You are on page 1of 22

KERTAS KERJA

CADANGAN PENUBUHAN

KELAS TAHFIZ-SAINS
SEKOLAH AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH,
KAMPUNG SINTOK BUGIS, 08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN

Disediakan oleh, LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TAHFIZ-SAINS, SEKOLAH AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH.
1-

PENGERUSI JAAFAR KETUA PEMBANTU

USTAZ

HAJI

SHAHABUDIN

BIN

HAJI

23-

: USTAZ ZAKARIA BIN ISMAIL : USTAZ SYUKRI BIN YAMIN

TARIKH : 1 JUN 2011

MUQADDIMAH
"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya dengan sempurna, lalu menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan diberi keizinan untuk memberikan syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang telah pasti masuk neraka. (Hadis)
Semenjak kebelakangan ini sekolah aliran tahfiz-sains semakin mendapat sambutan seluruh pelosok negara. Sesuai dengan perkembangan ini banyak negeri di Malaysia mengambil langkah mewujudkan sekolah aliran ini atau pun setidak-tidaknya mengadakan kelas seumpama ini di sekolah sedia ada. Sekolah aliran tahfiz-sains ini mula wujud selepas menteri besar Negeri Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat mencadangkan penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) kepada Yayasan Islam Negeri Kelantan pada tahun 1992. Hasil daripada cadangan itu Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada ketika itu yang berada di bawah Haji Abdul Samad Mahmood selaku Pengarah telah menjunjung tinggi cadangan ini dan mengambil inisiatif untuk mengendalikan pengurusan MTAQ. Seramai 30 orang pelajar dipilih untuk menjadi generasi sulung pelajar MTAQ. Pendaftaran pelajar ialah pada 5 Januari 1992 dan pada ketika itu, mereka ditempatkan di bangunan Lembaga Peperiksaan YIK, Nilam Puri kerana Kompleks MTAQ masih lagi dalam pembinaan. Dua orang guru telah dilantik iaitu Ustaz Mohd Mansor bin Hj Mohd Daud selaku Pengetua dan Ustaz Nazaruddin bin Jalaluddin selaku guru penolong sebagai tenaga pengajar dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai YIK. Pada tahun 2003 Negeri Kelantan melangkah lagi kehadapan apabila menubuhkan Maahad Tahfiz Sains (MTS). Keputusan ini diambil di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 bersamaan 5 November 2003. MTS mengambil pelajar sulung seramai 120 orang(60 lelaki dan 60 perempuan) dan menumpang di SMU(A) Maahad Muhammadi (L) dan SMU(A) Maahad Muhammadi (P). Perasmian MTS telah diadakan pada 25 Januari 2004 di Dewan Teratai dan disempurnakan oleh YAB Dato Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Seterusnya MTS berpindah ke Berangan, Tumpat sehingga akhir 2006 sebelum berpindah ke kampus tetapnya di Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah pada 2 Januari 2007. MTS merupakan aliran Tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya terdapat perbezaan iaitu MTS memberi penekanan kepada aliran pengajian Sains di samping pengajian Tahfiz Al-Quran. Permohonan yang terlalu ramai sehingga melebihi 1000 orang untuk menduduki ujian saringan telah menyebabkan kampus-kampus baru MTS dibuka di kawasan-kawasan lain.

