You are on page 1of 34

ETIKA DALAM

KEGIATAN SAINS
MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
Pendahuluan
 Kegiatan sains telah dilakukan oleh manusia
semenjak dahulu lagi seperti yang terdapat dalam
Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun China dan
sebagainya. Tamadun Islam telah belajar daripada
tamadun silam seperti Tamadun Greek, Tamadun
India, Tamadun Parsi dan Tamadun China,
menambah dengan karya-karya mereka sendiri dan
juga melakukan inovasi sehingga berjaya muncul
sebagai peneraju sains selama 700 lamanya antara
tahun 700 sehingga tahun 1400.
Pendahuluan
 Tamadun Islam menjadi jambatan antara tamadun
Barat dengan tamadun silam kerana Tamadun
Islamlah yang telah memindahkan ilmu sains dari
tamadun silam dan Tamadun Barat pula
mempelajarinya dari Tamadun Islam. Kemerosotan
sains dalam Tamadun Islam disusuli oleh
kemunculan Tamadun Barat moden telah mengubah
keadaan manusia sejagat di mana perubahan yang
berlaku kepada tamadun kebendaan manusia selama
200 tahun semenjak revolusi industri hingga sekarang
terlalu besar
ETIKA SAINS DALAM
TAMADUN ISLAM
 Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga
dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa
dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan
Hadith Nabi Muhamad s.a.w.
 Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang
kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia
Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah
untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah
menolaknya kerana arsenik boleh membunuh
kehidupan.
ETIKA SAINS DALAM
TAMADUN ISLAM
 Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan
satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains
iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan
sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai
satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan
mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan
ekologi. pendekatan kedua ialah pendekatan yang
menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia
akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem
sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar
manusia.
BARAT: AGAMA dan SAINS
 Penolakan Barat terhadap agama dalam kegiatan
sains disebabkan pengalaman mereka berhadapan
dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga
Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains
telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan
ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori
sains yang bercanggah dengan dogma gereja.
misalnya Guirdano Bruno dan beliau telah dihukum
bakar hingga mati Campo dei Fiori pada 17 Febuari
1600.
Galileo Galili
 Galileo Galili (1564-1642) juga hampir-hampir
menerima nasib yang sama. Beliau telah meletakkan
asas bagi teori tentang jasad yang jatuh. Dengan
menolak teori Aristotle, beliau telah menyebabkan
kemarahan pengikut-pengikut Aristotle dan memaksa
beliau mengosongkan kerusi pensyarah di University
Pisa. Beliau telah memberi sumbangan besar kepada
perkembangan sains, namun apa yang
membimbangkan beliau ialah tentangan daripada
Gereja terhadap teori beliau yang mengatakan
bahawa bumi bukan pusat alam.
Penghakiman Galileo
 Dakwaan bahawa bumi bukan pusat alam ini,
atau tidak boleh bergerak tetapi ia bergerak
dan dengan tindakan pusingan harian adalah
satu yang pelik
 Dakwaan bahawa matahari adalah pusat bumi
dan tidak bergerak dari tempatnya adalah aneh
dan menyeleweng dari ajaran Kitab Suci
Hukuman Kardinal 12 April 1633
 Dengan itu kami mengumumkan hukuman;
kami mengistiharkan, penghakiman dan
mengumumkan bahawa kamu, Galileo-telah
menyeleweng, bahawa dengan mempercayai
bahawa doktrin bahawa ia tidak bergerak dari
timur ke barat dan bumi tidak bergerak, dan
bukan pusat bumi.
Perakuan Gereja Katolik
 Umpamanya, Konsul Vatican kedua (1960-
1965) dengan jelas membuat kenyataan
berikut ”Semenjak sekian lama konflik antara
sains dan agama”, pihak berkuasa tertinggi
Gereja Katolik mengisytiharkan ”Hari ini
seperti yang belum pernah terjadi, syukur
kepada Tuhan, wujud persamaan yang rapat
antara sains dan agama yang benar di mana
kedua-duanya adalah hamba kepada yang satu
dan satu kebenaran.
Perakuan Vatican
 Pada tahun 1984, satu suruhanjaya telah
dilantik oleh Pope John Paul II untuk
menyemak semula peristiwa-peristiwa yang
menyebabkan berlakunya konflik antara sains
dan agama, dan mengakui bahawa penguasa-
penguasa Gereja telah membuat kesilapan
menghukum Galileo.
AGAMA DAN SAINS DI BARAT
MASA KINI
 Penindasan pihak gereja terhadap ahli sains
menyebabkan ahli sains pada Zaman
Enlightenment dan Zaman Moden menolak
hubungan antara agama dengan sains.
