You are on page 1of 17

2.3 Rumput Hiasan Pengenalan Kepada Rumput Hiasan.

Rumput hiasan adalah tumbuhan yang memerlukan penjagaan yang rapi serta perlindungan dan teduhan dari pancaran terus cahaya matahari.Mendedahkan tumbuh-tumbuhan ini kepada cahaya matahari akan membantutkan

pertumbuhannya. Tanaman rumput hiasan lazimnya digunakan untuk tujuan hiasan di luar bangunan dan juga ditanam dibawah pokok naungan di luar bangunan atau dilaluan yang dilindungi oleh atap "transparent". Bila bercerita tentang rumput kita sering mendengar tentang perkataanperkataan seperti Rumput Lembu, Rumput Kerbau, Rumput Bermuda, Rumput Zoysia dan juga nama-nama Inggeris yang pelik seperti Lovegrass, Tifdwarf, Tifeagle dan sebagainya. Kita tahulah itu nama-nama rumput, tapi kenapa kadang-kadang rumput yang dipanggil Cowgrass (Rumput Lembu) disatu tempat berbeza dengan rumput di tempat yang lain? Kenapa Tifdwarf di satu padang golf tak sama dengan Tifdwarf di padang golf lain yang juga mendakwa green mereka ditanam dengan Tifdwarf? Ini semua adalah nama-nama umum untuk rumput atau tumbuhan. Dan kita tahu memang nama untuk satu tumbuhan atau haiwan memang berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain.Oleh itu para saintis telah memberi nama saintifik (atau nama botani) kepada setiap tumbuhan dan haiwan. Nama tersebut adalah dalam bahasa Latin jadi kadang-kadang ia juga dipanggil sebagai nama Latin. Setiap nama saintifikterdiri dua nama; satu nama generik dan satu nama spesifik. Nama generik ialah nama genus untuk tumbuhan itu. Nama spesies ialah nama paling asas untuk klasifikasi suatu kumpulan individu tumbuhan. Ia adalah nama yang menggambarkan perbezaan spesies itu kepada spesies yang lain dalam kumpulan genus yang sama.

40 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Nama spesies kekadang ialah nama orang yang menemui spesies tersebut, atau rupa spesies itu dalam Latin, atau nama tempat asal spesies itu. Kita ambil contoh Zoysia matrella dan Zoysia japonica. Zoysia adalah nama genus dan matrella dan japonica ialah nama spesies. Oleh kerana mereka mempunyai nama generik yang sama, ini menunjukkan mereka mempunyai pertalian yang rapat berbanding dengan rumput yang lain. Dua lagi perkataan yang biasa di dengar

ialah variety dan kultivar. Biasa perkataan-perkataan ini digunakan boleh bertukar ganti tapi sebenarnya maksud keduanya adalah berbeza. Variety ialah sekumpulan tumbuhan didalam populasi semulajadi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang di pilih oleh tekanan alam (cuaca panas, air yang banyak dsb). Variety biasanya di tanam dari bijibenih. Kultivar ialah suatu tumbuhan yang di pilih oleh manusia kerana ciri-ciri mereka yang berbeza dari tumbuhan asal. Kultivar biasanya akan ditanam secara vegetatif supaya ciri-ciri tersebut dikekalkan. Untuk rumput, ini bermakna menanam dari sod, stolon atau rhizom. Secara umum terdapat beberapa jenis rumput hiasan seperti rumput tikar (Axonopus), rumput bermuda (Cynodon Dactylon), rumput serangoon (Digitaria Didacttyla), rumput zoysia (Zoysia Matrella), rumput lipan (Eremochloa Orphiuriodes) dan rumput st augustine (Stenotaphrum Secundatum) menjadi pilihan untuk menstabilkan tanah, merendahkan suhu dan menyerap gas pencemar. Rumput seperti ini memerlukan penyelenggaraan dan pemotongan dengan kaedah yang betul serta berjadual untuk menyeragamkan ketinggiannya.

Sesetengah peminat seni taman pula mengambil pendekatan menanam pelbagai koleksi rumput yang tidak kurang cantiknya sebagaimana pokok bunga. Rumput Sweet Vernal yang mengeluarkan bau, rumput ekor kucing yang mencapai ketinggian 100 sentimeter, rumput ekor musang, rumput barli dengan bunganya yang tersusun dalam bentuk spika yang rapat. Rumput di kawasan tandus seperti Rai dan rumput Couch dengan bunganya yang tersusun dalam gugusan dan tanpa tangkai. Rumput yang bunganya tersusun dalam gugusan bertangkai seperti rumput Cock Foot turut menjadi nilai pasaran sekarang.

