You are on page 1of 1

koridor pembangunan sabah : sdc atasi kemiskinan tegar

tuesday, 22 january 2008

kota kinabalu: 21 jan 2008

pelancaran koridor pembangunan sabah (sdc) memberi peluang untuk mengatasi kemiskinan
tegar di kalangan penduduk luar bandar dan menjadi landasan lonjakkan ekonomi serta
pendidikan di kawasan-kawasan yang mempunyai taraf hidup di bawah paras kemiskinan.

naib ketua puteri umno malaysia, rosnah abdul rashid shirlin (gambar ) berkata pelancaran sdc
pada 29 ini oleh perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi menunjukkan bahawa
kerajaan pusat iaitu kerajaan barisan nasional (bn) memberi komitmen yang padu untuk
membantu kerajaan negeri sabah dalam mengubah corak hidup rakyat ke tahap yang lebih baik.

tambah rosnah yang juga ahli parlimen papar berkata, selain membasmi kemiskinan, sdc juga
mengutamakan pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan aktiviti bernilai tinggi dalam industri
dengan memfokus terhadap tiga sektor iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

'kita berharap sdc ini bakal memberi manfaat kepada semua rakyat. dengan pelancaran sdc,
maka ini menandakan satu projek besar yang akan membawa satu transformasi bagi negeri ini.
sdc juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada belia-belia di negeri ini

"selain menjadi satu transformasi bagi mempertingkatkan pembangunan fizikal negeri itu,
pelaksanaan sdc diharap dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat melalui pelbagai peluang
pekerjaan dalam tiga sektor tersebut," tambahnya.

justeru itu, beliau melihat pembangunan koridor yang dicadangkan ini sebagai dimensi baru
pembangunan negeri dan bakal membawa anjakan paradigma kepada rakyat dalam semua
aspek, dengan syarat pelaksanaannya perlu dikaji dan diteliti, kemudian dipantau dan
dikemaskini dari semasa ke semasa

beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran koridor pembangunan
sabah pada 29 jan ini oleh perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi hari ini.

terdahulu, malaysia telah melancarkan tiga koridor ekonomi -- wilayah pembangunan iskandar
(wpi), wilayah ekonomi koridor utara (ncer) dan wilayah ekopnomi pantai timur (ecer).

sdc boleh dilihat sebagai pelengkap kepada hala tuju sabah (pelan induk kemajuan dan
pembangunan sabah yang dilancarkan pada 2004) tetapi pada masa sama mempunyai keunikan
tersendiri kerana sdc adalah ilham perdana menteri ketika melancarkan misi nasional selaku
asas rancangan malaysia kesembilan (rmk-9).koridor ini akan dilaksanakan dalam tempoh 18
tahun (2008 hingga 2015).

You might also like