You are on page 1of 84

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 KPD 3026 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2011

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Penyelaras:

Prof.Dr. Othman Lebar

Penulis:

Prof. Dr. Othman Lebar Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim En.Omar Hisham Mohd Baharin En.Ismail Raof

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Guru Sebagai Penyelidik Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme Latar Sejarah dan Falsafah Kajian Tindakan Definisi Kajian Tindakan Ciri-ciri Kajian Tindakan Guru Kepentingan Kajian Tindakan Guru Perbandingan Kajian Tindakan dan Penyelidikan Konvensional Model Kajian Tindakan Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan PROSEDUR DAN PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Asas Teori Kajian Tindakan Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan Prosedur dan Proses Kajian Tindakan Mengenal pasti Masalah atau isu kajian tindakan Bagaimana merancang kajian tindakan? Apakah garis panduan fokus kajian tindakan? Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan Isu Keprihatinan Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah Ujian-Pra Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA Hasil Pembelajaran Pengenalan Pengumpulan Data

1 1 2 2 3 4 6 6 7 8 10 10 10 10

UNIT 2

11 11 11 11 13 14 16 17 18 20 20 20

UNIT 3

21 21 21 23 23 24 25 37 37 37 37

UNIT 4

38 38 38

Teknik Dan Alat Pengumpulan Data Mengurus Dan Menganalisis Data Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri Rujukan UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Persediaan Untuk Menulis Susun Atur Kandungan Laporan Rumusan Kata Kunci Rujukan PANDUAN MENULIS CADANGAN KAJIAN Hasil Pembelajaran Pengenalan Panduan Umum Memulakan Penulisan Kandungan Dan Susun Atur Cadangan Kajian Rumusan Kata Kunci Rujukan

39 52 59 59 60 60

61 61 61 63 64 64 64

UNIT 6

69 69 69 70 74 74 74

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN


HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir unit ini anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. memahami latar sejarah perkembangan kajian tindakan secara umum dan kajian tindakan dalam pendidikan mengetahui definisi-definisi kajian tindakan memahami asas falsafah dan pemikiran yang mendasari pelbagai pendekatan kajian tindakan memahami perbezaan di antara penyelidikan konvensional dan kajian tindakan

PENGENALAN
Teachers often leave a mark on their students, but they seldom leave a mark on their profession. Through the process and product of action research, teachers will do both. (Wolfe, 1989). Kenyataan ini menunjukkan bahawa guru adalah bertanggungjawab dalam mempastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Di samping itu, guru juga bertanggungjawab dalam memperkembangkan profesion perguruan itu sendiri. Dengan ertikata lain, perkembangan profesion perguruan adalah dipacu oleh perkembangan guru melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme secara berterusan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, arah aliran perkembangan profesionalisme guru banyak dipengaruhi oleh usaha-usaha ke arah perkembangan profesionalisme berasaskan penyelidikan. Budaya menyelidik di kalangan guru dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan. Satu elemen penting dalam perkembangan tersebut adalah penglibatan penyelidik daripada institusi pengajian tinggi. Dalam bentuk kolaborasi antara sekolah-universiti, budaya menyelidik tersebut boleh dimantap dan dilestarikan melalui kerjasama serta sokongan kepakaran daripada pensyarah/penyelidik. Di Malaysia, usaha-usaha memperkembangkan gerakan penyelidikan guru sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan Pendidikan Negeri melalui Jawatankuasa Penyelidikan telah menjalankan kursus-kursus kajian tindakan untuk guru-guru. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan juga telah menganjurkan kursus-kursus untuk pensyarah-pensyarah. Seminar tentang kajian tindakan telah juga dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi membincangkan hasil-hasil kajian tindakan yang telah dijalankan oleh guru-guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan. Malah aktiviti kajian tindakan merupakan salah satu agenda penyelidikan yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan di samping tugas-tugas mengajar.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

ISI KANDUNGAN
Guru Sebagai Penyelidik Gagasan guru sebagai penyelidik (teacher as researcher) yang dipelopori oleh Lawrence Stenhouse pada tahun-tahun 70 an di United Kingdom adalah merupakan satu usaha ke arah pembangunan profesionalisme guru. Gagasan ini menonjolkan kepentingan penyelidikan dalam tugas guru bagi meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka. Dengan ertikata lain, tugas guru bukan sahaja tertumpu kepada tugas rutin mengajar, tetapi juga bertindak menjadikan tugas mengajar itu menarik dan mendatangkan kepuasan. Gagasan ini juga menekankan yang sesuatu perubahan dan peningkatan amalan dan profesionalisme guru itu perlu digerakkan dari dalam kelompok itu sendiri. Dicetus dan dikembangkan oleh kelompok itu sendiri. Salah satu usaha yang boleh dijalankan adalah melalui kajian tindakan. Budaya menyelidik memerlukan bukan sahaja guru terlibat dalam inkuiri, tetapi juga guru serta lain-lain pihak secara kolaboratif mencari kefahaman yang lebih baik tentang pendidikan dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan. Bagi mempastikan budaya menyelidik terus wujud dan dikekalkan di sekolah, memerlukan komitmen dan penghargaan yang berterusan terhadap usaha inkuiri, saling menghormati, serta saling sokong menyokong di antara guru dan pihak pentadbir; kesanggupan untuk mencuba idea dan amalan baru; serta sentiasa bersikap terbuka kepada perkaraperkara yang tidak dijangka. . Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. Guru sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi pedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Schon (1983) mengemukakan konsep reflection-in-action dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru. Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme guru mungkin berkembang dalam ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut: x x x Profesional melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif. Profesional mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan x Profesional dipertanggungjawabkan mengguna dan mengamalkan amalan-amalan yang terbaik (Sagor, 2000)

Melalui kajian tindakan guru akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Adalah dikatakan bahawa kajian tindakan merupakan kajian pengamal (practitioner research) yang boleh digunakan untuk meningkatkan amalan profesional dalam pelbagai bidang pekerjaan (McNiff, Lomax & Whitehead, 1996). Kajian pengamal merupakan kajian yang dilakukan oleh individu terhadap amalannya. McNiff, Lomax dan Whitehead percaya bahawa kajian tindakan yang dilakukan dengan baik boleh menyumbang kepada perkembangan kendiri; menambahbaik amalan professional; meningkatkan keberkesanan institusi; dan memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat. Bagi mereka, kajian tindakan adalah satu cara bekerja yang boleh membantu dalam mengenalpasti perkaraperkara yang kita percaya dan kemudian bekerja secara sistematik dan kolaboratif untuk menjadikannya satu kenyataan.

Adakah profesion guru satu profesion yang profesional? Bagaimana kah kajian tindakan dapat menyumbang kepada profesionalisme guru?

Latar Sejarah dan Falsafah Kajian Tindakan Sebagai satu pendekatan kajian, terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang menjadi asas perkembangan kajian tindakan. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang menyumbang kepada pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Kajian tindakan dalam bidang pendidikan memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik. Penulis-penulis seperti Adelman (1993) dan Kemmis, (1982) misalnya banyak membicarakan tentang latar belakang perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Smith (2001) telah membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. Beliau merujuk kepada tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan, yang lebih melihat kajian tindakan sebagai kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan Kemmis (1986) seperti berikut: Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these practices, and the situations in which the practices are carried out. (1986, ms. 162) Namun begitu, asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-1947) di Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan action research (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan tahun-tahun 1940an, Kurt Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang menjelaskan kajian tindakan sebagai, .proceeding in a spiral of steps, each of which is composed of planning, action and the evaluation of the result of action (Kemmis & McTaggert, 1990:8). Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya sejak awal abad ke 20 (Wallace, 1987). Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada masa itu difahamkan sebagai, the systematic collection of information that is designed to bring about social change, (ms. 223). Mengikut McKernan (1996), sejak itu kajian tindakan telah dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut: i. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metod saintifik telah digunakan dalam pendidikan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

ii.

Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja John Dewey yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah, psikologi dan pendidikan. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam tahun-tahun 1940an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok, prasangka kaum dan pembangunan semula sosial, yang merupakan kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947). Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat.Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis, pengumpulan fakta, pengkonseptualan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian tindakan. Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of Technology di Amerika, dan di Tavistock Institute, di United Kingdom. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat yang melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey (Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan mereka.

iii.

iv.

v.

Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza, termasuklah kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. Di United Kingdom pula kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991), dan di Australia, kajian tindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara kolaboratif (Kemmis, 1990). Definisi Kajian Tindakan Terdapat pelbagai variasi dalam tradisi kajian tindakan seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan penyelidikan konvensional. Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan adalah seperti berikut: Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action. (Kurt Lewin, 1947) Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions. (Stephen Corey, 1953) Action Research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually acceptable ethical framework. (Rapoport, 1970)

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya, beberapa pandangan serta definisi yang lebih terkini telah dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and solve pressing problems in social settings. (ms. 6). Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan adalah, a form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out (ms. 5). Manakala John Elliott (1991) pula mengatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu. Dengan ertikata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Bagi Mc Niff (1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan, namun kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama orang dalam (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengubah dan mempertingkatkannya.

1. Cuba anda senaraikan kata kunci yang terdapat dalam definisi-definisi di atas yang menjelaskan tentang kajian tindakan. Contoh: refleksi kendiri i. ii. iii. iv. v. 2. Dengan perkataan anda sendiri, cuba definisikan kajian tindakan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Ciri-ciri Kajian Tindakan Guru Pada asasnya kajian tindakan mempunyai ciri-ciri berikut: x x x x x x
x x x

Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan bilik darjah Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai masalah, perubahan institusi atau meningkatkan perkembangan guru Dijalankan dalam situasi sebenar dan selalunya menggunakan teknik participant observation untuk mengkaji sesuatu fenomena Merupakan proses kolaboratif, dengan individu-individu yang bertanggungjawab kepada tindakan yang menjalankan kajian Melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah Mengembangkan pengetahuan professional guru dalam disiplin spesifik Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek (gelungan kajian tindakan)

Kepentingan Kajian Tindakan Guru Dalam perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa kajian tindakan sekiranya dijalankan dengan baik akan memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid. Jelaslah bahawa kepentingan kajian tindakan ini boleh dijadikan: i. Sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data

Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kerelevannya, ianya mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik. Kajian dapat membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam mengenalpasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat berasaskan data. ii. Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru

Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan profesionalisme guru.Dengan ertikata yang mudah, sebagaimana mengikut Lawrence Stenhouse, tiada perkembangan kurikulum tanpa perkembangan guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

professional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab. Perbandingan Kajian Tindakan dan Penyelidikan Konvensional Kajian tindakan dijalankan untuk menjawab masalah praktikal khusus yang menghasilkan tindakan. Fokus kajian tindakan banyak bergantung kepada kerelevanannya kepada konteks khusus di mana ia berlaku (Hitchcock & Hughes, 1995). Penyelidik kajian tindakan biasanya menggabungkan data, menggunakan kedua-dua sumber data kualitatif dan kuantitatif. Dapatan adalah dikongsi dengan mereka yang terlibat atau menerima kesan secara langsung, supaya mereka boleh mengambil tindakan berasaskan kepada dapatan. Pada asasnya, kajian tindakan dan kajian konvensional tidak banyak perbezaannya. Perbezaan yang ketara adalah berkaitan dengan tindakan yang merupakan sebahagian daripada proses dan prosedur kajian tindakan. Bagi kajian konvensional, tindakan biasanya bergantung kepada tujuan kajian, dan biasanya jarang dilakukan tindakan memandangkan kajian konvensional dijalankan terhadap isu dan masalah orang lain bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Untuk melihat dengan lebih lanjut lagi persamaan dan perbezaan antara kajian tindakan dan kajian konvensional, Jadual 1 menggariskan secara ringkas ciri-ciri kedua-dua kajian tersebut. Jadual 1 : Perbandingan Kajian Tindakan dan Kajian Konvensional Kajian Tindakan OBJEKTIF memperbaiki amalan sendiri dan membentuk teori praktis REKABENTUK boleh ubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar SUBJEK KAJIAN Penyelidik sebahagian daripada subjek kajian KAEDAH dijalankan dalam situasi sebenar dan memerlukan tindakan dan penilaian ke atas tindakan LAPORAN KAJIAN menggunakan bahasa yang mudah difahami Kajian Konvensional OBJEKTIF menguji teori, membuat generalisasi dan menjelaskan prinsip REKABENTUK ditetapkan terlebih dahulu dan tetap

SUBJEK KAJIAN merupakan sampel yang dipilih KAEDAH bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih, tidak semestinya dalam situasi yang sebenar LAPORAN KAJIAN lebih bersifat teknikal dan memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya

Secara lebih luas lagi, mengikut Zuber-Skerritt (1992), kajian tindakan sebagai pendekatan alternatif kepada penyelidikan konvensional adalah berbeza berdasarkan perkara-perkara berikut: praktikal dapatan serta pengetahuan yang diperolehi melalui kajian tindakan bukan sahaja ada kepentingan teoretikal dalam perkembangan pengetahuan dalam sesuatu bidang, tetapi juga ia membawa kepada peningkatan yang praktikal semasa dan selepas proses penyelidikan. partisipatif dan kolaboratif penyelidik terlibat secara langsung bersama dengan subjek mengkaji masalah praktikal dan meneliti penyelesaian serta meningkatkan amalan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

emansipatori pendekatannya bukan berhirarki, tetapi semua pihak yang terlibat dalam penyelidikan adalah samarata dalam memberi sumbangan kepada penyelidikan. interpretif banyak bergantung kepada pandangan dan interpretasi orang-orang yang terlibat dalam penyelidikan. kritikal partisipan adalah lebih bersifat kritikal dalam proses penyelidikan bagi mencari jalan yang paling sesuai untuk peningkatan amalan dalam konteks kekangan yang terdapat. Penyelidik lebih bertindak sebagai agen perubahan yang kritikal. Mereka mengubah persekitaran dan dalam proses tersebut mereka berubah.

Model Kajian Tindakan Dalam perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model atau skema dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt, Jack Whitehead, Somekh, Stringer dan lain-lain. Kemmis, Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin (McNiff, 2001). Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep asal Lewin, tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau mengembangkan model nya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah educational action research. Dalam buku beliau yang bertajuk Action Research Planner, beliau telah memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Rajah 1 dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skima yang dikemukakan oleh beliau. Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan terutamanya dalam pendidikan adalah banyak. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke atas polisi pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas amalan mereka sendiri

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang dikemukakan oleh Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan. Somekh (1989) pula telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 2. Rajah 2: Model Somekh (1989)

2. Mengumpul data 1. Mengenalpasti masalah/ Fokus yang diminati 3. Menganalisis data/ membentuk hipotesis

8. Putaran seterusnya

4. Merancang tindakan

7. Menganalisis dan

5. Melaksanakan pelan Menilai tindakan

6. Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Di Australia, Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan seperti berikut:

Rajah 4: Model Stringer, (2004) Merekabentuk

Mengambil Tindakan

Mengumpul Data

Menyampai Hasil

Menganalisis Data

Berdasarkan beberapa model di atas, jelaslah bahawa prosedur dan proses kajian tindakan adalah mengikut proses satu gelungan langkah-langkah, dijalankan oleh satu kumpulan yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan amalan dalam situasi kerja sendiri.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

RUMUSAN
Jelaslah bahawa kajian tindakan dalam konteks penyelidikan guru telah luas dijalankan terutama di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Perkembangan secara perlahanlahan telah mula berjalan di Malaysia melalui inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri, serta minat yang mula berkembang di kalangan segelintir guru. Secara teori dan praktiknya kajian tindakan memang serasi dengan tugas guru yang sentiasa berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran serta tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Proses dan prosedur kajian tindakan sebenarnya boleh merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan meningkatkan amalan mereka. Dengan ertikata lain, kajian tindakan boleh merupakan pedagogi atau sebahagian daripada pedagogi guru memandangkan proses dan prosedurnya adalah bersesuaian sekali dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang baik, seperti juga pengamal reflektif dalam profesion lain, sentiasa menguji, mengubahsuai dan merangka semula model amalan mereka berdasarkan pengalaman dan refleksi mereka dengan mengkaji apa yang mereka buat. Dengan itu guru akan mencipta pengetahuan baru untuk amalan yang lebih berkesan.

