You are on page 1of 35

Tugasan Kumpulan PP18

TUGASAN 1 SUBJEK:

JUJ103 PENDIDIKAN JARAK JAUH DAN LITERASI KOMPUTER


TAJUK TUGASAN:

Dalam perkembangan dalam teknologi gentian optik dan teknologi digital kini pendidikan jarak jauh telah mengakibatkan pelajar jarak jauh mudah memilih bila, apa dan bagaimana untuk belajar.
Bincangkan pernyataan ini.

Disediakan oleh: KUMPULAN: PP 18

-1-

Tugasan Kumpulan PP18

-2-

Tugasan Kumpulan PP18

ISI KANDUNGAN
1. 2. 3. ABSTRAK SENARAI GAMBARAJAH PENGENALAN 3.1 DEFINISI 3 4 5 6

3.1.1 Definisi Teknologi Gentian Optik 3.1.2 Definisi Teknologi Digital


3.2 Objektif PJJ 3.3 Konsep Pendidikan Jarak Jauh 4. SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH 5. TEKNOLOGI PENYAMPAIAN 5.1 Sidang Video 5.2 Pita Audio / Video 5.3 Teknologi Komunikasi

6 8
9 10 10 12 13 15 16

5.3.1 Penggunaan Internet 5.3.2 Penggunaan Laman Web 5.3.3 Perpustakaan Digital 5.3.4 Penggunaan Enjin Pencarian 5.3.5 E-mel atau Forum Pelajar
6. 7. 8. 9. PENUTUP LAMPIRAN SOALAN-SOALAN OBJEKTIF RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

16 19 22 23 25
27 28 33 34

1.

ABSTRAK
Pendidikan Jarak Jauh merupakan peluang kedua bagi mereka yang tidak dapat

melanjutkan pengajian tinggi secara konvensional selepas sekolah menengah atas oleh sebab-sebab tertentu dan terpaksa bekerja dahulu. Maka pendidikan jarak jauh merupakan alternatif bagi orang dewasa dan mereka yang sudah bekerja untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Di samping

meningkatkan status sosial, pendidikan jarak jauh juga digunakan untuk mengemaskinikan ilmu pengetahuan yang dapat membantu dalam perkembangan kerjaya dan pekerjaan. Sistem

pendidikan jarak jauh adalah pengajaran di mana aktiviti pengajaran dilaksanakan secara terpisah dari aktiviti belajar. Pelajar belajar di atas kemahuannya sendiri dan bebas menentukan apa yang ingin dipelajari, di mana untuk belajar, bila dan bagaimana untuk belajar. Maka bahan aneka

-3-

Tugasan Kumpulan PP18 media memainkan peranan yang penting untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan bagaimanakah dengan

perkembangan teknologi gentian optik dan teknologi digital kini pendidikan jarak jauh telah mengakibatkan pelajar jarak jauh mudah memilih bila, apa dan bagaimana untuk belajar. Dengan berkembangnya teknologi gentian optik dan teknologi digital, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran menjadi di hujung jari pengajar dan pelajar. Turut dibincangkan inovasi dalam teknologi penyampaian dan teknologi komunikasi dalam pendidikan jarak jauh telah memberi keberkesanan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar jarak jauh.

2.

SENARAI GAMBARAJAH
Gambar Rajah Gambar Rajah 1 Perkara Pusat Wilayah untuk kegiatan pengajaranpembelajaran PPPJJ USM Gambar Rajah 2 Gambar Rajah 3 Gambar Rajah 4 Gambar Rajah 5 Perhubungan di antara pusat wilayah PPPJJ USM Penggunaan satelit di negara-negara jiran USM VideoNet ( 2Mbps ) Penggunaan teknologi maklumat dalam PPPJJ USM Muka Surat

-4-

Tugasan Kumpulan PP18

3.

PENGENALAN
Pendidikan jarak jauh, atau pembelajaran jarak jauh, adalah bidang pendidikan yang

menumpukan pada teknologi, pedagogi, dan reka bentuk sistem pendidikan yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar yang tidak dapat hadir secara fizikal di kelas tradisional atau kampus. Ini telah digambarkan sebagai "suatu proses untuk membuat dan menyediakan akses kepada belajar ketika sumber maklumat dan peserta didik dipisahkan oleh waktu dan jarak, atau kedua-duanya." [1] Dengan kata lain, pembelajaran jarak jauh adalah proses mencipta pengalaman pendidikan dengan kualiti yang sama dan paling sesuai bagi pelajar di luar kelas. Program pendidikan jarak jauh yang memerlukan kehadiran di tempat fizikal untuk alasan apapun (termasuk pemeriksaan mengambil) dianggap kursus kacukan atau campuran kajian. Teknologi baru ini digunakan secara meluas di universiti-universiti dan institusi di seluruh dunia. [2] Dengan

-5-

Tugasan Kumpulan PP18 corak perkembangan teknologi yang pesat, pembelajaran jarak jauh lebih popular di kalangan orang ramai di samping peluang untuk berkomunikasi dengan pelajar antarabangsa. Teori pedagogis pendidikan jarak jauh yang paling banyak dipetik oleh orang ramai adalah "jarak transaksional". Pembelajaran jarak jauh merupakan bentuk pembelajaran yang fleksibel di mana pelajar boleh belajar dari rumah, pejabat, dalam perjalanan atau di mana pun lagi yang selesa. [3] Dalam abad ke-20 ini, teknologi digital seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer telah banyak digunakan untuk pendidikan jarak jauh. Dengan kewujudan komputer dan Internet, pendidikan jarak jauh telah menjadi lebih mudah dan cepat. [4]

