You are on page 1of 40

ALAT SEBUTAN

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi ialah alat-alat bahagian tubuh yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi ialah bibir atas, bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Alat pernafasan juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara alat-alat penting yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa ialah paru-paru, rongga rengkung, rongga tekak, rongga hidung, dan rongga mulut. Pada bahagian paru-paru, udara yang masuk ke paru-paru di tahan keluar oleh paru-paru apabila dinding paru-paru dikecutkan. Proses penghasilan bunyi akan berlaku apabila semasa udara sedang keluar dari paru-paru, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal a dan i serta bunyi-bunyi konsonan p, t, dan g. Kotak suara adalah tempat terletaknya halkum. Kotak suara amat penting bagi penghasilan bunyi. Di dalamnya, terdapat goltis atau pita suara. Jika pita suara digetarkan (oleh udara), bunyi yang dihasilkan di katakan bunyi bersuara, jika tidak bunyi tidak bersuara. Rongga tekak adalah ruangan yang bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung. Ia juga boleh disempitkan dan diluaskan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan rongga ini supaya udara ini dapat melaluinya. Rongga hidung adalah ruangan yang berada di atas rongga mulut, dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.

Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara bibir dengan rongga tekak. Bagi alat artikulasi yang pertama adalah bibir atas dan bibir bawah. Bibir atas dan bibir bawah dapat digerakkan, dihamparkan, dan dibundarkan. Misalnya untuk menghasilkan bunyi seperti b, w, dan v. Alat kedua pula ialah tulang rahang. Ia terlibat dalam penghasilan bunyibunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Alat ketiga pula ialah lidah. Ia merupakan alat artikulasi yang paling penting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama ialah hujung lidah. Ia adalah bahagian di mana ia bertemu dengan gigi. Bahagian kedua ialah daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. Bahagian ketiga ialah depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Bahagian keempat adalah belakang lidah. Ia adalah bahagian lidah yang paling belakang. Bahagian yang kelima pula adalah akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah saiz ruang rongga tekak. Lelangit lembut ialah bahagian yang bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika ia diturunkan, udara akan keluar melalui rongga hidung menghasilkan bunyi sengau. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga tekak. Peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara, yang dilambangkan seperti [ ]. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [ a ]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [ s ]. DAERAH ARTIKULASI Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yan berlainan. Daerah-daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum iaitu bahagian atas lelangit lembut.

PERANAN UDARA Di dalam peranan udara, alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari paru-paru menghasilkan setiap bunyi bahasa. Otot-otot menggerakkan paru-paru untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Biasanya, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paruparu, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung. Kesemua alat artikulasi yang telah dinyatakan berfungsi bagi menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Bagi konsonan, keadaan pita suara juga memainkan peranan penting kerana klasifikasi bersuara dan tidak bersuara diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi konsonsan adalah lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya. Bagi bunyi vokal, pengklasifikasian seperti ini tidak berlaku kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.

1) BIBIR ATAS 2) BIBIR BAWAH 3) GIGI ATAS 4) GIGI BAWAH 5) GUSI

6) LELANGIT KERAS 7) LELANGIT LEMBUT 8) ANAK TEKAK 9) HUJUNG LIDAH 10) HADAPAN LIDAH

11) TENGAH LIDAH 12) BELAKANG LIDAH 13) AKAR LIDAH 14) EPIGLOTIS 15) PITA SUARA

16) RONGGA TEKAK 17) RONGGA HIDUNG 18) RONGGA MULUT 19) RAHANG 20) TENGGOROK

BUNYI BAHASA Bunyi- bunyi bahasa dihasilkan dengan dua cara jika dilihat secara kasar. Pertama, bunyi dikeluarkan dengan menggunakan cara udara tidak terganggu dalam rongga mulut.Udara yang keluar tidak tersekat atau terhimpit apabila melalui rongga mulut. Kedudukan lidah dan bentuk bibir mempengaruhi bunyi. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal. Bunyi yang dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paruparu merupakan cara yang kedua. Semasa melalui mulut atau rongga hidung, aliran udara akan terganggu oleh alat- alat sebutan tadi. Bunyi ini pula ialah bunyi konsonan. Manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam berkomunikasi. Masyarakat penutur bersetuju bahawa bunyi- bunyi bahasa ini sebagai sesuatu yang bermakna. Ia terlafaz dalam deretan bunyi yang tertentu. Selain itu, bunyi- bunyi bahasa juga boleh diwakili dengan lambanglambang yang telah ditentukan. Antara bunyibunyi yang bukan bahasa