KATA KUNCI
1. Guru sebagai penyelidik 2. Guru sebagai professional 3. Kajian pengamal (practitioner research) 4. Refleksi kendiri

PENILAIAN KENDIRI
1. Guru sebagai penyelidik sering dikaitkan dengan perkembangan kajian tindakan dalam pendidikan. Bincangkan konsep tersebut dengan mengaitkannya dengan konsep guru sebagai professional. 2. Bincangkan latar sejarah dan asas falsafah Kajian Tindakan. Mengapakah kajian tindakan berbeza dengan penyelidikan konvensional? 3. Bincangkan tentang definisi kajian tindakan serta perkaitannya dengan amalan guru.

4. Terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah dikemukakan. Teliti model-model tersebut dan bincangkan persamaan dan perbezaannya.

RUJUKAN
Carr, W. & Kemmis, S., (1986) Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research, London:Falmer Press Elliott, J., (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham:Open University Press Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

11

UNIT 2 PROSEDUR DAN PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. Memahami asas teori kajian tindakan Memahami prinsip, prosedur dan proses kajian tindakan

PENGENALAN
Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan metod kuantitatif dan kualitatif. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau menggunakan keduaduanya sekali dalam satu kajian. Rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza. Kajian tindakan sering dikaitkan dengan kajian pengamal. Terasnya adalah pembentukan dan peningkatan amalan berdasarkan pengetahuan baru yang diperolehi dan dikembangkan dalam konteks kerja dan tugas seharian. Seperti juga dengan pendekatan penyelidikan yang lain, kajian tindakan mempunyai asas andaian dan teoretikal yang menjadi asas kepada prosedur dan perlaksanaannya. Dalam perkembangan kajian tindakan terdapat beberapa pendekatan yang dipelopori oleh kumpulan-kumpulan tertentu bergantung kepada asas fahaman yang dipegang. Ada yang melihatnya dari sudut praktikal, dari sudut sosial, dari sudut penilaian dan ada juga yang melihatnya dari sudut kepimpinan organisasi. Kepelbagaian pendekatan inilah yang menjadikan kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakanya dengan pendekatan penyelidikan konvensional yang lain.

ISI KANDUNGAN
Asas Teori Kajian Tindakan Terdapat pelbagai perspektif teori dan falsafah yang menjadi dasar amalan penyelidik guru pada hari ini. Makna kajian tindakan mungkin berbeza bagi seorang penulis dengan seorang penulis yang lain. Mills (2003) misalnya membahagikan secara umumnya dua teori utama kajian tindakan iaitu Kajian Tindakan Kritikal (Critical Action Research) dan Kajian Tindakan Praktikal (Practical Action Research). McKernan (1996) pula membahagikan asas teori dan model proses kajian tindakan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan saintifik; kajian tindakan praktikal-deliberatif; dan kajian tindakan kritikal-emansipatori. OBrien (1998) mengenalpasti empat jenis kajian tindakan yang digunakan sekarang: tradisional, kontekstural, radikal dan pendidikan. Kajian tindakan tradisional menumpukan kepada dinamika kumpulan

11

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

12

seperti perhubungan buruh dan pengurusan; ianya berasal dari teori Kurt Lewin. Kajian tindakan tradisional banyak digunakan dalam bidang perkembangan organisasi dan sistem maklumat. Kajian tindakan kontekstural juga dipanggil sebagai pembelajaran tindakan. Tavistock Institute di England mencipta kajian bentuk ini yang menumpukan kepada reconstituting struktur perhubungan antara aktor-aktor dalam persekitaran sosial. Fokus Tavistock Institute adalah ke atas perhubungan antara organisasi; kajian tindakan kontekstural menumpukan kepada transformasi sosial melalui kata sepakat dan inkrementalisme. Fokus kajian tindakan radikal adalah terhadap transformasi sosial melalui proses yang menekankan perjuangan memperkuatkan kelompok-kelompok pinggiran dalam masyarakat. Lain-lain fokus adalah emansipasi dan mensetarakan kuasa yang tidak seimbang. Kebanyakan kajian tindakan feminis hari ini termasuk dalam kategori kajian tindakan radikal. Asas kajian tindakan pendidikan dibina oleh Dewey di peringkat awal abad ke dua puluh. Teras kajian tindakan pendidikan termasuklah: perkembangan kurikulum, perkembangan professional, serta menggunakan pembelajaran dalam konteks sosial. Kajian tindakan pendidikan selalunya dijalankan apabila penyelidik universiti bekerjasama dengan guru. Berdasarkan penelitian ke atas pandangan penulis-penulis berkaitan dengan kajian tindakan, rekabentuk asas kajian tindakan seperti berikut sering juga dibincangkan: i. Kajian Tindakan Kritikal

Mempunyai asas teori daripada pemikiran teori kritikal dalam sains sosial dan kemanusiaan serta teori-teori pasca modenisme. Berdasarkan asas-asas teori ini, kajian tindakan kritikal mencabar makna dan maksud kebenaran dan objektiviti sebagaimana yang dilihat oleh metod saintifik tradisional. Asas teori pascamodenisme melihat kebenaran sebagai relatif, mengikut keadaan dan situasi dan pengetahuan berkembang berdasarkan pengetahuan lepas. Ini yang menyebabkan penyelidikan yang dijalankan oleh orang luar dan dapatannya diminta guru menggunakannya tidak begitu dapat menarik perhatian dan minat guru. Ada kemungkinan ianya tidak relevan dengan amalan harian guru atau kekurangan aspek praktikalnya, ataupun cara dapatan dilaporkan tidak dapat diakses atau difahami dengan baik oleh guru. Oleh itu mengikut Stringer (1993), nilai-nilai kajian tindakan kritikal menyarankan bahawa semua penyelidikan pendidikan patutlah repsonsif secara sosial dan bersifat: x Demokratik yang membolehkan penyertaan dan penglibatan individu x Kesamarataan dengan menghormati dan menghargai nilai kesamarataan x Membebaskan - daripada tekanan dan keadaan yang melemahkan x Meningkatkan mengupayakan potensi sebenar seseorang ii. Kajian Tindakan Praktikal

Menekankan pendekatan bagaimana dalam proses kajian tindakan. Ia mengandaikan bahawa individu guru atau kumpulan guru adalah mempunyai autonomi dan bebas menentukan bentuk kajian yang akan dijalankan. Ia juga mengandaikan yang penyelidik guru adalah komited kepada perkembangan profesional berterusan dan keberkesanan sekolah, dengan itu penyelidik guru perlu menilai dan mereflek secara sistematik amalan mereka dari semasa ke semasa. Perspektif kajian tindakan praktikal mengandaikan penyelidik guru mampu membuat keputusan dalam memilih bidang fokus kajiannya, menentukan teknik koleksi datanya, menganalisis dan menginterpret data serta membentuk pelan tindakan berasaskan dapatan kajian. iii. Kajian Tindakan Partisipatori

Kajian tindakan jenis ini melibatkan semua partisipan secara samarata di mana tidak ada wujud hirarki antara penyelidik dan pengamal. Antara matlamat penyelidik adalah untuk mengurangkan jarak antara masalah sebenar yang dikenalpasti oleh pengamal dan teori yang digunakan untuk menjelas dan menyelesaikan masalah. Penyelidik juga membantu dalam perbincangan reflektif dengan pengamal untuk

12

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

13

mengenalpasti masalah dan andaian. Ini membantu penyelidik menjadi ahli kolaboratif kumpulan (Holter & Schwartz-Barcott, 1993; Kemmis & McTaggart, 1988) Di Australia pula, Zuber-Skerritt (1992) telah memperkenalkan model CRASP (Critical, Reflective, Accountable, Self-Evaluating, Participative) yang menekankan kepada konsep dan prosedur kajian tindakan sebagai satu proses inkuiri kritikal dan kolaboratif, dijalankan oleh pengamal yang reflektif serta bertanggungjawab dan menjadikan dapatan kajian mereka diketahui oleh orang ramai. Di samping itu, penyelidik juga merupakan penilai-kendiri terhadap amalan mereka serta terlibat dalam menyelesaikan masalah secara partisipatif dan dapat menyumbang kepada perkembangan profesionalisme yang berterusan. Dalam konteks kajian tindakan yang menekankan ciri-ciri partisipatori dan kolaboratif, Grundy dan Kemmis (1988:87) menjelaskan seperti berikut: Action research is research into practice, by practitioners, for practitionersIn action research, all actors involved in the the research process are equal participants, and must be involved in every stage of the researchThe kind of involvement required is collaborative involvement.Collaborative participation in theoretical, practical and political discourse is thus a hallmark of action research and the action researcher. Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan Menurut Elliot (1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial di sekolah. Dalam usaha menyelidik, guru sebenarnya melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri. Sehubungan itu, untuk melaksanakan kajian tindakan dengan berkesan anda perlulah: i. membuat perancangan yang mengandungi langkah-langkah dan tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kajian. ii. menjalankan tindakan dengan melaksanakan setiap perancangan dalam situasi yang sistematik dan terkawal iii. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci. iv. refleksi ke atas tindakan perlu dilakukan kerana ia penting untuk pembinaan makna situasi sosial dan menyediakan asas untuk perancangan tindakan anda selanjutnya selanjutnya.

Sebagaimana yang disenaraikan di atas, rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Perlu diingat bahawa kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan dan ia berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan kerana yang meyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya. Sebagai pendekatan penyelidikan pendidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza. Prosedur dan Proses Kajian Tindakan Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun bentuk kajian itu agak berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama. Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i) mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii)

13

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

14

pelaksanaan tindakan, (iv) pemerhatian dan analisis data (v) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam kajian tindakan. Rajah 1 Gelungan Kajian Tindakan

Proses kajian tindakan serta langkah-langkah yang terlibat akan dijelaskan lebih lanjut dalam unit berikutnya. Unit ini akan menumpukan kepada isu dan masalah yang boleh dikenal pasti dalam kajian tindakan serta bagaimanakah perancangan yang perlu dibuat bagi mempastikan isu dan masalah yang telah dikenal pasti itu dapat diselesaikan atau diatasi. Mengenal pasti Masalah atau isu kajian tindakan Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap. Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik. Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah merupakan masalah yang berbangkit di dalam proses dan persekitaran sesuatu pengajaran. Misalnya dalam satu-satu tempoh pengajaran matematik, guru mungkin menghadapi masalah meneruskan pengajaran apabila terdapat seorang dua pelajar yang tidak menguasai sifir atau tidak dapat mendarab atau tidak dapat menghafal sifir maka adalah sukar untuk guru terus mengajar operasi darab. Bagi guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pula misalnya mendapati beberapa orang murid yang gagal berkomunikasi dengan baik. Kewujudan murid-murid sedemikian di dalam bilik darjah akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Atau pada peringkat yang lebih tinggi sedikit, guru-guru kadang-kadang berhadapan dengan masalah murid yang tidak dapat menulis karangan dengan baik kerana tidak tahu

14

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

15

mengadakan isi-isi penting bagi sesuatu tajuk. Atau kalau tahu isi-isi penting gagal pula menyediakan penulisan yang baik bagi mengketengahkan isi-isi berkenaan. Tidak dapat membuat ayat topik, ayat huraian maupun ayat contoh. Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh guru kerana sekiranya dibiarkan ia akan membantutkan kemampuan pembelajaran murid berkenaan seterusnya. Dalam pengajaran-pembelajaran sains misalnya, guru-guru mungkin terjumpa dengan keadaan di mana murid-murid gagal mengenal pasti peralatan-peralatan yang digunakan di dalam kerja-kerja amali. Masalah ini membolehkan arahan guru tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh murid-murid. Begitu juga sekiranya guru pendidikan jasmani yang mungkin menghadapi masalah dalam kalangan murid-murid tertentu tentang kekurangan daya tahan kardiavaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelajuan, ketangkasan dan kelenturan atau tindak balas merespon murid. Oleh yang demikian guru harus mempunyai rancangan untuk mengatasi kelemahan murid seperti yang dibincangkan. Daripada contoh-contoh isu dan masalah-masalah dalam beberapa mata pelajaran seperti yang dibincangkan di atas, guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit di dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat keutamaan kepada isu-isu berkenaan. Kenapa guru perlu membuat keutamaan? Guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu berkenaan, dikatakan sebagai isu prihatin iaitu sekiranya isu tersebut tidak diatasi ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru seterusnya. Dan sekiranya masalah prihatin berkenaan tidak di atasi oleh pihak murid berkenaan pula maka ia akan menyebabkan murid berkenaan tidak dapat mengikuti pembelajaran seterusnya. Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut: x x x x x Apa yang kita hendak ketahui? Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut? Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji? Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan? Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan situasi pengajaran sebenar di dalam bilik darjah, anda sudah tentu menemui pelbagai masalah dalam pengajaran. Kalau begitu, bagaimana guru mengenal pasti isu yang akan dijadikan kajian tindakan? Garis panduan berikut mungkin boleh membantu: Skop kajian: x x x adakah isu/masalah tersebut wujud di dalam kelas pengajaran saya? bolehkah saya melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah tersebut? bolehkah saya melakukan perubahan ini bersendirian atau memerlukan bantuan rakan guru lain?

Kerelavanan isu/masalah x x x x sejauh mana pentingnya isu tersebut perlu diperbaiki? apakah ia merupakan isu jangka panjang atau jangka pendek? apa tindakan sebenar yang boleh saya lakukan untuk mengatasi isu tersebut? adakah saya benar-benar berminat untuk memperbaiki isu ini?

Kebolehurusan fokus kajian:

15

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

16

x x

adakah saya benar-benar mempunyai masa untuk memperbaiki isu ini? kalau ya, apakah persiapan yang perlu saya lakukan?

Keserasian dengan tugas mengajar: x x apakah usaha yang akan saya lakukan nanti sememangnya saya sentiasa lakukan? bolehkah kerja-kerja kajian tindakan ini saya gabungkan dengan kerja mengajar saya seharian?

Dalam merancang usaha untuk memperbaiki kelemahan murid tersebut sebenarnya bukanlah suatu perkara asing bagi kebanyakan guru. Tugasan berkenaan memang berkaitan dengan merancang pengajaran bezanya merancang sesuatu aktiviti kecil dan fokus kepada isu tersebut sahaja. Cumanya sebagai guru yang bertanggungjawab hanya menentukan sama ada aktiviti tersebut hendak dilaksanakan semasa proses pengajaran ataupun memperuntukan sedikit masa berinteraksi dengan murid berkenaan selepas waktu mengajar. Oleh itu, pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah: x x x Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat merangsang minat pembaca Skop nya cukup kecil supaya mudah diurus Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa

Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut. Misalnya berapa ramaikah pelajar yang sebernarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan masalah tersebut. Ini memerlukan maklumat atau data yang sesuai untuk mengetahuinya. Oleh itu, guru perlu lah mengumpul data yang sesuai melalui pelbagai cara seperti menjalankan ujian pra, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti. Bagaimana merancang kajian tindakan? Dalam persekitaran bilik darjah yang dilalui saban hari tentunya guru-guru sekelian tidak pernah sunyi daripada pelbagai masalah. Masalah-masalah yang mungkin berpunca dari murid-murid. Murid nakal semasa guru mengajar, murid malas belajar, murid tidur semasa guru mengajar, murid tidak memberi perhatian semasa guru mengajar dan lain-lain lagi yang sering menjadi masalah kepada guru dan mempengaruhi keseluruhan mod pembelajaran terganggu. Sebagai seorang guru yang komited, kita akan membuat refleksi selepas setiap pengajaran kita. Guru yang sering membuat refleksi, membuat muhasabah serta penilaian kendiri adalah guru yang baik. Guru yang sentiasa mahu memperbaiki diri. Guru yang ingin melihat kejayaan dalam kalangan murid-murid. Oleh yang demikian guru mungkin sentiasa bertanya: y bagaimana masalah seperti di atas berlaku? y apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut? y apakah saya mampu melaksanakannya? Secara professional, masalah-masalah seperti yang digambarkan di atas, yang berlaku di dalam sesebuah bilik darjah semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait dengan isu yang berpunca daripada (1) personaliti guru, (2) ketidakesesuaian kaedah pengajaran yang diguna guru, (3) ketidaksesuaian bahan bantu mengajar yang diguna guru, (4) yang berkait rapat dengan aras kesukaran isi kandungan pengajaran yang disampaikan guru dan/atau (5) murid itu sendiri.

