You are on page 1of 12

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN BAGAIMANAKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN BOLEH DILAKUKAN?

Seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk terdahulu, elemen-elemen dalam segitiga kebakaran adalah HABA, OKSIGEN dan BAHAN dimana tindak balas kimia berantai diantara ketiga-ketiga elemen tersebut boleh menyebabkan kebakaran. Pengasingan salah satu daripada tiga elemen tersebut boleh mencegah kebakaran daripada berlaku. Adalah mustahil bagi kita untuk mengasingkan oksigen dari udara. Jadi, apa yang boleh lakukan untuk mencegah kebakaran ialah dengan cara mengenalpasti bahan serta haba dan mengelakkan percantuman kedua-dua bahan tersebut. Pencegahan bermakna mengawal/mengelakkan tindak balas kimia berantai daripada berlaku iaitu dengan cara pengasingan elemen bahan dan elemen haba. SIAPAKAH YANG BERTANGUNGJAWAB UNTUK MELAKUKAN PENCEGAHAN INI? Pencegah kebakaran adalah menjadi tangungjawab setiap penghuni dalam sebuah rumah. KENAPA PENCEGAHAN PERLU Seperti yang kita maklum, tuan punya ataupun penyewa akan menerima utama akibat daripada kebakaran. Kealpaan diri/jiran boleh kehilangan harta benda dan keadaan akan bertambah buruk sekiranya terdapat nyawa yang terkorban. Oleh itu pencegah awal adalah amat perlu. BAHAYA-BAHAYA KEBAKARAN DIRUMAH Anda boleh menyelamatkan keluarga dan harta benda anda daripada kemusnahan/ kehilangan akibat dari kebakaran jika anda mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan kebakaran yang asas. MEROKOK Kecuaian akibat merokok adalah satu punca utama kebakaran dirumah. Jika anda merokok, gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Jangan biarkan bekas abu rokok menjadi penuh yang boleh menyebabkan habuk panas terjatuh. Pastikan putung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang. Jangan sekali-kali merokok diatas katil atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk. MANCIS DAN PEMETIK API

Mancis dan pemetik api diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. GAS MEMASAK (LPG-liquified Petroleum Gas-gas petroleum cecair) Ciri-ciri:

Gas LPG lebih berat dari udara Tidak berbau Tidak berwarna Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik) Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2,000c.

Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan. Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar sehingga titik mula bocor. Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah tinggi. KESELAMATAN KETIKA MEMASAK Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi. Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar. Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter). Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak. Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api. Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.

Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur. Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau ditarik oleh kana-kanak. Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sebarang stim. Igatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya. Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.

KANAK-KANAK BERMAIN API Kanak-kanak memang bersifat igin tahu dan sentiasa tertarik dengan api. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk memahami bahaya api tersebut. Ajarlah anak anda tentang keselamatan kebakaran yang asas terutamanya berkaitan dengan mancis dan pemetik api serta jelaskan bahawa kedua-dua adalah kegunaan yang tinggi dan selamat supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. LITAR ELEKTRIK DAN PERALATAN ELEKTRIK Peralatan elektri boleh menyebabkan kebakaran melalui percitkan atau apabila ia terlalu panas. Guna perkakas elektrik bagi tujuan yang dinyatakan sahaja dan ia sentiasa dipasang, diselenggara dan dibaiki oleh seorang yang bertauliah. FIUS DAN PEMUTUS LITAR Fius dan pemutus litar direka untuk memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa jika berlaku lebihan aliran arus. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi sesuatu perkakas elektrik. Jika fius terputus, kenalpasti masalahnya dahulu sebelum mengantikan fius baru. Jangan gunakan fius yang tidak diiktiraf seperti contoh, menggantikan fius yang terbakar dengan wayar. Elakkkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi diantara perkakas elektrik dengan dinding supaya terdapat pengaliran udara bagi mengelakkan kepanasan. Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan. Pastikan semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi kerosakan. Lampu- Gunakan lampu yang mempunyai tahap pengaliran elektri yang bersesuaian sahaja.

