You are on page 1of 18

LAPORA KAJIA TI DAKA

ME I GKATKA PE GUASAA KO SEP PERATUS BAGI MURID TAHU 6 KU I G DALAM KEMAHIRA ME CARI ILAI KESELURUHA APABILA DIBERI ILAI SEBAHAGIA PERATUSA BAHAGIA YA

OLEH

WO G FUI YEE Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat Satu Peti Surat 2653 90730 Sandakan

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menolong murid-murid Kelas 6 Kuning iaitu seramai 32 orang, dari Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat mengatasi masalah dalam kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya dalam soalan penyelesaian masalah. Jika masalah ini dapat diatasi, ini akan dapat menolong pelanggan-pelanggan saya mengingkatkan penguasaan konsep peratus. Tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan latihan, ujian pra dan ujian pos. Dapatan

kajian daripada ujian pos telah menunjukkan berlaku perubahan peningkatan terhadap keupayaan pelanggan-pelanggan dalam menyelesaikan soalan penyelesaian dengan mengaplikasikan teknik dan langkah kerja yang betul semasa menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Pada kesimpulannya, dengan pelaksanaan program kajian tindakan ini telah berjaya membantu pelanggan-pelanggan saya meningkatkan penguasaan konsep peratus mereka dalam mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Setelah membuat pemerhatian dan pemeriksaan buku-buku latihan dan kerja rumah yang diberi kepada murid Tahun 6 Kuning, saya mendapati kebanyakan murid menghadapi banyak masalah dalam menjawab soalan penyelesaian dalam kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya. Daripada pemerhatian saya, saya mendapati masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah tidak memahami kehendak soalan dan seterusnya berasa keliru untuk menentukan mana satu langkah kerja yang betul untuk menjawab soalan. Selain itu, ada pula yang memahami kehendak soalan dan dapat

menentukan cara yang betul untuk menyelesaikannya, tetapi tidak dapat menunjukkan langkah kerja tersebut dengan betul dan secara sistematik dan ini menyebabakan jawapan akhir mereka salah. Kebanyakan langkah kerja yang murid perlu buat adalah berkaitan dengan sifir, iaitu cara pendaraban, pembahagian dan pemansuhan. Segolongan kecil murid yang tidak pandai mengaplikasikan cara

pemansuhan dalam langkah kerja ini juga menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan penyelesaian yang berkaitan dengan kemahiran ini.

Di samping itu, apa yang dapat saya perhatikan dalam kelas ini ialah, sesetengah murid tidak berminat dalam mata pelajaran Matematik dan mereka berasa mata pelajaran ini agak susah bagi mereka. Mereka

juga memerlukan motivasi dan inisiatif yang lebih giat, baik daripada diri sendiri ataupun guru untuk belajar mata pelajaran ini. Kadang-kala, pengajaran guru dan latihan dalam kelas dan juga kerja rumah yang diberikan kepada mereka adalah satu bebanan, dan segolong kecil daripada murid berasa agak tertekan dan bosan untuk berusaha bersama-sama dengan guru-guru di sekolah ini untuk memajukan diri. Justeru itu, saya berpendapat bahawa kepelbagaian teknik dan bahan bantu belajar perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Langkah ini dicadangkan supaya murid-murid dapat belajar dalam satu suasana yang memberangsangkan dan seterusnya dapat menikmati keseronokan belajar. Saya yakin murid-murid dari kelas ini masih boleh dibantu untuk mendapat keputusan yang lebih baik lagi daripada prestasi sekarang. Saya berharap apa yang akan saya lakukan dapat mengubah keadaan ini sehingga ke tahap yang lebih memuaskan.