41 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Lebih cantik lagi sekiranya rumput Brome, rumput bulu berjumbai yang bunganya mempunyai jejanggut yang berkembang dalam gugusan, rumput Bent, rumput lembut, rumput quaking, rumput padang dan rumput air tanpa jejanggut ditanam secara sekelompok. Bagaimanapun, ada rumput tempatan dibenci pemilik taman bunga. Ia digelar rumput degil. Sesetengah spesies disebut sebagai rumput Israel yang dianggap perosak kepada keindahan taman. Bakanya sukar dihapuskan sepenuhnya walaupun menggunakan racun rumpai kecuali semua akarnya digali dan dimusnahkan. Kesukaran untuk memusnahkan rumput yang degil ini menyebabkan peminat seni taman menggunakan pelbagai alternatif termasuk menggunakan dekorasi batu-batan sebagai penutup bumi.

Rumput Israel.

Selain itu, Rumput menghijau di taman berupaya memberikan sudut pandangan berbeza dan mengilhamkan suasana semula jadi. Anda yang gemarkan kelainan dan memanfaatkan kreativiti boleh mempelbagaikan reka letak rumput hiasan itu. Apatah lagi menanam rumput hiasan di dalam taman mewujudkan suasana segar dan menginspirasikan ketenangan sepanjang masa. Hijau semula jadi yang diserlahkan pada menerusi hamparan rumput hiasan segar itu membuatkan kaki lebih selesa ketika berpijak terutama sudut santai dan tempat kanak-kanak bermain. Ia menzahirkan suasana taman sebenar selain membuatkan suasana lebih bersih dan terjaga.

42 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Tumbuhan Rumput Hiasan Yang Dipilih. (Rumput Bermuda)

Cynodon dactylon Scientific classification Kingdom: Order: Family: Genus: Species: Plantae Poales Poaceae Cynodon C. dactylon

Rumput bermuda adalah hibrid "perkahwinan" di antara Cynodon dactylon dengan Cynodon transuaalensis. Rumput ini hidup subur dalam cuaca panas terik juga berupaya menerima hujan yang banyak. Dalam cuaca tidak menentu, daunnya tumbuh kurus dan panjang. Sesuai untuk kawasan lapang seperti padang golf, bola dan taman permainan lapang. Rumput Bermuda adalah berasal dari selatan Afrika dan tenggara Asia. Ia telah digunakan secara meluas di tropika dan beriklim sederhana panas wilayah sebagai rumput pastura dan salah satu daripada rumput turf utama di dunia. Rumput bermuda ini tumbuh secara meluas ditanam di selatan-timur Amerika Syarikat, di mana mereka telah membangunkan hibrid dari jenis tumbuhan ini sebagai makanan kepada makanan ternak yang kualiti.

43 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Padang rumput di tenggara Amerika Syarikat yang terdiri daripada rumput Bermuda Itali. Di Malaysia, tumbuh-tumbuhan liar telah disemai secara meluas sebagai rumput dan sekali-sekala di Pematang. Rumput ini yang tidak aktif pada musim sejuk dan tumbuh secara aktif daripertengahan musim bunga musim panas dan kemudian pada musim luruh sehingga frosts yang pertama. Untukpertumbuhan yang baik ia memerlukan suhu yang hangat dengan purata harian kira-kira 24 C. Rumput bermuda banyak ditanam di kawasan padang golf. Rumput Bermuda memang sangat sesuai dan popular digunakan di padang golf malaysia maupun negara lain sekitar katulistiwa.

Rumput Bermuda Di Kawasan Padang Golf.

44 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Variasi Rumput Bermuda. Seperti yang kita ketahui setiap tumbuhan mempunyai variasinya yang tersendir tidak kiralah sama ada ianya wujud secara semulajadi ataupun bukan semualjadi. Rumput bermuda juga terdapat banyak variasi hasil seleksi dan yang telah dikacukan. Kebanyakan variasi yang dikacukan bersifat steril (tidak menghasilkan benih yang dapat tumbuh) dan dibiakan secara vegetatif. Beberapa contoh varietas rumput bermuda hasil kacukan yang dilakukan di Amerika antaranya ialah Everglades, Midway Pee Dee, Royal Cape, Texturf 10, Tifdwarf, Tiffine, Tiffgreen, Tiflawn, Tifway dan U3. Beberapa variasi ini, terutama Tifway. Tiffine, Tifgreen dan Tifdwarf yang dihasilkan oleh pusat Percubaan Pertanian Georgia di Tifton dari divisi Penelitian Tanaman Departemen Pertanian Amerika, sangat popular di Malaysia. Keempat variasi ini merupakan hibrid turunan pertama (F1) antara C dactylon dengan C transvaalensis. Keempat varietas ini diperbanyak secara vegetatif dengan stolon, tidak boleh dibiakan dengan benih.

