You are on page 1of 21

1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua rakan-rakan dan juga kepada para pensyarah terutamanya Tn. Hj. Mohd Rudzi bin Darus yang telah membimbing saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Setiap ilmu yang dicurahkan kepada saya adalah amat berharga kepada diri saya terutamanya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri, Perlis, terutamanya kepada Tuan Guru Besar, Encik Ariffin bin Darus kerana telah sudi menerima saya dan rakan-rakan ke sekolah beliau semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan tangan yang terbuka. Begitu juga kepada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah yang telah memberikan kerjasama yang amat membanggakan untuk memudahkan kami menjalankan kajian di sekolah tersebut. Segala nasihat dan teguran yang diterima semasa berada di sekolah akan saya gunakan sebagai bekalan semasa berada di alam pendidikan kelak. Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat mematangkan diri saya semasa berada di sekolah kelak dan belajar banyak lagi pengalaman baru di sekolah terutamanya di dalam bidang Falsafah Pendidikan ini dan tidak hanya berada di institut sepenuh masa. Saya dapat membuat kesimpulan bahawa tugasan ini cukup bermakna kerana ia dapat memberikan pemahaman pada saya berkenaan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan seterusnya dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa mengajar kelak. Justeru itu, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam tugasan ini. Sekian, terima kasih.
1

2.0 PENGURUSAN GRAFIK CABANG-CABANG DALAM FPK

METAFIZIK / ONTOLOGI Cabang ini menumpukan perhatian terhadap kajian kewujudan alam asli, minda dan interaksi di antara kewujudan dengan minda, diri, keabadian manusia dan Tuhan (Realiti). EPISTEMOLOGI falsafah ilmu, yang menumpukan kajian terhadap bagaimana ilmu diperolehi dan bagaimana diuji dan disahkannya. Di dalam cabang ini terdapat dua mazhab iaitu mazhab materialisme yang menekankan penguasaan ilmu daripada kesedaran dan kefahaman dan idealisme yang menekankan pendekatan ilmu daripada kefahaman dan kesedaran. Teori epistemologi yang berlandaskan materialisme dialektikal, meletakkan perlaksanaan teorinya sebagai tempat pertama, menggunakan pendekatan dialektik untuk menyelesaikan masalah proses ilmu. Teori epistemologi yang berlandaskan empirisisme dan rasionalisme berpendekatan memberi pertimbangan utama kepada mencari ilmu asas yang kekal. AKSIOLOGI merupakan falsafah moral, nilai murni dan estetika.
ESTETIKA KAEDAH SAINTIFIK LOGIK INTUISI WAHYU PENGALAMAN PANCAINDERA PANDANGAN PAKAR BIDANG BERKENAAN

ETIKA

3.0 LAPORAN AMALAN FPK DI SEKOLAH SBE 3.1 Pengenalan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Itu adalah rangkap-rangkap ayat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang kita semua telah amalkan sejak sekian lama. FPK yang berasal daripada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah digubal pada tahun 1988, merupakan satu panduan yang digunapakai yang menggariskan segala

istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am, FPK digubal bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan serta tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).

3.2 Konsep FPK Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah berkenaan dengan ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk

memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Falsafah ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui dan sebagai satu falsafah, ia dirasakan mempunyai keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks masyarakat Malaysia. Konsep dan matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih sempurna apabila unsur-unsur rukun negara dan pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara diterbitkan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman yang diperkenalkan oleh Falsafah pendidikan Kebangsaan.

3.3 Matlamat / Objektif FPK Antara matlamat FPK ialah: 1) Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara. 2) Negara mahu membangunkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan. 3) Melahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. 4) Sebagai negara yang mempunyai sistem pentadbiran demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, rakyat dikehendaki taat setia kepada raja dan cintakan negara. 5) Mendidik rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum. 6) Mengecilkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