ialah batuk, berdehem, bunyi klik pada bibir gusi dan ianya tidak mempunyai sebarang lambang. Walau bagaimanapun, kewujudannya mempunyai makna. Dalam bentuk ujaran, bunyi yang dikeluarkan berterusan dan tidak putus-putus. Bagi kajian pula, unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan telah dipenggal- penggal. Setiap penggal bunyi itu dipanggil fon. Terdapat juga bunyi yang menyertai bunyi penggal dikenali sebagai bunyi- bunyi supra- penggalan. Bagi menandakan ianya merupakan satu bentuk bunyi, setiap fon dimasukkan ke dalam kurungan [ ]. Oleh hal demikian, bunyi bahasa terbahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan menurut cara sebutan.

FONEM Apabila bunyi-bunyi bahasa dikaji pada peringkat satu bahasa khusus, yakni pada tahap bidang fonemik maka istilah fonem digunakan. Fonem ialah satu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan secara rentetan yang berterusan namun bagi tujuan analisis, bunyi yang didengar itu dipenggalkan, diberi lambang dan digolongkan pada fonemfonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. Dua bunyi dikatakan tergolong kepada dua fonem jikalau berkontras dari segi makna dalam persekitaran yang sama. Sebagai contoh pasangan [ parang ] dan [ barang ] sama kecuali antara bunyi-bunyi [ ] dan [ ].Oleh sebab kehadiran dua bunyi ini membawa perbezaan makna, bunyi [ ] dan [ ] dianggap sebagai dua fonem yang berasingan. Pada tahap itu,perlu disebut tentang penggunaan kurungan. Kurungan jenis [ ] digunakan untuk menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [ ] dalam [ parang ]

dan [ ] dalam [ barang ]. Apabila telah terbukti [ ] dan [ ] itu dua fonem berasingan, maka jenis kurungan yang digunakan berubah menjadi // dan //. Kurungan / / digunakan bagi menunjukkan status fonem. Kadangkala ada fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang ciri fonetiknya sama, tetapi berbeza dari segi kehadiran dalam perkataan. Sebagai contoh ialah fonem //. Lazimnya fonem ini dihasilkan sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya, seperti dalam perkataan [ pagi ] dan [ apa ], iaitu pada awal dan tengah perkataan. Tetapi apabila [ ] hadir di akhir perkataan, misalnya dalam [ atap ], penghasilan letupan tidak disempurnakan dan ciri ini ditandai dengan lambang [ ] selepas bunyi tersebut, menandakan ciri letupan yang tidak disempurnakan. Kesimpulannya terdapat dua jenis fonem //, iaitu [ ] yang letupannya dilaksanakan dan [ ] yang letupannya tidak terlaksana. Dari segi ciri fonetik, [ ] dan [ ] adalah sama. Oleh itu, kedua-duanya digolongkan ke dalam golongan fonem yang sama. Dari segi peristilahan, keadaan ini dikatakan satu fonem // yang mempunyai dua alofon atau kelainan bunyi, iaitu [ ] dan [ ]. Sesuatu fonem boleh mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada bunyi ( atau alofon ) yang ciri-ciri fonetiknya sama. Setiap alofon yang menjadi anggota fonem digunakan dalam lingkungannya sendiri, dan lingkunganlingkungan pemakaian alofon dari satu fonem dikatakan penyebarannya. Penyebaran alofon dari satu fonem itu dikatakan bersifat saling melengkapi. Dengan mengambil contoh fonem // di atas, [ ] dikatakan berlaku atau tersebar dalam lingkungan awal atau tengah perkataan sementara [ ] dalam lingkungan akhir perkataan. Bunyi- Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal ini merupakan bunyi bersuara, Diskripsi bunyi vokal bergantung kepada kualiti bunyi

