You are on page 1of 7

SULIT * 910/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011

BAHASA MALAYSIA KERTAS 2

ESEI (Tiga jam)

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATED)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurungan [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. STPM 910/2 *Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT

SULIT*

Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50m ] Kewujudan laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya merupakan salah satu perkhidmatan internet yang terkini. Bincangkan impak laman sosial ini kepada masyarakat dan negara.

1.

2.

Malaysia dikatakan mempunyai kekuatan untuk menjadi pusat pendidikan serantau. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

3.

Masyarakat kini mengambil vitamin dan bahan minuman bertonik untuk memastikan mereka mendapat diet yang seimbang pada setiap hari. Jelaskan kebaikan pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik tersebut.

4.

Kini, stesen televisyen dan pengusaha pawagam cenderung menyiarkan drama dan filem yang berunsur mistik untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton. Sebagai pengerusi sebuah persatuan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya.

Bahagian B 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20m ]

Sebagai negara yang kaya dengan sumber alam, sama ada di daratan mahupun lautan, Malaysia dapat memanipulasikan kekayaan yang dimiliki untuk menjanakan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat. Dengan memanfaatkan potensi sektor perladangan dan komoditi, sumber alam yang ada seperti kelapa sawit, kayu-kayan, getah, petroleum, koko dan tembakau, berupaya meningkatkan akses negara untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Sejak negara merdeka lagi, selain sektor pertanian sebagai sumber bekalan makanan domestik, sektor komoditi turut menjadi penjana utama aktiviti ekonomi di Malaysia. Pada dekad 1980-an, walaupun tidak secara drastik dan sepenuhnya, Malaysia beranjak daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sektor pembuatan dan sektor komoditi dilihat tetap menyumbangkan peranan yang besar terhadap nilai eksport negara.

Nilai eksport bagi sektor komoditi dan produk berasaskan komoditi pada tahun 2009 dicatatkan sebanyak RM 91.1 bilion, iaitu 16.48 peratus daripada jumlah sumbangan keseluruhan eksport negara. Harga komoditi sepanjang tahun 2009 memberikan faedah yang besar kepada perkembangan ekonomi negara, walaupun ekonomi global baru sahaja dilanda oleh krisis kewangan dan Malaysia turut terkena tempiasnya. Potensi sektor komoditi terus kekal cerah dan menjanjikan peluang meningkatkan pendapatan yang lebih banyak serta menguntungkan negara.

Pada tahun 2010 pula, jumlah keseluruhan eksport negara terus mencatatkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus kepada RM639.4 bilion. Berdasarkan jumlah eksport tersebut, sektor komoditi minyak kelapa sawit dan hasil keluaran kelapa sawit, kekal sebagai sumber pendapatan eksport kedua terbesar dengan nilai gabungan berjumlah RM62.9 bilion atau 9.8 peratus kepada jumlah eksport bagi tahun 2010. Gas asli cecair pula mewakili enam peratus daripada jumlah eksport, sekali gus menjadi komoditi eksport ketiga terbesar negara. Petroleum mentah yang disenaraikan sebagai komoditi keempat terbesar negara, mewakili 4.8 peratus daripada jumlah eksport, bertambah sebanyak RM5.4 bilion atau 21.3 peratus kepada RM30.8 bilion bagi tahun 2010.

Peningkatan nilai eksport yang memberangsangkan ini menjadi isyarat bahawa sektor komoditi negara cukup dinamik untuk terus diperkasakan dan sekali gus mendukung usaha mentransformasikan ekonomi negara agar kekal berdaya saing dan muncul sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Nota Editor, Penjanaan Sektor Komoditi yang Dinamik, Junaidah Ahmad Ghazali, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 2011)

Bahagian C

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. [ 15 m ] Kenapa Mak Lijah, kenapa? tegur Munir setelah menaiki tebing alur. Aku penat. Ular tedung senduk itu, ujarnya sambil mengurut-urut dada. Di mana mak Lijah? tanya Seman yang turut bersama-sama naik ke situ. Di tengah jalan tu. Mak Lijah menunjuk ke arah laluannya tadi. Kamu berdua tolong ambil kain kelumbung aku tu. Tapi ingat, boleh jadi ular tedung masih ada di situ, pesan Mak Lijah. Seman mencabut sebatang buluh yang terpacak di pinggir titi. Baiklah Mak Lijah. Kalau ada ular tu, kami pukul dengan sebatang buluh ini, katanya. Yalah. Buluh tu sumpahan ular. Baik-baik ya, nasihat Mak Lijah. Baiklah, Mak Lijah, ujar Seman. Mereka terus berlalu dari situ. Ha! Itu pun kain kelumbung Mak Lijah. Berlonggok di atas batas bendang tu. Mari kita tengok, ajak Munir. Kamu kais kain kelumbung tu dengan buluh. Cermat-cermat sikit, suruh Munir. Seman menyodok hujung buluh ke bawah kain tersebut. Dia mengangkat perlahan-lahan. Tak ada ular pun. Boleh jadi ular tu dah menyusup keluar, katanya sambil mengurut dada. Ambil kain tu. Kita serahkan kepada Mak Lijah.

(Dipetik daripada Rejab F.I. Apakah yang Mak LIjah Cari?, Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober 2010, halaman 12)

7.

Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa

[15m]

Bab 4 Pendidikan Menengah 30. (1) (a) (b) (c) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut : sekolah menengah akademik; sekolah menengah teknik ; sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.

(2)

31.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekolah yang diperihalkan dalam seksyen 30. Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan akademik.

32.

Bab 5 Pendidikan Lepas Menengah 33. Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di : (a) (b) (c) sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b) maktab-maktab; dan mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah akta ini.

(Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), hlm.29)

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan, dan kemudian buat pembetulan. [15m]

Bilangan warga China yang memasuki negara ini untuk mencari rezeki semakin bertambah setiap tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan yang setiap hari dianggarkan kira-kira 1286 orang warga China memasuki Malaysia. Sebahagiannya datang untuk melancong. Manakala sebahagian lagi datang untuk mencari rezeki di negara ini. Mutakhir ini, dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia kecoh dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh gadis warga China yang bekerja di negara ini. Dengan membekalkan kecantikan dan kelembutan, gadis warga China ini berjaya menggoda untuk memperoleh wang. Menurut kajian sebuah akhbar Cina tempatan, dianggarkan setiap seorang gadis warga China menyedut hampir RM10 ribu setiap bulan daripada setiap lelaki Cina tempatan yang berjaya mereka goda dan perdaya.

You might also like