You are on page 1of 18

Ahmad Fakhrul Razi Bin Abd Manap

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK


Peringkat awal Peringkat perkembangan

Peringkat moden

Peringkat Awal

Zaman India

Zaman Yunani

Zaman Rom

Zaman pertengahan

Zaman pembaharuan

ZAMAN INDIA

Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua.

Pembelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk pengucapan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda.
Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris.

Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA.
Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguhsungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda.

ZAMAN YUNANI

Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan: > Mengapa bahasa manusia tidak sama? > Bagaimana wujudnya bahasa? > Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan > Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?

Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik.

Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan.
Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.

Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran.
Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja).

Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung).

Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional.
Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang).

Kemudian kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung). Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.

ZAMAN ROMAWI

Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus.

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu: > Senainon: tanda dan simbol > Semainomenon atau lekton: makna > Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi

M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin. Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan: > Bahasa itu seragam secara semula jadi. > Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. > Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi.

Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio. Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif. Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis.

ZAMAN PERTENGAHAN

Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu. Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan.

Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa.

Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae, dan golongan Spekulatif.


Golongan Medistae mengagungkan semantik. Mereka menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran. Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam cara dan aksi. Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berobah secara kebetulan.

ZAMAN PEMBAHARUAN

Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan.

Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

Dua hal terpenting zaman ini ialah: > Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan Ibrani. > Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.
Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia. Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara.

You might also like