You are on page 1of 20

Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM

PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


(Kuliah 1/Bab 2)

Kecemerlangan dan
Kemerosotoan
Kerajaan
Banu Umayyah
OBJEKTIF BAB 2
• Memberi penjelasan tentang
perkembangan yang berlaku pada
zaman Banu Umayyah.
• Menganalisa faktor
kecemerlangan dan kemerosotan
yang dicapai oleh Banu Umayyah.
• Merungkaikan sebab kemunculan
permasalahan dalam pentadbiran
Banu Umayyah.
Bab 2 / 2
KECEMERLANGAN BANU UMAYYAH
• Tempoh pemerintahan 40-132H.
• BU diperintah oleh 14 Khalifah.
• Kecemerlangan bermula bila Mu’awiyah mula
pegang tampuk pemerintahan secara bay‘ah.
• Beliau memberi tumpuan kepada usaha untuk
memantapkan pembangunan negara.
• Beliau berhadapan pihak Byzantium dengan
tingkatkan tentera darat dan armada laut BU.
• Beliau berjaya tawan beberapa negara dan
pulau di pinggiran Laut Tengah.
• Wilayah lain turut diterokai spt AU, Andalus
dan negara Asia Tengah, serta wilayah India.

Bab 2 / 3
KECEMERLANGAN BU (samb.)
• Mu’awiyah turut disokong oleh tokoh
terkenal: ‘Abd Allah b. ‘Abbas, ‘Abd
Allah b. ‘Umar, ‘Abd Allah b. al-Zubayr
dan Abu Ayyub al-Ansari.
• Zaman gemilang ini terencat pada era
Yazid dan Mu’awiyah II. Ini kerana
muncul masalah dalaman BU.
• Era ‘Abd al-Malik dan al-Walid dianggap
juga sebagai zaman gemilang.
• Mrk dapat kembalikan keagungan BU.
• Begitu juga zaman ‘Umar dan Hisham.
Bab 2 / 4
DIMENSI KECEMERLANGAN BU
• Melibatkan sektor politik, ekonomi dan
kebudayaan.
• Banu Umayyah menukar sistem de jure
kepada de facto.
• Monarki ditunjang, shura dipinggirkan.
• Mu’awiyah dapat mewujudkan armada laut
Banu Umayyah yang gagah.
• Usaha pemantapan politik digiatkan seperti
penubuhan dawawin yang bersifat eksklusif.
• Usaha memperbaiki saliran air berjaya
meningkatkan hasil pertanian.
Bab 2 / 5
DIMENSI (sambungan)
• Hasil pertanian yang meningkat turut
memantapkan perkembangan ekonomi.
• Sektor pendidikan juga berkembang pesat.
• Bbrp institusi pengajian muncul di Makkah,
Madinah, Dimashq, Fustat, Basrah dan Kufah.
• Pelbagai ilmu berkembang pesat seperti
sejarah, geografi, bahasa, mantiq dan ilmu-
ilmu keislaman.
• Beberapa seni bina Banu Umayyah kekal
dalam sejarah dan tamadun Islam seperti
mimbar, menara dan bilik imam.
• Qubbat al-Sakhra’ & Masjid Umawi.

Bab 2 / 6
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH
Faktor cuaca
• Banjir besar, kemarau panjang, gempa bumi
dan ribut pasir.
• Berada di luar kemampuan manusia.
Faktor manusia
• Silap rancang strategi.
• Kegawatan politik.
• Kegawatan ekonomi dan budaya.
• Ini membawa kepada kehancuran Banu
Umayyah di masa hadapan.
• Beberapa kesilapan didapati berlaku dlm BU.

Bab 2 / 7
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH
Faktor kesilapan BU:
– Pengabaian aspek keadilan.
– Penghakisan hak asasi manusia.
– Penyalahgunaan kuasa.
• Ini menyebabkan muncul perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat dan golongan
pentadbir yang teraniaya.
• Krisis keyakinan ini menjadi virus yang amat
bahaya dalam masyarakat.
• Muncul kes Husayn yang tidak berpuas hati
atas pelantikan Yazid (Putera Mahkota).
• Malah terdapat kes-kes yang lain.