3.1 DEFINISI
3.1.1

DEFINISI TEKNOLOGI GENTIAN OPTIK

Keupayaan sistem komunikasi terkini dan yang canggih adalah kunci utama yang mampu menjadi daya penggerak kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam usaha menuju era negara maju berasaskan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT). Malah, keperluan manusia berkomunikasi tanpa mengira batas waktu dan sempadan negara menyebabkan sistem komunikasi baru perlu terus diterokai. Justeru, penyambungan kabel menggunakan sistem gentian optik dilihat bersinambungan dalam teknologi komunikasi apabila ia mampu membantu kabel tembaga yang sedia ada bagi memberikan prasarana yang lebih efektif berkesan terutama di negara ini. Gentian optik dibuat daripada benang kaca halus yang digunakan bagi menyalur cahaya digunakan dalam kebanyakan sistem komunikasi terutama di negara Asia maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun memandangkan keupayaannya menyalurkan data lebih jitu berbanding kabel tembaga. Ia menjadi perantara bagi telekomunikasi kerana bersifat mudah lentur -6-

Tugasan Kumpulan PP18 dan boleh diikat sebagai kabel walaupun dibuat daripada plastik lut sinar atau kaca. Cahaya dipancarkan melalui gentian yang disimpan di dalamnya disebabkan pantulan penuh bahan terbabit menjadi ciri penting dalam menyingkirkan isyarat bersilang antara optik dalam kabel seterusnya membenarkan pemasangan kabel dengan kaedah pusingan. Sistem optik bertindak sebagai pemandu gelombang ini memiliki dua mod pengaliran iaitu mod tunggal yang menghasilkan prestasi yang tinggi berbanding mod pelbagai yang membolehkan cahaya dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa berbeza. Kabel gentian optik mampu membawa sehingga seribu optik dalam satu kabel bagi menjana prestasi unggul yang mampu memenuhi permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada hujung ke hujung dengan mudah. Gentian optik merupakan kabel penyambungan benang kaca atau plastik lutsinar halus yang digunakan bagi menyalur cahaya. Cahaya berfungsi menghantar dan menerima isyarat yang dijanakan oleh diod foto dan diterima oleh penerima foto . Dalam kegunaan telekomunikasi, cahaya yang digunakan biasanya ialah cahaya infra, pada gelombang cahaya menghampiri penyerapan jarak gelombang minima bagi gentian yang digunakan. Kabel ini merupakan kabel terkini yang paing baik dan termaju menggnatikan menggantikan kabel kuprum. Kadar data yang dihantar mampu mencapai sehingga 40 gigabit sesaat berbanding kabel kuprum iaitu 100 megabait megabit sesaat. Walau bagaimanapun ianya boleh diganggu oleh radiasi partikel alpha and beta yang dihasilkan oleh bahan-bahan radioaktif seperti sinaran X, gelombang mikro, pereputan sisa sampah atau pun penguraian uranium. Oleh kerana buatannya berasaskan bahan gentian kaca atau plastik lutsinar, kabel ini mempunyai tahap rintangan elektrik yang tinggi. Dengan itu ianya selamat digunakan berhampiran peralatan bervoltan tinggi. Kabel ini juga tidak berpotensi tinggi

-7-

Tugasan Kumpulan PP18 menyebabkan kebakaran kerana ianya tidak membawa arus elektrik sepertimana kabel kuprum. Bahan gentian juga lebih ringan berbanding bahan kuprum di dalam kabel biasa. 3.1.2 Definisi Teknologi Digital

Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi digital, banyak aktiviti harian telah dipermudahkan. Ini termasuklah penggunaan teknologi digital dalam bidang pendidikan, khasnya pendidikan jarak jauh. Teknologi digital yang digunakan termasuklah penggunaan alat-alat elektronik digital seperti radio, televisyen, telfon bimbit, komputer dalam saku (Pocket-PC) [5], dan sebagainya. Pendidikan jarak jauh telah melalui empat hingga lima 'generasi' teknologi dalam sejarahnya.[6] Teknologi yang digunakan termasuklah bahan berbentuk cetak, penyiaran

audio/video, persidangan audio/video dalam talian, arahan bantuan komputer, e-learning atau pembelajaran dalam talian, penyiaran menggunakan komputer atau melalui internet dan sebagainya. Namun demikian, radio masih tetap menjadi bentuk yang sangat popular dalam pendidikan jarak jauh, terutamanya di negara-negara membangun, kerana kemampuan radio yang boleh menyiarkan maklumat ke jarak yang jauh. Pada tahun 1940-an, kanak-kanak Australia yang tinggal di daerah yang sangat terpencil telah menyertai "Sekolah melalui udara" (School of the air), dengan menggunakan radio dua hala.[7] Di India, saluran FM sangat popular dan digunakan oleh universiti-universiti, untuk menyiarkan program pendidikan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan guru, program-program dalam bidang pertanian untuk petani, pendidikan sains dan sebagainya. Radio atau televisyen juga biasanya digunakan untuk Telecourse [8], di mana kandungan pelajaran disampaikan melalui siaran radio atau televisyen. Kursus ini berbeza daripada program tradisional dari segi kaedah pembelajaran dan keperluan kehadiran ke kelas di samping -8-

Tugasan Kumpulan PP18 memberi kemudahan kepada pelajar dari segi masa dan tempat. Maklumat pembelajaran juga boleh didapatkan dalam bentuk cakera padat, pita video dan alat-alat digital yang lain. Alat digital ini merupakan alat-alat bantu yang sangat umum digunakan oleh para pensyarah dalam pendidikan jarak jauh.

