You are on page 1of 93

1.0 Pengenalan Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa.

Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya. pemahaman secara mendalam dan Ia juga dimaksudkan sebagai bagi mempertingkatkan

kritikal

pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhatihati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Dalam Falsafah

Pendidikan Negara sendiri ada menekankan mengenai pemikiran dengan menyataka: perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Salah satu objektif dalam KBSR ialah: membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala dalam KBSM: mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa

perubahan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya penubuhan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari ini menerapkan kemahiran berfikir sebagai elemen utama dan diajar merentasi kokurikulum. Tujuannya ialah untuk:

kualiti pemikiran murid meningkat membuat keputusan dengan tepat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif

dapat membezakan baik dan buruk

menghadapi cabaran terkini

2.0 Definisi Pemikiran " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "Menurut John Barell(1991), pemikiran ialahproses mencari maknaserta usaha

mencapaikeputusan yang wajar. Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle. Sebagaimana Aristotle mengatakan bahawa manusia mempunyai banyak persamaan dengan haiwan. Ciri yang membezakan manusia daripada haiwan lain ialah rasionaliti, iaitu keupayaan berfikir. Pada abad kesembilan belas, pemikiran definisikan sebagai satu rangkaian idea yang berasosiasi. Definisi ini dapat menerangkan

beberapa jenis pemikiran, tetapitidak kesemuanya. Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yangdilaksanakan secara sengaja.Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey, 1933, dimana beliau melihat pemikiran sebagai

perilakumenyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar. Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorangyang bertujuan untuk menyelesai masalah. Fraenkel pula berkata, pemikiran adalah pembentukan idea-idea, pembentukan semula pengalaman danpenyusunan maklumat-maklumat dalam bentuk tertentu. Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalammembuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pemikiran manusia telah berkembang sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaranyang sukar. Konsep beliau itu menyebabkan pakar-pakar psikologi memberi tekanan yang

berlebihan kepada pemikiran adaptif dan praktikal.Eksperimen- eksperimen yang mereka buat sentiasa melibatkan para subjek yang berfikir dengan berhempas pulas.

3.0 Tujuan KBKK

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Kesilapan Dalam Berfikir i. Berfikir secara terburu-buru


o

beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit


o o

aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran latihan menggunakan penyusun grafik banding beza

iii. Fikiran yang kabur


o o

latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu

objek/perkara
o

membuat kerangka karangan

iv. Fikiran yang bercelaru


o

Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan

o o

menyusun isi-isi penting untuk karangan carta aliran

Perbezaan Antara Otak Dan Minda Otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala dan mempunyai sistem-sistem tertentu. Minda ialah kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan. Dalam Kamus Dewan, otak ditakrifkan sebagai organ di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran / perasaan; suatu alat berfikir. Telah dibuktikan bahawa kerja merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti otak manusia atau miripnya adalah sukar malahan mustahil. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu serebrum, medula oblongata dan serebelum. Serebelum terletak di bahagian belakang. Ianya mempunyai banyak lipatan. Terdapat dua bahagian dalam serebelum iaitu bahagian luar dan dalam. Tanpa bantuan serebelum, kita tidak mampu berjalan tegak dengan senang. Tugas serebelum ialah sebagai pengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk

menyelaraskan kedudukan, pergerakan dan ketegangan. Malahan, jika seseorang mengambil terlalu banyak alkohol akan menyebabkan keaktifan serebelum terjejas. Pergerakan si pemabuk akan menjadi tidak stabil. (Ghez, 1991) Medula oblongata terletak di bawah serebrum. Ia merupakan pangkal saraf tunjang yang bengkak. Bahagian luarnya berjirim putih sementara bahagian dalamnya berjirim kelabu. Fungsi utamanya mengawal tindakan luar kawal atau otomatik. Tindakan luar kawal adalah tindakan tanpa disedari dan gerakbalas berlaku tanpa kehendak kita. Contoh tindakan luar kawal seperti peristalsis, denyutan jantung, respirasi dan sebagainya Serebrum terdiri dari bahagian yang paling besar dan penting. Ia terdiri daripada dua hemisfera yang sama saiz. Bahagian kiri mengawal otot-otot dan menerima

maklumat dari organ deria yang terletak di bahagian badan sebelah kanan. Permukaan serebrum(korteks) dipenuhi lipatan untuk menambahkan luas permukaan supaya dapat menyusun lebih banyak neuron yang aktif. (Semakin tua semakin berkedut). Bahagian belakang serebrum berfungsi mentafsirkan impuls darri retina mata. Gambar warna dan bentuk imej dihantar ke sini untuk perbandingan dan ingatan.

4.0 Jenis Kemahiran Berfikir

Pemikiran Kritis
Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat daripada pelbagai sudut.Hal ini kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiap sarjana sains pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya.Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang

meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "

KonsepPemikiranKritis Tidak begitu mudah menerima sahaja atau mempersetujui sesuatu; menimbang baik buruknya dahulu. Berfikir mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea. Ianya melibatkan tiga jenis aktiviti mental; analisis, sintesis dan penilaian. Penilaian adalah asas pemikiran kritis; menilai idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian. Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.

Ciri-CiriPemikiranKritis Reaktif; reaksi atau gerakbalas terhadap idea-idea yang sedia ada dengan yakin, munasabah dan bernas. Penilaian; menentukan samada sesuatu idea itu patut dipercayai ataupun diterima berdasarkan keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan dan nilai idea berkenaan.

Analisis; melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah secara terperinci, objektif dan gigih supaya ianya difahami dengan jelas.

Logik; merangkumi kaedah menaakul secara logik dan bersepadu dengan menimbangkan andaian yang dibuat serta sedar tentang hujah yang berat sebelah.

Sintesis Pemikiran Kritis Pemikiran kritis ini melibatkan: a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri. b) Berfikir menggunakan urutan dan hukum logik. c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan. d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan. Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya, menurut Nik Aziz(1994) pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburuburu dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan modes of thinking yang lain seperti:

a) Pemikiran saintifik b) Pemikiran matematikal c) Pemikiran historical d) Pemikiran ekonomikal e) Pemikiran moral f) Pemikiran kefalsafahan

Pemikiran Kritis Rendah Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) yang sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti: a) membanding dan membeza b) membuat kategori c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan d) menerangkan sebab

Pemikiran Kritis Tinggi Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar

daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti; a) membuat ramalan b) mengusul periksa andaian c) membuat inferens d) mengesahkan sumber maklumat e) membuat generalisasi dan f) mencari sebab dan membuat kesimpulan

Pemikiran Kreatif
Penggunaan operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Kebolehan membina kombinasi idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan. Pemikiran kreatif bersifat divergen; tidak mementingkan satu jawapan yang tepat sahaja, bersifat novel, luar biasa dan memelikkan. Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif Keberanian; berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko, kritikan dan sedia bertanggungjawap di atas setiap keputusan. Imaginatif; imaginasi manusia yang tidak terbatas dan boleh sampai kemana-mana, tidak terhad seperti ilmu pengetahuan. Perkembangan idea; proses perkembangan dan pengluasan idea yang sedia. Reka cipta; hasil pemikiran kreatif dalam bentuk idea yang baru.

Tahap Pemikiran Kreatif Persedian; cuba memahami masalah secara sedar, penuh usaha dan bersistem. Inkubasi; masalah yang gagal difikirkan penyelesaiannya ditolak ketepi dan dilupakan sementara. Pengilhaman; penyelesai masalah mendapat ilham, itu biasanya memberi jalan yang akhirnya dapat menghasilkan penyelesaian tersebut. Verifikasi, proses-proses berfikir secara sedar dan terarah dilakukan, menguji dan membuktikan ilham sebelumnya benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah "kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

Sebagai pelajar semester 8, kami dikehendaki menyediakan satu tugasan projek dalam melihat kriteria indikator pemikiran kritis dan kreatif dalam teks bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan dan kami memilih pantun sebagai gangre dalam tugasan ini. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. Pantun sebagai salah satu cabang kesusasteraan Melayu tradisional telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu khususnya dan juga orang asing secara umumnya sejak dari zaman silam hinggalah ke alaf ini. Justeru itu banyak kajian yang telah dilakukan terhadap puisi Melayu lama ini. Maka banyak pulalah pendapat yang telah dikemukakan sama ada berkisar tentang definisi, asal-usul, bentuk, fungsi dan sebagainya. Terdapat pelbagai pengertian pantun yang telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji terdahulu antaranya oleh Zaba, Dr. Ghazali dan lain-lain. Menurut Zaba pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Dari semenjak tatkala orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Manakala menurut Dr. Ghazali Dunia erti pantun asalnya ialah umpama : sepantun maksudnya seumpama seperti dalam : sepantun ayam kehilangan induk, kami sepantun balam, mata terlepas badan terkurung. Kamus Dewan pula menjelaskan pantun ialah sejenis puisi lama yang terdiri dari empat baris dalam tiaptiap rangkap. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya. Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga

terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

5.0 Analisis Pantun dan Seloka Pantun Mengenang Budi (Tahun 5) Pantun ini terbahagi kepada empat rangkap pantun yang setiap satunya terdiri daripada empat baris ayat. Burung pipit di sawah padi, Dihalau teruna bertubuh sasa, Ingatlah pada orang berbudi, Kenang olehmu sepanjang masa.

Anak lembu di tepi bukit, Berjalan beriring berkawan-kawan, Berbuat baik walau sedikit, Tetap dikenang budimu tuan.

Ikan keli ikan gelama, Dimasak lemak sedap dimakan, Budi yang luhur kita terima, Haruskah dibalas dengan kutukan?.

Anak haruan berkawan-kawan, Masuk ke kuala berenang-renang, Pelik sungguh dirimu tuan, Orang berbudi tidak dikenang.

Rangkap 1 Pada rangkap pertama pantun ini, penulis cuba menerangkan tentang suasana di sawah padi dalam kehidupan seharian petani. Burung pipit di sawah padi, Dihalau teruna bertubuh sasa, Burung pipit merupakan haiwan yang memakan padi dan dapat dilihat beterbangan di sekitar kawasan sawah padi. Kawasan sawah padi menjadi tempat burung pipit mencari makanan sehingga menyebabkan tangkai padi tersebut kehabisan padi. Petani akan mengalami masalah kekurangan sumber makanan dan pendapatan sekiranya hasil padi yang dituai tidak dapat dapat menampung kehidupan mereka. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur. Bagi menangani masalah ini, burung pipit perlu dihalang dan dihalau dari memakan padi yang menjadi sumber kehidupan petani. Oleh itu, petani menghalau burung tersebut secara kerahan tenaga. Kebiasaannya, petani mempunyai tubuh yang sasa kerana menjalankan tugas harian untuk menguruskan sawah padi. Tubuh yang sasa juga melambangkan golongan muda yang mengusahakan tanaman padi tersebut.

Kawasan sawah padi juga luas dan memerlukan tenaga yang banyak untuk menguruskannya. Ingatlah pada orang berbudi. Kenang olehmu sepanjang masa. Para petani yang bekerja memerah keringat di sawah padi banyak memberi jasa kepada kita semua. Tanpa mereka yang menguruskan sawah padi yang akhirnya menghasilkan beras, kita mungkin tidak akan dapat memperoleh beras yang secukupnya. Beras merupakan makanan ruji masyarakat kita di Malaysia. Kita sebagai masyarakat sentiasa mendapat hasil yang tertentu disebabkan mereka yang bekerja keras dalam bidang tertentu terutamanya pertanian. Budi yang dicurahkan oleh mereka perlu dikenang seperti adat kita orang Melayu, orang berbudi, kita berbahasa. Ini bertujuan untuk menghargai setiap jasa atau perlakuan yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita.

Rangkap 2 Pada rangkap kedua ini, penulis menerangkan tentang budi yang perlu dibalas dengan cara yang betul. Anak lembu di tepi bukit, Berjalan beriring berkawan-kawan, Penggunaan anak lembu dalam rangkap pantun ini cuba untuk mengaitkan cara kehidupan haiwan tersebut yang hidup secara berkumpulan atau berkawan-kawan. Kita sebagai manusia juga perlu hidup secara berkumpulan samada di sekolah, kawasan perumahan atau di tempat kerja. Manusia mempunyai kehidupan yang saling bergantungan antara satu sama lain. Manusia amat memerlukan kehidupan berkumpulan ini bagi memasukkan diri dalam satu suasana yang baru atau telah dibentuk. Kita perlu menyesuaikan diri mengikut keadaan tertentu di mana sahaja kita berada. Bak kata pepatah. masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang

harimau, mengaum.Kehidupan berkawan pasti memberikan manfaat kepada kita di masa hadapan. Berbuat baik walau sedikit, Tetap dikenang budimu tuan. Budi yang diberikan tidak perlu dibezakan nilainya oleh penerima atau pemberi. Budi tidak dapat diukur atau dikira. Penerima tidak seharusnya memikirkan tentang balasan yang akan diterima sekiranya mereka menabur budi. Orang yang menerimanya juga tidak harus membezakan budi yang diberikan. Sepatutnya, tidak kira betapa kecil atau besar budi tersebut, kita harus mengenang setiap jasa yang diberikan. Orang yang berbuat baik perlu dibalas baik dan dihormati oleh masyarakat terutamanya dalam suatu komuniti.

Rangkap 3 Ikan keli ikan gelama, Dimasak lemak sedap dimakan, Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ikan menjadi sumber protein kepada manusia dan haiwan tertentu dalam kehidupan seharian. Dimasak oleh manusia dengan pelbagai cara sebagai lauk makanan seharian. Apabila dikaitan dalam kehidupan manusia, kita menerima banyak jasa atau budi baik yang diberikan oleh mereka di sekeliling kita. Budi sememangnya mudah diterima tetapi agak sukar untuk dibalas dengan setimpal. Walaubagaimanapun, ia perlu dikenang oleh kita. Begitu juga dengan ikan yang menjadi sumber makanan kita. Diciptakan oleh Tuhan sebagai hasil tangkapan nelayan yang memberikan sumber rezeki untuk hidup. Budi yang luhur kita terima, Haruskah dibalas dengan kutukan?.

Jasa yang diberikan oleh mereka yang ikhlas perlu diterima dengan baik. Tidak kira apa jua jasa yang diberikan, kita perlu membalasnya dengan baik. Bukan melalui cara yang bertentangan seperti kutukan. Ini mungkin disebabkan oleh sikap iri hati atau benci terhadap orang tertentu. Penulis cuba menimbulkan persoalan bagi memberi peluang untuk kita berfikir tentang apa yang berlaku di sekitar kita.

