You are on page 1of 115

SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI1.

1
Anatomi adalah satu kajian mengenai struktur tubuh dan hubungannya di antara satu sama lain. Anatomi juga dikenali sebagai kajian struktur tubuh. Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar. Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Fisiologi juga dikenali sebagai kajian fungsi organ. Oleh itu, mari kita lihat apa yang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi.

1.1.1 Organisasi Struktur Tubuh


a.
Kepala dan Leher Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium. Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa juga terletak di leher.

b.

Badan Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks (dada) terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang dada (sternum) di hadapan. Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal. Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus.

c.

Anggota Anggota tubuh badan juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota atas dan anggota bawah. Anggota atas terdiri daripada bahagian bahu, lengan atas (brakium), siku (kubitus), lengan bawah (antebrakium) dan tangan (manus). Mari kita lihat satu persatu organ pada anggota atas.

i.

Bahagian Bahu Terdapat tiga kawasan pada bahagian bahu. Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai kawasan pektoral atau dada di hadapan, kawasan skapula iaitu bahagian di sekitar tulang belikat (skapula) di belakang, dan aksila atau ketiak di sisi tubuh.

ii.

Lengan atas Lengan atas adalah bahagian di antara bahu dengan siku.

(Brakium)

iii.

Siku (Kubitus) Siku atau kubitus merupakan kawasan di antara lengan atas dan lengan bawah. Permukaan hadapan siku terdapat satu rongga yang cetek yang dikenali sebagai fosa kubital.

iv.

Lengan Bawah Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan.

(Antebrakium)

v.

Tangan (Manus) Tangan terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian-bahagian yang terdapat pada tangan adalah pergelangan tangan (karpus), tangan sebenar (metakarpus) dan jari (digit).

Anggota bawah terdiri daripada kawasan gluteal, paha, tungkai bawah dan kaki.

vi.

Kawasan Gluteal Kawasan ini merupakan kawasan bulat di belakang, iaitu di antara badan dan hujung superior paha. Sendi pinggul terletak pada kawasan ini.

vii.

Paha Adalah bahagian di antara pinggul dan lutut.

viii.

Lutut (Genu) Lutut terletak di antara paha dan tungkai bawah. Permukaan belakang lutut terdapat satu rongga yang cetek dikenali sebagai fosa popliteal.

ix.

Tungkai Bawah Merupakan bahagian di antara lutut dan pergelangan kaki. Bahagian posterior tungkai bawah ini disebut sebagai betis.

x.

Pergelangan Pergelangan kaki adalah bahagian yang terletak di antara tungkai bawah dan kaki.

Kaki

xi.

Kaki (Pes) Sebagaimana yang kita ketahui, kaki adalah bahagian yang paling distal pada anggota bawah. Permukaan atas kaki dikenali sebagai permukaan dorsal dan permukaan bawah pula dikenali sebagai plantar.

Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Rajah 1.3: Pandangan belakang tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Tisu-tisu Tubuh1.1.2
Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengar mengenainya? Tisu adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Terdapat empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia. Rujuk pada Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia

a.

Tisu Terdapat tiga jenis tisu epitelium:

Epitelium

i.

Epitelium Turus Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan. Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman.

ii.

Epitelium Turus Bersilia Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulu-bulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia. Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks (tekak). Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan di salur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar.

iii.

Epitelium Terdapat dua jenis epitelium leper:

Leper

Epitelium Leper Biasa Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paru-paru juga dibentuk daripada tisu ini.

Epitelium Leper Berlapisan Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing.

Fungsi utama tisu epitelium:

Perlindungan Membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom. Penghasilan bendalir Lapisan dalam perut dan usus.

Penyerapan Lapisan dalam usus. Pergerakan Lapisan salur udara.

b.

Tisu Terdapat tiga jenis tisu otot:

Otot

i.

Tisu Otot Terkawal

Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh dikawal dengan kuasa otak (kemahuan). Ia terbina daripada sel-sel otot (gentian otot) yang berbentuk silinder.

Rajah 1.5: Tisu otot terkawal Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

ii.

Tisu Otot Luar Kawal

Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin.

Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing, rahim dan lain-lain. Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan). Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal. Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengah-tengah sel.

Rajah 1.6: Tisu otot luar kawal Sumber:Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

iii.

Tisu Otot Jantung

Terdiri daripada jenis otot luar kawal. Terdapat hanya di jantung sahaja.

Mempunyai gentian yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan jalurjalur yang tidak begitu nyata. Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secara automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya.

Rajah 1.7: Tisu otot jantung Sumber:Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Ciri-ciri tisu otot;

. . . .

Penguncupan Berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek. Berelastik Tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz asalnya. Lesu Tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup semula. Kesegaran otot Tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separuh kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan segera tanpa membuang masa.

b.

Tisu Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada:

Saraf

i. ii.

Badan sel; dan Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson.

Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan. Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala gentian saraf pula berbentuk jirim putih. Fungsi utama Neuron: iii. iv. Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur-struktur lain.

Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan bakteria.

Rajah 1.8: Tisu saraf Sumber:Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

c.

Tisu Pengikat Tisu pengikat dikenali juga sebagai tisu pengantara. Tisu pengikat merupakan tisu yang paling banyak

berbanding tisu-tisu lain pada badan. Tugas tisu ini adalah sebagai penyangga dan mengikat strukturstruktur dalam tubuh. Tisu perantara terdiri daripada:

i.

Tisu Terdapat dua jenis fiber:

Berfiber

Fiber elastik Fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung tenggorok. Fiber tak elastik Terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang melitupi pelbagai organ.

Rajah 1.9: Tisu berfiber Sumber:Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

ii.

Tisu Areolar Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan urat saraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).

iii.

Tisu Adipos Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan makanan kepada tubuh.

Rajah 1.10: Tisu adipos Sumber:Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn.

iv.

Tisu Limfatika Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjuta-juta sel limfatika. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel limfatika, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatika dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisu limfatika.

v.

Tisu Rawan Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu:

Rawan-fiber Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang ari-ari (simfisisis pubis). Rawan Elastik Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok. Rawan Hialin Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.

vi.

Tisu Tulang Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukan organan.

vii.

Tisu Darah Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma pula menyumbangkan 55%.

Homeostasis1.1.3
Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan

klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud. Gangguan Homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.

Rajah 1.11: Proses gangguan homeostasis Sumber: Wee Eng Hoe. (2007). Sains kejurulatihan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tarik komponen tisu saraf dan letakkan di kotak yang betul.

SISTEM RANGKA1.2
Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh rawan dan tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang rawan.

Tarik nama tisu yang berkenaan dengan ciri yang diberi.

Tarik komponen tulang dan letakkan di kotak yang betul.

Fungsi Sistem Rangka1.2.1


Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsi-fungsi itu adalah:

a.

Perlindungan Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripada tisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks.

b.

Penyokong Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya.

c.

Stor Penyimpanan Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak.

d.

Pergerakan Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakan dilakukan.

e.

Penghasilan Sel Darah Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.

Struktur Tulang1.2.2
Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut.

a.

Struktur Tulang (Pandangan mata Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebut adalah: i. ii. iii. Tulang keras; Tulang lempung; Sumsum; dan Selaput periosteum yang melitupi tulang keras.

kasar)

iv.

Bahagian-bahagian tulang ini boleh dilihat pada Rajah 1.12.

Rajah 1.12: Keratan rentas binaan tulang Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rajah 1.13: Keratan rentas tulang panjang pada pandangan mata kasar Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

b.

Struktur Tulang (Pandangan melalui mikroskop) Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapat pada unit-unit ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang keras sejajar dengan permukaannya. Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan tulang atau lamellae yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruang halus di antara lingkaran papan-papan ini yang dinamakan sebagai lakuna di mana sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula bersambung di antara satu sama lain melalui salur halus. Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah dan limfatika yang terdapat di dalam salur Havers.

Rajah 1.14: Sistem Havers (keratan melintang tulang keras) Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Klasifikasi Tulang1.2.3
Tulang-tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk dan pembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu: a. Tulang Panjang i. ii. Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya; Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis); Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulang spongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga ini terdapat sumsum; Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf; Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalah klavikel, ulna, metakarpus tibia, fibula dan femur; dan Tulang panjang biasanya terbentuk daripada tulang rawan.

iii.
iv. v. vi.

Rajah 1.15: Tulang panjang dan bahagian-bahagiannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

b.

Tulang Pendek i. ii. iii. iv. Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama; Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dan diliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis; Berkembang daripada tisu rawan; dan Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki.

c.

Tulang Pipih i. ii. iii. Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dan sumsum; Berkembang daripada tisu mesenkima; dan Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulang tengkorak.

d.

Tulang Tidak Teratur (Tidak simetri) i. ii. iii. padat; iv. v. Berkembang daripada rawan; dan Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pinggul dan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teratur seperti sfenoid dan maksila. Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran; Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisan nipis tulang padat; Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannya daripada tulang

e.

Tulang Pneumatik i. ii. iii. iv. Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat; Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa; Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya; dan Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoid dan temporal.

f.

Tulang Sesamoid i. ii. iii. Sesamoid membawa maksud biji; Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon; dan Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.

Konsep dan Definisi Sendi1.3.1


Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah lentur (fleksibel). Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Sila rujuk rajah 1.16.

Rajah1.16: Sendi Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005) Fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut. Namun pergerakannya agak terbatas. Sebaliknya pula, jika longgar hubungan pada titik pertemuan, maka semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Kelemahan bagi sendi yang longgar hubungan pada titik pertemuan adalah ia mudah terkehel atau mengalami dislokasi. Pergerakan sendi juga amat dipengaruhi oleh kelenturan tisu perantara yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

Jenis-jenis Sendi dan Strukturnya1.3.2


Terdapat tiga jenis sendi yang utama iaitu:

a.

Sendi Berfiber (Sinartrosis) Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaan artikular tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satu sama lain dan ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh kerana tulang terikat amat rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan pada sendi ini amat sedikit atau tiada sama sekali. Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

i.

Sendi Sutur

Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berfiber. Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur. Sendi ini bercantum dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, perhubungan antara tulang leper pada tengkorak.

Rajah 1.17: Sendi sutur (A= rajah skema sendi sutur: tulang-tulang dihubungi oleh lapisan nipis tisu berserat. B = pandangan superior tengkorak yang menunjukkan sendi sutur Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

ii.

Sendi Sindesmosis

Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiber yang agak banyak. Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.

Rajah 1.18: Sendi sindesmosis Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

b.

Sendi Rawan Sendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagi permukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yang sedikit atau tiada sama sekali. Sendi rawan terbahagi kepada dua:

i.

Sendi Rawan Primer (Sinkondrosis)

Juga dikenali sebagai sendi rawan hialin kerana tulang dihubungkan melalui rawan hialin. Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh.

Rajah 1.19: Sendi rawan primer Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

ii.

Sendi Rawan Sekunder (Simfisis)

Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di mana rawan hialin dihubungkan dengan tisu berfiber. Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber.

Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkan tulangtulang di dalam sendi ini agak tebal. Contoh, sendi di antara badan vertebra.

Rajah 1.20: Sendi rawan sekunder (simfisis) Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

c.

Sendi Sinovial Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara tulang-tulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri tersebut adalah:

i.

Rawan Artikular Atau Hialin Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Ini membolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuh seseorang.

ii.

Ligamen Kapsul Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yang berfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar, maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan. Ligamen kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaan artikular.

iii.

Kaviti Sendi Terletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya di dalam kapsul.

iv.

Membran Sinovial Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi yang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskan oleh sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa basah dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendi mempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuan utama bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi.

Terdapat enam jenis sendi sinovial: v. Sendi Satah/Sendi Melongsor

Tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain. Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi atau putaran. Contoh, sendi karpus dan tarsus.

vi.

Sendi Engsel

Mempunyai hanya satu paksi transvers.

Pergerakan terbatas kepada satu satah sahaja. Pergerakan ini menyerupai pergerakan pada engsel pintu iaitu tutup (fleksi) dan buka (ekstensi). Contoh, sendi siku.

vii.

Sendi Pangsi/Sendi Putar

Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang. Contoh, putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal.

viii.

Sendi Elipsoid

Mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan paksi yang merentasi sendi sepanjang anterioposterior. Sendi ini boleh bergerak dalam dua arah iaitu ke belakang dan ke depan, fleksi dan ekstensi pada paksi transvers dan aduksi dan abduksi pada paksi anteriorposterior. Contoh, pergelangan tangan.

ix.

Sendi Pelana

Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana. Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi berbentuk cekung.

Merupakan sendi elipsoid yang terubah suai dan boleh bergerak dengan lebih bebas. Contoh, metakarpus ibu jari.

x.

Sendi Lesung/Sendi Soket

Permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan boleh dimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk seperti cawan. Sendi ini boleh bergerak dalam tiga satah: pergerakan fleksi dan ekstensi; abduksi dan aduksi; dan putaran dan sirkumduksi. Contoh, sendi bahu.

Rajah 1.21: Jenis-jenis sendi sinovial Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

Fungsi Sendi1.3.3
Fungsi sendi yang utama adalah untuk membuat pergerakan. Pergerakan pada sendi boleh dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu:

a. Gerakan Meluncur
Merupakan pergerakan geseran di antara dua permukaan pipih. Contohnya adalah pergerakan antara tulang-tulang karpal dan tarsal.

b. Gerakan Bersudut
Adalah diterangkan sesuai dengan arah pergerakan berlaku seperti fleksi, lenturan dan pelipatan.

c. Gerakan Putaran
Menerangkan tentang satu tulang yang bergerak mengitari tulang lain atau di dalam tulang lain. Contohnya seperti putaran radius mengelilingi ulna. Antara gerakan-gerakan lain yang berlaku adalah sirkumduksi iaitu kombinasi gerakan putaran dan bersudut. Gerakan ini selalunya melibatkan putaran dalam lingkaran. Contohnya pergerakan sirkumduksi adalah gerakan membawa lengan ke depan, ke atas, ke belakang dan ke bawah.

SISTEM OTOT1.4
Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot

berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.

Jenis-jenis Otot1.4.1
Otot terbahagi kepada tiga jenis:

a.

Otot Jantung Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang-cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang.

b.

Otot Licin Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30200 m panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 510 m. Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah:

i.

Tisu Otot Visera (Unit tunggal) Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi.

ii.

Tisu Otot Licin (Berbilang unit) Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata.

Rajah 1.22: Tisu otot licin Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

c.

Otot Rangka Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya. Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otot-otot ekspresi muka. Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus.

Rajah 1.23: Keratan melintang otot rangka Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Struktur dan Fungsi Otot Rangka1.4.2


a.
Struktur Internal Otot Rangka Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50-100 m lebar dan panjang sehingga mencapai 10 cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya. Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersama-sama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium. Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih.

b.

Fungsi Otot Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti:

Rangka

i.

Gerakan Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan.

ii.

Penetapan postur Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang.

iii.

Penghasilan haba Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot.

Lokasi dan Tindakan Otot Utama1.4.3


a. Lokasi
tot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atau aponeurosis kepada tulang, rawan, ligamen atau fasia. Terdapat otot yang yang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Otot yang berkontraksi akan menjadi pendek, tetapi salah satu tempat perlekatannya biasanya kekal, tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja. Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yang tidak bergerak atau bergerak sedikit. Manakala istilah penyelitan (pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau bergerak lebih. Contoh, satu hujung otot bisep braki yang terletak di hadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagi melekat pada radius di lengan bawah. Apabila fleksi dilakukan oleh sendi siku untuk mengangkat barang, bisep braki berkontraksi. Hujung otot yang melekat pada skapula tetap dan tidak bergerak, tetapi hujung yang melekat pada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Sebaliknya, jika kita memegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkan tubuh ke atas, hujung otot yang melekat pada radius akan tetap, tetapi hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak.

Rajah 1.24: Pergerakan fleksi sendi siku Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Oleh yang demikian, istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan. Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. Istilah tersebut adalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Hujung otot yang terletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatan proksimal. Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atau hujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal.

i.

Tindakan Otot Utama Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover), antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik.

ii.

Penggerak Utama Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku.

iii.

Antagonis Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan refleks saraf.

Rajah 1.25: Otot biseps braki dan triseps Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

iv.

Penetap Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdel pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu.

v.

Sinergistik Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor panjang bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan.

Otot-otot boleh menjadi sama ada penggerak utama, antagonis, penetap atau sinergistik. Semua tindakan ini adalah bergantung kepada gerakan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu.

1. Berpandukan laman web


ini,www.bio.psu.edu/faculty/strauss/anatomy/biology29.htmsenaraikan dapatan yang berkaitan dengan hubung kait antara sistem tubuh. 2. 3. Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita? Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengan sistem rangka dari segi fisiologi? Apakah peranan sistem rangka kepada sistem organ yang lain?

4.