MTS sering menerima kunjungan daripada warga sekolah mahupun agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta baik dari dalam negara mahupun luar negara. Kini, sistem pengajian MTS telah diguna pakai untuk menubuhkan madrasah-madrasah beraliran seumpama ini di negeri-negeri lain. Kini banyak buah sekolah agama kerajaan Negeri Kelantan telah dinaik taraf menjadi sekolah Tahfiz-Sains. Di Negeri Kedah pula, beberapa buah sekolah agama rakyat memberanikan diri mewujudkan Kelas Tahfiz-Sains di tempat masing-masing, antaranya sekolah Yayasan Khairiah, Kg. Pokok Pisang, Baling, Kedah dan diikuti oleh sekolah Taufiqiyah Padang Lumat, Gua Cempedak, Kedah. Terkini kerajaan Negeri Kedah mengumumkan akan menubuhkan Maahad Tahfiz-Sains pertama di Pulau Tuba, Langkawi Kedah pada tahun 2012. Berikut adalah keratan berita berhubung perkara ini: Kerajaan negeri Kedah akan menubuhkan sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dijangka memulakan sesi pengajian pertama tahun depan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pada peringkat permulaan pihaknya telah mengenalpasti beberapa bangunan untuk dijadikan bangunan sementara untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran sebelum pembinaan bangunan sendiri bermula tahun depan. Kita telah mengenalpasti sebidang tanah di Pulau Tuba dan kita telah serahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuat kajian mengenai kos sebenar pembinaan bangunan itu. Bagi pengambilan pertama kita sasarkan 50 pelajar yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk belajar di sekolah ini, katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian sumbangan kepada Sekolah Agama dan Pondok di sini semalam. Azizan berkata pemilihan Pulau Tuba untuk dijadikan pusat kegiatan ilmu adalah tepat memandangkan tempat itu tenang dan jauh daripada ganguan. Selain itu, pembinaan sekolah ini sekaligus dapat memajukan pulau pelancongan itu kepada masyarakat di seluruh negara, katanya. Bernama Ringkasnya gelombang kebangkitan Sistem Pendidikan Islam pada akhirakhir ini telah berjaya mengubah pemikiran umat Islam dan menyedarkan mereka tentang kepentingan kembali kepada sistem pendidikan alternatif, iaitu sistem pendidikan Islam yang sepadu dan seimbang, sesuai dengan keperluan duniawi dan ukhrawi. Sistem sebegini sebenarnya telah dipelopori oleh generasi silam dan terbukti mampu melahirkan tokoh-tokoh agung dipersada sejarah Islam. Nama-nama seperti Al-Imam As-Syafi'i (feqah), Ibnu Zuhr (perubatan), Ibnu Sina (falsafah & perubatan) dan Al-Khawarizmi (matematik & astronomi) adalah ilmuan-ilmuan dan cendekiawan-cendekiawan Islam yang

mengamalkan tradisi menghafal al-Quran dan mendalami pelbagai ilmu naqli dan qli, agama dan professional.

SEKOLAH AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH, HAKIKAT MASA KINI DAN SEJARAH PENUBUHANNYA
Latar Belakang Penubuhan Sekolah Menengah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh.
Cadangan untuk menubuhkan Sekolah Menengah di Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh telah diutarakan oleh Ustaz Haji Shahabudin di dalam satu mesyuarat Lembaga Tadbir pada 1 Mei 2008. Tujuan penubuhan Sekolah Menengah ini bertujuan untuk meneruskan pendidikan agama yang diajar di Sekolah Rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juga bertepatan dengan hasrat pengasas Sekolah Akademi Islam Hj Abdullah Suboh supaya pendidikan di SAIHAS bukan hanya sekolah rendah, tetapi
HJ. SHAHABUDIN B. HJ. JAAFAR

pendidikan haruslah diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Dalam perbincangan di peringkat Lembaga Tadbir, majoriti bersetuju untuk menubuhkan sekolah menengah dengan menggunapakai surat pendaftaran Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh. Memandangkan di kawasan ini kurangnya sekolah menengah yang berpendidikan agama, maka semua pihak bersetuju untuk menubuhkan sekolah agama di peringkat menengah.

Pada Januari 2009, sesi persekolahan peringkat menengah dimulakan dengan jumlah pelajar seramai 16 orang bagi Tingkatan 1 sahaja. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di sekolah rendah memandangkan pembinaan bangunan sekolah menengah belum bermula. Pada pertengahan tahun 2009, pembinaan bangunan sekolah menengah dimulakan di tapak yang diwakafkan di Kampung Sintok Bugis sekitar 3 relung yang mempunyai 3 buah kelas dan 1 bilik guru serta pejabat.