Tifway

Tifdwarf

Tiffine

Tiffgreen

Variasi Rumput Bermuda Yang Tidak Boleh Dibiakkan Dengan Benih

45 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Variasi Tifway, berdaun hijau tua dan kaku. Waktu masih dalarn petak percubaan, variasitiini diberi nomor Tifton 419. Tifway dinilai sama atau lebill dibanding Tiffine dan Tifgreen dalam sifat ketahanan terhadap penyakit, kerapatan, letahanan terhadap penyakit. Paling sesuai halaman rumah.

Tiffine, yang di petak percubaan disebut Tifton 127, dibanding "common bermuda" daunnya lebih hijau muda, lebih tahan penyakit, dan jauh lebih halus teksturnya Tifgreen, rnerupakan hibrid terbaik diantara beberapa turunan pertama C

dactylondengan C. transvaalensis dengan kode Tifton 328, mempunyai ketahanan terhadap penyakit, berwarna hijau tua. Untuk green, Tifgreen ini membentuk permukaan putting yang lebih baik dibanding Tiffine. Manakala variasi tifdwarf, dihasilkan melalui mutasi vegetatif yang terjadi dalam Tifgreen (Tifton 328) di Tifton sebelum stok penanaman pertama dikirim keluar untuk percubaan awal. Morfologi varisi ini bersaiz kecil dengan daun, batang, buku dan malai yang kecil, pendek, tahan terhadap pemangkasan 6 mm, lebih bagus daripada Tifgreen. Dibanding Tifgreen, variasi mutasi ini lebih hijau tua, memerlukan baja lebih sedikit untuk mendapatkan warna vang sama dan sebanding dalam ketahanannya terhadap penyakit. Manakala variasi yang boleh dibiakkan dengan benih adalah varietas dari common bermuda (C. Dactylon). Varietas yang benihnya tersedia secara komersial di pasaran internasional adalah Guymon, New Mex Sahara, Sonesta, Cheyene, Sundevil. dan Arizona Common. Menurut para peneliti, dalam waktu tak lama lagi akan dihasilkan varietas-varietas baru yang dapat diperbanyak dengan benih. Keuntungan tersedianya benih adalah kos yang lebih murah.

46 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Ciri-Ciri Dan Sifat Fizikal Dan Ciri Botani Rumput Bermuda.

Ciri utama rumput bermuda ini adalah ujung daunnya yang berbentuk seperti perahu dan adanya garis terang yang sejajar pada kedua sisi pembuluh pusat helai daun. Dalam spesies ini terdapat banyak varietas, misalnya Brunswick, A-34 dan Baron, yang berbeda warna, tekstur, kerapatan, toleransi terhadap pemangkasan pendek, ketahanan terhadap hama penyakit, dan parameter lainnya. Didaerah beriklim sedang/dingin atau di dataran tinggi tropis, rumput ini banyak ditanam untuk lapangan atletik, taman dan lapangan golf (kecuali green). Ciri botani tumbuhan rumput bermuda ini ialah: I. II. III. IV. V. Daun halus-membentuk permukaan yang sangat cantik Perlu cahaya matahari dan tidak tahan kepada naungan Tahan dipijak Tumbuh cepat dan agresif-perlu dipotong mengikut jadual-penyelenggaraan tinggi Kaedah pembiakan-biji benih/tampang

Nama

Daun

Tanah

Tahan

Jagaan

Biakan

C. dactylon

Halus

Pelbagai Tidak jenis tahan tanahnaungan saliran baik

Tinggi

B.Benih / tampang

47 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Kegunaan Rumput Bermuda. Kawasan rekreasi

Menghalan g hakisan tanah

Nilai hartanah

Mengura ngkan habuk

Membekalk an oksigen

Kecantik kan

Memerangkap Pencemaran Mengelakk an larian permukaan

Menapis air

Rumput bermuda mempunyai pelbagai kegunaan seperti menghalang hakisan tanah.Kawasan yang berumput akan mengurangkan hakisan air berbanding tanah lapang yang botak. Mengurangkan habuk seperti tanah lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. Kawasan berumput juga boleh membantu kawasan sekitaran untuk lebih lambat 'banjir kilat' berbanding kawasan yang di litupi bahan-bahan yang tak menyerap air seperti konkrit, tar, jubin dan sebagainya, kerana ia mampu menyerap dan memperlahan kan pergerakan air. Selain itu, rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya. Ini relevan untuk kawasan yang mempunyai masalah bahan kimia atau lain-lain cemaran berbentuk cecair.