2.0

Fokus Kajian

Walaupun saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan murid dalam tajuk Peratus ini sehingga membimbangkan saya bahawa mereka akan hilang rasa minat untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk ini, namun untuk tujuan kajian ini, saya akan menumpukan fokus kajian saya dalam membantu murid mencari suatu cara yang senang dan berkesan untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan cara mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya. Salah satu contoh bentuk soalan yang murid tidak dapat menjawab dalam jenis kemahiran yang telah saya sebutkan adalah seperti di bawah:

30% daripada jumlah bunga ros yang ada ialah 180 tangkai. Berapakah jumlah kesemua bunga ros? Kemahiran ini ialah mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya

Berasaskan pemerhatian awal yang telah saya buat pada murid-murid saya, didapati mereka memang menghadapi masalah dalam memahami kehendak soalan dan menentukan mana satu langkah kerja yang betul untuk menyelesaikan sesuatu soalan penyelesaian masalah. Berdasarkan soalan yang ditunjukkan di atas, murid hendaklah faham ayat matematik ini.

a)

30% daripada jumlah bunga ros = 180 tangkai, maka untuk mencari jumlah tangkai bunga ros, caranya ialah,

b) c)

30 x Jumlah = 180 tangkai, 100


Jumlah = 180 tangkai x

100 = 600 tangkai. 30

Tetapi bagi murid-murid saya di kelas 6K, mereka membuat kesilapan dengan menggunakan cara yang lain untuk menjawab soalan berbentuk begini. Cara mereka ialah,

30 x 180 tangkai = 54 tangkai. 100

Jadi jawapan mereka adalah salah dengan menggunakan cara yang tidak betul. Masalah ini timbul adalah disebabkan oleh murid-murid menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan. Terdapat soalansoalan yang memang meminta murid menunjukkan langkah kerja yang salah ini dan contohnya adalah seperti di bawah,

Puan Aini mempunyai 180 tangkai bunga ros. Jika dia telah menjual 30% daripada jumlah bunga rosnya. berapakah jumlah tangkai bunga ros yang telah dijual?

Kemahiran ini berkaitan dengan mencari suatu nilai apabila diberi peratus daripada suatu kuantiti tertentu.

Dengan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam mencari suatu kaedah yang senang dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini, banyak usaha dan tindakan perlu diambil terutamanya daripada kerjasama dan usaha antara guru dan murid sendiri. Melalui hasil kajian ini, saya percaya suatu hasil dapatan yang berguna dan berkesan kepada guru dan murid di sekolah saya ini akan dapat banyak menarik minat dan perhatian murid untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk ini memandangkan tajuk Peratus adalah salah satu tajuk yang agak penting dalam peperiksaan UPSR, kertas 1 & 2. Suata analisis berdasarkan soalan-soalan daripada kedua-dua kemahiran ini daripada kertas Matemetik 1 dan 2 peperiksaan UPSR dari tahun 2005 hingga 2008 telah dibuat untuk melihat

kekerapan soalan sebegini keluar dalam kertas peperiksaan UPSR. Jadual analisis tersebuat adalah seperti di bawah:

Tahun Kertas Bilangan soalan Junlah soalan K1 3

2005 K2 2 5 K1 5

2006 K2 2 7 Jadual 1: K1 -

2007 K2 K1 4

2008 K2 1 5

Analisis soalan-soalan tajuk Peratus dalam Peperiksaan UPSR Kertas 1 & 2 dari tahun 2005 - 2008

Berdasarkan jadual tersebut, jumlah soalan yang paling banyak keluar dalam peperiksaan UPSR dalam tajuk Peratus mengenai kedua-dua kemahiran ini adalah 7 soalan pada tahun 2006.

3.0

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan murid-murid kelas 6K akan dapat mencapai objektif-objektif yang berikut:

3.1

Objektif Am

Menimbulkan minat dan meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan cara yang betul untuk mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya.

3.2

Objektif Khusus dengan betul mengikut kehendak soalan.

3.2.1 Murid dapat membezakan antara dua cara yang mereka belajar dan mengaplikasikan

3.2.2

Murid dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya dengan betul.

3.2.3 3.2.4

Kaedah dan teknik pengajaran guru dapat diubah mengikut aras murid. Mengubah sikap murid dengan memberi motivasi dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran ini.

4.0

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun 6 Kuning, iaitu 15 orang lelaki dan 17 orang perempuan, di SK. Sri Tanjung Papat Satu, Sandakan.