Sesi Januari 2011, Sekolah Menengah Akademik Islam Haji Abdullah Suboh (SMAIHAS) kini mempunyai 2 buah bangunan setingkat yang memuatkan 4 buah kelas, 1 buah asrama perempuan dan 1 buah bilik guru dan pejabat. Bilangan pelajar telah menjangkaui 80 orang yang terdiri daripada Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Pembangunan untuk SMAIHAS masih lagi diteruskan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dikalangan masyarakat khususnya masyarakat setempat sekitar daerah ini.

Logo Sekolah Menengah Akademik Islam Haji Abdullah Suboh.

Maksud Di Sebalik Logo Sekolah

HIJAU : Melambangkan ketenangan dalam menimba ilmu akhirat dan akademik. PUTIH KUNING MERAH : Melambangkan kesucian hati generasi anak-anak. : Agama Islam dibawah naungan Raja. : Berani bersaing dalam menyahut cabaran.

AL-QURAN : Melahirkan generasi Al-Quran. MASJID PADI : Cita-cita murni dalam menyebarkan Syariat dan Syiar Islam. : Serumpun yang bersatu padu.

PENCIPTA LOGO : Cikgu Abdul Wahab bin Ariffin. Ustaz Mohd Yani bin Othman.

Nama Institusi

Institusi ini dinamakan Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh bersempena nama salah seorang ulama terkenal di Kedah pada suatu ketika dahulu. Beliau merupakan imam Masjid Zahir Alor Setar (Masjid Negeri) dan juga salah seorang guru kepada anak-anak Sultan Abdul Hamid (Sultan Negeri Kedah). Hasil perkahwinannya, beliau telah dikurniakan beberapa orang cahayamata. Antaranya ialah Haji Ismail yakni insan yang bertanggungjawab membangunkan sekolah ini.
HJ ABDULLAH SUBOH

Motto SMAIHAS

Berilmu, Beriman dan Beramal

Objektif Pendidikan
Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum Islam bersepadu. Menggabung-jalinkan Ilmu Naqli dan Aqli menjadi satu kurikulum. Memupuk dan membimbing ke arah pertumbuhan peribadi yang cemerlang.

Mewujudkan generasi yang memiliki akhlak yang mulia dan meletakkan Islam sebagai satu cara hidup. Membina dan memupuk semangat cintakan ilmu.
Menyediakan pendidikan yang bersepadu (agama dan akademik) Mewujudkan sistem pendidikan Altenatif kepada sistem yang wujud sekarang. Melahirkan generasi yang mempunyai roh Islam di dalam kehidupan. Melahirkan generasi yang berilmu, beriman, dan bertaqwa. Ke arah melahirkan generasi Al Quran.

Falsafah Sekolah Menengah Akademik Islam Haji Abdullah Suboh.

AGAMA BAHASA PENGHAYATAN

Pendidikan di SAIHAS adalah merupakan usaha untuk melahirkan insan bertaqwa berdasarkan kefahaman ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w serta menggabungkan potensi individu ke arah penghayatan dalam amar makruf dan nahi mungkar dengan penuh tanggungjawab ke arah kesejahteraan ummah dan negara sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Juga adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah ke arah mewujudkan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kemajuan di dunia dan akhirat.

Visi SMAIHAS

Melahirkan generasi Al-Quran yang berakhlak mulia di samping cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.

Misi SMAIHAS

Menyediakan pendidikan yang. bersepadu (Agama dan Akademik) Melahirkan generasi yang mempunyai roh Islam di dalam Memberi komitmen yang tinggi dalam tugas harian di sekolah.

kehidupan. Mewujudkan suasana Sekolahku Rumahku

KEMUDAHAN
Di antara- kemudahan-kemudahan yang sedia ada ialah: i. Pejabat Pentadbiran ii. Bilik Pengajian iii. Asrama ii. Musalla

LEMBAGA TADBIR SEKOLAH SERTA JAWATANKUASA

SOKONGAN DAN PENGIKTIRAFAN


S.A.I. Abdullah Suboh adalah sebuah institusi pendidikan yang telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jabatan Agama Islam Kedah. Jabatan pendidikan Negeri Kedah. Ahli Parlimen Pantai Merdika. Ahli Dewan Undangan Negeri. Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah. Kementerian Kesihatan Daerah.

