You are on page 1of 14

pena ilhamku

Home

Tuesday, April 6, 2010


DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)
Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 9:00 PM 0 comments Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah KB dan pemikiran kritis yang telah kita bincangkan di atas, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Pemikiran kritis dapat dilihat dari dua komponen penting: 1. satu kumpulan kemahiran yang digunakan untuk memperoses atau melahirkan informasi dan kepercayaan (keyakinan), dan 2. satu kebiasaan, yang terbentuk berlandaskan komitmen intelektual, dalam menggunakan kemahiran tersebut untuk menjadi landasan kepada perilaku manusia Anda dapati bahawa konsep di atas adalah berlawanan dengan: 1. Bahawa berfikir adalan proses yang berkaitan dengan pencarian dan penyimpanan informasi sahaja (sebab ia melibatkan cara-cara tertentu dalam mendapatkan dan meladeni informasi,) 2. Berfikir cuma dikaitan dengan keupayaan melakukan berbagai kebolehan, (sebab ia melibatkan penggunaan berterusan kebolehan tersebut,) dan 3. Berfikir cuma dikaitkan dengan penggunaan kebolehan sahaja tanpa mengambil kira penerimaan hasil pemikiran tersebut. Ini bermakna kebolehan mengeluarkan buah fikiran belum boleh dianggap lengkap sekiranya hasil dari buah fikiran tersebut belum atau tidak diambil kira kesahihannya.

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH


Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 8:57 PM 0 comments

Zaman Socrates Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang juga dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis dalam kehidupan manusia, Socrates telah berjaya menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah fikiran. Socrates telah menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan, kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang beliau sebut sebagai deep questions diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai. Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan hujah yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai Socratic questioning atau Penyoalan Socratic masih di anggap sebagai satu cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalakan hingga ke hari ini. Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan sebagai alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat tanpa usul periksa. Beliau telah dengan cermatnya mengenalpasti satu-satu kepercayaan itu dari perspektif logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita tersembunyi seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk memberi keselesaan dan keseronokan sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai. Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti sesuatu itu mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya cuma minda yang terlatih (trained mind) sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (delusive appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya (the deeper realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir keperluan bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi (deeper realities), berfikir secara sistematik, menyoroti implikasi secara meluas dan mendalam kerana cuma dengan berfikir secara komprehensif, well-reasoned, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan apa yang disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan kehebatan

Pencipta alam ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa bintang-bintang, gunung ganang, matahari dan bulan yang sentiasa menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri. Zaman moden Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang lain telah dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey, Meyers, Beyer, Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah aras pemikian atau levels of thought processes. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi bagai menjana pemikran kritis di kalangan pelajar. Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang memberi pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir. Konsep tentang kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi pula oleh penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya (Goleman, 1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas beribu-ribu orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl dalam taksonomi domain afektifnya.

KEMAHIRAN BERFIKIR JENIS-JENIS KB DEFINISI


Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 8:52 PM 0 comments DEFINISI KB Definisi yang sesuai masih dipertikaikan kerana pendapat yang berbeza dari tokoh-tokoh pemikir, misalnya. George(1970),- pemikiran sebagai suatu penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono(1976) mengaitkan KB dengan pemikiran lateral, iaitu bukan saja utk menyelesaikan masalah, malah berfikir utk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai aspek. Mayer(1977) pemikiran melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dalam menyelesaikan masalah. DEFINISI KB Chaffee (1988) pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero(1984) Thinking is