5.0

Melaksanakan Tindakan

5.1

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya dilaksanakan dalam menjalankan kajian ini, terlebih dahulu pengumpulan maklumat awal dibuat melalui pemeriksaan buku latihan. Seterusnya, tinjauan awal juga dibuat dengan melaksanakan ujian pra bagi membuat pengesanan awal terhadap tahap maksimum kemampuan murid.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah

Hasil tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pra (seperti dalam jadual 2) menunjukkan dapatan data seperti dalam jadual di bawah:

o. soalan

Kemahiran

Frekuensi betul yang dijawab oleh murid

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 2 2 1 1 1 2 1 1 1 Jumlah

6 20 23 5 6 4 21 5 5 3 98

Jadual 2: Bilangan soalan ujian pra yang berjaya dijawab dengan betul oleh 32 orang murid sasaran

Peratus frekuensi betul yang dijawab oleh murid dalam kelas 6K boleh dikira dengan cara berikut:

98 x 100% = 30.6% 320


Kemahiran 1 mewakili kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya.

Kemahiran 2 mewakili kemahiran mencari suatu nilai apabila diberi peratus daripada suatu kuantiti tertentu.

Daripada dapatan data di atas, ia jelas menunjukkan bahawa kebanyakan murid sasaran tidak dapat menjawab soalan dengan betul dalam kemahiran 1 yang telah saya jelaskan sebelum ini. Soalan-soalan kemahiran 2 seperti dalam soalan no. 2, 3 dan 7, kebanyakan murid-murid dapat menjawab dengan betul, seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di atas. Apabila dikaji cara-cara murid menjawab soalan dalam ujian pra, didapati banyak murid membuat kesilapan dengan tidak memahami kehendak soalan dan seterusnya menggunakan cara tidak betul untuk menjawab soalan. Contohnya, soalan 1 yang ditunjukkan dalam ujian pra:

20% daripada jumlah pensel yang ada ialah 80 batang. Berapakah jumlah kesemua pensel?
Cara yang tidak betul yang ditunjukkan oleh murid ialah seperti berikut: 1) 20% daripada 80 batang 2)

20 x 80 batang = 16 batang 100

Sebaliknya cara yang betul untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut, 1) 20% daripada jumlah batang = 80 batang 2)

20 x Jumlah = 80 batang 100 100 = 400 batang 20

3) Jumlah = 80 batang x

5.3

Tindakan Yang Dijalankan

Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang untuk menjalankan kajian tindakan ini. Namun sebelum ketiga-tiga aktiviti ini dijalankan dalam masa yang telah dirancang, guru terlebih dahulu mengingatkan murid-murid tentang latihan yang telah dibuat pada buku latihan dan cuba mengkaji semula tentang latihan itu dan membuat pemerhatian ke atas kesilapan dan kelemahan mereka.

Untuk menolong murid-murid mencari cara yang senang dan berkesan untuk membezakan mana satu teknik yang betul untuk menjawab mengikut kehendak soalan, iaitu kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya, maka tiga cara yang dirancang untuk dijalankan dalam tiga sesi aktiviti pengajaran-pembelajaran yang berasingan adalah seperti berikut:

1) Dengan menggunakan gambar iaitu blok peratus. 2) Dengan menerangkan konsep bahawa nilai 100% adalah bersamaan dengan nilai keseluruhan sesuatu kuantiti. 3) Dengan mencari perhubungan di antara dua persamaan yang telah dikenalpasti mengikut soalan.

Bahan-bahan yang digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut ialah, kertas soalan, gambar blok peratus, pen marker, dan pembaris panjang.

5.4

Melaksanakan Tindakan

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 - Dengan menggunakan gambar iaitu blok peratus.

Aktiviti ini dijalankan selama satu jam dalam masa P&P mata pelajaran Matematik. Kaedah pelaksanaan dijalankan seperti berikut berdasarkan contoh soalan yang ditunjukkan di bawah:

30% daripada jumlah bunga ros yang ada ialah 180 tangkai. Berapakah jumlah kesemua bunga ros?

Guru melukiskan blok peratus di papan tulis yang mengandungi 10 petak dan memberitahu bahawa setiap petak mewakili 10%, jadi 10 petak adalah sama dengan 100%. 60 10% 60 10% 60 10%

30% = 180 tangkai, maka 10% = 60 tangkai, jadi untuk mencari kesemua bunga ros iaitu 100%, maka adalah sama dengan 10 petak x 60 tangkai dan mendapat jawapan 600 tangkai.