RUMUSAN

Sains anatomi dan fisiologi menunjukkan tentang organisasi struktur tubuh. Organisasi struktur tubuh mengandungi kepala dan leher, badan dan anggota. Tisu-tisu tubuh terbahagi kepada empat bahagian iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu pengikat dan tisu saraf. Usaha organisma mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) dalam sel badan dikenali sebagai homeostasis. Sistem rangka berfungsi sebagai perlindungan, penyokong, stor penyimpanan, pergerakan dan penghasilan sel darah. Struktur tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Tulang boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih, tulang tidak teratur (tidak simetri), tulang pneumatik dan tulang sesamoid. Sistem sendi terbahagi kepada tiga iaitu sendi berserat (sinartrosis), sendi rawan dan sendi sinovial. Sendi berserat (sinartrosis) terbahagi kepada dua iaitu sendi sutur dan sendi sindesmosis. Sendi rawan pula terbahagi kepada dua iaitu sendi rawan primer (sinkondrosis) dan sendi rawan sekunder (simfisis). Sementara itu sendi sinovial adalah sistem sendi yang terakhir. Sendi ini mempunyai ciri-ciri sendi sinovial seperti rawan artikular atau hialin, ligamen kapsul, kaviti sendi dan membran sinovial. Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi satah/sendi melongsor, sendi engsel, sendi pangsi/sendi putar, sendi elipsoid, sendi pelana dan sendi lesung/sendi soket. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot jantung, otot licin dan otot rangka. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50100 m lebar dan panjang sehingga mencapai 10 cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Otot rangka berfungsi sebagai agen penggerak, penetapan postur dan penghasilan haba. Tindakan otot utama ialah sebagai penggerak utama, antagonis, penetap dan sinergistik.

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 12.0

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem kardiovaskular; Mengenal pasti struktur dan fungsi jantung; Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem respiratori; Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem saraf; dan Mengenal pasti tentang impuls dan bagaimana penjalarannya di dalam sistem tubuh.

PENGENALAN
Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Sistem kardiovaskular berfungsi untuk mengangkut bahan makanan, perkumuhan dan sebagainya. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah. Ketiga-tiga komponen ini harus berfungsi agar sistem kardiovaskular dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jika salah satu daripada komponen ini rosak, maka sistem ini akan gagal berfungsi.

SISTEM KARDIOVASKULAR2.1
Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Sekarang kita lihat apa yang terdapat di dalam sistem kardiovaskular ini.

Komposisi Darah, Plasma dan Fungsinya2.1.1


Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah.

a.

Plasma Ia merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah adalah terdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam plasma iaitu:

Air Protein Garam galian Lain-lain

91.0% 8.0% 0.9% 0.1%

Lain-lain komponen ini adalah: Zat makanan Gas Bahan-bahan lain Asid amino, vitamin, glukos dan lemak Oksigen, karbon dioksida Urea, hormon, enzim dan antibodi

Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan makanan, lemak, glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain daripada itu, plasma juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid urik dan beberapa karbon dioksida. Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma darah. Antara protein-protein tersebut adalah seperti di dalam Jadual 2.1 di bawah. Jadual 2.1: Protein di dalam Plasma Darah

Protein Albumin

Fungsi Menyesuaikan tekanan osmosis darah. Menyediakan protein untuk tisu. Membawa zat khusus dalam kombinasi dengan albumin. Penghasilan antibodi dan proses pelalian terhadap pelbagai penyakit. Pembekuan darah. Mencegah pembekuan darah. Pembekuan darah.

Globulin Fibrinogen Heparin Protrombin

b.

Sel Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia:

Darah

i.

Sel Darah Merah (Eritrosit)

Berbentuk piring dwicekung; Terbentuk daripada selaput sel yang mengandungi hemoglobin; Hemoglobin mengandungi protein globin dan zat besi (hematin); Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari;

Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa di mana zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan sel-sel yang baru; dan Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah bergabung dengan hemoglobin.

Rajah 2.1: Sel darah merah Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

ii.

Sel Darah Putih (Lukosit)

Sel darah putih tidak berwarna dan mempunyai rupa yang jernih;

Ianya adalah lebih besar daripada sel darah merah, namun mempunyai bilangan yang kecil; Sel darah putih terbahagi kepada dua iaitu sel darah putih nukleus aneka bentuk dan sel darah putih limfosit; 75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka bentuk; Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujung tulang panjang di mana sel darah merah terhasil; Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih;

Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh; dan

Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badan daripada serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi.

Rajah 2.2: Sel darah putih Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

iii.

Sel Pembeku (Platlet)

Saiz sel ini hanya daripada saiz sel darah merah; Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel; Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak mempunyai nukleus;

Sel pembeku berfungsi untuk membekukan darah di mana ia akan mengeluarkan trombokinas untuk membekukan darah; Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan; Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika a) terdapat haba yang lebih tinggi daripada suhu badan dan b) sentuhan dengan bahan kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yang rosak; dan Pembekuan darah diperlambatkan jika a) kesejukan, b) darah disimpan dalam tabung berlapis lilin dan c) kalium sitrat atau natrium sitrat ditambahkan ke dalam darah.

Darah mempunyai tugasnya yang tertentu. Antara tugas dan fungsi darah adalah:

Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh; Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh;

Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain; Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit sel darah putih dan penghasilan antibodi; Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui sel pembeku dan fibrinogen; Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah; Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan air kencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah; dan Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida daripada sel atau tisu.

Struktur Jantung dan Fungsinya2.1.2


Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz genggam penumbuk bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun. Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta. Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.

Rajah 2.3: Struktur jantung Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung:

a. Selaput Jantung (Perikardium)


i. ii. iii. Meliputi jantung dan terbahagi dua; Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut.

b. Otot Jantung (Miokardium)


i. ii. Dibina daripada otot bebas; dan Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.

c. Selaput Jantung (Endokardium)


i. ii. Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah.

Rajah 2.4: Lapisan jantung dan perikardium Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Fungsi-fungsi jantung adalah:

Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh; Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem kardiovaskular dengan melayari internet dan bincangkan bersama rakan atau tutor anda.

Peredaran Darah2.1.3
Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia. Jantung merupakan organ yang utama dalam proses pengedaran darah. Jadual 2.2 menunjukan jenis-jenis peredaran darah.

Jadual 2.2: Jenis-jenis Peredaran Darah

Peredaran Sistemik

Darah keluar dari ventrikel kiri jantung melalui aorta. Aorta menjadi cabang kecil dipanggil arteri untuk menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh. Dinding arteri berotot untuk mengawal aliran darah. Kapilari pula akan akan bergabung dan membentuk venul Venul pula akan bergabung semula dan menjadi vena yang berfungsi untuk menghantar semula darah ke jantung. Vena akan bergabung dan menjadi sepasang vena iaitu vena kava inferior dan vena kava superior. Vena kava inferior mengumpulkan darah dari anggota distal bawah badan. Vena kava superior pula mengumpulkan darah dari anggota distal atas badan. Kedua-dua pembuluh darah ini akan menghantar isinya ke dalam atrium jantung kanan. Darah akan masuk ke dalam ventrikel kanan melalui vena. Ventrikel kanan ini akan mengecut dan mengepam darah ke arteri pulmonari. Darah dihantar ke paru-paru kanan dan kiri melalui arteri yang bercabang dua. Semasa di dalam paru-paru, arteri akan berpecah menjadi arterial dan akhirnya akan menjadi kapilari pulmonari. Kapilari pulmonari akan membawa oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah akan dikembalikan kepada jantung apabila kapilari pulmonari bergabung menjadi vena. Terdapat empat vena pulmonari yang bertugas mengembalikan darah ke jantung dan darah tersebut dimasukkan ke atrium kiri. Darah tersebut akan dimasukkan pula ke ventrikel kiri di mana ia akan mengecut dan mengepam darah ini ke aorta untuk memulakan semula peredaran sistemik. Vena portal bertanggungjawab untuk mengumpulkan darah dari usus, perut, pankreas dan limpa. Vena portal akan terbahagi apabila berada di dalam hati. Ianya membelah masuk ke dalam sistem kapilari. Sistem kapilari akan bergabung dengan kapilari arteri hepatik yang akan menghantar darah dari aorta ke hati. Vena heparik pula akan menghantar darahnya ke vena kava inferior dan kemudian ke jantung.

Peredaran Pulmonari

Peredaran Portal

Rajah 2.5 menunjukkan lebih jelas sistem peredaran darah sistemik dan sistem peredaran darah pulmonari.

Rajah 2.5: Sistem peredaran darah sistematik dan sistem peredaran darah pulmonari

Rajah 2.6 pula menunjukan keratan rentas jantung yang menunjukkan ruang-ruang dan pembuluh darah besar.

Rajah 2.6: Ruang-ruang jantung dan pembuluh darah besar Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan mengalirkan kembali darah ke jantung. Mari kita lihat apakah pembuluh-pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara ringkas dalam tubuh kita.

a. Arteri
Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telah diringkaskan dalam Jadual 2.3. Jadual 2.3: Lapisan-lapisan Arteri Arteri Elastik (kenyal) Dinding arteri terbesar, seperti aorta dan trunkus pulmonari. Banyak tisu perantara kenyal. Tisu perantara kenyal akan mengembang apabila menerima isi padu darah yang tiba-tiba tertolak dengan setiap denyutan jantung. Arteri Berotot Terdiri daripada otot licin. Bercabang ke kawasan tertentu pada tubuh badan. Arteriol Merupakan arteri yang terkecil. Mempunyai garis pusat 0.5 mm atau kurang. Otot licin dalam arteriol membolehkan keadaan pengecutan (vasokonstriksi) dan peregangan (vasodilatasi) pilihan berlaku.

Pengecutan dan peregangan terjadi untuk membolehkan darah dihantar ke satu organ dan dibawa dari satu organ yang lain. c.

d. Kapilari
Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira. Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya hanya besar sedikit sahaja daripada saiz sel darah merah. Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan endotelium. Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari. Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.

e. Venul
Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingi endotelium.

f. Vena
Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar. Vena-vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung. Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot licin. Vena terbahagi kepada tiga jenis seperti dalam Jadual 2.4. Jadual 2.4: Jenis-jenis Vena Vena Profondus Terletak di dalam otot atau di antara otot, dan kebiasaannya mengiringi arteri. Berfungsi untuk menolak darah di dalamnya ke jantung. Darah akan tertolak ke jantung, apabila berlaku kontraksi otot yang menekan vena profondus. Dikenali sebagai vena komitans di bahagian distal anggota kerana di sini kedudukan vena adalah berpasangan. Vena Superfisial Terdapat di bawah kulit. Berfungsi untuk mengalirkan darah dari kulit dan tisu subkutaneus. Mempunyai taoak laluan dan cork yang berbeza, oleh itu nama vena superfisial hanya diberi kepada vena utama dan yang tetap. Mempunyai injap yang bertugas untuk mengarahkan aliran darah ke jantung. Vena Penghubung Menghubungkan vena profundus dengan vena superfisial Injap pada vena penghubung mengarahkan aliran darah dari vena superfisial ke vena profundus

Banyak terdapat di bahagian distal anggota bawah. h.

1. Kaitkan kecergasan jantung dengan keupayaan sistem kardiovaskular dalam perlakuan aktiviti fizikal sepanjang menjalani latihan fizikal berintensiti tinggi. Bincangkan. 2. Apakah pengaruh kadar denyutan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung?

3. Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki mengenal pasti bahagian utama sistem kardiovaskular dan kaitkan dengan sistem pernafasan.

i.

Tarik komponen jantung dan letakkan di kotak yang betul.

Jenis-jenis Respiratori2.2.1
Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal (lihat Rajah 2.7).

Rajah 2.7: Pernafasan eksternal dan internal Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

a.

Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen. Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah: i. ii. iii. iv. Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; Aliran darah melalui paru-paru; Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.

Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.

b.

Pernafasan Internal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan

lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

Komponen dan Fungsinya Sistem Respiratori2.2.2


Sistem pernafasan terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

Rajah 2.8: Organ-organ yang terlibat dalam sistem pernafasan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rajah 2.9: Larinks, trakea dan bronkus Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Rajah 2.10: Rangka larinks Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Jadual 2.5 menerangkan secara terperinci setiap organ dan fungsinya dalam sistem pernafasan.

Rajah 2.9 dan 2.10 menunjukkan dengan lebih jelas larinks yang juga memainkan peranan dalam sistem pernafasan. Jadual 2.5: Organ-organ dalam Sistem Pernafasan dan Fungsinya Organ Hidung Bahagian hidung boleh terbahagi kepada dua iaitu bahagian internal dan bahagian eksternal. Bahagian eksternal terletak pada permukaan muka. Ia terbentuk daripada tulang dan rawan yang berbentuk rangka penyokong. Rangka hidung ini dilitupi oleh kulit di bahagian luar dan membran mukus di lapisan dalamnya. Lubang hidung atau nares eksternal adalah dua bukaan yang terdapat di bawah hidung eksternal. Bahagian internal pula terletak di atas mulut dan di antara dua kaviti orbit. Septum hidung membahagi hidung kepada bahagian kanan dan kiri. Membran mukus yang melapisi kaviti hidung dipenuhi dengan pembuluh darah. Farinks Bulu hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk. Lapisan mukus pula memerangkap debu dan mikroorganisma. Membran mukus menerima bekalan darah yang banyak dan berfungsi untuk mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan dan melembapkannya. Untuk membau kerana terdapat reseptor bau di bahagian atas hidung. Membantu menghasilkan bunyi dengungan (fonasi). Larinks Juga dikenali sebagai peti suara. Merupakan laluan pendek yang menghubungkan laringofarinks dengan trakea. Terdapat beberapa tulang rawan di larinks. Tiga daripada tulang rawan ini tidak Penghasilan suara. Laluan udara. Menghalang kemasukan bahan asing ke trek pernafasan bawah melalui lipatan-lipatan epiglotis dan vokal. Menyediakan laluan bagi keluar masuk udara dan juga makanan dan minuman. Menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi percakapan. Memberi perlindungan daripada mikroorganisma yang masuk bersama udara, makanan dan minuman. Fungsi Bulu hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk. Lapisan mukus pula memerangkap debu dan mikroorganisma. Membran mukus menerima bekalan darah yang banyak dan berfungsi untuk mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan dan melembapkannya. Untuk membau kerana terdapat reseptor bau di bahagian atas hidung. Membantu menghasilkan bunyi dengungan (fonasi).

berpasangan dan tiga lagi berpasangan. Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan kuneiform. Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid, epiglotis dan krikoid. Trakea Merupakan satu salur berukuran 12cm panjang. Terbentuk daripada rawan-rawan yang berbentuk C. Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput. Otot bebas terdapat di ruang antara rawanrawan. Bronkus Trakea akan bercabang dan membentuk bronkus kiri dan kanan. Dilapisi oleh tisu epitelium. Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus kiri. Bronkus kiri lebih panjang dan nipis. Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus. Paruparu Berbentuk kon dan berpasangan. Jantung dan struktur lain memisahkan paruparu dari pasangannya. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan tiga lobus. Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil sebagai pleura. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Menyediakan tempat laluan bagi pengagihan keluar dan masuk udara. Menyediakan tempat laluan bagi udara yang masuk dan keluar.

1.

Nyatakan fungsi sistem pernafasan.

2. Namakan struktur yang membentuk sistem pernafasan dan huraikan struktur tersebut
dengan ringkas.

Tarik komponen sistem pernafasan dan letak.

Mekanisme dan Kawalan Pernafasan2.2.3


a.
Mekanisme Pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam Jadual 2.6. Jadual 2.6: Perubahan yang Berlaku Semasa Mekanisme Tarikan dan Hembusan

Tarikan Nafas (inspirasi) Otot interkosta luar mengecut. Otot interkosta dalam mengendur. Sangkar rusuk tertarik ke atas dan ke luar. Otot diafragma mengecut. Diafragma menjadi kurang melengkung. Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan udara di dalamnya berkurang. Akibatnya udara dari luar masuk ke dalam peparu.

Hembusan Nafas (ekspirasi) Otot interkosta luar mengendur. Otot interkosta dalam mengecut. Sangkar rusuk tertarik ke bawah dan ke dalam. Otot diafragma mengendur. Diafragma melengkung ke atas seperti bentuk kubah. Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks berkurang dan tekanan udara di dalamnya bertambah. Akibatnya udara dari peparu ditolak ke luar.

c. Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekaligus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paruparu berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru. Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut: i. ii. iii. Mengeluh dan menguap Gerakan menarik nafas yang panjang. Batuk dan bersin Gerakan menghembus nafas yang terpaksa. Tersedu Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara.

d.

Kawalan Pernafasan Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia.

i.

Kawalan Saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan.

ii.

Kawalan Kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan

pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

e. f.

SISTEM SARAF2.3

Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Struktur dan Fungsi Sistem Saraf2.3.1


Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls. Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan mencetuskan potensial aksi.

Rajah 2.11: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls Sumber:&ens;Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sistem saraf ini terbahagi dua iaitu (lihat Rajah 2.12).

a.

Sistem Saraf Pusat Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda

spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

b.