any mental activity that helps formulate or solve a problem,make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning. JENIS-JENIS KB 1. Kemahiran Berfikir Secara Kritis. Domain utama 2. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. 3.Kemahiran Membuat Keputusan. 4.Kemahiran Menyelesaikan masalah KB Secara Kritis Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai:- a. kewajaran sesuatu idea. b. meniliti kebernasan sesuatu hujah. c. membuat pertimbangan yg. wajar dgn. gunakan alasan yg munasabah. KB Secara Kreatif Kecekapan menggunakan minda utk meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai. Hasilan itu boleh bersifat maujud atau abstrak. Lebih menekankan pengunaan hemisphera otak kanan (HOKA). If everybody is thinking alike, then nobody is thinking at all ( Ungku Aziz). The more after you do something in the same way, the more difficult it is to think about doing it in another way ( Roger Von Oech ) KEMAHIRAN BERFIKIR KB SECARA KRITIS KB SECARA KREATIF Membanding & membeza Membuat kategori Menerangkan sebab Meneliti bhg kecil dan keseluruhan. Mengusul periksa andaian Membuat ramalan Membuat Inferens Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai. Mencipta analogi. Mencipta metafora. KB MEMBUAT KEPUTUSAN & MENYELESAIKAN MASALAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PERSAMAAN Kedua-duanya ialah kenderaan. Mempunyai dua roda. Boleh ditunggang. PERBEZAAN DARI SEGI SAIZ BASIKAL MOTORSIKAL Kecil Enjin Mahal Besar Murah CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING. Kedua-duanya ialah kenderaan roda dua tetapi motorsikal menggunakan enjin dan lebih laju pergerakannya dari basikal Tenaga manusia HARGA KUASA KELAJUAN MOTORSIKAL BASIKAL Kurang laju Lebih laju PENGURUSAN LISAN 1. Apakah kemungkinan sebab perkara itu berlaku. 2. Apakah kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab kpd. perkara itu berlaku. 3. Apakah bukti sebenar yang mengukuhkan kesahan bukti itu. 4. Manakah sebab sebenar berlakunya perkara itu ? MEMBUAT RAMALAN Membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang . Berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Boleh dibuat dalam bentuk pengurusan lisan atau grafik. PENGURUSAN GRAFIK Apakah situasi yang hendak diramalkan ? ( Sebuah lori balak telah dimuatkan dengan balak yang amat berlebihan daripada hadnya. Lori itu sedang bergerak ke kilang papan yang jauhnya lebih kurang 60km.) Apakah ramalan anda. Tulis beberapa ramalan yang sesuai. ( Lori itu akan ditahan polis ). ( Tayar lori akan meletup). Yang manakah antara ramalan anda akan ditinjau dahulu? Tuliskan. Buat Pengurusan Grafik seperti berikut. MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuan mengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.

PENGURUSAN GRAFIK MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN TAJUK: Petani dan Kucing TINDAKAN / PEGANGAN: Petani Membunuh Kucing ANDAIAN : Kucing mencederakan anaknya. Peristiwa dan alasan yang menyebabkan andaian dibuat. 1. Anaknya berlumuran darah. 2. Mulut kucing berdarah. 3. Hanya kucing berada di situ. Apakah yang seharusnya dibuat ? Teliti bhg tubuh anak untuk menentukan kecederaan. Teliti kucing dan kenal pasti jenis darah. 3. Siasat sekeliling rumah untuk menentukan sama ada orang atau binatang lain berada di situ. Adakah tindakan itu dibuat ? Tidak Tidak Tidak AKHIR SEKALI: Buat Refleksi Proses minda dalam membuat kesimpulan atau andaian daripada sumber berasaskan :- a. isyaratisyarat b. tanda-tanda c. maklumat-maklumat tertentu sama ada tersurat atau tersirat. Berlaku bila anda berminat utk. mengetahui maklumat lebih lanjut berdasarkan kefahaman yang logik. Inferens yang baik seharusnya berasaskan fakta,alasan serta bukti yang kukuh dan jitu. Inferens memerlukan anda membuat pemerhatian,penaakulan serta merujuk kepada sesuatu yang dinyatakan dengan jelas. MEMBUAT INFERENS MENJANA DAN MENGHASILKAN IDEA YANG PELBAGAI Kemahiran menghasilkan idea baru yang digunakan untuk menghasilkan ciptaan atau menyelesaikan masalah. Idea ini mungkin sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini. Tujuan :- a. menghasilkan sebanyak mungkin idea. b. mendapatkan pilihan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah. c. mendapatkan imaginasi yang kreatif. d. meningkatkan keupayaan utk mengurus kehidupan seharian. MENCIPTA ANALOGI Kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu. Menggunakan kata bandingan seperti bagai / umpama. Terdapat 2 jenis analogi:- a. Analogi berdasarkan kata bandingan. b. Analogi berdasarkan pasangan kata. ANALOGI BERDASARKAN KATA BANDINGAN Contoh :- Badannya kurus macam lidi. Benda itu bujur seperti telur. Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh bagai cendawan. Orang itu garang macam harimau. ANALOGI BERDASARKAN PASANGAN KATA Analogi ini dicipta untuk menguji perbendaharaan kata dan kefahaman tentang pasangan-pasangan kata yang diedarkan. Contoh :Pilih jawapan yang sesuai seperti dlm kotak. a. Universiti mahasiswa b. Sekolah pelajar c. Hospital jururawat d. Bas penumpang ** Jawapan ialah c kerana sama kategori pekerjaan di institusi masing-masing. Kapal terbang - Pramugari MENCIPTA METAFORA Bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Contoh :- Mak nenek itu telah datang. Tikus itu telah lari apabila melihat pegurusnya datang. Harapannya menggunung. Rujuk lampiran pengurusan grafik. MENYELESAIKAN MASALAH Proses menangani sesuatu situasi bermasalah. Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. Rumusan proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan

dan kriteria tertentu. LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH MENYEDARI MASALAH MEMAHAMI MASALAH MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN MENYELESAIKAN MASALAH MASALAH: KEMUNGKINAN PILIHAN PILIHAN PENYELESAIAN PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN KESAN SOKONG / TIDAK NILAI APA AKAN BERLAKU JIKA PILIHAN INI DIAMBIL PENTING ATAU TIDAK KESAN ITU. MENGAPA? PENYELESAIAN BARU UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH MEMBUAT KEPUTUSAN Proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA BUAT KEPUTUSAN MEMBUAT KEPUTUSAN PILIHAN - PILIHAN Terus berjalan mendapatkan bantuan Berehat sementara berkhemah di sini PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN Berkhemah di sini AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI Dapat berehat tidak meneruskan penting + perjalanan Ancaman binatang buas hutan ada binatang buas penting - Gangguan makhluk halus tempat gelap dan tiada org. tak penting Pulihkan tenaga dapat merehat dan makan penting + Boleh merancang tenteram penting + KRITERIA Keselamatan KEPUTUSAN Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan di atas Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 ) Subscribe to: Posts (Atom)

Tuesday, April 6, 2010


DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah KB dan pemikiran kritis yang telah kita bincangkan di atas, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Pemikiran kritis dapat dilihat dari dua komponen penting: 1. satu kumpulan kemahiran yang digunakan untuk memperoses atau melahirkan informasi dan kepercayaan (keyakinan), dan 2. satu kebiasaan, yang terbentuk berlandaskan komitmen intelektual, dalam menggunakan kemahiran tersebut untuk menjadi landasan kepada perilaku manusia Anda dapati bahawa konsep di atas adalah berlawanan dengan: 1. Bahawa berfikir adalan proses yang berkaitan dengan pencarian dan penyimpanan informasi sahaja (sebab ia melibatkan cara-cara tertentu dalam mendapatkan dan meladeni informasi,) 2. Berfikir cuma dikaitan dengan keupayaan melakukan berbagai kebolehan, (sebab ia melibatkan penggunaan berterusan kebolehan tersebut,) dan 3. Berfikir cuma dikaitkan dengan penggunaan kebolehan sahaja tanpa mengambil kira penerimaan hasil pemikiran tersebut. Ini bermakna kebolehan mengeluarkan buah fikiran belum boleh dianggap lengkap sekiranya hasil dari buah fikiran tersebut belum atau tidak diambil kira kesahihannya. Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 9:00 PM 0 comments

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH


Zaman Socrates Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang juga dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis dalam kehidupan manusia, Socrates telah berjaya menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah fikiran. Socrates telah menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah

membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan, kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang beliau sebut sebagai deep questions diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai. Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan hujah yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai Socratic questioning atau Penyoalan Socratic masih di anggap sebagai satu cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalakan hingga ke hari ini. Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan sebagai alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat tanpa usul periksa. Beliau telah dengan cermatnya mengenalpasti satu-satu kepercayaan itu dari perspektif logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita tersembunyi seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk memberi keselesaan dan keseronokan sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai. Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti sesuatu itu mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya cuma minda yang terlatih (trained mind) sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (delusive appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya (the deeper realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir keperluan bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi (deeper realities), berfikir secara sistematik, menyoroti implikasi secara meluas dan mendalam kerana cuma dengan berfikir secara komprehensif, well-reasoned, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan apa yang disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan kehebatan Pencipta alam ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa bintang-bintang, gunung ganang, matahari dan bulan yang sentiasa menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri. Zaman moden Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang lain telah dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey, Meyers, Beyer, Bloom dan

ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah aras pemikian atau levels of thought processes. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi bagai menjana pemikran kritis di kalangan pelajar. Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang memberi pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir. Konsep tentang kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi pula oleh penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya (Goleman, 1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas beribu-ribu orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl dalam taksonomi domain afektifnya. Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 8:57 PM 0 comments

KEMAHIRAN BERFIKIR JENIS-JENIS KB DEFINISI


DEFINISI KB Definisi yang sesuai masih dipertikaikan kerana pendapat yang berbeza dari tokoh-tokoh pemikir, misalnya. George(1970),- pemikiran sebagai suatu penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono(1976) mengaitkan KB dengan pemikiran lateral, iaitu bukan saja utk menyelesaikan masalah, malah berfikir utk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai aspek. Mayer(1977) pemikiran melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dalam menyelesaikan masalah. DEFINISI KB Chaffee (1988) pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero(1984) Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem,make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning. JENIS-JENIS KB 1. Kemahiran Berfikir Secara Kritis. Domain utama 2. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif. 3.Kemahiran Membuat Keputusan. 4.Kemahiran Menyelesaikan masalah KB Secara Kritis Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai:- a. kewajaran sesuatu idea. b. meniliti kebernasan sesuatu hujah. c. membuat pertimbangan yg. wajar dgn. gunakan alasan yg munasabah. KB Secara Kreatif Kecekapan menggunakan minda utk meneroka pelbagai kemungkinan

menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai. Hasilan itu boleh bersifat maujud atau abstrak. Lebih menekankan pengunaan hemisphera otak kanan (HOKA). If everybody is thinking alike, then nobody is thinking at all ( Ungku Aziz). The more after you do something in the same way, the more difficult it is to think about doing it in another way ( Roger Von Oech ) KEMAHIRAN BERFIKIR KB SECARA KRITIS KB SECARA KREATIF Membanding & membeza Membuat kategori Menerangkan sebab Meneliti bhg kecil dan keseluruhan. Mengusul periksa andaian Membuat ramalan Membuat Inferens Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai. Mencipta analogi. Mencipta metafora. KB MEMBUAT KEPUTUSAN & MENYELESAIKAN MASALAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PERSAMAAN Kedua-duanya ialah kenderaan. Mempunyai dua roda. Boleh ditunggang. PERBEZAAN DARI SEGI SAIZ BASIKAL MOTORSIKAL Kecil Enjin Mahal Besar Murah CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING. Kedua-duanya ialah kenderaan roda dua tetapi motorsikal menggunakan enjin dan lebih laju pergerakannya dari basikal Tenaga manusia HARGA KUASA KELAJUAN MOTORSIKAL BASIKAL Kurang laju Lebih laju PENGURUSAN LISAN 1. Apakah kemungkinan sebab perkara itu berlaku. 2. Apakah kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab kpd. perkara itu berlaku. 3. Apakah bukti sebenar yang mengukuhkan kesahan bukti itu. 4. Manakah sebab sebenar berlakunya perkara itu ? MEMBUAT RAMALAN Membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang . Berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Boleh dibuat dalam bentuk pengurusan lisan atau grafik. PENGURUSAN GRAFIK Apakah situasi yang hendak diramalkan ? ( Sebuah lori balak telah dimuatkan dengan balak yang amat berlebihan daripada hadnya. Lori itu sedang bergerak ke kilang papan yang jauhnya lebih kurang 60km.) Apakah ramalan anda. Tulis beberapa ramalan yang sesuai. ( Lori itu akan ditahan polis ). ( Tayar lori akan meletup). Yang manakah antara ramalan anda akan ditinjau dahulu? Tuliskan. Buat Pengurusan Grafik seperti berikut. MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuan mengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik. PENGURUSAN GRAFIK MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN TAJUK: Petani dan Kucing TINDAKAN / PEGANGAN: Petani Membunuh Kucing ANDAIAN : Kucing mencederakan anaknya. Peristiwa dan alasan yang menyebabkan andaian dibuat. 1. Anaknya berlumuran darah. 2. Mulut kucing berdarah. 3. Hanya kucing berada di situ. Apakah yang seharusnya dibuat ? Teliti bhg tubuh anak untuk menentukan kecederaan. Teliti kucing dan kenal pasti jenis darah. 3. Siasat sekeliling rumah untuk menentukan sama ada orang atau binatang lain berada di situ. Adakah tindakan itu dibuat ? Tidak Tidak Tidak AKHIR SEKALI: Buat Refleksi Proses minda dalam membuat kesimpulan atau andaian daripada sumber berasaskan :- a. isyaratisyarat b. tanda-tanda c. maklumat-maklumat tertentu sama ada tersurat atau tersirat. Berlaku bila

