P. 1
silang budaya

silang budaya

|Views: 177|Likes:
Published by Nani Arshad

More info:

Published by: Nani Arshad on Sep 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

ISI KANDUNGAN Muka surat PRAKATA 2

1.0 PENGENALAN 2.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEHARMONIAN DAN KERJASAMA ANTARA KAUM DI MALAYSIA 2.1 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2.2 MEMUPUK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME 2.3 MENGHORMATI DAN MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS PERPADUAN RAKYAT 2.4 MENGAMALKAN NILAI DAN NORMA HIDUP BERMASYARAKAT YANG POSITIF 2.5 MENJADIKAN SISTEM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PENYALUR PERPADUAN 3.0 KESIMPULAN RUJUKAN

3 3-7

8 9

1

2 .t memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat anda semua serta beroleh keberkatan-Nya. dapat saya menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini. Semoga Allah s. Bahasa dan Linguistik (BABM). Universiti Putra Malaysia. Semoga Allah s. Akhir sekali.t kerana dengan izin-Nya. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Jabatan Komunikasi. Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi sumbangan berupa idea dan bahan-bahan rujukan serta bahan-bahan ilmiah berkaitan sebagai rujukan untuk melengkapkan tugasan ini. Ezhar Tamam. Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi KOH 3361 – Komunikasi Silang Budaya dalam Program Bacelor Sastera.w.PRAKATA ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Alhamdulillah.w. segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.t menjadikan semua ini sebagai ilmu yang bermanfaat buat saya. Pn.w. Madya Dr. Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada. Ternyata ianya amat berfaedah kepada saya dalam mempertingkatkan pengetahuan dan secara tidak langsung membantu diri saya dalam usaha memperlengkapkan diri sebagai pendidik. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia iaitu pensyarah bagi kursus ini yang telah memperkenalkan dan memberi bimbingan kepada saya melalui modul yang dibekalkan. Zanida selaku tutor di atas kerjasama. semester 6. bimbingan serta teguran beliau sehingga tugasan ini selesai disiapkan mengikut masa yang ditentukan. saya amat berharap semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat serta sumbangan kepada pihak yang membacanya.

keseimbangan dan matlamat jarak jauh negara. Marcapada ini. Rakyat perlu tahu atau patut tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka. 2.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KERJASAMA ANTARA KAUM DI MALAYSIA KEHARMONIAN DAN Antara prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah : 2. Tun Abd.1 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Kerajaan perlu mewajibkan semula pelajar dan mahasiswa memahami sedikit sebanyak perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Cina. seterusnya dapat meningkatkan keharmonian dan kerjasama antara mereka. Justeru. kedudukan orang Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu semuanya tersurat dengan seimbang di dalam Perlembagaan. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B.0 PENGENALAN Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan penduduk yang berbilang kaum. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini supaya kestabilan negara dapat diperoleh. masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni. 3 . Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu. India dan 27 etnik lagi di kawasan Sabah serta Sarawak.1. Sejak merdeka lagi. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. mewujudkan satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Kursus-kursus boleh disediakan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan tidak terlalu teknikal. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. prakarsa-prakarsa perdana harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan kerjasama antara kaum di negara kita. Pakar-pakar perundangan Perlembagaan memberitahu kita bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sebuah dokumen organik yang unik yang memperlihatkan kebijaksanaan luar biasa dari segi keadilan. Perpaduan merupakan tunggak menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama . kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.

Oleh hal yang demikian. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. “melentur buluh. Sekiranya perkara ini dilakukan. perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas. amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. bagi membangun kembali keyakinan rakyat dan perpaduan nasional dalam meningkatkan keharmonian dan kerjasama antara kaum. Dengan perkataan lain. keguruan dan kelengkapan yang terbaik selain diadakan pengajaran Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang teratur. Dengan demikian. semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Pertama. 2. Walaupun bahasa-bahasa lain dibenar penggunaannya tetapi Bahasa Melayu mesti diutamakan dalam semua keadaan. sekolah kebangsaan akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-anak mereka bermula daripada sekarang. adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa tonggak penyatuan yang kita cipta. Tambahan pula. Kementerian Penerangan Malaysia. biarlah dari rebungnya”. pelaksanaan secara serius tanpa kompromi iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua rakyat dan juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.Justeru. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besarbesaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu. murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu.2 MEMUPUK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Selepas hampir 54 tahun merdeka semua orang harus menerima Bahasa Melayu sebagai lambang penyatuan dan darah daging mereka. diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kedua sistem pendidikan nasional iaitu sekolah kebangsaan wajib diberi prioriti dari segi infrastruktur. rasmi atau tidak rasmi. di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam 4 . Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil. Sekolah kebangsaan akan menjadi sekolah nasional atau sekolah perdana dalam erti kata yang sebenar di mana semua anak Malaysia belajar bersama serta bersaing di bawah satu bumbung yang melambangi perpaduan. sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.