Rangkap 4 Anak haruan berkawan-kawan, Masuk ke kuala berenang-renang, Anak ikan haruan hidup secara berkelompok dan bergerak secara berkumpulan. Anak ikan haruan diibaratkan seperti manusia yang hidup berkelompok dan menjalankan tugas yang sama atau berkerjasama dalam suatu tugas. Setiap orang akan mengorbankan masa mereka untuk memberi apa yang termampu dalam komuniti tersebut. Susah dan senang akan diharungi bersama bagi mencapai hasil yang diinginkan. Pelik sungguh dirimu tuan, Orang berbudi tidak dikenang. Penulis cuba membuat sindiran terhadap mereka yang tidak mengenang jasa baik atau budi orang lain. Indidvidu lain boleh menerima dan menghargai individu lain tetapi mengapa tidak anda. Penulis juga cuba untuk menyatakan sikap yang tidak harus wujud dalam diri individu.

Tahun

Tajuk Pemikiran Kritis 6.1 Keobjektifan

Indikator Pemikiran Kreatif 7.1 Kelancaran dan 7.1.1 Idea yang banyak tugasan

Tahun 5

Pantun Mengenang Budi

6.1.1 prosedur

Kaedah yang

dipilih berkaitan

dengan

sesuai dengan tugasan.

yang mungkin benar atau

6.1.2 Kemahiran berfikir tidak benar tetapi logik. yang dipilih sesuai dengan 7.1.3 Idea bermakna tugasan. 6.2 Kejituan 6.2.2 prosedur dengan betul. 6.3 Kegigihan 6.3.3 Kaedah 7.2 Keluwesan 7.2.1 Idea boleh ditokok

dan tambah

dijalankan 7.2.2 Idea boleh diubah suai 7.2.3 Pelbagai penerangan rasional tentang idea Pelbagai contoh

Mengemukakan 7.2.4

banyak bukti yang boleh berkaitan tugasan. diterima 7.2.5 Pelbagai kategori atau aspek 7.3 Kejelasan 7.3.1 Idea dihuraikan kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan halus. 7.3.2 Idea tersusun dan

mudah difahami 7.4 Keaslian 7.4.1 Idea tidak sama seperti orang lain 7.4.4 Frekuensi idea kecil.

Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam Pantun Budi Berdasarkan pantun dan indikator yang dihasilkan, dapat dikenalpasti bahawa pantun ini lebih menfokuskan kepada pemikiran kreatif. Ini kerana pantun ini dibina dengan menggunakan pembayang yang pelbagai. Pada bahagian maksudnya pula lebih ditekankan kepada budi yang diberikan oleh seseorang. Penulis mengaitkan pembayang dan maksud melalui idea yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik. Setiap idea atau isi yang diberikan mempunyai makna tertentu. Penulis menggunakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna untuk ditokok tambah dan difikirkan melalui minda pembaca. Ini kerana, setiap individu pastinya mempunyai luahan idea yang berbeza. Walaubagaimanapun, masih wujud rasional dan contoh yang sesuai sekiranya penulisan tersebut diperhatikan dengan teliti. Idea yang diberikan oleh penulis juga bersifat meluas serta meliputi pelbagai aspek untuk dianalisis. Pemikiran kritis yang wujud dalam pantun ini dilihat lebih kepada bentuk pantun itu sendiri yang bersesuaian dengan format pembinaan pantun. Pantun yang dibina perlu mempunyai pembayang dan maksud serta ritma yang betul.

Pantun Cintai Sekolah (Tahun 6 ) Pantun ini terbahagi kepada lima rangkap. Tanam peria di pinggir kali, Petiklah sebiji berikan jiran, Sekolahku ceria indah sekali, Nilai murni menjadi amalan.

Buah delima sudah terbilang, Isinya merah warna berseri, Gah nama sekolah cemerlang, Cantik terserlah lagi bestari.

Pokok jambu usah dipanjat, Ambillah galah jolokkan buah, Hargai ilmu tinggikan darjat, Hargailah sekolah jagalah maruah.

Pokok kelapa di pinggir kota, Deretan ru menambah seri, Usah lupa pesan dan kata, Teguran guru jangan dinafi.

Pohon meranti pohon berangan, Amat subur memikat hati, Mohon teliti segala kandungan, Maklumat kabur menjadi pasti.

Rangkap 1 Tanam peria di pinggir kali, Petiklah sebiji berikan jiran, Peria ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga limameter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak empat hingga 12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai tiga hingga tujuh cubing yang ketara. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan

menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan ataujingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak. Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Peria diberikan kepada jiran untuk menunjukkan sikap atau nilai hidup berjiran yang baik.Nilai atau sikap ini perlu diamalkan bagi mewujudkan keharmonian hidup

berjiran selain memupuk suasana bantu-membantu antara satu sama lain. Pemberian kepada jiran menunjukkan kegunaan peria dalam kehidupan seharian. Sekolahku ceria indah sekali, Nilai murni menjadi amalan. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmukepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. Sebagai ahli di sesebuah sekolah, individu tersebut haruslah memupuk sikap sayangkan sekolah tidak kira apa jua aspek. Dari segi kemudahan, komuniti sekolah dan kawasan sekolah tersebut. Sikap ini perlu bagi membentuk sebuah tempat yang kondusif bagi berlakunya proses P&P dan penerapan kemahiran kepada individu. Sekolah yang ceria terhasil daripada program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong menceriakan sekolah. Amalan gotong-royong ini merupakan satu amaln yang seriang dilakukan bagi mempuk sikap cintakan sekolah selain mewujudkan hubungan yang erat di kalangan komuniti sekolah dan masyarakat setempat.

Rangkap 2 Buah delima sudah terbilang, Isinya merah warna berseri, Buah delima merupakan buah sangat dikenali ramai disebabkan kegunaan dan kisahnya. Perkataan terbilang menunjukkan buah ini sememangnya sangat istimewa. Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh

sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan. Di dalam al Quran, firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak tiga kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Ini menandakan buah delima yang mempunyai isi berwarna merah mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam kehidupan masayarakat di dunia ini. Gah nama sekolah cemerlang, Cantik terserlah lagi bestari. Sehebat buah delima, sehebat itulah sekolah yang ingin dibentuk. Sekolah yang mempunyai taraf atau nama yang baik pasti akan dikenali ramai, menjadi rujukan dan panduan. Tidak kiralah dari aspek akademik atau fizikal, sekolah tersebut pasti menjadi tumpuan. Komuniti sekolah juga pasti akan berasa bangga dengan pencapaian sekolah yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Semerah buah delima yang sangat berguna dan sangat istimewa. Rangkap 3 Pokok jambu usah dipanjat, Ambillah galah jolokkan buah, Pokok jambu mempunyai pelbagai bentuk samada tinggi atau rendang. Pokok jambu juga terbahagi kepada pelbagai jenis seperti jambu air, jambu merah dan jambu batu. Menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh hidupan samada manusia atau haiwan. Buahnya juga boleh dijadikan sumber rezeki selain khasiat yang terdapat pada pokok tersebut. Untuk mengambil buah tersebut, individu boleh memanjatnya atau menggunakan galah. Penggunaan galah ini menunjukkan pokok tersebut terlalu tinggi untuk dipanjat atau kedudukan buahnya yang sukar dicapai. Penulis telah melarang

dari memanjat pokok jambu pada rangkap pertama pantun. Ini kerana, dengan keadaan pokok yang tinggi, ia mungkin membahayakan individu yang memanjat. Jika individu tersebut jatuh, akan mengakibatkan kecederaan dan mengalami masalah untuk melakukan aktiviti harian. Penggunaan galah lebih selamat selain tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak. Hargai ilmu tinggikan darjat, Hargailah sekolah jagalah maruah. Setinggi pokok jambu, setinggi itulah kita perlu menghargai ilmu yang dipelajari atau ingin dipelajari. Ilmu merupakan pengetahuan yang perlu ada dalam setiap diri individu. Kata ilmu dalam bahasa Arab "ilm" yang berarti memahami, mengerti, atau mengetahui. Ilmu merangkumi semua aspek kehidupan dan alam dimana ilmu ini sentiasa dipelajari dan tidak akan habis untuk dipelajari. Jika dilihat dalam kehidupan semasa, mereka atau individu yang mempunyai ketinggian ilmu pastinya disanjung dan dihormati. Ini disebabkan sumbangan atau jasa yang dicurahkan kepada masyarakat. Individu tersebut akan dihormati dan dihargai dengan cara tertentu. Ilmu mereka diiktiraf dan sumbangan mereka sangat diperlukan dalam arus dunia sekarang. Semua ini bermula di sekolah selain melalui ibu bapa dan pengalaman hidup. Ilmu yang diperoleh di sekolah perlu digunakan dengan sebaiknya untuk masa depan yang terjamin. Sikap menghargai sekolah seperti yang dinyatakan oleh penulis amat penting bagi mendapat keberkatan ilmu. Ilmu akan membentuk insan yang bermaruah dan menjaga nilai-nilai yang hadir dalam hidup. Maruah mencerminkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat. Kita pasti tidak mahu nama sekolah dijaja dengan cerita yang tidak baik dan dipandang serong. Ilmu dan nilai perlu digunakan sebaiknya bagi menunjukkan kecintaan terhadap sekolah.

Rangkap 4 Pokok kelapa di pinggir kota, Deretan ru menambah seri, Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak

cahaya matahari dan hujan yang tetap iaitu 75 hingg 100 sentimeter setahun. Pokok kelapa juga lebih banyak ditanam di kawasan kampung atau diusahakan secara komersial. Pokok kelapa di pinggir kota melambangkan tiadanya pokok kelapa di kawasan bandar atau kota. Kota merupakan kawasan yang telah dimajukan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur. Pastinya kawasan tersebut perlu diratakan bagi memberi laluan kepada pembinaan kemudahan kepada mayarakat. Oleh itu, pokok kelapa lebih sinonim dengan kawasan kampung atau pesisir pantai. Ru merupakan sejenis pokok atau tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan pantai. Menjadi satu daya penarik dan menghasilkan pemandangan yang indah. Pokok kelapa dan pokok ru sememangnya tumbuh di kawasan berpasir terutamanya kawasan pantai. Kehadiran pokok ini sebagai penambah seri disusuli dengan fungsinya untuk mengelakkan hakisan di kawasan pesisir pantai. Selain itu juga, ia menjadi pelindung semula jadi kepada angin kuat yang datang dari arah laut menghala ke kawasan daratan. Penulis menggunakan kedua-dua pokok ini untuk menunjukkan kepentingan masing-masing dalam kehidupan. Setiap makhluk yang hidup pasti ada kegunaannya dan saling bergantungan. Usah lupa pesan dan kata, Teguran guru jangan dinafi. Perkataan pesan melambangkan pemberitahuan, kata atau komunikasi secara lisan dan bertulis. Dalam pantun ini, pesan yang disampaikan mungkin berunsur nasihat berupa kata-kata. Pesan ini perlu diingat dan jangan dilupakan kerana ia menjadi peringatan kepada individu. Untuk pantun ini, ia lebih difokuskan kepada suasana di sekolah dimana guru bertindak sebagai pendidik yang memberi panduan dan teguran kepada murid. Setiap teguran pasti ada yang tersurat dan tersirat malah perlu diambil

kira. Guru bertanggungjawab mendidik dan membimbing individu menjadi insan yang baik. Penerapan nilai murni perlu diberikan selain ilmu pengetahuan. Sebagai murid, mereka perlu menerima setiap teguran oleh guru sebagai menghormati mentor mereka.

Rangkap 5 Pohon meranti pohon berangan, Amat subur memikat hati, Pohon meranti mempunyai kegunaan yang utama dalam pembuatan perabot dan hiasan rumah. Mempunyai nilai yang tinggi dan ketahanan yang kuat untuk jangka masa yang lama. Perabot yang diperbuat daripada kayu meranti ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi oleh golongan tertentu. Pastinya hasil yang terbentuk daripada kayu ini menjadi tarikan yang berbeza kepada peminatnya. Manakala pohon berangan menghasilkan buah berangan yang mempunyai khasiat tertentu terhadap tubuh badan. Buah ini banyak dijual dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Penulis menggunakan kedua-dua pohon ini untuk menunjukkan keiinginan atau minat seseorang terhadap sesuatu yang berguna atau menarik. Mohon teliti segala kandungan, Maklumat kabur menjadi pasti. Penelitian amat penting bagi memastikan sesuatu perkara itu telah disemak dan dipastikan tidak salah. Jika kita tidak tahu, kita boleh bertanya kepada mereka yang lebih arif. Dalam konteks pantun ini, murid boleh merujuk sesuatu kepada guru mereka sekiranya mereka tidak faham atau kabur tentang sesuatu perkara.

Tahun

Tajuk Pemikiran Kritis 6.1 Keobjektifan

Indikator Pemikiran Kreatif 7.1 Kelancaran Idea yang banyak

Tahun 6

Pantun Cintai 6.1.1 Kaedah dan prosedur 7.1.1 Sekolah

yang dipilih sesuai dengan berkaitan dengan tugasan tugasan. 6.1.2 Kemahiran yang mungkin benar atau berfikir tidak benar tetapi logik.

yang dipilih sesuai dengan 7.1.2 Idea yang berterusan. tugasan. 6.1.3 Hujah, alasan dan bukti berdasarkan data dan 7.2 Keluwesan maklumat 7.2.1 Idea boleh ditokok tambah 6.2 Kejituan 7.2.2 Idea boleh diubah suai 7.1.3 Idea bermakna

6.2.2 Kaedah dan prosedur 7.2.3 Pelbagai penerangan dijalankan dengan betul. rasional tentang idea Pelbagai contoh

6.2.3. Hujah dan alasan 7.2.4 berdasrakan data

dan berkaitan tugasan.

maklumat yang disokong 7.2.5 Pelbagai kategori atau dengan fakta yang tepat. aspek.

6.3 Kegigihan 6.3.3

7.3 Kejelasan Idea dihuraikan atau

Mengemukakan 7.3.1

banyak bukti yang boleh kepada diterima.

butiran

bahagian yang lebih kecil

6.3.4 Mempunyai alasan dan halus. terperinci. 7.3.2 Idea tersusun dan

mudah difahami.

