You are on page 1of 14

Contoh penulisan pidato 1.

Pidato Memartabat Bahasa Melayu

Assalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh

dan

selamat

sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guruguru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata

pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang

bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undangundang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa

Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,

Indikator penguatkuasa.

saya

yang keempat ialah seterusnya

memperkasakan perlu

peranan kuasa

pihak yang

Pihak berkuasa

memberikan

mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undangundang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan Didahulukan, martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Pencapaian Diutamakan.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian,

terima

kasih.

Wabillahitaufik

walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

2. CONTOH PIDATO MASYARAKAT BERINTEGRITI MEMBENTUK BANGSA YANG BERMARUAH

Bismillahhirrahmanirrahim. Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meijing membina maruah bangsa kerana integriti dan toleransi Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India. Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf AlQhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. Salam aspiasiasi saudara pengerusi, barisan panel kehakiman penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin yang diberkati, Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni, salam 1 Malaysia.

Mayarakat Berintegriti membentuk Bangsa Bermaruah. Begitulah bunyinya mauduk pidato yang disajikan buat santapan minda warga merdeka. Justeru, mari kita bermula dan merungkai idea yang tersirat mahu pun pidato yang tersurat. Secara generalisasinya, Menurut Perdana Menteri 1 Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah menuntut kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur sejarah negara dan dibajai dan disemai dengan roh integriti. Usaha dalam memartabatkan integriti dan tidak dilupa tuai hasil yang berbuah daripada pengaplikasi integriti dalam memartabatkan bangsa. Justeru, bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 4 perspektif utama saya ajukan.

Pertama, Pengaplikasian intgeriti dalam mewarnai citra sejarah negara, kedua, usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti, seterusnya, hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa. Yang akhirnya, membina dan mempertingkatkan integriti manusia pastinya terserlah kebenaran dan membuka minda peria dan juwita dalam memahami masyarakat yang berintegirti membentuk bangsa bermaruah.

sidang saksi bermisi, Saudara dan saudari

Pertama- Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra sejarah negara

Mungkin kini sudah begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara gugur rebah dimamah penjajah durjana akibat integriti tidak menjadi suaka. Justeru kita perteguhkan integriti untuk menuntut bela dengan kehebatan Dol Said menyusul pencak, rentapan Rentap menyusul jejak menyelamatkan bangsa yang dulunya dipijak,kembali agung tersemat di pundak Namun sayangnya gendang

kemenangan masih belum kedengaran, lantas kita ubah persepsi dan identiti bukan senjata jadi intipati, namun memusuhi integriti, juga keluhuran budi pekerti, Maka dengan rencah integriti, rempahnya toleransi, kaum muda dan tua bersatu hati bersama berdiplomasi menuntut kemerdekaan ibu pertiwi kemuncak ceritra bahkan pemimpin berintegriti pula ke tanah air atas nama bangsa yang perlu dibela, tersingkap di balik tabir sejarah kemerdekaan negara, 5 darsawarsa dahulu bukti jelas masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah.

Saudara dan saudari, Sidang penonton yang penuh santun, ke-2.

Usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti Dalam mengharungi ledakan dan hambatan globalisasi kini, usaha perlu difikirkan kerana dengan usaha yang mampan Lopez Disequira menjumpai tanjung harapan. Justeru, gagasan modal insan idea cipta pemimpin yang disegani, memperkenal personaliti unggul dari gerakan glokal, lambang kerajaan tidak pernah sugul tidak pernah gagal dalam menitikberatkan integriti buat anak warisan. Semua itu, kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dicanang integrasi nasional dijulang,semuanya demi matlamat yang tersemat menyahut seruan cabaran ke-4 Wawasan 2020 yang semakin dialpakan,satu visi ke arah masyarakat yang mempunyai nilai dan moral yang teguh,tidak cukup dengan itu perilaku perkhidmatan diperkenalkan, badan pencegahan rasuah dinaiktarafkan daripada keluarga sektor awam dan sektor korperat yang terang dan menyeluruh kerana kita yakin dan percaya yang melakukan rasuah bukan pesawah atau penoreh getah tetapi mereka yang ada segulung ijazah. Semuanya bermatlamat tidak akan ada lagi si Kitol dan Tun

Mutahir, juga perilaku songsang yang berakhir dengan penaklukan halus di tanah air. Buktinya jelas, masyarakat yang berintegreti membentuk bangsa bermaruah.

