P. 1
ciri guru berkesan berdasarkan nilai BITARA

ciri guru berkesan berdasarkan nilai BITARA

|Views: 1,727|Likes:
Published by Piduih Hasnan

More info:

Published by: Piduih Hasnan on Sep 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

07/18/2013

$4.99

USD

TUGASAN 2 Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara

.
Pendahuluan Guru merupakan insan yang menjadi nadi dan ejen perubahan kepada masyarakat. Tugas guru sejak dari dahulu lagi bukan sekadar hanya menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah semata-mata malah guru turut bertindak sebagai nadi penggerak kepada pembinaan ciri individu yang berketrampilan tinggi, unggul dan jitu. Guru yang hebat dari segi kualiti mampu membantu negara melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti tinggi dan berintegriti. Guru yang bagaimanakah yang dikatakan guru yang sebenar-benar guru? Guru itu mestilah melengkapi semua ciri-ciri yang diperlukan dari aspek profesionalisme, berketrampilan, cekap, peribadi terpuji, intelektual, kestabilan emosi dan spiritual serta bijaksana dan berkeupayaan untuk memimpin. Guru yang hebat adalah guru yang mempunyai personaliti menakjubkan mengikut Pat Conroy, 1982. Ketrampilan guru haruslah disertakan dengan sahsiah yang baik dan terpuji dan keutamaan haruslah dititikberatkan dari segenap aspek aspek termasuk tatacara berpakaian, pertuturan, tingkah laku dan sikap agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada generasi yang dididik iaitu generasi yang mewakili kelompok masa hadapan masyarakat. Guru yang mempunyai personaliti yang menarik dapat mencerminkan dan menonjolkan ciri keperibadian yang tinggi di mata masyarakat, rakan sejawat dan juga anak didik mereka. Guru yang sebenar ialah guru yang memiliki peribadi dan juga ciri-ciri yang unggul sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan juga dapat mempraktikkan segala ilmu yang dimilikinya ke dalam pengajaran hingga ke akhirnya. Kecemerlangan seseorang guru itu adalah bersifat subjektif dan tidak terbatas. Ianya bukan hanya dinilai kepada cara seseorang guru itu menyampaikan pengajaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) semata-mata tetapi penilaian kecemerlangan guru itu juga terletak pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru adalah cermin kepada murid untuk mereka mempamerkan peribadi yang baik sebagai ikutan kepada pelajarnya. Ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan selaras dengan tema hari guru iaitu Guru Penjana Transformasi 1

Pendidikan. Pembinaan modal insan ini juga adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Bitara menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), bermaksud tiada taranya,hanya satu-satunya. Selain itu juga, bitara juga membawa maksud unik,unggul,tiada tolok bandingnya dan lain dari yang lain. Seorang guru yang berkesan dalam pengajarannya mestilah mempunyai nilai-nilai terpuji yang terkandung dalam Bitara Upsi ini untuk melengkapkan diri sebagai pendidik yang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Berintegriti Integriti menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2005), bermaksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Mengikut nilai Bitara Upsi pula, seseorang guru itu mestilah mempunyai nilai integriti yang teguh ini. Seorang guru yang berintegriti dikatakan mempunyai suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalnya. Nilai integriti ini boleh dibahagikan akauntabiliti. Seorang guru yang mempunyai integriti mestilah mempunyai sikap amanah. kepada beberapa petunjuk seperti amanah, adil, telus dan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2005), amanah bermaksud sesuatu yang dipercayakan kepada orang, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang, kepercayaan, boleh dipercayai dan jujur. Amanah merupakan sesuatu tanggungjawab yang amat besar dan perlu dipegang dan dilunaskan oleh setiap individu dengan sebaiknya. Dalam konteks keguruan pula, seseorang guru itu perlulah memegang amanah yang terpikul di bahunya dengan sebaik mungkin agar beliau dapat melahirkan insan yang cemerlang di setiap aspek. Bagaimanakah seseorang guru itu dikatakan mempunyai sikap amanah? Kita dapat melihat contoh-contoh tersebut di persekitaran sekolah kita. Seseorang guru yang amanah itu akan menyampaikan segala ilmu yang dimiliknya dengan tidak menyembunyikan sedikit pun daripada murid-muridnya. Guru itu juga perlu menyampaikan ilmu-ilmu dan fakta yang benar. Selain itu, seseorang guru itu mesti menyiapkan tugas yang telah diberikan kepadanya tepat pada masanya tanpa menangguh dan memberi masalah kepada rakan-rakan sejawat yang lain. Selain itu juga, seseorang guru itu mestilah menjaga dan menyayangi harta benda dan 2