tesebut, iaitu merujuk pula kepada rongga mulut. Bunyi vokal yang dilafazkan itu ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas, Pekara yang berlaku ialah lidah turun dan naik untuk mengawal saiz rongga mulut. Rongga rengkung juga dapat dikawal untuk menjadi besar atau kecil. Gabungan ciri- ciri inilah yang dapat menghasilkan bunyi vokal. Ketika udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara, ia akan bergetar untuk menerbitkan suara. Semasa melalui rongga mulut, bunyi itu akan berubah-ubah berdasarkan perubahan kedudukan lidah dan rupa bentuk bibir. Lidah berfungsi untuk menentukan corak bunyi dengan melihat bahagian mana lidah terlibat dalam menghasilkan bunyi. Jika bahagian yang terlibat itu ialah hujung lidah, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu adalan vokal depan. Ini kerana lidah terletak dibahagian depan mulut. Jikalau bahagian belakang lidah yang terlibat pula, vokal yang dihasilkan itu merupakan vokal belakang. Selain itu, tedapat lagi satu jenis vokal iaitu vokal tengah di mana lidah berada dalam keadaan yang bersahaja iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit ternganga. Jika bahagian depan lidah yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal, maka ia akan disertai dengan keadaan bentuk bibir yang leper atau terhampar. Lain pula jika bahagian belakang lidah terlibat, lidah akan membundar. Terdapat empat titik kedudukan lidah di di bahagian depan mulut yang terlibat untuk hasilkan bunyi vokal depan. Hujung lidah diangkat setinggi yang boleh ke atas dan ke hadapan, tetapi tidak menutup aliran udara. Ia dikenali sebagai vokal hadapan sempit. Bunyi vokal hadapan luas pula berlaku apabila hujung lidah diturunkan paling ke bawah yang mungkin. Selain itu, di antara kedudukan vokal hadapan yang sempit dan vokal hadapan yang luas boleh dijadikan dua jenis

vokal yang lain. Dengan menurunkan lidah 1/3 ke bawah, didapati berlaku vokal depan separuh sempit dan kita juga boleh ujarkan vokal depan separuh luas dengan mengangkat depan lidah 1/3 ke atas dari bawah. Bagi menghasilkan vokal belakang sempit, separuh luas dan luas boleh menggunakan cara yang sama bahagian belakang yang berubah- ubah. Jika meletakkan lidah dalam keadaan bersahaja dan bahagian tengah lidah diangkat sedikit, vokal tengah dapat dihasilkan. Kaedah untuk mendiskripsikan bunyi-bunyi vokal berpandukan diagram vokal kardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones(1956). Di bawah ini merupakan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut.

Rajah Vokal

Vokal Depan Vokal depan mempunyai empat buah fon vokal depan iaitu [ i ], [e ], [ ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi ialah lidah, saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras. Vokal depan sempit dihasilkan apabila hujung diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut, tetapi tidak akan menyekat aliran udara dari paru-paru. Pada ketika itu, bibir akan dileperkan. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Sambil menggetarkan pita suara, udara keluar melalui rongga mulut. Bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi dilafazkan. Lidah pula berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ i ].

Vokal separuh sempit ini dihasilkan apabila hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit. Udara dari paru-paru ditekan keluar. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar. Pembukaan bibir agak sederhana semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit yang dihasilkan ialah [ e ].

Vokal depan separuh luas dihasilkan dengan depan lidah diturunkan 2/3 dari kedudukan separuh sempit ketika ingin melafazkan bunyi. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Dua bibir ini akan dileperkan. Oleh hal demikian, udara akan keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara disebabkan udara ditekan dari paru-paru. Bibir akan berada dalam keadaan terhampar ketika bunyi dilafazkan. Ini akan menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas iaitu [ ] .

Vokal depan luas berlaku apabila hujung lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung akan ditutup. Sejurus itu, udara akan ditekan keluar dari paru- paru dan ia akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Justeru itu, bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi terlafaz. Bunyi vokal yang dapat dihasilkan ialah [ a ].

Vokal Belakang Vokal belakang terhasil dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut, iaitu ke titik yang paling tinggi setakat yang boleh. Oleh itu, untuk menghasilkan bunyi vokal depan perlulah menurunkan belakang lidah 1/3 ke bawah. Dalam menghasilkan bunyi ini, bibir hendaklah dibundarkan. Kadar bukaan mulut ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal belakang sempit dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin tetapi aliran paru-paru tidak ditutup dan bibir dibundarkan. Lidah perlulah merapati lelangit keras. Pengaliran udara tidak

tersekat. Kemudian, lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Sambil menggetarkan pita suara, udara akan keluar melalui rongga mulut. Bibir berada dalam keadaan bundar semasa ia dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ u ].

