You are on page 1of 3

GURU BERINTEGRITI PELAJAR BERKUALITI Cuba kita taakul dan teliti sejenak, dengan pengasimilasian integriti dan jati

diri Maharaja Meji membina negara bangsanya, kerana integriti dan toleransi Karancham Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India. Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu, menuai kudrat bebaskan nusa, maka benarlah kata Yusuf Al-Qaradawi, kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. Salam apresiasi saudara pengerusi, panel kehakiman yang berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati dan seterusnya hadirin yang diberkati. Assalamualaikum w.h.t dan salam ceria penyanjung murni Sebagai perspesi awalan, secara generalisasinya, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, guru berintegriti pelajar bekualiti menuntut kita untuk menganalisis atas satu sintesis bagaimana wujudnya pelajar berkualiti apabila pendidik berpegang teguh kepada nilai dan prinsip moral dalam mendidik anak bangsa. Tentulah kita juga untuk melihat salur galur sejarah perguruan negara yang dipajak dan disemai dan roh integriti, usaha dalam memartabatkan integriti, tidak lupa tuaian hasil yang berbuah dek pengaplikasian integriti serta permasalahan yang perlu diselesaikan ke arah pembentukan pelajar berkualiti. Dalam merungkai dan mengurai persoalan, 4 perspektif utama yang unjurkan, pertama, pengimplementasian guru berintegriti dalam mewarnai citra pelajar berkualiti, kedua, usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti, ketiga, hasil kejayaan pembentukan pelajar berkualiti dan yang terakhir halangan dan cabaran yang secara tuntas merungkai persoalan, Guru Berintegriti Pelajar Berkualiti. Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pertama, pengimplementasian guru berintegriti dalam mewarnai citra pelajar berkualiti. Kualiti pelajar yang dilengkapi dengan pendidik yang mengamalkan
nilai integriti serta berpasakkan keadilan dengan ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan warna-warna keperimanusian merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisah-pisahkan, ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan kuku, kesemua itu perlu untuk sama dipacu bagi melahirkan anak bangsa berkualiti ke arah kemjuan yang jitu. Buktinya, bagaimana kebangkitan Turki Uthmaniah misalnya, adalah disebabkan oleh pendidik pada tamadun islam ketika itu, yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan integriti yang tinggi terhadap setiap bait ilmu yang dipelajari. Sehinggakan Kota Cordova dan Kota Andalus telah diangkat menjadi pusat penyebaran ilmu sejagat yang disegani dan dikagumi, kerana anak didik yang berkualiti dilahirkan pada tamadun islam ketika itu. Begitu juga dengan kejayaan anak bangsa kita yang Berjaya seperti Nuramalina Che Bakri, Nadiah

Amirah Jamil, Azali Azlan dan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM membuktikan insan berkualiti dijelmakan apabila guru berintegriti dijadikan pegangan.

Kedua, Usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti. Dalam mengharungi


ledakan dan hambatan globalisasi kini. Fakulti dan usaha yang mapan Baitul Merdias menjumpai Tanjung Harapan. Justeru, gagasan modal insan dan pendidik dicipta pimpinan disegani yang memperkenalkan personaliti unggul dan gerakan glokal, lambang kerajaan tidak pernah sugul, tidak pernah gagal dalam melestarikan integriti buat pendidikan anak warisan. Saraya itu, kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dicanang, pelan Integriti Nasional dijulang, dari Kementrian Pelajaran hinggalah ke sekolah, semuanya demi matlamat yang tersemat, menyahut cabaran keempat wawasan 2020, ke arah masyarakat yang mempunyai nilai dan moral yang diteguh. Tidak cukup dengan itu, Standard Perilaku Perkhidmatan diperkenalkan, Badan Pencegah rasuah dinaiktarafkan, dari pemimpin hinggalah ke pendidik. Kerana kita yakin dan percaya, yang melakukan rasuah bukanya pesawah atau penoreh getah tetapi mereka yang ada segulung ijazah.

Ketiga, hasil kejayaan pembentukan pelajar cemerlang. Jawapan kepada Umar


Al-Fateh kedua. Mampukah Constantinpople pada usia hanya 18 tahun berdiri? Jawapan mengapa mendiang keramat Mahatma Gandhi sanggup berjuang memerdekakan India. Walaupun beliau sedar, India diancam oleh ancaman bangsa dan budaya. Justeru, kita juga percaya dengan nilai integriti yang tinggi, pelajar akan menjadi anak bangsa yang benarbenar berkualiti. Matahari ini, kita berbangga dengan pelbagai kejayaan anak bangsa dari Dato Azahari Mansor, Dato Malik Maidin, Datin Seri Paduka Sharifah Mazlina sehingga Nicol & David dan Mukarabin, semuanya membuktikan penglibatan anak didik berkualiti yang kental jati dirinya. Malah, bagi meneruskan cabaran ke-6 wawasan yang kondusif, iaitu membina masyarakat bersifat matang dan progresif. Dato Sheikh Muzafar dan Dr. Faiz begitu kesungguhan. Kita bukan lagi pungguk rindukan bulan tapi gapaian jauh melepasi awan sebagai angkasawan. Semua ini adalah hasil daripada pendidik yang mengamalkan integriti sehingga mampu membuahkan hasil sebegini tinggi.

Keempat, halangan dan cabaran. Hadirin, kita bimbang dari angkara pendidik tidak
berintegriti menghasilkan anak bangsa yang tidak berkualiti walaupun pelbagai perkara kita jalani. Perkara ini bukan main lagi utuh dan masyarakat masih lagi megeluh, kendaktif pun begitu. Masalahnya, keracauan muda-mudi sentiasa membuat kita kerisauan, yang kadangkala membuat kita angau sampai meracau, memikirkan anak muda yang suka melilau. Tak percaya? Cuba tengok anak dara kita, mereka duk sibuk dengan jantan berkepit. Sedar-sedar perut dah pun buncit, anak lelaki pula dihantar ke serenti, bila tahu sahaja, dah mati tersepit. Satu persoalan, adakah hari ini kita layak untuk digelar manusia dan juga anak bangsa bertamadun, apabila permasalah buang bayi tidak berdosa, dilakukan ibubapa pembuat anak segera, bertamadunkah kita, apabila masalah ekonomi yang dijana,

menghalalkan alam sekitar diseksa dan diperkosa, hanya kerakusan tangan-tangan manusia, bertamadunkah kita apabila isu guru ditampar, rakan dikelar, sekolah dibakar kian mengegar, disebabkan nilai integriti tidak dijadikan pegangan.

Konklusinya, hadirin dan hadirat, dunia pada hari ini sudah penat, menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat, seks bebas sudah dijadikan adat, hubungan sejenis mula mendapat tempat, untuk menajdi hebat, ilmu tidak lagi diangkat, sebaliknya korupsi yang menajdi syarat. Adakah ini hanya sekadar untuk dilhat, atau segera untuk diubat. Guru berintegriti melahirkan pelajar berkualiti seterusnya menyelesaikan masalah yang kiat bersakit. Sudah tiba masanya untuk meletakkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya dan masyarakat. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni, semoga, kesedaran kita hari ini dapat memberi peluang kepada anak-anak kita untuk belajar dan diajar. Tidak mengapa kita kehilangan isteri, tetapi jangan sesekali kita kehilangan guru dan harapan bangsa yang kita sayangi.

You might also like