Selain itu. sekiranya kita gagal dalam menunaikan amanah yang diberikan tersebut bermakna kita bukanlah seorang guru yang baik . Guru yang mempunyai sikap akan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya. menepati hak seseorang. Seseorang guru perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Guru yang mempunyai amanah yang tinggi akan sentiasa mengajar bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika kita hendak membeli bahan bantu mengajar (BBM) yang dikehendaki oleh pihak sekolah. 3 . Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa. agama. tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berat sebelah. adil bermaksud menyebelahi pihak yang benar. pecah amanah. Guru yang bersahsiah tinggi dan terpuji tidak akan sesekali menyalahgunakan amanah yang telah diberikan kepadanya dan akan sentiasa menjaga amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Seorang guru yang berpegang kepada amanah juga akan peka dengan perkembangan di tempat kerja serta tidak akan menggunakan pelbagai alasan demi kepentingan diri sendiri. faktor jasmani. guru itu akan mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. emosi. Seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang tidak bermoral yang boleh menjejaskan imej profesionnya seperti khianat dan tidak bermaruah. politik. rasuah. mental. Sebagai seorang guru yang memikul amanah. sosial dan perkara-perkara lain. kita sepatutnya bergabung tenaga dan bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan jayanya. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di dalam bilik darjah dengan ikhlas tanpa meminta atau mengharapkan apa-apa bayaran daripada muridnya sama ada untuk pengajaran tambahan yang dijalankan selepas waktu persekolahan atau cuti sekolah kecuali bayaran yang telah disahkan oleh pihak sekolah. meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Guru yang berintegriti mestilah mempunyai sikap yang adil. Sebagai seorang guru. bocorkan soalan peperiksaan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. kita sepatutnya jujur dan tidak menipu dengan membeli barang yang tidak berkualiti dan mahal daripada harga yang sebenarnya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005).

Sikap seperti ini adalah tidak wajar dilakukan oleh seorang guru. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Selain itu. sebagai seorang guru kita mestilah adil dalam menilai dan memberikan markah kepada pelajar-pelajar kita. diri guru itu sendiri. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar . guru mestilah telus dalam mengajar murid-muridnya. bermaksud mudah difahami atau diketahui. Guru juga mestilah mengajar secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan.keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan. Petunjuk seterusnya dalam nilai berintegriti ialah akauntabiliti. Akauntabiliti bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. 4 . Telus merupakan satu lagi petunjuk di dalam nilai integriti. keadaan atau sifat yang terus terang. Telus menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat (2005). Murid juga akan berasa lebih selesa apabila belajar dengan guru tersebut. Mengajar mengikut sukatan yang betul tanpa memesongkan apa yang patut diajar adalah tugas utama guru. dan profesion keguruan amnya.Sebaliknya guru juga perlulah menggunakan teknik memberi ganjaran iaitu seperti hadiah kepada semua muridnya bukan hanya kepada murid-murid tertentu untuk menarik minat mereka terhadap proses pembelajaran. Markah yang diberikan kepada murid-murid mengikut pencapaian murid itu sendiri bukannya kerana perasaan sayang kepada murid-murid tertentu. Terdapat juga sesetengah guru. Selain itu juga. masyarakat dan negara . Guru yang adil adalah guru yang tidak membezakan muridnya yang pandai dengan murid yang agak lembam. Akauntabiliti juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. sekolah. kita juga tidak boleh bersikap pilih bulu dalam menurunkan ilmu kepada murid-murid. semasa pengajaran dijalankan di dalam kelas beliau hanya memberikan tumpuan kepada murid-murid yang tertentu sahaja. Guru yang adil ini dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam diri murid.

Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002. rajin dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Mengikut Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996. guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tingkah laku diri sendiri. iii) Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa. berakhlak mulia dan berguna kepada negara. iv) Mengasuh. akan menjadikan guru sentiasa dihormati oleh murid-murid. Bahkan guru juga dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan. maka guru-guru dipertanggungjawab untuk : i) Menjalankan kewajipan seperti mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid. tetapi guru juga wajib menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian. keselamatan. Guru perlulah masuk ke kelas tepat pada waktunya agar masa yang diperuntukkan untuk mengajar murid-murid digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Seorang guru itu haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuklah dalam mematuhi pengurusan masa mengikut jadual yang telah ditetapkan. v) Menunjukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana. Faktor ini amat penting kerana guru mesti menunjukkan teladan yang terbaik kepada muridmuridnya.Akauntabiliti guru terhadap pelajar. Di samping melaksanakan tanggungjawab mendidik murid-murid. bidang pendidikan dan negara. Penerapan nilai-nilai yang dipraktikkan ini. agama. lemah lembut dan mesra. Justeru itu. kemajuan dan masa depan muridmurid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa. 5 . kedudukan ekonomi dan sosial murid-murid atau keluarga mereka. ii) Berbakti demi kebajikan. Tugas guru bukan hanya sekadar mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum. mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid.

Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang berfaedah pada masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. kita boleh membina satu program perkembangan ko-kurikulum yang dinamik untuk meningkatkan prestasi murid. setiusaha PIBG. Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri. Sebagai ahli keluarga dalam sesebuah sekolah. kaunselor. Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar yang sesuai dan selaras dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. setiausaha peperiksaan. Akauntabiliti terhadap sekolah. Sebagai seorang guru. panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. selain tugas mengajar. Guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Kawalan emosi juga perlulah bijak ditangani oleh guru sendiri dan juga guru perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara. rohani dan intelek yang seimbang. guru juga hendaklah menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan dengan sempurna. kita hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Ini adalah kerana sekiranya guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. guru mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab 6 . Sebagai seorang guru juga. Media massa atau elektronik merupakan input yang amat berguna terhadap profesion kita. Guru bertindak sebagai ejen pembimbing kepada murid-murid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik. Dalam hal ini.vi) Akta ini menjelaskan bahawasanya tugas guru untuk mendidik pelajarnya mengikut nilai-nilai sahsiah yang baik bagi perkembangan jasmani. Sebagai guru yang berintegriti. Sekolah ialah tempat di mana seseorang guru bertugas dan menyumbangkan seluruh tenaganya untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak bangsanya. Guru juga digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta perlu peka terhadap keadaan di sekelilingnya. guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin. emosi. Seorang guru haruslah menjaga aspek kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna dan penuh dedikasi.

keturunan dan agama. “kajian filosofikal terhadap moraliti”. Manakala Shea (1988) pula mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesion” dan sebagai “satu piawaian tingkahlaku. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat. masyarakat atau negara. ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. iltizam. 7 . Profesional Dalam nilai Bitara Upsi yang kedua ialah seseorang guru itu mestilah mempunyai sikap professional. menghormati orang lebih tua serta perbezaan kebudayaan. kita mestilah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. watak atau prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak. “Etika menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dengan memenuhi tanggungjawabnya sebagai ahli masyarakat. Etika berasal daripada perkataan Yunani. bertanggungjawab.sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Profesional juga bermaksud guru mestilah melatih dirinya agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Profesional adalah kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Gluck (1986) telah mendefinisikan etika sebagai. iaitu “ethos”. membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia. cinta ilmu dan kompetan. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Di samping itu. sama ada perbuatan itu betul atau salah dan tidak serupa bagi setiap individu. serta mengamalkan sahsiah yang baik dan dapat diterima oleh masyarakat . guru juga hendaklah mengekalkan dan mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar. Nilai professional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika. Ia merujuk kepada adat kebiasaan. Selain itu. Sebagai guru.

Tanpa komunikasi yang baik.Etika merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap murid. Guru perlu bersistematik dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Dalam semua hubungan dan tugas. ibu bapa serta masyarakat terhadap profesion perguruan. Sesungguhnya perkara yang paling ditakuti oleh semua guru adalah di mana seseorang guru itu tidak berhasil dalam menjalankan komunikasi efektif kerana pelajar merasakan terdapat jurang dalam menyatakan pendapatnya. rakan sejawat. ibu bapa murid dan masyarakat. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara rasmi sekaligus dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. adakalanya guru bertindak bagaikan seorang bos atau raja yang hanya mengarah dan memerintah pelajar menurut kehendaknya. Dalam proses pembelajaran di sekolah. Guru perlu memiliki etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru hendaklah menjalankannya dengan jujur dan ikhlas. Ada juga guru yang mengajak para pelajar bersama-sama menyelesaikan topik yang dibincangkan. 8 . Etika dianggap penting kerana k 1. Guru yang beretika mestilah menunjukkan ketrampilan dalam pelajaran dan mahir dalam pengajaran. Menerusi kod etika. Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. rakan sekerja. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. hasil yang dituai juga tidak memuaskan. guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan yang menarik dan dapat merangsang murid minat belajar dan seterusnya dapat mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Guru hendaklah bertingkahlaku baik dan tidak mencemarkan sifat profesionalnya yang boleh menyebabkan hilang kepercayaan murid. Guru juga perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid. Namun ke semua kaedah itu berguna dan bermanfaat selagi bersesuaian dengan keadaan dan dapat menjana fikiran murid. od etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.