Vokal belakang separuh sempit iaitu belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling tinggi dan titik yang paling rendah boleh dicapai oleh belakang lidah. Ketika itu, bibir dibundarkan. Lelangit lembut diangkat tepat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Seperti biasa, udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Apabila udara ditekan keluar, maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ o ].

Vokal belakang separuh luas dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada ketika menghasilkan vokal separuh sempit. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara akan ditekankan keluar dari paru- paru. Di samping itu juga, udara keluar sambil pita suara dalam keadaan bundar dilafazkaan. Contoh di keluarkan oleh vokal luas adalah pokok. melalui rongga mulut bergetar. Bibir berada semasa bunyi perkataan yang akan belakang separuh

Vokal belakang luas diletakkan di titik paling bawah dan dapat dicapai dengan belakang lidah. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara bergetar sambil udara keluar melalui rongga mulut. Kemudian, udara ditekan dari paru-paru. Bibir berada dalam keadaan bundar ketika bunyi dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ D ].

Vokal Tengah Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Tengah lidah itu melengkung ke atas sedikit. Bibir terbuka tetapi keluasan rongga mulut adalah agak sederhana. Keadaan bibir waktu itu adalah bersahaja. Udara kemudiannya ditekan keluar dari paru-paru. Bunyi vokal yang terhasil dikenali sebagai vokal tengah [ ]. Contoh-contoh bagi vokal tengah adalah mas, ckal dan idealism.

Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal, iaitu, [ i ] , [ e ], [ a ], [ ] , [ u ] dan [ o ] . Antara contoh bukaan bibir apabila bunyi dilafazkan adalah seperti berikut:

Ini pula merupakan kedudukan lidah apabila melafazkan semua vokal yang ada:

BUNYI KONSONAN Konsonan Letupan

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tujuh bunyi konsonan letupan. Antaranya ialah tiga daripadanya merupakan bunyi bersuara, tiga lagi ialah bunyi tidak bersuara dan satu adalah letupan glotis. Bagi menyekat rongga hidung, aliran udara yang melalui hidung dengan menaikkan lelangit lembut menghasilkan bunyi konsonan letupan dan aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Semua bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi tertentu dalam mulut dan bibir. Semasa berlakunya setuhan pada titik artikulasi, udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba mengakibatkan udara itu tadi terlepas keluar menghasilkan letupan pada masa yang sama. Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ] ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan serta lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Ini akan menyebabkan udara dari paru-paru tertahan dalam rongga dan saluran udara. Udara itu kemudiannya dilepaskan serta merta. Apabila udara tertahan, yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil itu merupakan letupan bibir tak bersuara [ p ]. Pelepasan udara iaitu menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [b]. Grafik ini menunjukkan konsonan letupan dua bibir.

Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ] dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Kemudian, lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Dari paru- paru, kedudukan lidah menyekat udara dan apabila ia

dibebaskan serta merta maka bunyi yang terhasil adalah letupan gusi. Jika letupan gusi itu tidak menggetarkan pita suara, bunyi yang terhasil adalah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Letupan gusi bersuara [ d ] berlaku dengan tidak getarkan pita suara. Grafik konsonan letupan gusi seperti di bawah.

Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ] dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Secara serta merta, udara yang tertahan dilepaskan. Pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita bersuara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah

letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ], dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g] . Grafik bagi konsonan letupan lelangit lembut seperti di bawah.

Konsonan letupan pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, ini akan menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan. Pita suara terbuka dan membebaskan udara secara serta merta untuk menghasilkan bunyi. Oleh sebab itu, bunyi berlaku pada pita suara, bunyi tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tidak bersuara. Rajah di bawah menunjukkan letupan pita suara.

Bahasa Melayu mempunyai dua letusan. Bunyi ini terhasil dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan. Bunyi gelencuran dilepaskan perlahan- lahan dan ini dapat membezakan bunyi . Dalam keadaan ini, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara . Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Rajah ini adalah konsonan letusan.

Konsonan Sengau Konsonan sengau ( nasal ) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung. Terdapat empat jenis sengauan dalam Bahasa Melayu : a) Sengauan dua bibir bersuara [ m ] ;

c) d)

b) Sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] ; Sengauan lelangit keras bersuara [ ] ; Sengauan lelangit lembut bersuara [ ] ; Bagi konsonan sengauan 2 bibir bersuara [ m ], bibir bawah perlu dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut pula, dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paruparu terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan.

Bagi konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] pula, hujung lidah perlu di rapatkan ke gigi-gusi manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan.