Sistem Saraf Periferi Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar. Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Rajah 2.12: Fungsi saraf pusat dan saraf periferi Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Organisasi Sistem Saraf2.3.2


Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

a.

Otak Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5 kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.

Rajah 2.13: Bahagian-bahagian otak Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan serebelum.

i.

Batang Otak Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual 2.7 berikut menghuraikan komponen-komponen dalam batang otak.

Jadual 2.7: Komponen-komponen dalam Batang Otak Medula Oblongata Berhubung dengan korda spina. Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal. Terbina daripada jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih. Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus. Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di pons. Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan ventralnya. Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas lencongan ke anterolateral. Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

Pons

Otak Tengah

ii.

Diensefalon Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria, semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan. Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan pusat haus.

iii.

Serebrum Ia merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya. Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan. Jadual 2.8: Kawasan-kawasan Korteks Serebrum

Deria

Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh. Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan sebagainya. Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan. Serebelum Ia merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh.

Motor Asosiasi v.

vi.

b.

Korda Spina Korda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa. Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Korda spina adalah terdiri daripada segmen-segmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral. Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk membawa maklumat dari periferi ke korda spina. Sementara akar ventral mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal organ efektor. Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

Rajah 2.14: Korda spina Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

c.

Sistem Saraf Autonomik Ia merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:

i.

Sistem Saraf Simpatetik (lihat Rajah 2.15) Ia terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara rangkaian-rangakaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah:

Rangkaian saraf jantung Membekalkan jantung dan paru-paru.

Rangkaian saraf siliaka Membekalkan perut usus, organ-organ di dalam abdomen serta kilang adrenal. Rangkaian saraf hipogastrik Membekalkan organ-organ di dalam ruang pelvis.

Rajah 2.15: Skema tapak laluan serat saraf simpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

ii.

Sistem saraf parasimpatetik (lihat Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut:

Rajah

2.16)

Bahagian kranium Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak.

Bahagian sakrum Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan.

Rajah 2.16: Skema sistem saraf parasimpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Impuls dan Penjalarannya2.3.3


Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria. Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut: a. b. c. d. e. Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lainlain binaan. Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang. Saraf tunjang dan neuron gegantinya. Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang. Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut.

Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Jadual 2.9 berikut menunjukkan beberapa contoh impuls. Jadual 2.9: Beberapa Contoh Impuls Bahagian Sistem Saraf Pusat Menarik tangan dengan segera apabila terkena benda tajam atau panas. Sentakan sendi lutut apabila dipukul dengan alat pemukul sendi di atas tendon tempurung lutut. Tapak kaki yang digarit dengan benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan ibu jari membengkok ke bawah. Bahagian Sistem Saraf Autonomi Air liur akan terhasil dengan lebih banyak jika terhidu atau ternampak makanan yang lazat. Impuls anak mata terhadap cahaya. Anak mata mengecil apabila cahaya terang dan membesar apabila cahaya gelap.

Tersedak atau terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh.

Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal. Tetapi jika berlaku kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil. Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum (Rajah 2.17). Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang sebagai jalaran piramid. Di laras tertentu, serat saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu. Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh. Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain.

Rajah 2.17: Jalaran saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

1.

Apakah kaitan epilepsi atau sawan dengan sistem saraf manusia? Bagaimana ia boleh berlaku dan apakah penyebab kepada berlakunya sawan? Apakah kaitan antara mereka yang mempunyai IQ yang rendah dengan mereka yang

2.

berkemahiran sukan yang tinggi? Huraikan. RUMUSAN

Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah. Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen dari paruparu dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah. Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (lukosit) dan sel pembeku (trombosit). Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Jantung mempunyai tiga lapisan iaitu perikardium, miokardium, dan endokardium. Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia dan jantung merupakan organ yang yang utama dalam proses pengedaran darah. Terdapat dua sistem peredaran darah iaitu sistem peredaran darah sistemik dan sistem peredaran darah pulmonari. Pembuluh darah terbahagi kepada empat iaitu arteri, kapilari, venol dan vena. Vena terbahagi kepada tiga iaitu vena profondus, vena superfisial dan vena penghubung. Sistem respiratori berfungsi menjalankan proses pernafasan dan ia terbahagi kepada dua iaitu internal dan eksternal. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru. Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 23.0

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem endokrin; Membincangkan tentang sistem endokrin utama yang terdapat di dalam tubuh manusia;

3. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem pencernaan; dan


4. Menjelaskan dengan lebih lanjut tentang sistem perkumuhan.

PENGENALAN
Di dalam tubuh kita terdapat beberapa kelenjar yang membawa hormon ke dalam sistem peredaran atau tisu-tisu perantara. Sistem ini dikenali sebagai sistem endokrin. Kita makan dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh harus dihadamkan dan dibuang keluar. Apa yang telah kita makan, harus dikeluarkan untuk digantikan dengan yang baru. Oleh itu, mari kita lihat bagaimana sistem endokrin, sistem penghadaman dan perkumuhan di dalam sistem tubuh badan berhubung kait dan berfungsi.

SISTEM ENDOKRIN3.1
Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

Fungsi dan Ciri-ciri Hormon3.1.1


Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon:

a.

Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; b. Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; c. Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan d. Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung. Rajah 3.1 menunjukan sistem endokrin.

Rajah 3.1: Sistem endokrin Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Kelenjar Endokrin Utama3.1.2


Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

a. Kelenjar Pituitari (lihat Rajah 3.2)

Rajah 3.2: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

i. ii. iii. iv. v.

Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon dan mengawal aktiviti tubuh; Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat; Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior (rujuk Jadual 3.1); Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.

Jadual 3.1: Lobus Anterior dan Lobus Posterior Lobus Anterior Hormon pertumbuhan Mengawal tumbesaran tubuh. Hormon tirotropik Mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam menghasilkan tiroksin. Hormon adrenokortikotropik Mengawal aktiviti suprarenal dalam menghasilkan kortisol daripada korteks kelenjar suprarenal. Hormon gonadotrofik: a. Hormon perangsang folikel Merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis. b. Hormon luteinising Mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis. c. Hormon prolaktin Mengawal rembesan air susu dan mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan. Lobus Posterior Hormon antidiuretik Mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui ginjal. Hormon oksitosik Merangsang pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi.

b. Kelenjar Tiroid (lihat Rajah 3.3)

Rajah 3.3: Anterior kelenjar tiroid Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

i. ii. iii. iv. v. vi.

Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea; Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah; Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin; Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan; Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida; dan Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid, iaitu hiperembesan dan hiporembesan (rujuk Jadual 3.3).

Jadual 3.2: Lobus Anterior dan Lobus Posterior Hiporembesan Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Hiperembesan Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.

c. Kelenjar Paratiroid (lihat Rajah 3.4)

Rajah 3.4: Empat kelenjar paratiroid Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

i. ii. iii.

Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid; Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang; dan Dua keadaan pada kelenjar paratiroid adalah dihuraikan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Hipoparatiroidisme dan Hiperparatiroidisme Hipoparatiroidisme Kekurangan kalsium dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera. Hiperparatiroidisme Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

d. Kelenjar Timus (lihat Rajah 3.5)

Rajah 3.5: Kedudukan kelenjar timus Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

i. ii. iii. iv. v.

Terletak dalam toraks; Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus; Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir; Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula; dan Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.

e. Kelenjar Adrenal (lihat Rajah 3.6)

Rajah 3.6: Kelenjar suprarenal kanan dan kiri Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

i.

Terletak di bahagian atas setiap ginjal;

ii. iii. iv. v. vi.

Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat; Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian medula menghasilkan adrenalin dan nondrenalin; Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marah atau takut, asfiksia dan kelaparan; dan Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini. Komponen utama kelenjar adrenal ialah medula adrenal yang dikelilingi oleh korteks adrenal (rujuk Jadual 3.4).

Jadual 3.4: Korteks Adrenal dan Medula Adrenal Korteks Adrenal Terbahagi kepada tiga zon. Zon pertama adalah glomerulosa menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid. Zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen. Medula Adrenal Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih poten daripada noradrenalin.

f. Kelenjar Pineal

i. ii. iii. iv.

Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah (Rajah 3.7); Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater; Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin; dan Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

Rajah 3.7: Kedudukan kelenjar pineal pada otak Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Berikan definisi sistem endokrin dan jelaskan fungsi sistem ini dalam membantu metabolisme fisiologi dalam tubuh.

Tindakan Hormon3.1.3
Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.5. Jadual 3.5: Tindakan Positif dan Negatif Hormon Bahagian Sistem Saraf Pusat Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan hormon tersebut. Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif. Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan lebih banyak hormon. Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa ingin melahir bayi. Bahagian Sistem Saraf Autonomi Kekurang hormon akan menyebabkan kelenjar merembes dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat. Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan. Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan mengurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan. Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk memberitahu tentang kelajuan endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

SISTEM PENCERNAAN3.2
Sistem pencernaan (Rajah 3.8) mengandungi organ-organ yang bertanggungjawab menjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak berada di dalam bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh.

Rajah 3.8: Sistem pencernaan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan3.2.1


Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagianbahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut:

a. Mulut
i. ii. Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:


iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah. Ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalam pipi.

Ruang mulut (Rajah 3.9) terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua pembukaan, anterior dan posterior. Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung. Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior lelangit. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak. Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada otot. Bagi dinding lateral mulut dan pipi, ianya adalah otot yang dilapisi oleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar. Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh membran mukus. Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk pembukaan posterior.

Rajah 3.9: Ruang mulut Sumber: Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia disunting oleh Masood bin Abdul Rashid, dan Mohd Ariffin bin Siri. (1997). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat dan lain-lain pelajar para-perubatan. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

b. Lidah
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem pencernaan. Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut. Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Otot ekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah. Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang dipanggil papila. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dan sirkumvalat. Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. Lidah mempunyai beberapa tugas, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Tugas Lidah Tugas Lidah a. Deria rasa Lidah dapat mengenal pelbagai jenis rasa seperti manis, masin, masam dan pahit dan ini membantu sesorang menikmati makanan atau minumannya. Lidah adalah penting untuk pertuturan. Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan.

b. Pertuturan c. Kunyahan dan telanan d. Sentuhan

Merupakan salah satu organ deria sentuhan.

Rajah 3.10 menunjukkan reseptor rasa yang terdapat pada lidah.

Rajah 3.10: Lidah Reseptor rasa Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

c. Gigi
i. ii. iii. iv. Merupakan struktur tambahan di dalam sistem pencernaan. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiri daripada lapan gigi kacip, empat gigi taring, lapan gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar. Gigi membantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada makanan tersebut. Jadual 3.7 menunjukkan jenis gigi dan fungsinya.

Jadual 3.7: Jenis Gigi dan Fungsinya Jenis Gigi Gigi kacip Fungsi Untuk menggigit dan memotong. Mempunyai pinggir yang rata dan tajam. Gigi taring Untuk mengoyak dan menikam. Mempunyai kepala yang tirus.

Geraham kecil

Untuk mengoyak dan mengisar. Mempunyai dua gerigi di permukaannya. Untuk mengisar dan melumatkan makanan. Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata.

Geraham besar

Rajah 3.11 yang berikut menunjukan keratan rentas gigi, pembentukan dan masa pertumbuhannya.

Rajah 3.11: Keratan rentas gigi, pembentukan gigi dan masa pertumbuhannya Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

d. Kelenjar Air Liur


i. Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan.

ii. iii. iv.

Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut (lihat Rajah 3.12). Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan dan permulaan pemecahan secara kimia dapat dilakukan. Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebut adalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (lihat Jadual 3.8). Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari. Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim.

v. vi.

Jadual 3.8: Kelenjar Air Liur Kelenjar parotid Terletak di hadapan dan di bawah telinga. Merupakan kelenjar air liur yang terbesar. Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang membuka pada bahagian atas vestibul mulut. Kelenjar submandibular Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi. Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di bawah lidah. Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

Kelenjar sublingual

Huraikan ciri-ciri dan fungsi kaviti mulut, lidah dan kelenjar-kelenjar air liur dengan ringkas.

Rajah 3.12: Kelenjar air liur Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

e. Farinks (Tekak)
i. ii. Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Ia terdiri daripada membran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus. Ianya berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks adalah adenoid. Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat tonsil. Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakang larinks.

f. Esofagus
i. ii. Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea. Mempunyai 23 hingga 25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka. Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke gaster.

iii. iv.

g. Gaster (Perut)
i. ii. iii. Adalah kawasan penyimpanan makanan sementara sebelum makanan tersebut dicerna oleh usus. Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Gaster akan mengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanan kerana ianya bersifat kenyal. Rongga gaster terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus.

iv. v.

Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik. Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut. Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik. Fungsi asid hidroklorik pula adalah:

vi. vii.

Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim ptialin (amilase air liur); Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsin dan renin bertindak; dan Mensterilkan makanan daripada bakteria.

Rajah 3.13: Permukaan dalam gaster dan duodenum Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

h. Usus Kecil
i. ii. iii. Merupakan saluran makanan yang paling sempit. Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan. Tiga bahagian pada usus kecil adalah:


iv.

Duodenum menghubungkan gaster dengan jejunum; Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan Jejunum dan ileum jejunum mempunyai 2.4m panjang dan ileum pula 3.6m panjang. Menyelesaikan semua proses penghadaman; Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

Tugas usus kecil adalah:

i.

Usus Besar (Kolon) i. ii. Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus besar adalah:


iii. iv.

Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan. Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum. Rektum saluran berotot yang pendek.

Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 cm. Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari). Fungsi usus besar adalah sebagai:

v.

Penyerap air, garam dan glukosa; Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam; Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

Rajah 3.14: Usus besar dan bahagian-bahagiannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

Secara kasarnya, proses kimia dalam pencernaan melibatkan mulut, perut, duodenum dan usus kecil (lihat Jadual 3.9).

Jadual 3.9: Ringkasan Proses Kimia dalam Pencernaan Bahagian Salur Pencernaan Mulut

Kelenjar

Rembesan

pH

Enzim

Perubahan

Kelenjar air liur Kelenjar gaster

Air liur

6.56.8

Amilase air liur (ptialin) HCI (bukan enzim) Pepsin

Kanji maltosa

Perut

Jus gaster

1.5

Pepsinogen pepsin

Protein pepton + polipeptida Kaseinogen kasein (kasein kemudiannya dicernakan oleh pepsin) Kanji maltosa

Renin

Duodenum

Pankreas

Jus pankreas

7.88.5

Amilase pankreas Tripsin

Protein pepton (polipeptida) Lemak asid lemak dan gliserol Lemak titisan lemak (hempedu meneutralkan asid) Tripsinogen tripsin Pepton polipeptida asid amino Maltosa glukosa Sukrosa glukosa + fruktosa Laktosa glukosa + galaktosa Lemak asid lemak + gliserol

Lipase

Hati

Hempedu

Beralkali

Garam hempedu (bukan enzim)

Usus kecil (jejunum dan ileum)

Kelenjar Brunner (kelenjar usus)

Jus usus (sukus enterikus)

Beralkali (7.6)

Enterokinase Erepsin

Maltase Sukrase

Laktase

Lipase

Sumber: Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai

1. Di manakah kedudukan kelenjar paratiroid?


2. Huraikan ciri-ciri dan fungsi gaster, usus kecil dan usus besar secara ringkas.

layari http://biologilover.files.wordpress.com/2008/02/sistem-pencernaan.doc untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pencernaan

Mekanisme dan Kawalan Pencernaan3.2.2


Kedua-dua aspek ini dihuraikan seperti berikut.

a. Mekanisme

Pencernaan Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.

i.

Kunyahan dan Telanan

Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini.

ii.

Penghadaman

Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku.

Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap.

iii.

Penyerapan

Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil. Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam sistem penghadaman.

iv.

Pembuangan Bahan Makanan yang Tidak Hadam

Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam. Pembuangan bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

b. Kawalan

Pencernaan Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem pencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehan mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup. Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhir proses penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahan makanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzim penting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja. Anda boleh rujuk Jadual 3.9 untuk nama dan tindakan enzim terbabit.

Sila tarik organ terlibat dalam sistem pencernaan yang padan dengan deskripsi yang diberi.

Tarik komponen ginjal dan letakkan di kotak yang betul.

SISTEM PEKUMUHAN3.3
Seperti yang telah kita ketahui pada sistem pencernaan, makanan akan dicernakan oleh enzim di dalam trek gastrousus. Makan yang dicerna akan diserap dan sampai ke sel-sel tertentu di dalam badan. Makanan yang tidak serap akan menjadi feses (najis) dan dikeluarkan melalui anus. Bahan buangan atau hasil akhir di bawa keluar bersama dengan air dan karbon dioksida. Karbon dioksida akan dibawa semula ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian hasil akhir akan larut di dalam air; dari situlah terjadinya peluh yang kemudiannya dikeluarkan melalui kulit pada sistem integumen. Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulit tubuh, paru-paru dan kolon. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Di dalam bahagian ini akan diterangkan tentang sistem urinari dan kulit tubuh sahaja. Bagi paru-paru, sila rujuk sistem pernafasan; manakala bagi kolon sila rujuk sistem pencernaan.