Guru juga berupaya untuk mengesan. politik persendirian terhadap muridnya. menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. daya intelek dan lain-lain. masyarakat atau negara. Guru juga tidak haruslah mengiklankan diri sendiri dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. keturunan. Guru juga tidak boleh mendiskriminasikan pelajar-pelajarnya dan juga rakan sejawat yang berlainan bangsa dan agama. 9 . Guru juga tidaklah harus memaksakan kepercayaan. bangsa dan negara. daya cipta dan lain-lain lagi. sebaliknya semua guru perlu bekerjasama dan menjaga nama baik profession perguruan ini. jantina. Guru yang professional akan mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. keagamaan. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. kepercayaan politik. tempat asal. warna kulit. Sahsiah yang negatif ini sentiasa berlaku di sekolah tanpa kita sedari. bahasa. Guru mestilah menanamkan dan menyemai sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna kepada agama. Guru yang profesional tidak akan meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru juga tidak digalakkan untuk menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. intelek. dalam erti kata lain dengan niat yang tidak baik serta sanggup untuk menjatuhkan nama baik semua rakan sejawat. Guru haruslah bertingkahlaku positif supaya menjadi contoh yang baik atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak haruslah bertingkahlaku negatif terhadap muridnya yang boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Guru yang profesional tidak akan mengiklankan dirinya untuk kerja luar dan peribadi seperti tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru juga tidak harus menanam sikap negatif yang boleh merosakkan kepentingan murid. persatuan atau peribadi. agama. Guru tidak boleh menjatuhkan nama baik guru lain.

Jika seseorang guru itu tidak mempunyai iltizam yang tinggi untuk melakukan semua itu. Sebagai guru. Sebagi seorang guru yang beriltizam. Iltizam menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) berasal dari perkataan arab yang membawa maksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu. Seseorang guru itu perlu mempunyai iltizam yang tinggi serta komited dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh semangat serta berdedikasi. menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu.Nilai profesional guru melalui petunjuk iltizam. Nilai professional guru melalui petunjuk seterusnya ialah mencintai ilmu. kita tidak boleh mengajar hanya untuk memenuhi keperluan sukatan sahaja tetapi niat guru tersebut juga mestilah ikhlas kerana Allah swt agar dapat membentuk jati diri murid yang seimbang dunia dan akhirat. Seterusnya seseorang guru itu perlu mempunyai sikap mencintai ilmu dunia dan akhirat. kita janganlah menganggap tugas yang kita jalankan di luar waktu pengajaran itu membebankan pada diri kita malahan kita sepatutnya gembira dan bersedia untuk menyahutnya dengan rasa bangga. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sudut untuk diberikan kepada murid. perasaan atau berperasaan sangat sayang. Semasa mengajar . Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di luar waktu pengajaran seperti aktiviti kokurikulum. Iltizam juga membawa maksud komitmen. hujung minggu dan sebagainya. Adalah mustahil jika seseorang pendidik itu tidak mencintai 10 . Guru juga tidak boleh kedekut ilmu serta tidak boleh berkira dalam menjalankan sesuatu tugas yang diberikan. Guru perlu memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan. maka aktiviti serta rancangan yang akan dilaksanakan akan gagal. kita mestilah memberikan komitmen yang tinggi. Cinta bermaksud mengasihi. guru mestilah membuat persediaan yang cukup untuk mengajar murid. perkhemahan. sukan tahunan. Sebelum memulakan pengajaran. Ada juga aktiviti yang dijalankan pada waktu petang. Semua itu memerlukan komitmen serta iltizam yang tinggi daripada guru-guru. Banyak aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah yang dijalankan dan dilaksanakan pada luar waktu pengajaran. kelas tambahan dan banyak lagi.