7.4 Keaslian

7.4.1

Idea

tidak

sama

seperti orang lain. 7.4.2 biasa. Idea tidak seperti

Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam Pantun Cintai Sekolah Berdasarkan pantun dan indikator yang dihasilkan, dapat dikenalpasti bahawa pantun ini lebih menfokuskan kepada pemikiran kreatif. Ini kerana pantun ini dibina dengan menggunakan pembayang yang pelbagai. Pada bahagian maksudnya pula lebih ditekankan kepada sikap cintakan sekolah dari pandangan seorang murid, guru dan masyarakat. Penggunaan kata atau pembayang yang dinyatakan mempunyai satu skop pandangan yang sangat luas. Melalui satu perkataan, banyak idea yang boleh diberikan atau dianalisis dan pastinya mempunyai fakta atau rasionalnya. Ini kerana, setiap individu pastinya mempunyai luahan idea yang berbeza. Penulis mengaitkan pembayang dan maksud melalui idea yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik. Setiap idea atau isi yang diberikan mempunyai makna tertentu. Walaubagaimanapun, masih wujud rasional dan contoh yang sesuai sekiranya penulisan tersebut diperhatikan dengan teliti. Idea yang diberikan oleh penulis juga bersifat meluas serta meliputi pelbagai aspek untuk dianalisis. Apa yang dinyatakan oleh penulis dalam pantunya mempunyai kaitan dengan suasana di sekolah, komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Dalam dunia semasa, aspek pendidikan dan cintakan sekolah amat diberi perhatian untuk menghasilakan individu yang berjaya. Pemikiran kritis yang wujud dalam pantun ini dilihat lebih kepada bentuk pantun itu sendiri yang bersesuaian dengan format pembinaan pantun. Penulis juga

menggunakan perkataan yang teoat dan bermakna dalam memberi idea pemikiran kepada pembaca.

Seloka Budaya Kita Rangkap 1. Lenggang lenggok tarian asli, Rancak iramanya tarian India, Meliuk liuk tarian cina, Berpusing pusing tarian ngajat. Seloka ini dimulakan dengan memperkenalkan beberapa tarian yang dilakukan oleh beberapa kaum di negara kita Malaysia ini. Berdasarkan rangkap tersebut kita mendapati bahawa Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai identiti budaya bagi setiap kaum dan ia mempertengahkan dari sudut tarian. Sebagai contoh, pada baris yang pertama seloka itu ada menerangkan seni pergerakan bagi tarian asli yang ditarikan oleh masyarakat melayu yang terkenal dengan lagu lagu asli istana, lagu keramaian masyarakat melayu asli dan macam macam lagi. Tarian ini

digunakan pada zaman masyarakat melayu dahulu sebagai media hiburan termasuklah tarian yang dilakukan oleh para dayang dayang di istana untuk menghiburkan raja, sultan dan golongan bangsawan. Pada baris yang kedua di dalam seloka ini pula menerangkan tentang irama tarian india yang mengasyikkan. Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu

tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India. Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Seperti yang kita ketahui mengenai tarian india akan diiringi dengan irama yang rancak di mana penari penari tersebut melakukan tarian tersebut dengan lincah dan lenggok yang cantik. Terdapat juga tarian india yang diiringi dengan muzik yang mengasyikkan dan syahdu apabila mendengarnya. Tarian india ini dikomersial kan sehingga ke zaman melalui dunia perfileman masyarakat india sendiri. Bagi baris yang ketiga pula menerangkan tentang seni pergerakan tarian cina. Pada baris ketiga seloka ini menerangkan tentang tarian yang dijalankan oleh

masyarakat cina pada zaman dahulu. Tarian cina ini dipengaruhi oleh pergerakan alam sekitar ini. Mereka seolah olah meniru pergerakan yang ada pada alam ini dan seni tariannya sangat cantik dan halus. Sebagai contoh seperti tarian singa yang sering disembahkan oleh masyarakat cina sejak zaman dahulu lagi. Sejarah masyarakat cina menganggap bahawa singa sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China. Tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Baris terakhir bagi rangkap pertama ini pula menerangkan tentang perlakuan berpusing pusing yang dilakukan oleh masyarakat iban dalam tarian mereka iaitu tarian ngajat. Dalam tarian ini mereka mengenakan pakai tradisional pahlawan iban sambil melakukan pergerakan dalam tarian ngajat ini. Tarian ngajat adalah merupakan indentiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari sukusuku kaum pribumi lain di Sarawak. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun dalam masyarakat iban. Kesimpulan bagi rangkap pertama di dalam seloka ini menerangkan tentang wujudnya pelbagai kaum di negara kita Malaysia ini. Setiap kaum mempunyai keunikan yang tersendiri dengan menjalankan segala adat dan kebudayaan masyarakat masing masing. Setiap kaum mempunyai seni tari yang tersendiri dengan pergerakan yang berbeza beza dan cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ia menunjukkan bahawa sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengetahui tentang adat yang dipegang oleh setiap kaum di negara ini.

Rangkap 2

Gung gung gung bunyinya gong, Pang pang pang bunyinya kompang, Buk buk buk bunyinya tabla, Ceng ceng ceng bunyinya simbal.

Pada rangkap kedua dalam Seloka Budaya Kita ini dimulakan dengan bunyi bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tradisional masyarakat melayu kuno pada zaman dahulu iaitu gong. Apabila gong diketuk atau di palu ia akan menghasilkan bunyi seperti gung yang terdapat pada baris pertama rangkap kedua ini. Pada zaman dahulu gong merupakan alatan penting yang berperanan bunyi tulang belakang bagi sesuatu muzik itu. Gong terdiri daripada pelbagai saiz dan setiap saiz itu memberi bunyi bunyian yang berbeza dan setiap satunya dimainkan bersama mengikut rentak lagu atau muzik itu. Gong diperbuat dari perak dan cara penghasilannya baik dan ia merupakan salah satu alat muzik diraja yang popular pada zaman dahulu. Baris kedua bagi seloka tersebut pula dimulakan dengan bunyi pang yang dihasilkan oleh alat muzik tradisional melayu iaitu kompang. Kompang merupakan

sejenis alatan muzik yang terkenal dikalangan masyarakat melayu pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam jenis alatan muzik gendang. Kulit kompang kebiasaannya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pang' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Melalui seloka, ia menunjukkan seni tepukan kompang untuk menghasilkan beberapa bunyi yang sedap dan sesuai dengan iringan muzik. Setiap alatan muzik itu mempunyai cara yang tersendiri untuk dimainkan.

Pada baris ketiga bagi rangkap kedua ini pula memperkenalkan bunyi yang dihasilkan oleh alatan muzik kaum india iaitu tabla. Tabla adalah gendang satu muka. Badannya dibuat dari kayu. Dimukanya ditampal dengan tampalan untuk menguasai perubahan bunyi. Sangat popular dikalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mridanga. Dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan agar bunyinya sesuai untuk mengiringi muzik yang dimainkan. Kaum india sangat terkenal dengan alunan muzik yang sangat merdu dan mengasyikkan. Tabla merupakan salah satu alatan muzik yang digunakan dalam penghasilan muzik tradisional kaum india. Pada baris terakhir rangkap kedua di dalam seloka ini pula memperkenalkan tentang bunyi ceng yang dihasilkan oleh alat muzik tradisional cina iaitu sambal. Sambal merupakan alat muzik yang terkenal bagi masyarakat cina. Ia sering digunakan untuk mengiringi muzik yang dimainkan untuk tarian singa. Sehingga kini penggunaan sambal sangat meluas. Ia digunakan pada drum-drum yang ada pada masa kini dan dimainkan dalam beberapa upaca yang penting. Sambal selalunya dimainkan dengan rancak ketika tarian singa dijalankan kerana pergerakan yang pantas dan laju seperti seekor singa yang tangkas. Alatan muzik sambal ini menghasilkan bunyi yang nayaring tetapi apabila dimainkan dengan iringan muzik akan sedap di dengari dan membuatkan ia menjadi unik dan sedap. Cara memainkan alatan muzik ini memerlukan seni yang halus dan sesuai dipelajari oleh masyarakat zaman kini.

Kesimpulan bagi rangkap kedua dalam seloka budaya kita ini mengaitkan tentang kepelbagaian alatan muzik tradisional beberapa kaum di Malaysia ini. Seperti yang kita ketahui bahawa alatan muzik seperti gong, kompang, sambal dan tabla ini mempunyai keunikan dari segi bunyi yang dihasilkan dan ia dicipta oleh masyarakat atau kaum pada zaman dahulu. Rangkap kedua ini mempunyai kaitan dengan rangkap yang pertama yang memperkenalkan tarian bagi beberapa kaum di Malaysia ini kerana setiap tarian yang dilakukan perlu diringi dengan alunan muzik dan muzik yang dihasilkan itu menggunakan beberapa alatan tradisional yang telah diterangkan pada rangkap kedua ini. Sebagai contoh ialah seperti tarian singa yang menggunakan

sambal untuk menghasilkan bunyi yang rancak dan sesuai dengan pergerakan tarian tersebut. Seloka ini juga bertujuan untuk memperkenalkan alatan tradisional bagi setiap kaum di negara ini kepada generasi yang baru.

Rangkap 3

Berlok lok bentuknya keris,

Melengkung pendek itulah kerambit,

Tajam di hujung namanya tombak,

Peluru terbang itulah sumpit.

Baris yang pertama bagi rangkap ketiga ini ialah berkaitan tentang alat mempertahankan diri bagi masyarakat melayu iaitu keris. Baris pertama ini menerangkan tentang cara pembuatan keris yang berlok lok di mana ia merupakan selah satu ciptaan masyarakat melayu dahulu yang kreatif. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Baris ini menunjukkan bahawa alat mempertahankan diri itu sangat penting pada zaman dahulu untuk digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu

mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Dari situ kita dapat melihat

bahawa alat mempertahankan diri ini merupakan simbol kekuasaan bagi sesuatu individu pada zaman dahulu.

Pada baris kedua bagi rangkap ketiga pula ialah kerambit. Bari itu ada menerangkan tentang ciptaan kerambit yang melengkung pendek agar mudah dibawa dan dipegang. Saiznya yang kecil mudah untuk disorok daripada musuh untuk

memudahkan serangan. Melalui seni cipta senjata ini dapatlah kita ketahui bahawa masyarakat zaman dahulu mempunyai satu pemikiran yang tinggi untuk menghasilkan senjata. Penghasilan senjata yang dicipta oleh masyarakat zaman dahulu sangat kreatif dan halus. Selain itu ia juga dapat memainkan fungsi yang sangat baik terutama sekali untuk mempertahankan diri daripada musuh dan juga untuk mencari hasil makanan dalam kehidupan seharian mereka.

Pada baris ketiga rangkap yang ketiga ini pula menerangkan tentang alatan mempertahankan diri masyarakat cina iaitu tombak. Menurut kajian, tombak merupakan alat mempertahankan diri yang bersifat universal iaitu penggunaan yang meluas bagi setiap kaum yang terdapat di negara ini. Sebagai contoh, penggunaan tombak sangat meluas dikalangan masyarakat tradisional cina dalam mempertahankan diri.

Masyarakat melayu juga mempunyai tombak yang seni ciptaannya sama seperti itu. Tombak dibuat menggunakan kayu yang panjang dan dihujungnya akan diletakkan sesuatu yang tajam dan keras seperti pisau dan digunakan untuk menyerang. Kayu yang panjang pula dugunakan untuk memegang dan membolehkan pengguna alatan itu menyerang musuh dalam jarak yang jauh. Seni ciptaan tombak ini banyak digunakan oleh pengawal istana pada zaman masyarakat melayu tradisional pada zaman dahulu.

Pada baris keempat bagi rangkap yang ketiga ini pula menunjukkan alatan mempertahankan diri bagi kaum dayak di Sarawak. Senjata ini sangat popular dikalangan masyarakat dayak dan juga masyarakat peribumi di Malaysia ini. Senjata

sumpit ini dapat melumpuhkan musuh dan haiwan-haiwan buruan yang berada di atas pohon, seperti burung-burung, mahupun haiwan-haiwan buas yang hidup di darat dan ia dapat mnyerang dari jarak yang jauh. Senjata yang dihasilakan oleh masyarakat dayak ini boleh dianggap sebagai senjata yang canggih kerana ia dapat melindungi diri dari jarak yang jauh dan konsep ini ditiru untuk menghasilkan senjata yang canggih pada masa kini seperti pistol dan juga busur. Sumpit digunakan dengan cara meletakkan benda yang tajam dan ringan sebagai peluru dihadapan senjata itu dan pengguna akan meniup dari pangkal senjata itu agar peluru itu dapat pergi dengan jauh dan mengenai benda yang dituju. Terdapat konsep tekanan udara dalam mencipta sesuatu sumpit yang baik di mana cara tekanan udara yang dikeluarkan oleh pengguna sumpit tersebut agar peluru dapat pergi dengan lebih jauh dan laju. Jadi alatan senjata ini sangat baik dan kita perlu mengetahui bahawa senjata ini dicipta oleh masyarakat dayak pada zaman dahulu untuk memburu dan mempertahankan diri. digunakan oleh kaum dayak untuk berperang pada zaman dahulu. Sumpit juga

Kesimpulan pada rangkap ketiga ini ialah senjata merupakan alatan yang penting bagi masyarakat zaman dahulu kerana ia merupakan alat untuk mereka mempertahankan diri dari anasir jahat dan juga alat untuk mereka memungut hasil hutan dan buruan. Jadi kewujudan alatan seni mempertahankan diri tradisional setiap kaum itu sangat penting untuk digunakan. Ia merupakan alatan yang penting untuk digunakan. Di dalam seloka ini banyak memperkenalkan alatan senjata sesuatu kaum yang unik dan berbeza dari segi penggunaannya. Cara penghasilannya juga sangat baik, cantik, halus, dan dari situ kita dapat melihat kekreatifan masyarakat pada zaman dahulu dalam menghasilkan sesuatu senjata. Sehingga kini konsep mencipta senjata yang canggih menggunakan konsep ciptaan alatan mempertahankan diri tradisional masyarakat zaman dahulu.

Rangkap 4 Alangkah untung negara kita, Dari desa hingga ke kota, Pelbagai bangsa pelbagai budaya, Tapi kita tak peduli saja.