Struktur dan Fungsi Sistem Perkumuhan3.3.1


Sistem perkumuhan terdiri daripada sistem urinari dan kulit tubuh.

a. Sistem

Urinari Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan

mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra (lihat Rajah 3.15).

Rajah 3.15: Ginjal dan sistem urinari yang berkaitan Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

i.

Ginjal

Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk seperti biji kacang hijau. Berukuran 1012 cm panjang, 57 cm lebar dan 2.5 cm tebal dan seberat kira-kira 140 gm bagi orang dewasa. Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh ginjal. Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri. Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu (lihat Rajah 3.16).

o o o

Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis; Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.

Rajah 3.16: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

ii.

Ureter

Juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing. Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25 cm panjang. Dua bahagian ureter:

o o

Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks. Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4 cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing. Tisu berserat lapisan bahagian luar; Tisu otot bebas lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing; dan Tisu epitelium peralihan lapisan melindunginya daripada asid urik. dalam ureter berfungsi untuk

Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:

o o o

iii.

Pundi Kencing (Rajah 3.17)

Adalah organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menakung air kencing. Ianya berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing.

Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Lapisan dalamnya adalah kalis air di mana terbina daripada membran mukus jenis epitelium peralihan. Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia dikeluarkan melalui uretra. Sebanyak satu liter urin boleh ditakung oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh menakung sebanyak tiga liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menakung 610 liter urin, perasaan hendak kencing akan timbul.

Rajah 3.17: Pandangan kiri pundi kencing Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

iv.

Uretra

Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing pada waktu yang sesuai. Ukuran panjang uretra wanita adalah 4 cm panjang. Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa. Panjang uretra lelaki pula berukuran 20 cm panjang. Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki:

o o o

Bahagian prostat mengeliling uretra, otot pencerut uretra juga terletak di sini; Bahagian membranus uretra yang berlanjutan daripada prostat; dan Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat di dalam zakar.

1. 2.

Apakah ginjal? Huraikan fungsinya. Nyatakan fungsi sistem urinari.

b. Kulit

Tubuh (Rajah 3.18) Ia juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.

i.

Epidermis Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium yang terbahagi kepada dua lapisan:

Lapisan bersisik (Lapisan Horny) Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan. Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari janasel.

Lapisan janasel Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen.

ii.

Dermis Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5 mm. Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh. Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain. Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu nyata. Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu:

Kelenjar Peluh Ekrin (Merokrin) Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih berair.

Kelenjar Peluh Apokrin Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Rajah 3.18: Skema kulit dan struktur di dalamnya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bandingkan struktur epidermis dan dermis.

Mekanisme dan Kawalan Perkumuhan3.3.2

Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa. Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air. Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang kita keluarkan. Ginjal akan menghasilkan lebih banyak urin apabila kita minum dengan banyak. Ini berlaku kerana ginjal bertanggungjawab untuk mengimbangi air di dalam salur darah. Oleh itu, sistem urinari harus dijaga dengan baik agar masalah seperti penyakit ginjal, batu karang dan gout boleh dielakkan. Meminum sekurang-kurangnya enam gelas sehari dapat memastikan sistem ini berjalan dengan baik. Melalui senaman pula kita dapat membantu membuang bahan buangan dalam badan. Ia dapat dilakukan melalui perpeluhan, di mana air dan garam mineral dikeluarkan. Perpeluhan pula berlaku kerana adanya kelenjar peluh. Kelenjar peluh terangsang untuk mengeluarkan peluh dengan banyak apabila keadaan panas. Peluh akan tersejat daripada kulit dengan menyerap haba daripada badan. Tindakan ini akan menjadikan badan menjadi sejuk. Dalam keadaan yang sejuk, perpeluhan tidak akan berlaku.

RUMUSAN

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh. Empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:

o o o o

Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Sistem pencernaan mengandungi organ-organ yang bertanggungjawab menjalankan tugas penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh. Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut:

o o o o o o o o o

Mulut Lidah Gigi Kelenjar air liur Farinks (tekak) Esofagus Gaster (perut) Usus kecil Usus besar (kolon)

Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita iaitu peringkat kunyahan dan telanan, penghadaman, penyerapan dan pembuangan bahan makanan yang tidak hadam. Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulit tubuh, paruparu dan kolon. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan satu uretra. Kulit juga dikenali sebagai kutis dan salah satu fungsi tubuh sebagai agen pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa. Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air. Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang kita keluarkan.

SISTEM TENAGA4.0

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang metabolisme tubuh; Mengenal pasti kegunaan karbohidrat, lipid dan protein;

3. Membuat perbandingan antara sistem aerobik dengan sistem anaerobik; dan


4. Membincangkan fungsi sistem aerobik dan anaerobik dalam aktiviti sukan.

PENGENALAN
Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu keupayaan melakukan kerja. Tenaga kimia, tenaga mekanik, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga elektrik dan tenaga nuklear merupakan enam jenis tenaga. Setiap jenis tenaga berupaya untuk berubah ke bentuk tenaga yang lain. Manusia boleh melakukan

pergerakan anggota tubuh dan bekerja hasil daripada perubahan tenaga kimia kepada tenaga mekanik. Kita boleh membahagikan tenaga kepada tenaga aerobik dan tenaga anaerobik. Tenaga anaerobik pula terbahagi kepada dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid laktik.

METABOLISME4.1
Metabolisme adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua makhluk yang hidup akan mengalami proses metabolisme. Kadar metabolisme akan bertambah secara berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti pergerakan atau penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar metabolisme akan berkurangan.

Konsep dan Definisi4.1.1


Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh untuk bekerja. Di dalam proses metabolisme, ada dua perubahan yang berlaku:

a.

Pembinaan (Anabolisme) Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh berlaku daripada asid amino yang diperolehi daripada protein, atau daripada lemak. Hasil daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah asid lemak atau gliserol. Kadar anabolisme yang tinggi berlaku semasa pertumbuhan dan semasa penyembuhan daripada penyakit.

b.

Pengungkaian (Katabolisme) Adalah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukos kepada karbon dioksida dan air. Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi melakukan kerja. Kadar katabolisme yang tinggi berlaku semasa seorang dijangkiti penyakit dan semasa waktu mati akibat kelaparan. Kita mendapat tenaga untuk tubuh badan melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Tenaga daripada tiga jenis zat makanan di atas adalah untuk: a. Menetapkan suhu badan,

b. Menggalakkan kecergasan tugas organ penting seperti bernafas, pengaliran darah dan penguncupan jantung, dan c. Menjalankan gerakan kerja seharian.

Istilah kadar metabolisme basal (BMR) diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti metabolisme. Kadar metabolisme ini diambil sewaktu badan dalam keadaan rehat dari segi fizikal dan mental. Kenapa dilakukan dalam keadaan rehat? Kerana pada waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling minimum dan menyebabkan kadar oksigen yang diperlukan adalah sedikit. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisme bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh individu. Kadar metabolisme individu yang berkerja manual seperti berkebun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang bekerja di pejabat yang banyak duduk. Kadar metabolisme pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa kelainan pada kelenjar tiroid. Keadaan hipertiroidisme akan meningkatkan kadar metabolisme kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan. Manakala, penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisme dan miksedema akan menurunkan kadar metabolisme. Kadar metabolisme disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan di dalam badan. Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa bagi tempoh 12 jam pada suhu udara biasa. Jika keputusannya adalah +10, ia membawa erti bahawa itu adalah 10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya 10 ia membawa erti bahawa ia adalah 10% kurang daripada kadar biasa. Kadar yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak.

Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga perlu makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba berlaku. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori adalah: a. Protein b. Lemak c. Karbohidrat = 17kJ (4.1 kcal) setiap gram; = 38kJ (9.3 kcal) setiap gram; dan = 17kJ (4.1 kcal) setiap gram.

Manusia memerlukan kalori untuk: a. b. c. Mencegah kehilangan berat badan; Mengekalkan suhu tubuh; dan Membekalkan tenaga bagi aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ.

Metabolisme Karbohidrat, Lipid dan Protein4.1.2


Kesemua metabolisme tersebut akan dibincangkan seperti berikut.

a.

Metabolisme Karbohidrat Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi glukosa dan diserapkan ke dalam darah. Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan di dalam hati dan otot tulang dan dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah diperlukan. Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen yang telah digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah mengikut keperluan tubuh badan. Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding makanan berprotein dan lemak. Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan, ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan akhir pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang terhasil adalah laevulosa, glukosa dan galaktosa. Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan insulin dan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan peratus gula darah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan karbohidrat dalam tisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi penambah berat badan. Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon dioksida dan air. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air kencing (sistem urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida dikeluarkan dari sistem tubuh melalui paru-paru. Jadual 4.1 menunjukkan keperluan kalori bagi individu yang menjalankan aktiviti, umur dan jantina yang berbeza. Jadual 4.1: Keperluan Kalori Aktiviti/Jantina dan umur Lelaki yang sedentari Lelaki yang sederhana cergas Lelaki yang sangat cergas Perempuan yang sedentari Perempuan yang sederhana cergas Perempuan mengandung Jumlah kalori 2,100 kcal 2,500 kcal 3,000 kcal 1,750 kcal 2,100 kcal 2,000 kcal

Perempuan menyusukan anak Kanak-kanak 23 tahun Kanak-kanak 45 tahun Kanak-kanak 67 tahun Kanak-kanak 89 tahun Kanak-kanak 1011 tahun Kanak-kanak 1215 tahun c.

2,500 kcal 750 kcal 1,000 kcal 1,300 kcal 1,600 kcal 1,800 kcal 2,100 kcal

d.

Metabolisme Lipid (Lemak) Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa simpanan dalam hati. Lemak diubah menjadi gliserol dan asid lemak kerana ia adalah bentuk yang paling mudah dapat digunakan oleh tubuh badan. Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai bahan api dalam proses pembakaran. Ia akan terbakar seluruhnya menjadi karbon dioksida dan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi jika jumlah gula yang ada hanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran menjadi tidak lengkap. Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini adalah bahan keton. Jika zat keton yang dihasilkan terlalu banyak maka, ketosis akan berlaku. Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan kelaparan di mana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan kecuali lemak dalam tisu adiposa. Ia juga berlaku pada pesakit diabetes dan pengamal diet yang mengambil terlalu banyak lemak tetapi kurang karbohidrat. Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang dihasilkan oleh lipase gastrik. Manakala lipase pankreas dan lipase usus memecahkan lemak menjadi gliserin dan asid lemak. Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal. Apabila ia sudah diserap oleh lakteal, ia akan disalurkan ke duktus toraksik kemudian masuk ke dalam aliran darah. Apabila sudah berada di dalam darah, lemak akan dihantar ke setiap sel di tubuh badan. Lemak yang sudah dioksidasikan di dalam hati akan disimpan di dalam tisu. Semasa disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh karbohidrat untuk menghasilkan haba dan tenaga. Sebahagian lemak yang mengandungi vitamin A dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi bahan buangan adalah sama seperti yang berlaku dalam metabolisma karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air. Cara perkumuhannya juga sama iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air oleh kulit dan sistem urinari. Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada 50 gm setiap hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak.

e.

Metabolisme Protein Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir perut, pankreas dan usus. Asid amino diperlukan untuk tugas pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang dipecahkan di dalam hati adalah banyak jika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak protein. Asid amino dipecahkan untuk mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk penghasilan haba dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen. Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein menjadi pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk memecahkan protein dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada polipeptida ditukarkan menjadi asid amino hasil tindak balas dengan erepsin. Pada proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan membawa nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk pertumbuhan dan pembaikan, asid amino yang diperlukan akan dipisahkan oleh sel tubuh. Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik dan kreatinin. Semua bahan

kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin oleh ginjal. Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari badan melalui jalan ini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin. Jadual 4.2 menunjukkan peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika. Jadual 4.2: Peruntukan Protein yang Diperlukan di Negara Tropika Lelaki dewasa Perempuan dewasa Budak lelaki Budak perempuan Budak 29 tahun Perempuan mengandung Perempuan menyusukan anak 65 gm setiap hari 55 gm setiap hari 80 gm setiap hari 70 gm setiap hari 4060 gm setiap hari 80 gm setiap hari 85 gm setiap hari

g. Kawalan metabolisme dilakukan oleh dua faktor iaitu:

i.

Sistem Saraf Pusat dan Tidak Sedar (Involuntary) Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan akan berlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat berfungsi dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut.

ii.

Organ Endokrin Seperti yang kita pelajari, dalam sistem endokrin terdapat organ-organ tertentu menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal kesihatan tubuh. Contoh; aktiviti metabolisme menjadi berkurangan apabila rembesan kelenjar tiroid tiada, manakala metabolisme akan terjadi dalam kadar yang sangat besar apabila rembesan tiroid terlalu banyak.

Regulasi Haba4.1.3
Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C. Sebagai kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan sentiasa dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat dikekalkan. Rajah 4.1 menunjukkan bagaimana regulasi haba berlaku.

Rajah 4.1: Regulasi haba

a.

Kehilangan Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu:

Haba

i.

Perolakan (convection)

Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui pergerakan sesuatu bahan panas. Contoh; udara yang bertiup dari kipas ke atas permukaan kulit memindahkan udara panas daripada badan dan digantikan dengan udara sejuk. Begitu juga jika kita menghulurkan tangan keluar dari tingkap. Boleh disimpulkan di sini, kehilangan haba akan berlaku apabila udara sejuk bertiup di atas permukaan kulit. Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara perolakan sama seperti individu yang berdiri di udara. Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan kulit menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh badan.

ii.

Pengaliran (conduction)

Pemindahan haba di antara dua objek yang berbeza suhu yang bersentuhan antara satu sama lain. Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek sejuk. Contoh; apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya.

Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari dapur akan berpindah ke tangan kita.

iii.

Radiasi (radiation)

Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba akan dikeluarkan secara berterusan dari tubuh dalam bentuk gelombang elektromagnet. Radiasi adalah elektromagnet. pemindahan haba antara objek melalui gelombang

Contoh; apabila seseorang berada di dalam bilik, dia akan memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama perkara sebaliknya berlaku. Kita akan memperolehi haba apabila objek di sekeliling lebih panas daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba apabila badan lebih panas daripada objek di sekeliling kita. Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan yang menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

iv.

Penyejatan (evaporation)

Penyejatan berlaku melalui perpeluhan.

Perpeluhan tidak nyata yang berlaku semasa berehat juga menyebabkan penyejatan. Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap. Contoh; seseorang bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi sejuk apabila penyejatan peluh berlaku iaitu bila ia bertukar kepada wap pada permukaan kulit. Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah, penyejukan tidak berlaku. Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580 kcal haba.

b.

Penghasilan Haba Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk menaikkan suhu 1 gm air sebanyak 1C. Kilokalori (kcal) adalah jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg air sebanyak 1C. Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1C adalah 1 kcal/kg/C. Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83 kcal/kg/C. Oleh itu, seseorang yang seberat 70 kg harus menyimpan 58 kcal haba untuk meningkatkan suhu badan sebanyak 1C. Jumlah haba atau tenaga yang dihasilkan semasa metabolisme bergantung kepada makanan yang dioksidakan. Penghasilan haba daripada metabolisme bagi individu yang sedang berehat adalah sebanyak 1.45 kcal/minit atau 87 kcal/jam. Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5C suhu badan akan meningkat dari 37C ke 38.5C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak berlaku kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi dan perolakan. Haba juga boleh diperolehi melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini boleh berlaku apabila udara dan objek dipersekitaran adalah lebih panas daripada badan. Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal ialah untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal terdiri daripada reseptor termal dan efektor termal.

i.

Reseptor Termal Ia adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal. Dua kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini mempunyai dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka kepada sejuk. Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah arteri yang berubahubah antara 0.20.4C. Reseptor pada kulit pula berubah mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang mempunyai saraf yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang. Lokasi reseptor bahang adalah di seluruh tubuh dan jumlah reseptor sejuk adalah lebih banyak daripada reseptor panas. Kedua-dua reseptor bersambung ke korteks dan pusat regulasi di hipotalamus. Tindakan dari kepekaan kepada panas dan sejuk adalah mencari tempat redup, menambah atau mengurangkan pergerakan dan lain-lain.

ii.

Efektor Termal Ia merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang membekalkan darah pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin. Dalam keadaan sejuk atau menggigil akan meningkatkan bahang pemprosesan metabolik pada masa yang sama. Arteriol yang membekalkan darah ke kulit akan berada dalam keadaan pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan menyebabkan keadaan sebaliknya.

Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana peluh mengewap dari kelenjarkelenjar peluh yang berada di semua permukaan tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar endokrin yang terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medula adrenal. Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan meningkatkan kadar metabolisme. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan dan pengecutan.

