You are on page 1of 42

KERJA KURSUS PENDIDIKAN MUZIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 Unit Akitiviti III: Portfolio Tugasan 2

Nama: Kelas: No. K/P: Angka Giliran: Nama Guru Pendidikan Muzik:

Isi Kandungan

1. Penghargaan 2. Pengenalan 3. Jenis-jenis lagu rakyat >Dikir Barat >Dondang Sayang >Ulek Mayang >Boria >Ghazal 4. Analisi lirik 5. Analisi skor 6. Cadangan untuk memartabatkan lagu rakyat 7. Bahan bukti/ Sumber

Penghargaan

Saya___ ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya menjalankan serta menjayakan kajian ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ___, pengetua Sekolah___,kerana membenarkan saya membuat folio saya di kawasan sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Muzik saya, Puan ___ kerana membantu menerangkan proses membuat folio ini serta tempat-tempat yang sesuai untuk mencari sumber yang bersesuaian.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, ___ dan ___ kerana memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Saya terhutang budi juga kepada adik-beradik saya, ___ kerana memberi sokongan moral kepada saya serta menjana idea untuk saya membaiki folio ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan seperjuangan saya, _,_,_,_, dan ___ kerana bersama-sama menyiapkan folio ini dengan menepati masa.

Pengenalan

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. Negara ini dihuni pelbagai etnik atau masyarakat yang memiliki bahasa daerah yang memiliki ciri-ciri, adat istiadat dan kesenian yang beraneka ragam sebagai identiti budaya tempatan. Terdapat lebih kurang 80 jenis etnik di Malaysia. Walaupun demikian, konsep lagu rakyat Malaysia masih bercampur-aduk oleh kerana konsep pemahaman masing-masing. Muzik di Malaysia dikategorikan sebagai klasikal, rakyat, sinkretisme, popular, atau kontemporari. Muzik klasikal dan muzik rakyat bergabung ketika zaman pra-kolonial dan wujud dalam bentuk vokal, tarian, atau teaterikal seperti Nobat, Mak Yong, Mak Inang, Dikir barat, Ulek mayang dan Menora. Pada abad ke-16, muzik sinkretisme berkembang dan mengandungi elemen-elemen daripada kedua-dua muzik tempatan dan muzik luar seperti Arab, Parsi, India, China dan Barat. Antara jenis muzik ini ialah Zapin, Ghazal, Dondang sayang, Joget, Jikey, Boria, Keroncong dan Bangsawan. Muzik rakyat merupakan muzik yang sudah lama wujud. Muzik rakyat wujud sebagai hiburan, ketika bermain, selepas penat, semasa majlis dan juga untuk mendodoikan anak. Muzik rakyat menceritakan keadaan sekeliling seperti emosi, alam, flora, fauna ataupun senario di kawasan tersebut. Lagu rakyat diwarisi secara turun-temurun, sebahagian daripada sejarah, dan sebagai identiti bangsa Malaysia.

(a) Senarai repertoire yang terdapat dalam lagu rakyat mengikut dialek, negeri dan kaum di Malaysia DIKIR BARAT Negeri: Kelantan Masyarakat: Masyarakat biasa di kampung-kampung Masyarakat Melayu Asal-usul: Selatan Siam Pulau Kerengga Pulau Tebu Ilham budak-budak penjaga lembu Ciptaan Mat Leh Tapang Senarai repetoir: 1. Karut Kelantan Cepat 2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan) 3. Karut Petani 4. Karut Wok Yoh 5. Karut Pendek 6. Karut Yengki Cepat 7. Karut Yengki Anjur 8. Karut Yengki Tengah (Sederhana) 9. Karut Yengki A Ding Ding 10. Karut Alo 11. Karut Selampit 12. Karut Menora 13. Karut Jenaka Mak Yong 14. Karut Wau Bulan Jenis dikir: 1. Irama Melayu Asli 2. Irama Padang Pasir 3. Irama Hindustan

