You are on page 1of 2

KEPENTINGAN NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunya bendera Union

Jack diiringi dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam sanubari setiap rakyat Tanah Melayu. Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari. Bukan sekadar ingin menghibur hati, tetapi saya membawa anda semua untuk sama-sama kita menyelami, mendalami dan berkongsi mauduk bicara yang berbunyi Kepentingan Nilai Patriotisme dalam kalangan pelajar Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekalung penghargaan saya hulurkan buat saudari pengerusi majlis, kombinasi intelektual pendidik bervisi, seterusnya anak bakti bangsa Malaysia yang dikasihi. Patriotisme seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Patriotisme merangkumi usaha-usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia. Tuntasnya definisi pidato saya ini menjurus kepada kebaikan yang diperolehi pelajar yang mengamalkan semangat cintakan negara. Hadirin pencetus revolusi minda, Semangat patriotisme melahirkan rasa cintakan negara merupakan hujah saya yang pertama. Di dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali. Tun Mahathir Mohamed pernah mengingatkan tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan dan kekalkan hak kita. Kemungkinan kita akan tinggal nama sahaja dalam sejarah. Bagi generasi yang melalui pengalaman berbeza, fokus patriotismenya mungkin berbeza walau pada hakikatnya ia tetap berpaksi pada makna yang sama. Semangat patriotisme rakyat terutamanya generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan demi melahirkan para pelajar yang mencintai negara seterusnya berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara.

Hadirin pemacu kegemilangan negara, Meniti hujah saya yang kedua di bawah kata kunci Disiplin dibentuk berteraskan semangat patriotisme. Remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang merebak bagaikan virus epidemik. Maka, tindakan yang pragmatik perlu diambil demi memastikan virus ini tidak memusnahkan remaja kita. Penerapan nilai cintakan negara dapat mengekang masalah ini daripada berterusan. Pelajar yang memiliki rasa cinta kepada tanah air tidak akan terjebak dengan jenayah mahupun masalah disiplin sebaliknya mereka akan menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Dato Nicol Ann David contohnya merupakan seorang pemain skuasy wanita yang menjadi wanita pertama Asia menduduki tangga pertama dunia dalam sukan skuasy. Semangat cintakan negaranya telah membentuk disiplin diri yang mampu melonjakkan nama negara. Sidang hadirin yang dirahmati sekalian, Prestasi pembangunan modal insan atas bicara kata Semangat cintakan tanah air menjana pelajar produktif. Pelajar yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, gigih dan sentiasa mempertingkatkan usaha serta tabah menghadapi cabaran. Mereka juga melibatkan diri dalam pembangunan negara serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar dan sebagainya. Ayuh kita imbau kisah seorang tokoh pejuang kemerdekaan negara bergelar Mat Kilau. Sifat kepimpinan dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang yang disegani dek keberaniannya menegakkan kebenaran. Rasa patriotisme telah membentuk individu yang mampu memberi sumbangan besar terhadap negara. Sidang hadirin yang budiman, Kemerdekaan dalam erti kata sebenar merujuk kepada pembebasan mutlak daripada gejala negatif. Hal ini bermakna semangat patriotik yang tumbuh dalam jiwa individu pelajar dapat membentuk nilai-nilai positif kearah pembentukan modal insan yang cemerlang dan gemilang. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Semua pihak harus berganding tenaga demi memastikan generasi muda pasca merdeka ini menghayati erti kemerdekaan serta mendalami semangat patriotik yang sebenar-benarnya demi mencapai matlamat transformasi negara untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Saya menutup tirai pidato saya pada hari ini dengan serangkap pantun.

You might also like