You are on page 1of 7

TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN

Hjh. Rubiah Abdul Rahman*

Apakah Tonggak Dua Belas?

Tonggak Dua Belas adalah dua belas perin gatan yang sekiranya diamalkan akan dapat
membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia.Tonggak Dua Belas
mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota
perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia
merupakan salah satu daripada usaha -usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam
perkhi dmatan awam.

Pengertian Istilah Tonggak, Nilai dan Etika

Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna Tonggak
ialah asas, dasar, panduan, pokok pegangan dan kepercayaan. Contohnya: Agama Islam
sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Dalam konteks
perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota
perkhidmatan awam yang unggul.

Nilai pula pada asasnya digunakan dalam tiga konteks:

(i) Sebagai sifat (attribute) sesuatu objek, contoh:

• Karya Pendeta Za'ba tidak ternilai dalam persuratan Melayu;


• Budi baik tuan tidak ternilai.

(ii) Sebagai kadar harga atau markah (quantitatif) sesuatu objek, contoh:

§ Nilai barang-barang yang dicuri ialah RM 12,000;

§ Markah penilaian prestasi En. Ahmad pada tahun 1993 ialah 87% dan ini
bererti beliau boleh dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji secara
menegak.

(iii) Sebagai ukuran kepada sesuatu yang diingini dan dihargai kerana ia diterima
sebagai sesuatu yang baik, contoh:

• Kita harus menghayati nilai tekun, kerana ketekunan boleh meningkatkan


kecekapan dan produktiviti;

• Dari kecil lagi, kanak-kanak mesti dididik supaya bersopan santun.


Pembicaraan mengenai nilai dan etika merujuk kepada pengertian nilai yang
ketiga.

Siapakah Yang Menentukan Sesuatu Nilai Itu Baik atau Buruk?

Mengikut pandangan sekular, nilai ditentukan c)leh manusia yang diasaskan kepada
pengalaman dan akal semata-mata. Pada umumnya, manusia menganggap sesuatu itu Daik
sekiranya ia berguna. Sesuatu itu likatakan berguna oleh kerana ia membawa keseronokan,
kebahagiaan dan kelazatan.

1
Maka wujud apa yang dikatakan sebagai budaya hedonisme dan kegunaan
(utilitarianism). Hedonisme adalah satu gaya hidup yang menjadikan keseronokan, kelazatan,
kebahagiaan sebagai matlamat terakhir kehidupan manusia. Oleh kerana takrif baik itu
ditentukan oleh manusia, maka istilah baik menjadi begitu subjektif dan relatif. Contohnya,
kalangan pelacur menganggap kerjaya mereka baik kerana ia menghasilkan pendapatan yang
lumayan. Begitu juga perompak, menganggap merompak itu baik kerana hasil rompakan boleh
digunakan untuk mencari keseronokan dan kesenangan hidup. Masyarakat Barat menganggap
bercumbucumbu di khalayak ramai sebagai satu kebiasaan, tetapi perkara ini dianggap tidak
bermoral di kalangan masyarakat Timur. Begitu juga dengan hiburan dan filem-filem yang
berunsurkan keganasan atau lucah dianggap baik kerana ia menimbulkan rasa keseronokan.
Nilai juga berubah mengikut peredaran zaman. Umpamanya, suatu ketika dulu wanita Melayu
yang belum berumah tangga tidak dibenarkan berjalan seorang diri, ia mesti ditemani oleh
muhrimnya. Tetapi pada masa ini, perkara tersebut tidak lagi wujud kerana nilai-nilai masyarakat
Melayu telah berubah. Di Barat, golongan homoseksual dahulunya dipanda ng hina, tetapi pada
hari ini mereka telah diberi pengiktirafan sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan untuk
menjalani gaya hidup sedemikian atas alasan menghormati hak asasi manusia. Oleh itu, nilai
yang hanya ditentukan oleh manusia bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut masa, zaman
serta generasi.