Bunyi konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ ] dihasilkan dengan merapatkan depan lidah ke lelangit keras manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara.

Bunyi konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ] dihasilkan dengan menaikkan rapat belakang lidah ke lelangit lembut manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara.

Konsonan Geseran

Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu. Empat yang bersuara, empat tidak bersuara dan satu lagi merupakan geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tidak bersuara. Ia juga diberi lambang dengan [ h ]. Apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan, bunyi geseran gigi bibir terhasil dan ia tidak akan menghalang aliran udara untuk keluar. Laluan yang sempit itu adalah laluan yang terbentuk. Ini memberi kesan kepada udara yang keluar dari paru- paru dan menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran itu adalah [ f ] dan yang bersuara ialah [ v ] . Rajah ini menunjukkan geseran gigi bibir.

Kemudian, bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Aliran udara tidak dapat disekat dalam situasi ini. Geseran yang berlaku itu disebabkan oleh udara yang keluar dari paru- paru.

Bunyi geseran yang tak bersuara ialah [ s ] dan yang bersuara ialah [ z ]. Rajah ini ialah geseran gusi.

Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi ia tidak rapat. Ketika berlakunya geseran, udara dari paru-paru terdesak keluar. Bunyi geseran ini ialah bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ ] dan bunyi geseran lelangit keras bersuara ialah [ ] . Rajah di bawah merupakan geseran lelangit keras.

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut. Melalui paru-paru, udara terdesak keluar dari rongga mulut. Inilah yang menyebabkan geseran berlaku. Konsonan yang

terlibat bagi geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [ ]. Rajah ini menunjukkan geseran lelangit lembut.

Seterusnya ialah geseran pita suara [ h ] di mana ia dihasilkan apabila pita suara dirapatkan dan mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Bunyi ini berlaku di pita suara maka dengan itu tidak akan timbul soalan sama ada bunyi itu bersuara ataupun tidak. Ini ialah rajah bagi geseran pita suara.

Konsonan Getaran

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran iaitu [ r ]. Apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut, bunyi akan dihasilkan. Ketika itu, lidah diangkat kearah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini yang akan menghasilkan bunyi getaran [ r ] . Rajah menunjukkan konsonan getaran.

Konsonan Sisian Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian iaitu [ l ] . Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengeluarkan udara dari kiri ke kanan. Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas manakala lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut kiri dan kanan lidah serta menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil adalah [ l ] . Ini merupakan rajah konsonan sisian.

Separuh Vokal

Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai. Kadangkadang ia juga dipanggil separuh konsonan. Bunyi tersebut tidak boleh dipanggil vokal penuh kerana mempunyai gangguan kepada aliran udara. Ketika pengucapannya, kedudukan lidah dan ruang mulut sama seperti menghasilkan bunyi vokal dan ianya berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah juga terus berubah selepas itu. Terdapat dua bunyi separuh vokal iaitu, separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ] .

DIFTONG

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu bunyi, tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal. Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu, iaitu ai, au, dan oi. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ ai ] Untuk menghasilkan diftong [ ai ], lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. Dengan kata lain, bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ], tetapi tidak sehingga berada kedudukan tersebut. Hujung lidah menyentuh ke bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dibundarkan. Contoh kehadiran dalam perkataan : haiwan, pandai, ghairah dan gulai. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ au ] Untuk menghasilkan diftong [ au ], lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. Pada mulanya bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan : aurat, tauladan, kerbau dan pulau.

CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ oi ]

Untuk menghasilkan diftong [ oi ], pada mulanya lidah berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudiannya berubah pada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. Pada mulanya, bibir dibundarkan tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan : boikot, sepoi dan amboi. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga-tiga diftong di atas. Anak panah menunjukkan arah geluncuran.