3.4 Amalan FPK Di Sekolah SBE Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (SBE) di Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh, secara keseluruhannya hampir kesemua amalan-amalan yang terkandung di dalam FPK telah diamalkan oleh warga sekolah tidak kira dari segi pengajaran dan pembelajaran, disiplin murid, penglibatan di dalam ko-kurikulum dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk memantapkan lagi proses amalan FPK di sekolah ini supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pengajaran / Pembelajaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh kebanyakannya berpusatkan murid di mana guru-guru mengambil perhatian yang khusus kepada semua murid-murid di samping memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada murid untuk menentukan hala tuju proses pembelajaran. Ini dilakukan supaya tidak ada satu pun murid yang ketinggalan dan seterusnya untuk memastikan proses perkembangan murid-murid adalah seimbang dan menepati kehendak FPK yang berkehendakkan murid-murid seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Ini menunjukkan amalan di dalam FPK sentiasa dipraktikkan semasa P&P oleh setiap guru di sekolah ini. Semasa proses P&P, guru dan pelajar saling berinteraksi antara satu sama yang lain dan diselitkan dengan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam kelas supaya proses tersebut menjadi menarik untuk diikuti. Di samping itu juga, guru juga turut menerapkan nilai-nilai murni yang patut diikuti oleh setiap pelajar semasa proses P&P berlaku di dalam kelas supaya murid-murid sentiasa mengamalkan di dalam kehidupan seharian. Tidak kira subjek apa pun yang diajar, ada sahaja nilai-nilai murni yang diajar oleh guru mereka sama ada dalam subjek itu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sebagainya. Penggunaan Bahasa Melayu (BM) juga turut merentasi kurikulum di mana penggunaan BM bukan sekadar di dalam kelas sahaja malah turut digunakan semasa proses P&P yang tidak melibatkan kurikulum. Ini menunjukkan BM masih lagi dimartabatkan di sekolah di samping mempelajari ilmuilmu yang lain.

Disiplin Murid-murid SK Kampung Buloh telah menunjukkan tahap disiplin mereka yang tinggi semasa mereka di sekolah. Ini dibuktikan melalui temubual saya bersama Cikgu YM Syed Mohd Kamil Al-Idrus, Ketua Guru Disiplin sekolah ini. Menurut beliau, kebanyakan murid pada peringkat rendah biasanya kurang mendatangkan masalah kepada sekolah. Mereka hanya perlu dididik secara berterusan agar mereka dapat mengekalkan tahap disiplin yang tinggi supaya mereka dapat meneruskan apa yang telah dilakukan semasa sekolah rendah apabila mereka meneruskan pengajian di peringkat menengah rendah.

Melalui pemerhatian saya, murid-murid berjaya mematuhi peraturan sekolah secara keseluruhannya tanpa sebarang masalah. Hampir kesemua murid-murid telah melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai seorang murid iaitu berpakaian dengan kemas, berambut pendek, memakai lencana sekolah, menepati masa dan sebagainya. Begitu juga dengan murid-murid yang mendapat kemudahan asrama di sekolah, mereka telah mematuhi peraturan di asrama dengan begitu baik sekali walaupun ada kalanya, mereka telah menimbulkan masalah yang kecil disebabkan oleh kenakalan mereka, namun masalah tersebut dapat diatasi dengan sewajarnya oleh guru disiplin dan para warden asrama.
8

Ko-Kurikulum Ko-kurikulum juga merupakan salah satu elemen yang penting yang perlu diikuti oleh setiap murid dan juga merupakan salah satu amalan FPK yang dilaksanakan di sekolah. Perlaksanaan ko-kurikulum di sekolah adalah ditetapkan pada setiap hari Rabu bermula selepas waktu sekolah dan pelajar tahap 2 terlibat di dalam kokurikulum sepenuhnya. Murid-murid dilibatkan dengan pelbagai aktiviti sama ada badan beruniform, kelab, ataupun persatuan yang telah ditetapkan.

Penglibatan murid-murid di dalam ko-kurikulum dapat melatih mereka bekerja di dalam satu organisasi di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa berpersatuan dan sebagainya. Murid-murid telah menunjukkan komitmen mereka yang tinggi dalam penglibatan mereka di dalam aktiviti ko-kurikulum dengan menunjukkan minat mereka di dalam aktiviti ko-kurikulum. Berdasarkan rekod, kehadiran murid-murid di dalam aktiviti ko-kurikulum amat membanggakan dengan menunjukkan peratusan yang tinggi. Sikap positif yang dipamerkan oleh murid-murid amat membanggakan kerana mereka telah menjalani sepenuhnya aktiviti kokurikulum tanpa sebarang masalah yang timbul. Sikap inilah yang sepatutnya diamalkan oleh setiap pelajar tidak kira di sekolah mana sekalipun.

