You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN TANAMAN HIASAN DAN TUGASAN.

Secara amnya, muka bumi kita ini dipenuhi dengan pelbagai tumbuhtumbuhan yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Cuma bezanya ialah ada tumbuhan tersebut berguna kepada kehidupan manusia atau tidak namun jika kita amati sebenarnya tumbuhan-tumbuhan ini adalah sesuatu yang unik dan menarik. Tidak ramai antara kita yang terfikir kemungkinan yang akan terjadi kepada kehidupan manusia sekiranya kehidupan ini tanpa alam

tumbuhan. Mungkin ada yang berpendapat manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana sumber makanan manusia secara langsung atau tidak disumbangkan oleh tumbuhan. Disamping itu juga kegunaannya yang pelbagai seperti di dalam adat istiadat masyarakat, perubatan dan sebagainya namun kita juga perlu menyedari pokok-pokok juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan taman atau di dalam rumah.

Pokok hiasan merupakan tumbuhan yang digunakan untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di Malaysia contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja. Kepentingan dan keperluan kepada tanaman hiasan
1 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya keindahan, kedamaian, ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif dan ceria. Itulah jawapan mengapa pokok-pokok diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan kedamaian. komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana

Pokok hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Ada juga beberapa jenis pokok tertentu yang dikatakan berupaya menyerap udara toksid. Seni hiasan taman ini termasuklah pokok bonsai yang dewasa ini telah diterima oleh masyarakat kita. Walaupun tidak semua orang mampu memiliki bonsai disebabkan harga yang tinggi namun nilai seninya mengatasi segalanya. Ia terus diminati kerana seni yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Oleh yang demikian, maka disini akan dibincangkan mengenai pokok hiasan. Tanaman hiasan yang terdapat di Malaysia terdiri dari dua jenis. iaitu tanaman yang tumbuh secara semula jadi di Malaysia atau juga disebut sebagai tanaman indegenous dan sejenis lagi ialah tanaman yang di bawa dari negara lain yang juga disebut sebagai tanaman jenis exotic. Antara contoh tanaman indegenous ialah Tembusu, Angsana, Bunga tanjung, Jambu laut, Kayu manis, Mempari, Ketapang Gelam dan Penaga lilin. Manakala jenis Exotic pula terdiri dari jacaranda, Golden shower, Rain Tree, Acasia kuning, Jati, Asam jawa dan lain-lain.

2 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Tanaman hiasan adalah didalam keluarga hortikultur yang melibatkan tanaman perkebunan dan hiasan antaranya tanaman buah-buahan, sayursayuran, tumbuh-tumbuhan hiasan dan rumput turf.Tumbuhan hiasan tergolong dalam cabang Hortikultur Lanskap yang berkaitan dengan pengeluaran dan penggunaan tanaman untuk tujuan hiasan atau mencantikkan persekitaran rumah, bangunan dan juga taman-taman. Contohnya penggunaan tumbuhan hiasan dari jenis renek seperti pokok puding, pokok dewasa seperti pinang raja dan tanaman untuk hiasan jenis penutup bumi seperti kekacang Arachid pintoi dan Ros Jepun.

Tugasan kerja kursus pada kali ini ialah Kertas laporan ini adalah terarah kepada tumbuhan tanaman hiasan berpotensi negara. Dalam pada itu,saya telah ditugaskan untuk membuat laporan mengenai tanamanhiasan dari segi varieti pokok hiasan, kegunaan, dan lain- lain lagi. Pada akhir tugasan laporan ini kami dikehendaki untuk membuat herbarium rumpai.

3 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

2.0

JENIS-JENIS POKOK TANAMAN HIASAN.

Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan. Antaranya ialah renek, naungan, palma, penutup bumi, rumput turf, hiasan dalaman, semusim, orkid, memanjat dan menjalar, kaktus, lendair, akuatik, dan bonsai. Namun hanya lima jenis tumbuhan saja yang dipilih iaitu:

1. Jenis pokok renek 2. Jenis pokok pagaran 3. Jenis rumput hiasan 4. Jenis tumbuhan penutup bumi 5. Jenis orkid 2.1 POKOK RENEK. Pengenalan Kepada Pokok Renek

Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu secara hortikultur, dibezakan dengan pokok biasa dengan jumlah batangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada 0.5 hingga 0.6 m tinggi dan mengikut jenis atau speisies dan cara cantasan dijalankan.