LILIN DAN BAHAYANYA Dikebanyakkan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya jika bekalan elektrik terputus. Pengendalian lilin yang tidak betul boleh menyebabkan bencana dan statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah kendali lilin kian meningkat. Jika anda perlu gunakan lilin, pastikan anda letakkan lilin atas tempat yang stabil. Tempat itu mestilah bukan daripada bahan mudah bakar disamping mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

Jangan biarkan lilin atau sebarang punca api terdedah tanpa diawasi walaupun seketika,terutamanya apabila terdapat kanak-kanak. Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur. Letakkan lilin jauh dari dinding. Langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah bakar. Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh binatang peliharaan atau tikus dan jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran/terkena bahan mudah bakar. Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya. Elakkan memasang lilin didalam bilik tidur. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan ditempat yang bebas dari langsir, kain dan sebagainya. Pastikan lilin yang kedudukannya diatas jauh dari kerusi atau karpet untuk mengelakkan terbakar jika terjatuh. Jangan gunakan lilin yang dipasang bagi melihat/menerangi semasa menambah cecair mudah bakar. Sentiasa gunakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.

CECAIR MUDAH BAKAR Semua cecair mudah bakar adalah merbahaya kerana wap yang dikeluarkan oleh cecair mudah bakar boleh membakar dengan mudah. Wap gasolin boleh membakar dengan percikan sahaja.

Jauhkan semua bekas/ tin bertekanan serta mempunyai aerosol seperti penyembur minyak wangi, penyembur rambut, penyembur racun serangga dan sebagainya daripada punca api yang terdedah. Gas yang terdapat dalam bekas/tin ini boleh mengembang dengan pantas apabila dipanaskan dan boleh meletup serta membakar dengan dasyat. Simpan bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar seperti minyak tanah, minyak petrol dan sebagainya jauh dan selamat dari punca api yang terdedah dan juga kanak-kanak. Jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi minyak tanah kenderaan. Wap yang dibebaskan semasa mengisi minyak (petrol/diesel) adalah gas mudah bakar. Letakkan bekas mudah alih di lantai sebelum mengisi cecair mudah bakar, contohnya petrol. Jangan mengisi kedalam bekas semasa dalam kenderaan.

Jangan diisi bekas sehingga penuh. Wap cecair mudah bakar akan mengembang dibawah cuaca biasa dan menambahkan tekanan dalam bekas yang penuh. Biarkan sedikit ruang lega dalam bekas untuk tujuan ini.

Sifat bebas kebakaran perlu ada dalam diri seseorang. Haba, api, cecair mudah bakar dan perkakas elektrik memang perlu dan berguna kepada kita tetapi harus diingat bahawa benda-benda ini mempunyai risiko kebakaran jika disalah kendalikan. UBAT NYAMUK / PELITA Satu lagi punca kebakaran rumah ialah ubat nyamuk yang dugunakan dengan cara-cara yang betul. Semasa meletakkan ubat nyamuk yang dipasang anda handaklah memastikannya:

Tidak berhampiran dengan langsir. Gunakan bekas yang mempunyai penutup. Jauhkan dari tempat mainan kanak-kanak atau kanak-kanak itu sendiri. Jauhi dari hiasan rumah. Jauhi dari tempat tidur bagi mengelakan dari terkana selimut. Awasi kemungkinan dilanggar oleh binatang peliharaan dan juga yang bukan peliharaan seperti tikus. Pastikan tempat yang sesuai serta jauh dari bahan mudah bakar seperti karpet, sofa dan sebagainya.

PENYELENGGARAAN PILI BOMBA Jadikan pili bomba berhampiran rumah anda sebagai teman anda. Tujuan pili bomba diadakan adalah untuk menyalurkan air kepada jentera bomba semasa digunakan bagi memadam bencana kebakaran. Ia boleh rosak akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh penghuni sekitarnya. Contohnya memasukkan sampah-sarap, kaca dan sebagainya dalam lubang valve.Perkara ini akan melambatkan pergerakan anggota bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan dan akhirnya akan merugikan anda. BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Periksa pili bomba berhampiran rumah anda. Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing. Pastikan tiada apa-apa ganguan terhadap pili. Boleh dilihat dari jauh. Tidak berkarat. Memaklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan. Tidak terkambus dengan tanah.

