P. 1
Analisis Pantun

Analisis Pantun

|Views: 1,615|Likes:
Published by muhamad_faizal_8

More info:

Published by: muhamad_faizal_8 on Sep 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2013

pdf

text

original

Secara keseluruhannya, pantun sayangi alam sekitar ini menyeru dan

memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kesedaran untuk menjaga alam

sekitar.Elemen kritis iaitu keobjektifan banyak digunakan untuk menganalisis pantun

ini.Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara

semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya.Alam sekitar memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak tercemar

memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.

Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan

sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga

dengan baik.Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua

agama.Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan

sejahtera.Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang

bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar

sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya

dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan

badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih

membolehkan kita menikmati keselesaan.Cuaca panas dan kering yang disebabkan

oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan

dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang

ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh

menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan

dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Denganini, kesihatan manusia

akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam

sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada

kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan,

ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan

hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan

yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat

disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah

akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.

Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian

mahupun industri.Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di

empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan

kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam

dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang

batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah

tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan

kepupusan flora dan fauna.Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna.

Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling

berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak

boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada

angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.Kepupusan salah satu daripadanya akan

menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan

menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan

flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk

mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh

Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di

atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama

karbon dioksida dalam proses fotosintesis..Penghutanan semula dilakukan di kawasan

hutan yang telah ditebang.Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan

spesies pokok hutan tersebut.Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan

kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang

cukup.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi

yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap

kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti

kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran,

promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.Semuanya adalah bagi meningkatkan

pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam

sekitar.Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi

perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati

sehingga generasi akan datang.

Pantun Budi

Pantun Budi ini mengandungi 5 rangkap.Setiap satu rangkap mempunyai maksud yang

berlainan.

Rendang sungguh pohon kelapa,

Hidup subur di tengah di tengah laman;

Sopan kata jangan dilupa,

Budi yang elok kita amalkan.

Indah buatannya cincin suasa,

Disimpan pula di dalam peti ais;

Kalau kita berbudi bahasa,

Mulia di mata indah di hati.

Dayung sampan membawa padi,

Guni dipikul pemuda sasa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana budi bahasa.

Gembira terasa pabila berjalan,

Singgah di kota membeli barang;

Budi bahasa jadikan amalan,

Barulah kita dihormati orang.

Anak Cik Siti menjual pantun,

Pantun dibeli si anak nyonya,

Baik hati bersopan santun,

Itulah insan mulia hatinya.

Rangkap 1

Rendang sungguh pohon kelapa,

Hidup subur di tengah di tengah laman;

Pada baris pertama dan kedua, pantun ini meyebut sebuah pokok kelapa yang

rendang dan ditanam di tengah-tengah sebuah laman.Pokok kelapa atau juga dikenali

sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25

tahun.Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada

variasi.Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat

dimanfaatkan kepada pelbagai guna.Buah kelapa tua dibiarkan bercambah dan

ditanam di tapak tetap dan turut ditanam pindah sebagai pokok hiasan dalam lanskap.

Bagi kelapa yang tinggi ia selalunya lambat matang dan berbunga semasa usia 6-10

tahun.

Kelapa tinggi boleh hidup sampai 100 tahun dan tahan lasak iaitu boleh tumbuh

dalam pelbagai keadaan dan jenis tanah. Bagi kelapa rendah, ia berbunga 3 tahun

selepas ditanam dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Kelapa rendah mungkin

memberi hasil sehingga berusia 70 tahun.Dalam pantun ini pokok yang dimaksudkan

adalah kelapa yang tergolong dalam kelapa rendah kerana penggunaan perkataan

rendang.Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya

bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa

setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok

kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai

"pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Hal ini bermaksud kelapa

telah berbudi kepada kita dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sopan kata jangan dilupa,

Budi yang elok kita amalkan.

Sesuai dengan kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan ini, pantun ini

menyarankan supaya jangan melupakan sopan kata.Sopan kata ini merujuk kepada

pertuturan yang baik, lemah lembut dan sebagainya.Manakala budi yang adalah segala

bentuk perlakuan dan tingkah laku yang baik.Budi pekerti adalah satu perasaan dalam

diri untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Sekiranya kita mengamalkan budi

pekerti yang baik, maka jalan kehidupan kita tentu akan selamat dan menuju kejayaan

dalam kehidupan.