Guru menerangkan kehendak soalan ini dengan menggunakan gambar blok peratus supaya murid lebih memahami soalan dan seterusnya dapat menggambarkan kehendak soalan melalui gambar.

Cara ini diharapkan dapat menolong murid yang menghadapi kesusahan dalam memahami kehendak soalan dapat menyelesaikan masalah melalui pelukisan gambar ini.

Selepas guru menerangkan cara ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah disediakan dengan menggunakan cara ini.

Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada papan tulis. Guru menyemak langkah kerja murid dan memberi maklum balas atas kesilapan mereka, jika ada. Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

Pemerhatian Semua murid telah cuba menjawab soalan-soalan latihan dengan menggunakan cara ini, tetapi terdapat beberapa soalan tidak sesuai digunakan dengan cara ini.

Refleksi Menerangkan kepada murid sasaran bahawa cara ini tidak semestinya sesuai dengan semua soalan, tetapi sesetengah murid berasa minat menggunakan cara gambar blok peratus ini untuk menjawab soalan sebab ia dapat menolong mereka memahami soalan dengan lebih jelas.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 - Dengan menerangkan konsep bahawa nilai 100% adalah bersamaan dengan nilai keseluruhan sesuatu kuantiti. Aktiviti P&P ini dijalankan selepas aktiviti 1, dan mengambil masa selama satu jam juga dalam masa mata pelajaran Matematik.

Berdasarkan soalan yang sama yang diberikan seperti dalam aktiviti 1, guru menggunakan cara yang lain untuk mendapatkan jawapan yang sama untuk soalan ini.

Guru meminta murid membacakan soalan penyelesaian masalah tersebut, dan kemudian menuliskan ayat ini pada papan tulis, Nilai 100% adalah bersamaan dengan nilai keseluruhan sesuatu kuantiti.

Guru menerangkan konsep ini dengan cara yang ditunjukkan di bawah: 1) 30% = 180 tangkai 100% 2) = ?

100 x 180 tangkai = 600 tangkai 30

Guru juga menerangkan konsep ini dengan satu cara yang lain lagi iaitu, 1) 30% daripada jumlah bunga ros = 180 tangkai 2)

30 x Jumlah = 180 tangkai, maka 100 100 = 600 tangkai 30

3) Jumlah = 180 tangkai x

Selepas guru memastikan murid-murid dapat memahami konsep dan langkah kerja ini, maka guru pun memberikan beberapa soalan yang berbentuk seperti ini untuk dijawab oleh murid.

Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada papan tulis.

Guru menyemak langkah kerja murid dan memberi maklum balas ke atas kesilapan mereka.

Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

Pemerhatian Kebanyakan murid yang berada dalam kumpulan aras cemerlang lebih suka menggunakan cara ini untuk menjawab soalan dan mereka selalu dapat menjawab soalan dengan betul dengan menggunakan cara ini berbanding dengan murid dari kumpulan aras sederhana dan rendah. Refleksi Guru mendapati cara ini agak senang difahami oleh murid-murid dari kumpulan aras cemerlang berbanding dengan kumpulan aras sederhana dan lemah, dan cara ini boleh diaplikasikan kepada semua soalan mengikut kemahiran ini.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 - Dengan mencari perhubungan di antara dua persamaan yang telah dikenalpasti mengikut soalan. Guru melaksanakan aktiviti P&P ini selepas aktiviti 1 & 2 dan sesi ini juga mengambil masa satu jam dalam masa mata pelajaran Matematik.

Guru juga mengemukakan soalan yang sama seperti dalam aktiviti 1 & 2 untuk dijadikan contoh soalan.

Guru menuliskan dua persamaan ini di papan tulis yang telah mereka pelajari dalam aktiviti 2. X6

30% = 180 tangkai 100% = ?

