You are on page 1of 2

Asal kejadian manusia

Susunan Idris Musa


idris@hmetro.com.my

“APAKAH Engkau akan menjadikan manusia yang akan


melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di
dalamnya, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan
menyucikan Engkau,” demikian pertanyaan malaikat
kepada Allah kerana terkejut dengan pengisytiharan-Nya
yang mahu menciptakan Adam dan keturunannya
sebagai khalifah di bumi.

Namun, selepas itu malaikat akur keputusan itu.

Kemudian Adam diciptakan, iaitu daripada tanah kering


yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah,
Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian
meniupkan roh ke tubuhnya.

Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia,


merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak
dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.

Apabila penciptaan Adam sempurna, Allah


memerintahkan semua malaikat sujud kepadanya
sebagai memulia dan menghormatinya.

Perkara ini dapat dilihat melalui ayat 28 hingga 29 surah


Yusuf, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu
berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan
menciptakan seorang manusia daripada tanah liat
kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.
Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan
meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu
kepadanya dengan bersujud.”

Selepas itu Allah mengajarkan kepada Adam segala


nama, yang menjadi asas ilmu pengetahuan sebagai
bekalan hidup di bumi. Apabila Adam mendapat ilmu,
Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki
darjat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat.

Lalu malaikat berkata: “Sungguh kami menyucikan


Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak
mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan
kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya,
Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau
ciptakan.”

Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat


31 hingga 33. Semua malaikat akur dengan perintah
Allah dan sujud kepada Adam. Bagaimanapun, iblis
dengan angkuh dan sombong enggan berbuat demikian.

You might also like