Lagu Wau Bulan I wa i wa bulan Wau bulan teraju tiga

Minta maaf adik kakak sekalian Kalau ada silap jangan simpan dalam dada Tinggal kasih menolak sayang Kalau panjang umur semula pulok kita jumpa Oh samo samo paling belakan Selamat tinggal nok baliklah ambo Oh ambo nip aka ilmu tolo saran Orang sayang orang merai waktu mudo Kalau dah tuo habis sayan ni aban Taruh butir buat bako lelok atas paro Tak adok aroh ini malam Sampai puyan time dan maso Oh ado saloh nok minta maaf Aban jangan taruh bimban dalam dada Takut terkasar takut bersaloh benar Mana tahu kerajaan puak ambo Oh raso belas cari makan Turut untuk badan kecil jual suaro Ni ibarat burung terbang Di mana dahan di situlah tempat ambo Oh ado anak betina atau jantan Mintok aban jangan tiru pengarai ambo Kalau dan tak adok ilmu pengajian Balah ni contoh buat kijo Oh kito ambo nok pesan Kalau dah habis tok soh ingat bilo-bilo

Maklum sajo demo rama ambo soran Tok boleh nok buat tok boleh nok jaga Oh selamat tinggal selamat baik selamat jalan Tok payah tunggu nok sudahlah ambo Oh ni assalamualaikum ambo beri salam Hilan royak doh habis alik ambo

Dikir Barat Kelantan

Dondang sayang

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada: seorang pemain biola;

dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal.Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang.Alatalat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion. Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5.Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta. Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Dondang sayang etnik Melaka

Oleh MOHAMAD BAKRI DARUS

KEPADA mereka yang pernah menyaksikan persembahan dondang sayang di Melaka tentu terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik di negeri itu mendendangkan lagu warisan tersebut dengan baik. Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti juga membuktikan bakat mereka. Dondang sayang ialah satu bentuk hiburan masyarakat Melayu bersama kaum lain. Hiburan itu menuntut mereka berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan kadangkala melucukan. Dondang sayang wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Menurut sejarah, pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembah untuk menghiburkan tetamu dan pedagangpedangan yang singgah di Melaka. Penyanyi biasanya diiringi oleh alat-alat muzik seperti biola, rebana, tetawak iaitu sejenis gong, akordian dan dibantu dengan alat muzik lain seperti tabla. Baru-baru ini, orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan dondang sayang oleh pelbagai etnik di atas satu pentas pada program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka yang diadakan di dataran

Klebang, Melaka. Acara itu anjuran bersama kerajaan Melaka dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menurut tokoh dondang sayang, Abas Katan, 63, kekuatan dondang sayang terletak kepada kebolehan seseorang penyanyi itu berbalas pantun secara spontan. "Dondang sayang ini kekuatan terletak pada pantun.Pantun itu NYONYA TAN (dua dari kanan) pula banyak jenis antaranya ialah dan Abas Katan (kiri) bersama kiasan, kasih, budi dan sindiran," rakan seperjuanganya membuat katanya ketika ditemui. persembahan lagu dondang sayang. Abas, yang pernah dinobatkan tiga kali juara pertandingan dondang sayang peringkat negeri dan sekali sebagai naib juara peringkat kebangsaan berkata, hanya pantun empat kerat digunakan dan beliau mampu menguasai lebih 300 pantun. "Dondang sayang ini bukan kata kita ikut lagu lama, cuma iramanya lama, kemudian kita jadikan rentak baru, kalau dulu kita dengar dondang sayang lemah gemalai, lentoknya iaitu lagu asli tetapi sekarang kita tambah rentak inang, zapin, mambo dan joget," katanya.

Era kegemilangan

Beliau berkata, dondang sayang juga dinyanyikan oleh penduduk Singapura dan Indonesia terutama di Sumatera, tetapi yang membezakan dondang sayang Melaka dengan tempat lain ialah lenggok dan loghat penyanyi itu. Abas yang aktif berdondang sayang sejak umurnya 20 tahun dan mengetuai Kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya berkata, beliau pernah membuat persembahan bersama penyanyi kaum Baba Nyonya dan Chitti di atas satu pentas. "Kami (Melayu) menyanyi bercampur antara masyarakat Baba Nyonya dan Chitti dalam satu majlis berdendang dondang sayang dalam satu irama, dia dengan loghat dia, kami dengan loghat kami," katanya. Tambah Abas, pada masa dahulu persembahan dondang sayang sering menjadi pilihan untuk memeriahkan majlis-majlis perkahwinan. Ada yang bermula selepas waktu solat maghrib hingga masuk waktu subuh. Abas sendiri pernah menyertai persembahan dondang sayang 24 jam tanpa henti di Pantai Puteri pada 2007 yang melibatkan lapan kumpulan. Bagi Nyonya Tan Abdullah, 60, dondang sayang memang sinonim dengan masyarakat Baba Nyonya. Ia mungkin ada kaitan dengan hasil perkahwinan campur pada zaman dahulu.