Dengan meningkatnya populariti pemain MP3, PDA dan telefon pintar (smart phone), lebih banyak media tambahan dapat digunakan untuk pengedaran kandungan pendidikan jarak jauh. Beberapa orang profesor sekarang membolehkan pelajar untuk mendengar atau bahkan menonton video tertentu saja melalui podcast.[9] Beberapa perguruan tinggi juga telah bekerjasama dengan tentera US untuk mengedarkan kandungan program kajian yang dijalankan pada personel dengan menggunakan PDA.[10] Penggunaan komputer dalam saku juga agak popular untuk menjalankan pendidikan jarak jauh di negara-negara yang mempunyai teknologi digital yang canggih, di mana kemudahan jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) boleh didapati di mana-mana tempat di kawasan itu. Pelajar pendidikan jarak jauh boleh mendapatkan kandungan pelajaran melalui jalur lebar tanpa wayar [11] menggunakan komputer dalam saku dan pembelajaran ini boleh dijalankan di mana-mana tempat atau masa asalkan kawasan itu mengandungi kemudahan jalur lebar tanpa wayar. 3.2 Objektif PJJ Berikut adalah beberapa objektif ditekankan oleh PJJ:

memberi peluang kepada individu yang berkelayakan mengikuti program secara sambilan, mengimbangkan penyebaran peluang ke IPT bagi mereka yang berada atau bertugas di luar bandar,

-9-

Tugasan Kumpulan PP18

menyedia dan meningkatkan tenaga mahir yang diperlu negara yang sedang pesat bergerak ke tahap negara maju,

merintis jalan ke arah program pendemokrasian pendidikan, mengimbangkan pertambahan yang besar kepada pelajar kini yang mengikuti program di kolej-kolej swasta secara berkembar, khususnya dengan IPT luar negara.

3.3 Konsep Pendidikan Jarak Jauh Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ: I. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. II. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari.

4.

SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH


Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh, maknanya

pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam

- 10 -

Tugasan Kumpulan PP18 bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar pada masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang baik (Mohd. Noor Saleh, 1994) Terdapat beberapa aspek yang telah menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan sistem PJJ. Di antaranya ialah:

Kemudahan sokongan bertambah baik Kemudahan sokongan amatlah diperlukan agar pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna. Di antara kemudahan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunseling kepada pelajar PJJ. Kaunseling kepada pelajar PJJ adalah perlu untuk membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan serta strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk menangani sebarang masalah yang dihadapi samada masalah berbentuk akademik ataupun peribadi agar ia tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar(Rozhan Hj. Mohammed Idrus,1994). Selain daripada itu terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahan bacaan di mana ia dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ dan alat ini juga merupakan media paling lama digunakan. Televisyen dan audio kaset juga digunakan sebagai alat sokongan dalam sistem ini. Audio kaset digunakan adalah bertujuan supaya pelajar yang tidak ada masa untuk ke kuliah boleh mendengar syarahan mata pelajaran yang telah dimuatkan ke

- 11 -

Tugasan Kumpulan PP18 dalam pita rakaman ini di mana dan tempat yang menjadi pilihan mereka (Shireen Haron, Jan 1995). Komen: // perlu edit kerana macam salin bulat-bulat daripada PJJ.pdf (jamr2.brinkster.net/pendidikan/PJJ.pdf)

5.

TEKNOLOGI PENYAMPAIAN
Jenis-jenis teknologi digital yang sedia digunakan dalam pendidikan jarak jauh boleh

dibahagikan kepada dua kelompok iaitu teknologi segerak (synchronous) dan teknologi tidak segerak (asynchronous). Teknologi segerak adalah cara penyampaian maklumat melalui talian di mana semua peserta perlu "hadir" pada masa yang sama dan ia memerlukan jadual untuk ditetapkan. Persidangan talian adalah satu contoh teknologi segerak di mana semua pihak yang terlibat perlu hadir di talian pada masa yang telah ditetapkan. Teknologi segerak termasuklah Web-based VoIP, telefon, persidangan video, persidangan talian, siaran langsung melalui talian, radio internet, dan lain-lain lagi. Teknologi tidak segerak adalah cara penyampaian maklumat dalam talian di mana peserta boleh mendapatkan bahan kursus mereka sendiri pada bila-bila masa. Pelajar tidak perlu bersama-sama pada masa yang sama. Forum papan mesej, e-mel dan video yang dirakam adalah contoh teknologi tidak segerak.