16

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

17

Sebagai seorang guru yang berpengalaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, cuba anda jelaskan masalah yang timbul yang berkait dengan isu; (1) guru ________________________________________________________________________ (2) kaedah pengajaran ________________________________________________________________________ (3) bahan bantu mengajar ________________________________________________________________________ (4) isi kandungan _______________________________________________________________________ (5) murid ________________________________________________________________________ Apakah garis panduan fokus kajian tindakan? Tidaklah dapat dinafikan bahawa guru-guru berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang digambarkan di atas. Namun guru mestilah bersifat selektif bagi memudahkan guru memberi fokus kajian. Di antara isu-isu yang banyak, guru perlu membuat keutamaan isu yang perlu diselesaikan segera. Pertimbangkan soalan-soalan berikut: y mustahakkah isu tersebut untuk guru membuat kajian? y mustahakkah isu tersebut kepada murid yang terlibat? y mampukah saya mengendalikan kajian ini berseorangan atau memerlukan rakan untuk membantu? y bolehkah kajian ini diurusi dengan baik? y apakah manfaat yang diperolehi guru dengan mendalami isu berkenaan? Ini bererti guru perlu mendalami setiap isu. Murid nakal, murid malas belajar, murid tidur semasa belajar, murid tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru, murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru dan banyak isu lain yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan guru, kredibiliti guru, yang sekiranya dibiarkan bukan sahaja akan mengecewakan guru tapi juga murid berkenaan, ibu bapa serta pentadbir sekolah. Sekiranya kedapatan beberapa murid tidak dapat menguasai pengajaran guru, berdasarkan pengalaman anda dengan: (1) menyenaraikan masalah yang timbul misalnya dalam satu tempoh masa pengajaran? ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ (2) membuat keutamaan bagi masalah-masalah tersebut mengikut urutan.

17

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

18

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ (3) mendalami isu tersebut untuk mendapat jawapan mengapa ia terjadi kepada murid berkenaan. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ (4) mencadangkan aktiviti bagaimana anda akan mengatasi masalah ini? ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

RUMUSAN
Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin, ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

18

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

19

Sila isikan pelan kajian tindakan di bawah berdasarkan masalah yang anda pernah alami semasa mengajar.

Pelan Kajian Tindakan Nama: Sekolah: Tahap persekolahan: Soalan Kajian: Kemukakan soalan yang memfokuskan kajian anda. Pastikan untuk memasukkan apakah pembelajaran yang akan berlaku dan amalan pengajaran yang akan dijalankan

Hasil Pembelajaran: Apakah pembelajaran spesifik yang akan berlaku?

Fokus Pengajaran: Jelaskan amalan pengajaran spesifik yang akan dijalankan dan dikaji. Nyatakan bila dan bagaimana amalan akan dijalankan

Pengumpulan Data: Nyatakan sumber data yang akan dikumpul yang selari dengan masalah bilik darjah. Berapa kerap anda akan mengumpul data? Sumber Data 1: (Apa dan Bagaimana?) Sumber Data 2: (Apa dan Bagaimana?) Sumber Data 3: (Apa dan Bagaimana?)

Sokongan: Apakah sokongan yang diperlukan daripada rakan sekerja?

Sumber: A Project of the Florida Department of Education In collaboration with the University of Central Florida

19

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

20

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. Tinjauan Awal (Reconnaisance) Gelungan Pemerhatian Refleksi

PENILAIAN KENDIRI
1. Berdasarkan rajah di bawah, cuba anda jelaskan tentang prinisp dan prosedur kajian tindakan yang biasa dijalankan.

2. Kajian tindakan merupakan metodologi yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa kajian dijalankan. Sejauhmana kah anda bersetuju dengan kenyataan ini dan mengapa?

RUJUKAN
Elliot, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press. Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey:Pearson Prentice Hall

20

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

21

21

UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Memahami prosedur dan proses kajian tindakan Mengenalpasti dan memahami masalah kajian yang sesuai Merancang tindakan yang sesuai dengan masalah yang dikenal pasti Menilai tindakan yang dijalankan berdasarkan maklumat yang sesuai dan boleh dpercayai

PENGENALAN
Unit ini akan menjelaskan tentang prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru. Langkah-langkah umum kajian tindakan iaitu Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Melaksanakan Tindakan, Pemerhatian dan Analisis Data dan Refleksi dan Penilaian akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

ISI KANDUNGAN
Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan Langkah1: Tinjauan Awal (Reconnaisance) Mengenal pasti masalah dan fokus kajian

Proses kajian tindakan bermula di peringkat ini apabila anda berfikir untuk meneroka dan mengenal pasti masalah yang dihadapi di sekolah serta anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini tidak sukar dilaksanakan kerana pada kebiasaannya, anda sering berbincang secara lisan dengan rakan sejawat yang lebih berpenglaman untuk mendapatakan nasihat dan panduan tentang bagaimana hendak mengatasi sesuatu situasi sosial atau masalah yang dihadapi di sekolah. Maklumat daripada perbincangan itu, boleh anda dijadikan sebagai asas untuk mengenal pasti masalah dan seterusnya menjalankan kajian tindakan secara lebih sistematik. Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Mengenal pasti isu dan memperkecilkan topik kajian Fikirkan satu situasi sosial di sekolah yang ingin anda perbaiki dan jawab soalan-soalan berikut: Apakah yang sedang berlaku? Jangkaan Jawapan

Bagaimanakan keadaan isu/maslah/situasi itu boleh wujud?

sesuatu

Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada pelajar/pengkaji?

Siapakah yang berminat dan boleh membantu saya? Apakah yang tindakan yang akan dilakukan oleh rakan saya untuk mengatasi keadaan atau situasi berkenaan?

Bagaimana pengalaman saya tentang sesetengah perkara boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini?

Apakah idea baru yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keadaan atau situasi berkenaan?

Rumusan Masalah dan Persoalan Kajian:

Apabila anda mulai bertanya dan memikirkan jawapan bagi persoalan di atas, ini merupakan tanda permulaan anda berminat dan ingin mengenali isu dan mencari idea untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai panduan untuk anda menulis rumusan sesuatu masalah atau persoalan kajian itu, garis panduan berikut boleh digunakan: x x Cuba melibatkan masalah atau persoalan kajian yang boleh diambil tindakan Pilih masalah atau persoalan kajian yang penting bagi pelajar anda

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

x x x

Rumusan masalah atau persoalan kajian perlulah ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus dan untuk memperbaiki amalan sendiri Diletakkan dengan baik dalam konteks membina teori-teori daripada amalan sebenar

Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut. Misalnya berapa ramaikah pelajar yang sebernarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan masalah tersebut. Ini memerlukan maklumat atau data yang sesuai untuk mengetahuinya. Oleh itu, guru perlu lah mengumpul data yang sesuai melalui pelbagai cara seperti menjalankan ujian pra, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti. Cuba anda teliti contoh kajian yang telah dijalankan oleh guru berikut dan bagaimana masalah dikenal pasti dan difahami. Isu Keprihatinan Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek kemahiran membaca. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu murid dalam menguasai subjek- subjek lain. Rasional kajian ini dijalankan memandangkan kumpulan sasaran dalam kajian ini lemah dalam aspek membaca berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kumpulan sasaran dalam kajian ini gagal dalam membaca beberapa suku kata dan perkataan mudah yang diberi kepada mereka. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini merupakan satu masalah yang kompleks dan perlu diatasi agar murid-murid ini tidak tercicir dalam kecemerlangan akademik khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah sangat penting dalam membimbing murid mengolah ayat serta ejaan dengan betul dan tepat. Tinjauan Masalah Pemerhatian Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas pemulihan dan melalui respons murid kepada soalan - soalan yang diajukan. Temubual Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi temu bual ini dilakukan bersama murid di sekolah dan bersama ibu bapa atau penjaga dalam sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan pihak pentadbir dan guru pemulihan. Ujian Pra Ujian pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian. Ujian pra yang dijalankan meliputi beberapa aspek seperti : a. b. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Ujian penulisan melalui pita rakaman.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

c.

Ujian ( UPCH ) Ujian Pengesanan Tahap bacaan murid.

Analisis Tinjauan Masalah Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya dapati murid - murid ini lemah dalam aspek kemahiran membaca, kelemahan mereka dikenal pasti dalam aspek penyebutan terutamanya gabungan beberapa huruf vokal dan konsonan serta perkataan dalam ayat - ayat mudah yang dibaca. Kebanyakan mereka hanya dapat menyebut gabungan satu suku kata iaitu gabungan huruf vokal dan konsonan. Contoh : B+a v+k Temubual Hasil daripada temu bual yang dijalankan adalah seperti berikut: Dalam laporan kajian ini, saya hanya memaparkan hasil temu bual saya bersama tiga orang murid sahaja Dialog 1 Guru: Adakah anda berminat untuk belajar membaca ? D+a k+v C+a k+v

Murid: Ya, saya berminat. Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ? Murid : Saya rasa malu, cikgu. Guru : Adakah kamu tahu sebab kenapa kamu tidak pandai membaca ? Murid: Tak tahu, cikgu. Guru: Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai?

Murid : Perkataan yang susah dan panjang - panjang. Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ? Murid : Tidak. Dialog 2 Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ? Murid : Ya, saya berminat. Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Murid : Saya tak boleh kuasai subjek - subjek lah. Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai? Murid : Saya tidak pandai nak sebut huruf susah walau kh, dh, gh. Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ? Murid : Kadang - kadang. Guru : Kenapa ? Murid : Sebab saya tidak pandai membaca. Dialog 3 Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ? Murid : Kurang minat. Guru : Kenapa ? Murid : Susah. Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ? Murid : Malu diejek kawan. Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apakah yang sukar untuk dikuasai ? Murid : Susah nak eja dan susah nak baca huruf yang banyak dalam perkataan. Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ? Murid : Tidak, saya hanya belajar di sekolah sahaja. Guru : Kenapa ? Murid : Tidak ada orang yang hendak ajar saya. Ujian-Pra Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran membaca. Ujian pra yang dijalankan dalam beberapa aspek seperti : i. ii. iii. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Ujian penulisan melalui pita rakaman. Ujian bacaan ke atas setiap orang murid dalam kumpulan sasaran ini.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Jadual 1 menunjukkan dapatan daripada Ujian Pra yang telah saya jalankan : Jadual 1 : Tahap Penguasaan Murid Dalam Aspek Membaca Perkara / Aspek Isu Kumpulan Sasaran Lemah Penguasaan Huruf Penguasaan Huruf Besar dan Huruf Kecil Penguasaan KV ( ba) Penguasaan KVK ( Lam ) Penguasaan K+ K ( ng, ny ) Penguasaan V + V ( au, ai ) 6 4 5 6 2 6 Sangat Lemah 2 4 3 2 6 2

(Di petik daripada laporan kajian tindakan yang bertajuk Meningkatkan Peratus Murid Pemulihan dalam Menguasai Kemahiran Membaca dengan Kaedah Formula One oleh Norizan bt. Hj Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat, Besut. Terengganu.) Daripada contoh di atas, jelaslah bahawa pengkaji telah betul-betul dapat melihat magnitud masalah yang dikenal pasti untuk dikaji. Data-data yang diperolehi melalui temu bual, pemerhatian, uji pra dapat membantu pengkaji memahai masalah dengan lebih baik lagi. Setelah pengkaji mempunyai kefahaman yang jelas tentang masalah kajian, maka baru lah perancangan yang sesuai boleh dilakukan. Langkah 2: Merancang Tindakan

Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerjakerja kajian selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut: x x x x x x x x x Menulis pernyataan fokus kajian Definisikan pembolehubah yang berkaitan Bentuk soalan kajian Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan Bina garis masa (timeline) kajian Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang kajian tindakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain. Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut: x Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan pelajar tidak berminat belajar, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut: - Pelajar manakah yang tidak berminat? - Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar? - Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza? - Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau matapelajaran- matapelajaran tertentu sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat? - Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar? Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang sesuai berkaitan dengan masalah pelajar tidak berminat belajar. x Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teoriteori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah: - tugas dan tanggungjawab, aktiviti-aktiviti, bahan-bahan, struktur organisasi, falsafah dan konsep baru tentang perubahan, bagaimana aktiviti dijalankan, jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan, cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan formatif & sumatif, keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan, kelengkapan, tenaga, dan masa.

Merancang tindakan bertujuan untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan termasuk tugas dan tanggung jawab kumpulan, serta tempoh kajian. Kita harus membuat perancangan yang baru sekiranya perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Pelan perancangan perlulah fleksibel bagi membolehkan ubahsuaian dibuat sekiranya menghadapi masalah atau kekangan yang tidak diduga.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Contoh Perancangan Tindakan Berikut diberikan contoh perancangan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik kajian tindakan dalam merancang tindakan. (Dipetik daripada laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan). Perancangan Tindakan Tumpuan kajian kitaran pertama ini adalah untuk menangani masalah pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul supaya tidak timbul kekeliruan dalam menggunakannya. Fokus kajian ini adalah terhadap amalan pengajaran guru. Berdasarkan tinjauan awal yang telah kami lakukan, pihak kami membuat perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Oleh itu, kami telah merancang mengadakan sesi pengajaran yang khusus memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut. Pengajaran bagi kedua-dua unsur dalam tatabahasa ini perlu dijalankan secara khusus. Sebelum melaksanakan pengajaran tersebut, rancangan pelajaran perlu disediakan dengan teliti supaya pengajaran yang akan dilaksanakan akan mencapai objektifnya. Sesi pengajaran yang akan dijalankan adalah sebanyak dua kali yang khususnya memberi tumpuan kepada penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul. Contoh perancangan pengajaran: Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang disediakan untuk sesi pengajaran tersebut: Set A Butiran am: Mata pelajaran Tarikh Masa Kelas Bilangan pelajar Tajuk Objektif Umum Objektif Khusus : Bahasa Melayu : 9 Mei 2002 : 8.40pg 9.40pg (60 minit) : 5 Melati : 38 orang : Kata sendi : Mengetahui penggunaan Kata Sendi : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. ii. Alat Bantu Mengajar Pengetahuan Sedia Ada Nilai membina ayat berdasarkan kata sendi yang diberi membetulkan kesalahan penggunaan kata sendi yang terdapat dalam ayat

: Papan gulung, lembaran kerja : Murid-murid telah pun didedahkan dengan aspek membetulkan kesalahan kata dalam ayat : Berusaha, kerjasama, yakin

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Rujukan guru

: 1) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara bt Mat Yunus, Bahasa Melayu Tahun 5, Sasbadi Sdn Bhd 2) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K. Lumpur 3) Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan, DBP:K.Lumpur

Rujukan murid Langkah Pengajaran Set Induksi

: Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur

Guru mengemukakan satu contoh ayat yang ada dalam kata sendi Langkah 1 Guru menerangkan konsep kata sendi Langkah 2 Guru menyenaraikan kata-kata sendi yang terdapat dalam BM. Guru menerangkan fungsi bagi setiap kata sendi tersebut Langkah 3 Guru mengemukakan ayat-ayat contoh yang menggunakan kata sendi Langkah 4 Guru mengemukakan kebiasaan-kebiasaan kesalahan kata sendi yang sering dilakukan oleh murid-murid Pengukuhan Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid-murid diminta berbincang secara berpasangan supaya membetulkan semula kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut Penilaian Guru menunjukkan ayat-ayat di papan gulung yang mengandungi kesalahan penggunaan kata sendi dalam ayat. Set B Mata pelajaran Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Tajuk Objektif umum : Bahasa Melayu : 11 Mei 2002 : 8.40pg. 9.40pg. (60 minit) : 5 Melati : 38 orang : Kata bilangan : Mengetahui penggunaan kata bilangan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Objektif khusus

: Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1) membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan tepat 2) membetulkan kesalahan kata arah yang terdapat dalam ayat

Alat Bantu Mengajar Nilai Pengetahuan sedia ada Rujukan guru

: OHP, transparensi, petikan, lembaran kerja : Menghargai, bekerjasama, berusaha : Murid-murid telah diajar penjodoh bilangan : 1) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K.Lumpur 2) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara Mat Yunus, Bahasa Melayu Tahun 5, Sasbadi Sdn Bhd.

Rujukan murid Langkah Pengajaran Set Induksi

: Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur

Guru bersoaljawab dengan murid-murid berkenaan dengan penjodoh bilangan Langkah 1 Guru memperkenalkan tajuk pelajaran. Guru menyenaraikan beberapa contoh kata bilangan Langkah 2 Guru memandu murid-murid langkah demi langkah untuk mendapatkan satu hukum atau peraturan dalam penggunaan kata bilangan Langkah 3 Guru menayangkan transperansi untuk latihan latih tubi tukar ganti mudah. Guru menunjukkan contoh-contoh penggunaan kata bilangan. Contoh: Tukar ganti subjek Berbulan-bulan Berminggu-minggu Bertahun-tahun Masa pelayarannya dihabiskan di Lautan Hindi

Langkah 4 Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid. Murid diminta menggariskan penggunaan kata bilangan yang salah dalam petikan tersebut. Guru menyuruh murid-murid membetulkan semula kesalahan kata bilangan tersebut.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Penilaian Guru menyuruh murid menulis semula ayat yang mengandungi kata bilangan yang salah di papan tulis Pengukuhan Guru meminta murid-murid membina ayat-ayat dengan menggunakan kata bilangan yang disediakan. Contoh di atas menunjukkan satu perancangan tindakan yang telah dirancang oleh penyelidik kajian tindakan. Tindakan yang merupakan beberapa set perancangan pengajaran yang akan digunakan oleh penyelidik dalam langkah seterusnya iaitu langkah Menjalankan Tindakan.