MELAKA bukan saja terkenal dengan destinasi pelancongan bahkan

budaya pelbagai etnik.

Melibatkan diri sejak berusia 19 tahun, nama Nyonya Tan sentiasa bermain di bibir peminat dondang sayang terutama ketika era kegemilangan dondang sayang sekitar 1970-an dan 1980-an. Pesara POS Malaysia itu pernah meraih johan peringkat kebangsaan Pertandingan Dendang Rakyat dan sering menjadi johan pertandingan peringkat negeri sekitar 70-an dan 80-an. Beliau yang kini aktif dengan lagu warisan Melaka pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka (2003), Anugerah Penyanyi Sepanjang Zaman daripada Persatuan Penyanyi-penyanyi Tanah Air (Papita/2006) dan dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran oleh kerajaan negeri Melaka. Nyonya Tan diundang membuat persembahan selama dua minggu bermula 4 April 2008 untuk tontonan para perwakilan 21 negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang bersidang di Paris, ketika Melaka melobi untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia. "Saya mewakili etnik warisan Baba Nyonya dan warisan budaya dondang sayang negeri Melaka...dondang sayang ialah satu warisan budaya negeri Melaka," katanya. Pengiktirafan Melaka dan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO diumumkan pada Julai 2008 selepas 21 negara anggota UNESCO yang menghadiri Mesyuarat Ahli Warisan Dunia Ke-32 di Quebec City, Kanada memutuskan untuk memilih kedua-dua bandar itu. Nyonya Tan terpikat dengan dondang sayang selepas sering menonton persembahan penyanyi veteran ketika itu yang pandai berpantun secara spontan dan mencuit hati.

ABAS KATAN (duduk paling kanan) bersama barisan asal ahli Kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya.

"Masa saya muda-muda dulu, kita tengok veteran menyanyi pantun spontan, pantun dia boleh mencuit hati penonton boleh jadi hiburan, daripada pantun dia boleh menyindir orang, boleh ajak orang berkasih, daripada pantun itu juga orang yang datang menonton dengan penyanyi boleh tersangkut hati dan terus kahwin," katanya. Beliau berkata, seiring dengan perubahan masa dondang sayang juga mengalami perubahan dari segi muzik yang dianggap lembik oleh generasi muda kepada rentak rancak seperti mambo, inang dan joget tetapi mengekalkan melodi aslinya. "Inilah yang menarik minat anak-anak muda sekarang terhadap persembahan dondang sayang. Kita tidak mahu satu masa nanti dondang sayang warisan budaya jati negeri Melaka tinggal nama," katanya. Bakat beliau itu kini tumpah kepada dua anaknya Hairul Asraf Abu Hussain, 27, dan Hidayu Murni, 24. Dua beradik itu pernah menggondol juara beberapa pertandingan dondang sayang peringkat kebangsaan dan negeri. Nyonya Tan yang turut menjadi tenaga pengajar mencungkil bakat baru berkata, untuk menjadi penyanyi yang baik, seseorang itu perlu menyertai bengkel, banyak berlatih dan mengadakan persembahan pentas. "Kalau setakat berpantun, ramai boleh berpantun tetapi pantun yang berkualiti itu payah, pantun yang berkualiti pembayangnya mesti ada sangkut paut antara baris satu dengan baris kedua serta ada makna," katanya.

Generasi ketujuh Bagi K. Arunasalam Pillay, 50, dondang sayang sememangnya tidak asing bagi masyarakat Chitti Melaka. Nama seperti Meenachi ialah tokoh yang pandai berpantun. Arunasalam merupakan generasi ketujuh masyarakat Chitti, bersama isteri K. Vimala Devi, 42, anak lelakinya Pavithran Pillay, 12, dan anak perempuan mereka Savithri Pillay, 7, giat mengembangkan minat dan bakat mereka dalam persembahan dondang sayang. Beliau berkata, masyarakatnya merupakan India peranakan yang berketurunan daripadapedagang India yang datang dari Koromandel, selatan India. "Masyarakat Chitti mengamalkan kepercayaan Hindu tetapi menjalani kehidupan harian seperti kaum Melayu dari segi pakaian, makanan dan lain-lain," katanya ketika ditemui di Kampung Chitti, Jalan Gajah Berang. Pada masa ini, terdapat 30 buah keluarga mendiami kampung itu yang wujud sejak kurun ke15.Istimewanya, mereka masih mengamalkan budaya Melayu tradisional.Mereka juga fasih bertutur bahasa Melayu tetapi berpegang kuat kepada ajaran agama Hindu.

