You are on page 1of 34

INTERAKSI

TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN
CHINA DAN INDIA

1
PENDAHULUAN
• Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini
dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi
antara satu sama lain.

• Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan


peperangan atau keamanan.

• Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar


serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa
dan kebudayaan antara satu sama lain.
2
PERKENALAN
ASAS KEPADA INTERAKSI
• Perkenalan :sesuatu tamadun perlu
mengenali antara satu sama lain merupakan
asas kepada persefahaman dan akhirnya
membawa kepada kerjasama.

• Usaha untuk mengenali antara satu sama


lain perlu dipertingkatkan khususnya
mengenali kepercayaan, bahasa dan
kebudayaan tamadun.
• Tamadun Islam, Tamadun India dan
Tamadun Cina merupakan antara tamadun
yang saling berinteraksi antara satu sama
lain
3
TAMADUN CINA
• Negeri China mempunyai penduduk paling
ramai di dunia.
• Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn
jumlah lebih kurang 77 juta orang.
• Masyarakat Islam yang berketurunan China
yang dikenali sebagai Hui, selain daripada
masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah
Xing Jiang–Uighur.
• Masyarakat Islam merupakan penduduk
majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang
–Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain
yang juga mempunyai penduduk Islam
melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.
4
Kedatangan Islam Ke China
• Menerusi jalan laut dan jalan darat.
• Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di
Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga
Guang Dong (Canton).
• Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah
wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia
Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah
Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton)
sehingga kini terdapat ramai penganut Islam
daripada keturunan mereka.
• Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol
kerana beberapa sebab, antaranya:
– Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim
dan bukan muslim.
– Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran
agama dan peraturan makanan.
5
BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE
NEGERI CHINA
• Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 .
• Orang pertama yang tiba di negeri China ialah
utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a.
• Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w iaitu
Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah berdakwah di
wilayah ini.
• Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow
sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong .
• Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong
dan Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil
sempena nama Saad).
• Ramai penganut Islam yang menggunakan nama
keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan
agama Islam pada zaman dinasti Ming.
6
Islam di China
• Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai orang-
orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah berdagang
serta tinggal di wilayah Selatan China.

• Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah


berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini
dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam.

• Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan


dakwah Islam kepada masyarakat setempat
menerusi perkahwinan, selain daripada daya tarikan
keindahan Islam itu sendiri.

7
Islam di China
• Islam tersebar di China melalui :
– Perdagangan
– Perkahwinan
– Politik
– Sikap dan sifat penganut Islam

• Gabungan budaya Cina dan budaya Islam


melahirkan suatu masyarakat Cina Islam yang
unik, iaitu sedar tentang hukum-hukum Allah
dan perasaan manusia.
8
Islam di China - Pendidikan
• Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya
Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam
terkenal yang mengamalkan budaya China dan
kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah
bahagi.

• Prof. Muhammad Pai Shao Yi :


– Islam di negeri China memperolehi kekuatan di
peringkat akar umbi.
– Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi
pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya
pendidikan agama dilakukan di sekolah-
sekolah.
– Sekolah-sekolah juga dibangunkan.
9
Islam di China - Penulisan
• Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan
masyarakat Islam di negeri China.
– Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan
– Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan
dalam tahun 1915.
– Review yang paling lama bertahan ialah ‘The
Crescent-Bulan Sabit’ dan ‘The Light Of The
Crescent-Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei
Jing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai.

• Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang Ching


Chai dan Muhammad Yang Chong Ming.

• Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke


dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China.
10
Islam di China - Literatur
• Masyarakat Islam Cina juga secara aktif melibatkan
diri dalam penulisan literatur.

• Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali


sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti Tang.

• Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan


penyair-penyair besar.

• Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis


kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina .
Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung
tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-
orang Cina, Korea dan juga Jepun. 11
Islam di China – Falsafah
• Dinasti Manchu; terdapat beberapa orang ahli
falsafah Islam Cina yang terkenal.
– Ma Ming Loong.
– Sheikh Wang Tai Yu.
– P’u Sung Ling menulis cerita ‘Liao Ch’ai’ yang
bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau
‘rumah perbualan’.
• Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita
Arab; Seribu Satu Malam.
• P’u Sung Ling dianggap sebagai salah seorang
penulis besar China.
• Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang
dinasti Yuan merupakan orang yang membuat
lukisan Yin dan Yang.
12
Islam di China –
Negarawan & Ketenteraan
• Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah
beragama Islam. Antaranya :
– Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.
– Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah
Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan.
– Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula
merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam
peperangan antara tentera China dan Jepun pada
tahun 1894.
– Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal
tentera empat bintang yang meninggal dunia di
Taipei pada 2 Disember 1966.
– Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang
menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu
pada tahun 1948.
13
Islam di China –
Nama-nama Keluarga Masyarakat Cina Muslim
• Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang
Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga
orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau,
Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan
nama asal mereka.

• Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan


nama keluarga ‘Ma’. Tetapi nama Ma ini tidak
semestinya nama Islam . Nama keluarga ini terdapat
di Barat China.

• Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan


nama yang dieja dengan huruf ‘mim’ pada
pangkalnya seperti Mas’ud, Mahmud, Malik, Majid
bahkan juga Muhammad.
14
• Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak
yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di
antara mereka yang menggunakan nama-nama asal
mereka yang diringkaskan.

• Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah


(untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk
Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah
(untuk Baharuddin) dll.

• Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang


mempunyai nama keluarga ‘Chu” menukarkannya
kepada ‘Heh’ (hitam) kerana ‘Chu’ bermaksud babi
yang tidak disukai oleh orang Islam.

• Hanya orang Islam dari An Hui yang masih


mengekalkan nama keluarga Chu ; berasal dari
keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama
Dinasti Ming yang beragama Islam. 15
INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN
CINA DI MALAYSIA
• Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada
masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat
Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang
menekankan sifat menghormati tetamu.

• Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka


khususnya merupakan satu manefestasi interaksi
yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu.

• Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal


mereka walaupun mereka telah mengamalkan
budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

16
INTERAKSI TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN INDIA
• Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
• Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima
ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa
zaman, umpamanya ;
– Zaman Pra Sejarah,
– Zaman Veda,
– Zaman Dinasti Maurya,
– Zaman Emayar Gupta,
– Zaman Kerajaan Islam,
– Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,
– Zaman Pemerintahan British,
– zaman Merdeka.
• Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan
kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan 17
dalaman negara itu sekarang.
Asal Usul Nama India
• Nama negara India dalam Zaman Klasik
adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit
iaitu Bharata –Varsha atau Bhrarata –Khanda
sempena nama seorang pemerintah India
ketika itu iaitu Bharata.

• Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.

• Orang-orang Greek menamakan kawasan ini


sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu
inilah maka India dikenali sebagai sebuah
negara. 18
PEMERINTAHAN ISLAM
• India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan
Islam untuk jangka masa yang agak panjang.

• Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India


kekal sehingga ke hari ini.

• Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang


kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat
hampir 150 juta penganut Islam.

• Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua


teramai selepas penganut agama Hindu.

• Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga


dalam seni bina dan pembentukan bahasa.
19
PEMERINTAHAN ISLAM
• Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada
700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang
pahlawan Islam bernama Muhammad bin Qasim
menawan satu daerah bernama Daybul.

• Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak


mahu menganut agama Islam dan mahu hidup
berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi .

• Pemerintah Islam telah membangunkan bandar


Islam pertama di India bernama Mansurah pada
tahun 730 dan tidak lama selepas itu, bandar ini
telah menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam
pada tahun 850.

• Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara20


dan Gujerat di Timur dan Selatan.
Antara Pemerintah Islam di India
• Mahmud Ghazni (999)
• Muhammad Ghur (1174 M-1206).
• Qutb-ud-Din (- 1228).
• Alau ud Din (1296M-1316M).
• Jalaludin Akbar (1556-1605)
• Jahangir (1605-1627)
• Shah Jahan (1627-1658)
• Aurengzeb (1659-1707 )

21
KESULTANAN DELHI
Kerajaan Ghori ( 1186-1206)
• Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein bin
Hussein.

• Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin


dan Shahabuddin yang kemudiannya dikenali
sebagai Muhammad al-Ghori.

• Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera


Rajpu pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya
mencapai kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah
tempat bernama Tarain.

• Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan


kemudiannya ke Delhi. 22
KERAJAAN MUGHAL
• Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang
diasaskan oleh orang-orang berketurunan Monggol.
• Sejarah orang Monggol menyerang dan
melenyapkan pemerintahan Bani Abbasiyah di
Baghdad pada tahun 1258 amat menyayat hati.
• Namun demikian, tentera Monggol yang begitu
kejam akhirnya menganut Islam dan membawa obor
Islam pula ke India.
• Daripada nama Monggol inilah nama Mughal
diperolehi.
• Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula
oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris
di India berakhir pada tahun 1947 23
DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN
INTELEKTUAL ZAMAN MUGHAL
• Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan
keilmuan.
• Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja
Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan
kolej-kolej dan sekolah-sekolah.
• Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan
menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan
menjadi sebuah perpustakaan.
• Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di Fatehpur
Sikri, Agra dan lain-lain.
• Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta
pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris
digunakan untuk membina dan memperbaiki
madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain lagi.
24
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA - BAHASA
• Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu
Urdu.
• Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.
• Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk
mewakili bunyi bukan Arab.
• Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani
dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan
ialah Urdu Kerajaan Moghul.
• Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh
perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi
25
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA - BAHASA
• Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar
sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India.
Antaranya ialah:

■ Majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul


Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit
sejak tahun 20an sehingga hari ini.
■ Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh
Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya.
■ Majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh
Nadwatul Ulama’ Lucknow merupakan majalah
yang memuatkan rencana ilmiah dan
perkembangan yang terjadi di dalam dunia Islam
26
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA - PENDIDIKAN

• Hasil daripada dasar pendidikan baru yang


diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah
teragung zaman Moghul ramai orang Hindu
berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan
cemerlang di madrasah-madrasah serta
menjadi guru.

• Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang


melakukan penulisan buku sains perubatan
dalam bahasa Parsi.
27
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA - PENDIDIKAN

• Dalam bidang sejarah, karya-karya


penting pada zaman pemerintahan
Islam di India adalah seperti berikut:
– Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali
Ansari
– Ibrat-Nama karya Khairuddin
– Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain
– Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi
28
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA - PENTERJEMAHAN
• Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-
pemerintah Muslim menterjemah karya-
karya Hindu biasanya untuk motif
kesarjanaan, antaranya :
– terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan
Bhagavata Purana ke dalam bahasa
Bengali,
– Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah
Kashmir) ke dalam bahasa Parsi. 29
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA – SENI LUKIS
• Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis
Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga
gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya
lukisan Parsi.

• Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini


bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam
dengan gaya lukisan Hindu.

• Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu


bertambah banyak dalam lukisan Moghul.

30
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA – SENI LUKIS
• Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan
aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah:

– Lukisan dinding berkembang maju di ibu


kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85).
– Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah
Basavan, Lal dan Dasvanth.
– Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama
iaitu terjemahan Mahabharata dalam
bahasa Parsi.
31
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA – PERSAJAKAN
• Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang Indo-
Muslim yang terulung dalam bidang persajakan dan
sastera.

• Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali


dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal
dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah
difahami.

• Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang


cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular
sehingga sekarang.

32
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN
TAMADUN INDIA – SENI BINA
• Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India dan
Parsi.

• Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul


dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di
Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di
Agra.

• Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang


unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan
Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .

• Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan


motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu.
33
PENUTUP
• Interaksi antara tamadun adalah suatu
pertembungan yang saling memperkayakan antara
satu tamadun dengan tamadun yang lain.
• Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan
banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira
latar belakang anutan agama, bangsa mahupun
budaya.
• Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan
untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi
pemimpin negara suatu hari nanti.
• Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan
budaya tidak seharusnya menjadi penghalang
permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan
negara.
34

You might also like