Merancang kajian tindakan: Sila isikan cadangan perancangan anda dalam lajur sebelah kanan. Proses Merancang Langkah 1 Perkara yang perlu dipertimbangkan (Diubahsuai daripada Kemmis & McTaggart, 1988) Menulis pernyataan fokus kajian Catatan

Langkah 2

Definisikan pembolehubah yang berkaitan

Langkah 3

Bentuk soalan kajian

Langkah 4

Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat

Langkah 5

Langkah 6

Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan

Langkah 7

Bina garis masa (timeline) kajian

Langkah 8

Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Langkah 9

Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas membantu anda membuat perancangan yang komprehensif supaya tindakan yang bakal diambil bertepatan dengan masalah yang ingin di atasi. Sehubungan itu, fokus perancangan perlulah kepada masalah kajian dan aspek tindakan atau intervensi yang perlu diambil sebagaimana yang anda catatkan pada Langkah 4 dalam jadual di atas. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995) telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut: (i) Tentukan matlamat cadangan tindakan, (ii) Mengapa tindakan itu diambil dan (iii) Senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung jawab dan tugas. Juga semasa membuat perancangan tindakan itu anda dinasihatkan: i) Berfikiran terbuka, ii) Bersikap kritikal, iii) Bertanggungjawab dan iv) Menilai kendiri. Langkah 3: Menjalankan Tindakan

Pada peringkat ini anda sudahpun mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi situasi sosial yang berlaku di sekolah anda. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain. Sebaik-baiknya cuba libatkan lebih ramai rakan anda untuk membantu melaksanakan kegiatan tindakan. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang tindakan. Tindakan atau intervensi anda itu misalnya, mungkin melibatkan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan pendekatan dan strategi pembelajaran yang berbeza. Dalam hal ini, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Dengan kata lain, ada yang terlibat dalam melaksanakan tindakan dan ada juga yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang telah dipilih dan dikenal pasti itu. Langkah 4: Pemerhatian dan Data Analisis

Semasa guru menjalankan tindakan yang dirancangkan, proses pengumpulan data juga boleh dilakukan melalui pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh rakan pengkaji atau rakaman video boleh dilakukan. Di samping itu,

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

data daripada bentuk-bentuk lain seperti ujian dan lain-lain bentuk pentaksiran juga boleh dijalankan. Setelah selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya. Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi. Kaedah analisis dan interpretasi bergantung kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data kualitatif. Yang pentingnya adalah penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat sama ada tindakan yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak. Analisis dan interpretasi data akan dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi. Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk mengumpul data dan ini bergantung kepada keperluan kajian. Bahan-bahan berkenaan boleh didapati daripada: x x x x x x Langkah 5: bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas, pelaksanaan program kokurikulum nota yang dibuat hasil dari temu bual, misalnya temu bual dengan pelajar foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji. Catatan buku diari dan nota-nota kerja Ujian bertulis dan soal selidik kepada pelajar Melakukan Refleksi

Selepas tindakan dirancang dan dilaksanakan, aktiviti penilaian dan refleksi mesti dijalankan. Penilaian dan refleksi boleh dijalankan oleh anda sendiri sebagai pengkaji, atau bersama pihak lain seperti rakan anda melalui perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan. Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Brookfield (1995) pula menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut (dalam Nor Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan perkataan lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi atau tindakan. Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh maklumat dan data yang digunakan dan diperolehi selepas melaksanakan tindakan. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti perkara-perkara berikut dengan menjawab soalan-soalan berikut secara jujur:

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Penilaian dan Refleksi: Cuba anda teliti soalan-soalan yang diberikan dan fikirkan kemungkinan jawapan yang sesuai. Soalan Reflektif Berkaitan Kajian Tindakan: x Apakah pandangan rakan anda tentang rancangan dan pelan tindakan yang disediakan? Apakah reaksi anda terhadap komen orang lain terhadap usaha atau tindakan anda itu? Sejauh manakah komen-komen tersebut membantu anda? Adakah langkah-langkah yang anda rancang itu bersesuaian dan mencukupi? Sejauh manakah tindakan atau intervensi itu dapat membantu mengatasi situasi sosial atau masalah yang dihadapi di sekolah anda? Apakah cadangan-cadagan lain untuk memperbaiki keadaan? Jangkaan Jawapan

Berkaitan Fahaman Pengkaji x Apakah persepsi dan falsafah diri anda ke atas isu? Apakah kesedaran baru yang anda perolehi selepas melaksanakan kajian tindakan ini? Apakah kemahiran tertentu yang perlu dikuasai untuk mempertingkatkan profesionalime anda? Apakah tindakan seterusnya yang anda akan ambil/rancang untuk memperbaiki keadaan?

Rumusan: Anggapan bahawa ..

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Latihan di atas memberi penekanan kepada usaha untuk: i. ii. menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini dilakukan dengan menilai bahagian yang perlu diperbaiki, mengenalpasti panduan yang telah diikuti atau lain-lain perkara untuk pusingan yang selanjutnya, dan membuat pemantauan kendiri tentang apa yang telah dilakukan, halangan yang wujud, masalah yang telah timbul, ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita menangani masalah berkenaan pada masa kan datang.

Langkah menilai tindakan yang dibincangkan adalah langkah yang amat penting kerana sesuatu keberkesanan tindakan dapat dikaji dengan teliti dan sistematik melalui langkah ini. Kepentingan penilaian kepada Kajian tindakan adalah banyak, antaranya: x menukur keberkesanan proses kajian x menunjukkan bahagian yang perlu dibaiki x menunjukkan kelemahan dalam arahan x mengukur pencvapaian objektif kajian x sebagai penduan untuk pusingan kajian seterusnya. Contoh Penilaian dan Refleksi: Penilaian dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas Daripada Ujian Awal dan Ujian Akhir Bagi mengetahui perkembangan atau sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan tindakan iaitu dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, maka ujian akhir telah dijalankan. Ujian ini meliputi aspek-aspek penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Berdasarkan hasilan Ujian Akhir ini terdapat kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid ini. Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh murid semakin berkurangan. Hasil dapatan adalah seperti berikut: JENIS KATA UJIAN AWAL UJIAN AKHIR

KATA SENDI

73

29

KATA BILANGAN

60

23

Analisis dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas daripada Pemerhatian Pengajaran Pemerhatian telah pun dilakukan bagi kedua-dua sesi pengajaran itu. Tingkahlaku pengajaran guru diperhatikan dan dicatatkan dengan menggunakan boring pemerhatian seperti yang digunakan dalam tinjauan awal kajian ini. Tingkahlaku guru yang mengajar dicatatkan melalui borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tertentu.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, kami mendapati pengajaran guru menunjukkan peningkatan dalam sesetengah aspek. Guru telah dapat mengatasi beberapa kelemahan yang menjadi punca bagi masalah yang timbul. Hasil analisis perlakuan guru menunjukkan bahawa dalam tiga minggu yang diperhatikan, guru telah dapat meningkatkan peratusan aspek-aspek perlakuan tertentu. Contoh: a) Membetulkan kesalahan kata sendi dan kata bilangan secara lisan. (Minggu 1 20, Minggu 2 15, Minggu 3 10)

b) Latihan khusus dalam pengajaran kata sendi dan kata bilangan (Minggu 1 7, Minggu 2 9, Minggu 3 12)

Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian aspek-aspek tertentu tentang perlakuan guru dalam pengajaran guru lebih memberi tumpuan kepada latihan khusus dalam pengajaran aspek kata sendi dan kata bilangan ini. Guru dapat mengurangkan penekanan kepada penerangan tentang pengajaran fungsi bagi kedua-dua jenis kata ini. Perubahan perlakuan guru ini menunjukkan bahawa guru telah lebih prihatin kepada masalah pembelajaran pelajaran dan guru diperhatikah lebih banyak memberi respon kepada masalah mereka. Refleksi dan Penilaian Kendiri Setelah Perlaksanaan Kajian Tindakan Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian dalam kitaran pertama ini, penyelidik membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah: a) Pengalaman menjalankan kajian ini telah menunjukkan kepada guru bahawa pencapaian murid banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar yang ada pada jangkaan guru tidak mempengaruhi proses pengajaran. Amalanamalan guru termasuklah brecakap terlalu cepat, bentuk soalan, hubungan guru-murid, dan beberapa amalan lain. Melalui pengalaman ini, guru mendapati amalan-amalan demikian adalah antara faktor yang membuatkan murid menjadi bosan an tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran. Amalan ini apabila berlaku berulang kali akan menjejaskan proses pembelajaran murid. b) Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid boleh dipertingkatkan apabila masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam proses pembelajaran dapat diatasi. Bagi memahami masalah murid, guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan mereka dalam sesuatu pelajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, tidak aktif dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan itu adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru. Walaupun begitu, segala kelemahan yang timbul ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah guru terlalu terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat. Guru kadangkala terpaksa berkejar untuk menghabiskan sukatan tanpa mengambil kira prestasi murid. Selain itu, wujud juga masalah tumpuan pengajaran yang terlalu cenderung kepada peperiksaan. Guru BM ini juga terpaksa mengajar kelas BM yang banyak. Ini menyebabkan timbul beberapa kesulitan yang akhirnya menjejaskan kualiti pengajarannya.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

(Dipetik daripada Laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan). RUMUSAN Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin, ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5. Tinjauan Awal Perancangan Tindakan Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian Dan Analisis Data Penilaian Dan Refleksi

PENILAIAN KENDIRI 1. 2. Pada pandangan anda, sejauhamana kah proses dan prosedur kajian tindakan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah anda? Refleksi merupakan proses yang penting dalam kajian tindakan. Dalam langkah yang manakah refleksi sangat diperlukan dalam kajian tindakan?

RUJUKAN Elliot, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988) The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press. Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38

UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA


HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. 3. Meneliti dan memahami beberapa strategi dan teknik pengumpulan data Memahami konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian Memahami proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

PENGENALAN
Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Unit ini akan memberikan penekanan kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan serta proses dan prosedur analisis data dan interpretasi data (kuantitatif dan kualitatif) yang biasanya digunakan dalam konteks kajian tindakan.

ISI KANDUNGAN
A. Pengumpulan Data

Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, dan set data kedua adalah untuk mencadangkan perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut: x x x x x x x Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan? Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda? Bagaimana? Bila? Dalam latar apakah anda akan mengumpul data? Siapakah yang terlibat? Apakah interaksi yang berlaku? Apakah bukti fizikal yang ada? Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data?

38

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 39

Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data yang efektif. Oleh itu, perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data tersebut akan digunakan. Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Perlu diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait dengan saiz sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. Data mestilah tepat, berguna, tidak memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagi membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan ertikata lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah dikendalikan. Pada umumnya, sesuatu alat kajian itu, termasuk soal selidik, mempunyai ciri-ciri seperti berikut: x memenuhi objektif dan persoalan kajian x mempunyai kesahan x mempunyai kebolehpercayaan, dan x praktikal Teknik dan Alat Pengumpulan Data Dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan, pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan bagi mendapatkan data yang sesuai dan pelbagai. Berikut adalah di antara teknik pengumpulan data yang biasa digunakan dalam kajian tindakan: 1. Soal selidik

Soal selidik merupakan alat yang banyak digunakan untuk meninjau setakatmana kah pentingnya sesuatu masalah itu dikaji berdasarkan perspektif responden yang menjadi sampel kajian. 1.1 Jenis soal selidik

Pada asasnya terdapat dua jenis soal selidik bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan. Terdapat soal selidik yang mengemukakan soalan terbuka yang bertanya pendapat atau maklumat dalam kata-kata partisipan sendiri. Soalan jenis ini khususnya sesuai untuk meneroka atau yang memerlukan reaksi yang subjektif. Sesetengah soalan dapat membantu perbualan yang lebih terbuka, terutama soalan yang bermula dengan apa, mengapa dan bagaimana yang dapat membantu dalam proses berfikir. Terdapat juga soal selidik yang mengemukakan soalan tertutup yang memerlukan soalan pelbagai pilihan atau jawapan pendek. Soalan yang bermula dengan adakah .., bilakah.. atau di manakah... akan membawa kepada soalan yang mudah dan menghadkan perbincangan. Soalan jenis ini mencari maklumat spesifik, kurang interpretasi yang boleh dibuat oleh responden. Untuk lebih terperinci lagi, terdapat tiga jenis soalan yang berbeza mengikut tahap pemikiran yang dikehendaki pratisipan atau responden berikan serta bentuk maklumat yang dikehendaki. x Soalan Pemikiran Tahap Tinggi vs: Soalan Pemikiran Tahap Rendah Soalan tahap tinggi memerlukan individu berfikir daripada hanya mengingat, atau mengulang semula atau meringkaskan sesuatu. Manakala soaan tahap rendah pula merupakan soalan yang ditanyakan yang memerlukan hanya mengingat, mengulang, meringkas atau memfrasakan semula apa yang telah dinyatakan atau yang telah dituliskan.

39

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 40


x

Soalan Bercapah vs: Soalan Tertumpu Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang betul biasanya menunjukkan soalan tersebut merupakan soalan bercapah. Soalan bertumpu pula menunjukkan hanya satu jawapan betul.

Soalan Berstruktur vs: Soalan Tidak Berstruktur Soalan Berstruktur menyediakan maklumat latar, berfokus dan memandu responden kepada soalan dan matlamatnya. Soalan tidak berstruktur adalah lebih terbuka dan tidak berfokus Terdapat beberapa jenis soalan yang ditanya dalam soal selidik yang bergantung kepada jenis dan bentuk data yang diperlukan. Di antara jenis-jenis soalan yang biasa digunakan dalam soal selidik adalah: x dikotomus (dichotomous) x skala likert x terbuka (opened-ended) x pangkatan (rank order) x perbandingan (comparative) x demografi Contoh-contoh soalan: a). Dikotomus Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2 penilaian yang diberi. Contoh: i) ii) b). Ya Betul Tidak Salah

Adakah ibubapa anda bincang dengan guru matematik anda berkenaan pembelajaran matematik anda? Ya Tidak Adakah ibubapa anda bincang dengan anda tentang pencapaian matematik anda? Ya Tidak

Skala Likert Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan penilaian/persepsi/persetujuan responden tentang sesuatu persoalan. Skala jawapan adalah pilihan dalam bilangan angka ganjil iaitu: 3/4/5/7/9 Pemilihan bilangan skala ini berdasarkan kepada tahap kognitif responden. Contoh: a) Tingkat persetujuan 1 = Sangat tidak setuju 2 = Kurang setuju 3 = Tidak pasti 4 = Setuju 5 = Sangat setuju b) Tingkat keberkesanan

40

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 41 c) d) e) c) Tingkat faedah Tingkat kekerapan Tingkat kefahaman

Susunan Pangkatan (Rank Order) Mendapatkan penilaian responden kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunan beberapa item mengikut keutamaannya. Contoh: No. 1 menunjukkan peringkat tertinggi, no. 2 kedua tertinggi dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah tingkat keutamaannya. Berikan penilaian anda ke atas teknik-teknik berikut mengikut keutamaannya. Kuliah Latihtubi Syarahan Lakonan Lawatan .......... .......... .......... .......... ..........

d)

Terbuka (Open-ended) Mendapatkan pendapat responden dengan menulis sendiri pendapatnya. Contoh: a) Berikan cadangan anda bagaimana untuk ............................... b) Apakah masalah yang anda hadapi dalam ............................

e)

Perbandingan Membandingkan sesuatu item dalam dua keadaan yang berbeza. Contoh: Apa yang berlaku vs Apa yang sepatutnya Apa yang anda fikir tentang beberapa kemahiran pembelajaran yang diamalkan dan yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar. Lemah 1 2 1 2 Yang berlaku Sgt baik 3 4 5 3 4 5 Kemahiran Mendengar Penulisan Yang sepatutnya Lemah Sgt baik 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

f)

Demografi Mendapatkan maklumat umum dan khusus tentang responden (sampel) yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi kajian. Contoh: Jantina Lelaki Perempuan Umur : ..................... tahun Pengalaman mengajar: ..........................