ABAS KATAN mampu menguasai lebih 300 buah pantun.

Arunasalam, seorang peniaga dan isteri yang giat mempromosi seni budaya masyarakatnya akan terus mempopularkan dondang sayang agar tidak pupus dalam masyarakat Chitti. "Kehidupan masyarakat dahulu di persekitaran orang Melayu membuatkan orang Chitti juga pandai berpantun, sekali gus boleh menyanyi dondang sayang," katanya yang mengakui tidak ramai masyarakat Chitti yang boleh berdondang sayang dengan baik. Melihat Arunasalam berjoget bersama isteri sambil berbalas pantun, persembahan mereka cukup mempersonakan apatah lagi dengan memakai pakaian tradisi masyarakat Chitti

Pantun Dondang Sayang [Perempuan] Limau lelang di tepi lubang Petik benihnya di hujung dahan Harimau garang duduk menyangkung Kalau kau berani, lalu di depan [Lelaki] Angkut-angkut membuat sarang Jatuh berderai diatas peti Apa ditakut harimau yang garang Sebelum ajal berpantang mati [Perempuan] Tinggi, tinggi rumah Chek Long Di bawahnya dibuat kedai kain Alangkah bisa ular tedung Bolehkah di tangkap buat main? [Lelaki] Tinggi tinggi rumah Chek Long, Dibawahnya dijual air pokok, Gua tak takut ular tedung, Kerana gua ular senduk. Api-api sepanjang pantai Nibung terlentang di Tanjung Tuju, Niat di hati jikalau sampai Niat cantik tentu tertumbuh Orang kaya bersuka-suka Membuang wang tiada berhingga Kesian miskin apakah daya Tiada makan tiada belanja *Pantun ini dilagukan dalam Dondang Sayang

Ulek Mayang Ulek mayang ialah tarian tradisional Melayu pra-Islam yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia.Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian

Asal usul

Seorang penari mempersembahkan tarian Ulek Mayang. Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut.Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung. "Ku tahu asal-usulmu kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat". Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Lirik Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini.Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini. Ulek mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Tuan puteri berbaju serong Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading Tuan puteri berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala Nota: Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat.

Boria BORIA PULAU PINANG

Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di Pulau Pinang.Ia mempunyai pengisian dua segmen iaitu : Segmen pertama :

Sketsa SEBABAK (satu tempat kejadian lakonan) contohnya jika sketsa itu kejadiannya berlaku di rumah, maka adengan lakonan/sketsa itu HANYA berkisarkan suasana di rumah sahaja. Sketsa haruslah mempunyai mesej, nasihat dan berunsur humor. Rentetan sketsa ini akan dikupas kembali di dalam rangkap lagu untuk segmen ke dua iaitu di dalam senikata rangkap lagu oleh Tukang Karang.

Segmen ke dua.

Persembahan pergerakan/tarian yang seragam mengikut kreativiti kumpulan yang terdiri dari Tukang Karang (Ketua/Solo Utama) dan Sailor (kini ada golongan yang menamakan kelasi yang memang ditentang oleh pengiat lama sebab sailor adalah nama khas untuk penari latar dari zaman dahulu.)

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BORIA Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tenteratentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikutpengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Taziya. Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina. Perkataan Boria dikatakan berasai dari perkataan Borai dari bahasa Hindustan yang bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan tikar sertya pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala. Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan Bori dari kaum Gujerat yang datang berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan Ria sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia hanyalah dating dari sumber lisan bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana .

TATA CARA @ ADAP PERMAINAN

Segmen Pertama Sketsa Sebabak (telah diulas terdahulu) Segmen ke dua. 1Kemasukan Sailor dan Tukang Karang Kemasukan mereka akan diiringi muzik masuk (intro) sebaik sahaja pelakon sketsa selesai dan keluar. 2Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor akan menyahut rangkap pertama beramai - ramai sambil membuat pergerakan.Lenggok suara serta alunan suara Tukang Karang mestilah BUKAN mendayudayu, merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan sebutan seakan-akan sebutan akhir dipendekkan (BUKAN MELISMATIK). Rangkap yang disampaikan oleh Tukang Karang selalunya akan dimulakan dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan Sailor akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai. Contohnya :

Tukang Karang : Mailah ramai-ramai ke Padang Kota, Selama Tiga hari Boria berpesta, Merakyatkan seni warisan kita, Boria Pulau Pinang sampaikan berita. Sailor : Mailah ramai-ramai ke Padang Kota, Selama Tiga hari Boria berpesta, Merakyatkan seni warisan kita, Boria Pulau Pinang sampaikan berita. Rangkap Sailor ini akan disahut berulang kali setiap kali habis rangkap Tukang Karang (berselang seli.) 3Kemudian Tukang Karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mempunyai isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan Tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang telah dilakonkan dalam sketsa Segmen pertama persembahan. 4Rangkap karangan Boria akan ditamatkan dengan ucapan terima kasih, pengunduran diri , memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau menguris perasaan penonton. Contoh : Tukang Karang : Persembahan kami sampai di hujung, Terima kasih para pengunjung, Budi bahasa tetap disanjung. Boria Pulau Pinang seni dijunjung

Sailor : Persembahan kami sampai di hujung, Terima kasih para pengunjung, Budi bahasa tetap disanjung. Boria Pulau Pinang seni dijunjung

Rangkap akhir atau penutup ini akan disahut oleh Sailor (rangkap pertama tidak diulang semula) 5Persembahan Boria ini juga di akhiri dengan muzik penutup untuk mengiringi para Sailor keluar dari pentas. Adapun para pelakon sketsa turut sama beraksi seperti Sailor tetapi pergerakkan mereka lebih bercorak humor dan tidak mengikut 100% pergerakan Sailor. Ada juga Tukang Karang pada zaman 50 an yang keluar dari pentas lebih awal dari Sailor kerana mereka terbawa-bawa pangkat atau kedudukan sebagai Ketua Kumpulan Boria mestilah mendapat layanan atau kedudukan yang lebih tinggi dari Sailor maka dia keluar dahulu

RANGKAP DAN SENIKATA PERSEMBAHAN BORIA Mirip kepada Gurindam Melayu di mana sebutan akhiran adalah sama namun ada juga kumpulan yang membuat kesilapan kerana menyangkakan ejaan akhiran sama sudah memadai. CONTOH BETUL : Persembahan Boria bukan sebaRANG, Dari dahulu hinggalah sekaRANG, Sketsa ,Sailor dan Tukang KaRANG, Menghibur mendidik setiap oRANG.

CONTOH SALAH : Dari Padang Kota sampailah BaGAN, (sebutan akhir GAN) Pandu hati-hati jangan beranGAN, (sebutan akhir NGAN) Nasihat Ibu dilupa janGAN, (sebutan akhir NGAN) Moga dielak dari KemalanGAN. (sebutan akhir NGAN)

Baris Pertama adalah SALAH dan rangkap ini adalah SALAH Senarai lagu Boria Anak Tanjung Ustaz Akhil Havy Boria Semut Boria Pulau Pinang

Majutera Majutera adalah tajuk lagu bagi kor RAJD.Seni kata lagu ini pada asalnya adalah seni kata lagu boria yang telah dicipta oleh Sjn Yusuf semasa beliau berkhidmat di Sekolah Jurutera (IKEM), Kluang.Beliau mencipta lagu-lagu boria mungkin disebabkan beliau berasal dari keturunan India Muslim Pulau Pinang. Beliau akan menyanyikan lagu-lagu boria ini untuk menyambut kedatangan sarjan-sarjan yang baru dinaikan pangkat semasa melapor ke Wisma Bintara. Walaupun beliau telah meninggalkan Wisma Bintara lagu ini masih dinyanyikan oleh ahli-ahli Wisma Bintara Sekolah Jurutera. Pada 1972, semasa Brig Jen Dato N Selvarajah, Ketua Jurutera melawat Sekolah Jurutera, beliau telah mendengar dan berminat dengan lagu tersebut. Ekoran dari itu, Komandan pada masa itu Lt Kol Murad bin Jaafar (bersara Kolonel) dan isteri beliau Puan Lok Lok (seorang guru) telah menggubah lagu boria tersebut hinggalah ke irama dan lagu yang terdapat sekarang.

