You are on page 1of 18

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak Kerja kursus geografi ting.

2
Nama : Muhammad Faiz Bin Amad Fizal Kelas : 2 Teknik 2 Tajuk : Komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di tempat masing masing Guru : Cik Shahnizam Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kaedah kajian Kawasan Kajian Hasil Kajian Lampiran Rumusan Rujukan 2 3 4 5 6 7 10 11 - 16 17 18

Saya bersyukur kepada tuhan kerana izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu-bapa saya yang tidak jemujemu membantu dan memberi dorongan kepada saya selama ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Geografi saya iaitu Cik Cik Shahnizam. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta bimbingan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang juga banyak membantu saya membuat tijauan, membuat rujukan, dan sama-sama menyiapkan kerja kursus geografi ini. Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak member bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Cicely yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi temu bual dijalankan. Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih

Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad Fizal dari 2 teknik 2 di SMK Seri Perak.

Tujuan saya menjalan kajian ini adalah bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi untuk PMR yang mewajibkan setiap pelajar menjalankan kerja kursus Geografi. Tajuk kajian saya ialah Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Di Tempat Masing masing. Saya telah menjalankan kajian tentang komposisi penduduk di sebahagian kawasan perumahan Taman Cicely. Saya juga menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaaan penduduk di kawasan kajian. Melalui kajian dijalankan, Saya mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian, dan juga jenis pekerjaan penduduk. Saya berbangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya.

a) Mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi jentina dan kaum b) Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. c) Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual dan graf, dan peta lakar. d) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah: Kaedah Pemerhatian Kaedah Temu Bual Soal selidik rujukan

1.Kaedah Pemerhatian
- Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenal pasti komposisi penduduk dan mengikut kaum dan jentina.

2. Kaedah Temu Bual


- Saya telah menemu bual beberapa 86 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tujuannya untuk memperoleh maklumat tentang jenis pekerjaan mereka.

3. Soal Selidik
- Saya telah soal selidik tentang komposisi penduduk dan dengan jenis pekerjaan .

4. Rujukan
- Saya telah membuat beberapa rujukan tentang komposisi penduduk di Jakarta.

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan perumahan Taman Cicely terletak kira-kira 7.0 kilometer dari Bandar Teluk Intan. Lihat peta 1 yang menunjukkan di Taman cicely. Luas kawasan Taman Cicely ialah 2 kilometer persegi. Terdapat kira-kira 180 buah rumah setiap taman dan terletak di kawasan yang rata. Saya memilih Taman Cicely ini kerana kawasan ini unik dan ia telah dibahagikan sempadan antara Taman Panglima dan Taman Ikhlas. Penduduknya pula belbagai kaum dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Di samping itu, sekolah saya terletak 0.5 kilometer dari rumah saya.

Jadual 1 menunjukkan komposisi penduduk di Taman Cicely. Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India. Saya mendapati jumlah penduduk di taman siakap (berdasarkan 65 buah rumah terpilih) ialah 354 orang penduduk. Bilangan kaum melayu berjumlah 179 orang, atau setengah peratus daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum cina ialah 90 orang atau 23.8 peratus daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum india pula ialah 80 orang iaitu 18.2 peratus daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum lain berjumlah 5 orang, iaitu 5.5 peratus daripada jumlah penduduk.
Jantina Kaum Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu
95 84 179

Cina
50 45 95

India
30 30 60

Lain-Lain
12 8 20

Berpandukan Jadual 1, didapati penduduk di Taman Cicely terdiri daripada tiga kaum yang utama, iaitu Melayu, cina dan India. Lebih separuh daripada jumlah penduduk terdiri daripada kaum Melayu. Kaum kedua besar ialah cina diikuti oleh india dan lain lain. Secara kesuluruh, bilangan wanita lebih sikit daripada lelaki, khususnya di kalangan kaum melayu dan cina. Bilangan lelaki cina melebihi bilangan perempuan India seramai 4 orang. Bagi kaum Melayu pula, bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan seramai seramai 11 orang. Bilangan lelaki india dan bilangan perempuan india pula adalah sama.

Jenis Pekerjaan

Bilangan Megikut Kaum


Melayu Cina
22 17 0 13 0 15

India
16 9 2 5 9 20

Lain-Lain
8 5

Jumlah
105 50 7 32 32 67

Guru Buruh Peguam Doktor Polis Lain - lain

59 16 0 14 23 30

Jadual 2 menunjukkan jenis pekerjaan di Taman Cicely. Pekerjaan yang paling tinggi ialah Guru kerana ada sekolah yang paling dekat dengan Taman Cicely dan Quarters belakang Sekolah Perwira. Pekerjaaan paling sikit ialah Peguam. Kesimpulannya, purata bagi semua jenis pekerjaan ( yang terpilih ) ialah 48 atau 23.84 peratus.

Bilangan Penduduk pada tahun 2005 2011


Bilangan Penduduk 400 350 300 250 200 150 100 50 0 Bilangan Penduduk Pekerjaan Masalah Sosial 2005 205 146 16 2006 218 176 18 2007 229 189 25 2008 258 203 37 2009 315 225 55 2010 330 253 43 2011 354 293 45

Dari permerhatian kami juga, didapati beberapa faktor telah dikenal pasti yang turut mempengaruhi petempatan disini. Antaranya : Faktor Kegiatan sosio-ekonominya,kerana pelbagai jenis perniagaan seperti Kedai Runcit, Restoran, kedai Hardware, perkhidmatan Internet, Klinik, kedai dobi dan pengangkutan awam yang mudah didapati di sini.Ini memberikan banyak peluang pekerjaan bagi penduduk disini. Faktor Dasar Kerajaan menjadikan Bandar Teluk Intan sebagai pusat pelancongan terpenting di Perak, telah menarik ramai rakyat luar bandar dan dari negeri lain bertumpu dikawasan ini bagi mencari peluang pekerjaan dan berniaga. Faktor Bandar Bistari, menjadikan bagi pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu disini kerana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi. Antaranya ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI) , banyak mempengaruhi petempatan di sini.