Pada pandangan Islam, nilai -nilai yang baik dan buruk adalah ditentukan oleh Allah
sebagai Khalik. Manusia dicipta Allah hanya untuk dua tujuan, iaitu sebagai hambanya dan
kedua sebagai khalifah di bumi yang dipertanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini bagi
kebaikan dan kesejahteraan manusia. Bagi melaksanakan kedua -dua fungsi tersebut, Allah telah
menetapkan cara-caranya agar manusia dapat melaksanakan tugasnya seperti mana yang
dikehendaki oleh Allah. Ini bererti, manusia yang taat sebagai hambanya perlulah patuh kepada
setiap perintahnya, termasuklah ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan. Oleh itu, nilai -nilai
yang bersumberkan wahyu Allah yang disebarkan melalui al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah
s.a.w. adalah mutlak sifatnya, tidak berubah dari masa manusia pertama diwujudkan hinggalah
ke hari kiamat, dan sesuai untuk semua masyarakat di mana-mana.

Etika adalah satu peraturan yang menjadi panduan tata kelakuan setiap anggota sesuatu
organisasi (mengandungi the Do's and the Don'ts). Sebagai contoh, Etika Perubatan (Medical
Ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada para
doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga para pesakit. Etika Perniagaan adalah
merupakan satu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap
pelanggan, pekerja dan rakan seperniagaan mereka. Contoh seterusnya ialah Peraturan-
peraturan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai-pegawai Awam (yang menggantikan Bab D,
Peraturan Am).

Tonggak Dua Belas dan Perubahan Tingkah Laku

Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua
peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak tersebut adalah
seperti yang berikut:

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat

2
12. Nikmat Mencipta.

Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan -panduan, contoh-contoh nilai, etika serta
amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan.
Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu dan Tonggak Dua Belas boleh dijadikan panduan
untuk merubah tingkah laku seseorang individu.

Imam Al -Ghazali telah mengemukakan beberapa cara untuk mengubah tingkah laku
seseorang. Untuk golongan dewasa, kaedah yang disarankan ialah melalui latihan diri atau
habituation (mentabiatkan) sesuatu perbuatan yang baik sehingga ia menjadi mudah dilakukan,
kemudian menjadi spontan, dan seterusnva menimbulkan kenikmatan apabila melakukannya. Di
peringkat ini, perlakuan tersebut telah menjadi satu tabiat. Kaedah ini dilaksanakan melalui
beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu perlu merenung kembali akan dirinya
sendiri dan mengakui bahawa ia memiliki beberapa sifat negatif vang perlu dikikis dan digantikan
dengan sifat-sifat berlawanan, yakni sifat-sifat yang baik. Umpamanya, jika seseorang memiliki
sifat kedekut, ia hendaklah menggantikannya dengan sifat pemurah dengan membiasakan diri
memberi derma clan sedekah.

Dengan melakukan perbuatan seperti menderma apabila didatangi oleh seorang peminta
derma atau sedekah secara berulangulang, lama kelamaan sifat pemurah ini menjadi kebiasaan
dan akhirnya menjadi satu tabiat. Perbuatan ini pada permulaan didapati begitu sukar untuk
dilakukan kerana sikap kedekut masih wujud dalam dirinya. Tetapi apabila dilakukan berulang-
ulang, ia akan menjadi spontan, iaitu setiap kali melihat orang susah atau peminta sedekah di
mana sahaja ia akan menderma walaupun ketika itu ia mempunyai sedikit wang. Begitu juga
dengan sifat bersih. Seseorang yang telah menghayati sifat bersih sehingga menjadi satu tabiat,
akan menunjukkan kebersihannya walau di mana ia berada, sama ada di rumah, di tempat kerja
atau di tempat awam. Tetapi seseorang yang belum sampai ke peringkat mentabiatkannya, akan
hanya menunjukkan sikap bersih di rumahnya sahaja, tetapi apabila di tempat lain, dia akan
membuang sampah di merata tempat. Contoh seterusnya ialah, seorang rakyat Malaysia apabila
berada di Singapura begitu berhati-hati untuk tidak membuang sampah, kerana takut dikenakan
denda. Tetapi apabila sahaja, ia melepasi tambak Johor dengan sendirinya ia bertukar menjadi
orang yang tidak menghiraukan kebersihan. Orang begini belum dikatakan mempunyai tabiat
bersih, kerana perbuatan bersih tidak spontan, malah ditentukan oleh situasi atau keadaan.
Seseorang pekerja dianggap benar-benar ikhlas sekiranya ia tetap menjalankan tugas walaupun
tidak diberi pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang. Sekiranya seseorang pekerja
hanya menunjukkan kerajinan apabila boss ada atau untuk mendapatkan sesuatu, maka pekerja
demikian hanya seorang yang hipokrit dan bukan seorang yang memiliki peribadi sebagai
seorang yang ikhlas. Kalau ia seorang yang pendendam, ia harus menggantikannya dengan sifat
pemaaf kepada orang yang telah membuat kesalahan terhadapnya.