Rangkap keempat di dalam seloka ini telah member maksud yang sinis terhadap masyarakat di negara kita ini iaitu Malaysia. Pada baris pertama dan kedua pada

rangkap empat ini menuju kepada setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang membawa identiti bangsa yang sangat bernilai harganya. Rakyat di negara ini memegang sesuatu warisan yang diamalkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Warisan dan amalan kebudayaan yang dimaksudkan telah diterangkan pada rangkap sebelum ini di mana setiap kaum di negara ini mempunyai adat dan budaya seperti tarian tradisional setiap kaum, alatan muzik tradisional dan juga alatan mempertahankan diri yang canggih dan kesemua itu dicipta oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Apabila zaman ditelan masa, pembaharuan datang dan membawa perubahan kepada kita, segala warisan dan budaya yang kita warisi ini dilupakan. Hal ini telah diterangkan pada baris ketiga dan keempat dimana seloka ini telah memberitahu kepada kita semua bahawa Malaysia sangat kaya dengan warisan budaya dan adat kerana berdirinya rakyat negara ini daripada bangsa dan suku kaum yang berbeza. Setiap kaum memegang warisan budaya masing-masing contohnya seperti bangsa melayu mempunya seni tarian lagu asli dan alatan tradisional yang dicipta sendiri oleh kaum melayu itu. Kaum cina pula mempunyai seni tarian singa yang dicipta oleh nenek moyang mereka pada zaman dahulu. Kaum india mempunyai seni tarian yang cantik dengan lengguk badan yang menarik serta iringan alatan alat muzik yang dicipta oleh kaum india itu sendiri. Kaum dayak Serawak mempunyai alat senjata yang canggih sejak zaman dahulu dan ia menjadi alatan yang penting bagi setiap orang dayak. Akan

tetapi kesemua itu telah dilupakan apabila zaman berganti zaman. Masa berjalan dengan membawa perubahan dan kemajuan di dalam kehidupan setiap masyarakat di negara ini. Segala adat budaya yang diwariskan oleh nenek moyang kita dahulu tidak dikenali oleh generasi yang muda. Terdapat juga beberapa aspek budaya yang tidak dikenali secara mendalam oleh generasi muda zaman kini. Kesimpulan rangkap keempat seloka ini membawa pengertian yang sinis

kepada segelintir masyarakat di Malaysia ini yang mengendahkan warisan kebudayaan yang merupakan identiti kaum atau bangsa mereka sendiri. Kita perlulah berbangga dengan khazanah yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita kerana mereka merupakan agen yang member perubahan bagi kemajuan pada zaman ini.

Rangkap Kelima

Aduhai kawan janganlah marah, Seloka ini gurauan sahaja, Untuk menghibur hati yang duka, Untuk mengingat pada yang lupa.

Rangkap terakhir bagi seloka ini ialah bertujuan untuk mengambil hati para pembaca agar terhibur dengan seloka ini. Seperti yang kita tahu fungsi sesebuah seloka adalah untuk menyampaikan beberapa maklumat yang penting terhadap masyarakat di dalam bentuk hiburan tetapi ada ketika di sampaikan secara sinis dan halus. Ia sangat sesuai untuk dikaitkan dengan sifat melayu yang lembut dan bersopan santun. Teguran yang diberikan pada rangkap keempat kepada generasi yang

melupakan adat dan warisan melayu ini adalah untuk memberi pengajaran agar mereka tidak melupakan asal usul mereka malahan berbangga dengan warisan yang

ditinggalkan oleh nenek moyang mereka tersebut. Pada baris pertama dan kedua, seloka ini mengambil hati para pembaca atau pendengar agar tidak cepat marah kerana teguran yang diberikan pada rangkap yang keempat sebelum ini. Cara yang ditonjolkan di dalam seloka ini sangatlah halus dan cantik untuk member peringatan atau teguran kepada orang ramai. Ia menunjukkan ketinggian budi apabila masej yang ingin disampaikan dibawa di dalam bentuk seloka. Pada baris yang ketiga dan keempat pula mensasarkan kepada pembaca agar tidak terasa dengan peringatan atau teguran yang disampaikan di dalam seloka ini kerana ia bertujuan untuk menghiburkan hati. Seperti yang kita ketahui seloka merupakan salah satu cara untuk masyarakat melayu pada zaman dahulu berhibur pada malam hari selepas penat bekerja disiang hari. Di dalam sesebuah seloka itu terdapat pengajaran yang disampaikan kepada para pendengar. Pada baris yang terakhir pula, seloka ini menegaskan bahawa tujuan seloka ini adalah untuk member peringatan kepada pendengar atas maklumat yang telah disampaikan seperti rangkap pertama, kedua dan ketiga yang telah menerangkan tentang kebudayaan pelbagai kaum dari aspek tarian, alatan muzik dan juga alat pertahankan diri. Jadi segala maklumat yang telah diberikan itu merupakan satu yang perlu dihargai dan dipelihara oleh setiap kaum itu.

Indikator Tahun Tajuk Pemikiran kritis Pemikiran kreatif

6.1.1 prosedur

Kaedah yang

dan 7.1.1 Idea yang banyak dipilih berkaitan dengan

sesuai dengan tugasan

tugasan yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik.

6.1.2 Tahun 6 Seloka Kita Budaya berfikir

kemahiran yang dipilih 7.1.3 bermakna idea yang

sesuai dengan tugasan

6.1.5

Radas, bahan, Pelbagai rasional

instrumen dan specimen 7.2.3 yang dipilih betul dan penerangan sesuai. tentang idea.

6.2.1

Langkah 7.2.4

Pelbagai contoh

kemahiran berfikir diikuti berkaitan tugasan. dengan betul 7.2.5 Pelbagai ketagori

6.2.3 Hujah dan alasan atau aspek. berdasarkan data dan maklumat yang mudah difahami. disokong dengan fakta 7.3.2 Idea tersusun dan tepat.

6.3.3 bukti

mengemukakan 7.4.2 yang

Idea tidak seperti

boleh yang biasa.

diterima.

Indikator Pemikiran Kritis dan Kreatif Dalam Seloka Budaya Kita. Setelah mengkaji setiap sudut di dalam seloka budaya kita bagi pembelajaran tahun 6, saya mendapati pelbagai pemikiran yang kritis terkandung di dalam seloka tersebut. Satu pemikiran yang paling cantik di dalam seloka ini adalah cara penyusunan idea dan pemikiran di dalam sangat cantik dan baik. Pada rangkap yang pertama dalam seloka ini ada menerangkan tentang seni tari setiap kaum yang ada di Malaysia dan seterusnya pada rangkap kedua pula menerangkan tentang alat muzik tradisional beberapa kaum di Malaysia ini dan seterusnya mengenai alat mempertahankan diri atau senjata yang unik bagi setiap kaum. Jika kita teliti dengan baik, seloka ini disusun sedemikian dalah kerana untuk memperkenalkan pembaca mengenai kekayaan budaya yang terdapat di negara kita ini. Pemikiran kritis yang terdapat di dalam seloka itu dapat kita kenal pasti apabila ia menerangkan tentang cara dan seni untuk membuat tarian sesuatu kau itu contohnya seperti meliuk liuk jari jemari dan badan untuk melakukan tarian cina, pusingan badan dalam tarian ngajat dan macam macam lagi. Selain itu terdapat juga instrument yang berbentuk item seperti alat muzik tradisional beberapa kaum. Instrumen yang dipilih ini sangat sesuai untuk kita kenali sebagai alat tradisional yang mewakili setiap kaum di Malaysia ini. Sebagai contoh kompang sudah sinonim dengan masyarakat melayu begitu juga dengan tabla bagi masyarakat india. Bunyi bunyian alatan tersebut juga ada dinyatakan di dalam seloka tersebut yang menunjukkan pemikiran kritis dalam penulisan seloka tersebut. Terdapat juga pemikiran kreatif yang terkandung di dalam seloka budaya kita. Antaranya ialah seperti cara untuk mencipta sesuatu senjata bagaimana sesuatu

struktur senjata itu dicipta dan kesemua itu menunjukkan daya imaginasi masyarakat pada zaman dahulu untuk mencipta senjata sebagai kegunaannya untuk

mempertahankan diri. Sebagai contoh masyarakat dayak berjaya mencipta senjata sumpit untuk memburu binatang yang berada di jarak yang jauh. Begitu juga dengan cara ciptaan kerambit yang kecil tetapi berbahaya. Itu semua merupakan pemikiran kreatif masyarakat zaman dahulu yang perlu dibanggakan oleh kita semua. Pembinaan seloka ini juga disusun dengan sangat rapid an segala idea yang diperkenalkan di dalam seloka ini mudah difahami dan diikuti. Ia member pelbagai maklumat mengenai alatan tradisional kitan pada awalan seloka ini akan tetapi membawa maksud yang sinis di akhir seloka ini agar kita tidak lupa akan asal usul kita. Cara penyusunan ini sangat baik untuk dipelajari oleh setiap generasi muda zaman sekarang. Seloka ini sangat baik dari segi penyusunan dan contoh contoh yang telah dipertengahkan. Ia sangat mudah difahami dan sesuai untuk dijadikan tatapan generasi muda zaman kini. Segala idea dan maklumat yang terdapat di dalam seloka member manfaat yang baik kepada pembaca dan juga peringatan buat pembaca dan pendengar dengan peringatan yang sinis di akhir seloka ini.

Pantun Budi Rangkap 1 Pemuda gagah menumbuk padi, Padi berasal dari seberang, Kalau hidup tidak berbudi, Tentu hina dipandang orang.

Pada permulaan pantun ini, baris yang pertama menerangkan tentang seorang pemuda gagah sedang menumbuk padi. Baris ini menggunakan pemuda yang gagah adalah kerana tugas untuk menumbuk padi merupakan satu pekerjaan yang berat dan memerlukan tenaga yang kuat untuk melakukannya. Seorang pemuda yang gagah sangat sesuai untuk melaksanakan tugas itu kerana tenaga seorang pemuda sangat baik jika digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan member manfaat. Gagah merujuk kepada tenaga bagi seseorang pemuda itu. Kekuatan orang muda sangat berguna jika digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Padi yang dimaksudkan memberikan maksud perkara yang membuahkan hasil untuk kegunaan ramai. Beras yang terhasil akan dijadikan makanan kepada orang lain dan jika diteliti mengenai maksud penumbuk padi yang ada pada pantun itu adalah berkaitan dengan manfaat dan hasil yang member kebaikan kepada orang lain. Pada baris yang kedua pula menyatakan bahawa padi yang digunakan berasal dari tempat yang lain. Berdasarkan penyataan tersebut, padi yang ditanam tersebut bukanlah padi yang biasa ditanam dan ia tidak sesuai untuk ditanam ditanah kita ini. Maka padi itu tidak akan menjadi dan tidak akan memberikan hasil kepada kita. Hal ini kerana padi itu berbeza dan tidak sesuai ditanam ditanah kita ini. Maka ia merupakan sesuatu perkara yang sia sia dan tidak memberikan faedah kepada kita. Jika dikaitkan dengan rangkap pertama diatas membawa maksud bahawa pemuda tersebut hanya

melakukan perkara yang sia sia kerana padi yang di tumbuk itu merupakan padi yang tidak menjadi dan tidak sesuai dimakan oleh masyarakat di situ. Pada baris yang ketiga pula menekankan bahawa jika kita agar membuat bakti dan kebaikan kepada orang lain atau masyarakat. Baris yang ketiga ini memberi kaitan yang rapat dengan baris yang pertama sebentar tadi dimana ia menerangkan tentang seorang pemuda yang gagah sedang menumbuk padi. Jika kita lihat simbolik pemuda gagah yang digunakan pada baris satu dan perkaitannya dengan baris ketiga rangkap satu ini, kita mendapati bahawa kegagahan tubuh badan tidaklah penting dalam berbakti kepada orang lain tetapi ketinggian akal fikiran itu memadai dengan tenaga yang biasa. Hal ini bermaksud bahawa kita tenaga yang kuat jika tidak seiring dengan akal fikiran yang baik adalah tidak berguna. Maka pemuda yang gagah itu hanya mensia siakan tenaganya sahaja. Selain itu baris ini juga menekankan supaya kita menabur bakti kepada orang yang memerlukan. Baris keempat pula member pengajaran kepada kita supaya menggunakan akal fikiran dengan baik dan betul. Ia menunjukkan bahawa perkara sia sia yang dilakukan akan dipandang hina oleh masyarakat. Ia berkait rapat dengan baris baris sebelum ini pada rangkap pertama ini. Jika dikaitkan dengan baris yang kedua, padi yang berasal dari seberang tidak memberikan hasil kepada kita dan benda yang rosak atau sia sia ini akan dipandang hina oleh orang lain. Jika dikaitkan dengan rangkap yang pertama pula ialah berkaitan dengan pemuda yang gagah dan mempunyai tenaga yang banyak jika tidak menggunakan akal fikiran dengan baik dalam melaksanakan sesuatu perkara itu juga kan dipandang hina oleh orang lain. Jadi kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan berfikir dahulu tentang hasil atas tindakan tersebut sama ada member kebaikan atau pun sesuatu yang sia sia.

Rangkap 2 Waktu pagi menuai padi, Duduk berehat menghilang penat, Hidup biar menabur budi, Pasti diingat sepanjang hayat.

Pada baris yang pertama di dalam rangkap kedua ini ialah tentang pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat yang hidup di bendang atau pun di sawah. Mereka menjalankan tugas menuai pada pagi hari menunjukkan bahawa waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menuai kerana cuaca di pagi hari sangat sesuai untuk menuai. Menuai padi memerlukan tenaga yang banyak dan memenatkan. Maka pada waktu pagi apabila matahari terik masih belum menegak di atas kepala sangat sesuai untuk menuai. Jika kita bandingkan dengan waktu petang dan tengah hari, waktu tersebut tidak beberapa sesuai kerana pada waktu tengah hari matahari terlalu terik dan sangat penat untuk melakukan pekerjaan berat ketika itu manakala di waktu petang pula cuacanya tidak menentu kerana kemungkinan akan turunnya hujan ataupun masih panas di waktu petang. Selain itu menurut islam pula rezeki sangat murah jika kita pergi mencari rezeki di pagi hari. Hal ini menunjukkan bahawa waktu pagi sangat sesuai untuk kita membanting tulang mencari rezeki yang halal. Pada baris yang kedua pula menerangkan aktiviti berehat para pesawah selepas penat membanting tulang menuai padi di pagi hari. Setelah menyelesaikan sesuatu pekerjaan itu, mereka akan berehat di bawah pondok untuk merehatkan diri kerana sudah penat dan kebarangkaliannya mereka berehat kerana matahari sudah tegak di atas kepala menunjukkan sudah tengah hari dan tidak sesuai untuk bekerja. Mereka akan berehat dan pulang kerumah untuk makan selepas penat menghabiskan tenaga di pagi hari. Baris ini menunjukkan kegigihan para pesawah untuk mencari rezeki yang halal bermandikan peluh untuk mendapatkan hasil tanaman mereka. Kegigihan mereka ini akan dibayar degan hasil tanaman yang baik dan boleh digunakan oleh orang lain.