Hasil daripada kajian dan temu-bual yang kami jalankan, beberapa masalah telah dikenal pasti terdapat di kawasan Taman Cicely. Antaranya : Wujudnya masalah kurangnya kawasan Hijau di Taman Cicely seperti pokok-pokok dan rumput ditanam disini. Ini menyebabkan kawasan ini sering berdebu dan tanah sering terhakis apabila hujan lebat. Masalah ini timbul kerana sikap kurang perihatin pihak pemaju. Wujudnya masalah peningkatan kes demam denggi di Taman Cicely barubaru ini. Kemungkinan peningkatan kes demam denggi ini berpunca daripada aktiviti projek pembinaan yang banyak dijalankan di sini menyebabkan nyamuk Aedes mudah membiak. Wujudnya masalah kes kecurian dan pecah rumah juga terdapat di sini. Masalah ini timbul kerana aktiviti projek pembinaan yang dijalankan dimana majoriti pekerjanya adalah rakyat asing yang sering menimbulkan masalah sosial.

Faktor yang perkaitan antara penduduk dengagn jenis pekerjaan ialah : Pendidikan penduduk di Taman Cicely adalah tinggi. Sumber utama pendapatan penduduk Taman Cicely ialah berniaga. Kemudahan asas di Kampung Pengkalan Pasir ialah kereta Pengangkutan awam, masjid dan lain-lain lagi. Pola Petempatan di Taman Cicely ialah petempatan berjajar Sejarah taman ini ialah berniaga iaitu peniaga di taman ini adalah naik pesat dari tahun 2005 sampai sekarang.

10

Peta Kawasan Kajian

11

Peta Daerah

12

Peta Negeri Perak

13

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA


Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak 36008 Teluk Intan, Perak. Tuan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Merujuk perkara di atas saya ......................................................... membenarkan anak jagaan saya ......................................................... pelajar dari tingkatan ............ untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Dua. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika berlaku sesuatu yang tidak diingina kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian,terima kasih Yang benar, .............................................. ( )

Tel :

14

SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak 36008 Teluk Intan, Perak.

Tel : Rujukan kami : Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan / puan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Pembawa surat ini ................................................................. adalah seorang pelajar tingkatan ................ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak 36008 Teluk Intsn. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM. 2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ..................................................... ( HJH. NAIMAH BT. ALI) Pengetua, SMK Seri Perak, 36008 Teluk Intan, Perak.

15

SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT / MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, 36008 Teluk Intan, Perak.

Tel : Rujukan kami : Tarikh :

Tuan, Kajian Geografi Tempatan(KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. 3. Kajian ini merupakan sebahagia daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian melibatkan pelajar sekolah mengumpul maklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan. 4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat member kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ........................................................ (HJH. NAIMAH BT. ALI) Pengetua, SMK Seri Perak 36008 Teluk Intan, Perak.
16

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan Taman Cicely mempunyai komposisi penduduk yang berbilang kaum.Tiga kaum yang utama di Taman Cicely ialah Melayu, Cina dan India. Secara am, bilangan penduduk lelaki lebih ramai daripada Bilangan penduduk perempuan. Kedua dua taman dan tempat ialah sama kerana semua penduduk Bekerja dalam bidang perkhimatan atau perniagaan. Kedudukan kawasan kajian yang menghampiri dengan bandar membolehkan penduduk di Taman Cicely kebanyakan penduduk pergi ke tempat kerja dengan mudah. Penduduk juga dapat menikmati kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan kepada kita. Ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang padat dengan petempatan di Negeri Perak dan sedang pesat membangun kerana faktor-faktor muka buminya yang rata dan luasnya sungai, kawasan perumahan yang dibina secara tersusun dan pemandangan yang menarik. Saya merasa amat bertuah kerana penduduk di Taman Cicely ini hidup dalam aman dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain. Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang dijalankan. Mereka juga saling bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga saling mengambil berat antara satu sama lain. Perpaduan antara penduduk juga dapat dilihat dalam kehidupan seharian penduduk Taman Cicely. Penduduk Taman Cicely sangat cintakan kampung halaman, malah mereka juga sangat cintakan negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih...

17

Buku teks Geografi Tingkatan 2

Penulis - Abdul Aziz Bin Abdul Rahman - Lim Jin Choon - Ratnam Karuppiah Servai Editor - Nor Wati Binti Juahir - Norhasikin Binti Sharom Cetakan - Rina Sdn,Bhd Tahun keluar - 2004

Peta http://maps.nokia.com/ ( Dikemaskini pada 15 July 2011 ) Internet http://wikipedia.com/ http://www.scribd.com/doc/13736461/Kerja-Kursus-GeografiTing2 http://www.scribd.com/doc/31369594/Contoh-Folio-GeografiTingkatan-2 http://www.scribd.com/doc/46246360/Folio-Tingkatan-2komposis-penduduk-dan-kaitanya-jenis-pekerjaan

18

You might also like