berwibawa. Cuba bayangkan situasi ini. terpulang kepada kita bagaimana mempersiapkan diri untuk merebut peluang menambahkan ilmu pengetahuan ini. berwibawa dan mempunyai kecekapan bukan hanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. mampu menyelesaikan masalah. kita sepatutnya berusaha meningkatkan kualiti pencapaian kita supaya kita sentiasa bersedia ketika berdepan dengan murid dan juga rakan sekerja. malah di luar bilik darjah itu sendiri.layak.ilmu. tetapi guru tersebut tidak dapat memberikan jawapan yang dikehendaki?Tentulah murid tersebut akan menilai guru sebagai seorang yang cetek pengetahuan dan tidak layak mengajar mereka dan seterusnya akan menghilangkan rasa hormat murid tersebut kepada guru. Murid pada zaman kini sudah maju ke depan kerana dengan adanya teknologi yang memudahkan mereka belajar dan mencari maklumat tanpa guru. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar. Seseorang guru yang profesional juga mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu yang akan diajarkan kepada murid-muridnya. mengurus jawatankuasa dan bekerjasama dengan guru lain dalam melaksanakan agenda-agenda pendidikan di sekolah. tetapi turut meliputi tugas lain seperti mengelola aktiviti pelajar. 11 . Jika kita seorang guru yang tidak berusaha sedaya upaya merebut peluang untuk maju dalam bidang teknologi. apakah yang akan terjadi jika ada murid yang bertanyakan soalan kepada gurunya. 2009). guru yang kompeten dapat didefinisikan sebagai guru yang terlatih. bukannya seperti murid dahulu yang hanya belajar dan praktikkan apa yang guru sampaikan sahaja. Nilai professional guru melalui petunjuk kompeten. mengurus organisasi. Jadi. Semua maklumat kini hanya berada di hujung jari sahaja. Kompeten mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) membawa maksud cekap. Murid abad ke 21 ini. Kita juga harus berani untuk terus meneroka sesuatu yang baru yang menjurus ke arah teknologi. Ilmu di dunia ini begitu luas dan tidak akan habis jika kita pelajari dan terokainya. memimpin. dapat menjalankan tugas dengan sempurna. guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran bukan sahaja kemahiran mengajar. kita perlu mengenalpasti unsur-unsur atau elemen yang akan dapat melahirkan guru yang kompeten. Sekali gus ini boleh merendahkan martabat serta profesional guru. Dunia globalisasi pada ketika ini banyak cabarannya. serta mempunyai etika kerja yang tinggi (Nashuha. berkomunikasi dengan berkesan terhadap guru lain. Sebagai guru. Oleh yang demikian. tetapi juga kemahiran mengurus. kita akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Bagi melahirkan guru-guru yang kompeten.

Guru sepatutnya memastikan pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid harus difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Kesepaduan antara elemen-elemen kemahiran insaniah ini akan dapat melahirkan insan guru yang bijak berkomunikasi. Sebagai guru juga. murid-murid melabelkan guru mereka sebagai seorang guru yang profesional. 12 .Elemen-elemen ini merupakan elemen yang membawa kepada pembentukan atribut guru dalam membina kemahiran insaniah. Dengan ini. Sikap kompeten yang perlu diamalkan adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Dipercayai bahawa guru yang mahir dalam segala aspek selain aspek pengajaran bakal menjadi guru yang berkaliber serta memenuhi hasrat pendidikan negara yang mahukan para guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam segenap aspek. Guru harus menunjukkan sikap kompeten yang ada pada diri. serta berupaya menterjemahkan kemahiran insaniah ini untuk memberi sumbangan yang bermakna terhadap sekolah khususnya dan dunia pendidikan amnya (Rozanis. 2006). serta bijak menempatkan diri dalam kalangan komuniti sekolah (Erdiana. Guru juga perlu menyampaikan pengajaran dengan mempelbagaikan teknik serta kemahiran baharu kepada murid-murid. bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran. Guru yang kompeten bukan sahaja mampu mengajar murid dengan cemerlang. 2006). Pembentukan kemahiran insaniah ini amat dipengaruhi oleh sikap guru terhadap pembentukan diri mereka. malah aspek-aspek yang berada di luar lingkungan pengajaran bilik darjah. Semangat Berpasukan Ciri-ciri guru seterusnya mengikut nilai Bitara Upsi ialah Semangat Berpasukan. Guru yang mempunyai kesedaran akan kepentingan kemahiran insaniah ini akan cuba untuk meningkatkan nilai tambah diri dengan pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam aspek mengajar. Semangat berpasukan adalah kumpulan manusia yang bersatu. bekerja tolongmenolong di bawah satu kepimpinan untuk mencapai satu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. tetapi juga mempunyai keterampilan diri yang meyakinkan. kita perlu mempertingkat dan memperkemas diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang bersesuaian dengan pengajaran. berpegang dengan prinsip kerja yang tekun.