Sebaliknya, sekiranya kita melanggar prinsip-prinsip budi pekerti, kita akan

mengalami perkara-perkara yang buruk seperti tidak disenangi dan dihormati oleh

orang lain dan sebagainya. Budi pekerti yang baik dan sopan sekiranya diamalkan

bukan sahaja memberikan kebaikan kepada diri sendiri tetapi juga akan memberikan

pelbagai kesenangan kepada masyarakat sekeliling. Ini dapat dikaitkan dengan sifat

pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada manusia.

Rangkap 2

Indah buatannya cincin suasa,

Disimpan pula di dalam peti;

Cincin suasa adalahah sejenis cincin yang diperbuat dari logam suasa.logam

suasa merupakan istilah yang hanya wujud di Malaysia yang digambarkan emas

dengan campuran perak dan tembaga. Suasa sebenarnya merupakan emas 9 karat

(37.5% emas).Adakalanya, pembuat suasa menggunakan emas 8 karat (33.3% emas).

Suasa, seperti emas 18k boleh disesuaikan warnanya mengikut citarasa. Suasa boleh

diubahsuai warnanya dari putih, kuning hingga ke merah dengan mengubahsuai

kandungan Ag (perak) dan Cu (tembaga) seperti yang dinyatakan dalam jadual di

bawah:

Sesetengah penempa emas suasa menggunakan kandungan emas yang sangat

kurang sekitar 22%.Campuran ini banyak berasal dari Kelantan (juga disebut sebagai

suasa Kelantan).Campuran tembaga yang lebih diperlukan bagi mendapatkan warna

kuning atau merah untuk membentuk baki 78%. Hasilnya, suasa yang sangat keras

tetapi kurang dari aspek lain seperti kebolehtempaan, keliatan, dan kemuluran.

Sesetengah pengguna yang memakainya mendapati suasa jenis ini mudah patah.Ini

kerana sifat keliatan logam emas tiada kerana kandungan tembaga yang terlalu

banyak.Selain itu, terlalu banyak logam tembaga juga menyebabkan suasa jenis ini

mudah teroksida oleh udara dan air menjadikan warnanya berubah kepada coklat dan

memerlukannya dijaga dan digilap dengan kerap.Suasa yang mengandungi banyak

tembaga juga boleh berkarat menjadi warna coklat.

Kalau kita berbudi bahasa,

Mulia di mata indah di hati.

Sifat suasa yang boleh ditempa ini dan kelihatan indah di mata manusia ini boleh

dikaitkan dengan budi bahasa.Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang

dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek. Lazimnya, perkataan

indah merujuk pada benda, sama ada benda konkrit mahupun benda abstrak. Budi

bahasa lazimnya merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal,

kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak

mulia.Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa

termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani setia, malu, sabar, sopan dan lain.

Tingkah laku yang sopan mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi dalam

kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat sama separti nilai suasa yang

terkandung di dalam pantun pada baris pertama dan kedua pada rangkap pertama itu

tadi. Suasa sangat berharga nilainya di mata manusia. Budi bahasa dan suasa ini

dijadikan sebagai satu perumpaaan yang baikdan akan dipandang mulia dan indah

bukan sahaja di mata tetapi juga di hati manusia. Orang yang mempunyai nilai budi

bahasa yang tinggi akan dihormati oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan nilai budi bahasa yang tinggi.

Rangkap 3

Dayung sampan membawa padi,

Guni dipikul pemuda sasa;

Dayung sampan membawa padi membawa maksud perbuatan mendayung

sampan dan di dalam sampan itu mengandungi padi. Masyarakat melayu tradisional

menggunakan sampan sebagai pengangkutan utama pada zaman dahulu bukan sahaja

untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi juga untuk

membawa barang-barang kegunaan harian dan di dalam pantun ini padi yang telah

diroses. Padi yang telah siap dituai dan diproses dijadikan beras dibawa menggunakan

sampan yang terisi di dalam guni untuk diperdagangkan kepada orang ramai.Manakala

untuk mengangkut guni beras terebut, masyarakat Melayu tradisional hanya

menggunakan tenaga manusia semata-mata.

