah atau di akhir kata. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.

KVK . sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Indonesia dan Inggeris 10 . Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KVK + KVK. KV + KV . Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1. Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab .5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .

Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. penjual ubat atau sarjan tentera. Antaranya: i. positif atau negatif dan seumpamanya. seperti kegembiraan. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. 12 . Ada beberapa fungsi intonasi. kekecualian. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. sama ada ayat penyata biasa. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. ayat tanya. vi. 2. kemarahan. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. kekejutan. iv. keakraban. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. seperti khatib. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. 3 dan 4. v. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. ii. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. kebosanan. iii. ayat perintah.

rul éh.na] [pyong.san] [bos.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.gun] 13 .wéi le.ros gha.ham.la] [lim kéng yék] [but. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.yang] [niu zi.dé.ze. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.mad hat.go.sen man.lẼnd] [sun.ngor da.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.nia her.vi.ros but.la.

ni.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .nan mul. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.nés.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.si.ra] [ra.si pe.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.gi me.dio té.él.gén.ti.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.bi.lé.no. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.gén.ké. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.ver.ti ték.vi.mé.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.la.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta. Öik.mi.di.mé.sia] [a.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.lé.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.dia] atau [a.di.lé. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.la.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.syen me.ké.sia] [u.pu.nan mul.lo.te. Scientific and Cultural Organization) [am.ngi.si peng.ti.ko] atau (United Nations Educational.

Agensi Penerbitan Nusantara. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1982). Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 .él. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.ti.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. Awang Sariyan. (1988).ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.

Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 . Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran.

2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. iaitu mengunyah makanan. gigi. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. lelangit keras dan lelangit lembut.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. 2. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. lelangit keras dan lelangit lembut.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. Oleh itu. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. gusi. iaitu lidah. gusi. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. 17 . Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). menelan dan menghembus nafas. 2. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan.

Gigi bawah 5. Rongga hidung 14. Gusi 6. Lelangit lembut 8. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. Pita suara 12. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Anak tekak 9. Lelangit keras 7. dan u. separuh 18 . e.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Tenggorok Rajah 2. Huruf-huruf tersebut ialah a. i. Bibir bawah 3. Rongga tekak 13. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Lidah 10. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. lidah. o. anak tekak. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Bibir atas 2. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. Epiglotis 11. Rongga mulut 15. separuh tinggi. Gigi atas 4. iaitu tinggi.

e.3: Bahagian Lidah Seterusnya. a. bibir bundar 19 S e p a ru h . Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. iaitu sempit. iaitu neutral. iaitu [i. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. bibir terhampar. iaitu depan. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. separuh sempit.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. iaitu [ε] dan [ ]. hampar dan bundar. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. o. seperti beg dan bos. u.  ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.

i.___________________________ xii.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.______________________________ iv._______________________________ ii.______________________________ vii.______________________________ v. berdasarkan rajah di bawah.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan._______________________________ iii.___________________________ xi.___________________________ x.___________________________ 20 ._______________________________ vi.__________________________ ix. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.__________________________ viii.

Mardian Shah Omar (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1982). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid. Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Rencana Linguistik. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 22 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

iaitu [ai]. seperti dua bibir. gigi-gusi. anak tekak dan lain-lain. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. [# panau #] dan [# amboi #]. geseran dan sebagainya.1997:63). [ai] dalam [pandai] pandai.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. [au] dan [oi]. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. 3. mengenai (Abdullah Hassan. lelangit lembut. sengauan. letusan.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah.2006:44). lelangit keras. sama ada letupan. 3. 2006:42). Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. 3. dan [au] dalam [pulau] pulau?. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong.

lelangit lembut atau pita suara. [oi] dalam [sepoi] sepoi. (iii) diftong menurun. anda juga perlu mengetahui bahawa. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. [ai] dalam [pantai]. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. malaran dan getaran. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. Bunyi Letupan 24 . bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. letusan. sengauan. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. [ai] dalam [pandai] pandai. geseran. sisian. lelangit keras. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

[n]. 25 . geseran (frikatif) dan malaran. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. []. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. Ini menghasilkan bunyi [l].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [ ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. **bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. dan [].