41

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 42 Kelulusan akademik tertinggi : ............................... 1.2 Ciri-ciri soalan yang baik

Terdapat beberapa ciri soalan yang baik yang boleh dijadikan asas dalam membentuk soal selidik. Di antaranya: i) ii) Relevan Soalan mestilah ada kaitan dengan fokus dan isu yang hendak dikaji serta pengalaman orang yang menjawab soalan tersebut. Jelas Orang yang menjawab soalan mestilah jelas tentang soalan yang ditanyakan. Tidak mempunyai pelbagai makna dan interpretasi yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya keliru ataupun mempunyai interpretasi yang berbeza dengan kehendak soalan Soalan pendek dan mudah Soalan perlulah mudah difahami dan tidak terlalu panjang yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya mengambil masa untuk memahaminya. Soalan perlu pendek, mudah difahami serta tidak mengelirukan. Soalan eksplisit Soalan tidak mempunyai makna yang tersirat, dan sukar untuk difahami oleh orang yang menjawabnya. Perlulah menjurus terus kepada apa yang dikehendaki.

iii)

iv)

2.

Temu bual

Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dengan bertujuan (conversation with a purpose). Tujuan utama temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton (1990) pula, temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang. Temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau pun boleh merupakan salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian. Terdapat pandangan yang mengkategorikan temu bual kepada temu bual berstruktur, temubual semi-berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Bentuk temubual akan ditentukan oleh soalan kajian serta perkembangan kajian. Temu bual lebih terbuka mungkin akan dijalankan di awal-awal kajian untuk mendapatkan pandangan umum tentang fenomena yang dikaji. Kemudian temubual mungkin akan lebih berfokus kepada fenomena-fenomena tertentu apabila penyelidik telah dapat membina kategori-kategori tertentu. 2.1 Jenis Temu bual

Cara yang biasa digunakan untuk menentukan jenis temubual yang sesuai digunakan bergantung kepada setakatmana struktur diperlukan dalam temubual. Biasanya terdapat tiga jenis temubual: i. ii. iii. 2.1.1 Temubual Berstruktur Temubual Semi-Berstruktur Temubual Tidak Berstruktur Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur melibatkan penemubual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua partisipan. Ini menjadikan sangat sedikit variasi dari segi tindakbalas partisipan. Penemubual

42

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 43 biasanya akan merekodkan tindakbalas mengikut skema pengkodan yang telah ditentukan. Satu prosedur yang standard darisegi pentadbiran temubual dapat mengawal perjalanan temubual serta tindakbalas daripada partisipan. Semua partisipan akan mendapat set soalan yang sama, ditanya dalam urutan yang sama oleh penemubual yang telah dilatih untuk menguruskan temubual dalam keadaan yang sama. Sangat sedikit fleksibiliti dari segi soalan ditanya dan jawapan diberi dalam temubual berstruktur. Temubual jenis ini memerlukan penemubual memainkan peranan berkecuali, dan membina rapport yang seimbang iaitu dari satu segi penemubual perlulah bersahaja dan mesra, dalam masa yang sama bersikap mengarah atau mengawal dan tidak personal. Penemubual menunjukkan sikap pendengar yang prihatin dan berminat tetapi tidak menilai tindakbalas yang diberikan. 2.1.2 Temubual Semi Berstruktur

Pada asasnya temubual semi berstruktur menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temubual terbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temubual berstruktur. Soalan-soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budibicara penemubual dan partisipan. Bagi Schensul at al. (1999), temubual semi berstruktur adalah yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor. Bagi mereka, temubual semi berstruktur digunakan untuk mencapai objektif-objektif berikut: Menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor dalam kajian Mengoperasikan faktor-faktor kepada pembolehubah Membina hipotesis awalan Membina asas kualitatif untuk pembentukan kajian tinjauan ethnografi (ms. 150) Membina soalan bagi temubual semi berstruktur boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya ialah berasaskan data daripada temubual dan pemerhatian berstruktur yang biasanya data tersebut tidak dapat memberikan maklumat yang begitu mencukupi untuk menentukan dengan tepat tentang kepentingan sesuatu faktor, apakah maksudnya yang sebenar dan berapa tersebarnya faktor-faktor tersebut dalam populasi yang dikaji. Soalan temubual semi berstruktur boleh dibentuk untuk menjelaskan lagi faktor-faktor tersebut. Terdapat panduan yang boleh dijadikan asas dalam membina soalan temubual semi berstruktur seperti berikut: Pastikan soalan-soalan menggunakan terma dan frasa yang boleh difahami oleh responden Minimumkan panjang soalan dan banyakkan soalan mencungkil bagi mendapatkan penjelasan tentang sesuatu faktor atau subfaktor Gunakan istilah yang sesuai dengan kemampuan berbahasa, latarbelakang budaya, umur, jantina, dan tahap pengetahuan responden. Elakkan soalan yang membayangkan jawapan atau yang menunjukkan bias penemubual Elakkan soalan yang menggunakan sama ada asosiasi negatif atau positif. Contohnya: Adakah anda rasa pendapat anda tentang profesion perguruan ada persamaanya dengan pandangan yang diutarakan oleh kesatuan sekerja? Elakkan soalan yang sebenarnya bertanyakan dua soalan dalam satu soalan. Contoh: Berapa kerapkah anda ponteng dan merokok? Cuba elakkan soalan yang dibentuk secara negatif. Contoh: Guru tidak sepatutnya menggunakan keputusan peperiksaan akhir semester untuk membentuk kelompok berasaskan kebolehan. Elakkan soalan yang memerlukan responden melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama

43

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 44 2.1.3 Jangan bertanya soalan yang memerlukan hanya jawapan Ya atau Tidak sedangkan yang diutamakan adalah deskripsi yang terperinci Perlu sensitif kepada konteks budaya atau makna-makna sosial yang terlibat dalam soalan Temubual Tidak Berstruktur

Terdapat kajian yang memerlukan pengkajinya meneroka dengan mendalam dan terperinci sesuatu fenomena yang hendak dikaji untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik tentang topik tersebut. Ini menuntut pengkaji bersikap terbuka kepada sebarang tindakbalas yang relevan, tidak ada jawapan yang betul atau salah, dan responden tidak diperlukan untuk memilih daripada pilihan soalan atau jawapan. Format yang terbuka ini memungkinkan fleksibiliti yang maksimum dalam meneroka sebarang topik secara mendalam dan terperinci. Temubual tidak berstruktur biasanya menggunakan soalan terbuka yang memberi peluang kepada responden memberi tindakbalas mengikut budibicaranya dan tidak terikat dengan sebarang jawapan alternatif atau tidak dikekang oleh panjang atau pendek soalan. Schensul at al. (1999) mengatakan bahawa temubual tidak berstruktur atau temubual penerokaan memerlukan minda yang peka, pemikiran logik serta kemahiran komunikasi yang baik. Di setiap masa penemubual mestilah: Menyedari bagaimana topik berkait dengan dan menjelaskan soalan yang lebih besar yang ditanya oleh kajian Menentukan sama ada orang yang ditemu bual tidak terpesong dari topik, sekiranya terpesong, bagaimana hendak memperkenalkannya semula Memahami perkaitan logik yang dibuat oleh responden dalam perbincangan tentang topik Memutuskan sama ada hendak meneroka idea atau halatuju yang baru Mencungkil untuk mendapatkan makna istilah-istilah tertentu dengan lebih mendalam Mengetahui bilakah masaya responden menyatakan ideanya dengan jelas, bila ianya perlu penjelasan lanjut, untuk memastikan yang ianya difahami oleh orang yang membaca nota atau transkrip Kejayaan sesuatu temu bual itu juga bergantung kepada kesediaan serta pengetahuan yang dimiliki oleh responden atau informan. Perlu dikenalpasti informan utama yang dapat memberi kerjasama semasa dan sepanjang tempoh temubual dijalankan. Informan utama biasanya mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan topik yang dikaji. Ini bersesuaian dengan tujuan temubual tidak berstruktur untuk meningkatkan pengetahuan penyelidikan tentang bidang yang belum lagi banyak diketahui. Perlu dipertimbangkan beberapa perkara dalam memilih informan utama, antaranya faktor ethnik, kelas atau umur yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas perspektif responden. Walaupun tidak berstruktur, tidak semestinya temu bual ini tidak perlu dirancang. Dalam membuat persediaan untuk temu bual, penyelidik perlulah: Melihat semula soalan kajian dan model teoretikal kajian Membina soalan-soalan umum untuk digunakan dalam temubual Membuat temujanji untuk menjalankan temubual serta kenalpasti lokasi yang sesuai Sediakan keperluan alat rakaman yang sesuai 2.2 Temubual Berkumpulan (Focus Group)

Fontana & Frey (2003) menjelaskan bahawa temubual berkumpulan pada asasnya adalah merupakan teknik pengumpulan data kualitatif yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik secara serentak kepada beberapa individu dalam latar yang formal dan tidak formal. Penggunaan temubual berkumpulan biasanya dikaitkan dengan kajian pasaran yang dilabelkan sebagai kumpulan fokus, tujuan utamanya adalah untuk mengumpul pendapat pengguna tentang ciri-ciri sesuatu produk, tema-tema pengiklanan atau perkhidmatan penghantaran. Format ini juga telah digunakan secara meluas oleh parti politik dan calon-

44

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 45 calon politik yang berminat untuk mengetahui reaksi pengundi-pengundi tentang sesuatu isu dan polisi. Temubual berkumpulan juga digunakan dalam kajian sosiologi. Dalam temubual berkumpulan, penembual atau moderator akan mengarahkan inkuiri dan interaksi antara responden dalam bentuk yang sangat berstruktur atau mungkin dalam situasi yang sangat tidak berstruktur, bergantung kepada tujuan penemubual. Dengan ertikata lain temubual berkumpulan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tujuannya. Ia boleh merupakan sesi percambahan fikiran atau sumbangsaran yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai struktur dan arahan langsung daripada penyelidik, atau ia mungkin sangat berstruktur seperti dalam teknik nominal, Delphi dan kumpulan fokus pemasaran. Latar di mana kerja lapangan dijalankan, sama ada formal atau tidak formal juga boleh menentukan bentuk temubual berkumpulan. Dalam konteks yang formal, seperti dalam makmal kajian, yang keadaannya dikawal, penyelidik mungkin boleh bertanya soalan yang sangat terarah, atau dalam konteks yang sebenar seperti dikaki lima jalan, atau dikawasan rekreasi awam, merupakan tempat yang sangat sesuai untuk perbualan santai tetapi bertujuan. Kalau dilihat dari segi faedah yang boleh diperolehi daripada temubual berkumpulan ini, yang jelasnya adalah berkaitan dengan data yang dapat dikumpulkan adalah banyak, kaya dan elaboratif, dan mungkin tidak begitu memerlukan belanja yang banyak untuk mengendalikannya. Bagi individu yang terlibat pula, pertukaran pandangan dan pendapat dapat memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman baru. 2.3 Panduan Temubual

Panduan temubual atau protokol temubual adalah merupakan senarai soalan-soalan yang ingin dikemukakan semasa temubual. Bergantung kepada struktur temubual, soalan-soalan mungkin berupa banyak soalan-soalan yang spesifik yang disusun mengikut susunan tertentu (berstruktur) ataupun beberapa topik yang dicatat tanpa susunan tertentu (tidak berstruktur) ataupun mungkin di antara berstruktur dan tidak berstruktur iaitu semi-struktur. Protokol juga adalah berguna dalam menjalankan temubual. Protokol ini mengandungi komponen-komponen berikut: tajuk arahan kepada penemubual (kenyataan pembuka kata) soalan-soalan kajian utama yang akan ditanya soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan utama ruang untuk merekod mesej yang disampaikan oleh informan ruang untuk merekod komen penemubual ruang untuk merekod nota reflektif

Biasanya penyelidik merekodkan maklumat temubual dengan menggunakan buku nota ataupun pita rakaman. Jika menggunakan pita rakaman, penyelidik juga perlu mengambil nota terutama dalam keadaan di mana pita rakaman mungkin tidak berfungsi dengan baik. 2.4 Merekod dan Menilai Data Temubual

Terdapat tiga cara asas merekod data temubual. Yang selalu digunakan ialah dengan merakam temubual dengan menggunakan pita rakaman. Cara yang kedua ialah dengan mengambil nota semasa temubual. Cara ini digunakan setelah rakaman temubual tidak dapat dijalankan. Cara ketiga pula ialah dengan merekod seberapa banyak maklumat temubual yang dapat diingat selepas sahaja tamat temubual dijalankan. Ketiga-tiga cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Kerosakan pita rakaman dan

45

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 46 ketidakselesaan partisipan semasa ditemubual sering berlaku semasa mengadakan temubual dengan menggunakan pita rakaman. Adalah sukar untuk merekodkan semua yang diperkatakan oleh partisipan semasa temubual. Ini agak menyukarkan untuk menentukan mana maklumat yang penting dan mana yang tidak. Ini berlaku apabila mengambil nota semasa temubual. Di samping itu terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan gerak badan, mimik muka serta tingkahlaku partisipan yang mungkin tidak dapat diteliti kerana penemubual sibuk mengambil nota. Tidak semua perkara yang diperkatakan oleh partisipan dapat diingat dengan baik oleh penemubual. Ini mungkin menyebabkan banyak maklumat yang penting akan hilang. Adalah penting bagi penyelidik menulis refleksinya dengan segera selepas temubual. Refleksi ini mengandungi makna-makna yang dicadangkan dalam temubual, nota deskriptif tentang tindakbalas lisan dan bukan lisan, pandangan dan pemikiran penyelidik sendiri tentang temubual. Nota pasca temubual membolehkan penyelidik memantau proses pengumpulan data di samping mula menganalisis maklumat. Adalah juga penting dinilai kualiti data yang diperolehi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin mempengaruhi kualiti data seperti kesihatan partisipan, mood semasa temubual, motif partisipan terlibat dalam penyelidikan dan lain-lain. Apa yang diperolehi dalam temubual adalah persepsi partisipan. Maklumat mungkin diada-adakan ataupun dibesar-besarkan. Cara yang biasa dilakukan untuk mengesan dan mengesah data adalah dengan proses triangulasi melalui perbandingan data dengan data responden lain, ataupun perbandingan dengan data dokumen atau data pemerhatian. Kesimpulannya, temubual adalah merupakan sumber utama yang digunakan untuk memahami fenomena yang dikaji dalam kajian tindakan. Temubual terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza, bergantung kepada struktur temubual yang dijalankan. Yang biasa digunakan adalah temubual berstruktur, temubual semi-struktur dan temubual tidak berstruktur. Temubual yang berkesan perlu dirancang dengan baik dengan mengambilkira penyediaan panduan temubual seperti protokol atau skedul temubual. Hubungan antara penemubual dan partisipan dalam temubual adalah merupakan proses yang kompleks. Interaksi semasa proses temubual perlu dibina sejak dari permulaan hingga lah ke akhir temubual dengan mengekalkan hubungan yang berasaskan percaya mempercayai dan dalam situasi yang selesa. Merekod data temubual boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan perlu diberi perhatian terhadap kesesuaiannya mengikut keadaan dan keselesaan partisipan. Data temubual yang kaya dan banyak perlu disusun atur dengan mempastikan maklumat yang signifikan dan penting dapat dianalisis bagi membentuk kategori, tema dan konsep yang sesuai. Bagi tujuan untuk mempastikan maklumat tembual adalah tepat dan sebagaimana yang dimaksudkan oleh partisipan, langkah-langkah mengesahkan nya perlu dilakukan. Salah satu langkahnya adalah melalui proses dan prosedur triangulasi.