Matlamat usaha penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah untuk
membentuk tabiat atau character yang mulia. Di sinilah letaknya peranan Tonggak Dua Belas
sebagai satu panduan bagi setiap anggota perkhidmatan awam untuk mengikis sifat -sifat yang
negatif dan menggantikannya dengan sifat-sifat positif.

1. Menghargai Masa

Perbuatan tidak menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggota


perkhidmatan awam. Ini dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan
masa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong, berbual-bual
di telefon mengenai hal -hal peribadi, melayani tetamu yang tidak ada kaitan dengan
urusan rasmi, menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga,
menjalankan tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusan
persendirian dan sebagainya. Contohcontoh perbuatan yang menggambarkan sikap
tidak menghargai masa banyak dikemukakan di dalam Tonggak Dua Belas. Untuk
menghapuskan perbuatanperbuatan negatif, Tonggak Dua Belas mengemukakan sifat-

3
sifat mulia yang harus menggantikan sifat-sifat negatif tersebut; umpamanya
menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada berbual-bual
kosong; kalau suka berniaga di waktu pejabat, elakkan diri dari berniaga barangbarang
jualan seperti kain batik, alat-alat kosmetik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Anggota
perkhidmatan awam digesa melatih diri melakukan kerja dengan sistematik, umpamanya
menetapkan prioriti, menetapkan target date untuk menyiapkan sesuatu tugas, tidak
melengahkan kerja, menepati masa temujanji, mesyuarat atau majlis-majlis rasmi dan
sebagainya. Amalan-amalan tersebut akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan
meningkatkan produktiviti.

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Dalam usaha untuk menjadikan anggota perkhidmatan awam tekun menjalankan tugas,
amalan-amalan negatif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat baru
buat harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun dan
bersemangat. Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan
mahir menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan. Seseorang yang
tekun akan bersedia menghadapi
kesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah semangat. Sifat
ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin.

3. Keseronokan Bekerja

Dalam mewujudkan keseronokan bekerja, amalan-amalan negatif seperti menganggap


kerja sebagai satu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja sebagai satu
ibadat yang mana pulangannya adalah pahala. Bekerja sangat-sangat dituntut oleh
agama kerana setiap orang harus berusaha bagi menyara hidup diri sendiri serta
keluarga mereka. Di samping itu, kita bekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat
dan negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . Namun untuk
memperolehi ganjaran pahala, sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan, bersungguh -sungguh dan sempurna. Pekerja yang menghayati konsep
Keseronokan Bekerja tidak akan merasa kecewa jika tidak diberi pengiktirafan seperti
kenaikan pangkat, Anugerah Khidmat Cemerlang dan lainlain. Dia bekerja dengan baik
kerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati serta kejayaan bagi dirinya. Selain
daripada itu, pihak pengurusan juga perlu mewujudkan suasana yang boleh
menimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja, umpamanya mewujudkan
suasana yang bersih, nyaman, penuh dengan tanaman pokokpokok hijau serta pokok-
pokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka serta kelengkapan dan
kemudahan yang mencukupi.

4. Kemuliaan Kesederhanaan

Tonggak Dua Belas turut menyenaraikan sifat kesederhanaan yang perlu ditanam bagi
menggantikan sifat -sifat negatif seperti suka membazir, boros, lebih mementingkan
kecantikan zahir, menunjuk-nunjuk dari aspek percakapan, perhias an diri atau pakaian
dengan sifat kesederhanaan seperti merendahkan suara apabila bercakap, sederhana
dari sudut perwatakan, bersopan santun, hormat sesama manusia tanpa mengira
kedudukan atau pangkat. Sifat meninggi diri atau ria' amat dibenci oleh Allah SWT dan
sifat ini harus dikikis dan digantikan dengan sifat merendah diri dan tawadduk. Pekerja
yang menghayati gaya hidup yang sederhana tidak suka membanggakan diri, menonjol-
nonjolkan diri atau memperagakan kemewahan serta tidakbersikap egoistik. Pekerja
yang sedemikian akan senang didampingi oleh rakan sekerja serta pihak-pihak lain.
Sikapnya yang merendah diri tidak pula bermakna dia seorang yang sambil lewa, malah

4
dia disegani kerana sifatnya yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa dan sedia memberi atau
menerima nasihat serta menghasilkan kerja yang berkualiti.

