You are on page 1of 11

Menanggani Masalah Disiplin Di Sekolah

Filed under: Kerjaya, Sosiologi — amizax @ 3:49 am


Tags: Education

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya ialah membangunkan
modal insan. Walaubagaimanapun, organisasi pendidikan sering menghadapi masalah berkaitan
disiplin seperti;Merokok, Gengsterism, dan Buli.

Bincangkan bagaimana anda menangani masalah tersebut di organisasi anda untuk


membangunkan modal insan seperti yang dicita-citakan oleh pucuk pimpinan kita.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia
bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi juga akan
menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang.

Penulisan ini akan menyentuh aspek ini dengan memfokuskan kepada pembanunan
modal insan, yang merupakan sumber tenaga manusia yang akan menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara. Sekiranya modal insanya baik, majulah negara tersebut secara hakikinya,
dan sebaliknya.Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin
kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai
masalah.

Penulisan ini akan cuba mengupas persoalan kenapa dan mengapa serta bagaimana
kita harus berusaha membangunkan modal insan yang lebih sempurna, selaras dengan acuan
dan aspirasi negara dalam usaha mempersiapkan diri mengharungi arus perdana menjelang
Wawasan 2020.

Pelan tindakan dan strategi yang disarankan adalah berlandaskan kepada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, yang merupakan dasar utama pembangunan organisasi pendidikan
masa kini.

PENGENALAN

Modal insan yang berasal dari istilah “human capital” yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil Pirgou
pada 1928 dalam bukunya bertajuk A Study in Public Finence. Konsep ini juga dipopularkan oleh
Gary Becker melalui bukunya Human Capital pada 1964. Mereka berpendapat, pelaburan modal
insan boleh dibuat menerusi pendidikan dan latihan. (Asnarulkhadi Abu Samah, Berita Harian 25
Jun 2007;

Dari segi sirah Islam, konsep modal insan ini telah dipelopori oleh Rasulullah S.A.W di
kota Makkah, dimana baginda mula memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang
sememangnya menjadi salah satu tugas utama kebangkitan baginda. (Ahmad Iman Arief, 2007;
59). Pembangunan personaliti yang ampuh dari segi akidah islam ini menjadi pemangkin kepada
kegemilangan islam hinggalah ke zaman Bani Abbasiyah.

Oleh itu, modal insan adalah daya dan keupayaan manusia, terbina daripada rangkuman
pengentahuan, kemahiran, kecekapan dan sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki atau
diperoleh seseorang individu, kumpulan organisasi atau pun komuniti.
Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan ini telah dinyatakan dalam Penyata
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, yang menjadi Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa
Kabinet 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, dimana “ Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilkan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan personaliti individu yang cemerlang ini


berterusan diserlahkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan diimplemantasikan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikan
iaitu bermula tahun 2006 hingga 2010, yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. ( http://www.moe.gov.my/tayang.php ) Pelan induk ini merupakan
kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010, yang telah
dilancarkan sedikit masa dahulu. (http://www. moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module)

PIPP berpaksikan kepada enam teras, iaitu :-

1. Membina negara bangsa


2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Pembangunan modal insan berminda kelas pertama merupakan misi nasional yang
digerakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Modal insan merujuk kepada usaha berterusan
secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengentahuan, modal intelektual
serta pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi seperti yang ditermaktub dalam Pelan
Integreti Nasional (PIN).

Dalam konteks ini, PIPP menyebut, “Usaha membangunkan modal insan KPM akan
memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.
Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif
dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian
holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan
keselamatan.” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006: 32)

Definisi Disiplin

Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal
tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplin
merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)

P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada
autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok Soon
Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang
dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman
atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71)
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan
seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan
tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)

Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan
pelajar, kerana merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-
Qaradhwi, “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini”. (http://muhtarsuhaili.wordpress.com )

Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian (orang yang menyimpang). Teori
fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik
mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang
menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada
budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan,
kehilangan) selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi.

Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai
teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian
iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan
mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan
dan menggantikannya dengan matlamat lain). ( http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html)

Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini

Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi yang
unik, seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan disiplin seperti
merokok, gengsterism, buli, dadah dan sebagainya.

Merokok

Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari bertambah
parah. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50
orang remaja bawah 18 tahun merokok. 30 % daripada remaja lelaki berumur antara 12 hingga
18 tahun. Bilangan remaja perempuan merokok juga makin bertambah, dimana pada tahun 2000
hingga 2004, bilangan pelajar perempuan merokok bertambah dari 4% hingga 8%. Kajian pada
tahun 2004, setiap lima orang pelajar perempuan, seorang daripadanya adalah perokok.

(http://www.infosihat.gov.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM.pdf)

Berdasarkan kepada statistik ini, ternyata masalah rokok merupakan masalah yang
paling ketara di sekolah dan semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan merokok tidak boleh
dianggap sebagai perkara biasa, dan harus ditangani segera. (Kementerian Pelajaran Malaysia,
1983 :123)

BULI DAN GENGSTERISM

Menurut kamus Dewan, buli merupakan perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya
dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. (DBP, 2002 : 186) Membuli ialah perbuatan
mempermain-mainkan seseorang, biasanya orang yang lebih lemah dari pembuli dengan tujuan
untuk mengertak dan menakutkan orang yang berkenaan.

Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. Berbeza dengan
gengsterism, aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang tertentu dan setiap
individu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Hubungan antara individu hanyalah sekadar
hubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan.

Tret-tret gejala buli biasanya akan menjurus dan membentuk kumpulan gengster yang
akan “beroperasi” bukan sekadar di sekolah sahaja, malah di luar sekolah. Oleh itu, jelas
menunjukkan gejala buli dan gengsterism tidak jauh berbeza dan mempunyai kolerasi antaranya.
Dalam perkataan yang lain, buli akan menjadi “pendorong” kepada gejala gengsterism dan
sebaliknya.

Gejala gengsterism bukanlah perkara baru di Malaysia. Fenomena ini wujud sejak zaman
kolonial. Ghee Hin dan Hai San merupakan kumpulan “kongsi gelap” yang popular. Matlamat dan
aktiviti kumpulan gengster ini pada awalnya lebih kepada menjaga kepentingan dan kebajikan
ahli. Kini, konsep tersebut telah berubah dan ahlinya bukan lagi terdiri daripada orang-orang cina
dewasa, tetapi di kalangan pelajar sekolah.

Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama, sejak tahun 1990-an lagi.
Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. Apapun persoalannya, isu ini sangat penting dan
semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar, malah mula menapak di sekolah-
sekolah luar bandar. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah meliputi salah laku dan jenayah
yang melibatkan pergaduhan, buli, peras ugut, mencuri, membunuh, merogol dan pelbagi salah
laku yang lain lagi.

Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah-sekolah sepanjang tahun
1986 menunjukkan sebanyak 48 jenis salah laku yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Daripada bilangan sampel seramai 2,542,336 iaitu 1,077,534 pelajar sekolah rendah
adalah didapati bahawa seramai 112,697 (4.4%) telah terbabit dengan beberapa jenis salah
laku.(Ramlan Hamzah,1995; 135) Sebanyak 5,056 pelajar (0.47%) terbabit dengan jenis salah
laku bergaduh / bertumbuk, salah satu salah laku yang melibatkan gengsterism. style=”font-
family: Arial;”>Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai gengsterism atau kegiatan
samseng di sekolah menengah harian mendapati beberapa penemuan yang cukup mengejutkan
terutamanya mengenai penglibatan pelajar perempuan di dalam kegiatan yang berkaitan dengan
gengsterism seperti bergaduh dan terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. (Dewan Siswa,
Jun 2000;8)

Dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan gengsterism ini
di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. Antaranya :-

1. 493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000)
2. Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana
dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua. (Utusan Malaysia, 1 Julai 2003)
3. kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor,
Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior
sekolah tersebut pada tahun 2005.(The Star, 10 Ogos 2005).
4. Yusrizad Yaacob dai Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong, Alor Star, Kedah
yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang
mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian Metro, 3 Mac
2006).
Pelan Tindakan

Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah disiplin di kalangan
pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti merokok, gengterism dan buli khususnya
adalah masalah nasional yang semakin kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Oleh itu,
pelbagai langkah mengatasi sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan
wawasan PIPP untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa
hadapan akan terlaksana dengan jayanya.

Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan
Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur
hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat
Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2
Sept. 1998), iaitu:

1. penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib,


2. pelaksanaan proses tatatertib, dan
3. mengenakan hukuman tatatertib.

1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam


pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua
guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang
menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka
sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan
psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini.
Beliau menyatakan “ …. Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara
terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal,
mental atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan
supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli” ( Pendidik, 2006; 60)

Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala-


gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-risalah kandungan
rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan lagu-lagu kempen anti buli, anti
dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan multimedia seumpama ini dalam pengajaran
pembelajaran secara berterusan akan memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar.
Gootman, M.E bersetuju bahawa disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama
dengan pengajaran yang berkesan. (Abdullah Sani, 2006; 105)

2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang
paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat dapat diterima
oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan wawasan YAB Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara masa kini terarah dengan konsep
Islam Hadari.

Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan
tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan haram
dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah dan sebagainya,
Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang mempunyai kekuatan jiwa, dan
mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W. Pembentukan akhlak mulia penting kerana
akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan
juga akan baik, dan sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang
berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui
latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail, di


laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah.
Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr diajar dan berselawat selama
10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan
program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru-
guru agama secara bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang
berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem
Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan
sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan
sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer. ( Lampiran 1)

Strategi Perlaksanaan:

1. Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun.

2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang
sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan.

3. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin
merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak meminta
poin atas kerja amal yang dilakukan.

4. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru.

5. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru.

6. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti /
kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan
atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.

7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru
disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk
tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang
wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD.

8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut


kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD.

9. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer.

10. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada
Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ).
11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya
pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing.

Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu
mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa organisasi
lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.

4. Motivasi

Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen,
ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada
pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk
bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah.

Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani


gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan,
Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara.

Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun
memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar
dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup
yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat
meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara
dimasa akan datang.

Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan
ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia
yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok.
Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan
ujian saringan urin (urine test).

“Klinik Berhenti Merokok “ juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak
dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui “klinik” ini, para pelajar yang
secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok.
Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia.

Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism.
Menjadikan organisasi ini sebagai “Anak Angkat” kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan
hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa.

Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September.
Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya,
ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism)
kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu), sementara ceramah kedua pada bulan September
berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah.

5. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam
membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing
profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan
masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program
Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan
sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja /
pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan
pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang,
menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri
berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

6. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada
ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai, Pengarah Pusat
Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut
serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi
komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang
pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu,
mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-
gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai-
pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang
berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak-
anak di luar, khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah.
Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin.

7. Pameran Poster dan Papan Tanda

Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya “Kawasan Larangan Merokok”,
“Anti Buli”, “Dadah Membunuh” “Merokok Membahayakan Kesihatan”, “Jangan Musnahkan Hidup
Anda Dengan Merokok” dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini
akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta
menyemai perasaan “masalah bersama”.

8. Hukuman dan Dendaan

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah
berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling
ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan
dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-
undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil
sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi
mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan
seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di
bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 (
Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 (
Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda
yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah),
dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan
senjata atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail Othman, 2006;83)

Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :-

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid Menghisap Rokok.


2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk
Jenayah.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
terhadap Pelajar-pelajar Sekolah.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di
Sekolah.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997, Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998, Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah.
8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998, Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil
Tindakan.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani masalah Keselamatan, Dadah dan
Gengster.