[v]. Untuk menghasilkan bunyi malaran. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. [z]. [s]. iaitu [r]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [] [aa] [buja] [] [ai] * *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. dan [h]. [š]. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran.

bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. [m]. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [t]. seperti bunyi [b]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Perbezaannya ialah. [r]. dan [h]. dan [univərsiti] ‘universiti’. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. [d]. pita suara tidak digetarkan. [k]. [w]. dan [maaf] ‘maaf’. [s]. [g]. [vərsi] ‘versi’. [f]. dan [y]. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. seperti bunyi [p]. [hafal] ‘hafal’. 27 . (iv) Geseran gigi bersuara. [l]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. [n]. (iii) Geseran gigi tak bersuara. Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara.

Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Akhirnya. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). [axbar] ‘akhbar’. ] Contoh sebutan: [ aeb] ‘ghaib’. Menurut Raja at] ] Mukhtaruddin (1965:44). [lo ‘loghat’. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). 28 . bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ a] dan  [ba a] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Perbezaannya ialah. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. dan [bale ‘baligh’. Perbezaannya ialah. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. dan [axer] ‘akhir’.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). ketika mengeluarkan bunyi [ pita suara digetarkan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.

(Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. LATIHAN 1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. BAHAN BACAAN 29 . Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

(1997). Lutfi Abas. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. (1975). Abdullah Hassan. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Bhd. (1977). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1985). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Marzukhi Nyak Abdullah. (1980). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. (2006). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Indirawati Zahid. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Mardian Shah Omar (2006). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Asmah Hj Omar. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. PINJAMAN.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. konsonan dan diftong.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. iaitu konsonan asal. pinjaman.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. pinjaman. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. gandingan dan rangkap. gandingan dan rangkap.

4. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. e taling dan o. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. 4. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. 1977:42). iaitu konsonan asal. u.1 Definisi Huruf Vokal. jenis-jenis huruf vokal. iaitu huruf a. i. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. Rajah 4. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. pinjaman. e pepet. Seperti yang telah dipelajari. Dengan perkataan lain. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.2006:44). gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.

lak] [bi.jah] [zi.da] [fa.la] [pa. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.kah] [nge.dah] [naf.kir] [ga.lem] [yu..tol] [du.la] [ka.di] [khai.mak] [se.ran] .ga] [ka.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.par] [qa.duk] Rajah 4.tat] [da.rik] [ta. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.jam] [vi.zal] [har.pat] [sa.da] [sé.ri] [ra.rus] [wa.la] [ca.ham] [syi.rat] [la.bus] [gha.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.ri] [nya.lai] [ma.3 di bawah.ga] [ja.lik] [bo.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.

gandingan dan rangkap.poi] Rajah 4. sisian. iaitu ai.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. sengauan dan separuh vokal.lau] [se. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh.tai] [pu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. letusan. iaitu letupan.pin] Rajah 4. geseran. pinjaman. getaran.5 di bawah. Pinjaman. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. 34 .3 Konsonan Asal. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Daripada segi cara sebutan.al. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. 2006).4 di bawah.

digantikan dengan huruf k menjadi makna. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6  h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j  s z Š  x Rajah 4. huruf ‘i (‘ilmu). Pada tempat lain. ‘a (‘alam). Ejaan nama seperti ‘Abdullah. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. 35 . Sa’odah. Selain itu. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. ‘u (‘umur) digugurkan. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. skuasy. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Nor ‘Aini sudah ditiadakan.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v.

walaupun huruf berubah. dh menjadi d dan th menjadi s. Namun. 2006:95-96). ch. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. (Abdullah Hassan. iaitu empat kekal. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. Sebenarnya jika anda peka. gh. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. Selain itu. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. iaitu kh. Akan tetapi. AKTIVITI Secara berpasangan. bunyi sebutannya tetap sama. gh. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. manakala satu berubah satu huruf. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. iaitu ch menjadi c. dh dan th. 36 . konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. ny dan ng. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. iaitu kh. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. dz. dz menjadi z. sh. ng. ny. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j   h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6  1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 . Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1985). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (2006). Tatabahasa Dewan. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al. Mardian Shah Omar (2006). 38 . Abdullah Hassan.Bhd. Indirawati Zahid. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Lutfi Abas. (1975). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1980).

2. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. anda seharusnya dapat: 1. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. simbol konsonan. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. simbol konsonan. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. dan simbol diftong. simbol konsonan rangkap. Untuk mencapai tujuan tersebut. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf).1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 5.

2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. 41 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5. 2. [/]. dan 3. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k].

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [ ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.

anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan. Linguistik Pengenalan. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Petaling Jaya: Secara individu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. 2005. Agensi Penerbitan Nusantara. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->