5. Ketinggian Peribadi

Tonggak Dua Belas turut menyentuh tentang sifat -sifat orang yang berperibadi tinggi
seperti bijaksana, berani, sederhana, adil dan sebagainya. Ketinggian peribadi
merupakan matlamat usaha penerapan nilai-nilai murni serta kepatuhan kepada etika
kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan.
Rasulullah s.a.w. merupakan model individu yang memiliki ketinggian peribadi, iaitu
seorang yang jujur, berkata benar, ikhlas, pintar, berbudi bahasa, penyayang, cekal
menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakn tugas serta ciri-ciri lain yang
unggul. Khalifah Umar Abdul Aziz, sebelum menjadi khalifah adalah gabenor Mesir,tetapi
setelah diangkat menjadi khalifah, beliau telah menjalani kehidupan yang sederhana.

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Pekerja yang memiliki sifat baik hati akan menjadi seorang pekerja yang berhemah
tinggi, sedia memberi pertolongan dan bantuan, sedia memberi maaf dan tidak
ber dendam, sedia menerima teguran, mudah mesra dan boleh berkerjasama. Ketua
Jabatan yang memiliki sifat ini pasti mengambil berat tentang kebajikan para pekerja dan
akan bersikap adil dalam tindak tanduknya.

7. Pengaruh Teladan

Selain dari kaedah habituation, cara yang lain untuk memperbaiki perangai yang buruk
ialah melalui demonstration effect atau memberikan contoh teladan yang ditunjukkan
bukan sahaja oleh orang atas kepada orang bawah, malah oleh orang bawah kepada
orang atas. Harus diakui bahawa demonstration effect oleh peringkat atasan adalah lebih
mudah dan berkesan. Demonstration effect pihak bawahan memerlukan kebijaksanaan
serta teknik yang diplomasi. Kekuatan Pengaruh teladan atau demonstration effect dalam
pembentukan peribadi yang baik juga ditegaskan dalam Tonggak Dua Belas. Pada
asasnya, manusia suka meniru dan mudah terpengaruh dengan perangai orang-orang
yang mereka gauli setiap hari. Seperti yang telah ditegaskan, Ketua Jabatan yang
memberikan teladan sama ada yang baik atau yang buruk akan mempengaruhi pekerja-
pekerja di bawahnya. Ketua Jabatan yang rajin, amanah serta kuat bekerja akan
mendorong anak-anak buahnya menjadi seperti beliau, begitu juga sebaliknya.
Umpamanya, sekiranya seseorang Ketua Jabatan suka meninggalkan pejabat kerana
urusan tidak rasmi, kakitangan bawahannya juga akan turut melakukannya. Oleh itu,
peranan Ketua Jabatan sebagai role model bagi perlakuan yang beretika adalah sangat
diperlukan dalam usaha mewujudkan anggotaanggota yang beretika dalam organisasi
yang diketuainya. Komitmen di peringkat atasan adalah sangat penting kerana kita tidak
mahu wujud keadaan seperti "Ketam menyuruh anaknya berjalan betul" atau menjadi
seperti "Tukang rumah yang sibuk menyiapkan rumahnya, sedangkan rumahnya sendiri
terbengkalai".

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Masih ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak tekun menjalankan tugas dan ini
dapat dilihat dari tingkah laku mereka yang menggambarkan sikap sambil lewa, suka
bertangguh kerja, cuai, tidak teliti, tidak komited, suka mengelak dari diberi tugas serta
suka "curi tulang" apabila Ketua Jabatan tiada. Tonggak Dua j Belas menggariskan

5
amalan-amalan yang ' harus menggantikan amalan-amalan yang negatif iaitu bersikap
lebih komited, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, cekap, cermat, cergas,
mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuat
demikian. Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi
mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan, maka akan lahir anggota yang
rajin dan tekun menjalankan apa sa,ia tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa
serta penyeliaan yang terlalu ketat. Setiap pekerja tahu tanggungjawab masingmasing
dan mereka bekerja dengan tekun, rajin dan tidak mudah menyeleweng atau mencari
helah untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. Pekerja begini sentiasa sanggup
memikul apa juga tugas dalam apa keadaan. Umpamanya, sanggup bekerja lebih masa
atau datang pada hari cuti umum untuk menyelesai kan kerja yang tertunggak.