melindungi perpaduan dan kestabilan. Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu. Dengan perkataan lain. Oleh itu. 2. agama dan fahaman politik. keharmonian dan kemajuan rakyat dan negara Malaysia. televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”. 'tagline' mengenai Rukun Negara melalui siaran media elektronik kerajaan dan swasta. ikrar Rukun Negara dibaca pada setiap majlis rasmi. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam membangunkan negara.kalangan masyarakat.3 MENGHORMATI DAN MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS PERPADUAN RAKYAT Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah. Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. menyiarkan klip video. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. bersatu padu. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa. dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila seterusnya akan memberi makna kepada generasi yang akan datang dalam melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan mempunyai jati diri. Hal ini penting kerana. Perkara paling penting ialah Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa perlu menjadikan Falsafah Rukun Negara sebagai teras yang membawa kepada perpaduan. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Kedua. Setiap rakyat perlu menghayatinya. Di samping itu. menyedia dan mengeluarkan bahan-bahan publisiti dan penerbitan 5 . Justeru. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. “Paloh”. promo. perhimpunan jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta. Dengan cara itu. kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati. anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Ketiga. antara langkah yang boleh diambil ialah pertama. 'jingle'.

pelekat kenderaan dan iklan di media cetak dan elektronik. 'billboard'. namun kita dapat melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada sikap individu itu. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan. kotak bergambar (showcase). melalui aktiviti sesi ceramah berkaitan penghayatan Rukun Negara dan pertandingan menulis esei serta persembahan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Semangat Rukun Negara perlu dalam memberi pendedahan secara berterusan tentang pentingnya Rukun Negara sebagai tonggak perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum. rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Sebagai contoh.seperti poster. pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. sikap bersederhana. meningkatkan pemahaman. kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa. Pendek kata. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Amalan masyarakat yang baik adalah salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia. amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum. 2. kepercayaan. hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. kesedaran dan penghayatan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai teras dan landasan kehidupan dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan. tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain.4 MENGAMALKAN NILAI DAN NORMA HIDUP BERMASYARAKAT YANG POSITIF Walaupun Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi. 6 . dan kemesraan. Sebagai contohnya. Keempat.

iii. Selain daripada sistem pendidikan. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. peranan pihak sekolah sebagai juga penting sebagai penyalur kepada perpaduan kaum. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Sistem persekolahan yang sama bagi semua. hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambutansambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan. yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman. perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam.2. 7 . Dalam konteks Malaysia. Pihak sekolah merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Contohnya. kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran. Dalam konteks negara Malaysia. iv. keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: i. kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam. nilai-nilai dan norma. ii. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum.5 MENJADIKAN SISTEM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PENYALUR PERPADUAN Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Kurikulum yang sama yang mengandungi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. sebagai bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.

3. 8 .bulat manusia kerana muafakat‟. rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Dalam konteks ini. marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik. selamat dan makmur. Justeru. perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman.0 KESIMPULAN Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana sesungguhnya „Bulat air kerana pembetung. berikrar untuk memberi sumbangan penuh bererti kepada masyarakat. maju. Sejajar dengan ini.

Pendidikan Di Malaysia – Sejarah. Ahmad. ( 2009 ). Kesenian Dan Warisan Mohd Ayop Bin Abd.html http://www.RUJUKAN Hussein Hj. Integrasi Nasional. Kebudayaan.gov. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendidikan dan Masyarakat. ( 2011 ).org/keharmonian-kepelbagaian-landasan-malaysia-terus-maju. Sistem dan Falsafah. Membina Bangsa Malaysia Jilid 4. Jabatan Hal Ehwal Khas. (1993). ( 1992 ). Kuala Lumpur Jom 1. Shah Alam : Federal Publication Sufean Hussin. Kementerian Perpaduan.my 9 . Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasinal. Razid. Kuala Lumpur. http://beritaharian. Jabatan Hal Ehwal Khas. Rukunegara : Ideologi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ranjit Singh Malhi. Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia. Falsafah Dan Etika. (1996). ( 2011 ).ikim.

.

3 47.-079.7..

3 .0..7243.3 2..8. 907:8 2.: 92   995.3/.8.3 050-..

.

 2 4. 2       .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->