Sila nyatakan: i. ii. 3. Apakah perbezaan asas di antara soal selidik dengan temu bual? Apakah persamaan yang terdapat di antara soal selidik dengan temu bual? Pemerhatian

Pemerhatian adalah merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. Ia merupakan satu rutin dalam manusia memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat perbezaan di antara pemerhatian orang biasa dengan pemerhatian seorang penyelidik. Sebagai
46

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 47 penyelidik, mereka perlu dilatih dalam teknik pemerhatian yang berkesan supaya dapat melakukan pemerhatian secara terancang dan sistematik. Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila (1) ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, (2) dirancang dengan rapi, (3) direkod secara sistematik dan (4) diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya. 3.1 Tujuan Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang sebenar. Pemerhatian memungkinkan penyelidik merekod perlakuan yang sedang berlaku. Melihat sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dan menggunakan pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya dalam membuat interpretasi tentang apa yang diperhati. Pemerhatian melibatkan tindakan mengambil nota dan merakam peristiwa, perkara, perlakuan, artifak secara sistematik di latar sosial yang dipilih untuk kajian. Rekod pemerhatian biasanya dirujuk sebagai nota lapangan iaitu deskripsi yang terperinci, yang nonjudgmental serta konkrit tentang apa yang telah diperhatikan. Melalui pemerhatian, penyelidik mendokumen dan menjelaskan tindakan dan interaksi yang kompleks. Metod ini mengandaikan perlakuan yang diperhatikan adalah bertujuan dan merupakan luahan nilai dan kepercayaan yang mendalam. Pemerhatian merupakan teknik yang terbaik apabila aktiviti, peristiwa atau situasi boleh diperhati secara langsung, atau apabila perspektif yang baru diperlukan atau apabila partisipan tidak dapat atau tidak rela membincangkan topik yang dikaji. 3.2 Struktur Pemerhatian

Pemerhatian boleh terdiri daripada yang sangat berstruktur di mana pernyataan perlakuan yang terperinci direkod berpandukan senarai semak, kepada deskripsi peristiwa dan perlakuan yang lebih holistik. Untuk itu, sesuailah apa yang dinyatakan oleh Morris (dalam Denzin & Lincoln, ms. 378) bahawa pemerhatian adalah perlakuan merekod fenomena yang biasanya menggunakan instrumen, dan merakamkannya untuk tujuan saintifik dan lain-lain. Pemerhatian sebenarnya bukan hanya melibatkan pengumpulan data visual, semasa pemerhatian dijalankan, semua deria adalah terlibat seperti deria bau, dengar, sentuh dan rasa. Oleh itu pemerhatian adalah merupakan proses mengumpul tanggapan ke atas dunia sekeliling melalui semua deria manusia yang relevan. Ini akan menyebabkan perlunya kontak secara terus dengan subjek yang diperhatikan. Penyelidik mestilah secara aktif memerhati fenomena yang dikaji semasa perkara tersebut berlaku. Namun begitu, pemerhatian secara tradisinya adalah berbentuk tidak campurtangan atau noninterventionism. Pemerhati tidak mempergunakan dan tidak merangsang subjek. Pemerhati hanya mengikut urutan peristiwa yang diperhatikan. Perlakuan dan interaksi terus berjalan seperti tanpa kehadiran penyelidik; tidak terganggu oleh kehadiran penyelidik. 3.3 Apa yang diperhatikan?

Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik kerana data yang dikutip secara teratur dalam situasi kajian sebenar mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pemerhatain secara langsung boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal. Pemerhatian secara langsung tanpa alat melibatkan pengkaji mencatatkan nota tentang sebarang aktiviti yang diperhatikan. Pemerhatian menggunakan alat seperti alat kamera/video/audio merupakan sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. Aspek-aspek berikut harus diambilkira:

47

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 48 x x x Tumpuan pemerhatian siapakah yang membuat pemerhatian?, siapa atau apa yang diperhatikan? Di mana pemerhatian dibuat? Masa pemerhatian Bilakah pemerhatian dijalankan? (eloklah dijalankan pemerhatian pada masamasa yang berlainan bagi mendapatkan kepelbagaian maklumat) Cara pemerhatian Bagaimanakah pemerhatian dicatatkan atau dirakamkan?, Apakah prosedur yang diikuti bagi mempastikan kebolehpercayaan dan keesahan?, Teknik apakah yang digunakan? (semua data-data dikutip semasa pemerhatian dicatatkan dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota). Perkara yang mempengaruhi pemerhatian

3.4

Apa yang diperhatikan biasanya dipengaruhi oleh beberapa perkara: i. ii. iii. iv. tujuan mengadakan kajian kerangka konseptual, permasalahan kajian atau persoalan kajian menentukan apa yang perlu diperhatikan pertimbangan praktikal seperti masa, kewangan, jarak tempat pemerhatian struktur pemerhatian yang akan dilakukan berstruktur, tidak berstruktur elemen yang boleh difokuskan semasa pemerhatian: Latar fizikal Partisipan Aktiviti dan interaksi Perbualan Faktor-faktor kurang jelas tetapi penting Perlakuan pemerhati sendiri Prosedur merekod data

3.5

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu merancang pendekatan untuk merekod data. Apa yang perlu direkod? Bagaimana ia akan direkod? Adalah merupakan dua soalan penting yang perlu diberi perhatian. Nota pemerhatian mempunyai pelbagai format. Di antara format yang selalu digunakan adalah berbentuk protokol yang mengandungi lajur untuk nota deskriptif di sebelah kiri dan nota reflektif dilajur sebelah kanan. Lajur nota reflektif adalah penting kerana ia termasuk pandangan analitik serta komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan. Komen pemerhati adalah merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan petunjuk kepada fokus pengumpulan data. Ia juga mungkin menyediakan soalan penting untuk temubual selanjutnya. Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan kita merekodkan apa yang diperhatikan. Secara umumnya, cara-cara yang boleh digunakan adalah seperti berikut: x Catatkan dengan tepat perkara-perkara yang berlaku seperti apakah yang dikatakan oleh guru atau pelajar? apakah yang dilakukan oleh guru atau pelajar? apakah tugasan yang diberikan kepada pelajar? x Gunakan singkatan untuk perkataan yang digunakan seperti P untuk pelajar, G untuk guru x Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk memperbetulkan kesilapan atau membuat komen x Bezakan catatan yang mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi. Dicadangkan muka surat catatan dibahagikan kepada dua untuk catatan yang berlainan.

48

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 49

Semasa menjalankan kajian, penyelidik akan terlibat dalam pelbagai pemerhatian. Protokol atau borang untuk merekod maklumat adalah perlu untuk mencatatkan pemerhatian. Protokol boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur bagi memisahkan nota deskriptif dan nota reflektif. Nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa tertentu dan aktiviti-aktiviti. Nota reflektif pula memberi peluang kepada penyelidik untuk merekod fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan, masalah, idea, impresi atau prasangka (Bogdan dan Biklen, 1992, ms. 121). Juga dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan maklumat demografi yang berkaitan dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat/latar kajian. 4. Bahan Dokumen

Untuk memahami sejarah serta konteks persekitaran tempat kajian, satu daripada caranya adalah dengan mengkaji dan menganalisis dokumen dan rekod yang berkaitan. Biasanya dokumen dan rekod tersebut bukan sahaja mengandungi pelbagai maklumat statistik tentang pelbagai aspek kehidupan populasi yang dikaji tetapi juga mengandungi maklumat tentang kepercayaan, budaya serta nilai yang dimiliki dan dianuti oleh masyarakat tempat yang dikaji. Maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen tersebut boleh menambah dan menjelaskan data dan maklumat yang diperolehi dan yang dianalisis melalui pemerhatian dan temubual. Berbanding dengan pemerhatian dan temubual, pendekatan ini tidak menonjol dan tidak mengganggu latar kajian. Bahan-bahan arkib biasanya merupakan rekod yang boleh digunakan untuk memahami budaya komuniti yang dikaji, di samping dokumen-dokumen peribadi, dokumen rasmi dan tidak rasmi. Kualiti dokumen-dokumen ini adalah pelbagai dan berbeza-beza. Sesetengah dokumen mungkin mengandungi fakta-fakta terperinci tentang tarikh-tarikh tertentu. Sesetengahnya pula mungkin mengandungi deskripsi tentang pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang dikaji. 4.1 Bentuk dokumen

Bogdan dan Biklen (1998) merujuk istilah dokumen sebagai bahan-bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temubual dan pemerhatian. Oleh itu istilah dokumen merangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan bahan fisikal yang relevan dengan kajian. Lincoln dan Guba (1985) pula membezakan di antara dokumen dan rekod berasaskan kepada sama ada teks yang disediakan itu ada unsur-unsur formal atau tidak. Bagi mereka rekod termasuklah misalnya sijil perkahwinan, lesen memandu, perjanjian binaan dan kenyataan perbankan dan lain-lain. Manakala dokumen pula disediakan untuk kegunaan peribadi, bukan untuk tujuan resmi, dan ia termasuklah misalnya diari, memo, surat, nota lapangan dan lain-lain. 4.2 Menggunakan dokumen dalam kajian tindakan

Mencari bahan yang relevan dengan persoalan dan tujuan kajian adalah merupakan langkah awal dalam proses menggunakan dokumen. Ia merupakan prosedur yang sistematik yang berkembang daripada topik kajian. Kajian tindakan tentang pengajaran bilik darjah misalnya memerlukan dokumen seperti rancangan mengajar, hasil tugasan pelajar, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, laporan gred peperiksaan, laporan sekolah, penilaian guru dan sebagainya. Di samping bahan-bahan dokumen yang boleh diperolehi di latar kajian, tempat atau lokasi lain yang boleh dirujuk adalah seperti perpustakaan, arkib, pusat-pusat dokumentasi dan lain-lain. Mencari dokumen yang relevan dan sesuai banyak

49

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 50 bergantung kepada kreativiti dan kapasiti penyelidik bertanyakan soalan-soalan yang berkait dengan permasalahan kajian. Oleh itu penyelidik perlu lah membuka minda dalam menyelongkar dokumen yang berguna. Terbuka kepada sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada jumpaan yang tidak diduga. Apabila dokumen telah dikesan, keautentikannya perlu dinilai. Menentukan keautentikan dan ketepatan dokumen adalah merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik menentukan seberapa banyak yang boleh maklumat tentang dokumen, seperti asalnya dan sebab-sebab ianya ditulis, penulis dan konteks di mana ianya ditulis. Mengikut Riley (1963) dalam Merriam (2001), adalah penting ditentukan keadaan di mana data dihasilkan, apakah metodologi spesifik yang digunakan serta keputusan teknikal yang dibuat dan kesan ke atas sifat dan bentuk data yang akan digunakan. LeCompte dan Preissle (1993) pula mencadangkan yang penyelidik bertanyakan soalan seperti apakah latarbelakang sejarah penghasilan dan penggunaannya? Bagaimana penggunaannya diperuntukkan? Adakah pemilihannya bias? Adakah kemungkinan berlaku pemalsuan? Guba dan Lincoln (1981) merujuk Clark (1967), menyenaraikan soalan yang penyelidik boleh kemukakan tentang keautentikan dokumen: Apakah sejarah dokumen? Bagaimana ianya diperolehi oleh penyelidik? Adakah dokumen lengkap sebagaimana asalnya? Adakah ianya telah diubah atau diedit? Sekiranya dokumen asli, di bawah keadaan apa dan untuk tujuan apa ianya dihasilkan? Siapakah penulisnya? Apakah yang penulis cuba hendak dikemukakan atau buktikan? Kepada siapa dokumen tersebut ditujukan? Apakah sumber-sumber maklumat yang digunakan? Adakah dokumen berasaskan perakuan saksi, perakuan orang kedua, pembinaan semula peristiwa atau perkara sebelum data ditulis dan diinterpretasi? Adakah penciptanya bias? Setakatmanakah kemungkinan penulis cuba menyatakan kebenaran? Adakah dokumen lain wujud yang mungkin boleh menambahjelaskan cerita, peristiwa, projek, konteks program? Jika ada, adakah ianya boleh didapati atau boleh diakses? Siapa yang memilikinya? (ms. 238-239)

Selepas keautentikan dan bentuk dokumen atau artifak dinilai, penyelidik perlu mengadakan satu sistem pengkodan dan pengkatalogan. Dengan adanya sistem pengkodan, ini akan memudahkan lagi penyelidik mendapat akses kepada maklumat di peringkat analisis dan interpretasi. 4.3 Menginterpretasi bahan dokumen

Menginterpretasi bahan dokumen termasuk teks bertulis dan artifak memerlukan pertimbangan terhadap definisi konteks dan masa. Apabila sesuatu teks itu dibaca dalam konteks yang berbeza, ianya akan diberi makna yang baru dan biasanya bertentangan kerana ia ditafsirkan mengikut latar sosial di mana teks itu dibaca. Oleh itu teks boleh digunakan bersama lain-lain bentuk bukti, dengan itu bias dan nilai tertentu boleh difahami dan dibandingkan. Begitu juga dengan jenis-jenis teks yang berbeza perlu difahami dalam konteks keadaan ianya dihasilkan, digunakan dan dibaca. Misalnya, penganalisis akan memberi perhatian sama ada teks ditulis berdasarkan pengalaman sendiri atau daripada sumber sekunder, sama ada ianya diminta untuk ditulis atau tidak, sama ada ianya diedit atau tidak, nama penulis dinyatakan atau hanya

50

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 51 nama samaran dan sebagainya (Webb, Campbell, Schwartz & Sechrest, 1966, dalam Ian Hodder, 2003). Dengan ertikata lain, teks kerja lapangan perlu lah ditulis mengikut konteks masa yang spesifik. Bahan akan berterusan diinterpretasi semula dalam kontek-konteks yang baru. Kesimpulannya, dokumen boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang dikaji. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan, rasional dan sejarah sesuatu program atau dasar. Dokumen-dokumen yang dipilih mestilah berkaitan dengan tajuk kajian. Dokumen-dokumen boleh terdiri daripada sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, minit mseyuarat, contoh-contoh kerja pelajar. Dokumen juga boleh berbentuk bergambar/foto yang mana boleh memberi gambaran sesuatu situasi dengan jelas seperti keadaan bilik darjah, susunan meja kerusi, pergerakan pelajar dalam bilik darjah, kedudukan guru semasa bercakap atau bekerja. 5. Menulis Diari

Catatan diari adalah penting dalam penyelidikan tindakan. Ia mengandungi catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi yang boleh dibuat. Diari kajian adalah merupakan rekod tentang penglibatan penyelidik dalam projek. Ianya mengandungi maklumat tentang penyelidik, apa yang penyelidik buat dan proses penyelidikan. Ianya menokok kepada data yang diperolehi melalui metod lain seperti pemerhatian, temubual dan lain-lain. Di antara sebab utama seseorang penyelidik menyimpan diari kajian adalah: x untuk menjana latar sejarah projek, pemikiran penyelidik dan proses penyelidikan x untuk menyediakan bahan untuk refleksi x menyediakan data tentang proses penyelidikan x untuk merekod perkembangan kemahiran penyelidikan penyelidik Penyelidik menggunakan diari kajian sebagai alat untuk membuat refleksi ke atas amalan kajian mereka. Oleh itu, adalah penting menyimpan diari kajian sebagai satu cara untuk meneroka amalan penyelidikan serta berkongsi maklumat bersama partisipan. Adalah penting menulis diari secara berterusan. Sesuatu yang berkaitan dengan projek perlu dicatat setiap hari semasa projek dijalankan untuk dijadikan bahan refleksi yang boleh meningkatkan lagi pemahaman dan kesedaran tentang fokus kajian. Sesetengah orang menggunakan buku catatan sebagai diari mereka. Umumnya diari boleh dalam bentuk bercetak atau pun letronik, bergantung kepada kemudahdapatan bahan-bahan tersebut. Yang pentingnya, diari tersebut perlulah merekodkan perkembangan pemikiran dan tindakan serta proses sebenar tentang amalan penyelidikan dan amalan reflektif penyelidik. Terdapat pelbagai cara untuk menulis diari. Sesetengahnya mempunyai format yang berstruktur dan formal, mungkin dalam bentuk borang-borang tertentu. Yang pentingnya, diari perlulah sesuai dengan gaya dan cara seseorang pengkaji. Diari kadang-kadang agak personal. Untuk memudahkan diari direkod, bahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut proses kajian seperti Refleksi, Perancangan, Tindakan dan Penilaian. 5.1 Kandungan diari

Catatan diari harus mengandungi tarikh peristiwa dan tarikh catatan dibuat masa, lokasi, responden, fokus kajian tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk rujukan bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain dilekatkan dalam diari untuk rujukan Mengikut Hughes (1996), di antara perkara yang dicatat dalam diari adalah: x Ringkasan apa yang berlaku setiap hari semasa projek berjalan
51

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 52 x x x x x x x x Penulisan berkait dengan perbualan, perbincangan, temubual, perancangan sesi dan lain-lain dengan rakan sekerja, rakan penyelidik, guru-guru, penyelia dan partisipan Soalan-soalan dan topik untuk penyelidikan lanjut Tekaan, ramalan, pemikiran, impian, angan-angan Lukisan, Gambar rajah, peta minda Pemerhatian Refleksi tentang apa yang diperhati Refleksi tentang apa yang dibaca dalam diari Perancangan untuk tindakan atau kajian masa akan datang

Ringkasnya, tidak ada peraturan yang tetap tentang gaya, bahasa dan ejaan dalam menulis diari. Adakan diari dalam bentuk dan gaya yang dirasakan sesuai dan berguna yang dapat membantu dalam membuat refleksi tentang apa yang dibuat dan yang telah dibuat. Sekiranya kajian berjalan secara berkumpulan, gunakan gaya dan format yang dipersetujui oleh kumpulan. Secara umumnya, jelaskan 4 kualiti yang perlu ada pada sesuatu instrumen pengumpulan data? 1. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ B. Mengurus dan Menganalisis Data

Pengenalan Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Proses analisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas, merumus dan mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Ini diikuti dengan proses menginterpretasi yang melibatkan cubaan mencari makna dan implikasi daripada data yang telah dianalisis. Bab ini akan cuba menjelaskan prosedur dan proses mengurus, menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul melalui temubual, pemerhatian, tinjauan dan analisis dokumen yang lebih merupakan data kualitatif.