Senikata Lagu MAJUTERA MAJU REJIMEN JURUTERA DIRAJA BERPANDUKAN SEMANGAT PERWIRA TUGAS JURUTERA DI DALAM TENTERA SEMUANYA TERLAKSANA

MAJU REJIMEN JURUTERA DIRAJA BERSATU SETIAP MASA SEDIA BERKORBAN JASAD DAN JIWANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA

MAJU REJIMEN JURUTERA DIRAJA BERPANDUKAN SEMANGAT PERWIRA TUGAS JURUTERA DI DALAM TENTERA SEMUANYA TERLAKSANA

MAJU REJIMEN JURUTERA DIRAJA BERSATU SETIAP MASA SEDIA BERKORBAN JASAD DAN JIWANYA UNTUK NEGARA MALAYSIA

Lirik Lagu Boria Anak Tanjung - Boria Pulau Pinang Kalimah bismillah bermula kata Alhamdulillah bersyukur kita Perihal Pulau Pinang tajuk cerita Boria Anak Tanjung membawa berita * Lainlah buluh lainlah parang Lain dahulu lain sekarang Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang Boria Anak Tanjung cuba menerang Rakyat sekarang pesat pembangunan Kembang ekonomi mengikut susunan Bangunan indah kiri dan kanan Pemimpin berdedikasi memainkan peranan (Ulang *) Rakyat hidup berbilang bangsa Tolong menolong setiap masa Menabur bakti membuat jasa Aman damai hidup selesa (Ulang *) Akhir karangan menyusun jari Cerita kami yang tidak terperi Salah dan silap tanpa disedari Ampun dan maaf pohon diberi

Lirik Lagu Boria Kuala Lumpur - Mr Os Teman dah jemu, duduk di kampung Rasa nak pindah ke kuala lumpo Dengo kabo nye seronok bebenor Ini yang teman tak sabor Bila di KL, baru tersedor Yang rajin mewah, yang maleh lapor Nak masuk jamban pun kene bayor Sekupang, duit ayor Oh kuala lumpo teman dah cayor Hidup di sini perit bebenor Kalau tak ligat, hanyut ke helior Di sungei kelang terkapor-kapor Letak kereta, jangan mendadak Tiang bermeter, tak payah tengok Tapi peliknya ada bebudak Tak sedekah, kereta rabak Lalulintasnya sangat terator Lampu isyarat, tolong berator Walaupun merah ada yang langgor Eh gamaknya, dema besor Oh kuala lumpo, ngapa begitu? Sistem dah ada, patut dibantu Bukan ke baik, sabor dahulu Baru le idak haru

Ustaz Akhil Havy Boria Semut

Ghazal Sejarah Ghazal Ghazal adalah kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut sebagai gamat yang bererti nyanyian dan beriuh-rendah yang berasal dari Tanah Arab. Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan RiauLingga. Beberapa bangsawan Johor yang berulang-alik ke Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.Perkataan ghazal dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud bahasa kasih.Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta. Berdasarkan buku Rangkaian Rubait yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib al-Attas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubaiyat yang dinamakan Hajat. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20 atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.

Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18.Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India (Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain. Di Johor(Malaysia), Dato Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) merupakan tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susur ghazal datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi(dimainkan di istana), India(di istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga(istana, tidak diubah), Tanjung Puteri(di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat(dimainkan di rumah penghulu dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah daerah lain di Johor.

Di Johor, Dato Bentara Luar(Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan. Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu. Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anakanak Melayu Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama Alpa iaitu seorang ustaz.Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi danHindustan tulen. 23 Rentak ghazal pula adalah daripada langam iaitu rentak hindustan tetapi disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar, harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan sharinggi ditukar kepada gitar. Lamakelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu, secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh orang Melayu. Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagu2 Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan lagu- lagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu.Beliau pula telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal.Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.

Bilakah Ghazal Wujud di Tanah Melayu?

Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai asal usul ghazal di Tanah Melayu. Pendapat pertama ialah daripada: i) Dato Abdullah bin Mohamed Beliau merupakan seorang peminat ghazal sebelum perang dunia ke-II.Beliau mengatakan bahawa ghazal mungkin dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang India pada abad ke19 dan telah diperkembangkan di kawasan Riau-Lingga oleh orang-orang bangsawan Melayu.Selepas kerajaan Temenggong Abu Bakar berpindah dari Telok Belanga (Singapura) ke Johor Bharu, ghazal turut dibawa bersama.Di Johor Dato Bengara Luar (Mohamed Salleh bin Perang) telah memainkan peranan penting untuk memperkembangkan muzik ghazal dengan lebih meluas bila beliau diarah oleh Sultan Johor supaya membuka bandar-bandar baru seperti Muar, Batu Pahat dan Endau. Pendapat ke-2 ialah daripada: ii) Adibah Amim Beliau mengatakan bahawa perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad ke-20. Beberapa pegawai tentera seperti Colonel Musa, Colonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik dengan muzik ghazal itu telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi itu. Mereka menyanyi melodi ghazal dengan senikata pantun asli.Alat-alat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan.Adibah Amim juga berpendapat bahawa ghazal sangat popular di kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada dekad 1930-an. Walaupun tarikh dan cara sebenar ketibaan ghazal ke Malaysia tidak dapat ditentukan, namun apa yang dapat dipastikan ialah bahawa ghazal telah dibawa ke Tanah Melayu dari India.

Ghazal Asmara- Jamal Abdillah Bergema suara di tabir malam Mengalun qasidah Dengan penuh rasa syahdu Tak sempat bertanya Engkau melangkah Hatiku tersingkap Rasa cinta penuh rindu Oh di mana Ku bertanya Jejakmu mana halanya Aduhai rindu semakin membara Kalaulah luka boleh disembuh Senyuman adik penawar sakti Kalaulah cinta boleh diatur Hanyalah adik abang menanti Bukan kata sebarang kata Kata hati tulus dan suci Kalaulah hatimu Relaku sentuh Ku ingin beradu Dalam kasih belaianmu Oh asyiknya Kalau cinta Denganmu menjadi nyata Tidaklah lagi kasihku gerhana Luka di tangan nampak darahnya Luka di hati siapa yang tahu

Kalaulah abang boleh bercinta Adik seorang pilihan kalbu Ingin abang bersamamu Nyanyi lagu ghazal asmara

Ghazal untuk Rabiah- M. Nasir Kilauan intan berkelip-kelip di langit tinggi Dan cahaya menari-nari di langit biru Tidaklah dapat menenangkan perasaanku Yang rindukan kehadiran kasih Gemersik irama merdu buluh perindu Dan nyanyian pari-pari dari kayangan Tidaklah dapat tenteramkan sanubari Yang mendambakan kepastian kasihmu Rela lepaskan segala-gala yang ku ada Andai itu yang kau hajatkan Rela terima apapun syaratnya dan dugaan Untuk ku buktikan cintaku Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera ditumpaskan cinta Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa Yang menagih kasih Yang halus yang tulus Yang mulus yang kudus Semoga malamku tidak lagi jadi medan airmata Menusuk segenap kalbuku Pak Ngah Balek Tetak dahan sikayu bulat .. Dibawa orang dari sempadan Pulau bintan pulau penyengat ahai Bagaikan bunga kembang setaman 2x Hai pak ngah balek bulan mengambang. Pak ngah balek hari dah siang 2x Orang berlayar pulau penyengat.. membawa kundur berkaki-kaki Pemimpin jujur mendapat berkat ahai doa dan syukur pada Illahi 2x Hai pak ngah balek bulan mengambang.

Pak ngah balek hari dah siang Lebat bunge berbatang-batang Untuk di rangkai diatas piring Adat lembaga sama dipegang Bagai pengantin duduk bersanding 2x Hai pak ngah balek bulan mengambang. Pak ngah balek hari dah siang 4x

(b) Analisis lirik dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu rakyat

Alamat Hari Nak Siang Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said Ulasan Bila malam akan diganti siang, sebenarnya ditandai oleh alam yang sering berinteraksi mengalu-alukan serta meyambut kebesaran kekuasaan Tuhan seru sekalian alam. Baik haiwan, mergastua, cuaca serta kejadian yang lainnya dengan meriah menggunakan cara masing-masing menyambut ketibaan datangnya siang mengganti malam. Apatah lagi insan yang juga turut memberikan tanda-tanda akan datang tersebut. Puyuh, taptibau, balam, terkukur, panggang pakuh, sering lanting, kuang adalah jenis-jenis burung yang kini sudah jarang kita temui malah kadang-kadang tidak lagi kita kenali. Haiwan dan mergastua ini diantaranya terdapat dalam lirik puisi yang dimaksudkan. Petanda hari nak siang memberi rasa kepada kita supaya mencintai alam dan memberi ruang rasa kepada kita untuk turut menyumbangkan bakti kepada kehidupan sejagat.

