You are on page 1of 4

TEORI ETIKA TELEOLOGI: UTILITARIANISME DAN EGOISME Teori Teleologi mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung

g kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai konsekuensialisme (consequentalism). Jadi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kabaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitsrisnisme dan Egoisme. o TEORI UTILITARIANISME: Definisi:

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral). o PENGASAS-PENGASAS: Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,

manakala kemoralan ialah usaha mencarikebahagiaan, iaitu keseronokan. Bagi John Stuart Mill (1806-1873) ula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/ buruk, baru/lama, objektif/subjektif dan faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik. Beliau meperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip

Kebahagiaan Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan. o PENYOKONG: Quinton (1973), menganggap bahawa kebaikan sesuatu

tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah keseronokkan dan kesakitan yang wujud bersamanya. o JENIS DAN CIRI-CIRI: Utilitsrisnisme menganggap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat boleh disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil act utilitarinisme. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul. Jenis-jenis Utilitarianism: o Act Utilitarianism: Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini di panggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerjakerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan. o Hedonistic Utilitarianism: Ciri yan kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suati tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan

tetapi membahagiakan kedua-dia pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral. Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut: Istilah kebaikan : Pengalaman keseronokan mestilah

dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Istilah kebahagiaan: Menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. o Contoh yang berkaitan: Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan

kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohny: utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar hiroshima

(walaupun banyak yang tidak berdosa terkorban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat

kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa. Pandangan tentang peraturan yang bermoral Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti

memaksimumkan keseronokan bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan. Tindakan mencuri Kalau seseoran itu mencuri wang daripda seseorang yang kaya dan kedekut kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi. o KELEMAHAN-KELEMAHAN TEORI INI:

Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensitiini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza.

Kualiti keseronokan atau kesakitan yang di alami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain.

o TEORI EGOISME Definisi: Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Pengasas: Friedrich Wihelm Nietzsche (1844-1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme.

Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan mesyarakat.kjjd

You might also like