52

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 53

Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Pada asasnya kita cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisis. Sama ada data berbentuk numerik atau pun perkataan, tugas menganalisisnya adalah sama. Kita cuba untuk melihat trend, pola dan tema. Bagi Sagor (2000), terdapat dua soalan utama yang penyelidik kajian tindakan boleh gunakan sebagai panduan. Soalan-soalan tersebut adalah: Apakah cerita yang terkandung dan tersirat dalam data? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cerita secara signifikan? Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah refleksiviti penyelidik iaitu kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan. Dalam kajian tindakan, penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pada umumnya, kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. Oleh yang demikian penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik boleh dibahagikan kepada statistik huraian, iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel, dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel. Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian, maka modul ini akan memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja. 3.2 3.2.1 Data Kuantitatif Data Penyelidikan

Bhasah (2007) menjelaskan bahawa data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi kajian). Ia boleh didapati dari guru sekolah, pelajar, ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kajian yang bakal dibuat. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. Data yang tidak tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari satu dengan yang lain. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Data parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Sebagai contoh, data parametrik boleh diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan dengan ujian Khi kuasa dua. 3.2.2 Kategori Data

Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data primari didapati hasil dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab. Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Proses untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan pembentukan rekabentuk penyelidikan, pemungutan data, penyediaan data dan analisis dan akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data sekunder pula merupakan data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah dan murah. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara, Laporan Rancangan Malaysia atau dari Lembaga Peperiksaan

53

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 54 Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun, jenis peperiksaan, ras, jantina, kawasan dan sebagainya. 3.2.3 Jenis-jenis Data

Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. Jika data didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya data bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai data metrik atau bukan metrik. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau berterusan, manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik: markah bagi sesuatu ujian bulanan calon, berat bahan, skor sesuatu pertandingan dan sebagainya. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Pelajar harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. Data yang digunakan akan menentukan jenis statistik yang boleh digunakan. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t, ANOVA dan Regresi. Manakala data bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh didapati daripada berbagai cara. Data boleh diperoleh secara pemerhatian, temuduga dan secara soalselidik. Seperti yang dinyatakan tadi, data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan. 3.2.4 Skala Pengukuran

Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh diukur menggunakan skala nominal, ordinal, sela atau nisbah. Adalah penting bagi penyelidik mengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. Tidak semua jenis data boleh digunakan dengan ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, regresi dan sebagainya. Setiap data itu adalah sesuai digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja. Skala Nominal. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa, agama, warna, jenis bangunan, jenis perkerjaan dan sebagainya. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Nombor 1 kategori Melayu, nombor 2 kategori Cina, nombor 3 kategori India dan nombor 4 lainlain ras. Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. Ini tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. Ia hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras. Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang melambangkan satu bentuk hiraki. Contoh Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki. Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain. Skala Sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal,

54

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 55 terutamanya ciri-ciri pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur. Contoh Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi. Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40. Dalam keadaan sebenarnya, kedaan ini tidak wujud. 3.2.5 Taburan Kekerapan

Taburan kekerapan menggambarkan bilangan partisipan bagi sesuatu skor. Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. Seandainya melebihi 50 partisipan, maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan. Contoh taburan kekerapan: Jadual 3: Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 3.2.6 Statistik Huraian Kekerapan Jantina Kekerapan 98 146 244 Peratusan (%) 40.2 59.8 100.0

Dalam konteks kajian tindakan guru, biasanya banyak statistik huraian yang digunakan untuk menganalisis dan menghurai data. Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data, merumuskan data dan menghuraikan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi. Statistik yang selalu digunakan adalah kekerapan, min dan sishan piawai bagi menghuraikan tentang data yang dikumpul. Data dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf atau pun carta. Ini adalah disebabkan kebanyakan kajian tindakan guru adalah berbentuk deskriptif, jarang berbentuk inferensi dan pengujian hipotesis. 4. Mengurus dan Menganalisis Data Kualitatif

Dalam konteks data kualitatif, proses analisis data pada asasnya adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia. Memberi makna kepada data melibatkan cantuman pelbagai data, pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat, dan interpretasi tentang apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. Analisis data merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan induktif

55

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 56 dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi (Merriam, 2001) Dengan ertikata lain, analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang telah dikumpul. Mengikut Strauss & Corbin (1997), ia adalah merupakan proses yang bercelaru, kabur, memakan masa, kreatif dan menarik. Ia tidak berlaku dalam keadaan yang linear, tetapi sentiasa berlaku proses meneliti semula, mendefinisi dan mengkategori semula bagi mendapatkan analisis dan interpretasi yang tepat dan bermakna. Analisis data biasanya meneroka perhubungan antara kategori-kategori yang signifikan berkaitan dengan sesuatu perkara, manusia atau peristiwa serta sifat-sifat dan nilai-nilai yang mencirikan mereka. Dapatan kajian boleh berbentuk pernyataan deskriptif yang tersusun, tema-tema atau kategorikategori yang merentas data atau dalam bentuk model dan teori yang menerangkan data. 4.1 Peringkat Analisis Data Kualitatif

Terdapat beberapa pendekatan atau tradisi teoretikal yang boleh dipilih dalam menganalisis data yang sesuai dengan tujuan dan persoalan kajian. Walaupun pelbagai cara boleh digunakan dalam menganalisis data kualitatif, namun terdapat proses yang umum yang boleh dijadikan panduan untuk menganalisis data kualitatif. Biasanya, analisis data kualitatif melalui sebahagian besar ataupun kesemua peringkat-peringkat berikut: Mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpul Transkripsi bahan-bahan yang telah dirakam Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan mengenalpasti data Melindungi data-data yang sensitif Pengkodan Pengenalpastian tema-tema Pengkodan semula Pembentukan kategori-kategori provisional/awalan Meneroka perhubungan di antara kategori Pembaikan tema dan kategori Pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada Menulis laporan (Othman, 2006)

Pada umumnya, proses mengurus dan menganalisis data berbentuk kualitatif mengikut langkah-langkah seperti berikut: Proses mentranskripsi data temubual, rakaman video atau nota lapangan misalnya tidak memadai dengan menuliskan ringkasan daripada rakaman temubual yang diadakan. Ia boleh menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik sahaja. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan yang mungkin memberi tanda-tanda seperti tekanan perasaan atau malu; ketawa atau gerak badan mungkin dapat memberikan makna yang lebih kepada apa yang diperkatakan. Ini semua perlu dimasukkan ke dalam transkrip. Sekiranya diupah seseorang untuk mentranskripsikan data temubual, adalah penting diberitahu tentang perlunya dimasukkan petunjuk-petunjuk bukan lisan ini. Tesch (1990) memberikan panduan umum tentang menganalisis data daripada transkrip temu bual seperti berikut:

56

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 57 i. Dapatkan gambaran keseluruhan. Baca semua transkrip dengan teliti. Tuliskan idea-idea yang timbul dari semasa ke semasa ii. Pilih satu transkrip - mungkin yang paling menarik, yang terpendek atau yang teratas sekali. Baca keseluruhannya dan cuba dapatkan makna di sebalik apa yang diperkatakan. Melihat apa yang tersirat. Tuliskan nya di ruangan margin kiri atau kanan iii. Selepas selesai meneliti beberapa transkrip, sediakan senarai semua topik-topik. Kelompokkan mengikut topik yang sama. Bentukkan lajur untuk meletakkan topik yang utama, atau yang unik dan yang selebihnya. iv. Kemudian, kembali kepada data selanjutnya. Tukarkan topik kepada kod-kod tertentu dan tuliskan kod kepada segmen yang sesuai dalam transkrip. Cuba cara yang sama kepada data temubual selanjutnya untuk melihat kategori atau kod baru daripada data v. Lihat topik yang mempunyai deskripsi yang jelas dan terbaik dan jadikannya kategori-kategori. Kurangkan jumlah kategori dengan mengelompokkan topik-topik yang berkaitan antara satu sama lain. Mungkin boleh dilukiskan garisan antara kategori-kategori untuk memperlihatkan hubungannya. vi. Buat keputusan muktamad tentang abbreviasi untuk setiap kategori dan jadikan kod mengikut huruf-huruf tertentu. vii. Kumpulkan data mengikut kategori-kategori dan jalankan analisis, jika perlu, buat pengkodan semula keatas data yang sedia ada (ms. 142 - 145) Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Tesch di atas merupakan proses sistematik yang dijalankan oleh penyelidik dalam menganalisis data temubual. Sudah tentu terdapat variasi dalam proses tersebut. Misalnya, sesetengah penyelidik mungkin merasakan sangat berguna untuk mewarnakan kod-kod yang berbeza di atas transkrip. Juga menandakan kenyataan-kenyataan (quotes) yang menarik dan berguna yang boleh dimasukkan dalam naratif kemudiannya. Setengah penyelidik pula mungkin membentuk senarai kategori-kategori yang menggambarkan tema-tema major dan tema-tema minor dalam data. Satu senarai mungkin merupakan maklumat spesifik yang menunjukkan pertentangan dengan tema-tema yang timbul. Proses menyusunatur maklumat mungkin dijalankan dengan menggunakan fail, kad fail atau perisian komputer (Merriam, 1988). Secara ringkasnya aliran proses analisis data ini adalah seperti berikut:

Pengkodan kategori serentak dengan membandingkan merentas kategori-kategori

Pembaikan (refinement) kategori-kategori

Penerokaan perhubungan dan pola merentas kategori-kategori

57

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 58

Penyepaduan data yang menghasilkan pemahaman tentang manusia dan latar-latar yang dikaji

4.2

Interpretasi Data

Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai, data-data tersebut perlu diinterpret bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik mengambil risiko dan membuat tekaan/ramalan yang mungkin kadang-kadang terbabas daripada makna atau maksud asalnya. Namun begitu sebagai penyelidik kita perlu melakukannya bagi menunjukkan kesignifikanan serta kesan kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan untuk menjalankan interpretasi data, terutama data berbentuk kualitatif. Mills (2003) telah menjelaskannya seperti berikut: i. Melanjutkan analisis

Teknik yang cuba menimbulkan beberapa soalan tentang kajian. Soalan-soalan yang mungkin tidak ditanya dalam persoalan kajian awal, yang mungkin boleh menjadi asas dalam kajian tindakan seterusnya. ii. Kaitkan dapatan dengan pengalaman peribadi

Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik menjalankan kajian tindakan dalam kelasnya dapat membantunya memberikan interpretasi ke atas data. Interpretasi yang berasaskan kepada pemahaman dan pengetahuan penyelidik tentang sekolah, bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran. iii. Dapatkan pandangan rakan kritikal

Kadang-kadang kita mungkin mengalami kesukaran untuk memfokuskan interpretasi yang ingin dilakukan atau kadang-kadang dalam membuat interpretasi kita terlepas pandang perkara-perkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza. Rakan sekerja atau rakan kritikal ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja bersama dalam kajian, atau rakan sekerja atau merekamereka yang tidak pernah kita temui secara bersemuka tapi merupakan rakan yang kita sering berbual melalui internet. Juga mungkin kita boleh bertanyakan informan kajian seperti pelajar, ibubapa, guru-guru, pentadbir untuk mendapatkan pandangan mereka. iv. Meletakkan dapatan dalam konteks literatur

Membincangkan dapatan kajian dengan mengaitkannya dengan bahan-bahan literatur yang relevan dengan topik kajian. Ini merupakan satu cara yang berguna bagi melihat kaitan dapatan kajian dengan asas pengetahuan yang telah berkembang dalam topik kajian. Membuat perkaitan dengan literatur yang ada juga merupakan satu cara penyelidik berkongsi dengan rakan-rakan sekerja yang lain tentang fokus kajian

58

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 59 serta dalam masa yang sama menghargai sumbangan penyelidik guru dalam pemahaman ke atas topik yang dikaji. v. Kaitkan dengan teori

Teori dalam definisinya yang mudah adalah an analytical and interpretive framework that helps the researcher make sense of what is going on in the social setting being studied (Mills, 1993, p.103). Dengan ertikata lain teori berfungsi dalam menyediakan cara untuk penyelidik mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan pengkaji mencari tahap abstraksi yang lebih tinggi, yang bergerak melampaui pernyataan deskriptif. Di samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan. Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam konteks teori yang berkaitan. Sebagai guru, kita sentiasa menggunakan dan dipengaruhi oleh teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Maka pengkaji bolehlah menggunakan teori-teori tersebut dalam membuat interpretasi ke atas data yang dikumpul. Kesimpulannya, interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Akhirnya kita membina model data kajian dengan cuba mendapatkan gambaran yang lebih luas dengan menggabungkan pelbagai indikator dan tema yang dapat melihat pertalian antara tema dengan lebih jelas.

RUMUSAN
Proses pengumpulan dan analisis data sama ada data kuantitatif atau data kualitatif adalah merupakan proses yang kompleks dan memerlukan masa yang banyak. Soal mengumpul dan menguruskan proses analisis data ini adalah penting diberi perhatian supaya penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang banyak. Dalam konteks kajian tindakan, pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan bergantung kepada tujuan kajian dan jenis data yang diperlukan. Soal selidik, ujian, dokumen, diari, pemerhatian dan temubual adalah di antara teknik yang biasa digunakan. Sama ada analisis data dijalankan serentak dengan pengumpulan data atau analisis data dijalankan selepas semua data yang relevan telah dikumpulkan, kedua-duanya memerlukan organisasi data yang kemas dan sistematik. Bagi data kuantitatif, biasanya statistik huraian banyak digunakan dalam kajian tindakan untuk menghurai, menjelas dan menerangkan tentang data yang dikumpul. Bagi data kualitatif pula, transkrip temubual, nota lapangan, fotograf, video, dokumen serta lain-lain bahan sumber perlu diberi kod pengenalan yang memudahkannya diperolehi atau diakses semula. Semua data perlu diberikan tarikh perolehan, petunjuk tentang konteks, serta punca sumber (yang biasanya dirahsiakan) dengan menggunakan nama atau label samaran. Satu senarai data yang lengkap kemudiannya boleh disediakan dan digunakan sebagai rujukan sepanjang proses analisis. Proses pengkodan pula boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut tahap analisis yang perlu dilakukan. Biasa nya terdapat dua cara yang dilakukan iaitu cara potong dan tampal dan cara pengkodan warna. Dalam banyak hal, kedua-dua cara tersebut boleh digabungkan untuk memudahkan analisis dijalankan.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengumpulan data Teknik dan kaedah Analisis data Interpretasi data Data kuantitatif Data kualitatif

59

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 60

PENILAIAN KENDIRI
1. Instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data mestilah mempunyai tahap kesahan dan keboleh percayaan yang sesuai. Apakah yang anda faham tentang kesahan dan keboleh percayaan? 2. Apakah perbezaan yang ketara di antara data kuantitatif dan data kualitatif? Apakah teknik-teknik pengumpulan data yang biasanya digunakan untuk mengumpul data kuantitatif dan data kualitatif? 3. Kajian tindakan tidak begitu mementingkan generalisasi. Oleh kerana itu, analisis yang digunakan biasanya banyak menggunakan statistik huraian sahaja. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

RUJUKAN
Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th ed.). Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California. Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur. Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New York: RoutledgeFalmer. Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage Fontana, A., & Frey, J.H., The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam Denzin & Lincoln, (2003)(eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed., Thousand Oaks:Sage Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage Othman Lebar, (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod, Tanjong Malim: Penerbit UPSI Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte,M.D., (1999) Essential Ethnographic Methods, Ethnographers Toolkit, New York:Altamira Press

60

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam menulis laporan kajian 2. Mengetahui format laporan kajian tindakan yang sesuai 3. Menilai laporan kajian tindakan mengikut kriteria penilaian yang sesuai

PENGENALAN
Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. Unit ini akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian tindakan.