berkongsi kaedah pengajaran dan sebagainya dengan guru-guru yang lebih berpengalaman. guru perlu hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira usia. murid-murid juga akan menghormati dan mudah mesra dengan kita. Dalam pengajaran di dalam kelas pula. dan sepakat sesuatu yang dipersetujui. Dalam satu komuniti berpasukan. perkhidmatan diberikan mestilah . Muafakat menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) membawa maksud setuju. menghormati serta mengambil berat mengenai pandangan. Sebagai guru juga. guru perlulah bekerjasama di dalam melaksanakan tugas untuk meningkatkan prestasi sekolah. Guru perlu lebih menghargai. Di bawah naungan satu bumbung dan pasukan. Guru perlulah duduk bersama-sama untuk berbincang bagi menetapkan matlamat yang ingin dicapai dan saling mengingatkan di antara satu sama lain tentang visi dan misi sekolah. kita perlu menghormati murid-murid yang kita ajar dengan menggunakan bahasa yang sesuai melalui kesantunan bahasa. Apabila sikap menghormati ada dalam diri.Seseorang guru yang berkesan perlu menunjukkan sikap pemuafakatan dalam merancang dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. guru-guru perlu mempunyai penetapan dan fokus kepada matlamat.murid bekerja dalam kumpulan. pangkat dan darjat seseorang. sahsiah dan sebagainya. kita boleh menggalakkan murid. Guru perlu menetapkan matlamat apa yang harus dicapai sama ada dari segi akademik. perasaan serta perkara-perkara yang dianggap penting oleh orang lain Dalam semangat berpasukan. Dengan ini. seia sekata. Guru mesti menetapkan matlamat yang tinggi untuk setiap muridnya agar berjaya dalam pelajaran. kita dapat membimbing murid untuk bekerja dalam kumpulan dengan menerapkan nilai-nilai murni. tidak menyalahgunakan kuasa yang ada dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Dari situ. Guru boleh bertukar-tukar pendapat. sebagai guru juga perlu mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham atau berprasangka buruk terhadap rakan sekerja malah kita mesti membantu dan menggalakkan rakan sekerja kita untuk meningkatkan prestasi kerja. Di samping itu. Guru harus menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui mesyuarat atau syura. barulah dapat memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai di kalangan anggota. Berorientasikan Pelanggan Ciri-ciri guru seterusnya yang perlu ada dalam diri guru untuk menjadi seorang guru yang 13 berkesan dalam pengajarannya Setiap mengikut nilai yang Bitara Upsi ialah Berorientasikan Pelanggan.

guru yang berkesan mesti bertindak proaktif. Responsif memberi gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. Selain itu. Setiap guru mestilah menunjukkan sikap mesra kepada murid-murid dan rakan sekerja. atau karib benar. Dalam pengajaran. jika murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. segera bertindak dan tidak menunggu arahan sahaja. Dalam persekitaran pekerjaan. melayan murid dengan bahasa dan perlakuan yang sopan. Jika pengajaran kita tidak dapat difahami oleh sesetengah pelajar kita. erat. Proaktif menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) merangka atau melakukan sesuatu tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan. kita perlu cepat bertindak untuk membantu murid tersebut supaya murid tersebut tidak ketinggalan dalam pembelajaran. kita akan berhadapan dengan murid dan rakan guru.berorientasikan kepada kepuasan orang lain. Responsif mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat (2005) bermaksud segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dan sebagainya. Guru yang berkesan pengajarannya mestilah mudah mesra dengan murid. kita mesti merancang pelan strategik untuk membantu murid yang lemah dalam pembelajaran sebelum murid itu terus ketinggalan dalam pelajaran. Kamus dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) bermaksud bercampur benarbenar. proaktif. Kita juga boleh melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan dengan segera sebelum murid-murid kita menghadapi kesulitan yang berterusan dalam pembelajaran. menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. kita mestilah bertindak cepat dengan mencari maklumat. Sebagai guru yang proaktif. Dalam nilai bitara berorientasikan pelanggan ini dibahagikan kepada responsif. Guru perlu sentiasa berjagajaga. Murid akan gembira apabila datang ke sekolah dan bersedia untuk 14 . Budaya bilik darjah yang dinamik serta lebih mementingkan aspek pembentukan nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru. Sebagai guru. mesra dan berkualiti. kita mestilah sudah bersedia dengan apa sahaja permasalahan yang akan terjadi. Sebagai contoh. kita mestilah menggunakan pendekatan lain untuk membantu murid berkenaan memahami pengajaran kita. bersepadu. Petunjuk seterusnya dalam nilai berorientasikan pelanggan ialah mesra.

