You are on page 1of 39

10 rumpai untuk

kegunaan perubatan
Hempedu Bumi

Nama Saintifik : Andrographis Paniculata


(Bum. f.) wall.ex Nees

Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter,
creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit),
Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto
(Indonesia)

Famili : Acanthaceae

Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia


Kegunaan Dan Khasiat

 Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping
merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan
pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar,
menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan
darah.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum.

 Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan
letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia
memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang
tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

 Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling
mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.
Sambung Nyawa

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan


spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akar
sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),
beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)
Famili : Asteraceae
Kegunaan Dan Khasiat

 Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan


menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan
untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga
digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia
dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa
sering digunakan untuk meredakan demam.

 Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri,


infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk
menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang
haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa.
Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom),
pembengkakkan, serta patah tulang.
Kunyit Hitam

Nama Saintifik : Curcuma Caesia

Nama Tempatan : Kunyit Hitam

Nama Lain : Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary

Famili : zingiberaceae
Kegunaan
 Ia digunakan terutamanya untuk merawat
ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia
juga digunakan untuk merawat penyakit
kusta dan dikatakan dapat memanjangkan
usia seseorang.
Pegaga

Nama Tempatan : Pegaga


Nama Saintifik : Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian
Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae
 mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan
menolong badan dari bahan toksik.

 di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India
bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

 Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang
mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

 Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran
darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang
memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki
terasa berat dan kebas.

 Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
 Pembengkakan Hati
 Demam, Campak
 Sakit Tekak, Batuk Kering,
 Asma, Brokitis, Pleuritis
 Radang Mata Merah
 Keputihan
 Tekanan Darah Tinggi
 Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
 Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
 Keracunan Makanan
 Batuk Darah, Muntah Darah
 Busung, bisul
 Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
Temulawak

Nama Tempatan : Temu lawak

Nama Saintifik : curcuma xanthorrhiza

Nama Lain : Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu


kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric,
temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili : Zingiberaceae

Lokasi dijumpai : India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara


Kegunaan

 Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-


penyakit seperti:
1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2. Ubat demam( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah
sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
 Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver.. Temulawak mampu
melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa
penyakit liver yang lain.
Sirih

Nama Tempatan : Sirih


Nama Saintifik : Piper betle L
Nama Lain : Sirih Jawa, Betel Leaf
Famili : Piperaceae
Kegunaan

 Boleh digunakan untuk merawat :

1. Batuk
2. Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
7. Demam berdarah
8. Bau mulut
9. Haid tidak teratur
10. Asma
11. Radang kerongkong
12. Luka terbakar
13. Kudis, kurap kaki
14. Bisul dan menghilangkan gatal
15. Sakit mata
Dukung Anak

Nama Tempatan : Dukung Anak

Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri

Nama Lain : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla,


kiranelligida(India

Famili : Eurphorbiacea
Kegunaan
 Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam.
 Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai
penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung
tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan
antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk
mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel
daripada pencemaran persekitaran.
 Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik
dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea
dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.
Ulam Raja

Nama Tempatan : Ulam Raja

Nama Saintifik : Cosmos Caudatus

Nama Lain : King Salad, Intan Berayun

Famili : Asteraceae
Kegunaan

 memperbaiki peredaran darah dan mencuci


darah dari bahan toksid.
 Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang.
Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja
mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein
dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan
fungus seperti candida albicans dan Bacillus
subtilis dan juga E.choli.
Kacip Fatimah

Nama Tempatan : Kacip Fatimah

Nama Saintifik : Labisia Pumila

Nama Lain : Mata Pelanduk hutan

Famili : Myrsinaceae

Lokasi dijumpai : Malaysia, Thailand, Indochina


Kegunaan

 mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat


mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
 membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan
badan.
 merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat
melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
 mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
 boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
(hemarroid/pile)
 merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.
Gandarusa

Nama Tempatan : Gandarusa

Nama Saintifik : Justicia Gendarussa Linn

Nama Lain : Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English)