ISI KANDUNGAN
Persediaan untuk menulis Andaikan anda hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar anda kepada pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa, adakah anda akan memberikan laporan yang sama atau pun laporan yang berbeza? Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai. Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian kepada: x x x Ketua jabatan fokus kepada hasil organisasi Rakan sekerja fokus kepada proses pengajaran dan pengurusan pembelajaran Rakan sekerja akademik fokus kepada sumbangan yang dibuat terhadap pengetahuan baru

Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik, partisipan dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka. Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain. Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Menurut Mills lagi, terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati, serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerjakerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian: x x x x Kejelasan menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba hendak disampaikan. Validasi menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan Empowermen membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada Generatif penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih luas Pencapaian menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita.

Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah: i. ii. iii. menentukan audien memilih fokus merangka susun atur laporan

Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan, apa yang perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan. Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian. Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan? Secara ringkas nyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menulis sesuatu laporan kajian tindakan.

Susun Atur Kandungan Laporan Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat refleksi ke atas fokus utama projek, andaian-andaian yang mendasari kajian, masalah-masalah serta pembelajaran yang dilalui. Seterusnya, penulisan kolaboratif membantu dalam perkembangan visi bersama antara kolaborator, terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji. Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan kajian. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji. Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama laporan. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan. Pelaporan perlu memenuhi lima langkah asas kajian tindakan iaitu tinjauan awal, bertindak, merancang, memerhati dan mereflek. Secara umumnya format laporan kajian tindakan perlu mengandungi komponen-komponen berikut: x x x Isi Kandungan Penghargaan Abstrak

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan x x x x x x x x x x x Fokus kajian: Refleksi Awal P & P lalu Isu Keperihatinan Objektif Kajian Soalan Kajian Kumpulan Sasaran Merancang Tindakan Menjalankan Tindakan Memantau dan Menilai Tindakan Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran

Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya kepada amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran, dan apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian tindakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan.

RUMUSAN
Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain.

KATA KUNCI
1. 2. 3. Laporan kajian Format Audien

RUJUKAN
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ: Merrill. Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Anda dikehendaki mendapatkan satu laporan kajian tindakan guru yang telah dijalankan. Sila teliti dan nilai laporan kajian tindakan tersebut dengan menggunakan kriteria penilaian yang diberi di bawah. Anda dikehendaki mengisi Borang A dan Borang B dengan memberikan skor yang sesuai. Sila sediakan satu laporan penilaian anda tidak melebihi lima (5) muka surat. Borang A: Senarai semak Laporan Kajian PROSEDUR KAJIAN Tajuk Abstrak PENDAHULUAN Latar belakang Masalah/isu/fokus/keprihatinan Tujuan/objektif Soalan Batasan Kepentingan KAJIAN LITERATUR METODOLOGI Reka bentuk Persampelan Pengumpulan data Instrumen Analisis data Kaedah memastikan kesahan PELAKSANAAN KAJIAN Perancangan tindakan Pelaksanaan tindakan Refleksi dan penilaian Kesimpulan dan cadangan RUJUKAN TANDAKAN ()

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Borang B: Aspek 1.

Penilaian Laporan Skor Komen

Laporan mengikut format yang sesuai (10%) 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Tajuk Abstrak Bab Pengenalan Bab Sorotan Literatur Bab Metodologi Bab Dapatan Kajian Bab Perbincangan dan Kesimpulan Bibliografi Lampiran (jika ada)

2.

Kesesuaian metodologi dengan fokus dan persoalan kajian (50%) 2.1 2.2 2.3 Kesesuaian rekabentuk Kesesuaian persampelan Kesesuaian analisis

3.

Kejelasan laporan dapatan kajian (20%)

4.

Kejelasan perbincangan dapatan dan kesimpulan (20%)

Jumlah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kriteria Penilaian Laporan Kajian Tindakan 1. Tajuk

Pendek dan ringkas (biasanya 15 perkataan atau kurang) serta jelas dalam menunjukkan tentang kajian yang dijalankan 2. Abstrak

Menjelaskan aspek-aspek yang penting dalam kajian termasuk pernyataan masalah, populasi dan sampelan, pembolehubah bebas dan bersandar, instrumen yang digunakan, rekabentuk, dapatan kajian yang utama dan kesimpulan 3. Pengenalan x Biasanya dikemukakan dalam satu atau dua perenggan yang menjelaskan permasalahan yang dikaji, kepentingan kajian serta strategi kajian secara keseluruhan. Perenggan pengenalan biasanya diikuti dengan tinjauan literatur. Dikemukakan bagaimana kajian dibina berdasarkan pengetahuan lampau (melalui kajian) dengan mengemukakan dan menilai apa yang telah diketahui tentang masalah kajian. Bincang tentang dapatan lampau yang rapat kaitan dengan isu/masalah spesifik kajian. Matlamat mengemukakan pengenalan dan tinjauan literatur adalah untuk menunjukkan kesinambungan yang logik antara dapatan kajian lepas dengan kajian yang dijalankan. Pengenalan patutnya merangsangkan kajian. Pembaca perlu faham mengapa masalah dikaji atau perlu dikaji serta sumbangan kajian kepada perkembangan pengetahuan sedia ada.

4.

Metod kajian x x Menjelaskan persampelan dengan terperinci serta bagaimana sampelan dibentuk Menjelaskan tentang instrumen kajian termasuk soalselidik, ujian, temubual dan lainlain yang digunakan untuk mengumpul data. Bukti-bukti berkaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan kajian dinyatakan. Menjelaskan rekabentuk kajian serta prosedur yang digunakan dalam menjalankan kajian. Dalam konteks ini rekabentuk dan prosedur kajian tindakan yang mengandungi langkah-langkah seperti berikut: - Penentuan fokus/permasalahan kajian - Mengumpul maklumat/data - Merancang dan merangka tindakan - Menjalankan tindakan - Membuat refleksi/penilaian tentang tindakan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Adalah penting prosedur yang digunakan bersesuaian dengan kriteria etika penyelidikan

5.

Keputusan kajian x Mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan jadual dan rajah yang sesuai. Perlu dijelaskan teknik analisis dan interpretasi yang digunakan. Dijelaskan masalah yang dihadapi semasa menganalisis data serta menginterpretasi data

6.

Perbincangan x Dimulakan perbincangan dengan mengemukakan dapatan penting serta kaitannya dengan permasalahan kajian. Kaitkan juga dapatan kajian dengan kajian-kajian lampau dengan menjelaskan hubungkait dapatan dengan kajian lepas serta sama ada dapatan kajian menyokong dapat dapatan kajian sedia ada ataupun menolak dapatan kajian sedia ada Kesimpulan dibuat dengan memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian. Menyatakan implikasi kajian serta cadangan yang sesuai

7.

Rujukan Menyediakan senarai rujukan yang digunakan dalam kajian

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

UNIT 6 PANDUAN MENULIS CADANGAN KAJIAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. 2. 3. mengetahui langkah-langkah menyediakan cadangan kajian tindakan mengetahui format penulisan cadangan yang sesuai menyediakan cadangan kajian tindakan yang sesuai

PENGENALAN
Apakah dia cadangan kajian dan mengapakah perlu disediakan? Menulis cadangan kajian merupakan proses mencerna idea kajian yang umum dan luas tetapi menarik kepada set-set tindakan yang mampu diuruskan bagi menghasilkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Kualiti sesuatu penyelidikan banyak bergantung kepada kualiti perancangan kajian yang disediakan oleh penyelidik. Cadangan kajian biasanya menjadi panduan dan memandu perkembangan dan perlaksanaan penyelidikan. Cadangan disediakan untuk penyelidik mengemukakan pandangan, masalah dan fikiran tentang fokus kajian serta prosedur dan proses yang sesuai untuk melaksanakannya. Di samping itu, cadangan juga disediakan bagi tujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu, kepada pengetua, misalnya tentang tujuan kajian serta kepentingan kajian dijalankan. Di peringkat yang lebih makro lagi, cadangan disediakan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan sumber-sumber lain bagi membiayai perlaksanaan kajian. Bagi pihak yang menilai cadangan kajian, ianya dapat memberikan penilaian tentang tahap pengetahuan dan kemahiran pengkaji untuk melaksanakan kajian dengan berkesan. Secara umumnya, kertas cadangan kajian tindakan adalah bertujuan untuk mencapai dua tujuan utama iaitu untuk menyediakan pelan projek kajian tindakan anda; dan untuk mempersembahkan idea-idea utama yang akan dilaksanakan.

ISI KANDUNGAN
Panduan umum memulakan penulisan Dalam proses menyediakan cadangan kajian yang muktamad, perlu dipertimbangkan di antara apa yang kita suka lakukan dengan apa yang kita boleh lakukan dengan munasabah. Oleh itu, dalam memulakan penulisan cadangan kajian, perlulah difikirkan masalah dan skop kajian yang mampu dilakukan sesuai dengan pengetahuan, kemahiran, sumber dan masa yang kita ada. Sebagai panduan umum memulakan penulisan cadangan kajian, langkah-langkah berikut boleh diperhatikan: i. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji. Tulis satu paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang spesifik mungkin. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda? Bagaimana isu atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah, bilik darjah dan lain-lain), pelajar yang terlibat, dan komuniti sekolah keseluruhannya? Mengapakah isu tersebut penting? Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah atau isu tersebut?

ii.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan iii. iv. Buat sedikit sorotan literatur. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti) Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh membantu dalam menjawab soalan atau isu? (ujian, soalselidik, pita video, pita audio dan lain-lain). Apakah data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar, gred, refleksi, pemerhatian, rubrik dan lain-lain). Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi daripada setiap sumber data yang anda kenalpasti. Bagaimanakah anda akan mengurus pengumpulan dan analisis data? Berapa kerapkah anda akan mengumpul data? Bagaimanakah anda akan menyusun atur data? Apakah yang anda patut lakukan dengan data mentah yang dikumpul untuk memahami maknanya? Apakah yang anda akan lakukan dengan dapatan kajian? Akhirnya, reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian tindakan tersebut. Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda? Apakah yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek? Bagaimanakah anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk membentuk perubahan yang bermakna?

v. vi. vii.

Kandungan dan Susun Atur Cadangan Kajian 1. Tajuk kajian Perlu jelas dan tidak kabur. Perkataan-perkataan yang digunakan perlulah dapat menggambarkan fokus cadangan. Gunakan hanya satu ayat yang dapat menggambarkan kepada pembaca idea-idea utama cadangan. Contoh: Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima 2. Nama dan Ahli Pengkaji Memandangkan kajian tindakan adalah lebih baik dijalankan secara berkumpulan, maka sebaik-baiknya perlulah dinyatakan nama ahli-ahli yang akan terlibat dalam kajian yang dicadangkan. Contoh: Kertaskerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Tanjong, .. Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah: 1. 2. 3. 3. Latar Belakang Kajian Memperkenalkan topik kajian dengan menjelaskan areas of concern dan meletakkannya dalam konteks dengan mengaitkan masalah kepada konteks yang lebih besar. Dengan ertikata lain, latar belakang merupakan pernyataan latar belakang yang menyediakan konteks yang luas dari mana kenyataan masalah timbul. Ini boleh dilakukan dengan memetik rujukan sejarah, merujuk kepada satu atau dua kajian yang utama, merujuk kepada undang-undang atau hukum-hukum tertentu, atau dengan ringkas membincangkan peristiwa-peristiwa yang penting. Contoh: Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar akan dibimbing untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Unutk mencapai matlamat ini, kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Oleh itu melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan. 4. Pernyataan Masalah: Refleksi P & P lalu Dinyatakan sebagai masalah sama ada merupakan keraguan, kesukaran atau ketidakpuasan hati terhadap jawapan atau penyelesaian yang tidak mempunyai bukti yang segera. Menyatakan dengan jelas masalah yang hendak dikaji dan menjadikannya satu kes yang penting serta jangkaan penyelesaiannya. Dalam konteks kajian tindakan bilik darjah, biasanya masalah adalah berkait rapat dengan masalah pengajaran dan pembelajaran. Melalui refleksi yang dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan biasanya, guru akan mendapati kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dengan segera. Contoh: Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain. Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah yang lain. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk diingati. Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya. Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada kesukaran pelajar mengingati fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Pertama, tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan mengembangkan fakta itu dengan idea lain yang berkaitan. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar. 5. Objektif Kajian Menyediakan secara spesifik niat penyelidik. Biasanya pendek dalam satu paragraf atau satu ayat. Penggunaan perkataan serta pembentukan ayat adalah penting. Biasanya dalam kajian tindakan bilik darjah, perlu dinyatakan tentang objektif berkaitan dengan peningkatan pembelajaran pelajar serta peningkatan dan perubahan dalam amalan guru. Contoh: i. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan ii. iii. iv. v. 6. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincang Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaiakan dengan berkesan dan menyeronokkan

Metodologi Kajian Menjelaskan tentang reka bentuk kajian serta model kajian tindakan yang akan digunakan. Di samping itu, metodologi kajian juga perlu dapat menunjukkan tentang bagaimana subjek kajian dipilih, metod teknik pengumpulan data serta alat atau instrumen pengumpulan data yang akan digunakan. Bagaimana data akan dianalisis serta teknik analisis perlu juga dijelaskan. Contoh: Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Pengenalpastian Isu dan Masalah Perancangan Tindakan Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian dan Menganalisis Data Refleksi dan Penilaian

Setiap langkah perlu diberi penjelasan tentang perkara/aktiviti yang hendak dijalankan. Sasaran Kajian Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 5 (2 orang), dan sebuah kelas murid tingkatan 5, seramai 40 orang Instrumen Kajian Dalam kajian akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu: a. Soalan-soalan ujian dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah. b. Pemerhatian - Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Metod Analisis Data a. b. 7. Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajar Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran

Kesignifikanan Kajian Sesuatu cadangan kajian perlulah dapat menunjukkan dengan jelas sumbangannya kepada bidang, penyelidik serta pihak-pihak lain yang berkepentingan. Dalam konteks kajian tindakan, biasanya selain daripada kajian dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan pengajaran guru, ianya juga perlu dapat dikongsi bersama dengan guru-guru lain. Contoh: Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri Tanjong, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Sejarah.

8.

Anggaran Perbelanjaan Pecahan Kepala 21000 Perjalanan 27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar Percetakan soal selidik/ujian Percetakan modul/bahan pengajaran Percetakan laporan kajian (5 jilid) 29000 Perbelanjaan mesyuarat Bengkel penulisan laporan Jumlah Jumlah RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX

9.

Jadual Kerja Perkara Mesyuarat Jawatankuasa Penulisan kertas cadangan Mesyuarat perancangan Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos Pelaksanaan ujian pra Memproses data ujian pra Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian Analisis data ujian pra, dan pemerhatian Pelaksanaan ujian pos Refleksi dan Penilaian Penulisan laporan kajian Pemurnian laporan Tarikh XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

RUMUSAN
Cadangan kajian yang ditulis dengan baik akan dapat menghasilkan kajian yang baik. Cadangan yang baik biasanya mengandungi pernyataan-pernyataan tujuan dan matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Pemahaman yang baik tentang isu dan masalah yang hendak dikaji adalah penting dalam menulis cadangan. Pemahaman yang baik ini akan memandu kepada aspek-aspek lain seperti persampelan, pengumpulan data dan analisis data.

KATA KUNCI
1. 2. 3. Cadangan kajian Format cadangan kajian Jadual kajian

Berdasarkan format dan contoh proposal yang dijelaskan di atas, sila sediakan proposal kajian tindakan yang sesuai berdasarkan masalah pengajaran dan pembelajaran yang anda kenal pasti dalam bilik darjah anda. Sediakan proposal tidak melebihi 8 muka surat.

RUJUKAN
Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks: Sage Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

RUJUKAN
Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th ed.).Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California. Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur. Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research, London:Falmer Press Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New York: RoutledgeFalmer. Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage Elliot, J. (1991). Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press. Fontana, A., & Frey, J.H. (2003). The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam Denzin & Lincoln, (Eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed., Thousand Oaks: Sage Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press. Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ: Merrill. Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte, M.D. (1999). Essential Ethnographic Methods, Ethnographers Toolkit, New York:Altamira Press Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

You might also like