CADANGAN PENUBUHAN

KELAS TAHFIZ-SAINS
SEKOLAH AKADEMIK ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH
KG. SINTOK BUGIS, 08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN
Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S yang terdiri daripada 3 tokoh berikut: 1- PENGERUSI 2- KETUA USTAZ SHAHABUDIN BIN JAAFAR USTAZ ZAKARIA BIN ISMAIL

3- PEMBANTU USTAZ SYUKRI BIN YAMIN berpendapat dan bersepakat bahawa Kelas Tahfiz-Sains perlu ditubuhkan di Sekolah Akademik Islam Haji Abdullah Suboh bermula pada awal tahun pengajian 2012 seiringan dan selaras dengan perkembangan semasa yang sedang disaksikan oleh masyarakat Islam di Negeri Kedah mutaakhir ini. Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam di negeri ini dapat melihat kemajuan pendidikan Islam berkembang dan maju ke hadapan mengejar langkah-langkah berani Negeri Kelantan menubuhkan Sekolah Tahfiz-Sains di samping Sekolah Tahfiz Al-Quran Walqiraat. Bukan hanya Negeri Kedah sahaja yang berbuat demikian, neger-negeri lain juga mengikut langkah yang sama dan ternyata langkah ini telah diterima baik oleh masyarakat Islam di seluruh Malaysia kerana mereka yakin dengan modul pendidikan sebeginilah Islam akan kembali memerintah manusia kembali mengabdikan diri kepada Tuhannya dengan konsep dan pengertian yang tepat sekaligus membawa kemajuan duniawi dan ukhrawi kepada Ummah.

Sekolah aliran Tahfiz-Sains ini telah mendapat sokongan daripada semua pihak baik Kerajaan Negeri mahupun rakyat jelata, maka hasilnya amat memberangsangkan sekali. Justeru itu pihah Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Tahfiz-Sains S.A.I. H.A.S sangat berharap agar usaha mengadakan kelas Tahfiz-Sains ini akan diterima baik dan mendapat sokongan daripada semua pihak seperti mana yang berlaku di Negeri Kelantan. Dengan sokongan dan sambutan serta kerja sama sebeginilah kejayaan boleh dicapai walau apa cabaran sekali pun. Di masa akan datang anak-anak kita akan menghadapi cabaran yang lebih hebat dari sekarang ini. Oleh itu mereka mesti dibekalkan dengan ilmu yang mantap dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan seiringan dengan ilmu-ilmu akademik lain terutamanya ilmu sains. Dengan ini diharap mereka akan dapat menghadapi segala cabaran yang mendatang dan dapat mengatasi dengan jayanya.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAS TAHFIZ-SAINS S.A.I. DAN KEWAJARANNYA


Ringkasnya, penubuhan kelas Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S ini bertujuan: 1.Melahirkan hafiz-hafiz al-Quran yang berilmu ukkrawi dan duniawi serta mampu menjadi tenaga penggerak bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Islam mengikut jejak langkah salaf saleh. 2. Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak. 3. Memantap serta memperkukuhkan sistem pendidikan Islam agar dapat memenuhi keperluan semasa. 4. Memastikan kecemerlangan pelajar dari segi sahsiah, ilmu-ilmu agama dan akademik. Berdasarkan kepada apa yang disebut di atas, maka wajarlah ditubuhkan kelas Tahfiz-Sains Sekolah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh bagi memenuhi tuntutan melahirkan generasi baru yang teristimewa dengan segala sifat yang tersebut di atas bagi memperjuangkan dan memartabatkan Islam.

KEPERLUAN: 1 - TENAGA PENGAJAR


Tenaga-tenaga pengajar Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S akan dibentuk daripada gabungan individu-individu berbahasa Arab yang mempunyai pelbagai kelulusan seperti ijazah universiti, pondok dan institusi-institusi tahfiz al-Quran. Gabungan kepelbagaian system pendidikan tenaga-tenaga pengajar Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S diharapkan dapat mencetuskan suatu sistem pendidikan Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S yang mantap dan berkesan.

Tenaga-tenaga pengajar ini akan dipilih justeru kepakaran, kebolehan, pengalaman, dedikasi, akhlak dan komitmen tinggi yang dimiliki serta dipercayai mampu untuk membimbing pelajar menuju kecemerlangan di bidang hafazan alQuran, akademik, akhlak dan sahsiah.