SISTEM AEROBIK4.2
Sistem tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aerobik dan sistem anaerobik (lihat Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Sistem tenaga

Konsep dan Definisi4.2.1


Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan oksigen adalah diperlukan. Melalui metabolisme aerobik, ATP dihasilkan dengan banyak. Akan tetapi tiada bahan kumuh yang melesukan terbentuk. Karbon dioksida diserap secara bebas daripada sel-sel otot ke dalam darah. Ia kemudiannya dibawa ke paru-paru dan dihembuskan keluar. Sel akan mengunakan air yang terbentuk. Selain daripada glikogen, sistem aerobik juga boleh memecahkan lemak dan protein menjadi karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dan air ini dibebaskan untuk tujuan sintesis ATP. Contoh; 256 gm lemak yang dipecahkan akan menghasilkan 130 mol ATP. Glikogen dan lemak menjadi sumber penting untuk penghasilan ATP semasa

melakukan

aktiviti

gerakan.

Kita memerlukan kira-kira 3.5 liter oksigen untuk menghasilkan satu mol ATP. 2.03.0 liter oksigen digunakan untuk menghasilkan satu mol ATP pada keadaan rehat. Dalam keadaan rehat yang normal, kita menghasilkan satu mol ATP secara aerobik bagi setiap 1220 minit. Secara keseluruhan, boleh dikatakan lemak dan glikogen digunakan dalam sistem aerobik untuk mensintesis semula ATP dalam jumlah yang banyak tanpa bahan buangan sampingan yang melesukan. Ketika aktiviti jangka panjang dan daya tahan, sistem aerobik sesuai digunakan untuk menghasilkan ATP. Ciri-ciri sistem aerobik adalah: a. b. c. Glikogen dan lemak adalah penyumbang kepada penghasilan ATP; Prestasi ditentukan dengan keupayaan memberi dan menggunakan oksigen; dan Tiada asid laktik dihasilkan.

d. e.

Mekanisme Sistem Aerobik4.2.2

Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem aerobik, oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida. Apabila tenaga dihasilkan, tenaga yang terbebas adalah 2,880 kJ per molekul glukosa. Penghasilan ATP juga banyak berlaku dalam sistem aerobik iaitu kira-kira 3238 ATP. Sistem aerobik berlaku dalam sel mitokondria.

Fungsi Sistem Aerobik dalam Aktiviti Sukan4.2.3


Sistem aerobik memberikan faedah yang banyak kepada aktiviti sukan. Jurulatih sukan boleh menggunakan latihan aerobik untuk melatih atlet-atlet. Latihan aerobik adalah: a. b. c. Latihan di mana tubuh berupaya membekalkan oksigen secukupnya untuk menampung keperluan tubuh dalam melaksanakan aktiviti pada jangka masa panjang; Latihan secara progresif berterusan dan dijalankan pada jangka masa yang panjang dan melibatkan sebahagian besar otot rangka; dan Menyebabkan berlakunya adaptasi terhadap sistem kardiorespiratori dan sistem penggunaan oksigen pada otot berkenaan.

Terdapat beberapa jenis aktiviti bercorak aerobik seperti berikut: a. b. c. d. e. Joging Lari ulang alik berterusan Berbasikal Berenang Berjalan pantas

Fungsi sistem aerobik dalam aktiviti sukan adalah: a. b. c. Otot mitokondria mempunyai kapasiti yang tinggi untuk menghasilkan ATP; Penambahan mitokondria dan saiznya; Peningkatan kandungan mioglobin dalam darah.


d. e.

Mioglobin ialah pewarna pengikat oksigen dan bertindak sebagai stor oksigen. Fungsi utamanya membantu dalam penyerapan oksigen dari selaput sel ke mitokondria (rumah penghasil tenaga);

Peningkatan dalam oksidasi karbohidrat (glikogen); dan Peningkatan kapasiti otot untuk memecahkan dan oksida lemak.

Lemak akan diurai kepada karbon dioksida dan air dengan penghasilan ATP.

Lemak bertindak sebagai bahan api utama bagi otot semasa senaman daya tahan. Lebih banyak dioksidasi lemak, semakin kurang pengumpulan asid laktik.

Jelaskan ciri-ciri sistem tenaga dalam konteks penggunaan dan penjanaan ATP sebagai sumber bekalan tenaga.

SISTEM ANAEROBIK4.3
Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika sistem aerobik dilakukan dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah tanpa oksigen. Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau daripada simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada penghasilan asid laktik.

a.

Sistem Fosfat Kreatin fosfat atau Phosphocreatine (PC) akan bergabung dengan ATP untuk menghasilkan tenaga bagi menampung aktiviti yang dijalankan bagi tempoh jangka pendek iaitu antara 5 saat hingga 10 saat. Sistem ini dikenali juga sebagai sistem ATP-PC iaitu ia berkaitan dengan faktor genetik dan berkaitan dengan aktiviti ledak/eksplosif. Di dalam sistem ini, pembekalan tenaga segera dapat disediakan di mana ATP dan PC disimpan di dalam sel otot. Apabila seseorang individu selesai melakukan sesuatu aktiviti, tenaga akan dapat dipulihkan semula dalam masa 30 saat sebanyak 50%. Seterusnya, dua hingga tiga minit diambil untuk memulihkan 100% tenaga yang digunakan. Semasa kita melakukan aktiviti, ATP yang tersimpan di dalam otot akan digunakan untuk memberi tenaga pada 10 saat yang pertama. 10 saat yang seterusnya pula, ATP akan dihasilkan daripada PC untuk membekalkan tenaga. Kemudian, selepas tempoh tersebut, glikogen akan digunakan untuk menghasilkan tenaga dengan mengeluarkan asid laktik sebagai bahan sampingan.

b.

Sistem Asid Laktik Di dalam sistem asid laktik, oksigen tidak perlu di mana ia menyebabkan berlakunya pengumpulan asid laktik yang menjadi faktor kelesuan otot. Sistem asid laktik menggunakan hanya karbohidrat (glikogen dan glukos) dan kemampuan lakuan bergantung kepada toleransi terhadap akumulasi asid laktik. Apabila aktiviti dilanjutkan dalam jangka masa melebihi 30 saat, glikogen yang tersimpan di dalam otot akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga daripada glikogen ini digunakan apabila tempoh aktiviti sudah memasuki 45 saat hingga 60 saat. Ketika ini, asid laktik mencapai penghasilan tahap maksimum. Kita perlu berehat secara aktif bagi mengurangkan penghasilan asid laktik. Bagi menghapuskan asid laktik yang terbentuk, kita memerlukan masa 45 minit hingga 60 minit.

c.

Mekanisme Sistem Anaerobik4.3.1

d.

Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan dan pengoksidaan glukos adalah tidak lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik pada otot. Sedikit tenaga terbebas per molekul glukosa iaitu penapaian = 210 k. Dalam sistem aerobik ATP yang terhasil adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu 2 ATP. Sistem anaerobik berlaku dalam matriks sitoplasma sel. Apabila seseorang melakukan aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen adalah melebihi kadar resapan oksigen. Ketika ini, glukosa akan diuraikan kepada asid laktik untuk menghasilkan sedikit tenaga. Otot akan mengalami situasi hutang oksigen iaitu otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen. Asid laktik akan diangkut oleh darah ke hati. Di hati, hutang oksigen akan dibayar balik di mana sebahagian asid laktik dioksidakan untuk menghasilkan tenaga. Sebahagian lagi asid laktik akan ditukarkan kepada glukosa. Glukosa yang berlebihan akan dibawa ke otot. Apabila glukosa berada di otot, maka glukosa tersebut akan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan bagi proses yang seterusnya.

Fungsi Sistem Anaerobik dalam Aktiviti Sukan4.3.2


Sama juga seperti sistem aerobik, sistem anaerobik mempunyai kegunaan dalam aktiviti sukan. Latihan anaerobik adalah: a. Latihan yang memerlukan penggunaan bahan bakar tenaga tubuh yang tinggi. kepada keupayaan tubuh untuk membekalkan oksigen. Jadual 4.3 menunjukkan jenis-jenis latihan anaerobik. Jadual 4.3: Jenis Latihan Anaerobik Sistem Tenaga ATP1. ATP-PC2. ATP-PC + LA3. ATP-PC + LA4. Tempoh Kurang 4 saat Kurang 10 saat 15 saat2 minit Mengikut keupayaan Nama Kuasa kekuatan Kuasa Daya tahan kuasa Kuasa puncak

b. Hanya boleh dilakukan pada jangka masa pendek (3040 saat) tanpa rehat dan ia tidak bergantung

Fungsi sistem anaerobik dalam aktiviti sukan adalah: a. b. d. e. f. Penambahan gentian otot; Penambahan kekuatan penguncupan otot; Bertambahnya kelembutan/kelenturan; Peningkatan fungsi otot saraf; dan Peningkatan koordinasi (gerak suaian).

c. Tulang dan ligamen bertambah kuat;

Jadual 4.4 pula menunjukkan keperluan tenaga mengikut tempoh aktiviti sukan yang dijalankan. Jadual 4.4: Keperluan Tenaga Mengikut Tempoh Aktiviti Sukan Dijalankan

Mula Sistem anaerobik (ATP dalam otot)

10 saat Sistem aerobik

20 saat

10 minit

Kreatin Fosfat (CP) ditukar kepada ATP Otot memerlukan oksigen. Oksigen menukarkan karbohidrat dan lemak kepada tenaga. Sumber: Sains Kejurulatihan, Wee Eng Hoe

Jadual 4.5 dan 4.6 menunjukkan sumbangan tenaga aerobik dan anaerobik mengikut tempoh latihan maksimum dan jenis aktiviti sukan. Jadual 4.5: Sumbangan Tenaga Aerobik dan Tenaga Anaerobik mengikut Tempoh Latihan Maksimum Tempoh latihan maksimum Peratusan sumbangan (%) 10 saat 10 90 30 saat 20 80 60 saat 30 70 2 min 40 60 4 min 65 35 10 min 85 15 30 min 95 5 60 min 98 2 120 min 99 1

Tenaga aerobik Tenaga anaerobik

Sumber: Exercise Physiology, S.K. Powers dan E.T. Howley

Jadual 4.6: Sumbangan Tenaga Aerobik dan Anaerobik Mengikut Jenis Aktiviti Sukan

Sumber Powers, S. K. dan Howley, E. T. (2001). Exercise Physiology (4th ed.). New York: McGraw-Hill, Jadual 3.3, hlm 43. *Fox, E. L. (1984). Sport Physiology, Holt, Rinehart: CBS College, Jadual 9-2, hlm 207. **Pyke, E. S. (2001). (Ed), Better Coaching (2nd ed.). Australia: Australia Sports Commission, hlm 71.

Aktiviti/Acara sukan Tenaga aerobik

Peratusan sumbangan (%)

0(2*) 10 20 45(70*) 65(80*) 80 (90*) (95*) 100(96**) (10**)

100(98*) 90 80 55(30*) 35(20*) 20 (10*) (5*) 0(4**) (90**)

Renang Terjun air 100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m Permainan Bola keranjang Bola tampar Tenis Hoki Bola sepak Golf Sofbol Lain Lawan pedang Angkat berat Tinju Gimnastik artistik

0(2*) 20 45(40**)(70*) 65(80*) 80 (75**)(90*)

100(98*) 80 55(60**)(30*) 35(20*) 20 (25**)(10*)

10(40**)(15*) 15(40**)(10*) 25(30*) 30(50**)(40*) 30(50**) (5*) (20*)

90(60**)(85*) 85(60**)(90*) 75(70*) 70(50**)(60*) 70(50**) (95*) (80*)

15(10*) 0 50 (10*)

85(90*) 100 50 (90*)

1. Kelesuan otot berlaku apabila kandungan asid laktik dalam darah meningkat. RUMUSAN a. b. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh mengalami kelesuan. Bincangkan strategi yang boleh digunakan untuk melengahkan kelesuan otot.

2.

Berdasarkan soalan 1, sediakan peta minda yang menunjukkan hubung kait antara faktor penyebab kelesuan dengan strategi yang boleh digunakan untuk melengahkan proses kelesuan otot.

Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu keupayaan melakukan kerja. Kita boleh membahagikan tenaga kepada tenaga aerobik dan tenaga anaerobik. Tenaga anaerobik terbahagi kepada dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid laktik. Metabolisme adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan. Anabolisme ialah proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Katabolisme pula ialah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukosa kepada karbon dioksida dan air. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Istilah kadar metabolisme basal diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti metabolisme. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Faktorfaktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan jenis pekerjaan. Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim dalam air liur. Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa di dalam hati. Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan

sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C.

Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu perolakan (convection), pengaliran (conduction), radiasi (radiation), dan penyejatan (evaporation). Reseptor termal dan efektor termal merupakan sistem regulasi termal. Sistem tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aerobik dan sistem anaerobik. Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan oksigen adalah diperlukan. Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem aerobik, oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida. Jenis-jenis aktiviti bercorak aerobik ialah aktiviti berjoging, lari ulang alik berterusan, berbasikal, berenang dan berjalan pantas. Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika sistem aerobik dilakukan dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah tanpa oksigen. Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau daripada simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada penghasilan asid laktik. Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan. Pengoksidaan glukos adalah tidak lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik pada otot. Jenis-jenis latihan anaerobik terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

Sistem Tenaga ATP1. ATP-PC2. ATP-PC + LA3. ATP-PC + LA4.

Tempoh Kurang 4 saat Kurang 10 saat 15 saat2 minit Mengikut keupayaan

Nama Kuasa kekuatan Kuasa Daya tahan kuasa Kuasa puncak

KESAN LATIHAN TERHADAP SISTEM FISIOLOGI5.0

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular;

2. 3. 4.

Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem otot dan rangka; Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem tenaga; dan Menyatakan keefisienan fungsi jantung, fungsi pernafasan dan mekanisme metabolisme.

PENGENALAN
Pergerakan adalah asas kepada kehidupan manusia, sama ada kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Seawal usia bayi yang baru dilahirkan dianggap hidup apabila mula menunjukkan tanda-tanda pergerakan anggota badan, tangisan dan pernafasan. Sebaik-baik kejadian manusia yang dicipta oleh Allah SWT adalah manusia yang mampu menggunakan anggota tubuh bagi mengharungi kehidupan seharian seperti bekerja mencari nafkah, beribadat, menyara keluarga, ikhtiar hidup (survival), bersukan dan rekreasi. Justeru itu, bagi memenuhi keperluan pergerakan dan beban tugasan maka ianya menuntut tahap kecergasan yang berbeza. Keperluan hidup yang pelbagai menuntut kita bersedia untuk bergerak menghadapi cabaran yang semakin hari semakin pelbagai. Jika tidak, matlamat yang diidamkan atau ditetapkan tidak akan tercapai dengan jayanya. Penglibatan pemain dan atlet bermakna mereka bersedia memikul tugas mencabar dari segi fizikal dan teknikal. Tahap prestasi tinggi (high performance) menuntut mereka menyediakan diri dari segi psikologi, fisiologi dan taktik. Kemampuan menumpaskan lawan yang sama handal pada tahap prestasi tinggi memerlukan keupayaan tubuh badan yang seratus peratus mantap dari semua segi. Kekurangan dan kesilapan boleh membawa kepada kegagalan dan kekecewaan. Justeru itu, dalam topik ini kita akan membincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci lagi tentang kesan latihan terhadap sistem fisiologi manusia.

SISTEM KARDIOVASKULAR5.1
Semenjak zaman silam, jantung telah dianggap sebagai pusat kewujudan manusia. Segala niat kebaikan dan pemikiran dianggap berasal daripada jantung. Dari peradaban Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aztek, jantung telah dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan. Menurut buku kematian Mesir purba, jantung si mati akan ditimbang pada neraca keadilan. Mereka yang mempunyai kebajikan yang setara atau lebih berat akan dibenarkan menikmati kehidupan abadi. Berasaskan andaian ini, jantung merupakan satu-satunya organ dalaman yang dibiarkan berada di dalam tubuh mumia Mesir purba. Dari segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugas untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel badan. Jantung akan mulai berdegup ketika manusia masih dalam kandungan, dan tidak akan berhenti sehingga manusia meninggal dunia. Malah, jantung manusia dapat dipindahkan daripada mereka yang baru meninggal kepada pesakit jantung, untuk membolehkan pesakit jantung untuk terus hidup sihat. Teknik ini yang diperkenalkan oleh Christian Barnard yang melakukan pemindahan jantung pertama pada tahun 1967. Dia meninggal pada tahun 1 September 2001 akibat serangan asma. Justeru itu, jantung memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengangkut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh. Antara bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air pula akan diangkut dari sel-sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.

Bagaimana seseorang atlet yang sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan mengekalkan tahap kecergasannya agar tidak menghadapi masalah kecergasan apabila dia bergiat aktif semula? Bincangkan.

Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangka masa bertahun-tahun. Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Jantung. Hipertrofi bermaksud penambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi jantung dapat dilihat dari dua ciri berikut: a. b. Saiz kaviti ventrikel; dan Ketebalan dinding ventrikel.

Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dalam kalangan atlet-atlet acara daya tahan dengan atlet-atlet acara bukan daya tahan. Atlet-atlet daya tahan atau endurance athletes(seperti pelari maraton, perenang, pemain hoki ais) mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlet-atlet bukan acara daya tahan atau non-endurance athletes. Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlet-atlet bukan acara daya tahan pula didapati mempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal daripada atlet-atlet acara daya tahan. Perbezaan hipertrofi jantung di antara atlet-atlet acara daya tahan dengan atlet-atlet bukan acara daya tahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerak balas jantung terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Latihan-latihan daya tahan biasanya memerlukan atlet bekerja dalam jangka masa yang lama dan keluaran jantung adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerak balas penyesuaian jantung ialah melalui peningkatan saiz kaviti ventrikel. Di kalangan atlet-atlet bukan daya tahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif). Oleh itu, gerak balas penyesuaian jantung ialah melalui penebalan dinding ventrikel. Selain daripada kesan hipertrofi jantung, atlet yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam jangka masa yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar nadi adalah antara indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas berbanding seseorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi. Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlet menjalani latihan selama beberapa tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlet yang menjalani latihan fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls intrinsik dari nodus sinoatrium. Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (simpatetik dan parasimpatetik) yang dibawa ke nodus sinoatrium. Semasa latihan, hormon adrenalin dikeluarkan. Epinefrin akan meningkatkan gerak balas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lama akan menyebabkan kepekaan tisu jantung terhadap epinefrin menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan kadar nadi rehat kepada atlet yang menjalani latihan. Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isi padu strok. Isi padu strok adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu strok). Perkara ini ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan ke dalamnya juga meningkat. Dengan ini, jumlah darah yang dipamkan keluar dari ventrikel juga akan meningkat. Peningkatan isi padu strok juga disebabkan oleh peningkatan penguncupan otot-otot miokardium akibat latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti jantung bererti peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot jantung. Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga meningkat.

Atlet yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran darah ke otot-otot meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur darah yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan densiti salur darah. Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot jantung dan otot-otot rangka.

1.

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bagi meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular seseorang itu. Nyatakan perbezaan antara kecergasan kardiovaskular dengan daya tahan kardiovaskular?

2.

Keefisienan Peredaran Darah dan Bekalan Tenaga5.1.1


Umumnya, kita sedia maklum bahawa latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu, faktor yang penting adalah kebolehan atlet menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut: Pengambilan Tenaga = Tenaga yang Digunakan = Tenaga Disimpan

Begitu juga dengan keupayaan sistem kardiovaskular seseorang yang yang telah mengikuti satu program latihan kecergasan. Semestinya selepas seseorang mengikuti program kecergasan, keupayaan sistem kardiovaskularnya akan mencapai satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Antara kesan fisiologi yang boleh dilihat adalah: a. b. c. d. e. f. g. Penambahan berat dan isi padu jantung; Penambahan isi kandungan hemoglobin; Penurunan kadar nadi rehat; Penambahan isi padu strok; Meningkatkan fungsi pulmonari; Peningkatan dalam keupayaan resapan oksigen ke dalam darah; Penurunan tekanan darah (sistolik dan distolik semasa rehat dan senaman); dan

h. Peningkatan VO2 max (pengambilan oksigen pada tahap maksimum).

Apakah perbezaan dari segi penggunaan tenaga yang digunakan oleh seorang atlet pecut 100 m dan seorang pemain bola sepak?

Keefisienan Fungsi Jantung5.1.2


Banyak kajian menyatakan bahawa latihan sederhana juga dapat meningkatkan HDL atau lipoprotein berketumpatan tinggi (high-density lipoprotein) yang bertindak sebagai lawan kepada LDL atau lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein). Seterusnya ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi, di samping dapat menambahkan kapasiti koronori arteri jantung dan membina kapilari dan arteriol yang baru. Latihan juga membantu enzim dalam darah dengan memecahkan darah beku atau clot penyebab serangan jantung. Justeru itu, latihan yang dilakukan dengan mengikut prinsip serta teknik yang betul banyak menyumbang kepada keefisienan jantung. Selain itu, antara kesan fisiologi yang lain termasuklah penambahan kekuatan dan saiz jantung. Pertambahan kadar isi padu jantung juga akan meningkat jika latihan diikuti dengan jayanya. Antara kesan-kesan lain ialah pertambahan jumlah pengaliran darah ke otot dan penurunan kadar denyutan jantung semasa rehat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa senaman membawa banyak kebaikan jika ianya dijadikan sebagai satu amalan dan gaya hidup kita. Belum ada satu pun kajian yang mendapati bahawa senaman yang bersesuaian dengan frekuensi dan intensiti yang berpatutan boleh mendatangkan keburukan kepada fungsi jantung.

Keefisienan Fungsi Pernafasan5.1.3


Setiap sel dalam tubuh manusia memerlukan oksigen untuk terus hidup. Tanpa oksigen, sel-sel ini tidak boleh bergerak, membina, penghasilan semula dan menukar makanan kepada tenaga. Secara faktanya, tanpa oksigen manusia akan mati. Bagaimana kita mendapatkan oksigen? Sudah semestinya melalui pernafasan, yang mana darah menjadi agen pengangkutannya bagi menghantar oksigen ke seluruh organ. Apa akan berlaku jika fungsi pernafasan kita tidak cekap? Adakah kita akan menghadapi masalah besar sewaktu mengikuti sebarang aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi? Jawapannya ya. Individu yang kurang aktif biasanya akan menghadapi sedikit masalah dari segi pernafasan ini. Biasanya mereka akan menghadapi masalah hutang oksigen atau oxygen debt. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kita digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam jangka masa 2030 minit setiap sesi dengan intensiti bebanan sederhana. Ini bertujuan mengekalkan tahap kecergasan dan meningkatkan keupayaan sistem respiratori kita.

SISTEM OTOT RANGKA5.2


Penilaian kemampuan kerja otot yang sebenar ialah kekuatan maksimumnya iaitu kemampuan maksimum otot menghasilkan daya pada satu kontraksi otot yang disebut juga kekuatan ototdan daya tahan otot yang dikenali juga sebagai daya tahan otot. Sewaktu latihan yang melibatkan otot-otot tertentu, mematuhi prinsip lebihan bebanan progresif (progressive overload principle) adalah sangat penting. Prinsip latihan ini bertujuan agar bahagian otot yang hendak ditingkatkan kekuatannya harus diberi beban kerja di atas beban kerja yang biasa dilakukan oleh otot tersebut; seterusnya setelah otot tersebut menjadi lebih kuat maka beban yang diberikan harus lebih tinggi lagi untuk menghasilkan kemampuan yang lebih mencabar. Dengan menerapkan program latihan yang menekankan prinsip ini, maka otot sentiasa akan memperoleh rangsangan yang memungkinkannya berubah, atau dengan kata lain mengalami kesan atau adaptasi latihan. Otot rangka berupaya memperlihatkan perubahan yang besar dalam memberi respon terhadap berbagai bentuk latihan yang diikuti. Respon ini berupa kesan atau adaptasi aktiviti kontraksi yang berbeza-beza akibat bentuk latihan yang berbeza. Dalam hal ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan kekuatan (strength) dan latihan daya tahan (endurance). Pada peringkat biasa, kesan latihan dapat dilihat sebagai penyesuaian sejumlah protein yang menjadi penyebab utama kepada perubahan tersebut.

Peningkatan Kekuatan dan Daya Tahan Otot5.2.1


Dalam suatu latihan otot, beban kerja diberikan dalam bentuk masa yang harus dilawan atau dipindahkan oleh gaya kontraksi otot. Dengan memperhatikan intensiti beban (resistance intensity) dan ulangan kontraksi otot (repetitions), pembebanan terhadap otot dapat diatur. Secara umum, peningkatan kekuatan otot dapat dicapai dengan latihan beban besar untuk kurang daripada enam kontraksi otot (higher resistances (high intensity) and lower repetitions); sedangkan daya tahan otot meningkat pada latihan beban ringan untuk kontraksi otot lebih daripada 20 kali (lower resistances and higher repetitions). Perhatikan bahawa setiap jenis latihan tersebut merupakan rangsangan yang sifatnya spesifik yang akan menghasilkan suatu bentuk adaptasi otot yang juga bersifat spesifik. Sifat spesifik daripada perangsangan ini juga berlaku khusus pada otot atau kelompok otot yang diaktifkan sehingga analisis kerja otot khususnya otot penggerak utama (prime mover) pada pelbagai bentuk latihan harus diperhatikan agar latihan otot dapat mencapai tujuan. Prinsip lebihan bebanan progresif adalah salah satu daripada enam prinsip adaptasi fisiologi kronik terhadap latihan (Wilmore & Costill, Physiology of Sport and Exercise Edisi 3). Pada suatu latihan kekuatan otot, peningkatan kekuatan otot awalnya disebabkan oleh peningkatan kawalan sistem saraf motor seperti penyelarasan pergerakan motor unit, penurunan penghambatan autogen organ golgi tendon, koaktivasi otot agonis dan antagonis serta frekuensi impuls motor yang menuju motor unit. Perubahan struktur terjadi sebagai akibat latihan kekuatan, baik di persimpangan neuromuskular mahu pun di serat otot. Pembesaran otot, atau disebut juga hipertrofi otot terjadi sebagai akibat daripada latihan kekuatan otot. Pada otot yang hipertrofi terjadi peningkatan jumlah miofibril, filamen aktin dan miosin, sarkoplasma, serta jaringan penunjang lainnya. Peningkatan pembentukan protein yang dipengaruhi oleh testosteron yang juga sebagai faktor yang mempengaruhi perubahan ini. Akibat latihan daya tahan, otot juga akan mengalami sedikit hipertrofi; namun adaptasi terbesar terjadi pada proses biokimia di dalam otot. Otot mitokondria meningkat jumlahnya, disertai peningkatan jumlah dan aktiviti enzim oksidatif yang ditunjangi oleh perubahan struktur lain yang menunjang peningkatan kerja otot seperti peningkatan mikrosirkulasi otot. Penelitian selanjutnya memperlihatkan bahawa otot yang terlatih daya tahannya (endurance-trained) lebih efektif menggunakan trigliserida, glukosa dan asid lemak bebas sebagai sumber tenaga sedemikian rupa sehingga sumber tenaga utama otot tersebut pada waktu latihanberubah daripada karbohidrat menjadi lemak. Konsep lebih bebanan boleh dicapai oleh mana-mana kaedah yang berikut: a. b. c. d. Penambahan rintangan; Pertambahan jumlah pengulangan setiap set; Pertambahan jumlah set; Mengurangkan masa rehat antara set;

e. Pertambahan kelajuan pergerakan dalam fasa konsentrik (membentuk persembahan yang menarik adalah lebih penting daripada kelajuan pergerakan); dan f. Menggunakan sebarang gabungan di atas.

g. h.

Fenomena Hipertrofi5.2.2

Melalui latihan, otot yang bekerja bagi menentang satu beban kerja yang mencabar secara progresif bagi meningkatkan jisim otot dan kawasan keratan lintang, dirujuk sebagai hipertrofi. Tetapi mengapa satu sel otot boleh berkembang dan bagaimana ia berkembang? Hipertrofi otot boleh didefinisikan sebagai pertumbuhan dan peningkatan bagi saiz sel-sel otot. Secara umumnya, kebanyakan hipertrofi otot berlaku hasil daripada latihan jasmani, seperti angkat berat. Apabila seseorang mula bersenam, saraf akan menghantar impuls ke otot bagi melakukan proses kontraksi. Ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ketara dalam saiz otot. Dalam satu latihan yang berterusan, terdapat satu interaksi kompleks sistem saraf yang mengakibatkan satu peningkatan dalam sintesis protein dan sel-sel otot mula membiak lebih besar dan lebih kukuh. Otot rangka mempunyai dua fungsi asas iaitu mengecut untuk mendatangkan pergerakan badan dan mengendur untuk menyediakan kestabilan untuk postur badan. Setiap otot rangka mestilah mampu mengecut dan mengendur bagi melakukan sesuatu gerakan. Lebih beban yang progresif adalah salah satu cara mengaplikasikan tahap tekanan yang berbeza-beza dan bersela untuk otot rangka, bagi penyesuaian terhadap tahap ketegangan otot. Otot boleh disesuaikan dengan pertambahan saiz dan jumlah protein-protein, yang terdiri daripada miofibril dalam setiap serat otot, membawa kepada satu peningkatan saiz bagi serat otot individu dan keperluan guna tenaga bagi kerja seharian.

Peningkatan Fleksibiliti terhadap Sistem Rangka dan Sendi5.2.3

Fleksibiliti boleh ditakrifkan sebagai julat pergerakan atau range of movements (ROM) suatu sendi. Bagi setiap sendi, masing-masing mempunyai satu ROM yang optimum untuk penghasilan prestasi yang terbaik. Faktorfaktor yang mempengaruhi fleksibiliti termasuklah: a. b. c. d. Umur Semakin kita berumur, sendi kita akan semakin kurang keaktifannya; Kurang aktif Punca sendi-sendi menjadi kurang efektif kerana tisu perantara semakin memendek; Jantina Kebiasaannya tubuh wanita lebih fleksibel daripada lelaki; dan Jenis tubuh badan dan latihan kekuatan Fleksibiliti adalah khusus untuk setiap individu kerana semua orang mempunyai struktur otot, struktur sendi dan komposisi genetik yang berbeza.

Perkara yang paling utama di sini ialah dengan melakukan latihan yang berterusan dan disertakan dengan aktiviti regangan yang betul akan meningkatkan darjah kelenturan anda. Antara faedah-faedah tersebut ialah: a. b. c. d. Mengurangkan kesakitan otot; Mengurangkan risiko kecederaan; Menambahbaik kelenturan (kedua-dua fizikal dan mental); dan Mengurangkan tekanan.

1.

Apa yang akan berlaku jika seseorang itu tidak melakukan sebarang aktiviti yang menggunakan otot rangka? Bincangkan.

2. Muscle dystrophy merupakan satu gejala yang disebabkan kelemahan pada otot,
kecacatan pada protein-protein otot dan kematian sel-sel serta tisu-tisu otot. Mengapakah fenomena ini boleh berlaku? Adakah ia diwarisi secara genetik? Bincangkan.