9. Sekolah Penyayang

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar Disiplin
Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat Kebangsaan ke-5 diadakan
di Melaka, organisasi ini juga mewujudkan program “Sekolah Penyayang”.

Dalam konsep sekolah penyayang, elemen-elemen berunsur memujuk dan kasih sayang
diberikan keutamaan. Ini bermakna, dalam segala tindakan yang bakal diambil, hendaklah
mengambil kira peranan guru sebagai “ibu bapa kedua” dan peranan pelajar sebagai anak.

Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang melalui
hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi dan kemuncaknya
dalam Hari Cemerlang Dijulang. Sementara pelajar-pelajar yang bermasalah, khususnya disiplin,
diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu program “Pelajarku Anakku”.

10. Aktiviti Kokurikulum

Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun,
melalui kaedah “Rumah Sekolah”. Semua kegiatan, termasuk kegiatan akademik dilaksanakan
mengikut rumah sekolah masing-masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan
Skor, dalam bentuk poin / markah. Berkaitan dengan sistem merit demerit, setiap kesalahan
pelajar diberikan demerit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah
akan berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan
masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri
Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di
semua sekolah.

Penutup

Sesungguhnyan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati
masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah-
sekolah. Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah organisasi yang
unik kerana ia bukan sahaja menjadi tempat lahirnya teknokrat-teknokrat yang bakal memacu
pembangunan negara di masa depan, malah ia adalah tempat menjana modal insan, yang
merupakan aset utama pembangunan negara dihari muka.

Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang mudah. Ia
memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja masa kini yang
dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Namun harapan masih ada, asalkan kita
komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara.
Keputusan dasar untuk membangun dan melaksanakan PIPP dalam tempoh lima tahun
ini, diharapkan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam organisasi pendidikan,
khususnya dari aspek usaha membangunkan modal insan. Walaupun kita sedar organisasi
pendidikan masa kini dilanda pelbagai masalah, namun kita yakin PIPP, akan bakal menjadi
pemacu arah Dasar Pendidikan Negara yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

BIBLIOGRAFI :

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Disiplin Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Ahmad Iman Arief.(2007), Modal Insan Cemerlang, Sabunai Media, KualaLumpur

Asnarulkhadi Abu Samah, Dr. (2007), Memahami Konsep Modal Insan, BeritaHarian 25 Jun
2007, Dewan Bahasa da Pustaka. (2005), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur

Hasnah Bt. Ghani & Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. (1995),
JenayahRemaja:Permasalahan dan Penyelesaian, Percetakan As Saff, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983),Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru


Besar dan Guru, Kuala Lumpur, 1983.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006), Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (Edisi Pelancaran)

Mohd Ismail Othman.(2006), Undang-undang Untuk Pengetua & Guru Besar, PTS
Publication, Selangor.

Mohd Nasir.(2005), Akhlak Dan Kaunseling Islam, Utusan Publication Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.

Othman Puteh, Dr., (Jun 2000). Pelajar Mahu Diberi Perhatian; Dewan Siswa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ramlan Hamzah.(1995), Tret-tret Personaliti Dan Tingkah Laku Melanggar Disiplin Di


Kalangan Pelajar Sekolah Menengah; Jurnal Akademik, Jilid 5, Tahun 5,

Waty M. Noor. (2006), Kempen Antibuli Di Amerika Kurang Berkesan; Pendidik,


November 2006, Widad Publication Sdn Bhd,

HALAMAN WEB :

http://www. moe.gov.my/tayang.php?laman=baca_akhbar&bhs=my&id=1750

http://www. moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module

http://www.staronline.com.my/indexs.php

http://www.metroonline.com.my
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/04/09/kertas_konsep_jawatankuasa_bertindak_task_for
ce_pengurusan_kecemerlangan_miri/

http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html

www.moe.gov.my

http://www.infosihat.gov.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM.pdf

You might also like