mutu. guru itu mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Selain itu empati merujuk kepada kemampuan seseorang untuk merasakan apa yang dirasakan orang lain ketika mengalami sesuatu kejadian. ialah darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi. Jika sebaliknya. Setiap guru mesti melakukan sesuatu kerja atau tugasan yang berkualiti tinggi. Guru bolehlah membangunkan potensi diri dalam bidang yang menjadi kepakaran masing-masing dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan yang telah dianjurkan. murid akan berasa terancam dan susah untuk menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Petunjuk berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai bitara yang berorientasikan pelanggan. Dalam pengajaran pula. Apakah yang akan terjadi jika maklumat atau pengajaran yang diajar kepada murid tidak benar?Pemahaman murid akan turut dipesongkan oleh guru berkenaan. guru bolehlah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menonjolkan potensi murid-murid dalam bidang yang digemari.Murid biasanya menganggap apa yang diajar oleh gurunya adalah benar walaupun maklumat yang diberi salah. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). guru boleh mendapatkan maklumat dengan begitu mudah dan pantas.menerima pembelajaran daripada guru yang mereka suka. Di tambah pula dengan bacaan-bacaan ilmiah yang dapat membantu guru mengembangkan potensi diri mereka. Kualiti menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Prihatin Kebajikan Anggota Nilai Bitara Upsi yang kelima ialah Prihatin kebajikan anggota. Setiap guru mestilah mempunyai sikap ingin memajukan diri untuk kepentingan diri dan profesion perguruan. Kerja yang berkualiti amat penting kerana maklumat yang akan mereka sampaikan kepada murid-murid mestilah tepat dan tidak terpesong daripada fakta yang sebenar. Petunjuk yang pertama dalam nilai prihatin kebajikan anggota ialah peluang untuk maju.empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Guru juga mestilah menggalakkan murid-muridnya agar tampil dan memberanikan diri untuk menceburi mana-mana bidang yang bersesuaian contohnya seperti bidang sukan supaya bakat murid-murid dapat diperkembangkan. Seterusnya di dalam nilai prihatin kebajikan anggota ialah petunjuk empati.Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. guru harus mendekati murid tersebut dan 15 . jika guru mendapati muridnya menghadapi masalah. Dalam pengajaran.

Kita juga boleh menziarahi keluarga murid tersebut untuk mengetahui keadaan sebenar dan memberi bantuan jika diperlukan. Kepada rakan sejawat. Persekitaran yang selesa dapat mewujudkan minat murid untuk belajar. Guru perlu bijak untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai sebelum. Jika perlu kita boleh bertindak sebagai seorang kaunselor untuk membantu murid berkenaan. Ucapan terima kasih juga boleh digunakan oleh guru apabila terdapat di kalangan murid yang membantunya mengangkat barang dan sebagainya. mengucapkan tahniah dan mengingati tarikh-tarikh penting rakan untuk menunjukkan kita mengambil berat akan diri mereka. Sikap empati ini perlu wujud dalam diri guru. Sikap memberi penghargaan ini kepada murid dapat mewujudkan rasa ambil berat terhadap murid dan murid akan merasa dirinya di hargai oleh guru dan seterusnya mewujudkan sikap positif dalam diri murid. Dalam pengajaran. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Petunjuk seterusnya dalam nilai prihatin kebajikan anggota ialah petunjuk keselesaan persekitaran. Petunjuk seterusnya dalam nilai Bitara prihatin kebajikan anggota ialah petunjuk penghargaan. penghargaan bermaksud perihal atau perbuatan menghargai. Setiap guru mesti menunjukkan tanda penghargaan kepada muridmurid dan rakan sejawat. guru perlu memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa sebelum memulakan pengajaran. menghasilkan. Peneguhan positif ini dapat menggalakkan murid meningkatkan prestasi diri mereka.adat dan 16 . sistem. Guru juga boleh membawa murid untuk melakukan aktiviti di luar kelas. semasa dan selepas pengajaran. kita perlu mengamalkan budaya berbudi bahasa iaitu dengan mengucapkan terima kasih. dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.menyelami perasaannya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Inovatif pula ialah kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah. Dalam pengajaran. kita mesti menunjukkan perhargaan kita dengan mengucapkan tahniah jika murid berkenaan berjaya mendapat markah yang baik dan menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademiknya. Kreatif dan Inovatif Nilai Bitara Upsi yang terakhir ialah nilai Kreatif dan Inovatif. penghormatan dan penyanjungan. Empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain iaitu murid. ibu bapa dan rakan sejawat dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif agar setara dengan apa yang ingin disampaikan. kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta.

