P. 1
22596683-sosiolinguistik

22596683-sosiolinguistik

|Views: 3,223|Likes:
Published by Payed Rusli

More info:

Published by: Payed Rusli on Sep 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/27/2013

pdf

text

original

Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud
sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang
menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini,
pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara.
Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan
linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial.
Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat,

6

terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur
sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.
Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial
yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik
pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk
sistem bahasa. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat
ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang
menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama
yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa
berkenaan. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian
ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan
juga luar Negara.

Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik
sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan
masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji
bahasa daripada segi hubungan antara latar ( setting ), peserta ( participant ), tajuk
perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang
oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim,
1981: 4 ). Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan

bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam

disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data

dan analisis sosial dalam linguistik

Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah
bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri
penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan
mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain,
sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam
konteks sosial dan kebudayaan. . Selanjutnya, menurut J.A. Fishman (dalam Suwito,

1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa

sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti

7

status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi,

iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai

masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom,

and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran

tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik

pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan-

perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya.

Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah
kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik
tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-
faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa,
bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah
sosial.

Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa
sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi
antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi
kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi
masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian
terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian
bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori.

Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik

menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam

masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi,

serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa

(language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit.

Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan

pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua
aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang
dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.

8

Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan
membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan
(variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor
kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan
di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial
dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam
bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan
penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai

gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan

ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta

proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau

kajian tentang bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang

merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.

Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua

pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau

menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam

masyarakat, kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu

melainkan sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu yang dilakukan manusia

dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya.

Downes (1998,9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila
beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan
kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau
bahasa). Menurut Downes (1998,15) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan
kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas,
iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya
dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa
dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam
konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut
sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau
sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi

9

pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis
perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.
Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah
kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu
sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa
yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah
diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik
yang mengkaji makna.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->