You are on page 1of 7

TUGASAN 1 : LAPORAN EKSPERIMEN Eksperimen 1 : Ujian Kualitatif bagi Protein

Tajuk : Ujian Kualitatif bagi Protein

Pengenalan : Protein

Objektif : Untuk mengenalpasti cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan.

Bahan dan Alat Radas : 1. Tumbuhan sihat dengan daun yang besar 2. Kertas hitam yang tebal 3. Klip kertas

Prosedur : 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun. 3. Kertas tersebut kemudiannya diklip pada kedua-dua permukaan daun untuk beberapa hari. 4. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan 5. Keputusan eksperimen diperhatikan.

TUGASAN 1 : LAPORAN EKSPERIMEN

Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan

Tajuk : Air ialah keperluan asas tumbuhan

Pengenalan : Tumbuhan memerlukan air untuk hidup. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat air yang mencukupi. Terdapat pelbagai fungsi air untuk tumbuhan . Antaranya ialah untuk proses transpirasi di mana air digunakan untuk memindahkan mikroelemen yang diperlukan seperti iron.

Objektif: Untuk mengenalpasti air adalah keperluan asas tumbuhan

Bahan dan Alat Radas 1. 2. 3. 4. Kacang hijau Air Pot bunga kecil Tanah humus

Prosedur : 1. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus 2. Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari. 3. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga satu lagi tidak disiram kan dengan air. 4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis Data : Pot bunga yang disiramkan air secukupnya tumbuh segar manakala pot bunga yang tidak disiram air kelihatan layu , daun yang baru tumbuh akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran berlaku.

Kesimpulan: Tumbuhan akan tumbuh dengan subur sekiranya mendapat keperluan air yang mencukupi. Daun tumbuhan kekuningan dan kering tanpa kehadiran air yang mencukupi.

Rujukan : http: www.livingthings.com/ http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm

TUGASAN 1 : LAPORAN EKSPERIMEN

Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan

Tajuk : Udara ialah keperluan asas tumbuhan

Pengenalan: Tumbuhan memerlukan udara untuk proses tumbesaran. Karbon dioksida digunakan untuk proses fotosintesis.

Objektif: Untuk mengenalpasti udara adalah keperluan asas tumbuhan

Bahan dan Alat Radas 1. 2. 3. 4. Kacang hijau Air Cawan plastic Kapas

Prosedur 1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastic yang telah dimasukkan kapas basah. 2. Manakala sebuah cawan plastic yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan terhalang daripada mendapat udara. 3. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis Data: Biji kacang hijau yang diletakkan dalam cawan plastic yang dipenuhi air tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan, sebaliknya akar mula mereput. Biji benih di dalam cawan plastic yang dimasukkan kapas basah mula cambah.

Kesimpulan . Tumbuhan memerlukan udara untuk proses tumbesaran.

Rujukan: http://www.livingthings.com/ http://www.gardeningknowhow.com/problems/under-watering.htm

You might also like