- 12 -

Tugasan Kumpulan PP18 5.1 Sidang Video Sidang video menandakan pendidikan jarak jauh telah memasuki satu era baru, iaitu era teknologi digital dan gentian optik. Gabungan internet, kamera digital dan monitor televisyen telah menghasilkan penyampaian ilmu pengetahuan melalui sidang video dalam Rancangan Pendidikan Jarak Jauh. Sidang video merupakan salah satu cara untuk berbincang dengan profesor sepanjang kursus pendidikan jarak jauh. Oleh itu, ia memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jarak jauh. Telesidang video adalah telesidang yang menggabungkan aspek audio, grafik dan juga video. Sistem telesidang ini adalah mirip kepada penyampaian bersemuka konvensional. Sistem ini mengandungi mikrofon, pembesar suara, kamera video dan dua kaca TV. Mikrofon dan pembesar suara adalah untuk penyampaian audio manakala kamera video adalah untuk tujuan merakam imej video. Sebuah kaca TV adalah untuk imej pensyarah, tulisannya dan grafik yang ingin disampaikannya, manakala sebuah kaca TV lagi adalah untuk imej pelajar, imej kelas dan grafik yang ingin disampaikan oleh pelajar. Kajian mendapati keberkesanan sistem telesidang ini bergantung kepada beberapa faktor. Faktor ini termasuklah faktor kemahiran pensyarah dan juga pelajar dalam mengendalikan sistem ini untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran di samping faktor penglibatan yang menyeluruh daripada pelajar. Oleh itu, pelajar hendaklah mahir dalam mengendalikan sistem telesidang video di samping turut serta dengan aktif dalam sesi perbincangan dan soal jawab yang diadakan. Sidang video akan dijalankan serentak di semua pusat wilayah di seluruh Malaysia pada waktu yang ditetapkan. Semua pelajar berkumpul di pusat wilayah masing-masing untuk mendengar syarahan daripada profesor pensyarah melalui video internet secara langsung live. Pengajaran dan

- 13 -

Tugasan Kumpulan PP18 pembelajaran menjadi lebih efisien berkesan kerana pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan profesor pensyarah di samping mendengar penerangan daripada profesor pensyarah walaupun mereka berada di Sabah dan Sarawak. Sebarang masalah dalam pembelajaran dapat ditujukan kepada profesor pensyarah dan mendapat jawapan pada masa itu juga. Tanpa teknologi digital dan gentian optik, perkara ini tidak akan berlaku. Sebelum sidang video diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh, mereka terpaksa berjalan bergerak jauh ke universiti untuk menghadiri kuliah. Ini bukan sahaja membuang masa dan tenaga, malah memerlukan kos yang tinggi untuk menamatkan kursus pendidikan jarak jauh. Kini, segalanya telah berubah, pelajar-pelajar boleh merancang masa pembelajaran dengan lebih fleksibel dan efisien berkesan. Mereka tidak perlu menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk mengikuti kursus pendidikan jarak jauh. Sebaliknya boleh memilih apa, bila dan bagaimana mereka belajar. Apabila seseorang pelajar tidak dapat menghadiri sidang video pada masa yang ditetapkan, beliau dia masih mempunyai cara lain untuk menonton sidang video tersebut iaitu melalui e-portal. Sidang video telah dimuatkan di e-portal supaya pelajar-pelajar dapat memuat turun fail sidang video untuk ditonton selepas itu. Kemudahan ini membolehkan mereka yang sibuk dengan pekerjaan boleh mengambil kursus pendidikan jarak jauh tanpa rintangan. Profesor pensyarah juga boleh menggunakan sidang video untuk menyampaikan maklumat terkini tentang perubahan kerja kursus universiti supaya pelajar-pelajar sempat membuat pembetulan. Sessi Sesi perbincangan juga berlaku di sidang video di mana pelajar-pelajar berbincang dengan profesor pensyarah tentang masalah pembelajaran dan kerja kursus yang dihadapi mereka. Teknologi digital dan gentian optik telah memudahkan para pelajar yang mengikuti kursus pendidikan jarak jauh.

- 14 -

Tugasan Kumpulan PP18 5.2 Pita Audio / Video Pita audio dan pita video adalah merupakan bahan pembelajaran tambahan kepada sesuatu kursus dan digunakan untuk menyokong bahan pembelajaran yang telah sedia ada di dalam modul. Dalam kes tertentu, pita audio dan video ini digunakan secara bersepadu bersama modul. Ini bermakna pelajar perlu mendengar pita audio dan melihat pita video sebelum meneruskan pembelajaran. Kelebihan pita audio sebagai penyampai bahan pembelajaran iaitu mengeluarkan bunyi atau suara yang boleh diubah suai daripada segi nada dan intonasi dan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik. Di samping itu, pita audio juga lebih fleksibal dari segi komunikasi yang lebih mudah dan mempunyai unsur-unsur kemanusiaan. Ini menjadikan pelajar merasai dirinya berdepan dengan pensyarah dan seterusnya menggalakkan penyertaan yang aktif dalam pembelajaran. Audio juga membolehkan sesetengah konsep dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan makna yang lebih mendalam berbanding dengan bahan cetak. Manakala pita video pula adalah sama seperti melihat program disiaran TV yang menggabungkan imej video yang bergerak bersama-sama dengan audio. Berbeza dengan program TV, pita video ini boleh ditonton pada bilabila masa oleh pelajar dan tidak bergantung kepada waktu siaran. Kelebihan pita video ialah penyampaian proses pembelajaran dengan imej video dan grafik yang dinamik dengan impak yang dramatik bersama audio yang bersesuaian dengan imej video yang dipamerkan. Ini membolehkan pelajar mengikuti jalan cerita dengan jelas dan dapat menumpukan perhatian kepada fakta dan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan walaupun tidak mengikuti sidang video yang dijalankan kerana pelajar boleh mengekses atau menggunakan internet untuk download pita video tersebut pada bila-bila masa sahaja.