Ada juga pokok renek yang kadang-kadang sesuai dijadikan pokok hiasan atau teduhan kecil dengan pemangkasan piawai, iaitu memotong semua dahan kecuali satu dahan yang paling subur dan tegak sebagai batang utama pokok. Pokok renek jenis yang tahan dipangkas sentiasa boleh dikawal

pertumbuhannya dan dijadikan pokok penutup bumi yang tingginya tidak melebihi 300mm. Ada juga beberapa jenis pokok renik yang boleh memanjat atau menjalar jika diberi struktur sokongan. Berdasarkan ciri, pertumbuhan, fungsi, dan kegunaannya dalam landskap, pokok renek boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

4 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Tiap-tiap jenis pokok renek yang mempunyai nama famili, nama sains, nama biasa (dalam bahasa Melayu dan Inggeris) dan tempat asalnya. Nama pokok penting diketahui kerana di Malaysia ada beribu-ribu spesies renek yang mempunya pelbagai warna bunga, warna daun dan ciri-ciri lain yang sukar diingati jika menggunakan ciri-ciri sahaja.

Berdaun Aneka Warna

Bernilai Ubatan, Perisa Dan Pewarna

Berbunga

Tarikan Burung Dan Serangga

Beracun

Berbau

Berdaun Hijau

JENIS-JENIS POKOK RENEK

Kepelbagaian Jenis Pokok Renek Dalam Sesebuah Tanaman Hiasan


5 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Pada kebiasaannya, pokok renek berbunga sangat digemari oleh peminat pokok bunga kerana bunganya bukan sahaja mempunyai warna yang menarik malahan bentuknya yang pelbagai ukuran. Terdapat juga pokok renek yang bukan hanya bunganya yang berwarna tetapi juga kaliksnya juga berwarna. Biasanya, kaliks mempunyai saiz yang besar dengan warna yang terang dan menarik.

Ada sesetengah kawasan landskap yang tidak sesuai dengan menanam pokok renek berdaun aneka warna juga boleh digunakan sebagai ganti. Masyarakat Malaysia memang suka menerima hakikat bahawa pokok renek

bahawa pokok renek berdaun beraneka warna juga boleh memberikan kesan warna yang sama seperti pokok renek berbunga. Bagi mereka yang berpendapat demikian jika tiada bunga bermakna tiada warna, walaupun ada sesetengah pokok renek berdaun aneka warna lebih menarik, tahan lebih lama dan mudah dijaga berbanding pokok renek berbunga.

Pada kebiasaannya, pokok renek berdaun hijau biasanya digunakan dalam landskap sebagai tanaman asas atau tanaman jangkar kerana warna utamanya yang penuh. Ini dapat dilihat dalam landskap yang menggunakan pokok renek berdaun hijau sebagai tanaman sempadan mengelilingi tanaman gabungan untuk kesempurnaan.Pada kebiasaannya juga, pokok renek berdaun hijau juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap cantasan. Pertumbuhannya agak lambat dan bentuknya padat. Warna utamanya iaitu hijau penuh, memang sesuai untuk pokok pagaran dan dipadankan dengan semua warna bangunan atau struktur. Disamping melembutkan struktur keras disekeliling landskap, warna hijau juga memberikan suasana sejuk atau tenang kepada pengguna landskap.

6 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Tumbuhan Hiasan Pokok Renek Yang Dipilih. ( Bunga Tahi Ayam)

Pengenalan Kepada Bunga Tahi Ayam.

Mendengar namanya agak kurang sedap disebut dan didengar. Namun begitu ia sesuai ditanam kerana mampu mempamerkan

bunganya yang cantik. Terdapat spesis asli yang tumbuh meliar di hutan dan juga spesis dari jenia kacukan. Jenis kacukan mampu mempamerkan pokoknya yang rendah dan lebih padat. Spesis-spesis ini mengeluarkan bunga dengan pelbagai campuaran warna yang lebih menarik.

Bunga tahi ayam atau nama sainsnya Lantana camara amat popular sebagai penyeri halaman rumah. Ia berasal dari Amerika dan di bawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan lanskap. Bunga tahi ayam merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.