Pemuda sasa di dalam pantun ini merujuk kepada pemuda Melayu pada zaman

yang disifatkan sebagai pemuda yang mempunyai tubuh badan yang sasa dan

maskulin. Oleh kerana pada zaman dahulu tidak mempunyai teknologi sama seperti

zaman sekarang, manusia hanya bergantung kepada alat yang menggunakan tenaga

manusia semata-mata seperti untuk mendayung sampan dan untuk mengangkut beras.

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Baris ketiga dan keempat pada rangkap ketiga pantun ini membawa maksud

kecantikan dan rupa paras yang elok tidak dipandang atau tidak bernilai tanpa budi

bahasa yang elok. Seseorang akan dikenali dengan budi bahasa berbanding rupa

paras fizikalnya.Nama seseorang disebut-sebut bukan kerana kekayaannya. Nama

seseorang disebut-sebut kerana budi bahasanya. Sebagai tanda penghargaan

terhadap budi bahasa seseorang, maka namanya diabadikan pada bangunan, institusi,

jalan dan sebagainya. Pengabadian nama-nama itu pula berdasarkan kategori budi

bahasa orang berkenaan.

Nama Za‟ba atau Aminuddin Baki misalnya, diabadikan pada bangunan

perpustakaan atau sekolah, sesuai dengan sumbangannya dalam bidang pendidikan.

Nama Tunku Abdul Rahman diabadikan pada bangunan pentadbiran seperti Putra Jaya

atau Pusat Dagangan Dunia Putra, sesuai dengan sumbangannya dalam bidang

pentadbiran. Nama-nama masjid pula diambil daripada nama-nama tokoh ulama atau

khalifah.

Berlainan pula pantun di atas. Yang dimaksudkan indah ialah manusia. Maksud tampan

pula, menurut Kamus Dewan (2002:1359), ialah elok (berkaitan rupa, sikap), cantik, kacak, dan

segak. Walaupun kedua-dua perkataan berkenaan sama maksud, namun jika diperhalusi

terdapat perbezaan rujukan. Dalam maksud tampan terdapat maksud segak dan kacak. Kedua-

dua sifat ini merujuk kepada lelaki. Manakala sifat cantik, elok, dan molek merujuk kepada

perempuan. Justeru, rujukan budi dalam pantun di atas ialah kepada orang lelaki dan orang

perempuan. Kedua-duanya digalakkan berbudi. Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi

ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak,

dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

Daripada pendapat di atas didapati bahawa semua sifat budi dipadankan dengan

manusia. Justeru, maksud pertama pantun di atas ialah orang perempuan yang

dianggap indah dan orang lelaki yang dianggap tampan kerana sikap, perangai,

tingkah-laku dan perbuatan terpujinya selaras dengan nilai dan normal masyarakat.

Manakala, maksud kedua pula ialah kemajuan sesuatu bangsa itu kerana

bahasanya. Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) sistem

lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia, dan (2) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-

santun. Daripada maksud bahasa nombor (2) didapati bersamaan dengan maksud budi

nombor (2) dan nombor (3). Kedua-dua maksudnya merujuk kepada watak dan

perwatakan manusia. Daripada analisis terminalogi budi dan bahasa itu kita dapat

memahami peranan budi dan bahasa kepada manusia sebagaimana yang

dimaksudkan dalam pantun di atas.

Rangkap 4

Gembira terasa pabila berjalan,

Singgah di kota membeli barang;

Seperti yang dinyatakan di dalam rangkap 3 di atas, masyarakat melayu Tradisional

bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain hanya bergantung kepada tenaga

semata mata dan dalam pantun ini ialah berjalan. Individu yang tidak dinyatakan nama

di dalam pantun ini digambarkan berasa gembira berjalan dan dia singgah sebentar di

satu kota yang juga tidak dinyatakan maksudnya untuk membeli barang.