Pada baris ketiga rangkap kedua pantun ini menyarankan agar kita membuat bakti kepada orang lain sepanjang kehidupan kita. Ia boleh dikaitkan dengan kegigihan para pesawah pada rangkap pertama dan kedua yang tidak mengal erti penat untuk mencari rezeki dan hasil itu dapat dirasai oleh sekalian masyarakat setempat. Begitu juga dengan menabur budi kepada orang lain. Kita dinasihatkan agar sentiasa membuat kebaikan dan berbudi kepada orang lain supaya kehadiran kita mendapat manfaat kepada masyarakat dan sekeliling kita ini. Baris yang terakhir rangkap kedua ini pula menyatakan bahawa budi yang baik tidak akan lekang dari ingatan masyarakat atau orang lain. Jika dikaitkan dengan rangkap ketiga, kita disarankan agar berbakti kepada masyarakat atau orang lain dan pada baris keempat merupakan balasan atas perbuatan itu di mana setiap budi atau bakti yang kita taburkan itu tidak akan dilupai oleh masyarakat dan jika pada satu masa kita memerlukan bantuan, mereka akan hadir menghulurkan bantuan kepada kita. Mengikut hukum alam iaitu budi yang baik akan di balas dengan kebaikan juga.

Rangkap 3 Pergi ke Daik waktu pagi, Hendak membeli ubi sengkuang, Baik baik menabur budi, Agar budi tidak terbuang.

Pada baris pertama bagi rangkap ketiga ini menunjukkan sebuah tempat yang diberi nama Daik. Daik itu bermaksud sesuatu tempat di mana jual beli dijalankan. Pada masa kini ia boleh disamakan seperti sebuah pasar untuk membeli barang keperluan harian seperti makanan dam macam macam lagi. Daik merupakan sebuah tempat

yang terletak berhampiran dengan Riau dan ia terletak disebuah pulau yang dinamakan Lingga. Menurut sejarah, Hang Tuah lima bersaudara berasal dari Gunung Daik ini dan Sultan Mahmud merupakan Sultan yang pernah memerintah di Lingga. Jadi simbolik bagi daik di dalam pantun ini adalah untuk menunjukkan sesuatu yang maju di mana Daik digunakan sebagai nama bagi sebuah tempat yang maju dengan perdagangan dan terdapat jual beli di kawasan itu. Selain itu dalam baris ini ada menekankan pada waktu pagi dimana wakt yang sesuai untuk berjual beli dan bekerja seperti yang diterangkan pada rangkap pertama baris yang pertama. Pada baris kedua rangkap ketiga ini pula ada menerangkan tentang ubi dan sengkuang dalam masyarakat melayu ini. Ubi dan sengkuang merupakan satu tanaman yang sudah sinonim dengan masyarakat melayu kerana tanaman ubi dan sengkuang ini banyak digunakan di dalam masakan masyarakat melayu contohnya seperti bubur ubi, kuih muih, di jadikan ulam dan macam-macam lagi. Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada waktu dahulu juga ada menerangkan tentang kekejaman jepun di mana orang melayu bercucuk tanam ubi kayu untuk dijadikan makanan mereka. Pada baris ketiga dalam pantun ini memberikan maksud kepada kita supaya berhati hati untuk menaburkan budi supaya sesuatu perkara itu tidak akan dilakukan dengan sia sia. Hal ini berkait rapat dengan pepatah melayu yang ada menyatakan buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Buat baik berpada pada bermaksud nasihat kepada kita agar berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara untuk orang lain. Jadi ia merupakan satu baris pantun yang kritis di mana masyarakat pada zaman dahulu sudah mengkaji kemungkinan dan situasi yang bakal berlaku. Pada baris terakhir rangkap keempat ini pula memberitahu kita supaya tidak melakukan perkara yang sia sia dan tidak dihargai oleh orang lain. Budi yang terbuang bermaksud budi yang kita taburkan itu tidak dihargai oleh orang lain kerana kita melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Seprti pada baris yang ketiga ada menrangkan supaya kita berhati hati untuk menabur sesuatu bakti kepada seseorang.

Rangkap 4

Tinggi bukit gilang gemilang, Nampak dari Tanjung Jati , Budi yang sedikit masakan hilang, Tetap di kenang sampai ke mati.

Rangkap keempat baris yang pertama ini menunjukkan satu jarak ketinggian sebuat bukit yang gilang gemilang. Bukit pada zaman masyarakat melayu dahulu menunjukkan satu tempat yang sukar untuk pergi ke puncaknya. Hal ini kerana perjalanan yang sukar akan dihadapi jika kita ingin meneruskan perjalanan ke puncak bukit dan pada zaman dahulu terdapat banyak kepercayaan mistik orang melayu yang berpendapat bahawa di puncak bukit terdapat kuasa kuasa yang sakti dan ada lagenda yang tersendiri. Sebagai contoh Hang Tuan dan lima bersaudaranya pergi menuntut ilmu persilatan dan kebatinan di puncak Gunung Ledang. Menunjukkan di sini hanya mereka yang hebat sahaja dapat membawa diri ke puncak sesuatu tempat yang tinggi iaitu bukit. Bagi baris yang kedua pula di dalam rangkap keempat ini pula menunjukkan bahawa sesuatu bukit itu dapat di lihat dari satu tempat yang rendah seperti di tanjung yang sudah berhampiran dengan kuala sungai. Tanjung merupakan sebuah tanah yang kecil yang di pisahkan oleh air sungai atas proses geografi alam. Jadi boleh dikatakan tanjung merupakan sebuah tanah yang rendah dan ia berbeza dengan bukit yang gilang gemilang. Bukit yang tinggi dapat di lihat dari tanah yang rendah juga

menunjukkan darjat seseorang. Orang mempunyai darjat yang tinggi boleh di anggap sebagai bukit kerana ia dipandang tinggi oleh orang lain. Pada baris ketiga rangkap keempat ini pula menunjukkan kita bahawa sedikit budi yang kita taburkan kepada orang lain tidak akan dilupakan sama sekali. Baris itu

memberitahu kita supaya memperbanyakkan menolong orang lain dan member bakti kepada orang lain kerana ia merupakan perbuatan yang terpuji dan tidak akan mudah dilupakan oleh orang lain akan kebaikan yang kita lakukan. Orang yang suka berbakti dan berbudi ini boleh di simbolikkan seperti sebuah bukit yang tinggi yang bermakna seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sering dipandang tinggi oleh orang lain. Orang lain itu merujuk kepada masyarakat kita baik dari golongan yang tua atau pun muda. Jadi pantun ini menyarankan kita agar sentiasa memberikan bakti kita kepada orang lain dan sentiasa memberikan bantuan kepada orang lain kerana perbuatan yang kita lakukan itu akan dikenang dan mungkin akan dibalas dengan kebaikan juga. Baris yang keempat pada rankap keempat ini pula menunjukkan kepada kita bahawa jika kita berbuat baik kepada orang lain, perbuatan kita itu akan dikenang oleh orang lain sampai bila bila biarpun sehingga mati. Ini menunjukkan kepada kita yang perkara yang baik akan kita ambil dijadikan sebagai sebuah kenangan dan ingatan itu tidak akan mudah untuk kita luputkan dar akal fikiran kita. Rangkap keempat ini menunjukkan ketinggian budi sesorang itu akan membuatkan seseorang itu dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Jadi perlulah kita ketahui bahawa berbudi kepada orang lain akan disukai oleh masyarakat dan orang akan memandang kita sebagai seorang yang baik dan mulia dan kita akan di kenang sampai bila-bila.

Rangkap 5 Jual kain berkodi kodi, Dijual oleh pemuda tampan, Tersingkap di sini kisah budi, Marilah kaji unit lapan.

Pada baris yang pertama rangkap kelima pantun budi ini menerangkan tentang jual beli kain yang banyak. Kodi di dalam pantun itu bermaksud berpuluhan helai kain yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat melayu dahulu sudah menjalankan aktiviti menjual beli. Ini menunjukkan bahawa aktiviti perdagangan sudah dijalankan sejak dari dahulu lagi. Kain merupakan satu bahan import dan eksport pada zaman dahulu. Ini menunjukkan sejak zaman dahulu sudah ada aktiviti jual beli di antara rantau nusantara ini. Ini menunjukkan satu kemajuan dalam masyrakat tanah melayu pada zaman dahulu. Baris kedua pada rangkap kelima ini pula ialah menunjukkan apabila seorang pemuda yang tampan menjual kain yang berkodi kodi itu. Pemuda tamapan itu menunjukkan bahawa seorang yang berasal dari negeri seberang di mana hadir ke tanah melayu ini untuk menjual hasil negeri beliau. Pemuda tampan itu juga boleh di simbolikkan dengan seorang yang tinggi budinya sehingga menampakkan beliau seorang yang tampan. Hal ini menunjukkan dengan ketinggian budi itu boleh menampakkan kecantikan diri kita dan kecantikan bukan diukur oleh paras rupa dan fizikal kita sahaja. Jadi nasihat yang disampaikan ialah berbuatlah baik untuk menampakkan kecantikan dalaman diri kita dan kita bukanlah cantik jika hanya dinilai dari sudut luaran diri kita sahaja. Baris ketiga bagi rangkap terakhir bagi pantun budi ini ialah menerangkan tentang fungsi pantun itu sendiri. Pantun merupakan satu medium orang melayu pada zaman dahulu untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan nasihat kepada generasi

muda atau masyarakat sekelililng. Baris ketiga itu telah menerangkan tentang segala yang berkaitan dengan budi dan beberapa nasihat seperti yang telah diterangkan pada rangkap rangkap sebelum ini di dalam pantun budi. Baris ini juga merupakan satu penutup bagi pantun ini dan ia penuh dengan harapan agar para pembaca dan pendengar menerima segala nasihat yang telah di sampai di dalam pantun ini.

Indikator Tahun Tajuk Pemikiran kritis Pemikiran kreatif

6.1.1 prosedur

Kaedah yang

dan 7.1.1 Idea yang banyak dipilih berkaitan dengan

sesuai dengan tugasan

tugasan yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik.

6.1.2 Tahun 6 Pantun Budi berfikir

kemahiran yang dipilih

7.1.3 bermakna 7.2.3 penerangan

idea

yang

sesuai dengan tugasan

Pelbagai rasional

6.1.4 Alat berfikir yang tentang idea. dipilih sesuai dengan tugasan. 7.2.5 Pelbagai ketagori

atau aspek.

6.2.1

Langkah

kemahiran berfikir diikuti dengan betul

7.3.2 Idea tersusun dan mudah difahami.

6.2.5

Alat,

radas, 7.4.2

Idea tidak seperti

bahan, instrumen dan yang biasa. specimen dan digunakan dikendalikan

dengan betul.

6.3.4

Mempunyai alas

an terperinci

Indikator Pemikiran Kritis dan Kreatif Dalam Pantun Budi. Setelah meneliti pantun budi pembelajaran bagi tahun 6 buku teks bahasa melayu, saya melihat bahawa pantun ini mempunyai banyak idea idea yang menarik untuk dipelajari dan diteladani. Selain itu saya juga mendapati di dalam penulisan pantun ini ada terkandung beberapa amalan masyarakat zaman dahulu yang sangat kritis apabila diteliti. Begitu juga dengan beberapa idea idea yang kreatif dipertengahkan di dalam pantun budi ini. Sebagai contohnya, pada rangkap satu dengan menggunakan simbol bagi pemuda gagah yang menumbuk padi menunjukkan kepada kita bahawa kegiatan menumbuk padi itu memerlukan tenaga yang banyak dan sesuai jika dilakukan oleh seorang pemuda. Dari situ kita dapat lihat pemikiran yang kritis ditunjukkan melalui aktiviti menumbuk padi. Selain itu di dalam pantun itu juga ada menyatakan bahawa pemuda yang gagah menjadi simbolik bagi seorang yang hanya pandai menggunakan tenaga tetapi kurang dari segi akal dan fikiran untuk melakukan sesuatu. Melalui

simbolik ini kita dapat melihat betapa hebatnya buah pemikiran yang dilahirkan oleh penulis pantun ini untuk member pengajaran kepada para pembaca dan pendengar.

Dalam pantun ini juga ada menyatakan tentang waktu pagi yang menjadi satu masa yang baik untuk mencari rezeki atau bekerja. Contohnya pada rangkap kedua ada menerangkan tentang pesawah menuai padi di pagi hari. Waktu pagi digunakan adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat dahulu sudah pandai untuk mengkaji cuaca melalui deria yang mereka ada untuk memerhati alam sekitar ini. Ia juga merupakan sesuatu yang sangat kreatif dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu kerana pada waktu itu tiada alatan moden yang membantu mereka utntuk mentafsir keadaan cuaca. Idea dan nasihat di dalam syair ini juga disusun dengan baik dan rapi kerana segala nasihat di dalam pantun ini ada menerangkan tentang kebaikan menabur budi dan ketinggian darjat seseorang yang member bakti kepada orang lain. Ketinggian darjat itu juga di simbolkan seperti bukit yang tinggi dan gilang gemilang yang ada pada baris pertama rangkap yang keempat. Di dalam pantun ini juga kita dapat melihat beberapa item atau instrumen yang digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu. Contohnya seperti padi yang digunakan sebagai bahan makanan ruji bagi masyarakat melayu. Selain itu terdapat juga kain yang dijual dan itu menunjukkan bahawa pada masa dahulu sudah dijalankan aktiviti perdagangan aktiviti menjual beli itu sudah dijalankan. Segala contoh yang diberikan di dalam pantun ini mudah difahami dan dipelajri oleh generasi muda kini. Setelah menilai segala idea yang kritis dan kreatif yang terdapat dalam pantun ini, saya mendapati bahawa pantun ini sangat baik untuk dipelajari dan segala nasihat yang disampaikan disusun dengan baik dan bagus untuk diikuti oleh generasi yang muda kini.