- 15 -

Tugasan Kumpulan PP18 5.3 Teknologi Komunikasi 5.3.1 Penggunaan Internet

Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan yang besar dalam budaya hidup semua masyarakat di dunia. la telah mengubah dan meningkatkan kuasa daya pengkomputeran dalam penyampaian dan penyebaran maklumat secara global (Rozinah, 2000). Salah satu penggunaan komputer yang paling popular sekarang ialah penggunaan internet yang dikatakan sebagai gedung maklumat dalam proses komunikasi dan penyebaran maklumat (Baharuddin, Mohd, Jamaludin dan Zaidatun, 2001). Menurut Yusup (1997), internet kini telah menjadi salah satu inovasi penting dalam pendidikan. Manakala menurut William (1995) dalam Asmah (2001) pula, internet merupakan buku teks masa depan. //Perlu edit kerana salin bulat-bulat daripada file berikut : http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/707/1/Penggunaan%20internet%20dalam %20pencarian%20maklumat.pdf Dengan perkembangan dalam teknologi gentian optik dan teknologi digital, penggunaan internet dalam pendidikan jarak jauh bukan lagi merupakan perkara yang asing dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran kini boleh berlaku di manamana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengambil kira jenis komputer, tempat dan geografinya. Pengenalan pembelajaran elektronik (e pembelajaran), pendidikan jarak jauh, pembelajaran-m (mobile learning), dan pendidikan dalam talian pada peringkat asas juga merujuk kepada penggunaan internet dalam pendidikan. Penggunaan internet berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Di samping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan - 16 -

Tugasan Kumpulan PP18 sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Melalui internet, setiap orang dapat mengakses ke dunia global untuk memperolehi berbagai informasi maklumat yang mereka perlukan. Jadi pendidikan dapat berlaku di mana-mana sahaja dan mengikut kesesuaian masa pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). //Perlu edit kerana salin bulat-bulat daripada file berikut : Kelebihan Internet dalam Pendidikan http://www.scribd.com/doc/21296297/Kelebihan-Internet-Dalam-Pendidikan Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik kampus yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

- 17 -

Tugasan Kumpulan PP18 Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di kampus telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996). Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Dalam rangkaian internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: E mel (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet

- 18 -

Tugasan Kumpulan PP18 Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP) //Perlu edit kerana salin bulat-bulat daripada file berikut : Kelebihan Internet dalam Pendidikan http://www.scribd.com/doc/21296297/Kelebihan-Internet-Dalam-Pendidikan 5.3.2 Penggunaan Laman Web

Sejak beberapa tahun yang lalu, perkembangan yang pesat dalam teknologi gentian optik dan teknologi digital telah memberi kesan kepada sistem pendidikan masa kini terutamanya pendidikan jarak jauh. Perkembangan dalam teknologi tersebut menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Perkembangan ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka dan membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masingmasing. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku sematamata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi gentian optik dan teknologi digital menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih cepat, mudah dan pantas. Dengan perkembangan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan jarak jauh, telah membolehkan informasi dalam jumlah yang besar dapat disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat pelajar itu sendiri.

- 19 -

Tugasan Kumpulan PP18 Pembelajaran menerusi internet atau laman web merupakan antara pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian. Pembelajaran menerusi web merupakan program pembelajaran

berasaskan hypermedia yang memanfaatkan susun atur serta sumber dari World Wide Web. World Wide Web menyediakan peluang baru bagi pendidikan jarak jauh melalui internet. Web, bila digabungkan dengan alat-alat rangkaian yang lain boleh digunakan untuk membuat ruangan kelas virtual untuk menyatukan komuniti pelajar untuk pendidikan interaktif. Internet menjadi rujukan utama dalam bidang pendidikan dan research. Pendidikan jarak jauh menjadi luas digunakan untuk waktu yang cukup lama melalui akhbar, radio dan TV. Pada saat ini, sebahagian besar WWW menjadi semakin penting untuk pendidikan jarak jauh dan / atau e-learning dan / atau pembelajaran jarak jauh sejak kemunculan teknologi rangkaian yang semakin aju dan canggih. World Wide Web dan alat kolaboratif lain-lain berasaskan internet telah meningkatkan kemampuan untuk melatih dan mendidik manusia secara berkesan dengan menggunakan alat elektronik. Tidak kira bahan pembelelajaran itu merupakan tutorial ringkas ataupun workshop penuh yang kompleks, Web menyediakan fungsi yang baru dan berkesan dalam penghantaran maklumat kepada pelajar dan menyediakan forum untuk pelajar menukarkan maklumat atau pendapat. Ketika diintegrasikan dengan alat seperti listservs, newsgroup Usenet, kemudahan penjelasan, dan sidang video, Web boleh meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam latihan dengan ketara. Web menyediakan mekanisma yang berkesan untuk mengintegrasikan alat-alat digital untuk menjadi sebuah antara muka tunggal yang unggul. Web juga membangunkan beberapa bidang research melalui peningkatan peluang untuk belajar dan juga format alternatif untuk mendapatkan maklumat. Jadi secara keseluruhannya pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan dan antaranya ialah

- 20 -

Tugasan Kumpulan PP18 i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada. ii. Bahan sokongan pembelajaran yang berada boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada di seluruh dunia. iii. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar.
iv. Pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas.