SISTEM TENAGA5.3
Pernahkah anda mendengar tentang kepejalan (ultra-lean) susuk tubuh badan seseorang atlet olahraga (pelaripelari 100 m dan peluncur laju) dan tertanya-tanya mengapa latihan anda tidak menghasilkan keputusan yang sama? Anda berlatih dengan bebanan tiga hingga lima kali setiap minggu untuk membina otot dan melakukan beberapa gerak kerja berintensiti sederhana untuk membakar lemak. Jadi mengapa anda tidak melihat diri anda lebih baik daripada atlet-atlet ini? Mereka semua menghabiskan masa dengan berlari keliling padang. Jadi mengapa susuk tubuh, lengan dan perut mereka lebih berotot daripada anda? Terdapat beberapa jawapan kepada soalan-soalan ini. Jawapan pertama adalah, sebagaimana yang anda sangka ianya berkaitan dengan genetik. Kebanyakan atlet akan mengatakan bahawa usaha yang gigih dan latihan berterusan yang menjadikan mereka seorang atlet, tetapi kebenarannya mereka mendapat dorongan hasil daripada kromosom yang diwarisi. Seperti yang anda lihat, atlet-atlet yang berjaya dilahirkan dengan potensi besar dalam sukan yang mereka ceburi. Kemudian, ketika bermain, semasa kanak-kanak, mereka mula memilih sendiri sukan tertentu yang mereka mahir. Ditambah pula dengan rejim latihan yang berterusan, potensi yang diwarisi mereka mula menyerlah. Tetapi terdapat perkara yang menjadi persoalan. Walaupun atlet-atlet ini dilahirkan dengan satu kelebihan, di mana mereka dengan mudah dapat membina otot dan membakar lemak, kita tidak boleh

memperkecilkan kepentingan latihan yang progresif. Dengan mensasarkan otot serat yang menyumbang kepada kuasa tenaga serta latihan sistem-sistem tenaga anaerobik (sistem ATP-PC dan sistem glikolitik), atlet-atlet ini menjadi lebih besar, kuat dan tidak berlemak. Sekiranya anda menggunakan tip yang diberikan ini, semestinya susuk tubuh anda akan menjadi lebih besar, kuat dan juga tidak berlemak.

a. Sistem

Tenaga Anaerobik Pertama, mari takrifkan terma di atas. Jika anda biasa dengan terma "aerobik", anda akan tahu maknanya iaitu "beroksigen". Oleh itu, sistem tenaga aerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan daripada penggunaan oksigen. Lawan perkataan aerobik adalah anaerobik yang, didefinisikan sebagai tanpa oksigen. Oleh itu, sistem tenaga anaerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan daripada sumbersumber tidak oksida. Ini adalah bahagian di mana ia menjadi sukar. Daripada takrif yang dinyatakan sebelum ini, kedua-dua sistem tenaga ini adalah saling berasingan; di mana hanya salah satu sahaja yang aktif pada satu masa. Pada suatu masa dahulu, penyelidik mempercayai tiada oksigen digunakan dalam menghasilkan ATP semasa latihan anaerobik. Bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan walaupun semasa acara yang melibatkan banyak penggunaan tenaga anaerobik, sistem aerobik (beroksigen) juga diaktifkan (dalam kuantiti yang kecil). Dengan itu, adalah penting untuk mengetahui apa yang menentukan keupayaan badan untuk pergi dengan atau tanpa oksigen. Baik, dua penentu utama adalah intensiti dan tempoh. Di sini terdapat satu contoh menunjukkan faktor-faktor ini bertindak. Pastinya di sini anda semua tahu, jika anda berada di trek dan anda memulakan larian dengan sangat pantas, untuk beberapa saat yang pertama anda akan berasa seperti mahu meletup. Tetapi selepas hanya 310 saat, perasaan tersebut akan menghilang dan anda akan memperlahankan larian anda sedikit. Masih lagi bekerja keras walaupun memulakan dengan perlahan secara progresif, lebih kurang 1520 saat berlari, otot anda akan mula terbakar dan anda akan memperlahankan larian anda dengan lebih banyak. Akhirnya, kerana pembakaran dan keletihan, sama ada anda akan memperlahankan larian anda kepada lari-lari anak atau berhenti berlari sama sekali. Anda mungkin bertanya: Mengapa ini boleh berlaku? Baik, sila lihat Jadual 5.1:

b. Sistem Anaerobik (lihat Jadual 5.1)

Jadual 5.1: Nilai untuk Tempoh Setiap Sistem Tenaga Masa yang diambil Kemuncak prestasi Pengekalan kemuncak prestasi Kapasiti keseluruhan Masa pemulihan yang diambil Masa untuk pemulihan ATP-PC <1 saat 10 saat 1030 saat 3 minit 30 saat Glikolitik 20 saat 20 saat 12 minit 12 jam 1520 minit Sistem Aerobik 23 minit 3 minit 23 jam 2448 jam 56 jam

Apa yang dimaksudkan dengan carta di atas? Baik, anda akan dapati nilai sebenar untuk tempoh setiap sistem tenaga (anggaran yang anda bekerja dalam intensiti domain yang sesuai). Kini, mari kita lihat sesuatu yang sangat khusus dalam carta di atas. Jika anda cukup teliti, anda akan menyedari bahawa di sini bukan sahaja disenaraikan perbezaan antara sistem anaerobik dan sistem aerobik, tetapi disenaraikan juga dua jenis sistem anaerobik: ATP-PC dan glikolitik. Perbezaan antara keduanya akan diperjelaskan di sini.

Sistem ATP-PC dipanggil sedemikian kerana peruntukan tenaga pada intensiti yang sangat tinggi adalah bergantung hanya kepada simpanan ATP yang sedia ada di dalam otot dan keupayaan otot terhadap jumlah phosphocreatine (PC) yang sedikit untuk menghasilkan adenosina trifosfat (ATP) bagi menggantikan ATP yang telah digunakan. Oleh kerana simpanannya adalah terhad, apabila ATP dan PC semakin berkurangan, badan perlu untuk memperlahankan larian atau gerakan. Oleh itu, sebagaimana yang anda boleh lihat pada carta, sistem badan hanya mempunyai keupayaan yang terhad untuk menjana ATP apabila tenaga berada di puncak sistem berlaku pada penanda 1 saat dan sistem hanya mempunyai keupayaan 30 saat. Bagaimanapun, kadar bagi penjanaan ATP adalah paling pantas berbanding tiga yang lain dan sebab itulah mengapa sistem ini begitu penting untuk latihan berintensiti tinggi. Bila menggunakan sistem tenaga anaerobik ATP-PC, anda boleh menjana lebih banyak tenaga bagi satu tempoh masa yang pendek. Satu larian pecut 100 m adalah di dalam domain ATP-PC. Sistem tenaga anaerobik glikolitik dipanggil sedemikian kerana peruntukan tenaga daripada sistem ini adalah bergantung kepada jumlah glikogen otot (simpanan karbohidrat). Seperti yang anda boleh lihat pada carta, sistem glikolitik menyediakan ATP untuk menjana kuasa lebih panjang daripada sistem ATPPC tetapi keupayaannya mengekalkan latihan berintensiti tinggi juga terhad di mana jumlah kapasiti sistem ini adalah 2 minit. Jadi kesimpulannya, dalam menjana tenaga semasa latihan berintensiti tinggi, sistem tenaga anaerobik akan menggunakan simpanan ATP dahulu, kemudian PC dan seterusnya glikogen otot. Dengan melihat pada pelbagai substrat yang digunakan semasa gerak kerja anaerobik (seperti ATP, PC, glikogen) anda akan perhatikan lemak tiada di dalam senarai itu. Perkara yang menarik mengenai latihan anaerobik adalah walaupun lemak dibakar dalam kuantiti yang sedikit semasa latihan berintensiti tinggi pada masa yang singkat, setidak-tidaknya terdapat lemak yang terbakar di antara waktu pemulihan dari latihan yang dilakukan. Oleh itu, dengan melakukan latihan yang efektif dalam sistem anaerobik (melalui gerak kerja berselang), anda akan menghilangkan sejumlah besar lemak.

c. Kebaikan

Latihan dalam Sistem Tenaga Anaerobik Latihan dalam sistem tenaga anaerobik dengan jelas memberikan manfaat dalam mempertingkatkan prestasi atlet. Terdapat juga manfaat kepada individu bukan atlet. Jenis latihan ini amat penting bagi kalori. Dalam tempoh 30 minit, gerak kerja tubuh boleh membakar lebih 400 kcal. Manakala karbohidrat menyediakan bahan api untuk digunakan sepanjang selang intensiti tinggi, lemak turut dibakar sepanjang tempoh pemulihan aerobik intensiti rendah di antara selang intensiti tinggi. Pembakaran kalori selepas latihan dilakukan adalah sangat besar melalui latihan jenis ini. Dalam beberapa kajian, kadar metabolisme dalam keadaan rehat akan terus meningkat (antara 15% atau lebih banyak) sehingga 24 jam selepas senaman. Menariknya, selepas menjalankan latihan, badan akan terus membakar lemak supaya metabolisme meningkat dan seterusnya membakar lemak yang berlebihan. Latihan ini akan mengakibatkan penghasilan aktiviti enzim aerobik, anaerobik dan ATP-PC. Ini bermakna bahawa segala sistem tenaga dalam badan akan beroperasi pada peringkat lebih tinggi dan menjadi cekap dalam membakar kalori dan menjana tenaga. Otot yang digunakan sepanjang latihan jenis ini akan berubah dari segi komposisi, cenderung kepada peningkatan peratusan dalam otot serat sentak pantas (fast twitch fibers). Peningkatan dalam penghasilan tenaga yang cepat dalam serat otot berlaku dalam otot serat sentak lambat (slow twitch fibers). Perubahan ini berlaku, apabila serat pantas (fast fibers) terhasil dengan lebih banyak berbanding serat perlahan (slow fiber). Terdapat peningkatan dalam sel otot organel tertentu (contohnya: retikulum sarkoplasma). Ini menunjukkan kepada imbangan kalsium yang baik dan keupayaan pengecutan. Terdapat pertambahan sementara dalam testosteron darah (38%) dan peningkatan hormon sejurus selepas latihan. Sementara perkara ini dibahaskan, perubahan-perubahan ini akan menyumbang kepada keadaan anabolik dalam

badan.

1. Dalam kumpulan, bincangkan apakah tenaga yang digunakan oleh pemain-pemain ragbi dan atlet-atlet olahraga bagi acara padang.

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan karbohidrat loading atau carbo loading?

d.

Sila layari http://www.scribd.com/doc/22974109/sistem-tenaga

e.

Sila mengenal pasti sama ada pernyataan yang diberi adalah betul atau salah.

Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular5.3.1


Sistem kardiovaskular memainkan lima peranan penting semasa sesuatu akiviti fizikal itu dijalankan iaitu: a. b. Menghantar oksigen kepada otot yang sedang bekerja; Mengoksigenkan darah dengan menyalurkannya kembali ke paru-paru; Mengangkut haba (hasil sampingan aktiviti) dari teras ke kulit; Menghantar nutrien dan bahan bakar untuk tisu aktif; dan Mengangkut hormon-hormon.

c.
d. e.

Latihan menyebabkan peningkatan permintaan dalam sistem kardiovaskular. Permintaan oksigen dalam otot akan meningkat dengan cepat dalam sistem kardiovaskular. Proses metabolik akan menjadi lebih cepat dan banyak bahan buangan akan dihasilkan. Kebanyakan nutrien akan digunakan dan suhu badan akan meningkat. Sistem kardiovaskular harus menggunakan perubahan yang berlaku dan permintaan yang meningkat dengan sebaiknya untuk menjadikan sistem kardiovaskular berfungsi dengan baik. Kita akan mengkaji tindak balas segera atau akut (acute) terhadap latihan dan juga penerimaan jangka panjang sistem kardiovaskular terhadap latihan yang berulang. Aspek yang sangat penting untuk kita ketahui dalam sistem kardiovaskular termasuklah:

a. b.

Kadar degupan jantung (heart rate); Isi padu strok (stroke volume);

c. d. e. f.
a.

Keluaran jantung (cardiac output); Aliran darah (blood flow); Tekanan darah (blood pressure); dan Darah (blood). Tindak Balas Segera Sistem Kardiovaskular terhadap Latihan

i.

Kadar Degupan Jantung Kadar degupan jantung pada waktu rehat adalah purata 60 ke 80 degupan/minit bagi golongan dewasa yang sihat. Dalam keadaan duduk, individu pertengahan umur mungkin mempunyai kadar degupan jantung setinggi 100 degupan/minit. Bagi atlet elit, kadar degupan jantung rehat yang pernah direkodkan adalah serendah 28 ke 40 degupan/minit. Kadar degupan jantung akan meningkat walaupun sebelum sesuatu latihan dimulakan. Ini dikatakan sebagai tindak balas jangkaan. Ini berlaku kerana pengeluaran neurotransmiter yang dipanggil epinefrin dan norepinefrin yang juga dikenali sebagai adrenalin dan noradrenalin. Selepas pemulaan tindak balas jangkaan, kadar degupan jantung akan meningkat berdasarkan kepada perkadaran langsung tahap latihan sehingga kadar degupan jantung yang maksimum dicapai. Kadar degupan jantung maksima dapat dianggarkan menggunakan formula 220 umur (Formula Karvonen). Tetapi ini adalah hanya anggaran sahaja, dan tidak semestinya tepat. Satu-satunya kaedah untuk menentukan kadar maksimum degupan jantung adalah melakukan latihan dengan intensiti yang meningkat sehingga tahap mendatar pada kadar degupan jantung diperolehi walaupun kadar latihan meningkat. Walaupun kadar degupan jantung meningkat dengan cepat pada permulaan latihan, melakukan latihan pada intensiti yang malar, kadar degupan jantung akan berada pada paras yang stabil. Ini dikenali sebagai keadaan stabil degupan jantung di mana permintaan tisu yang aktif bersamaan dengan sistem kardiovaskular. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian terhadap perkara berikut. Semasa latihan dalam keadaan stabil yang panjang, terutamanya dalam cuaca yang panas, keadaan stabil kadar degupan jantung akan meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai cardiac drift dan berlaku kerana peningkatan suhu badan.

ii.

Isi Padu Strok Isi padu strok adalah jumlah darah yang ditolak keluar per degupan dari ventrikel kiri dan diukur dalam ml/denyutan. Isi padu strok meningkat secara beransur-ansur sejajar dengan intensiti latihan. Bagi individu yang tidak melakukan latihan, kadar isi padu strok pada waktu rehat adalah pada purata 70 ml/denyutan dan meningkat kepada 110130 ml/denyutan ketika melakukan aktiviti fizikal. Bagi atlet elit, purata isi padu strok pada kadar rehat adalah 90110 ml/denyutan dan boleh meningkat setinggi 150220 ml/denyutan. Isi padu strok hanya boleh meningkat sehingga keupayaan maksimum sebanyak 4060% selepas mencapai tahap mendatar. Apabila melangkaui intensiti latihan yang relatif, isi padu strok adalah tidak berubah sehingga mencapai titik keletihan. Tetapi ini bukanlah satu kesimpulan dan kajian lain menyatakan isi padu strok akan terus meningkat sehingga mencapai tahap keletihan. Menariknya, seorang perenang menunjukkan peningkatan isi padu strok yang kecil berbanding dengan pelari dan pelumba basikal. Adalah dipercayai keadaan tubuh yang terlentang menghalang darah dari berkumpul di bahagian lebih rendah bawah dalam meningkatkan pengembalian darah ke vena. Kenapakah isi padu strok meningkat pada permulaan latihan? Dalam satu penjelasan adalah ventrikal kiri diisi sepenuhnya dengan oksigen dan menyebabkannya meregang, menyebabkan jantung disentak dan penguncupan jantung berlaku dengan lebih banyak. Ini dikenali sebagai mekanisme Frank-Starling. Faktor penyumbang lain termasuklah

peningkatan kontraktiliti ventrikal dan pengurangan rintangan pingiran terhadap vasodilasi pembuluh darah.

iii.

Keluaran Jantung Keluaran jantung atau cardiac output adalah jumlah darah yang dipam oleh jantung dalam seminit dan dikira dalam L/minit. Ia adalah hasil daripada isi padu strok dan kadar degupan jantung (SV HR). Jika salah satu antara isi padu strok atau kadar degupan jantung atau kedua-duanya meningkat, output kardiak juga akan meningkat. Keluaran jantung meningkat secara beransur-ansur selaras dengan intensiti latihan di mana ia boleh dianggarkan daripada tindak balas kadar degupan jantung dan isi padu strok terhadap latihan. Pada keadaan rehat, keluaran jantung adalah kira-kira 5 L/minit. Semasa latihan ia boleh meningkat kepada 2040 L/minit.

iv.

Aliran Darah Sistem vaskular boleh mengagihkan semula darah ke tisu-tisu yang mempunyai permintaan oksigen yang tinggi dan berada jauh dari kawasan yang mempunyai permintaan oksigen yang kurang. Dalam keadaan rehat, 1520% aliran darah dibekalkan ke otot skeletal. Semasa latihan, ia meningkat kepada 8085% keluaran jantung. Darah dialihkan alirannya daripada organ-organ utama seperti buah pinggang, hati, perut dan usus. Ia dialirkan terus ke kulit bagi menggalakkan kehilangan haba. Atlet dinasihatkan supaya tidak makan beberapa jam sebelum menjalani latihan atau bertanding. Nasihat ini sangat berguna kerana makanan yang berada dalam perut akan menyebabkan persaingan aliran darah antara sistem penghadaman dan otot. Ini telah dibuktikan di mana aliran darah gastrousussemasa membuat latihan selepas makan adalah lebih banyak berbanding menjalankan latihan semasa perut kosong.

v.

Tekanan Darah Pada waktu rehat, tekanan darah sistolik yang biasa bagi individu yang sihat adalah antara 110140 mmHg dan 6090 mmHg bagi tekanan darah diastolik. Semasa latihan, tekanan sistolik iaitu tekanan darah semasa penguncupan jantung (dikenali sebagai sistol) boleh meningkat hingga melebihi 200 mmHg dan tahap yang paling tinggi yang telah direkodkan ke atas atlet yang sihat dan terlatih adalah 250 mmHg. Sementara itu, tekanan diastolik adalah tidak berubah tanpa mengira intensiti latihan. Sebenarnya, peningkatan lebih daripada 15 mmHg semasa peningkatan intensiti latihan adalah tanda kepada penyakit koronari jantung dan digunakan sebagai penanda untuk menentukan ujian toleransi latihan. Kedua-dua tekanan darah sistolik dan diastolik boleh meningkat, walaupun sekejap sahaja semasa peringkat rintangan latihan.

vi.