Pokok Bunga Tahi Ayam merupakan spesies invasif dan melitupi sebahagian besar India, Australia dan kebanyakan Afrika. Pokok Bunga Tahi Ayam telah menjadi tumbuhan laman yang popular kerana ketahanannya. Ia tidak terjejas oleh serangga perosak dan penyakit, tidak memerlukan banyak air, dan tahan suhu melampau. Ia merupakan spesies kegemaran rama-rama, dan digunakan di taman rama-rama di Amerika Syarikat.Spesies liar mungkin memiliki duri cangkuk pendek. Kultivar Lantana digemari sebagai tumbuhan hiasan cenderung memiliki batang berherba

("herbaceous") kecil.

7 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Variasi Bunga Tahi Ayam.

Bunga tahi ayam boleh dijumpai dengan pelbagai variasi warna bunga seperti oren, kuning , putih, merah jambu, ungu dan juga campuran beberapa warnai. warna bunganya juga akan berubah bila ia semakin matang. Secara amnya variasi bunga tahi ayam dapat dikelaskan melalui pembezaan warna bunga, saiz bunga, morfologi bunga tahi ayam, warna daun, struktur bulu, saiz daun dan sebagainya.

Secara umumnya terdapat lima jenis major variasi pokok bunga tahi ayam iaitu :

I.

Bunga tahi ayam berwarna merah jambu.

II.

Bunga tahi ayam berwarna merah jambu kemerahan.

III.

Bunga tahi ayam berwarna oren.

IV. V.

Bunga tahi ayam berwarna merah. Bunga tahi ayam berwarna puith.

(III)

(i)

(ii)

(iv)

(v)

Lukisan Skematik Latana Camara Mengikut Jenis Variasi


8 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

JADUAL PERBEZAAN ANTARA VARIASI BUNGA TAHI AYAM

Varieti
Merah jambu

Campuran warna bunga.

Ciri-Ciri Bunga Tengah

Ciri-Ciri Bunga Luar

Saiz Dan Warna daun


Bersaiz besar dan berdaun pucat.

Kuning kepucatan pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga. putih Puith kepucatan pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga.

Merah jambu gelap pada kelopak bunga dan oren pada bahagian pusat bunga. Puith keunguan pada kelopak bunga dan oren atau kuning pada bahagian pusat bunga.

kecil

Merah pudar Oren kepucatan pada kelopak bunga dan berwarna oren pada bahagian pusat bunga. Merah kuning kepucatan pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga. kuning kepucatan pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga. Merah pekat pada kelopak bunga Daun bersai besar dan berwarna gelap Orange throat Twotoned pink to red colour petals (inner darker than outer) Bersaiz kecil dan daun berwarna Lebih gelap daripada pink camera

Oren

oren pada kelopak bunga dan oren pada bahagian pusat bunga.

Daun bersaiz kecil dan berwarna kepudaran.

Kuning kuning terang pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga. kuning terang pada kelopak bunga dan kuning terang pada bahagian pusat bunga. Daun bersaiz kecil

9 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Ciri-Ciri Dan Sifat Fizikal Dan Ciri Botani Bunga Tahi Ayam. Maklumat saintifik Lantana Kamara. Alam: Divisi: Tumbuhan Magnoliophyta

Kelas:
Order: Famili:

Magnoliopsida
Lamiales Verbenaceae

Genus: Lantana Spesies: L. camara

Bunga

tahi

ayam

mempunyai

banyak nama

panggilan

seperti

Ach

mann(Cambodia), Bahugbahug(Philippines), Bands(India), Boenga pagar(Indonesia), Bunga tahi ayam(Malaysia), Cambara de espinto(Brazil), Cariaquillo(Puerto Rico), Chiponiwe(Zimbabwe), Cuasquito(Nicaragua), Guphul(India), Kauboica(Fiji), Kembang satik and Kembang telek(Indonesia), Largeleaf lantana(USA), Latora moa(Tahiti), Nagaairi(India), Phakakrong(Thailand), Phullaki(India), Prickly lantana(Malaysia),

Putus(India), Redflowered sage(Barbados, Thailand and Trinidad), Saliara(Indonesia), Sapinit(Philippines), Tahi agam(Indonesia), Tantbi(India), Tatura moa(Tahiti), Telekan (Indonesia), Thom oi(Vietnam), Tick berry(eastern Africa and Zimbabwe), Vieille fille(Mauritius), Wild sage(Jamaica) and White sage(Thailand and Trinidad).