2 - TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian kelas Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S adalah berbeza dengan yang lain kerana ia memakan masa 7 tahun. Ini kerana pihak Lajnah Penyelidikan Dan Pembangunan Kelas Tahfiz-Sains S.A.I. berpendapat bahawa para pelajar aliran ini harus dilengkapkan dengan ilmu bahasa arab secara teori dan praktikal semenjak awal pengajian mereka untuk memastikan mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu agama dalam bahasa Arab dengan baik dan tidak lagi membebankan mereka seperti mana yang berlaku sebelum ini sehingga mendesak pihak universiti Al-Azahar mensyaratkan kelulusan dalam temuduga bahasa Arab terlebih dahulu bagi mereka yang ingin menyabung pelajaran di university tertua itu. Selain itu mereka dapat memberi perhatian kepada matapelajar tahfiz dan akademik tanpa diganggu setelah mereka menguasai bahasa Arab di peringkat awal. Keadaan ini akan memberi kelebihan dan keselesaan kepada mereka untuk mendapat keputusan terbaik dalam setiap jenis peperiksaan.

Pengajian ini dibahagikan kepada dua marhalah (Bahagian) seperti berikut: Pertama: MARHALAH ULA (1) SELAMA 4 TAHUN TING.TAHDHIRIY
1- BA, 2- TAHFIZ (6j), 3- DINIAH, 4- AKADEMIK

TING 1 1- TAHFIZ (7j), 2- DINIAH,


3- BA, 4- AKADEMIK

TING 2 1- TAHFIZ (7j),


2- DINIAH, 3- BA, 4- AKADEMIK

TING 3
1- AKADEMIK PMR, 2- TAHSIN TAHFIZ (20J)

UJIAN HAFAZAN 20 Juzuk

3- DINIAH SIJIL PMR

Kedua: MARHALAH THANIAH (2) SELAMA 3 TAHUN TING 4 1- TAHFIZ (7J), 2- DINIAH SMRA 3- AKADEMIK SIJIL SMRA 3- DINIAH SIJIL SPM TING 5 1- AKADEMIK SPM, 2- TAHFIZ (3J), TING 6 1- TAHSIN TAHFIZ (30J), 2- DINIAH STA/M STAM/STA+ITQ/ITQ A SEBELUM KE IPT PEPERIKSAAN ITQ / ITQA KELAS INTENSIF

PERHATIAN Pertama: susunan kedudukan 1,2,3 adalah berdasarkan kepada keutamaan bagi setiap tahun pengajian yang berubah mengikut keadaan peperiksaan semasa. Kedua : Sijil tahfiz terbahagi kepada dua bahagian: 1- Ijazah Tahfiz Quran (ITQ). Ijazah ini akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Tahfiz-Tajwid 30 juzuk. 2- Ijazah Tahfiz Quran Aliah (ITQA). Sijil ini akan dikeluarkan kepada pelajar apabila beliau berjaya dalam peperiksaan ITQA yang menitik berat perkara berikut: hafazan, tajwid amali-nazori, tafsir ijmali-tafsili, maani kalimat haqiqimajazi, qawai nahwiah-sorfiah.

3 - KURIKULUM
Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S menggabungkan tiga kurikulum sekaligus di dalam sistem pendidikannya iaitu: PERTAMA: Kurikulum Pengajian Al-Quran Dan Tahfiz

Tingkatan Tahdhiri Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

: : : :

6 Juzuk (juzuk 30, 29, 28, 27,1 dan 2) 7 Juzuk (juzuk 3,4,5,6,7,8 dan 9) 7 Juzuk (juzuk 10,11,12,13,14,15, dan 16) mengulang hafazan 20 juzuk yang telah dihafaz bersama tahsin tilawah dan tafsir (peperiksaan tahfiz quran 20 juzuk akan diadakan pada akhir tahun) 7 Juzuk (Juzuk 17,18,19,20,21,22, dan 23) 3 Juzuk (Juzuk 24,25 dan 26) 30 Juzuk (mengulang kesemua 30 juzuk untuk peperiksaan ITQ / ITQA)

Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6

: : :

Kedua: Kurikulum Sekolah Menengah Agama Rakyat Kedah Ketiga: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia

BERIKUT ADALAH:

TABURAN HISSAH UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN TAHFIZSAINS S.A.I.H.A.S


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 M/PELAJARAN TASMIE (7:15-8:30pg & 12:30-1:15 th) MURAJAAH (8:00-10:00 mlm) TALAQQI +TAJWI AMALI (5:00-5:30 ptg) TASMIE & MURAJAAH (cuti 8:00-10:00 pg) TAJWID NAZORI: (SMRA), (STA/M) TAFSIR : (SMRA) , (STA/M) HADIS: (SMRA), (STA/M) FIQH : (SMRA) , (STA/M) TAUHID: (SMRA), (STA/M) SIRAH & TARIKH ISLAM: (SMRA), (STA) ADAB & TAZKIAH (S.A.I.) SAINS AL-QURAN (S.A.I.) P. ISLAM / P. SYARIAH (PMR/SPM) P. QURAN-SUNNAH (SPM) PR A 20 15 7 8 2 2 2 2 T. 1 20 15 7 8 1 2 2 2 2 2 2 2 2 T. 2 20 15 7 8 1 2 2 2 2 2 2 2 2 T. 3 20 15 7 8 1 2 2 2 2 2 3 T. 4 20 15 7 8 1 2 2 2 2 2 1 1 T. 5 20 15 7 8 1 1 1 1 1 1 2 2 T. 6 20 15 7 8 2 2 2 2 2 2

15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38

NAHU: (SMRA), (STA/M) SORAF: (SMRA), (STA/M) TAABIR-INSYAK : (SMRA) , (STA/M) MUTALAAH: (SMRA), (STA/M) NUSUS : (SMRA) , (STA/M) TARIKH ADAB ARABI: (STA/M) B. ARAB: (PMR KOMUNIKASI / SPM TINGGI) FARAID: (SMRA), (STA/M) USUL FIQH: (SMRA), (STA) ULUM HADIS (STA/M) MANTIQ (STA/M) ULUM QURAN (STA/M) ARUD-QAFIAH (STAM) BALAGHAH: (SMRA), (STA/M) B. MELAYU: (PMR/SPM), (SMRA), (STA) B. INGGERIS: (PMR/SPM), (SMRA), (STA) MATEMATIK: (PMR) M. TAMBAHAN: (SPM) SAINS: (PMR) SEJARAH: (PMR/SPM) GEOGRAFI: (PMR) KEMAHIRAN HIDUP: (PMR) FIZIK: (SPM) KIMIA : (SPM) BIOLOGI: (SPM)

2 1 2 3 2 30 14 14 10 2 2 2

1 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 3 3 3 2 3 3 3 65

2 2 2 2 3 2 2 2 2 2 2 3 3 2 2

2 2 3

2 2 2 2 2 2 2

2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3

2 2 2 2 2 2 2 2 65

65

65

65

65

65

KO-KURIKULUM
Keseimbangan dalam sistem pendidikan amat penting, justeru beberapa aktiviti kokurikulum dipekenalkan meliputi:i. Persatuan/Badan Jasmani i.i. Persatuan Badan Dakwah dan Rohani i.ii. Badan Disiplin i.iii. Persatuan/kelab Akademik ii. Sukan dan Permainan Yang Membina Syahsiah Islamiah

Untuk memantapkan iman dan amal, pelajar-pelajar dikehendaki menyertai program tarbiah sebagai bekalan rohani dan juga persediaan diri untuk terjun ke dalam masyarakat kelak.

Di antara proram-program tersebut ialah: i. Sembahyang berjemaah ii. Kuliah dan tazkirah iii. Qiamullail iv. Puasa sunat (Isnin dan Khamis) v. Rehlah / Mukhayyam / Lawatan sambil belajar vi. Imam Terawih vii. Usrah viii. Pertandingan Syarahan, Ceramah, Perdebatan dan Tahfiz Al-Quran

PERSEKOLAHAN KELAS TAHFIZ-SAINS S.A.I.