dan mantap kepada murid. Ainon dan Abdullah (1997): • Keupayaan untuk mempelbagaikan metod pengajaran dan pembelajaran seperti. pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. guru dapat menyalurkan maklumat yang terkini kepada murid. Seorang guru mesti melakukan penambahbaikkan secara berterusan merangkumi cara mengajar. Guru-guru juga perlu lebih kreatif dan agresif untuk membuat pembaharuan dan mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya. bakat dan tingkahlaku pelajar  Gemar melayan pertanyaan pelajar Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah. terkini. Antara peribadi pendidik kreatif yang mampu untuk menyerap literasi kreatif dalam masyarakat secara keseluruhannya adalah seperti berikut mengikut (Amabile. 1996). 1989). penambahbaikkan berterusan.  Bercerita  Main peranan  Lawatan  Peta minda  Inkuiri  Bersikap terbuka dan fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran seperti. Petunjuk kedua dalam nilai Bitara kreatif dan inovatif ialah petunjuk penambahbaikkan berterusan. Guru perlu mempunyai sikap berdaya cipta yang kreatif dan inovatif agar kita sentiasa menerima ilmu baru. Dalam pengajaran. 2003). Sebagai guru kita mestilah berani untuk meneroka ilmu baharu dari semasa ke semasa supaya kita dapat menyampaikan maklumat yang betul. Kreatif terbahagi kepada beberapa petunjuk iaitu budaya cipta. (Croply. rebut peluang dan tambah nilai. (De Bono. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar.sebagainya. penggunaan pendekatan baharu 17 . Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadikan guru tidak efektif dan tidak mampu untuk bersaing dan menghadapi cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini.  Sedia menerima idea-idea pelajar  Menggalakkan pelajar menyoal  Pemaaf  Suka akan kepelbagaian dan kerencaman idea. ( Leonard 1996).

Akhir sekali di bawah nilai kreatif dan inovatif ialah petunjuk tambah nilai. Petunjuk kedua dalam nilai kreatif dan inovatif ialah petunjuk rebut peluang. Dengan petunjuk tambah nilai tersebut. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum. sistem portal. campuran pelbagai teknik pengajaran. guru dapat meningkatkan ilmu yang bermanfaat hasil daripada maklumat dan pendedahan ilmu yang diperolehi. peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. latihan. guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam era globalisasi sekarang. menggunakan dan menghebahkan peluang yang didapati untuk menceburi diri dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kecemerlangan diri. guru dapat menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih terancang dan berkesan. Ilmu yang diperolehi dapat disalurkan kepada murid-murid secara berterusan. Guru perlu memberi nilai tambah dalam teknik pengajarannya seperti mengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Segala maklumat yang diperolehi daripada kemudahan tersebut perlulah disebarkan dan dihebahkan kepada murid dan rakan sekerja. Seseorang guru mestilah menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet. Sebagai guru kita mesti pandai mencari. kemudahan telefon dalam proses pembelajaran. Guru perlu bijak untuk merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai langkah melengkapkan dan menyediakan diri untuk menjadi seorang yang berkesan dalam pengajarannya. Jika semua guru mempelbagaikan teknik dalam pengajaran. Ketinggian kualiti peribadi guru menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Kesimpulan Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu dengan menggunakan ICT secara berfikrah. Melalui kursus yang dihadiri. 18 . muridmurid akan berasa seronok seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka. 2001). Sebelum membentuk sahsiah pelajar. Nilai-nilai bitara ini jika digunakan oleh guru secara berterusan akan dapat membantu untuk meningkatkan rasa tanggungjawab guru terhadap murid-muridnya. dan kerja secara berkumpulan.untuk mengajar.

19 . berketrampilan. tanggungjawab” Pendidik Bil 51/Ogos 2008. Ee Ah Meng (1988). Kementerian Kebudayaan. Selangor. Malaysia. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Salleh (1993). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asas Pendidikan. Selangor. berakhlak mulia dan bersemangat patriotik. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur Kementerian Pengajian Tinggi (2006). Serdang: Penerbit UPM. Kesenian Dan Warisan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi pelancaran(2006).Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Ee Ah Meng (1990). Bhd. Penyunting: Mohd. Berhad. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP”Pendidik Bil 44/Jan 2008. Mohd.Pendidikan Di Bilik Darjah.Malahan guru juga akan sentiasa mengamalkan keihlasan intelek dan kejujuran dalam membantu murid untuk meneroka ilmu-ilmu yang telah diberikan olehnya. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kementerian Kebudayaan. Kesenian Dan Warisan. Guru juga akan dapat membina potensi diri murid bagi menjadikannya sebagai seorang yang berilmu. Tap b. BIBLIOGRAFI Badrunsham Dahalan (2008) “Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat.

20 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->