Saudara-saudari, ke-3. Hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa

Hari ini, selepas lebih 5 darsawarsa kita mengecapi nikmatnya kemerdekaan, Alhamdulillah segala benih integriti yang kita semai ,hari ini segalanya dituai. Bermula dengan tanggal Ogos 1957 kita mula melangkah dan berlari jauh demi integriti dan maruah bangsa yang semakin ampuh. Konklusinya, tatkala integriti menjadi budaya, imej dan kredibiliti negara dan bangsa terus diperkaya dan kehebatan negara bangsa menerajui pelbagai gagasan dunia iaitu NAM, ASEAN, OIC dan terbaru,Kerusi Terhormat UNESCO,semuanya membuktikan tatkala

integriti menjadi teras kekuatan karisma negara dan bangsa dijadikan taruhan. Hadirin hadirat penuh hormat, Ke-4 Membina Integriti paksinya pastinya membina dan mempertingkatkan integriti manusia. Dunia akur dan iktiraf tamadun manusia jelmaan Junjungan Mulia. Tiada pertikaian terlipan integriti pesonaliti bak kerlipan bintang di langit, memandu dan penerang hasil cernaan insan mulia dalam kegelapan . Integriti para sahabat baginda seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan begitu agung dan cemerlang. Acuan dan ramuan pastinya iman, penghayatan dan akhlaktul karim, akhlak yang mulia. Impaknya, kemungkaran dalam keluarga, masyarakat dan negara tercegah dan terhapus lantaran lahirnya individu yang yang menjadi paksi masyarakat berintegriti.

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan , Pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang.

Sekian,

wabillah

hitaufik

walhidayah

wassalammualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh.

3. Contoh pidato 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Putera kepada tokoh terbilang, Lahir di Lipis, membesar di Pekan, 1 Malaysia formula dicanang, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah ramai yang mengetahui wajah tampan yang terselindung disebaliknya. Beliau adalah Perdana Menteri kita yang Ke-6, Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang. Pengalaman menyaksikan perjuangan serta aliran politik negara ketika pemerintahan ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, menjadikan beliau berinspirasi untuk berbakti kepada masyarakat juga negara. Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual, Encik Dzulkarnain Bin Mat, Yang berusaha Ketua Unit Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (2) Semester 3, serta para hadirin yang saya hormati. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato yang cukup bermakna dan penuh perisian. Insya-Allah. Tajuk pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan . Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang apa yang diertikan dengan konsep 1 Malaysia yang sebenarnya. Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita ambil perulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Konsep 1 Malaysia menuntut pemimpin dan setiap warganegara untuk memainkan peranan masing-masing disamping melibatkan nilai tambah dan pembaharuan. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan1 Malaysia memerlukan kepimpinan yang bijak menafsir dan memahami tugasan yang diberi serta dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, bercakap benar, telus, ikhlas, amanah dan berkebolehan amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia turut menjadi pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat. Hadirin yang dimuliakan, Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep ini juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. 1 Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian Malaysia.

Konsep Malaysian Malaysia adalah dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza. Sebenarnya konsep 1 Malaysia tetap berkait dengan dasar-dasar kerajaan yang terdahulu. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu dan bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan iaitu usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara. Usaha ini sudah lama dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudiannya, usaha ini disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Meskipun setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan juga negara. Saudara dan saudari, 1 Malaysia akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Konsep yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging). Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia juga perlu diamalkan. Nilai-nilai murni ini dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai tersebut adalah

budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan serta integriti. Hadirin yang budiman sekalian, Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja pula memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Disamping itu, rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri iatitu dikenali sebagai Tawaduk. Konsep penerimaan dan toleransi pula adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Prinsip kesetiaan turut amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Hadirin hadirat yang dirahmati, Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Pendidikan dan pengetahuan pula adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan

mengatasi kekuatan ketenteraan. Juga adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Peranan yang dijayakan rakyat akan mendapat manfaat dari komitmen kerajaan mlelalui tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebagai sebahagian dari konsep 1 Malaysia. Hal ini bermaksud bahawa di samping menekankan peripentingnya perpaduan rakyat Malaysia, kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang dianggap penting oleh rakyat. Kerajaan juga menekankan prestasi dan pencapaian oleh semua kakitangan nya apabila berurusan dengan rakyat. Dalam kata lain, kerajaan amat memahami betapa pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan mutu hidup rakyat justeru itu pendekatan mesra-rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi-agensi kerajaan. Hadirin yang saya hormati, Tampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas meninggalkan kita. Tidak dapatlah saya berpidato dan mengulas dengan lebih panjang lebar lagi. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta haridin hadirat sekalian agar yakin dengan konsep yang dibawakan YAB Perdana Menteri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pncapaian diutamakan adalah satu pakej lengkap yang mampu menjamin keharmonian dan pembangunan Malaysia yang mapan sekiranya kita semua, yakni rakyat Malaysia memberikan kerjasama juga komitmen padu. Sekian, terima kasih.

You might also like