48 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. Ia akan menghalang dari partikel tersebut naik semula menjadi cemaran. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2) seterusnya oksigen yang dibebaskan Membekalkan oksigen kepada manusia. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyerap haba dan seterusnya menyejukkan kawasan sekelilingnya. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata.Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi ataupun padang sukan Nilai hartanah akan menjadi tinggi jika dipelihara mengunakan Rumput Bermuda. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai (atau mengadap) kawasan rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.

49 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Amalan Kultur Bunga Tahi Ayam. Persediaan Tanah Dan Penanaman. Top soil bagus dan mudah untuk semua jenis tanaman termasuk rumput. Cuma ia menjadi tidak praktikal bila kawasan sangat besar. Definasi Besar atau kecil terpaksalah anda pertimbangkan sendiri mengikut perbelanjaan yang diperuntukkan. Berhati-hati ketika memilih top soil yang terdapat di pasaran dan pastikan tanah tersebut diproses dengan betul untuk mengelakkan kewujudan biji benih rumput liar dalam medium penanaman.

TOPSOIL

Alternatif kepada top soil ialah untuk laman atau fairway campurkan tanah liat, silt dan pasir dengan peratusan pasir tidak kurang 50% tapi tanah liat jangan melebihi 30% . ia tak simpan air dan perlu di siram selalu. Guna baja organik yang kandungan P dia tinggi. Baja N-P-K lebih kurang 5-13-5. Kandungan fosforus lebih

bagus untuk akar. tabur seminggu sekali. Segenggam untuk 1m persegi kurang 100 kaki persegi.

Baja N-P-K

50 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Penanaman rumput bermuda boleh dilakukan se cara plug ataupun plugging adalah cara menanam yang berada di antara sprig dan sod. Malahan ada sumber yang menggelar cara ini sebagai sprig juga kerana ia menggunakan cebisan rumput yang besar tetapi rumput tidak di buang tanah dan di tanam hampir sama seperti sod tetapi pada jarak yang sama seperti sprig.

Saiz plug 2 x 2 inci dan di tanam jarak 2-3 inci

Korek lubang sebesar 22 inci juga di tempat yang anda ingin tanam. Jarak di antara lubang ialah 6 inci. Jika jarak terlalu jauh, akanmengambil masa terlalu lama untuk rapat dan rumpai akan masuk.Kedalaman lubang bergantung kepada berapa tebal plug itu. Tanam supaya plug tersebut berada di bawah paras tanah.

Lukisan Mudah Tentang Menanam Cara Plug

51 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Pembajaan. Rumput bermuda adalah sejenis tumbuhan dan tumbuhan adalah sejenis benda hidup. Seperti benda hidup yang lain, rumput bermuda juga perlukan pemakanan. Ramai orang menyangka bahawa baja adalah makanan untuk rumput atau tumbuhan dan sangkaan ini kurang tepat. Baja bukan makanan untuk rumput. Rumput sebenarnya mampu membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, suatu proses dimana tumbuhan hijau akan menukarkan tenaga dari cahaya matahari kepada karbohidrat. Proses fotosintesis ini berlaku dalam bahagian kecil dalam sel yang dinamakan kloroplas yang juga memberi warna hijau kepada tumbuhan.

Baja untuk rumput di padang atau pokok hiasan di lanskap, baja yang mengandungi analisis tiga elemen iaitu N-P-K; contohnya 15-15-15, 12-12-17, 25-3-3 atau 0-0-50. Ini adalah dalam bentuk peratusan. Jika anda hairan kenapa jumlahnya tak jadi 100%, jawapannya ialah kerana bakinya ialah filler atau bahanbahan yang menjadi pengangkut kepada nutrien- nutrien tersebut.

Ada juga orang yang menggunakan baja cecair (atau foliar) secara meluas. Kebaikannya ialah nutrien dari baja tersebut boleh di serap oleh rumput bukan sahaja melalui akar tetapi juga melalui permukaan daun. Yang buruknya ialah anda kena kerap membaja kerana nutrien cecair tidak kekal lama. Ada juga teori yang mengatakan bahawa terlalu kerap menggunakan baja foliar akan menyebabkan akar rumput menjadi pendek.