Pantun Pengembaraan . Rangkap pertama. Pokok beringin pokoklah saka, Subur tumbuhnya berdaun lebat, Baris pertama pembayang dalam rangkap pertama menerangkan tentang pohon beringin yang dipercayai mempunyai saka atau penunggu yang sering menjadi buah mulut orang Melayu sekiranya melalui kawasan yang mempunyai pohon beringin ini.Baris kedua menerangkan tentang pohon beringin itu yang tumbuhnya subur serta berdaun lebat.Pokok beringin ini banyak tumbuh di kawasan pinggir kampung yang turut menjadi penempatan bagi orang melayu dari dahulu hingga sekarang.Pokok beringin ini juga sebatang pokok yang tumbuh tinggi dan rendang serta sesuai untuk dijadikan tempat berteduh oleh orang yang lalu-lalang di kawasan itu atau orang Melayu yang bekerja di sekitar kawasan itu seperti bertani.

Laksamana Cheng Ho pergi ke Melaka, Dua negara jadi sahabat. Dalam rangkap pertama pantun ini, penulis ingin menerangkan tentang kesan kedatangan Pahlawan China iaitu Laksamana Cheng Ho yang datang ke Melaka dengan tujuan menjalinkan hubungan poerdagangan di samping mengeratkan hubungan kedua-dua buah kerajaan.Laksamana Cheng Ho merupakan utusan yang dihantar oleh negara China datang ke Melaka kerana pada masa itu China dan Melaka ialah dua buah kerajaan yang sangat mahsyur dalam aspek pemerintahan kerana telah menguasai perdagangan dunia. Negeri Melaka dipilih kerana ia merupakan laluan utama bagi kapal-kapal dagang dari China yang ingin belayar ke India. Selat Melaka ialah laluan utama bagi kapal-kapal dagang ini dan juga pelabuhan Melaka dijadikan sebagai persinggahan kapal-kapal setelah melalui perjalanan yang panjang.Di samping itu kapal-kapal ini turut

menjalankan perniagaan di pelabuhan Melaka.Penulis ingin mengaitkan pokok beringin dengan kerajaan Melaka pada masa itu kerana kedua-duanya mempunyai pengaruh yang kuat.Kerajaan Melaka pada masa itu dianggap telah berjaya meluaskan pengaruhnya seperti pokok beringin yang tumbuh subur dan ciri-ciri fizikalnya yang berdaun lebat. Kemahsyuran Melaka pada masa itu juga dikaitkan seperti pohon beringin yang tinggi dan rendang melebihi pokok-pokok lain.

Rangkap kedua Cantik nian bunga angsana, Cantik juga bunga siantan, Bunga angsana ialah sejenis bunga yang berbau harum dan cantik dipandang.Bunga angsana terhasil daripada pokok angsana sebelum berubah menjadi buah angsana. Bunga angsana biasa mekar selepas hari hujan kerana ia memerlukan air untuk keluar dari hujung ranting pokok angsana. Berbeza dengan bunga angsana yang terhasil daripada pokok yang besar, bunga siantan terhasil dari pokok siantan yang tumbuhnya renek.Pokok siantan sesuai ditanam di sekitar kawasan rumah nuntuk dijadikan pagar rumah. Walaupun ia kecil, namun kecantikan bunganya standing dengan kecantikan bunga angsana.

Sultan Muhammad ke negeri China, Membawa misi teguh persahabatan. Selepas kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka yang telah membawa kejayaan kepada kedua-dua negara, Sultan Muhammad pula mengikut langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan China iaitu pergi ke negeri China.Sultan Muhammad pergi ke China dengan tujuan meneguhkan lagi persahabatan yang telah terjalin oleh keduadua pihak.Kerajaan Melaka turut sedar bahawa dengan tindakan ini bukan sahaja mengukuhkan persahabatan mereka dengan kerajaan China, malah turut

membersarkan lagi pengaruh mereka kerana negeri China turut mempunyai pengaruh yang besar dan kuat pada masa itu.Penulis ingin mengaitkan kerajaan China yang berpengaruh dengan bunga angsana. Manakala kerajaan Melaka yang kecil namun telah meluaskan pengaruhnya ke serata nusantara sama seperti bunga siantan yang dapat menyamai bunga angsana walaupun datang dari tumbuhan yang jauh berbeza sifatnya. Negeri Melaka yang kecil masih boleh menandingi kerajaan China kerana kebijaksanaan dan kecantikan sistem pemerintahan yang diterajui oleh seorang ketua yang turut mempunyai pengikut-pengikut yang setia.

Rangkap ketiga Nira dibuat gula Melaka, Buat kuih menjamu jiran, Gula Melaka, juga dikenali dengan nama gula tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air

nira kelapa.Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan dan sungguh tinggi nilainya. Gula Melaka sesuai digunakan untuk membuat kuih-kuih yang manis seperti kuih buah melaka yang mana intinya adalah gula melaka. Kuih-kuih ini sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu yang hadir ataupun untuk menjamu jiran tetangga yang berada di sekitar kawasan rumah kita.

Panglima Awang anak Melaka, Keliling dunia hadapi cabaran. Panglima Awang merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaranFerdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan.Pada masa dahulu, manusia telah menemui cara untuk mengelilingi dunia melalui jalan laut. Manusia zaman dahulu termasuk orang Melayu mahir dalam mencipta kapal-kapal layar dan

kapal-kapal dagang.Melalui kemahiran ini juga penjelajahan mengelilingi dunia dapat dilaksanankan dengan jayanya tambahan pula dengan pengetahun yang mendalam tentang bintang yang menjadi pandu arah mereka semasa berada di lautan. Namun, tidak dinafikan semasa pelayaran mengelilingi dunia ini, terdapat berbagai-bagai cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Namun mereka tidak menganggap dunia luar sebagai asing tetapi menganggap sebagai jiran yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Ini sesuai dengan sifat-sifat orang Melayu yang amat menyanjung jiran di samping turut membawa buah tangan sebagai hadiah untuk tuan rumah.

Rangkap keempat Bunga lengkuas bungalah kantan, Jadi ramuan hidangan suri, Bunga lengkuas dan bunga kantan digunakan sebagai rencah dalam masakanmasakan tertentu. Bunga kantan ialah sejenis tumbuhan herba yang berwarna merah muda dan banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Bunga kantan mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan. Munsyi Abdullah pergi ke Kelantan, Ilmu pengetahuan tujuan dicari, Munsyi Abdullah ialah seorangbapa penilsan Melayu moden. sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Beliau bukan melalui

Melayu tersebut

karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Beliau turut belayar ke negeri Kelantan dengan tujuan mencari ilmu

pengetahuan tentang masyarakat Melayu di sana. Di samping itu beliau turut menyampaikan nasihat-nasihat berguna kepada Raja-raja Melayu dan juga

perbandingan antara sistem pemerintahan Inggeris dengan sistem pemerintahan Melayu tradisional.

Bagi beliau, ilmu pengetahuan itu amat penting bagi menjamin kehidupan yang lebih baik sama seperti pemakanan yang diambil iaitu haruslah mempunyai zat dan khasiat demi menjamin kesihatan sepanjang hayat. Ilmu pengetahun dan pemakanan saling berkait rapat kerana ilmu pengetahuan boleh melahirkan insan yang berguna manakala makanan yang sihat dapat melahirkan tubuh badan yang sihat manakala tubuh badan yang sihat boleh digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap kelima Bakul diletak di dalam talam, Penuh berisi buah peria, Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang namun pada masa kini terdapat bakul yang diperbuat daripada plastik.Talam ialah sejenis alat yang biasanya diperbuat daripada aluminium dan juga plastik yang bersaiz besar yang digunakan untuk meletakkan sesuatu terutamanya makanan dalam kuantiti yang banyak.Secara fizikalnya talam lebih besar berbanding bakul.Buah peria ialah sejenia sayuran yang biasa di makan oleh orang Melayu dan bersifat pahit sehingga mendapat jolokan sebagai sayur yang paling pahit. Namun kepahitannya menjadi ubat yang berguna untuk tubuh badan manusia terutamanya bagi merawat kencing manis.

Anak Malaysia di serata alam, Membawa misi keamanan dunia. Anak Malaysia dalam baris pantun di atas boleh dikaitkan seperti bakul yang menggunakan dirinya untuk membantu orang lain. Bakul yang berisi penuh dengan buah peria yang pahit sama seperti anak Malaysia yang membawa misi keamanan dunia yang terpaksa mengharungi ranjau kehidupan orang lain semata-mata atas dasar memberi bantuan. Kepahitan hidup di negeri orang ini berguna sebagai pengalaman dan pengajaran dalam mencari erti kehidupan sebenar.

Tahun Tajuk Pemikiran kritis 6 (Muka surat 127) Pantun 6.1 keobjektifan

Indikator Pemikiran Kreatif 7.1 kelancaran idea yang banyak dengan

6.1.1 kaedah dan prosedur 7.1.1

Pengembaraan yang dipilih sesuai dengan berkaitan tugasan.

dengan

tugasan yang mungkin benar

6.1.3 hujah, alas an dan bukti atau tidak benar tetapi logik. berdasarkan maklumat. data dan 7.1.2 idea berterusan. 7.1.3 idea yang bermakna

6.1.4 alat berfikir yang dipilih 7.2 keluwesan betul dan sesuai. 6.2 kejituan 6.2.1 langkah 7.2.2 idea boleh diubah suai 7.3 kejelasan kemahiran 7.3 idea tersusun dan mudah difahami.

berfikir diikuti dengan betul.

6.2.3 hujah dan alas an 7.4 keaslian berdasarkan data yang tepat. 6.2.4 sumber maklumat dan data yang berwibawa 6.3 kegigihan 6.3.1 kaedah 6.3.2 mengulangi kaedah mempelbagaikan 7.4.4 Frekuensi idea kecil.

yang digunakan 6.3.3 mengemukakan banyak bukti yang boleh diterima. 6.3.4 mempunyai alasan

terperinci. Jadual indikator pemikiran kritis dan kreatif Pantun Pengembaraan.

Setelah melakukan analisis terhadap Pantun Pengembaraan yang dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu tahun 6, didapati bahawa pantun ini lebih ke arah pemikiran kritis.Setiap baris pembayang dalam setiap rangkap bagi keseluruhan pantun ini telah menggunakan unsur alam.Unsur alam ini sangat sinonim dengan kehidupan orang Melayu yang tinggal di kawasan kampung yang banyak terdedah kepada persekitaran yang bercirikan semula jadi.Selain daripada keindahan dan kecantikan alam itu sendiri, penulis juga menggambarkan bagaimana sumber alam itu dapat dijadikan sebagai sumber makanan yang berkhasiat.Melalui pemakanan yang berkhasiat inilah mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan boleh mengembara ke serata dunia. Pembayang bagi pantun ini menggunakan sepenuhnya unsur alam manakala maksud pantun ini ditekankan berkaitan dengan tajuk pantun iaitu kisah

pengembaraan.Kisah pengembaraan ini diadaptasi daripada sejarah kerajaan Melayu Melaka yang sangat mahsyur satu ketika dulu.Kerajaan Melaka telah meluaskan pengaruhnya ke negeri luar ialah dengan penaklukan yang dilakukan melalui aktiviti pengembaraan yang akhirnya membawa kepada penjajahan kawasan.Pengembaraan ini bukan sahaja dari segi untuk meluaskan kuasa malahan digunakan untuk meluaskan ilmu pengetahun seperti yang dilakukan oleh Munsyi Abdullah yang diterangkan dalam rangkap keempat pantun ini. Indikator pemikiran kritis ini boleh dilihat pada kriteria keobjektifan iaitu kebolehan membuat penilaian berasaskan fakta sebenar yang dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.Fakta sebenar ini dikaitkan dengan sejarah Melayu Melaka yang melakukan aktiviti pengembaraan ke negeri luar.

Pantun Nasihat Rangkap pertama Hendak membeli buah delima, Dijual orang di tepi jalan, Buah delima merupakan makan yang berkhasiat dari segi kesihatan tubuh badan.Kebaikan buah ini turut dinyatakan di dalam al-Quran.Delima ialah sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun.Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna.Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabadabad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisaiBaris dijual orang di tepi jalan menerangkan tentang buah delima ini mudah didapati bukan sahaja dalam bentuk buah tetapi juga dalam bentuk pati iaitu produk seperti jus dan kapsul delima.

Berbilang kaum hidup bersama, Bersatu padu jadikan amalan. Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaun dan hidup bersama sebagai satu ikatan yang teguh sama seperti buah delima yang mempunyai bunga yang berbagai warna yang akhirnya menjadi sebiji buah yang sangat

berguna.Bagaimanapun, beberapa aspek perbezaan kebudayaan boleh di jadikan sesatu yang boleh diterimapakai oleh semua kaum.Makanan Cina di Malaysia melihatkan pengaruh cita rasa Melayu dan India.Kita juga boleh meraikan perayaan kaum-kaum lain dan sebagainya.Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil.Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan perbezaan diantara kaum-kaum tersebut Buah delima ini adalah hasil daripada kehidupan berbilang kaum rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Rangkap kedua Kalau mengambil buah berangan, Elok disimpan di dalam guni, Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.Buah berangan mempunyai sifat mudah hilang khasiatnya jika tidak disimpan dengan baik.Oleh itu, buah berangan patut disimpan seperti disimpan di dalam guni bagi memastikan kualitinya terjamin. Amalan berbudi jadikan pegangan, Tentu kita hidup harmoni. Nasihat yang dapat dilihat dalam rangkap pantun ini ialah kita haruslah mengamalkan sikap berbudi kepada orang lain bagi menjamin kehidupan yang harmoni. Apabila kita selalu mencurahkan bakti kepada orang lain, tidak mustahil jika pada masa akan datang orang tersebut akan membalas budi baik kita dengan sesuatu yang baik juga. Jika situasi ini berterusan, sudah tentulah kehidupan seharian kita akan aman kerana hubungan baik dengan orang lain dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Amalan berbudi yang berterusan harus dijaga supaya tidak hilang nilainya dalam masyarakat seperti buah berangan yang perlu disimpan dengan elok supaya tidak kurang khasiatnya.