LALANG DAN SEMAK

Tahukah anda bahawa lalang dan semak yang tidak dijaga atau tidak dipotong dalam kawasan rumah anda atau dikawasan rumah jiran anda boleh menyebabkan kebakaran. Diantara tanah dan rumput biasanya terdapat satu lapisan daun-daun dan akar-akar yang kering (proses di kompos) diatas tanah. Jika lapisan ini terkena punca api yang terdedah seperti puntung rokok, ia boleh merebak dengan pantas dan membakar apa-apa sahaja yang berada di laluannya termasuk rumah anda. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengingatkan diri anda dan juga jiran-jiran anda bahawa rumput dan lalang yang panjang serta tidak terurus boleh menyebabkan anda kerugian akibat kebakaran dan boleh menjadi tempat binatang merbahaya seperti ular, kalajengking dan sebagainya. Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Anda Meninggalkan Rumah Anda Semasa Percutian/ Perayaan/ Balik Kampung

Perkara

Tandakan Yang Perlu

Langkah Keselamatan

Senarai semak

Jangan ditutup dengan menggunakan Remote Control Jika perlu pasangkan perangkap petir Gas memasak Tanggalkan kepala gas dari Asingkan kepala gas dari LPG silinder silinder Peti Ais Tutup-OFF-Tanggalkan plug Jika perlu dipasang sepanjang dari soket. Kosongkan dan tempoh percutian, adakan bersihkan pemutus bekalan berasingan (Separate Circuit Breaker) Suis Utama Tutup - OFF Jika perlu pastikan pemutus litar berfungsi dengan baik Lampu Tutup - OFF Jika perlu gunakan auto timer dan elakkan lampu bermentol Kereta Tanggalkan kepala bateri Jauhkan bahan mudah bakar dari tempat letak kereta Akuarium Letakkan pam diatas jauhkan dari dinding, langsir penutup akuarium. Jika dan bahan mudah bakar. terbakar pam akan jatuh Adakan pemutus litar kedalam akuarium yang berasingan. dipenuhi air. Jiran Maklumkan kepada jiran Tinggalkan satu kunci pintu masuk utama, berikan nombor telefon anda Kipas(siling/ Tutup- OFF - tanggalkan Pastikan tidak berfungsi Dinding/ plug dari soket sebelum keluar berdiri) Penghawa Tutup - OFF - Tanggalkan Jika perlu, adakan auto timer dingin plug dari soket Peralatan Pastikan semua bentuk Pastikan semua bentuk punca colok, putung punca api telah dipadamkan api telah dipadamkan rokok, ubat sepenuhnya sebelum sepenuhnya sebelum nyamuk, lilin meninggalkan rumah meninggalkan rumah termasuk colok, lampu, dan sebagainya *Tandakan ( / ) jika perkara tersebut telah dilaksanakan. Awards Showcase Total Awards: 1

TV dan Tutup-OFF- Tanggalkan perkakas lain semua plug dari soket Aerial TV Cabut dari soket TV

__________________

ip Keselamatan Kebakaran Ditulis oleh Administrator Webmaster Selasa, 05 Mei 2009 18:17 Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran : 1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu. 2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya. 3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk. 4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang. 5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik. 6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. 7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak. 8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak. 9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah. Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan ( Lilin / Pelita ) Ditulis oleh Administrator Webmaster Selasa, 05 Mei 2009 18:18 Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.

Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.

Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur. Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.

Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar. Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.

GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:


Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring. Bukan daripada bahan mudah bakar. Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja. Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat. Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api. Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan. Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin. Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan. Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.

PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK Berdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat

pengendalian lilin yang tidak betul.

Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena dengan sebarang bahan mudah bakar. Pastikan anda mengawasi Iilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api lilin. Letakkan liIin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet yang berkunci.

Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.

Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin. Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala. Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.

Padamkan semua lilin sebelum meeninggalkan bilik atau sebelum tidur. Keselamatan Barangan Elektrik Ditulis oleh Administrator Webmaster Selasa, 05 Mei 2009 18:19

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK


Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar. Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.

KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH


Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca. Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip". Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.

Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.

KABEL ELEKTRIK

Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk. Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa. Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.

TANDA AMARAN Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :

Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus. Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik. Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik. Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.

STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK

Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.

KEROSAKAN FlUS DAN LITAR

Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut. Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar. Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.

PEMUTUS LITAR (ELCB)

Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan

menekan 'butang ujian'. SOKET ELEKTRIK


Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain. Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik. Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.

PERKAKASAN ELEKTRIK

Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM. Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar. Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan. Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.

PENDAWAIAN/PENYAMBUNG

Gunakan pendawaian mengikut kadarnya. Gantikan pendawaian yang rosak. Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet. Gunakan penyambung yang diluluskan oleh SIRIM

You might also like