(c) Analisis skor dari segi elemen muzik: irama, melodi, harmoni, bentuk, tekstur dan lainlain. Melodi: Harmoni: Bentuk: Tekstur:

(d) Cadangan untuk memartabatkan lagu-lagu rakyat.

MESKIPUN pencipta lagu-lagu rakyat kadangkala tidak dapat dikenal pasti identitinya, tetapi lagu-lagu seperti Burung Kakak Tua, Enjet-Enjet Semut dan Burung Kenek-Kenek sudah lama dinyanyikan oleh masyarakat Melayu di negara ini. Suatu ketika dulu, lagu-lagu rakyat begitu popular di kalangan kanak-kanak, tetapi sedekad kebelakangan ini ia dikatakan semakin terpinggir daripada terus dinyanyikan oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ramai kanak-kanak hari ini tidak mengetahui tentang kewujudan lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan nenek moyang mereka suatu ketika dulu. Lagu rakyat perlu diperkenalkan sejak bangku sekolah dalam subjek seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Subjek ini perlu mengandungi sejarah lagu rakyat serta lebih memfokuskan penghayatan lagu-lagu rakyat dan kepentingannya. Untuk mengukuhkan lagi penghayatan ini, sekolah perlu memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar lagu rakyat. Pertandingan menyanyi dan menari berasaskan lagu rakyat di sekolah sudah pasti boleh memupuk minat pelajar untuk mempelajari warisan bangsa ini. Selain itu, saya mencadangkan pelaksanaan pelbagai program yang efektif dalam memupuk semangat cinta terhadap lagu rakyat. Misalnya, Karnival Program Pelancongan Pelajar yang telah menyelitkan program tarian lagu rakyat bersama-sama. Program ini melahirkan perasaan bangga dan sayang pelajar terhadap lagu rakyat dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai lagu rakyat yang menarik seperti sewang, jambatan tampa ruli dan sebagainya. Kempen menghargai lagu rakyat harus diadakan. Kempen tersebut perlulah membuka mata rakyat terutamanya golongan muda tentang kepentingan memelihara lagu rakyat yang menjadi identiti bangsa. Kempen tersebutlah juga mestilah menonjolkan elemen lagu-lagu rakyat yang menarik dan unik.

Akhir sekali, pentingnya memartabatkan lagu-lagu rakyat yang menjadi identiti masyarakat Melayu perlu kita sedar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah pun mengadakan kempen mencintai karya khazanah bangsa itu sejak dua tahun lalu. Pelbagai langkah telah diambil, antaranya dengan mengadakan Konsert Jelajah 07 ke seluruh negara yang meliputi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Pahang, termasuklah Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Usaha jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) itu patut dipuji kerana ia boleh mendekatkan lagi minat masyarakat terhadap lagu-lagu rakyat yang semakin dilupakan. Apa juga strategi perlu diambil dalam usaha untuk memastikan lagu-lagu rakyat bukan sahaja tidak pupus tetapi ia juga popular sama seperti lagu-lagu moden yang lain.

(e)Bahan bukti dari segi rakaman, audio, video, laman web, skor, nama buku rujukan dan sebagainya Pengenalan http://en.wikipedia.org/wiki/Music_of_Malaysia Boria http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-boria-anak-tanjung.html#ixzz1Qe2KkuZJ Dikir Barat http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/10/lirik-lagu-wau-bulan-lagu-negeri.html Dondang Sayang http://en.wikipedia.org/wiki/Dondang_Sayang http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Rencana_ Utama&pg=ru_01.htm Ghazal http://lagu-patriotik-malaysia.blogspot.com/2007/08/sila2-lah-donlotselamat-hari-merdeka.html Ulek mayang http://tourism.terengganu.gov.my/cultural/ulekmayang http://www.liriklagu.com/liriklagu_tz/UlekMayang.html Lain-lain http://cultural.um.edu.my/?modul=Research http://resam-melayu.com/2010/01/koleksi-video-terpilih-lagu-rakyat-kebudayaan-silat-dansastera-melayu-tradisional.html http://en.wikipedia.org/wiki/Music_of_Malaysia

You might also like