Terdapat keinginan di Barat untuk kembali
menghayati etika sains berdasarkan kepada
agama. Antara penggerak etika yang
berdasarkan agama ialah Dr. Bruno Guirdidoni
@Abdul Haq, seorang ahli fizik Perancis yang
pernah menjadi pengarah Balai Cerap Paris
AGAMA DAN SAINS DI BARAT
MASA KINI
 Kini muncul pendekatan Intellegent Design dalam
pendekatan sains khususnya di Amerika Syarikat.
Intellegent Design adalah kesinambungan daripada
pendekatan creation yang bertentangan dengan
pendekatan evolusi yang menjadi teras kepada sains
moden. Intellegent Design dan Crationism
menekankan bahawa kejadian alam ini adalah seperti
yang dinyatakan oleh Bible sedangkan evolusi pula
menyatakan bahawa alam ini terjadi secara evolusi.
Senario ini menggambarkan krisis dalam pendekatan
sains masa kini, sekurang-kurangnya di Barat.
IMPLIKASI PEMISAHAN SAINS
DARI AGAMA
 Dalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang
berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam
adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat (al-
Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah s.w.t.
yang dibaca (al-Maqru’ah). Allah s.w.t.
memerintahkan manusia membaca kedua-duanya;
yang dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca (al-
Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada Allah
s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya kedua-duanya
dikaji, nescaya berlaku pertemuan antara keduanya.
Surah Fusilat ayat 53
 “ Kami akan tunjukkan ayat-ayat Kami pada ufuk-
ufuk dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas
kepada mereka bahawa Ia (al-Quran) adalah benar.
Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu
sebagai saksi kepada semuanya?”. Oleh sebab itu
jelas bahawa dalam Islam sains tidak boleh
dipisahkan dengan agama dan melakukannya secara
sedar adalah satu kesalahan yang perlu diperbetulkan.
Bahkan sehingga sekarang tidak ada satupun
penemuan sains yang bertentangan dengan al-Quran.
MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
 Manusia kini sedang berhadapan dengan pelbagai
masalah besar, antaranya adalah peperangan,
perlumbaan senjata, keruntuhan akhlak, pelbagai
penyakit kronik seperti AIDS, selsema burung dan
sebagainya. Namun masalah yang paling besar yang
dihadapi oleh manusia sejagat ialah masalah
kemusnahan alam di mana manusia itu sendiri hidup.
Kemusnahan alam sekitar akan menjejaskan
kehidupan manusia itu sendiri dan kerosakan tersebut
adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.
MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
 Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi,
pencemaran air dan udara adalah hasil daripada
amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan
penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi
semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi
keinginan kebendaan manusia, bukan untuk diagih-
agihkan sesama manusia secara saksama antara
manusia menerusi pemindahan teknologi dan
sebagainya. Justeru, sains dan teknologi digunakan
untuk memaksimakan eksploitasi sumber alam seperti
yang menjadi matlamat kapitalisme
MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
 Manusia menerusi falsafah etika hedonisme,
liberalisme dan individualisme yang menjadi teras
kepada modenisme sebenarnya bertentangan atau
bercanggah dengan etika dan moral agama
 Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga
amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia
seperti kemerosotan bilangan penduduk, peningkatan
jenayah berat dan kehilangan kepercayaan kepada
orang lain di semua negara maju
Persoalannya?
 Adakah manusia dapat menghalang
kemusnahan tamadun manusia ini dengan
hanya membuat peraturan-peraturan yang
lebih ketat terhadap pencemaran alam sekitar,
bahan buangan industri dan sisa nuklear?
 Adakah mungkin manusia mengembalikan
keadaan alam sekitar kepada keadaan asalnya
hanya dengan membuat polisi-polisi di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa?
Mengapa?
 Dalam konteks perdebatan tentang alam
sekitar, pandangan Islam sebenarnya
diabaikan. Nilai dan tradisi Islam
menyediakan jawapan yang berkesan dan
komprehensif terhadap kerosakan dan
kemusnahan alam sekitar yang yang berlaku
masa kini.
ETIKA DALAM KEGIATAN
SAINS ISLAM PADA MASA KINI
 Pada akhir abad ke 20, sarjana-sarjana Muslim, ahli
sains dan ahli falsafah di seluruh dunia Islam
berusaha untuk merumuskan falsafah sains Islam
versi masa kini, termasuk etika dalam kegiatan sains
Islam.
 kelompok pertama mistik sufi yang berhujah bahawa
’tradisi’ dan ’suci’ seharusnya menjadi teras kepada
pendekatan sains Islam.
 Kelompok kedua pula berhujah bahawa isu sains dan
Islam harus ditangani dalam kerangka konsep yang
membina matlamat masyarakat Islam.