Depan i e a

Tengah

Belakang u o oi

ai

au

FUNGSI ALAT ARTIKULASI

1) PARU-PARU Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru, proses ini disebut menarik nafas ; dan mengeluarkan udara yang telah kotor keluar, proses ini disebut menghembuskan nafas. Udara luar yang mengandungi oksigen akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir dari paru-paru keluar hanya apabila tekanan udara yang ada dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan gas karbon dioksida mengalir ke luar. Selama manusia masih hidup, proses mengembang ( pembesaran ruangan paru-paru ) dan mengempis ( pengecilan ruangan paru-paru ) paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Arus udara yang dari paruparu inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi. 2) PANGKAL TENGGOROK Panggal tenggorok atau laring adalah rongga pada hujung, pipa pernafasan. Rongga ini terdiri daripada empat komponen, iaitu : a) tulang rawan krikoid, b) dua tulang rawan aritenoid, c) sepasang pita suara dan d) tulang rawan tiroid. Tulang rawan krikoid berbentuk seperti lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang titik. Dua tulang rawan aritenoid bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas tulang rawan krikoid. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar, membuka, menutup, dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk

menonjol pada kaum lelaki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa. Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah suatu celah atau ruang diantara sepasang pita suara.Celah itu disebut glotis. Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan maka glottis biasa dibezakan atas empat posisi,iaitu dalam keadaan :terbuka lebar,terbuka,tertutup,dan tertutup rapat.Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita bernafas secara normal.Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara;sedang dalam keadaan tertutup,sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir,menggetarkan pita suara, pada waktu menghasilkan bunyi bersuara.Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation).Yang terakhir,keadaannya tertutup rapat,iaitu dalam menghasilkan bunyi hamzah.Rajah di lampiran C akan dapat memperjelas huraian ini.Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok.Pada waktu kita menelan makanan dan minuman epiglottis menutup batang tenggorok,sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu.Dalam pembentukan bunyi bahasa epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa. 3. Rongga kerongkong (pharynx) Rongga kerongkangan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak antara pangkal tonggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dalam pembentukkan bunyi bahasa peranannya terutama sebagai tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring disebut bunyi faringal.

4.

Lelangit Lembut

Lelangit lembut berserta bahagian ujungnya yang disebut anak tekak dapat turun naik sedemikian rupa. Dalam keadaan bernafas normal maka lelangit lunak beserta ujung anak tekak menurun, sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. Dalam kebanyakkan pembentukkan bunyi bahasa iaitu bunyi non-nasal, atau pada waktu kita menguap, lelangit lembut berserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga hidung. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh lelangit lembut ini disebut bunyi velar. Dalam pembentukkan bunyi ia sebagai artikulator pasif (dasar atau basis artikulasi), sedangkan artikulator (aktif)-nya ialah pangkal lidah. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah( dorsum) disebut dorsal. Gabungan keduanya menjadi dorsol-velar. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hamabtan anak tekak (uvula) disebut bunyi uvular. Gambar di lampiran d menunjukkan lelangit lunak berserta anak tekaknya dalam keadaan menurun. 5. Lelangit Keras Lelangit keras merupakan susunan bertulang. Pada bahagian depan mulai lelangit melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila raba. Dalam pembentukkan bahasa lelangit keras ini sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator aktifnya adalah ujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh lelangit keras disebut palatal. Bunyi yang dihasilkan oleh ujung lidah disebut apikal; dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan atas hambatan tengah lidah disebut medial. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal, sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal.

6.

Gusi Dalam

Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat diatas serta dibelakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah. Dalam pembentukkan bunyi bahasa gusi ini sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan gusi disebut alveolar. Sehingga bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hambatan hujung lidah dengan gusi disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah disebut bunyi laminal. Gabungan dari keduanya menjadi bunyi lamino-alveolar. 7. Gigi Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan atas. Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukkan bunyi bahasa tidak banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuh sebagai artikulataor atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi disebut bunyi dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir disebut bunyi labial. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan atau hambatan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental, dan yang dihasilkan hambatan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi apiko-dental. Fungsi pokok gigi untuk mengunyah.

8.

Bibir

Bibir terbahagi menjadi dua , iaitu bibir bawah dan atas . Fungsi utama bunyi bahasa bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya.Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas,hasilnya ialah bunyi labio-dental. 9. Lidah

Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa ,dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sedah dikunyah . Dalam pembentukkan bunyi bahasa lidah sebagai artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagi kepada lima bahagian iaitu: akar lidah, pangkal lidah, tengah lidah, daun lidah, dan hujung lidah. Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi radiko-faringal. Pangkal lidah bekerjasama dengan lelangit lembut menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi medio-palatal. Hujung lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi apiko-palatal. Selain hujung lidah dapat pula bekerjasama dengan gusi dan gigi atas. Yang pertama menghasilkan apiko-alveolar, sedangkan yang kedua menghasilkan bunyi apiko-dental.

LAMPIRAN

You might also like