Melalui aktiviti ko-kurikulum, kepimpinan seorang murid dapat dicungkil apabila dilantik menjadi ketua sesebuah kelab dan persatuan. Ini dapat

memperkembangkan lagi bakat seseorang untuk memimpin dan seterusnya menyumbangkan serba sedikit pengorbanan mereka kepada sekolah. Dalam bidang ko-kurikulum, murid-murid SK Kampung Buloh telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan di dalam bidang ini. Kejayaan dalam acara olahraga, bola baling dan bola sepak telah menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh setanding dengan sekolah-sekolah elit yang lain. Malah, ada di antara acara-acara sukan yang diwakili seperti bola sepak dan bola baling telah melayakkan diri untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.

10

Budaya Sekolah Warga pendidik SK Kampung Buloh juga banyak menerapkan nilai-nilai murni kepada setiap murid di sekolah. Satu aspek budaya yang telah diterapkan ialah budaya menghormati antara satu sama lain. Murid-murid telah dilatih untuk sentiasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak kira sesiapa pun sama ada sesama rakan mahupun dengan guru. Semasa berada di sekolah tersebut saya berasa seolah-olah telah pun menjadi guru yang telah mengajar lama di sekolah tersebut di mana murid-murid telah memberikan salam apabila bertemu tidak kira di mana sahaja berjumpa.

11

Ini menunjukkan budaya memberi salam amat dititikberatkan kepada murid-murid tidak kira kepada sesiapa pun di sekolah. Budaya berterima kasih juga turut menarik perhatian saya apabila berada di sekolah. Misalnya, apabila saya memberikan sesuatu ganjaran kepada murid-murid semasa berada di dalam kelas, secara spontan mereka akan mengucapkan terima kasih kepada saya dan juga kepada rakan-rakan saya yang lain. Saya berpendapat bahawa mereka telah lama dididik untuk sentiasa berterima kasih kepada orang yang memberi bermula dari rumah lagi ditambah dengan didikan yang diberikan oleh para guru dan murid-murid telah mempraktikkan apa yang mereka pelajari itu apabila berada di sekolah. Seterusnya, guru-guru juga telah menerapkan budaya penyayang kepada semua murid-murid di sekolah. Mereka telah mendidik murid-murid dengan mencurahkan rasa kasih sayang yang sepenuhnya kepada murid-murid. Ada kalanya, guru memarahi murid-murid adalah kerana untuk kebaikan semua.

12

Murid-murid juga telah menunjukkan budaya penyayang mereka kepada rakanrakan dengan saling bantu-membantu antara satu sama lain semasa mengadakan aktiviti rasmi di sekolah. Keceriaan di persekitaran sekolah juga turut dititikberatkan. Pemerhatian saya mendapati kawasan persekitaran sekolah berkeadaan kemas dan rapi serta di jaga sepenuhnya. Pada pendapat saya, keceriaan di sesebuah sekolah adalah sangat penting untuk memastikan pelajar dapat belajar di dalam keadaan yang kondusif dan selesa, seterusnya dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah ke tahap yang membanggakan. Ini kerana melalui persekitaran yang ceria, kita dapat merangsang murid-murid supaya mereka dapat belajar dengan lebih gigih dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri dan juga kepada sekolah.

13

Guru Sebagai Model Majoriti guru yang mengajar di sini menunjukkan ciri-ciri yang bertepatan dengan kehendak yang diperlukan untuk menjadi seorang guru. Golongan pendidik merupakan golongan yang sangat penting dalam perkembangan individu yang seimbang seperti yang kita dengar berulang kali di dalam FPK.

Guru-guru yang mengajar di sekolah ini kebanyakannya sentiasa menepati masa menghadiri kelas untuk proses P&P. Sekiranya mana-mana guru lambat masuk, sudah tentu kelas tersebut menjadi bising dan seterusnya akan menggangu proses P&P kelas bersebelahan. Hal ini boleh mengakibatkan sesuatu perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang guru itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, seorang guru yang lain akan menggantikan guru tersebut. Ini menunjukkan bahawa pihak pentadbiran sekolah amat prihatin dengan murid-murid dan tidak mahu membiarkan murid-murid berada di dalam kelas tanpa kehadiran guru.
14