Persekolahan kelas Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S akan dijalankan mengikut persekolahan kebangsaan bagi Negeri Kedah Darul Aman. Hari Persekolahan berjalan selama 5 hari seminggu bermula pada hari Ahad hingga Khamis. (Sila rujuk lampiran 5 untuk jadual program harian secara terperinci)

AKTIVITI SEMASA CUTI DAN BULAN RAMADHAN


1. Pelajar akan diberikan borang Muraja'ah Al-Quran semasa bercuti untuk diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. 2 .Pada bulan Ramadhan, pelajar yang telah menghafaz sekurang-kurangnya empat (4) juzuk dan memenuhi kriteria-kriteria seperti kesesuaian umur, bacaan bertajwid dan sebagainya, akan dilatih menjadi iman terawih di masjid atau surau yang membuat permohonan kepada Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S.

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN


Dengan sistem pengajian Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negera sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Majlis Islam Negeri Kedah.

SYARAT KEMASUKAN
Untuk menjadi pelajar Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S, seseorang perlulah memenuhi syaratsyarat berikut: 1-Lelaki 2-Berumur 13 tahun 3-Boleh membaca Al-Quran dengan baik 4-Boleh membaca dan menulis jawi 5-Berminat menghafal Al-Quran 30 juzuk 6- Memperolehi 5A / 4A dalam UPSR atau setaraf dengannya 7- Menduduki Ujian Kemasukan Tahdhiri Tahfiz Sains (UKTTS) 8- Lulus dalam UKTTS

YURAN
JENIS YURAN 1. Yuran pendaftaran dan kemasukan ( 1 kali sepanjang pengajian) 150.00 2. Yuran Kebajikan (1 kali sepanjang pengajian) 3. Yuran Pembangunan Sekolah (1 kali setahun) 4. Yuran Buku Teks (1 X setahun) 5. Yuran Bulanan (termasuk yuran pengajian, asrama dan makan minum) = RM 50.00 = RM 100.00 = RM 80.00 = RM 180.00 = RM

PAKAIAN SERAGAM
Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S semasa waktu rasmi madrasah iaitu:

i. Jubah putih, kopiah putih dan serban putih ii. Kasut putih dan stokin putih iii. Kad Pelajar

Pada waktu-waktu lain, pelajar dibenarkan memakai mana-mana pakaian yang sopan, menutup aurat dan mengikut kesesuaian sebagai contohnya jubah atau baju melayu untuk sembahyang lima waktu atau menghadiri kelas tahfiz Al-Quran.

ANGGARAN BELANJAWAN
Sebahagian besar daripada kos perbelanjaan bagi pembinaan asrama dan penyelenggaran Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S bergantung kepada hasil sumbangan orang ramai dan individu tertentu disebabkan hasil pendapatan daripada yuran yang dikenakan kepada pelajar hanya mencukupi untuk menampung makan minum dan keperluan mereka sahaja. Justeru, banyak lagi keperluan barangan dan kewangan diperlukan bagi menampung kekurangan ini terutamanya bagi menjelaskan bayaran tertunggak kepada kontraktor. (Sila rujuk lampiran 7 untuk anggaran belanjawan secara terperinci)

SUMBANGAN DAN BANTUAN


Memandangkan Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S adalah sebuah Institusi Pengajian Islam yang dikendalikan secara professional dan bukan bertujuan keuntungan (`Non Profit'), maka seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu diseru untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan boleh dibuat kepada: Nama Bank No. Akaun : : :

PENUTUP
Penubuhan Tahfiz-Sains S.A.I.H.A.S diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan sistem pengajian tradisi disamping melengkapi sistem pengajian semasa ke arah

melahirkan generasi Al-Quran yang berwibawa dalam setiap aspek kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Disediakan oleh, LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TAHFIZ-SAINS S.A.I.H.A.S 1. PENGERUSI 2. KETUA USTAZ SHAHABUDIN BIN JAAFAR USTAZ ZAKARIA BIN ISMAIL

3. PEMBANTU USTAZ SYUKRI BIN YAMIN

You might also like