P. 1
22596683-sosiolinguistik

22596683-sosiolinguistik

|Views: 3,228|Likes:
Published by Payed Rusli

More info:

Published by: Payed Rusli on Sep 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/27/2013

pdf

text

original

Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa
merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh
masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan
seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah,
sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.
Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu
yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian
konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan,
hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan
(Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah
mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep
ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan.
Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan
fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras
bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk
percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau
tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu
pengguna dan penggunaanya.

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa
Melayu antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor
teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa
apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat
bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.
Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan
penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi
sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti
kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya

16

dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan.
Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa,
Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera
bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang
Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa
Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya
berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang dikaitkan
dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan
situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-
bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada
tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.
Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran
satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya.
Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa
mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah
itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya.
Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-
faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi
penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut
Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek-
dialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal
daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya
dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan-
perbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing,
tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa
mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek
adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam
satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam
kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa

17

atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).
Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat
(Leonard Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia
sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu
sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa
tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia
sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini
sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi
cakap mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama,
variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.
Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan
oleh individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks
yang berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun
terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had
saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam
satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam
dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu
sama lain ketika berkomunikasi.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:

a Sebutan

Contoh: Perkataan ``air’’ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

B Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada
Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

18

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan –kan.

Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: kəpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)

Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan
oleh ahli-ahli bahasa. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu, misalnya Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi
atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam
tujuan, keadaan, aspek bidang, dan tempat.
Seterusnya, secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan
bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan
bahasa tidak formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi,
seperti urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita
tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira
sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu
bahasa itu sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk
kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi
pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal.
Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu
bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa.
Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan
konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang
tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan
tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan
intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal
bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.

19

Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi
tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal
mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira
sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu
bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara,
iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan
dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran
kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal.
Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan
bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk
memerikan suatu kesan tertentu.

Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan
kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun.

Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal
iaitu dari segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi
ganti nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’
digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya,
‘Imah tak mau ke bandar sorang-sorang’. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri
tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya. Contoh, ‘Saya tidak mahu ke bandar
seorang diri’. Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak
terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan. Contoh, ‘Pakcik duduk dengan sapa? Tak
sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?’. Manakala dalam bahasa formal, kata gelaran
digunakan selengkap-lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan dan kata
gelaran jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu, profesor dan sebagainya digunakan
sepenuhnya dalam perbualan formal. Contoh, ‘Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah
encik berasa sunyi tinggal seorang diri?’. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan
atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali
digunakan. Seperti, tidak → tak, hendak → nak, mahu→mau, adik →dik, bapak→ pak.
Contoh, ‘Makcik duduk kat P.J. , kat sana ada pasar malam. Macam-macam barang boleh

20

beli’. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini
menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. Contoh, ‘Saya tinggal di
Petaling Jaya, di sana ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam barang
keperluan’. Seterusnya, unsur ‘-lah’ dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak
digunakan dalam perbualan.Contoh, ‘Kau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati
engaku tu. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah’. Manakala dalam bahasa formal
unsur ini tidak digunakan. Contoh, ‘Awak ini asyik termenung sahaja. Cuba telefon buah
hati awak. Mungkin dia ada di rumah’. Seterusnya, percampuran kod dalam bahasa tidak
formal, percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa
Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan
dalam perbualan. Contoh, ‘I tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting
hari nilah’. Contoh dalam bahasa formal, ‘Saya tidak dapat menjemput anak saya dari
sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting’. Selain itu, aspek
intonasi dalam bahasa tidak formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih
pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal,
intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti
dalam ayat penyata dan ayat tanya.

5.4

Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Pidgin, dan Kreol

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->