ETIKA DALAM KEGIATAN
SAINS ISLAM PADA MASA KINI
 Sepuluh konsep Islam dikenal pasti sebagai
kerangka di mana inkuiri sains Islam harus
dilaksanakan, empat berdiri sendiri dan tiga
pasangan yang berlawanan iaitu: tawhid,
khilafa, 'ibadah, 'ilm, halal dan haram, 'adl
dan zulm, dan istislah (kepentingan awam)
dan menginstitusikan satu sistem untuk
pengetahuan yang berasaskan kepada
kebertangungjawaban dan tanggungjawab
sosial.
ETIKA DALAM ISLAM
 Dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang
paling hampir kepada maksud etika ialah
akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat
dan berkesan kerana ia bertunjangkan kepada
keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding
dengan etika yang berasaskan kepada teori-
teori ciptaan manusia. Akhlak Islam
berasaskan kepada ajaran al-Quran dan ajaran
Hadith Nabi Muhammad s.a.w.
ETIKA DALAM ISLAM
 Perbuatan dan kegiatan seorang individu Muslim
boleh diklasifikasikan kepada perbuatan wajib, sunat,
harus, makruh atau haram. Sehubungan itu, kegiatan
seorang ahli sains Islam juga boleh diklasifikasikan
sebagai wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Apakah hukumnya membuat sesuatu alat atau bahan
yang fungsinya hanya untuk membunuh sahaja
seperti membuat racun arsenik atau membuat bom
nuklear dan sebagainya, atau melakukan pemindahan
organ, kloning, penyelidikan stem cell, pemetaan
genome, penukaran jantina dan sebagainya yang kini
menjadi isu besar?
GARIS PANDUAN KEGIATAN
SAINS ISLAM
 Semua aktiviti membangunkan alam yang
dilakukan oleh orang Islam sewajarnya
berlandaskan kepada asas-asas falsafah yang
bertunjangkan ajaran Islam. Dalam kegiatan
sains, seperti juga dalam kegiatan
pembangunan yang lain seperti pembangunan
ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya,
perlu berlandaskan kepada lima asas iaitu
Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah,
Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.
TAWHEED ULUHIYYAH
 Tawheed Uluhiyyah bermaksud kepercayaan
bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta
alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam
hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t.
dan kewujudannya bukan berlaku secara
kebetulan. Setiap yang diciptakanNya
mempunyai tujuan dan matlamat.
TAWHEED RUBUBIYYAH
 Tawheed Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa
Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada
manusia. Dan akan membimbing orang-orang yang
beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha
pembangunan, manusia harus menyedari bahawa
mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu
berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai
matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata
(kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik.
Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) ,
iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia,
dianggap tidak adil kepada Penciptanya.
KHILAFAH
 Manusia adalah khalifah atau duta Allah di atas
muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh
Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental,
dan juga sumber-sumber material, untuk
membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan
berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah,
manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk
berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara
betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah
keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga
perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu.
KHILAFAH
 Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan
mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia
mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk
menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima
pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi
galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik,
manusia secara psikologinya akan gembira dan puas
selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya,
dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila
ia menyeleweng daripadanya
Al-Hijr:29 & ar Ruum: 30
 “Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan
kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh
(ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud”
 “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah
menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
TAZKIYYAH AN-NAFS
 Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan
pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting
sebelum manusia mampu melaksanakan tanggungjawab yang
telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia
merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat
sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul
daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk
orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri
serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral.
Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian dinamik
yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu
berada dalam keadaan Islam yang tetap.
AL-FALAH
 Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam
Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam
kehidupan di dunia ini akan meyumbang
kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di
dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak
bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t.
Maka dalam Islam tidak ada pertentangan
antara kepentingan dunia dengan kepentingan
akhirat.
KEGIATAN SAINS DAN FALSAFAH
PEMBANGUNAN MANUSIA
 Wujud hubungan yang kuat antara kegiatan
sains dengan pembangunan sosio-ekonomi
masyarakat. Sehubungan itu, kegiatan sains
dicorakkan oleh falsafah pembangunan yang
diamalkan. Sekiranya falsafah pembangunan
adalah berasaskan kepada falsafah yang
menolak agama, maka kegiatan sains juga
bersifat menolak agama. Oleh itu, kegiatan
sains dalam Islam bergantung kepada asas
falsafah pembangunan yang digariskan.
KESIMPULAN
 Sains dalam konteks Islam merupakan suatu
ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada
agama. Pemisahan tersebut akan melahirkan
suatu kepincangan yang besar terhadap
kesejahteraan masyarakat dunia umumnya.
Isu-isu yang terlibat sewajarnya mengambil
kira isu-isu etika secara menyeluruh.

You might also like