BAJA N-P-K 15:15:15

FOLIAR

52 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Baja organik juga boleh digunakan untuk pembajaan rumput bermuda seperti baja taik ayam, taik kelawar dan lain-lain, apa yang akan berlaku ialah beberapa proses tertentu akan menukarkan kandungan-kandungan dalam baja tersebut kepada nutrien yang boleh di gunakan oleh tumbuhan. Begitu juga jika rumput yang dipotong di biarkan untuk masuk ke dalam celah-celah rumput dan tidak di kutip, sebahagian nutrien akan kembali ke tanah melalui proses pereputan. baja organik akan mengandungi peratusan kandungan nutrien yang kurang berbanding dengan baja kimia jadi walaupun harga bajanya murah, ia perlu di beli dengan kuantiti yang lebih banyak. Kebaikannya ialah ia akan membantu menaikkan kandungan bahan organik tanah yang di perlukan untuk sebab lain.

Kawalan Rumpai Kawalan rumpai boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui fizikal dan kimia. Kawalan secara fizikal boleh dilakukan melalui tenaga manusia tetapi hanya terhad kepada kuantiti rumpai yang sedikit. Mankala kawalan secara kimia pula dengan pengunaan racun rumpai dan kaedah ini amat sesuai digunakan untuk kuantiti rumpai yang banyak.

Selain itu, Penyelenggaraan Harian bpleh dilakukan dengan melakukan pemotong rumput ,menyiram, menanam semula, mengawal rumpai. Tujan pemotongan rumput dibuat untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rumput

Jenis rumput Bermuda

Tinggi Potongan 1.3 3.0

Kekerapan seminggu 3

Daun-daun rumput yang telah dipotong jika ianya halus dan sedikit hendaklah dikumpulkan dan boleh juga dibiarkan untuk dijadikan baja apabila berlaku pereputan. Jika terlalu tebal dan teksturnya kasar maka hendaklah dijadikan sungkupan pada pangkal-pangkal pokok.

53 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Penyelenggaraan suku tahunan boleh dilakukan dengan kaedah Pengudaraan dengan mengunakan mesin mekanikal.proses ini bertujuan mengurangkan

kepadatan tanah, menyenangkan perkembangan akar, membolehkan air, udara dan baja meresap ke dalam tanah.

Mesin Mekanikal Pengudaraan Tanaman

Proses Dethatching juga perlu dilakukan untuk operasi membuang rumput yang berbatang- batang dan lapisan rumput yang telah mati. Proses ini boleh meningkatkan semula kesuburan tanah dan untuk mengurangkan timbunan jejerami terbentuk.

Mesin Dethatching

54 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Penyakit Dan Perosak. Beberapa penyakit yang sering terdapat pada rumput bermuda antara lain bercak daun oleh jamurjamur Curvularia Sp., Helminthosporium sp., dan Bipo-laris sp., "brown patch" (Rhizoctonia sp.), busuk Pythium, dan "dollar spot". Sedangkan hama utamanya , adalah ulat grayak dan anjing tanah (orongorong). Selain yang utama itu, tentu banyak peng-ganggu lainnya vang relatif kurang penting seperti belalang, wereng daun, beberapa jenis kumbang kecil, nematoda dan lainlain.

Selalu Menyerang Rumput Taman Jenis Bermuda Dan Zoysia Yang Dalam Keadaan Basah Dan Pembajaan yang Tinggi.

Army Worms (Spodoptera Exiqua)

55 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Pembiakan Aseks (stolon) Pembiakan stolon dapat dilakukan melalui bahagian-bahagian tertentu rumput tersebut. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan induk.

Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Tiap jenis rumput akan mempunyai sifat stoloniferous atau rhizomatous yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan. Pucuk daun atau akar akan keluar dari nod. Jika stolon atau rhizom mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru.

Jika anda tanam dengan cara sprig; iaitu mengambil cebisan dari rumput dan tanah dan menanamnya, ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya.

Proses Pembiakan Secara Stolon Faktor kejayaan pembiakan. Teknik pembiakan ini merupakan teknik pembiakan rumput bermuda yang paling sesuai sekali digunakan kerana tiap jenis rumput akan mempunyai sifat stoloniferous atau rhizomatous yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan. Selain itu teknik ini mudah dilakukan dan mempunyai kos tangungan yang rendah kepada pengusaha.
56 Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

You might also like