Bab 2 / 8
FAKTOR KERUNTUHAN BU
Pembunuhan Husayn
• Umat Islam tidak setuju bila Mu’awiyah
lantik Yazid sebagai pengganti.
• Ini kerana ia bersalahan dengan janji
Mu’awiyah dan bercanggah dengan
konsep shura.
• Ini membawa kepada tragedi Karbala’
pada tahun 61H/680M.
• Husayn terbunuh, Yazid tidak
mengarahkan sedemikian.
• Tragedi ini jadi isu agama & politik.
Bab 2 / 9
FAKTOR KERUNTUHAN (samb)
Pembunuhan Husayn
• Kestabilan Banu Umayyah mula goyah.
• Malah ia membawa kepada
pembunuhan Khalifah Yazid sendiri.
• Dinasti Sufyaniyyah pupus kerana mrk
menzalimi keluarga ‘Abd al-Muttalib.
• Begitu juga dgn dinasti Marwaniyyah.
• Hisham bunuh cucu Husayn, Zayd b.
Zayn al-‘Abidinal-Walid bunuh cicit
Husayn, Yahya b. Zayd.

Bab 2 / 10
FAKTOR KERUNTUHAN (samb)
Kesan Peristiwa Karbala’
• Kekacauan berlaku di seluruh wilayah secara
serentak.
• Barbar memberontak, Qayrawan jatuh ke
tangan musuh.
• Hijaz turut menentang, Ibn al-Zubayr isytihar
diri sebagai Khalifah mengggantikan Yazid.
• Orang Syiah turut menentang, digelar
golongan al-Tawwabun.
• Orang Kufah rampas Kufah dari Mus’ab b.al-
Zubayr, gabenor Ibn al-Zubayr.

Bab 2 / 11
FAKTOR KERUNTUHAN (samb)
Kesan Peristiwa Karbala’
• Gabenor Banu Umayyah di Iraq (‘Ubayd Allah
b. Ziyad) isytiharkan diri sebagai Khalifah.
• Timbul juga tentangan Khawarij spt di Ahwaz,
Isfahan dan Kirman, dipulih oleh Khalifah
‘Abd al-Malik (pengasas kedua BU).
• Perebutan kuasa berlaku dalam keluarga BU.
• Contoh: Tindakan dan usaha al-Walid untuk
lantik anaknya dan ketepikan Sulaiman,
saudaranya.
• Masalah membabitkan golongan pentadbir
yang menjadi penyokong individu tertentu.

Bab 2 / 12
FAKTOR KERUNTUHAN (samb)
Penyalahgunaan Kuasa Pemerintah
• Tindakan Khalifah memberi kemudahan kepada
penyokong turut diikuti oleh gabenornya.
• Ini menyebabkan pemberontakan berlaku di
seluruh wilayah.
• Contoh: Yazid b. Muhallab di Iraq dan ‘Amr b.
Sa‘id.
• Terdapat ramai bekas gabenor dan pegawai
tentera yang mencari suaka politik di negara
bukan Islam.
• Ulama tidak berani menegur tindakan Khalifah
yang melampau, al-Walid III.
• Berlaku penentangan rakyat secara kolektif
menolak kezaliman.
Bab 2 / 13
FAKTOR KERUNTUHAN (samb)
Perebutan Kuasa Antara Putera BU
• Akhir pemerintahan BU, perebutan kuasa
semakin ketara antara putera BU.
• Peperangan berlaku sesama sendiri demi
memegang kuasa pemerintahan.
• Faktor ‘asabiyyah begitu tebal dalam
setiap kelompok.
• Muncul golongan Hashimiyyah yang
berjuang atas nama ahl al-bayt.
• Arab ‘utara’ & ‘selatan’ bermusuhan.
• Sifat ini telah dibendung oleh Nabi, tapi
setelah pertikaian ‘Ali-Mu’awiyah, isu ini
menjadi subur.

Bab 2 / 14
RUMUSAN
• Kejayaan sesebuah negara bergantung
kepada kewibawaan pemimpinnya.
• Pemimpin itu perlu menerima sokongan
rakyat secara padu.
• Pemimpin itu juga perlu ada visi dan
wawasan yang jelas.
• Dengan demikian, kecemerlangan dapat
dicipta. Sebaliknya, ketiadaan unsur itu,
membawa kepada kemerosotan.
• Pemimpin perlu berfungsi sebagai
pelindung ummah.
Bab 2 / 15

You might also like