9. Kebijaksanaan Berhemat

Pembaziran merupakan satu gejala negatif yang masih wujud dalam perkhidmatan
awam. Ini didorong oleh sikap yang suka berbelanja secara boros, bermewah-mewah
dalam membeli kelengkapan pejabat atau dalam mengadakan majlis-majlis rasmi dan
tidak begitu peka terhadap pembaziran yang dilakukan seperti penggunaan kertaskertas,
penggunaan letrik, air, pendingin udara dan sebagainya. Setiap angpta perkhidmatan
awam harus menghayati kebijaksanaan berhemat kerana dengan adanya sifat ini, setiap
pekerja akan begitu peka terhadap perbelanjaan supaya tidak berlaku sebarang
pembaziran atau boros berbelanja. Sikap ini juga akan menjadikan kakitangan
menganggap harta kerajaan seperti miliknya sendiri yang perlu dijaga dengan penuh
amanah dan tanggungjawab. Umpamanya sekiranya dia seorang pemandu, dia akan
cermat memandu kereta dan menjaganya dengan baik seolah-olah kereta itu
kepunyaannya sendiri.

10. Keutamaan Kesabaran

Kesabaran terutamanya di kalangan orang Islam adalah sangat-sangat dituntut. Malah


sabar dikaitkan dengan keimanan seseorang. Sifat -sifat negatif seperti cepat putus asa,
keluh-kesah, gopoh-gapah, takut menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan
panas baran harus digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila
menghadapi masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau putus asa, pemaaf dan
mempunyai wawasan jangka panjang. Pekerja yang sabar akan tahan menerima teguran
dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua.
Orang yang sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan khayal dengan pujian.

11. Peningkatan Bakat

Manusia dicipta Allah dengan berbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi yang ada
perlu diperkembangkan untuk kemajuan diri, organisasi, bangsa dan negara. Ketua
Jabatan yang menghargai bakat yang ada pada kakitangannya harus mewujudkan
saluran-saluran bagi menggalakkan kakitangan memper kembangkan bakat-bakat yang
masih terpendam serta daya kreativiti masingmasing. Usaha-usaha ke arah peningkatan
bakat serta kreativiti dalam melaksanakan tugas, umpamanya dalam menyampaikan
ceramah, taklimat, atau menganjurkan majlis-majlis rasmi dan separa-rasmi seperti Hari
Q, Hari Keluarga dan lain-lain. Ketua-ketua jabatan juga harus memberi pengiktirafan
terhadap kegiatan-kegiatan seumpama ini.

6
12. Nikmat Mencipta

Salah satu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah ialah akal. Manusia digalak
menggunakan akal untuk berfikir, bertafakur serta mencari idea-idea baru bagi kemajuan
hidup di dunia dan di akhirat. Kakitangan awam digalak untuk meneroka idea-idea baru,
ino-% -asi serta berfikiran kreatif. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu
mekanisma untuk memupuk bakat mencipta di kalangan anggota perkhidmatan awam.
Peluang-peluang untuk mengenegahkan ciptaan-ciptaan baru dan penambahbaikan cara
bekerja misalnya oleh kakitangan awam akan melahirkan pekerja yang inovatif,
menanamkan semangat cintakan kerja dan organisasinya. Penubuhan Kumpulan
Meningkat kan Mutu Kerja (KMK) merupakan satu saluran bagi menggalak kakitangan
memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan sesuatu tugas atau mengatasi sesuatu
masalah.

Kesimpulan

Sekiranya diamati, dihayati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas berupaya membentuk peribadi
yang beretika tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat. Namun segala
usaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu, keazaman, usaha secara
berterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Oleh itu, kita dianjurkan
untuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia menyempurnakan
paras rupa kita. Insya Allah.

Nota:
Hjh. Rubiah bt. Hj. AM. Rahrraan ialah Penyelarns Projek di Program UTAMA, INTAN.

Dipetik dari: Buletin Nilai Dan Etika INTAN – Jilid 3 Bilangan 1, 1994

Sabli Awaluddin
Email: sabli@pd.jaring.my

You might also like