Rangkap ketiga Manis sungguh buah kuini, Apa kurangnya buah belimbing, Buah kuini ialah sejenis buah yang berada dalam kumpulan mangga. Pokok buah kuini kelihatan sama seperti pokok mangga yang lain kerana batang, daun dan bunganya sama seperti buah mangga. Namun buah kuini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang sedikit manis dan masam sering dimasukkan di dalam sambal belacan dan juga dibuat kerabu kuini. Buah belimbing berwarna kuning kehijauan.Saat baru tumbuh, buahnya berwarna hijau.Jika dipotong, buah ini mempunyai penampang yang berbentuk bintang.Berbiji kecil dan berwarna coklat. Buah ini renyah saat dimakan, rasanya manis dan sedikit masam. Buah ini mengandungi banyak vitamin C. Bantu membantu amalan murni, Bagai aur dengan tebing. Rangkap pantun ini menerangkan tentang kebaikan bantu-membantu ataupun tolong menolong sesama manusia dalam kehidupan seharian yang dapat menonjolkan sifat kemurnian dalam sesebuah persahabatan.Kesenangan hidup sentiasa hadir jika kita berusaha mendapatkannya, namun setiap kesenangan pasti akan diselangi dengan kesusahan yang hadir sebagai dugaan dalam mematangkan diri kita. Jika kesusahan ini datang dalam hidup sahabat kita, belum tentu dia dapat mengatasinya dengan

keringatnya sendiri. Oleh itu, kita haruslah memberia bantuan setakat yang termampu bagi meringankan beban sabahat kita itu. Hidup bersahabat ini saling memerlukan antara satu sama lain iaitu bagai aur dengan tebing yang saling bantu membantu antara satu sama lain demi kepentingan bersama.

Rangkap keempat Kalau memetik buah keranji, Berilah sedikit kepada teman,

Pokok buah keranji bersaiz sebesar pokok petai dan durian.Pokoknya bolehbesar dan tinggi apabila mencapai tempoh matang.Buah keranji sebesar ibu jari, berbentuk bujur seperti biji mata kita, kulit buahnya hitam tetapi kelihatan seperti ada baldu (velvet) pada keseluruhan kulitnya.Kulitnya rapuh seperti kulit telur dan hanya perlu dipicit sahaja jika hendak memakan isinya.Berilah sedikit kepada teman membawa maksud buah keranji yang ada haruslah dikongsi bersama teman-teman juga.

Sikap toleransi amat terpuji, Masyarakat berani negara aman. Secara teknikalnya, toleransi bermaksud sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dapat menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. Malah terminologi ini telah memang sinonim dengan cara hidup rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya dan kepercayaan agama.Konsep tolensari ini telah wujud dengan jelas sekali ketika Negara kita yang tercinta sudah begitu hampir untuk mencapai kemerdekaan. Orangorang melayu perlu bersetuju untuk memberi kerakyatan kepada bangsa Cina & India dengan formula Jus Soli dan pada masa yang sama mereka pula perlu menerima hakhak istimewa Melayu sebagai bumiputera, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan Islam pula sebagai agama rasmi.Sikap toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia inilah yang menjadikan negara aman damai hingga ke hari ini.

Tahun Tajuk Pemikiran Kritis 5 (Muka surat 29) Pantun Nasihat 6.1 Keobjektifan

Indikator Pemikiran Kreatif 7.1 kelancaran

6.1.2 kemahiran berfikir yang 7.1.1 idea yang banyak berkaitan dipilih sesuai dengan tugasan dengan tugasan yang mungkin

6.1.3 hujah, alasan dan bukti benar atau tidak benar tetapi tidak berdasarkan maklumat. 6.2 kejituan data dan logik. 7.1.2 idea berterusan 7.1.3 idea yang bermakna

6.2.2 kaedah dan prosedur 7.2 keluwesan dijalankan dengan betul. 6.3 kegigihan 6.3.2 mengulangi 7.2.1 Idea boleh ditokok tambah 7.2.2 idea boleh diubah suai kaedah 7.2.4 pelbagai contoh berkaitan tugasan 7.2.5 pelbagai kategori atau aspek. 7.3 kejelasan 7.3.2 idea tersusun dan mudah difahami 7.4. keaslian 7.4.1 idea tidak sama dengan orang lain 7.4.2 idea tidak seperti yang biasa 7.4.3 idea belum ada sebelumnya.

yang digunakan.

Jadual indikator pemikiran kritis dan kreatif Pantun Nasihat.

Pantun Nasihat merupakan petikan pantun yang diambil daripada buku teks Bahasa Melayu tahun 5 sekolah kebangsaan.Seperti pantun-pantun lain, pantun nasihat ini menggunakan unsur alam atau lebih tepat buah-buahan sebagai pembayang. Pantun ini lebih menjurus kea rah pemikiran kreatif.Ini kerana dalam

aspek kelancaran, pantun ini dilihat mempunyai kebolehan untuk menghasilkan banyak idea. Idea-idea ini banyak berkaitan dengan tajuk pantun iaitu nasihat yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik iaitu setiap kebaikan yang diberikan pasti akan menghasilkan keuntungan. Idea yang dikemukakan oleh penulis dalam pantun ini juga merupakan idea yang berterusan. Setelah dikaji setiap rangkap pantun, makna yang sama dapat dilihat iaitu sifat bekerjasama yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat akan menghasilkan kehidupan yang sejahtera. Kriteria keluwesan dlam indikator pemikiran kreatif dapat dilihat kerana idea ini boleh diubah suai dan ditokok tambah kerana ia bukanlah fakta sejarah yang tepat. Pelbagai contoh yang berkaitan dengan nasihat juga dapat digambarkan dengan sempurna oleh penulis iaitu bersatu padu, berbudi, bantu-membantu dan juga toleransi adalah amalan yang mulia yang dapat menjamin keamanan negara. Dari segi kejelasan pantun ini, penulis berjaya menyusun idea-ideanya dengan baik serta tersusun dan mudah difahami oleh pembaca. Tidak kira lapisan umur yang membaca pantun ini, sudah pasti ianya mudah difahami kerana maksudnya sangat jelas iaitu memupuk sikap tolong-menolong di antara satu sama lain. Setelah mengkaji pantun ini dengan mendalam beserta sumber-sumber lain, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai keasliannya yang tersendiri kerana idea yang dikemukakan tidak sama dengan orang lain. Idea-idea ini juga tidak seperti yang biasa dilihat sama seperti pinjaman daripada pepatah, peribahasa atau bidalan yang sedia ada dalam kamus masyarakat Melayu.

Pantun Sayangi Alam Berdasarkan Pantun Sayangi Alam dibawah, pantun ini mengandungi 4 rangkap pantun, setiap rangkap pantun mengandungi 4 baris ayat. Setiap satu pantun ini mempunyai kesinambungan pembayang di antara satu sama lain. Memancing ikan di Sungai Juara, Enak sekali dimasak gulai; Manusia prihatin bumi terpelihara, Persekitaran indah tidak ternilai.

Enak sekali dimasak gulai, Sudah makan menjilat jari; Persekitaran indah tidak ternilai, Dunia ini milik sendiri.

Sudah makan menjilat jari, Enaknya gulai masih terasa; Dunia ini milik sendiri, Perlu dipelihara sepanjang masa.

Enaknya gulai masih terasa, Mendapat pujian rakan dan taulan; Perlu dipelihara sepanjang masa, Agar keindahan terus berkekalan.

Rangkap Pertama Memancing ikan di Sungai Jugra, Enak sekali dimasak gulai,

Penulis memancing ikan di sebuah sungai yang dikenali sebagai sungai Jugra. Sungai Jugra digunakan di dalam baris ini keranaJugra merupakan satu nama tempat yang terletak di Kuala Langat,Selangor,Malaysia. Kedudukan Jugra menghadap

ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 18591898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritime. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera.Sungai Jugra digunakan di dalam pantun ini sebagai tempat menangkap ikan kerana ikan dapat berkembang biak dengan baik disebabkan kedudukannya berhampiran dengan laut.Pada baris kedua Enak sekali dimasak gulai bermaksud ikan yang telah ditangkap di sungai Jugra sangat sesuai dimasak secara gulai. Bagi masyarakat Melayu, ikan sungai digemari untuk dimasak secara gulai berbanding secara goreng atau sebagainya. Gulai adalah sejenis makanan masyarakat Melayu yang dimasak dengan

menggunakan bahan baku dari dagingkambing,ikan, ayam atau jenis daging lain yang memiliki ciri khas berwarna kuning karena pengaruh dari filtrat kunyit. Makanan ini adalah bentuk lain dari kari. Makanan ini berminyak dan bercirikan

menggunakan santan kelapa.

Manusia prihatin bumi terpelihara, Persekitaran indah tidak ternilai. Maksud baris pantun ini merujuk kepada tanggungjawab dan sikap manusia terhadap alam sekitar. Setiap tindakan manusia ke atas alam sekitar akan memberikan kesan ke atas alam. Contohnya, sikap manusia yang bertanggungjawab iaitu manusia yang mempunyai kesedaran untuk memelihara alam sekitarakan menjadikan bumi lebih terpelihara daripada sebarang pencemaran.Bumi merupan satu anugerah Ilahi kepada keseluruhan manusia untuk dinikmati dan manusia yang tinggal di atas muka bumi ini perlulah mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran bumi yang didiami ini. Pada baris keempat pantun pada rangkap pertama ini ialah persekitaran indah tidak ternilai bermaksud persekitaran yang indah tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Perkataan indah digunakan di dalam baris ini untuk mengungkapkan perlunya manusia memelihara alam sekitar.Persekitaran merujuk kepada keseluruhan alam semulajadi iaitu sungai, udara dan tumbuh-tumbuhan.Seperti yang dinyatakan di atas, sungai merupakan satu anugerah Ilahi kepada manusia untuk dinikmati.Manusia dapat menggunakan sungai untuk pelbagai fungsi seperti memancing, mandi, sebagai sumber air dan sebagainya. Sesuai dengan fungsinya itu, amat ruginya manusia yang menggunakan sumber alam ini tidak menghargai alam sekitar sebaliknya mencemarinya dengan sampah sarap. Jika ini berlaku, wang ringgit pun tidak akan dapat mengembalikan alam sekitar kepada keadaan asalnya. Secara keseluruhannya maksud pantun pada rangkap pertama ini menyarankan pembaca untuk mempunyai kesedaran ke atas kepentingan memelihara alam sekitar.

Rangkap Kedua. enak sekali dimasak gulai, sudah makan menjilat jari Pada rangkap kedua ini merujuk kepada ikan yang dimasak telah ditangkap dan dimasak bersama rempah seperti yang dinyatakan pada pantun rangkap pertama tadi. Ikan yang dimasak gulai itu rasanya digambarkan begitu sedap hingga menjilat jari.Menjilat jari digunakan untuk menyatakan kesedapan sesuatu makanan.selain itu, dalam kebudayaan Melayu, menjilat selepas makan adalah satu amalan yang baik. Dari sudut agama islam, menjilat jari merupakan salah satu amalan Rasulullah SAW termasuk dari pendidikan tawadhu dari Rasulullah SAW adalah agar bila selesai makan seseorang hendaknya menjilat tangannya. Hal ini bukan termasuk sifat kerakusan atau keluar dari adab yang Islami.Sungguh adab yang Islami adalah apabila sejalan dan seiring dengan tuntunan Rasulullah SAW.Dari sudut lain pula, ikan yang dimasak itu bukan sahaja dapat dinikmati isinya sahaja malah sehingga ke titisan titisan terakhir. Persekitaran indah tidak ternilai, Dunia ini milik sendiri.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Maksud baris ketiga pada rangkap kedua pantun ini ingin menekankan tentang betapa bernilainya alam sekitar ini.Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan

mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka.Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad.Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Rangkap 3 Sudah makan menjilat jari, Enaknya gulai masih terasa; Ikan yang sudah dimakan sehingga ke titisan terakhir itu tadi walaupun sudah habis masih terasa keenakannya.Ini menunjukkan begitu enaknya ikan yang dimasak secara gulai itu tadi. Dunia ini milik sendiri, Perlu dipelihara sepanjang masa Maksud baris ini menekankan tentang begitu pentingnya menjaga keindahan alam sekitar.Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber

semulajadi di muka bumi ini.Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia.Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan

terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Rangkap 4 Enaknya gulai masih terasa, Mendapat pujian rakan dan taulan, Baris pertama dan kedua pada rangkap keempat ini membawa maksud keenakanan gulai ikan yang dimasak tadi bukan sahaja dapat dinikmati secara individu malah dapat dinikmati secara berkumpulan bersama-sama rakan-rakan dan orang-orang terdekat. Ini menunjukkan betapa eratnya perhubungan yang terjalin antara satu individu dengan individu yang lain.

Perlu dipelihara sepanjang masa, Agar keindahan terus berkekalan. Maksud baris di atas menekankan keindahan alam sekitar ini perlu

dikekalkan.Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran.Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita. Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan. Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bilabila masa.Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

indikator Tahun Tajuk Pemikiran kritis Pemikiran kreatif

Pantun Sayangi Alam 6.1 Keobjektifan Sekitar. Kebolehan

7.1 Kelancaran

membuat Kebolehan banyak

peniliaian berasaskan menghasilkan fakta sebenar yang idea.

dipengaruhi atau tidak 7.2 Keluwesan dipengaruhi perasaan oleh Kebolehan atau mengembangkan mempelbagaikan sesuatu idea. membuat 7.3 Kejelasan secara Kebolehan menghuraikan idea atau

prasangka sendiri. 6.2 Kejituan Kebolehan penilaian

sesuai dan tepat. 6.3 Kegigihan Kebolehan mempertahankan pendirian

dengan terperinci secara sistematik. 7.4 Keaslian atau Kebolehan idea

pendapat sendiri dan menghasilkan mempertimbangkan

baharu, luar biasa dan

pendapat orang lain hanya sebahagian kecil setelah ketepatan kesahan. memastikan individu dan mengemukakannya yang

Analisis Kriteria Indikator Pemikiran Kritis dan Kreatif Yang Terdapat Dalam PantunSayangi Alam Sekitar.

Secara keseluruhannya, pantun sayangi alam sekitar ini menyeru dan memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kesedaran untuk menjaga alam sekitar.Elemen kritis iaitu keobjektifan banyak digunakan untuk menganalisis pantun ini.Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya.Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua

agama.Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Denganini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri.Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna.Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang.Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut.Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Pantun Budi Pantun Budi ini mengandungi 5 rangkap.Setiap satu rangkap mempunyai maksud yang berlainan. Rendang sungguh pohon kelapa, Hidup subur di tengah di tengah laman; Sopan kata jangan dilupa, Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa, Disimpan pula di dalam peti ais; Kalau kita berbudi bahasa, Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi, Guni dipikul pemuda sasa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana budi bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan, Singgah di kota membeli barang; Budi bahasa jadikan amalan, Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun, Pantun dibeli si anak nyonya, Baik hati bersopan santun, Itulah insan mulia hatinya.