Darah Dalam keadaan rehat, kandungan oksigen darah berbeza-beza iaitu kira-kira 20 ml oksigen setiap 100 ml darah arteri ke 14 ml oksigen setiap 100 ml darah vena. Perbezaan dalam kandungan oksigen darah arteri dan vena dikenali sebagai perbezaan Vo2max. Apabila intensiti latihan meningkat, perbezaan Vo2max juga meningkatkan juga dan pada tahap maksimum perbezaan antara darah arteri dan kandungan oksigen darah vena boleh menjadi tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pada keadaan rehat. Isi padu plasma darah akan berkurangan pada permulaan latihan. Peningkatan dalam tekanan darah dan perubahan dalam intraotot osmotik akan menyebabkan air dari bahagian

vaskular mengalir ke ruang interstitial. Semasa latihan yang berpanjangan, isi padu plasma boleh berkurangan ke 1020% dan 1520% dalam 1 minit latihan yang memenatkan. Latihan rintangan dengan 40% dan 70% dengan maksimum satu pengulangan boleh menyebabkan 7.7% dan 13.9% pengurangan dalam plasma darah. Pengurangan plasma akan menyebabkan peningkatan hemoglobin atau hematokrit. Walaupun tiada sel darah merah dihasilkan, peningkataan hemoglobin per unit darah akan meningkatkan kapasiti oksigen darah yang dibawa. Ini merupakan penyesuaian utama semasa penyesuaian terhadap altitud. pH darah boleh bertukar dari 7.4 beralkali semasa kadar rehat ke serendah 6.5 semasa aktiviti larian pecut. Ini berlaku kerana peningkatan terhadap sistem tenaga anaerobik dan pengumpulan ion-ion hidrogen.

b.

Penyesuaian dalam Sistem Kardiovaskular Berikut adalah latihan penyesuaian dalam sistem kardiovaskular dan komponen-komponennya. Antara perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui ialah:

i.

Saiz Jantung Jisim jantung dan peningkatan isi padu dan otot jantung akan melalui hipertropi jantung. Ventrikel kiri yang menyesuaikan pada takat terbesar. Saiz kamar juga bertambah hasil daripada latihan daya tahan, lebih banyak kajian menunjukkan yang ketebalan dinding miokardial juga bertambah.

ii.

Kadar Degupan Jantung Pada waktu rehat, kadar jantung boleh menurun kepada individu dalam keadaan duduk. Sepanjang program senaman 10 minggu, seorang individu dengan kadar jantung rehat sebanyak 80 denyutan/minit boleh menjangka penurunan kepada kira-kira 10 denyutan/minit dalam kadar rehat jantung. Seperti disebut terdahulu, atlet-atlet terlatih seperti Lance Armstrong boleh mempunyai kadar rehat jantung serendah 30 saat. Semasa latihan submaksima, kadar jantung adalah rendah pada semua tahap intensiti latihan berbanding dengan pralatihan. Perbezaan ini lebih bercirikan kepada intensiti latihan relatif tinggi. Contohnya, pada kadar latihan yang rendah hanya terdapat perbezaan kecil pada kadar jantung sewaktu sebelum dan selepas latihan. Apabila intensiti mencapai tahap maksimum, peningkatan boleh mencapai setinggi 30 denyutan/min bagi latihan yang berikutnya. Kadar maksimum jantung cenderung untuk kekal tidak berubah dengan berlatih. Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan yang menyatakan kadar jantung maksimum boleh dikurangkan pada atlet-atlet elit dengan individu yang tidak terlatih pada umur yang sama. Ekoran daripada satu latihan, kadar jantung kekal tinggi sebelum menurun dengan perlahan hingga ke tahap rehat. Selepas satu waktu latihan, masa yang diambil oleh kadar jantung untuk kembali ke nilai rehat dipendekkan. Ini boleh dijadikan sebagai satu alat untuk mengukur keberkesanan daripada program latihan. Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan sebagai perbandingan kerana faktor-faktor individu selain ketahanan kardiorespiratori memainkan peranan penting dalam menentukan secepat mana kadar jantung kembali ke keadaan rehat.

iii.

Isi Padu Strok Isi padu strok meningkat semasa dalam keadaan rehat, semasa latihan submaksima dan latihan maksima yang seterusnya. Purata isi padu strok pada keadaan rehat bagi individu biasa adalah 5070 ml/denyutan, dan 7090 ml/denyutan bagi individu yang aktif dan 90110 ml/denyutan bagi atlet berprestasi tinggi.

Peningkatan isi padu strok ini menyumbang kepada pengisian akhir diastolik. Pengisisan yang banyak pada ventrikal kiri adalah kerana:

peningkatan plasma darah dan isi padu darah; dan

mengurangkan kadar jantung yang akan meningkatkan masa pengisian diastolik.

Menurut mekanisme Frank Starling, pengisian yang meningkat pada ventrikel kiri akan meningkat sentakan dan menghasilkan penguncupan yang lebih banyak. Ini akan mengakibatkan bukan sahaja jantung terisi dengan lebih banyak darah untuk ditolak atau dialirkan keluar tetapi ianya juga mengeluarkan peratusan besar jumlah diastolik akhir (dirujuk sebagai pecahan tolakan atau aliran) berbanding dengan sebelum berlatih.

iv.

Keluaran Jantung Jika kadar jantung berkurangan dalam keadaan rehat dan sepanjang latihan submaksimal dan isi padu strok meningkat, apakah kesannya kepada keluaran jantung? Pada hakikat sebenarnya, keluaran jantung kekal tidak berubah atau pengurangan yang sedikit sahaja semasa latihan daya tahan. Sebaliknya, sepanjang latihan maksimum, keluaran jantung meningkat dengan nyata sekali. Ini merupakan hasil daripada peningkatan dalam maksimum isi padu strok apabila kadar jantung maksimal tidak berubah semasa latihan. Bagi individu yang tidak aktif, keluaran jantung yang maksimum mungkin 1420 L/minit berbanding dengan 2535 L/minit bagi individu terlatih. Secara keseluruhannya, bagi atlet elit, keluaran jantung maksimum boleh mencapai setinggi 40 L/minit.

v.

Aliran Darah Otot rangka menerima bekalan darah yang lebih besar, kesan daripada latihan kerana:

Jumlah kapilari bertambah; Bukaan lebih besar pada kapilari sedia ada; Pengagihan semula darah dengan lebih efektif; dan Isi padu darah bertambah.

vi.

Tekanan Darah Tekanan darah boleh mengurang kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik pada keadaan rehat dan sepanjang latihan submaksimal sebanyak 10mmHg bagi individu yang mempunyai tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, pada intensiti latihan yang maksimum, tekanan darah sistolik adalah menurun berbanding dengan pralatihan. Adalah menarik untuk dinyatakan walaupun latihan-latihan rintangan dapat meningkatkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan nyata sepanjang aktiviti, ia boleh mengakibatkan kepada pengurangan tekanan darah bagi jangka masa yang panjang.

vii.

Isi Padu Darah Latihan daya tahan akan meningkatkan isi padu darah. Manakala isi padu plasma merupakan penyumbang besar kepada peningkatannya, selain daripada faktor penyumbang kepada penghasilan sel darah merah. Hematokrit adalah hasil daripada hemoglobin per unit darah. Peningkatan dalam sel darah merah akan meningkatkan hematokrit tetapi ini bukanlah kesnya kerana plasma darah meningkat dengan lebih besar daripada sel darah merah. Hematokrit sebenarnya berkurangan pada latihan yang berikutnya.

Keefisienan Mekanisme Metabolisme5.3.2

Ramai orang menyangka bahawa pertambahan berat badan adalah disebabkan oleh kadar metabolisme yang rendah. Kadangkala, masalah ini adalah disebabkan oleh genetik. Tanpa menghiraukan sebab-sebab yang lain, kebanyakan mereka yang peka terhadap kesihatan mengambil makanan tambahan semula jadi untuk mendapatkan diet yang betul dan vitamin tambahan, dengan harapan dapat meningkatkan kadar metabolisme mereka. Namun begitu, apa yang jelas adalah kebanyakan mereka tidak memahami sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan metabolisme. Hanya apabila mereka betul-betul memahami maksud dan fungsinya, barulah mereka mengamalkan teknik yang betul dalam meningkatkan metabolisme. Pertama sekali, mari kita definisikan metabolisme. Di dalam bidang sains, ia merujuk kepada kadar kebolehan tubuh badan untuk membakar kalori. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi metabolisme. Antaranya, termasuklah faktor umur, tahap aktiviti yang dilakukan, malah rembesan hormon tiroid yang tidak normal juga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Pemilihan makanan juga mempengaruhi metabolisme seseorang. Jika diet anda adalah rendah kandungan lemaknya, ia akan membawa kepada penghasilan hormon yang rendah dan seterusnya menyebabkan metabolisme yang rendah. Kekurangan air di dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan kadar dalam sistem badan dan boleh menyebabkan tekanan. Tetapi komponen badan yang memberikan kesan yang sangat besar dalam metabolisme adalah tisu otot. Dipercayai, lebih banyak otot di dalam badan, lebih banyak kalori yang tidak dikehendaki boleh dibakar, tidak termasuk kepada faktor-faktor lain yang disebutkan di atas. Metabolisme cenderung untuk menurun kadarnya jika tubuh badan tidak mempunyai otot yang mencukupi. Metabolisme tiada kena mengena dengan faktor umur. Bagaimanakah seorang mempunyai otot yang tidak mencukupi? Seseorang individu tidak akan mendapat tubuh yang berotot jika tidak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, seperti bersukan. Pengambilan makanan yang tidak teratur dan diet yang tidak praktikal juga akan menyebabkan kehilangan keupayaan dan pembentukan otot dalam badan. Apabila kadar metabolisme rendah, ia akan mengakibatkan penyimpanan lemak yang tidak dikehendaki oleh tubuh yang membawa kepada masalah kesihatan dan kegemukan. Untuk mencegahnya, terdapat beberapa teknik yang dapat meningkatkan kadar metabolisme anda iaitu:

a. Mengelak

daripada Menyimpan Lemak Baru Lemak baru akan terbentuk jika anda mengambil jumlah kalori yang banyak berbanding jumlah yang diperlukan tubuh; ia bukanlah disebabkan oleh kekurangan senaman atau aktiviti fizikal lain, walaupun ia boleh membantu membakar kalori tersebut. Oleh itu, anda tidak perlu mengikut diet yang terlalu ketat, atau tidak mengambil langsung sumber karbohidrat. Anda hanya perlu peka kepada kandungan kalori yang diperlukan oleh tubuh, kemudian rancang pelan pemakanan yang boleh memberikan jumlah kalori yang diperlukan.

b. Membuang

Lemak Sedia Ada Cara yang betul untuk membuang lemak yang sedia ada adalah melalui latihan kekuatan dan kardiovaskular atau latihan aerobik berjadual, berpadanan dengan kadar tenaga dan gula yang stabil. Latihan yang progresif bermaksud melakukannya secara rutin yang akan menunjukkan kepada peningkatan pencapaian sasaran yang berterusan. Contohnya, jika anda berjoging menggunakan alat treadmill selama 30 minit seminggu, anda perlu meningkatkan tempoh masa tersebut untuk minggu yang seterusnya. Ini penting kerana lemak baru akan terbentuk setiap hari. Jika anda tidak dapat menghapuskan lemak tersebut sekarang, lemak tersebut akan meresap ke dalam otot, dan kandungan lemak dalam tubuh akan bertambah. Teknik-teknik progresif yang boleh dilakukan termasuklah melakukan satu perkara berulang-ulang, membentuk teknik latihan kekuatan, menukar rutin latihan biasa, meningkatkan jarak perjalanan dan melakukan beberapa aktiviti dalam satu masa. Untuk meningkatkan kadar metabolisme, adalah dinasihatkan untuk melakukan pelan yang terbukti berkesan dan mempunyai maklumat yang lengkap, serta tidak mempunyai kesan sampingan atau kekurangan di mana-mana bahagian. Tambahan pula, anda perlu mendisiplinkan diri dalam melakukan teknik tersebut. Anda tidak mampu untuk melakukan kesemuanya walaupun dalam jumlah yang kecil. Secara praktikalnya, anda perlu mempunyai garis panduan yang betul. Selain itu, jika anda mahu mencapai objektif kecergasan dan penurunan berat badan yang berkesan, anda boleh menimbangkan untuk meminta bantuan daripada mereka yang profesional.

Anda juga boleh menjalani sesi one-to-one, mendaftar dalam program kecergasan atau membina sendiri pelan kecergasan anda. Dengan ini, anda akan mempunyai panduan yang jitu dalam mencapai matlamat anda.

1.

Jelaskan kaitan antara tenaga aerobik dengan tenaga anaerobik.

2. Bagi satu sesi latihan, seorang atlet itu akan memasuki fasa pertandingan. Kaitkan antara keperluan penggunaan tenaga dengan pengambilan pemakanan atlet tersebut bersesuaian dengan fasa latihan yang akan diikuti.

RUMUSAN

Seawal usia bayi yang baru dilahirkan dianggap hidup apabila mula menunjukkan tanda-tanda pergerakan anggota badan, tangisan dan pernafasan. Dari peradaban Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aztek, jantung telah dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan. Dari segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugas untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel badan. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan. Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Jantung. Hipertrofi bermaksud penambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi jantung dapat dilihat dari dua ciri berikut iaitu saiz kaviti ventrikel dan ketebalan dinding ventrikel. Atlet yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam serat otot. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut:

Pengambilan Tenaga = Tenaga yang Digunakan + Tenaga Disimpan

Banyak kajian menyatakan bahawa latihan sederhana juga dapat meningkatkan HDL yang bertindak sebagai lawan kepada LDL. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi di samping dapat menambahkan kapasiti koronori arteri jantung dan membina kapilari dan arteriol yang baru. Latihan juga membantu enzim dalam darah dengan memecahkan darah beku clot iaitu penyebab serangan jantung. Setiap sel dalam tubuh manusia memerlukan oksigen untuk terus hidup. Tanpa oksigen, sel-sel ini tidak boleh bergerak, membina, penghasilan semula dan menukar makanan kepada tenaga. Penilaian kemampuan kerja otot yang sebenar ialah kekuatan maksimumnya iaitu kemampuan maksimum otot menghasilkan daya pada satu kontraksi otot yang disebut juga muscle strength dan daya tahan otot yang dikenali juga sebagai muscle endurance. Dalam suatu latihan otot, beban kerja diberikan dalam bentuk masa yang harus

dilawan atau dipindahkan oleh gaya kontraksi otot. Dengan memperhatikan besar beban (resistance intensity) dan ulangan kontraksi otot (repetitions), pembebanan terhadap otot dapat diatur.

Secara umum, peningkatan kekuatan otot dapat dicapai dengan latihan beban besar untuk kurang daripada enam kontraksi otot (higher resistances (high intensity) and lower repetitions); sedangkan daya tahan otot meningkat pada latihan beban ringan untuk kontraksi otot lebih daripada 20 kali (lower resistances and higher repetitions). Melalui latihan, otot yang bekerja bagi menentang satu beban kerja yang mencabar secara progresif bagi meningkatkan jisim otot dan kawasan cross-sectional, dirujuk sebagai hipertrofi. Hipertrofi otot boleh didefinisikan sebagai pertumbuhan dan peningkatan bagi saiz selsel otot. Fleksibiliti boleh ditakrifkan sebagai julat pergerakan (ROM) suatu sendi. Bagi setiap sendi, masing-masing mempunyai satu julat pergerakan ROM yang optimum untuk penghasilan prestasi yang terbaik. Sistem tenaga aerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan daripada penggunaan oksigen. Sistem tenaga anaerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan daripada sumber-sumber tidak oksida. Jenis latihan ini amat penting bagi kalori. Dalam tempoh 30 minit gerak kerja tubuh boleh membakar lebih 400 kcal. Karbohidrat menyediakan bahan api untuk digunakan sepanjang selang intensiti tinggi, lemak turut dibakar sepanjang tempoh pemulihan aerobik intensiti rendah di antara selang intensiti tinggi. Sistem kardiovaskular memainkan lima peranan penting semasa sesuatu akiviti fizikal itu dijalankan iaitu:

o o o o o

Menghantar oksigen kepada otot yang sedang bekerja; Mengoksigenkan darah dengan menyalurkannya kembali ke paru-paru; Mengangkut haba (hasil sampingan aktiviti) dari teras ke kulit; Menghantar nutrien dan bahan bakar untuk tisu aktif; dan Mengangkut hormon-hormon.

Aspek yang sangat penting untuk kita ketahui dalam sistem kardiovaskular termasuklah kadar degupan jantung (heart rate), jumlah strok (stroke volume), keluaran jantung (cardiac output), aliran darah (blood flow), tekanan darah (blood pressure) dan darah (blood). Metabolisme dalam bidang sains, merujuk kepada kadar kebolehan tubuh badan untuk membakar kalori. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi metabolisme. Antaranya, umur, tahap aktiviti yang dilakukan, malah rembesan hormon tiroid yang tidak normal juga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Pemilihan makanan juga mempengaruhi metabolisme seseorang. Jika diet anda adalah rendah kandungan lemaknya, ia akan membawa kepada penghasilan hormon yang rendah dan seterusnya menyebabkan metabolisme yang rendah.

You might also like