Halaman web mampu menyediakan persekitaran atau suasana pembelajaran secara tidak formal di mana pelajar boleh mencapai maklumat yang disediakan oleh pelbagai organisasi, universiti dan juga individu atau orang perseorangan secara bebas. Web berkebolehan untuk memaparkan susunan maklumat yang begitu banyak sekali tanpa sekatan. Perkembangan ini juga menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya. Ini juga menggalakkan pembelajaran aktif

berlaku di samping pembelajaran secara kolaboratif dan juga kooperatif. Apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktif pembelajaran secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding pembelajaran yang dilalui secara pasif. Dalam keadaan yang sedemikian, proses pembelajaran seseorang pelajar akan

ditingkatkan sama ada secara kendiri mahu pun melalui kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan.

- 21 -

Tugasan Kumpulan PP18 5.3.3 Perpustakaan Digital Perpustakaan digital merupakan salah satu cara pelajar jarak jauh mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Terdapat empat kategori mengenai perpustakaan digital ini adalah seperti berikut: A. Asas perpustakaan digital i. Kebanyakan perpustakaan digital menyediakan sumber maklumat digital. Sumber maklumat tersebut meliputi bidang saintifik, teknikal, komersil dan penyelidikan berskala besar ii. Terdapat juga perpustakaan digital yang kekal dalam keadaan ini di mana sumber maklumatnya disimpan dalam format digital dan bercetak. iii. Perpustakaan digital memberi kesan kepada sesebuah organisasi dan perubahan budaya. Pengurus maklumat dan pengguna (pelajar) dalam organisasi menjadikan perpustakaan digital sebagai sumber capaian maklumat yang cepat dan mudah berbanding dengan perpustakaan tradisional. Ini seterusnya menggalakkan budaya membaca dan mewujudkan masyarakat berilmu. iv. Perpustakaan digital wujud hasil daripada kekuatan perpustakaan tradisional (Gilster 1997). Perpustakaan digital menggalakkan penggunaan dan aplikasi teknologi maklumat dalam perpustakaan tradisional (Levy & Marshall 1995). v. Perpustakaan digital adalah pengganti kepada perpustakaan tradisional (Ercegovac 1997). B. Perpustakaan digital dari aspek kandungannya

- 22 -

Tugasan Kumpulan PP18 i. Perpustakaan digital mengandungi koleksi maklumat digital. Namun bercetak tetap kekal. ii. Perpustakaan digital mempunyai dokumen yang merangkumi pelbagai bidang, seperti jurnal saintifik dan statistik. iii. Teks menjadi format utama dalam perpustakaan digital berbanding dengan imej, grafik, audio dan video dengan pengecualian kepada geografi dan pemetaan yang maklumat

tidak mengutamakan teks sebagai formatnya.

C.

Perkhidmatan serta penggunaan perpustakaan digital Perpustakaan digital hampir menyerupai perpustakaan tradisional kerana kedua-

duanya melibatkan proses pencarian maklumat. Bezanya ialah perpustakaan digital digunakan dalam persekitaran berteknologi tinggi. Proses pengindeksan dan pengkatalogan memudahkan pengambilan dan pencarian maklumat. 5.3.4 Penggunaan Enjin Pencarian Kerka (1996) mendefinasikan pendidikan jarak jauh (PJJ) sebagai pengajaran yang berlaku apabila guru dan pelajar dipisahkan oleh tempat dan masa. Dengan perkembangan teknologi maklumat, pengajaran melalui PJJ disampaikan melalui media seperti internet dan video. Bagi merealisasikan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam talian (Hizamnuddin Awang, Mac 2006) yang benar-benar hidup, gabungan peranan ramai pihak seperti pengajar, pereka bentuk khusus, juruteknik, pentadbir dan pelajar harus digembleng bagi memastikan kursus pendidikan jarak jauh berkesan dan berjaya.

- 23 -

Tugasan Kumpulan PP18 Secara asas konsep pendidikan dalam talian jarak jauh (Hizamnuddin Awang, Mac 2006) melibatkan pelajar dan pengajar yang dipisahkan oleh faktor masa dan jarak serta menggunakan teknologi terkini dalam melaksanakan urusan. Oleh sebab itu, internet digunakan secara khusus bagi membolehkan semua urusan pengajaran dan pembelajaran sepanjang sesi pengajian ini dilaksanakan. Ia juga dikenali sebagai pendidikan maya (virtual education). Hizamnuddin Awang (2006) telah menyatakan dalam artikelnya bahawa terdapat dua faktor yang menyumbang kepada perkembangan PJJ di Malaysia. Pertama, kita telah berada di era maklumat dan kedua ialah ciri demografi pelajar di Malaysia. Kebanyakkan pelajar PJJ di Malaysia merupakan pelajar yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan bekerja sepenuh masa. //Perlu edit kerana salin bulat-bulat daripada file berikut : http://sarahdesu.blogspot.com/2008/05/penyebaran-maklumat-melalui-media-massa.html Https//www.google.com merupakan satu laman web yang terkenal dan berkenalan dalam kehidupan setiap lapisan masyarakat. Selama ini Google.com memang kita kenal sebagai satu mesin pencari yang sangat baik. Pelajar PJJ boleh mendapatkan sebarang bahan-bahan

