You are on page 1of 18

• Tema

– Ayat tanya
– Definisi
– Penyataan umum

• Contoh
• Kesimpulan
b) Apa
Idea Utama

c) Mengapa b)Contoh
Sebab Contoh

d) Bagaimana c) Penegasan Isi


 Cara
a) Rumusan
b) Cadangan
c) Harapan
d) Pendapat
• Tema

Ayat Tanya
Apakah yang dimaksudkan memelihara
bangunan bersejarah?
Definisi
Proses mengekalkan / menjaga bangunan /
monumen zaman lampau.

Pernyataan Umum
Bangunan Bersejarah di Malaysia diancam
kemusnahan.
a) Contoh
Contoh tinggalan bangunan bersejarah di Malaysia ialah:

Kota A’ Famosa Bangunan Sultan Abdul Samad Kelly Castle Menara Condong
Teluk Intan di Perak
di Melaka di Kuala Lumpur di Perak

Bangunan bersejarah ini perlu dipelihara supaya tidak


mengalami kemusnahan.
c) Kesimpulan

 Oleh itu, usaha – usaha perlu diambil


untuk
memelihara bangunan bersejarah ini.
a) Apa? Idea Utama
Pihak kerajaan boleh menjadian kawasan bangunan bersejarah sebagai
destinasi pelacongan.

a) Mengapa? Sebab
Melalui langkah ini, bangunan bersejarah akan terus dipelihara sebagai
salah satu tarikan pelancong asing berkunjung ke Malaysia.
a) Bagaimana? Cara
Pihak yang bertanggungjawab dalam sektor pelancongan iaitu dibawah
Kementerian Pelancongan Malaysia menjalankan kerja - kerja
pemeliharaan dan pemuliharaan struktur bangunan bersejarah supaya
dapat dikekalkan.

a) Contoh?
Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh membaik pulih bangunan bersejarah
yang mengalami kerosakan disamping promosi berkesan pihak
Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menarik perhatian pelancong
mengunjungi bangunan bersejarah yang mempunyai keunikannya sendiri.

a) Penegasan Isi
Sememangnya tidak dapat dinafikan langkah menjadikan bangunan
bersejarah sebagai lokasi pelancongan dapat memelihara bangunan
bersejarah untuk tempoh masa yang panjang.
a) Apa? Idea
Bangunan bersejarah difungsikan. Pihak kerajaan boleh menjadikan
bangunanUtama
bersejarah sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah
organisasi.

• Mengapa? Sebab
Melalui langkah ini bangunan bersejarah dapat berfungsi dan tidak terbiar
usang begitu sahaja. Secara tidak langsung juga dapat mengekalkan
struktur bangunan bersejarah agar tidak dirobohkan.
• Bagaimana? Cara.
Pihak kerajaan akan menentukan dan memilih bangunan bersejarah yang
sesuai digunakan dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan struktur
bangunan tersebut dan kesesuaian lokasinya.

• Contoh?
Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur
dijadikan sebagai bagunan mahkamah yang masih terpelihara hingga
hari ini.

• Penegasan Isi
Jelasnya, langkah pihak kerajaan menjadikan bagunan sejarah sebagi
bagunan yang berfungsi memberi impak positif dalam merealisasikan
usaha memelihara bagunan bersejarah di Malaysia.
a) Apa? Idea Utama
Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang - undang kepada
pelaku / pihak yang menyebabkan kerosakan / kemusnahan bangunan
bersejarah.

a) Mengapa? Sebab
Dengan penguatkuasaan undang - undang ini, individu / pihak yang
menyebabkan kerosakan / kemusnahan bangunan bersejarah akan berasa
takut untuk melakukannya.
a) Bagaimana? Cara.
Pihak tertentu seperti pengawal keselamatan yang bertugas perlu
mengawasi dan membuat rondaan dikawasan bangunan bersejarah.

a) Contoh?
Antara hukuman yang boleh dikenakan seperti penjara, denda wang
ringgit dan rotan.

a) Penegasan Isi
Oleh itu, penguatkuasaan undang - undang yang tegas perlu
dilaksanakan untuk memastikan bangunan bersejarah dapat dipelihara .
a) Apa? Idea Utama
Pihak kerajaan dan pihak swasta berganding bahu menjalankan kerja -
kerja pemuliharaan bangunan bersejarah.

a) Mengapa? Sebab
Dengan menjalankan kerja - kerja pemuliharaan ini, bangunan
bersejarah yang mengalami kerosakan dapat dibaik pulih.
a) Bagaimana? Cara.
Pihak kerajaan perlu melantik kontraktor khas untuk membaik pulih
struktur bangunan bersejarah yang mengalami kerosakan.

a) Contoh?
Antara kerja - kerja baik pulih yang boleh dilakukan ialah proses
mengecat semula bangunan, menggantikan struktur kayu yang sudah
reput dan membuat tampalan simen pada dinding yang mengalami
kerosakan.

a) Penegasan Isi
Tegasnya, kerja - kerja pemuliharaan bangunan bersejarah ini
sememangnya salah satu usaha bijak untuk mengekalkan kewujudan
bangunan bersejarah di Malaysia.
a) Rumusan
Tuntasnya / suadah berterang lagi bersuluh, jika usaha - usaha ini
diberikan penekanan oleh semua pihak maka hasrat kerajaan untuk
mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia supaya tidak diancam
kemusnahan dapat direalisasikan.
• Cadangan
Seharusnya / sewajarnya semua pihak berganding bahu dan bekerjasama
bagi memelihara serta mengekalkan bangunan bersejarah ini bak kata
pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

• Harapan
Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan maka tidak mustahil Malaysia
boleh berbangga dengan monumen bersejarahnya setanding negara lain
yang terkenal dengan tinggalan sejarah lampau supaya negara dapat berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain.

• Pendapat
Lantaran itu, usaha - usaha yang telah diarahkan diatas hendaklah
dilaksanakan secara efektif dan berterusan tidak sekadar dan berterusan
tidak sekadar hangat - hangat tahi ayam.

You might also like