( 180 adalah 6 kali ganda 30), maka ( 100 x 6 = 600 tangkai)

Murid memerhatikan cara ini dan cuba memahamkan. Selepas guru telah memastikan murid-murid dapat memahami konsep dan langkah kerja ini, maka guru pun memberikan beberapa soalan mengikut kemahiran ini untuk dijawab oleh murid.

Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan cara kerja dan jawapan mereka pada papan tulis.

Guru menyemak langkah kerja mereka dan memberi maklum balas ke atas kesilapan mereka. Murid membuat pembetulan ke atas kesilapan mereka.

10

Pemerhatian Kebanyakan murid dapat mencari jawapan yang betul dengan menggunakan cara ini termasuk murid dari kumpulan aras sederhana dan rendah. Tetapi cara ini juga tidak dapat diaplikasikan kepada semua soalan mengikut kemahiaran ini. Ini bermaksud, cara ini ada batasannya kepada soalan-soalan yang tertentu.

Refleksi Cara ini agak berkesan kepada semua murid dan soalan-soalan yang dijawab oleh murid dalam latihan dalam kelas adalah betul dan ini dapat memotivasikan murid dan meningkatkan semangat dan minat mereka untuk menjawab soalan-soalan tambahan dari buku lain.

6.0 Refleksi Tindakan

Secara keseluruhan, selepas ketiga-tiga sesi P&P dijalankan berdasarkan tiga cara kaedah pengajaran yang berlainan, saya mendapati hampir semua murid dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Antara ketiga-tiga cara yang ditunjukkan kepada murid, cara yang paling berkesan untuk

diaplikasikan kepada semua soalan mengikut kemahiran yang disebutkan ialah cara kedua yang dijalankan dalam aktiviti 2. Tetapi masih terdapat segolongan kecil murid tidak dapat menggunakan cara ini dengan baik dan betul semasa menjawab soalan. Namun, apa yang menggembirakan ialah murid dapat Ini

membezakan cara yang betul untuk diaplikasikan kepada soalan mengikut kehendak soalan.

bermaksud, murid sudah tidak menghadapai masalah keliru dalam menentukan mana satu cara yang patut digunakan untuk menjawab soalan, seperti yang telah saya sebutkan pada awal laporan kajian tindakan ini. Ini juga jelas menunjukkan bahawa selepas 3 kali aktiviti P&P ini dilaksanakan, perubahan sikap dan minat murid telah dapat ditunjukkan.

Selepas ketiga-tiga aktiviti P&P ini dijalankan, maka dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan ketiga-tiga cara ini, ujian pos telah dijalankan di kalangan kumpulan murid sasaran ini. Ianya bertujuan untuk menilai penguasaan murid menggunakan cara yang betul untuk menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Ujian pos diadakan selepas seminggu ketiga-tiga aktiviti P&P dilaksanakan. Data yang dikumpul ditunjukkan dalam jadual di bawah:

11

o. soalan

Kemahiran

Frekuensi betul yang dijawab oleh murid

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 2 2 1 1 1 2 1 1 1 Jumlah

29 28 26 25 27 27 28 26 27 19 262

Jadual 3: Bilangan soalan ujian pos yang berjaya dijawab dengan betul oleh 32 orang murid sasaran

Peratus frekuensi betul yang dijawab oleh murid dalam kelas 6K dikira dengan cara berikut:

262 x 100% = 81.9% 320


Kemahiran 1 mewakili kemahiran mencari nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian peratusan bahagiannya.

Kemahiran 2 mewakili kemahiran mencari suatu nilai apabila diberi peratus daripada suatu kuantiti tertentu.

Dapatan yang diperoleh daripada ujian pos yang telah dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian murid-murid sasaran. Perbandingan peningkatan dapat dilihat dari segi peningkatan frekuensi betul yang dijawab oleh murid mengikut nombor soalan. Semasa ujian pra, didapati lebih ramai murid dapat menjawab nombor soalan 2, 3 dan 7 dengan betul iaitu soalan yang mengikut kemahiran 2. Peratus dari segi frekuensi jumlah soalan betul yang dijawab oleh murid dalam ujian pra ialah 30.6%, manakala