10 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Pokok bunga tahi ayam merupakan sejenis tumbuhan renek dan berbulu. Spesis lantana ini mempunyai sebanyak 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Batangnya yang bulat, berduri halus dan mencapai ketinggian 0.5-1.2 meter. Daunnya seakan-akan bujur, kasar, mempunyai bau yang kuat apabila dikoyakkan daunnya, ukuran panjang

mencapai 2-7 cm dengan sisinya yang tidak rata. Bunganya pula berkelompok, kecil dan berbagai warna- merah jambu ,kuning terang akan bertukar warna menjadi Bulu-bulu halus pada daun bunga tahi ayam

merah atau oren.

11 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Daun dan buah bunga tahi ayam.

Buah bunga tahi ayam mempunyai diameter 4 cm dan berbentuk biji-biji kecil seperti berri serta warnanya daripada hijau kepada ungu/biru gelap. Biasanya ia terdapat di tepi-tepi jalan dan kawasan yang terbiar. Buahnya selalunya didapati dalam keadaan berangkai, iaitu pada satu tangkai terdapat banyak buah dan buahnya .

Pokok bunga ini tumbuh dari satu perdu secara menegak dan mempunyai ranting yang banyak. Ianya terbahagi kepada dua jenis iatu yang berduri dan tidak berduri, selalunya tumbuh liar di tempat lapang yang mendapat banyak cahaya matahari dan juga ditanam sebagai pokok hiasan. Pokok bunga jadi lebih menarik dan mahal harganya bila dijadikan tanaman bonsai dengan cara mencantumkan ranting yang mempunyai warna-warna bunga yang berbeza pada pokok asal.

12 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Kegunaan Bunga Tahi Ayam.

Pokok bunga tahi ayam sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang. Bagaimanapun, faktor bau tersebut tidak pula menyebabkan ramai di kalangan masyarakat hari ini meminggirkannya sebagai tanaman hiasan, kerana pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan herba dan tradisional.

Menurut kajian, daun bunga tahi ayam mengandungi sejenis minyak (sineol) yang amat berkesan untuk mengeluarkan lendir dan kahak daripada penyakit asma. Lendir yang menghalang saluran pernafasan dapat dikeluarkan dengan menghidu bau yang terhasil dari ramasan atau yang telah dijemur sehingga setengah kering. Daun pokok mengurangkan oleh bengkak akibat turpineol kuman) tumbukan bunga daripada (minyak dan atsiri daun tahi infeksi yang

ayam juga boleh kuman. Ini

disebabkan

kandungan membunuh

bersifat antiseptik yang boleh

furfurol

(bersifat kulat)

fungisida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh di dalamnya. Daunnya perlu ditumbuk yang sakit halus dan ditampal pada

bahagian

minyak (sineol)

13 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Amalan Kultur Bunga Tahi Ayam.


Persedian Tanah Dan Penanaman.

Persediaan tanah yang sesuai bagi menanam pokok bunga tahi ayam adalah daripada jenis gembur supaya baja mudah diserap akar. Hal ini kerana, akar pokok bunga tahi ayam pendek dan berserabut. Komponen tanah ini mengandungi pasir, lodak dan lampung serta keperluan ini berbeza mengikut jenis pokok bunga tahi ayam. Sesetengah spesies pokok memerlukan tanah gembur berpasir kerana tidak tahan terhadap kelembapan dan ada pokok yang memerlukan tanah gembur lampung kerana memerlukan kelembapan yang tinggi. Dengan itu, penambahan bahan organik adalah perlu bagi membaiki tekstur tanah mengikut keperluan. Nisbah campuran tanah bagi tanaman pokok bunga tahi ayam ialah 7:3:2