anda berminat utk. mengetahui maklumat lebih lanjut berdasarkan kefahaman yang logik. Inferens yang baik seharusnya berasaskan fakta,alasan serta bukti yang kukuh dan jitu. Inferens memerlukan anda membuat pemerhatian,penaakulan serta merujuk kepada sesuatu yang dinyatakan dengan jelas. MEMBUAT INFERENS MENJANA DAN MENGHASILKAN IDEA YANG PELBAGAI Kemahiran menghasilkan idea baru yang digunakan untuk menghasilkan ciptaan atau menyelesaikan masalah. Idea ini mungkin sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini. Tujuan :- a. menghasilkan sebanyak mungkin idea. b. mendapatkan pilihan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah. c. mendapatkan imaginasi yang kreatif. d. meningkatkan keupayaan utk mengurus kehidupan seharian. MENCIPTA ANALOGI Kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu. Menggunakan kata bandingan seperti bagai / umpama. Terdapat 2 jenis analogi:- a. Analogi berdasarkan kata bandingan. b. Analogi berdasarkan pasangan kata. ANALOGI BERDASARKAN KATA BANDINGAN Contoh :- Badannya kurus macam lidi. Benda itu bujur seperti telur. Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh bagai cendawan. Orang itu garang macam harimau. ANALOGI BERDASARKAN PASANGAN KATA Analogi ini dicipta untuk menguji perbendaharaan kata dan kefahaman tentang pasangan-pasangan kata yang diedarkan. Contoh :Pilih jawapan yang sesuai seperti dlm kotak. a. Universiti mahasiswa b. Sekolah pelajar c. Hospital jururawat d. Bas penumpang ** Jawapan ialah c kerana sama kategori pekerjaan di institusi masing-masing. Kapal terbang - Pramugari MENCIPTA METAFORA Bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Contoh :- Mak nenek itu telah datang. Tikus itu telah lari apabila melihat pegurusnya datang. Harapannya menggunung. Rujuk lampiran pengurusan grafik. MENYELESAIKAN MASALAH Proses menangani sesuatu situasi bermasalah. Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. Rumusan proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH MENYEDARI MASALAH MEMAHAMI MASALAH MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN MENYELESAIKAN MASALAH MASALAH: KEMUNGKINAN PILIHAN PILIHAN PENYELESAIAN PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN KESAN SOKONG / TIDAK NILAI APA AKAN BERLAKU JIKA PILIHAN INI DIAMBIL PENTING ATAU TIDAK KESAN ITU. MENGAPA? PENYELESAIAN BARU UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN

YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH MEMBUAT KEPUTUSAN Proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA BUAT KEPUTUSAN MEMBUAT KEPUTUSAN PILIHAN - PILIHAN Terus berjalan mendapatkan bantuan Berehat sementara berkhemah di sini PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN Berkhemah di sini AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI Dapat berehat tidak meneruskan penting + perjalanan Ancaman binatang buas hutan ada binatang buas penting - Gangguan makhluk halus tempat gelap dan tiada org. tak penting Pulihkan tenaga dapat merehat dan makan penting + Boleh merancang tenteram penting + KRITERIA Keselamatan KEPUTUSAN Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan di atas Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 ) Posted by SriKaNdi HaRaPaN at 8:52 PM 0 comments Subscribe to: Posts (Atom)

Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Search This Blog

powered by

Welcome Blog Archive

2010 (3) o April (3) DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB) KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH KEMAHIRAN BERFIKIR JENIS-JENIS KB DEFINISI

My Blog List Followers About Me

SriKaNdi HaRaPaN di setiap langkahku, terpikul amanah agama yg lebih berat dari gunung. di setiap nafasku, berdenyut nadi islam yg kan terus sebati bersama jasad selagi aku hidup dan akan meresapi segenap ruang roh pabila aku mati...di mana saja bumi yg aku jijak, di situ islam inginku junjung..moga semangat jihad terus terpahat kukuh.. walau apa pun sedia ku rempuh..kerana ku tahu Allah shj pengirim kekuatan buat diriku..InsyaAllah View my complete profile

relax bersama

Gratisan Musik

nama-nama Allah

Powered by Blogger. click to create your own

pena ilhamku Copyright 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

You might also like