You are on page 1of 1

Faktor-faktor Penyalagunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja

Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara” merupakan kata-kata yang sering dilaung-
laungkan.Malangnya,remaja yang dianggap tunggak Negara ini,dilanda masalah penyalahgunaan
dadah.Pada pendapat anda,apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini?Jelaskan langkah-
langkah untuk mengatasinya.

“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan kata-kata yang sering dilaung-


laungkan.Malangnya remaja yang dianggap tunggak negara ini dilanda masalah penyalahgunaan
dadah.Walaupun telah banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,namun usaha ini tidak
langsung memberikan kesedaran terhadap para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.Siapakah
yang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-
pihak yang tertentu?

Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang
lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa ntuk
memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja.Mereka hanya
mementingkan materialistiksemata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahui
aktiviti semasa mereka.Ini akan menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu
melakukan sesuatu yang tidak diduga.Pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biar dari
rebungnya”,ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka dari sejak kecil dengan
memberikan didikan yang sempurna.

Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengan
dadah.Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan
syaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka
membawa diri masing-masing.Sepertimana yang kita lihat di televisyen dan dengar dari corong-corong
radio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agama
yang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainya
lagi.

Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunia
luar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masa
bersama kawan-kawan dan mereka inilah yang akan mempengaruhi remaja itu melakukan sesuatu diluar
jangkaan.Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di ibu kota lebih mudah terjebak dengan aktiviti sosial
secara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.

Tambahan pula,bagi anak-anak yang meningkat remaja atau sudah pun bergelar remaja,mereka ini
mempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan mereka
juga terjebak dalam salah laku ini.Jadi,seterusnya disini,pihak-pihak kerajaan mahupun pihak yang
bertanggungjawab seharusnya menganggap ini satu kes yang amat serius.Mereka sepatutnya mengadakan
kempen bahayanya penyalahgunaan dadah kepada remaja-remaja ini.Pihak polis seharusnya membanteras
kes ini dengan secepat mungkin sebelum ia merebak seperti “api dalam belukar”.Dengan mengadakan
kempen-kempen ataupun ceramah dan motivasi,mungkin penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan
secara tidak langsung.

Konklusinya,dengan kerjasama pelbagai pihak,kes penyalahgunaan dadah ini mungkin akan


berkurangan..Jadi disini,ibu bapa,pihak kerajaan,pihak polis dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab
untuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yang
membawa padah ini.Dengan itu slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” dapat diteruskan
dan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.

You might also like