Famili : Acanthaceae
 Kegunaan:
 Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang
patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang
patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan
diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan
syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk
rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih
dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api
hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh
digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan
lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.
 Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.
Kucing Galak

 Nama Tempatan: Kucing Galak


 Nama Saintifik: Acalypha Indica
 Nama Lain: Indian Copperleaf,India Acalypha
 Famili: Euphorbiaceae
 Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
 Kegunaan:
 Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam
perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk
mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti
asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan
tenaga batin
 Penyakit yang di ubati
 1. Disentri
 2. Batuk
 3. Muntah Darah
 4. Pendarahan & Luka Luar
 5. Asma
 6. Bronkitis
 7. Menambahkan Tenaga Batin.
MISAI KUCING

Nama Tempatan : Misai kucing

Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus /stamineus benth


Nama Lain : Kumis kucing, cat whisker,
kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea,
Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Famili : Lamiaceae
Kegunaan

 membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.

 Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan


terutamanya dari sendi.

 Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan
penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu
karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis.
arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah.

 Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis,


mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah
tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding
organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
Cekur

Nama Tempatan : Cekur

Nama Saintifik : Kaempferia galanga

Famili : Zingiberaceae
Kegunaan

Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak
Kapal terbang

Nama saintifik : Eupatorium odoratum

Nama tempatan : kapal terbang

Famili : Asteraceae
Kegunaan
 Darisegi perubatan tradisional ia boleh
dijadikan ubat penahan darah.
Senduduk

Nama saintifik : Melastoma malabathricum

Nama biasa : Senduduk putih

Famili : Melastomaceae
Kegunaan
 Dari segi perubatan tradisional, pokok
senduduk putih boleh dijadikan ubat
terkena racun atau santau.
 Daun senduduk boleh digunakan untuk
menghilangkan parut.
GELENGGANG BESAR

Nama Saintifik : Cassia alata Linn

Nama tempatan : Gelenggang Besar

Famili : Leguminosae
Kegunaan
 Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit
seperti kurap, kudis dan panau dengan kaedah mengikis
permukaan kulit yang dijangkiti. Kemuduiannya ramas daunnya
bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang
terkena jangkitan.
 Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat
sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan
selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk
merawat sembelit, penyakit cacaing serta ulser mulut (seriawan
mulut)
 Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin,
allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.
Lalang

Nama Saintifik : Imperata cylindrica

Nama tempatan : lalang

Family : Poaceae
Kegunaan
 digunakan sebagai ubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai
penyakit.
 Akarnya dapat digunakan untuk mengubati bengkak pada bahagian
bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa
membuang air besar serta dapat meredakan rasa tidak selera perut
akibat terlalu penuh atau angin tidak keluar. Akarnya juga boleh
digunakan untuk meredakan batuk dengan dicampur bahan-bahan
lain seperti madu dan daun pudina.
 Batang lalang boleh dijadikan tonik dan digunakan sebagai bahan
pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat meningkatkan
aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran
kencing.
 Lalang juga dapat digunakan untuk mengubati sakit lelah, sakit
kuning, hidung berdarah, busung dan lenguh sendi.
 mengatasi masalah tekanan darah tinggi, mencegah
pembengkakan otot ,mengurangkan demam serta boleh dijadikan
sebagai anti-virus dan anti-kulat.
Kadok

Nama saintifik : Piper sarmentosum


Nama biasa : Pokok kadok
Kegunaan:

 Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit


malaria, cacing, lemah dan sakit dalam
tulang, batuk dan panau
 Cara melalui air rebusan
Belimbing tanah

Nama saintifik : Averrhoa Spp


Nama biasa : Belimbing tanah
kegunaan
 khasiatdalam mencegah penyakit kencing
manis dan darah tinggi
 pokok ini tidak boleh dianggap sebagai
penawar untuk menyembuhkan dua jenis
penyakit tersebut kerana fungsinya lebih
kepada pencegahan

You might also like