Rangkap 1 Rendang sungguh pohon kelapa, Hidup subur di tengah di tengah laman; Pada baris pertama dan kedua, pantun ini meyebut sebuah pokok kelapa yang rendang dan ditanam di tengah-tengah sebuah laman.Pokok kelapa atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun.Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi.Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.Buah kelapa tua dibiarkan bercambah dan ditanam di tapak tetap dan turut ditanam pindah sebagai pokok hiasan dalam lanskap. Bagi kelapa yang tinggi ia selalunya lambat matang dan berbunga semasa usia 6-10 tahun. Kelapa tinggi boleh hidup sampai 100 tahun dan tahan lasak iaitu boleh tumbuh dalam pelbagai keadaan dan jenis tanah. Bagi kelapa rendah, ia berbunga 3 tahun selepas ditanam dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Kelapa rendah mungkin memberi hasil sehingga berusia 70 tahun.Dalam pantun ini pokok yang dimaksudkan adalah kelapa yang tergolong dalam kelapa rendah kerana penggunaan perkataan rendang.Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Hal ini bermaksud kelapa telah berbudi kepada kita dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sopan kata jangan dilupa, Budi yang elok kita amalkan. Sesuai dengan kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan ini, pantun ini menyarankan supaya jangan melupakan sopan kata.Sopan kata ini merujuk kepada pertuturan yang baik, lemah lembut dan sebagainya.Manakala budi yang adalah segala bentuk perlakuan dan tingkah laku yang baik.Budi pekerti adalah satu perasaan dalam diri untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Sekiranya kita mengamalkan budi pekerti yang baik, maka jalan kehidupan kita tentu akan selamat dan menuju kejayaan dalam kehidupan. Sebaliknya, sekiranya kita melanggar prinsip-prinsip budi pekerti, kita akan mengalami perkara-perkara yang buruk seperti tidak disenangi dan dihormati oleh orang lain dan sebagainya. Budi pekerti yang baik dan sopan sekiranya diamalkan bukan sahaja memberikan kebaikan kepada diri sendiri tetapi juga akan memberikan pelbagai kesenangan kepada masyarakat sekeliling. Ini dapat dikaitkan dengan sifat pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada manusia.

Rangkap 2 Indah buatannya cincin suasa, Disimpan pula di dalam peti;

Cincin suasa adalahah sejenis cincin yang diperbuat dari logam suasa.logam suasa merupakan istilah yang hanya wujud di Malaysia yang digambarkan emas dengan campuran perak dan tembaga. Suasa sebenarnya merupakan emas 9 karat (37.5% emas).Adakalanya, pembuat suasa menggunakan emas 8 karat (33.3% emas). Suasa, seperti emas 18k boleh disesuaikan warnanya mengikut citarasa. Suasa boleh diubahsuai warnanya dari putih, kuning hingga ke merah dengan mengubahsuai kandungan Ag (perak) dan Cu (tembaga) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah: Sesetengah penempa emas suasa menggunakan kandungan emas yang sangat kurang sekitar 22%.Campuran ini banyak berasal dari Kelantan (juga disebut sebagai suasa Kelantan).Campuran tembaga yang lebih diperlukan bagi mendapatkan warna kuning atau merah untuk membentuk baki 78%. Hasilnya, suasa yang sangat keras tetapi kurang dari aspek lain seperti kebolehtempaan, keliatan, dan kemuluran. Sesetengah pengguna yang memakainya mendapati suasa jenis ini mudah patah.Ini kerana sifat keliatan logam emas tiada kerana kandungan tembaga yang terlalu banyak.Selain itu, terlalu banyak logam tembaga juga menyebabkan suasa jenis ini mudah teroksida oleh udara dan air menjadikan warnanya berubah kepada coklat dan memerlukannya dijaga dan digilap dengan kerap.Suasa yang mengandungi banyak
tembaga juga boleh berkarat menjadi warna coklat.

Kalau kita berbudi bahasa, Mulia di mata indah di hati. Sifat suasa yang boleh ditempa ini dan kelihatan indah di mata manusia ini boleh dikaitkan dengan budi bahasa.Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek. Lazimnya, perkataan indah merujuk pada benda, sama ada benda konkrit mahupun benda abstrak. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia.Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani setia, malu, sabar, sopan dan lain. Tingkah laku yang sopan mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat sama separti nilai suasa yang terkandung di dalam pantun pada baris pertama dan kedua pada rangkap pertama itu tadi. Suasa sangat berharga nilainya di mata manusia. Budi bahasa dan suasa ini dijadikan sebagai satu perumpaaan yang baikdan akan dipandang mulia dan indah bukan sahaja di mata tetapi juga di hati manusia. Orang yang mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi akan dihormati oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan nilai budi bahasa yang tinggi.

Rangkap 3 Dayung sampan membawa padi, Guni dipikul pemuda sasa; Dayung sampan membawa padi membawa maksud perbuatan mendayung sampan dan di dalam sampan itu mengandungi padi. Masyarakat melayu tradisional menggunakan sampan sebagai pengangkutan utama pada zaman dahulu bukan sahaja untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi juga untuk membawa barang-barang kegunaan harian dan di dalam pantun ini padi yang telah diroses. Padi yang telah siap dituai dan diproses dijadikan beras dibawa menggunakan sampan yang terisi di dalam guni untuk diperdagangkan kepada orang ramai.Manakala untuk mengangkut guni beras terebut, masyarakat Melayu tradisional hanya menggunakan tenaga manusia semata-mata. Pemuda sasa di dalam pantun ini merujuk kepada pemuda Melayu pada zaman yang disifatkan sebagai pemuda yang mempunyai tubuh badan yang sasa dan maskulin. Oleh kerana pada zaman dahulu tidak mempunyai teknologi sama seperti zaman sekarang, manusia hanya bergantung kepada alat yang menggunakan tenaga manusia semata-mata seperti untuk mendayung sampan dan untuk mengangkut beras. Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Baris ketiga dan keempat pada rangkap ketiga pantun ini membawa maksud kecantikan dan rupa paras yang elok tidak dipandang atau tidak bernilai tanpa budi bahasa yang elok. Seseorang akan dikenali dengan budi bahasa berbanding rupa paras fizikalnya.Nama seseorang disebut-sebut bukan kerana kekayaannya. Nama seseorang disebut-sebut kerana budi bahasanya. Sebagai tanda penghargaan terhadap budi bahasa seseorang, maka namanya diabadikan pada bangunan, institusi, jalan dan sebagainya. Pengabadian nama-nama itu pula berdasarkan kategori budi bahasa orang berkenaan.

Nama Zaba atau Aminuddin Baki misalnya, diabadikan pada bangunan perpustakaan atau sekolah, sesuai dengan sumbangannya dalam bidang pendidikan. Nama Tunku Abdul Rahman diabadikan pada bangunan pentadbiran seperti Putra Jaya atau Pusat Dagangan Dunia Putra, sesuai dengan sumbangannya dalam bidang pentadbiran. Nama-nama masjid pula diambil daripada nama-nama tokoh ulama atau khalifah.

Berlainan pula pantun di atas. Yang dimaksudkan indah ialah manusia. Maksud tampan pula, menurut Kamus Dewan (2002:1359), ialah elok (berkaitan rupa, sikap), cantik, kacak, dan segak. Walaupun kedua-dua perkataan berkenaan sama maksud, namun jika diperhalusi terdapat perbezaan rujukan. Dalam maksud tampan terdapat maksud segak dan kacak. Keduadua sifat ini merujuk kepada lelaki. Manakala sifat cantik, elok, dan molek merujuk kepada perempuan. Justeru, rujukan budi dalam pantun di atas ialah kepada orang lelaki dan orang perempuan. Kedua-duanya digalakkan berbudi. Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi

ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya. Daripada pendapat di atas didapati bahawa semua sifat budi dipadankan dengan manusia. Justeru, maksud pertama pantun di atas ialah orang perempuan yang dianggap indah dan orang lelaki yang dianggap tampan kerana sikap, perangai, tingkah-laku dan perbuatan terpujinya selaras dengan nilai dan normal masyarakat. Manakala, maksud kedua pula ialah kemajuan sesuatu bangsa itu kerana bahasanya. Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopansantun. Daripada maksud bahasa nombor (2) didapati bersamaan dengan maksud budi nombor (2) dan nombor (3). Kedua-dua maksudnya merujuk kepada watak dan perwatakan manusia. Daripada analisis terminalogi budi dan bahasa itu kita dapat memahami peranan budi dan bahasa kepada manusia sebagaimana yang dimaksudkan dalam pantun di atas.

Rangkap 4 Gembira terasa pabila berjalan, Singgah di kota membeli barang; Seperti yang dinyatakan di dalam rangkap 3 di atas, masyarakat melayu Tradisional bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain hanya bergantung kepada tenaga semata mata dan dalam pantun ini ialah berjalan. Individu yang tidak dinyatakan nama di dalam pantun ini digambarkan berasa gembira berjalan dan dia singgah sebentar di satu kota yang juga tidak dinyatakan maksudnya untuk membeli barang.

Budi bahasa jadikan amalan, Barulah kita dihormati orang. Salah satu motto yang digunakan dalam urusan surat-menyurat kerajaan ialah Bahasa Jiwa Bangsa.Motto ini menggambarkan secara halus struktur fizik dan struktur metafizik bahasa dan bangsa berkenaan.Melalui struktur fizik dan struktur metafizik bahasa yang dipertuturkan oleh seseorang dapat diketahui bangsanya.Memang mudah membezakan fizik bahasa antara dua bangsa, misalnya bangsa Melayu dengan bangsa Inggeris, kerana perbezaannya yang ketara. Motto ini bukan dapat membezakan struktur fizik dua atau lebih bahasa sesuatu bangsa sahaja, malahan dapat membezakan struktur metafizik dua atau lebih bahasa sukuan kaum dalam rumpun yang sama. Misalnya, melalui pertuturan bahasa kita dapat mengenali dan membezakan orang Melayu Kelantan, orang Melayu Kedah, orang Melayu Terengganu, orang Melayu Negeri Sembilan dan orang Melayu Johor. Dalam satu negeri sekalipun, bahasa dapat membezakan lokasi petempatan.Misalnya, pertuturan orang Melayu Terengganu dari Besut berbeza dengan pertuturan orang Melayu Terengganu dari Kuala Berang atau orang Melayu Terengganu dari Dungun. Dalam kelompok orang Melayu Dungun pula misalnya, bahasa masih berperanan sebagai penunjuk petempatan kerana bahasa

orang Melayu Dungun dari Kampung Pasir Raja berbeza dengan bahasa orang Melayu Dungun dari Kampung Tokkah dan bahasa kedua-duanya juga berbeza dengan bahasa orang Melayu Dungun dari Kampung Paka. Perbezaan itu dapat dikenali melalui nada, kelancaran, cara ujaran, dialek, struktur ayat, sebutan, nahu dan sebagainya.

Melalui motto bahasa jiwa bangsa juga dapat diketahui budi bahasa seseorang, walaupun mereka berasal dari petempatan atau kampung atau taman perumahan yang sama. Laras bahasa alim ulama atau mereka yang berpendidikan tinggi berbeza dengan laras bahasa petani-nelayan, ahli perniagaan atau mereka yang berpendidikan rendah. Rangkap 5 Anak Cik Siti menjual pantun, Pantun dibeli si anak nyonya. Masyarakat melayu terkenal dengan budaya mejual pantun.Menjual di sini bukan bermaksud menjual untuk mendapatkan keuntungan dari segi kewangan dan sebagainya. Sebaliknya menjual di sini membawa maksud memberikan pantun kepada seseorang dengan hasrat seseorang akan membalas pantun tersebut dengan bentuk pantun juga. Anak Cik Siti di dalam pantun ini membawa mewakili kaum Melayu dan si anak nyonya mewakili kaum Cina peranakan yang menetap di negeri Melaka. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatangpendatang Cina masuk.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsurunsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja. Maka dapat disimpulkan di sini, berlaku pertembungan budaya antara kaum Melayu dan kaum Cina peranakan dan ini menggambarkan keduadua kaum ini hidup sejahtera di dalam satu komuniti yang menggambarkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Baik hati bersopan santun; Itulah insan mulia hatinya. Orang yang kaya budi bahasa sentiasa disanjungi masyarakat. Walau ke mana pun pergi mereka akan dihormati. Ibarat kata, datangnya bersambut, perginya ditangisi.Mereka disanjungi masyarakat bukan kerana kekayaan harta.Mereka

disanjungi masyarakat kerana kekayaan budi bahasa. Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan. Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa.

Tahun

Tajuk

Indikator

Tahun 5

Pantun Budi

Kritis

Kreatif

6.1 Keobjektifan Kebolehan

7.1 Kelancaran Kebolehan

membuat peniliaian menghasilkan berasaskan sebenar dipengaruhi tidak fakta banyak idea. yang 7.2 Keluwesan atau Kebolehan

dipengaruhi mengembangkan

oleh perasaan atau atau prasangka sendiri. 6.2 Kejituan Kebolehan mempelbagaikan sesuatu idea. 7.3 Kejelasan

membuat penilaian Kebolehan secara sesuai dan menghuraikan idea tepat. 6.3 Kegigihan Kebolehan mempertahankan pendirian pendapat dan mempertimbangkan dengan terperinci

secara sistematik. 7.4 Keaslian Kebolehan idea

atau menghasilkan

sendiri baharu, luar biasa dan sebahagian hanya kecil yang

pendapat orang lain individu

setelah memastikan mengemukakannya ketepatan kesahan. dan

Analisis Kriteria Indikator Pemikiran Kritis dan Kreatif Yang Terdapat Dalam Pantun .

Setelah meneliti dan membuat analisis terhadap Pantun Budi ini dapat disimpulkan bahawa pantun ini menekankan tentang kepentingan menjaga budi bahasa dan bersopan santun.Unsur kreatif iaitu kejelasan banyak digunakan untuk

menganalisis pantun ini.Pantun ini menyatakan pelbagai faedah sekiranya seseorang itu berbudi bahasa. Sebagai contoh, Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita. Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataanperkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt. Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragakagak untuk mengambil kita bekerja. Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri. Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya.

Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri.

You might also like