bacaan tambahan melalui google pada bila-bila masa dengan melalui internet. Selain itu, download atau muat turun merupakan salah satu perkembangan teknologi yang memudahkan pelajar jarak jauh mudah memilih bila, apa dan bagaimana untuk belajar. Download adalah proses transmisi pemindahan sebuah fail dari sebuah sistem komputer ke sistem komputer yang lainnya. Dari internet, user pengguna yang melakukan proses download adalah proses di mana seorang user pengguna meminta sebuah fail dari sebuah komputer lain (web site,server atau yang lainnya) dan menerimanya. Dengan kata lain, download adalah transmisi pemindahan data dari internet ke komputer client / pemakai. Dengan adanya downloader, user pengguna boleh memilih apa-apa bahan bacaan pada bila-bila masa untuk membuat sebarang download.

- 24 -

Tugasan Kumpulan PP18

5.3.5

E-mel atau Forum Pelajar

Mail Elektronik (E-mail E-mel) merupakan perkhidmatan internet yang digunakan dengan meluas. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Kajian menunjukkan semakin kerap seseorang menggunakan internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakan atau saudara melalui e-mel. Ini menunjukkan penggunaan e-mel dapat membentuk isolasi pemisahan masyarakat. Dengan perkembangan teknologi, komunikasi dan maklumat, e-mel memainkan peranan yang penting dalam komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar jarak jauh. Pensyarah boleh berkomunikasi dengan pelajar melalui e-mel bagi membincangkan sesuatu projek, isu semasa, permasalahan berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh. Selain itu juga, pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain melalui e-mel. Walaupun pelajar berada dalam jarak yang jauh dengan pensyarah mereka boleh berhubung antara satu sama lain melalui e-mel dalam jangka masa yang singkat, cepat dan tepat untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sistem e-mel yang mudah dan efisian adalah merupakan satu sistem yang berkesan dari segi komunikasi dua hala antara seseorng individu dengan individu yang lain. Pelajar boleh mengemukakan soalan dari segi teks dengan lampiran seperti grafik atau foto yang boleh dihantar dengan pantas kepada pensyarah. Pensyarah pula boleh memberi maklum balas dengan kadar yang segera kepada pelajar. Selain itu juga, penggunaan forum pelajar yang telah diperkenalkan oleh USM untuk pelajar pendidikan jarak jauh merupakan satu jalan alternatif bagi memudahkan pelajar menyelesaikan tugasan melalui perbincangan menggunakan portal yang telah dikhaskan untuk perbincangan tugasan walau berada dalam jarak yang jauh antara satu sama lain. Pelajar pendidikan jarak jauh boleh menggunakan portal masing-masing untuk sebarang pertanyaan

- 25 -

Tugasan Kumpulan PP18 berkenaan dengan tugasan atau sebarang masalah yang ingin dikemukan kepada rakan-rakan yang lain. Setiap pelajar akan diberi ID pengenalan diri masing-masing sebelum mengekses maklumat dalam portal untuk berforum dengan pelajar pendidikan jarak jauh yang lain. Sistem ini dapat membantu pelajar untuk berhubung dengan ahli kumpulan masing-masing bagi menyelesaikan tugasan dan berbincang maklumat yang diperlukan tanpa perlu berjumpa. Tambahan pula, kos sistem ini adalah murah jika dibandingkan dengan kos sistem komunikasi yang lain. Bagi mengekses e-mel dan forum setiap pelajar dan pensyarah haruslah mempunyai: 1. Alamat e-mel dan ruang forum masing-masing.

2. Pensyarah dan pelajar telah mendapat latihan mengekses secara elektronik (e-mail e-mel) dan cara berforum dengan betul. 3. Pelajar bertanyakan pensyarah dengan cara mengirimkan e-mel ke alamat pensyarah dan mendapatkan maklum balas kembali. 4. Pensyarah memberikan tugasan dengan cara mengirimkan e-mel ke alamat pelajar atau memuatkan melalui forum pelajar untuk dijawab. 5. Pelajar dan pensyarah saling bertukar maklumat, ideal idea dan lain-lain dengan cara saling berkirim e-mel atau mengirin dalam ruang forum. Justeru, pelajar jarak jauh mudah memilih bila, apa dan bagaimana untuk belajar.

- 26 -

Tugasan Kumpulan PP18

6.