Kemudian, kebanyakan guru-guru di sini juga menunjukkan ketrampilan mereka sebagai seorang guru dengan menepati etika pemakaian yang sebenar sebagai seorang guru. Ini boleh dijadikan contoh oleh murid-murid sekolah kerana seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak itu suka meniru perilaku seseorang dewasa yang murid itu kenali, seperti pepatah Melayu, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Itulah hakikat sebenar seorang kanak-kanak. Penampilan guru sebenarnya akan mempengaruhi kehidupan pelajar itu kelak. Walau bagaimanapun, ada segelintir guru yang kurang mengambil berat dalam pemakaian mereka mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang agak panas, menghalang mereka untuk berpakaian dengan baik. Guru-guru juga turut menunjukkan sikap integriti mereka dengan sentiasa menjalankan amanah mereka sebagai seorang guru tanpa bersikap pilih kasih terhadap murid-murid. Ini dilakukan adalah untuk memastikan supaya murid-murid mendapat ilmu yang sama rata tanpa ada yang ketinggalan di dalam sesuatu subjek. Begitu juga dengan budaya ilmu seorang guru. Guru-guru di sini banyak yang menekankan budaya ilmu di dalam kehidupan seharian. Malah, ada di antara guru yang telah menasihatkan saya dan rakan-rakan yang lain agar sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmulah kita memperoleh segalagalanya. Secara keseluruhannya, komunikasi antara guru-guru di sekolah adalah baik dan mereka saling bertegur sapa antara satu sama lain. Jurang usia tidak menjadi masalah sama ada guru yang telah lama berkhidmat mahupun yang baru berkhidmat. Malah, mereka turut bergurau senda sesama guru apabila berada di dalam bilik guru. Mereka mempamerkan hubungan yang akrab sesama guru supaya tali silaturrahim dapat dikekalkan.
15

Isu-Isu Semasa Semasa pemerhatian saya di sekolah, isu-isu semasa di dalam pendidikan tidak lekang daripada pertanyaan saya kepada para guru di sekolah. Sekolah ini juga turut tidak ketinggalan dalam membestarikan pendidikan dengan menggunakan secara optimum kemudahan makmal komputer yang telah disediakan. Walaupun bilangan komputer yang ada tidak seperti di sekolah bestari, namun mereka telah menggunakan kemudahan yang disediakan itu dengan sebaik-baiknya. Malah, pengawas makmal komputer juga turut diwujudkan di sekolah ini sebagai pembantu kepada guru ICT sekolah ini, Cikgu Syamsul, untuk memantau penggunaan komputer di sekolah. Ini merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pentadbiran ICT untuk memudahkan pelajar menggunakan kemudahan ini dengan lebih berkesan.

Kemudian, pendemokrasian pendidikan juga turut diutarakan kepada guru-guru di sekolah. Dalam temubual bersama salah seorang guru, Pn. Zainab Binti Abdullah, beliau telah menyatakan bahawa proses pendemokrasian pendidikan di negara kita belum dilaksanakan secara menyeluruh kerana proses ini hanya berlaku apabila seorang pelajar berada di menengah atas dan seterusnya, tidak semasa peringkat

16

rendah. Menurut kata beliau lagi, walau bagaimanapun, proses pendidikan di negara kita masih berada dalam keadaan yang terbaik dan perlu dibanggakan oleh semua. Apabila ditanya mengenai peningkatan profesionalisme guru pula, beliau

mengatakan bahawa setiap guru perlu berusaha untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi kerana guru kini tidak lagi seperti dahulu. Guru-guru baru yang ada sekarang hampir kesemuanya berpendidikan tinggi berbanding guru-guru yang lama. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya bagi guru-guru lama memikirkan untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi walaupun mereka sudah ditauliahkan sebagai seorang guru supaya mereka setaraf dengan guru yang baru tidak kiralah sama ada sepenuh masa ataupun pendidikan jarak jauh. Apa yang penting, kemahuan para guru untuk berubah. Seperti yang kita ketahui, pendidikan itu amat penting dan proses itu perlu berterusan sepanjang hayat. Di samping itu juga, untuk meningkatkan profesionalisme guru juga, mereka perlu mengikuti kursus-kursus tertentu supaya para guru dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang perguruan kerana manusia itu ada juga kelemahan tidak kira dalam apa jua perkara. Usahalah yang akan menjadi kekuatan kepada guru untuk terus berusaha. Tidak hairanlah jika guru-guru wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 6-7 kali kursus setahun. Guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran alam sekitar. Jika seorang guru kurang pengetahuan, amat sukar bagi seorang guru itu untuk melahirkan seorang murid yang cintakan akan alam sekitar. Oleh yang demikian, seorang guru perlu memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep alam sekitar.
17