Budi bahasa jadikan amalan,

Barulah kita dihormati orang.

Salah satu motto yang digunakan dalam urusan surat-menyurat kerajaan ialah

“Bahasa Jiwa Bangsa.”Motto ini menggambarkan secara halus struktur fizik dan struktur

metafizik bahasa dan bangsa berkenaan.Melalui struktur fizik dan struktur metafizik

bahasa yang dipertuturkan oleh seseorang dapat diketahui bangsanya.Memang mudah

membezakan fizik bahasa antara dua bangsa, misalnya bangsa Melayu dengan bangsa

Inggeris, kerana perbezaannya yang ketara. Motto ini bukan dapat membezakan

struktur fizik dua atau lebih bahasa sesuatu bangsa sahaja, malahan dapat

membezakan struktur metafizik dua atau lebih bahasa sukuan kaum dalam rumpun

yang sama.

Misalnya, melalui pertuturan bahasa kita dapat mengenali dan membezakan

orang Melayu Kelantan, orang Melayu Kedah, orang Melayu Terengganu, orang Melayu

Negeri Sembilan dan orang Melayu Johor. Dalam satu negeri sekalipun, bahasa dapat

membezakan lokasi petempatan.Misalnya, pertuturan orang Melayu Terengganu dari

Besut berbeza dengan pertuturan orang Melayu Terengganu dari Kuala Berang atau

orang Melayu Terengganu dari Dungun. Dalam kelompok orang Melayu Dungun pula

misalnya, bahasa masih berperanan sebagai penunjuk petempatan kerana bahasa

orang Melayu Dungun dari Kampung Pasir Raja berbeza dengan bahasa orang Melayu

Dungun dari Kampung Tokkah dan bahasa kedua-duanya juga berbeza dengan bahasa

orang Melayu Dungun dari Kampung Paka. Perbezaan itu dapat dikenali melalui nada,

kelancaran, cara ujaran, dialek, struktur ayat, sebutan, nahu dan sebagainya.

Melalui motto “bahasa jiwa bangsa” juga dapat diketahui budi bahasa seseorang,

walaupun mereka berasal dari petempatan atau kampung atau taman perumahan yang

sama. Laras bahasa alim ulama atau mereka yang berpendidikan tinggi berbeza

dengan laras bahasa petani-nelayan, ahli perniagaan atau mereka yang berpendidikan

rendah.

Rangkap 5

Anak Cik Siti menjual pantun,

Pantun dibeli si anak nyonya.

Masyarakat melayu terkenal dengan budaya mejual pantun.Menjual di sini bukan

bermaksud menjual untuk mendapatkan keuntungan dari segi kewangan dan

sebagainya. Sebaliknya menjual di sini membawa maksud memberikan pantun kepada

seseorang dengan hasrat seseorang akan membalas pantun tersebut dengan bentuk

pantun juga. “Anak Cik Siti” di dalam pantun ini membawa mewakili kaum Melayu dan
“si anak nyonya” mewakili kaum Cina peranakan yang menetap di negeri Melaka.

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik

kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah

Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.Bagaimanapun,

sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi

sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga

dengan kedudukan ini.Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina

yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-

pendatang Cina masuk.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana

kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-

unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka

terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui

perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah

punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai

"Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina

dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat

popular di kalangan remaja. Maka dapat disimpulkan di sini, berlaku pertembungan

budaya antara kaum Melayu dan kaum Cina peranakan dan ini menggambarkan kedua-

dua kaum ini hidup sejahtera di dalam satu komuniti yang menggambarkan masyarakat

majmuk di Malaysia.

Baik hati bersopan santun;

Itulah insan mulia hatinya.

Orang yang kaya budi bahasa sentiasa disanjungi masyarakat. Walau ke mana

pun pergi mereka akan dihormati. Ibarat kata, datangnya bersambut, perginya

ditangisi.Mereka disanjungi masyarakat bukan kerana kekayaan harta.Mereka

disanjungi masyarakat kerana kekayaan budi bahasa.

Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan

terutama agama.Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama,

namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan. Dikatakan bahawa orang

yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi

bahasa.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->