PENUTUP
Dengan perkembangan yang pesat dalam perisian, kini teknologi maklumat memainkan

peranan penting dalam multimedia. Maka konsep universiti maya dan perpustakaan maya telah menjadi kenyataan. Pelajar boleh mengikuti sesuatu rancangan pengajian dari terminal komputer sahaja. Di saming samping itu, dengan perkembangan dalam teknologi gentian optik dan teknologi digital kini PJJ masuk ke era globalisasi. Kita boleh akses kepada mana-mana saja di dunia ini yang tersampai oleh jaringan telekomunikasi yang sedia ada melalui internet. Dalam hal ini, jika komputer canggih yang digunakan dan perisian yang sesuai serta jaringan yang berkeupayaan tinggi, kita boleh akses full motion video. Oleh itu pendidikan boleh sampai ke dalam bilik belajar pelajar di rumah dan di hujung jari. Terserah kepada pelajar bila, apa dan bagaimana untuk belajar. Dalam erti kata lain, pelajar boleh belajar di mana-mana asalkan pelajar ada akses dengan menggunakan komputer. Ini juga bererti pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana dan bilabila masa sahaja.

- 27 -

Tugasan Kumpulan PP18

7.

LAMPIRAN
Gambah Rajah 1 : Pusat Wilayah untuk kegiatan pengajaran-pembelajaran PPPJJ USM

- 28 -

Tugasan Kumpulan PP18 Gambar Rajah 2 :Perhubungan di antara pusat wilayah dengan PPPJJ USM.

Gambar Rajah 2 menunjukkan perhubungan di antara pusat wilayah dengan PPPJJ. Perjalanan sesi telesidang bagi pusat wilayah A (Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar) diadakan pada hari Khamis dan Jumaat, manakala bagi pusat wilayah B (Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Melaka, Johor Bharu dan Batu Pahat) pada hari Sabtu dan Ahad. Siaran serentak ke semua pusat wilayah ada juga dijalankan.

- 29 -

Tugasan Kumpulan PP18 Rajah Gambar Rajah 3 : Penggunaan satelit di negara-negara jiran 26

27 - 30 -

Tugasan Kumpulan PP18 Gambar Rajah 4 : USM VideoNet ( 2Mbps )

Pihak USM melancarkan rangkaian sidang video yang dikenali dengan USM VideoNet.

- 31 -

Tugasan Kumpulan PP18 Gambar Rajah 5 : Penggunaan teknologi maklumat dalam PPPJJ USM 28

- 32 -

Tugasan Kumpulan PP18

8.
1.

SOALAN-SOALAN OBJEKTIF
Internet menyediakan beberapa kemudahan berikut. Antaranya ialah : I. II. III. IV. A. I dan II D. I, III dan IV Jawapan : e-mel Laman web Internet Relay Chat (IRC) Telnet B. E. E I, II dan III I, II, III dan IV C. I, II dan IV

2.

Pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan. Apakah kelebihan-kelebihan tersebut? I. II. III. IV. A. D. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa. Bahan sokongan pembelajaran terhad. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disalurkan kepada pelajar. Pengurusan dan pemgemaskinian bahan pembelajaran menjadi mudah dan pants. I dan II I, III dan IV : D B. E. I dan III I, II dan IV C. I, II dan III

Jawapan

- 33 -

Tugasan Kumpulan PP18

9.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
1. Honeyman and Miller (1993). "Agriculture distance education: A valid alternative for higher education? Proceedings of the National Agricultural Education Research Meeting, 67-73 2. Distance learning on the rise, Brian Towie, Metro, Canada, September, 2010. 3. Distance Learning Degrees | Degree Courses | Kaplan Open Learning, Kaplan Open Learning,
September, 2010

4. Gold, L & Maitland, C (1999). What's the difference? A review of contemporary research on the
effectiveness of distance learning in higher education. Washington, DC: NEA.

5. RDI, UK university courses now offered on Mobile Devices. Retrieved January 5, 2009. 6. Taylor, J.C. 2003, 'The Fifth Generation of Distance Education', Translation in the Chinese Journal
of Open Education Research, 3, 25 - 27, June

7. "The School of the Air and remote learning - Australia's Culture Portal".
Cultureandrecreation.gov.au.

8. Telecourses, Highland Community College, September, 2010 9. iTunes U. Retrieved September, 2010. 10. Defense Activity For Non-Traditional Education Support, DANTES Retrieved September, 2010 11. RDI, UK university courses now offered on Mobile Devices. Retrieved September, 2010.
12. Md Noor Salleh (2010). Pendidikan Jarak Jauh Edisi Ke-2 (Siri pendidikan jarak jauh)

Selangor : Percetakan Strikeway Sdn. Bhd.


13. Fred Percival & Henry Ellington (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Kuala

Lumpur : Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

- 34 -

Tugasan Kumpulan PP18


14. Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.


15. Abd. Rashid Johar & Jamaluddin Hj. Badusah (1999). Teknologi dan Inovasi Pendidikan.

Selangor : UKM. 16. Rozhan Hj. Mohammad Idrus (2009), Khidmat Sokongan Pembelajaran : Dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
17. Karsono Ahmad Dasuki (1993). Konsep Dan Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


18. Ahmad Hj. Mohamad, K. Ramanathan & Ab. Rasit Mat Zin (2009), MODUL JUJ 103

Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer. PPPJJ USM Pulau Pinang.
19. Aristo Rahadi (2008). Media Pembelajaran Dalam Pendidikan Jarak Jauh. Retrieved

April 28, 2008 from http://aristorahadi.wordpress.com/2008/04/28/mediapembelajaran-dalam-pendidikan-jarak-jauh/

- 35 -

You might also like