4.0 REFLEKSI Guru memainkan peranan yang cukup besar untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan kehendak yang telah dijelaskan di dalam FPK. Setiap guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan bersedia dari segi mental dan fizikal mereka supaya mereka boleh mencapai hasrat FPK. Di samping itu, para guru perlu memahami dengan sesungguhnya maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam FPK supaya para guru lebih komited dalam proses P&P dan seterusnya berusaha untuk memastikan matlamat FPK tercapai. Para guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka untuk menarik perhatian dan minat murid-murid kepada topik yang diajar dan seterusnya murid diharapkan dapat memahami apa yang diajar oleh guru mereka dengan lebih berkesan. Guru juga perlu menyelitkan unsur nilai-nilai murni kepada murid-murid untuk diamalkan dan tidak hanya sekadar mengajar apa yang ada pada buku sahaja. Ini kerana pada usia kanak-kanak, mereka belajar banyak perkara dan pada waktu sebeginilah kita perlu memupuk nilai-nilai murni ini supaya mereka dapat mengamalkan di dalam kehidupan mereka. Ajarlah murid-murid kita supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan mempunyai sikap berdisiplin yang tinggi. Ini kerana untuk melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi,rohani dan intelek, sikap ini diperlukan oleh diri seorang pelajar. Guru juga perlu melibatkan pelajar bukan sahaja dengan aktiviti di dalam kelas, malah perlu melibatkan pelajar dengan aktiviti di luar kelas supaya murid tidak terlalu terkongkong di dalam kelas sahaja. Sebagai contoh, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aktiviti yang kebanyakannya melibatkan murid18

murid di luar kelas. Di samping menimba pelbagai ilmu pengetahuan, mereka juga turut didedahkan dengan kemahiran-kemahiran baru yang perlu diketahui oleh mereka untuk dipraktikkan di kemudian hari. Seterusnya, murid-murid dapat menyemai semangat kerjasama di dalam satu kumpulan dan diharapkan dapat melahirkan generasi yang hidup di dalam aman dan harmoni. Ini dapat merealisasikan harapan yang terkandung di dalam FPK. Kemudian, peranan guru juga perlu menjadikan diri mereka sebagai contoh yang terbaik kepada murid-murid dengan mempunyai sahsiah dan penampilan yang unggul untuk diteladani oleh para pelajar. Secara keseluruhannya, sekolah ini mengamalkan FPK dengan sepenuhnya untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan kehendak FPK. Usaha yang berterusan perlu dilakukan supaya kita dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi seumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

19

5.0 PENUTUP Tiada jalan mudah bagi para pendidik untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Apa yang penting, para pendidik perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran mendatang di dalam dunia globalisasi ini kerana kita tidak mengetahui apa yang berlaku di kemudian hari dan seterusnya apa yang terkandung di dalam FPK akan dapat kita capai. Para pendidik diharapkan agar dapat merealisasikan matlamat FPK ini supaya pada akhirnya dapatlah kita melahirkan satu warganegara yang seimbang dalam pelbagai aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Sosial disamping mengamalkan nilai-nilai murni dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Oleh yang demikian, gurulah yang berperanan sebagai enzim yang menggerakkan anak-anak didik supaya kehendak FPK dapat direalisasikan. Apabila FPK dapat direalisasikan, maka dapatlah kita melahirkan sebuah generasi masa hadapan yang bersatu-padu dan hidup di dalam suasana yang harmoni dan aman damai di samping peningkatan dari segim kemajuan negara kita. Menerusi tugasan yang diberi, saya dapat menambahkan ilmu falsafah saya berasaskan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang saya pelajari. Banyak ilmu baru yang saya perolehi melalui SBE. Di samping itu, saya dapat mengalami dengan lebih dekat lagi situasi sebenar di sekolah dan menyelami dengan lebih dekat pndekatan yang digunakan untuk merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam FPK. Saya mengharapkan dengan pengalaman seperti ini, dapatlah saya mempelajari serba sedikit berkenaan dengan FPK untuk saya praktikkan semasa berada di sekolah kelak.
20

6.0 SUMBER RUJUKAN Choong Lean Keow, Dr. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook

Soon

Sang.

(2008).

Ilmu

Pendidikan

untuk

KPLI

(Komponen

ProfesionalismeKeguruan) Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. ( 2009 ) . Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia : Penerbitan Multimedia sdn.bhd

Harizamrry(2007). harizamrry wordpress.com. Diakses pada 17 Mac 2009. (2009). www.ujanailmu.com.my. Diakses pada 14 Mac 2009. (2009). fskpm.upsi.edu.my. Diakses pada 21 Mac 2009. (2003). www.mycreche.com.my. Diakses pada 25 Mac 2009.

21

You might also like