7 bahagian tanah peroi

3 bahagian bahan organik

2 bahagian pasir

Pembajaan. Pokok bunga tahi ayam hidup subur dengan pH 4.5 pH 6.5. Pokok tahi ayam juga dapat menyesuaikan pertumbuhan jika bahan atau baja organik diberi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali setahun dengan kadar yang sesuai mengikut jenis dan saiz pokok. Pokok renek yang baru ditanam memerlukan tanah cukup yang mengandungi baja permulaan untuk pertumbuhan akar. TSP
14 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

(Triple Super Phosphate) merupakan baja yang dicadangkan. Baja ini mudah larut dalam air. Dengan itu, ia dapat diserap oleh akar serta merta. Selain itu, baja tambahan yang mengandungi nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K) juga perlu diberi tiap-tiap satu, dua atau tiga bulan sekali dengan kadar yang sesuai mengikut spesies dan juga saiz pokok.

Baja nitrogen diberi untuk menghijaukan daun dan baja fosforus serta kalium pula diberikan kepada pokok bunga tahi ayam. Selain itu, baja unsur surih seperti kalsium, magnesium dan sulfur perlu diberi dari semasa apabila pokok menunjukkan tanda-tanda kekurangan unsur surih.

Baja organik juga perlu diberi dua atau tiga kali setahun bagi membaiki tekstur tanah.

najis haiwan yang reput

Baja kompos

Baja kandang seperti najis ayam dan kelawar amat sesuai untuk pokok

ini.

Namun begitu baja jenis kimia juga sesuai untuk tanaman ini asalakan diikuti kaedah dan kekerapan pengunaan seperti sisyorkan di pek baja berkenaan. Gunakan baja berwarna hijau untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Gunakan baja berwarna merah untuk mengalakkan pembungaan yang banyak dan cantik.

15 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Kawalan Rumpai

Rumpai di taman hiasan bunga tahi ayam boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan, sungkupan (termasuk penggunaan plastik hitam atau fabrik landskap) atau secara kimia menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai di peringkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca cambah adalah untuk menghapuskan rumpai yang telah tumbuh.

Kawalan Rumpai Secara Mekanikal

Kawalan Penyakit Dan Perosak.

Pokok bunga tahi ayam lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun. Namun terdapat makhluk perosak yang imun terhadap racun bunga tahi ayam seperti kulat pada daun dan burung kupu-kupu.

Kulat yang menyerang pada bahagian daun menyebabkan warna daun menjadi coklat
Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

16

Untuk mengatasi masalah kulat pokok tahi ayam perlu disembur menggunakan insektisid jikaperlu. Kadang kala, lebih baik pokok yang diserang penyakit teresbut dibuang terus dan digantikan dengan pokok baru kerana kosnya lebih murah. Pokok bunga tahi aym yang berpenyakit selalunya menjangkiti pokok melain menerusi tanah. Jika ini berlaku, tanah perlu disteril. Bagi pokok yang diserang virus pula, semua pokok perlu dibakar dan dibuang mengelakkan daripada terus merebak. Insektisid boleh didapati daripada kedai bunga atau tapak semaian. Insektisid yang hendak dibeli haruslah mempunyai label-label dan arahan yang betul bagi tujuan keselamatan untuk pengguna.

Pembiakan Aseks ( Keratan Batang)

Melalui kaedah keratan, bahagian vegetatif pokok seperti batang atau ranting, daun dan akar dikerat dan diaruhkan pembentukan akar (pada keratan batang atau ranting) dan kedua dua akar dan tunas (pada keratin daun dan akar) sehingga menghasilkan anak pokok. Biasanya, sesuatutumbuhan itu boleh di biakkan dengan beberapa kaedah menggunakan keratan. Kaedah yang dipilih bergantung kepada keadaan, biasanya, pilih kaedah yang paling murah dan mudah. Untuk memulakan pembiakan, pokok induk perlu pada tahap yang paling sihat dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki untuk diturunkan kepada anak pokok. Kaedah keratin sesuai untuk kebanyakan tanaman hiasan dan buah-buahan.

Pokok bunga tahi aym boleh dibiakkan mengunakan keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

keratan kayu hijau atau lembut kayu sederhana keratan kayu keras
17 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Proses Pembiakan Secara Keratan Batang

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Faktor kejayaan pembiakan keratan.

Faktor kejayaan pembiakan keratan batang ialah penjagaan rapi semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.
18 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad.

You might also like