12

semasa ujian pos dijalankan, peratus ini telah meningkat sehingga 81.9%. Dengan merujuk kepada jadual 3 juga, ia menunjukkan bahawa murid-murid juga dapat menjawab soalan yang mengikut kemahiran 1 iaitu no. 1, 4, 5, 6, 8, 9 & 10 dengan betul. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi dalam perbandingan pencapaian murid sasaran dalam ujian pra dan pos, maka suatu jadual perbandingan telah disediakan seperti berikut:

o. soalan

Kemahiran

Ujian Pra Frekuensi

Ujian Pos Frekuensi 29 28 26 25 27 27 28 26 27 19 262 81.9%

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 2 2 1 1 1 2 1 1 1 Jumlah Peratus

6 20 23 5 6 4 21 5 5 3 98 30.6%

Jadual 4: Perbandingan Pencapaian Murid Sasaran Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

7.0 Bahan dan Anggaran Kos Kajian

Bil 1. 2. 3. 4. Kertas A4 Marker pen

Jenis Bahan

Kuantiti 1 rim 1 kotak 1 kotak

Jumlah Kos RM13.50 RM24.00 RM35.00 RM50.00

Dakwat pencetak komputer Kos fotostat bahan dan laporan kajian

Jumlah

RM122.50

13

8.0

Rumusan Kajian dan Penutup

Memandangkan murid-murid sasaran telah dapat menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penguasaan kemahiran ini, maka kajian tindakan yang dicadang akan dijalankan seterusnya ialah berkaitan dengan kemahiran ini juga, tetapi berhubung dengan tajuk-tajuk yang lain iaitu Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair. Diharapkan dengan berjayanya murid-murid sasaran dapat menguasai kemahiran ini, maka mereka juga akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran ini dalam tajuk-tajuk mata pelajaran Matematik yang lain.

Pada kesimpulannya, melalui sesuatu kajian tindakan, seseorang guru akan dapat menolong muridmuridnya mempelajari sesuatu kemahiran dengan pelbagai jenis cara yang bersesuaian dengan aras mereka. Selain itu, melalui pelaksanaan sesuatu kajian tindakan juga, seseorang guru akan cuba mencari dan melaksanakan pelbagai jenis kaedah dan strategi yang lebih berkesan dan menarik dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih cepat dan berkesan dan seterusnya murid-murid dapat belajar dengan lebih aktif dan memperoleh ilmu pengetahuan daripada guru mereka pada tahap maksimum.

14

Rujukan Adeline Ho. 2004. Teknik Sukses Matematik Tahun 6A. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Pan Earth Sdn. Bhd.

Isme Azura dan Irene Cheah. 2006. Star Genius Matematik. Selangor Darul Ehsan: Info-Didik Sdn. Bhd.

Zaini Mahmood, Ruzlan Md. Ali dan Mohammad Yaacob. 1997. Matematik Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

Lampiran - Instrumen Ujian Pra dan Pos 1. 20% daripada jumlah pensel yang ada ialah 80 batang. Berapakah jumlah kesemua pensel? 6. 40% daripada jumlah kambing yang ada ialah 102 ekor. Berapakah jumlah kesemua kambing?

2. 30% daripada 600 biji telur yang dijual oleh Sarah telah pecah. Berapakah bilangan telur yang pecah itu?

7. Seorang peniaga memborong 35% kampit beras daripada 100 kampit beras yang ada. Berapa kampit beras yang diborongnya?

3. Sebuah kotak berisi 100 helai kertas. 27% daripadanya adalah kertas berwarna merah. Berapa helai kertas berwarna merah?

8. 8% daripada jumlah air yang ada ialah 76 liter. Berapakah jumlah isi padu semua air?

4. 5% daripada sejumlah manik di dalam sebuah baling adalah 40 biji manik berwarna putih. Berapakah jumlah manik yang ada di dalam balang itu?

9. 10% daripada jumlah ayam yang ada ialah 21 ekor. Berapakah jumlah kesemua ayam?

5. 10% daripada keseluruhan jarak yang dilalui oleh Fitri ialah 30 km. Berapa keseluruhan jarak yang akan dilalui oleh Fitri?

10. 20% daripada jumlah bola yang ada ialah 300 biji bola. Berapakah jumlah bola yang ada?

16

17

You might also like