You are on page 1of 68

PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975 - Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979 - Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985 - Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13) bertarikh 29 Disember 1986 - Penyalahgunaan Inhalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam sekolah Menengah (SLAD) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992 - Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolahsekolah. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995 - Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 - Ujian Urin Pelajar Sekolah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos 1998 - Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk (Borang ADIUB 1A) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979 - Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 2002

1. 2. 3. 4.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 - Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1.

Surat Pekeliling Profesionalisme Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. - Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling Profesionalisme Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. - Tatatertib di Sekolah-sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. - Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. - Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

2.

3.

4.

Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. I. Pendahuluan

Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu, tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan jugadoktor-doktor. 2. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana kerana dadah. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah. 3. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. 4. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah denganhanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Walau bagaimanapun, kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. II. Perubahan Kelakuan

Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah, akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain.

Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah DARIPADA i) ii) iii) iv) v) vi) vii) siuman, rajin bercakap dan suka menyatakan perasaan cergas, sihat dan penuh bertenaga segak, yakin diri dan tabah hati suka menolong, menumpukan perhatian penuh dan boleh diharap penuh kemahuan, cergas dan bersemangat tidak berselindung, baik hati dan percaya mempercayai riang gembira, memandang cerah di masa hadapan/optimistic dan gerak geri menarik KEPADA pendiam, fikiran bercelaru dan menjauhkan diri cemas, kaku dan gelisah tertekan, terharu dan berasa bersalah ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan tidak bermaya tidak ambil tahu, pasif dan tidak bermaya curiga-mencurigai, mengancam dan tarasing menyakiti hati, memandang gelap di masa hadapan/pesimistik dan muram

III.

Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.

ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lainlain). ii) Perwakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkatperingkat awal). iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tandatanda jarum. v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian. vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui. vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah).

IV.

Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu a) Dadah Penenang (Despresents: - Barbiturates) i) ii) iii) iv) v) vi) vii) b) Seperti orang mabuk minuman keras/arak, tetapi nafasnya tanpa bau arak. Berjalan terhoyong-hayang, tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. Tertidur ketika bekerja. Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Pertuturan yang tidak terang. Mata hitam yang membesar. Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

Dadah Perangsang (Stimulantst Amphetamines Cocaine) i) ii) iii) iv) v) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas, mudah marah, suka Bertengkar atau takut. Menunjukkan keadaan terlalu riang, yuforia (euphoria) dan becok mulut. Mata hitam membesar. Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi.

c)

Narkotik (Candu Opium), Morfin (morphine), Heroin, Kodin (codeine) i) ii) iii) iv) v) Tanda parut (tracks) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. Mata hitam mengecil dan tidak bergerak; mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. Hilang selera makan. Selalu makan gula-gula, kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis. Mungkin hidung berair, mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(fix).

vi)

Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Sudu, kapas, jarum, tutup botol, logam, alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih, mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti). Ketika pengunduran berlaku, pengguna dadahmungkin berasa mual dan muntah-muntah. Wajahnya berubah, selalu menguap dan ototototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. Ganja(Marijuana sejenis halucinojen (hallucinogen)

vii) viii)

d) i)

Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja, pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk. Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi hallucination). Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti, dan walaupun demikian, ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera.

ii) iii)

e) i)

Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. Tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. (Ada diantara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). Mungkin mengalami rasa mual, sejuk, wajahnya berubah, pernafasan tak seimbang, berpeluh dan tanganya mengeletar.

ii) iii)

iv)

v)

Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan masa. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan

kelakuan yang tak siuman sepertimenganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. Biasanya penggunaLSD memerlukan seoran sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan. f) Menghidu Gum (Gula Sniffing) Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tandatanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif. i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya.

ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga. iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu. iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri. v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum palastik yang kering. vi) Pertuturannya yang tidak terang. vii) Nafas yang berbau busuk. v. Penutup Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru, Guru Besar dan Ibu Bapa. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan, maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab.

t.t (ABDULLAH BAKRI) Ketua Unit Kesihatan

Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.III(34) bertarikh 27 hb. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal keskes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan. 2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini. 3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko. (a) (b) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah. Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain). Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan. Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama. Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.

(c) (d)

(e)

(f)

Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya. 4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai keskes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat, Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain).

5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama. 6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiaptiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekian untuk makluman tuan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, tt (SYED ABU BAKAR BARAKBAH) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN NAMA & ALAMAT SEKOLAH : ............................................................................ ............................................................................
Jantina Bil. Nama Murid Tingkatan Umur L P Keturunan M C I Keadaan Risiko Tindakan Yang Telah Diambil Rujukan Yang Telah Dibuat Tindakan Selanjutnya Yang Diperlukan

LAPORAN PENGGAL

I (I/I-30/4/19.........) II (1/5-31/8/19.......) III (1/9-31/12/19.....)

NOTA Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum @ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki /II/zi. 14hb. Mei 10hb. September 14hb. Januari .................................................... (Tandatangan Guru Besar)

10

SALINAN JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984. 2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: : 29 Januari 1985

(I) (II)

Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

11

JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakanprogram-program ini. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. 4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun bolehlaj dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. 5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) (b) (c) (d) 6. seboleh-bolehnya

Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kekitangana di pejabat berkenaan; Peghawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawau lain yang dipilih. Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi. Kerani Besar.

Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut:

6.1

Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameranpameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah.. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan JabatanjabatanPenerangan di peringkat negeri dan daerah. Merangka dan melaksanakan program untul membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangankakitangan yang terlibat dengan penagihandadah: 6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jatankuasa. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. 6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri.

6.2

12

6.2.1.3 Menjalankan pengawsan ke atas kakitangankakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran A. 6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sessiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

6.2.2

Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di LampiranB untuk menjalani ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)). 6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3 teatapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)). 6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawaipegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984. 6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitanagan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktivitiaktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah

13

dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH, PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI, BLOK K-1, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR. Tel. No. : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka: (I) (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. Julai, 1977; Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb. Mei,1978 adalah dibatalkan.

t.t. (TAN SRI DATO SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Negara.

14

LAMPIRAN A

PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH


i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin, hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu mengucap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri dari tanggungjawab. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup.

viii) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. ix) x) xi) xii) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih. Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan. Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor, Bilik kecil, tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah).

15

Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar,

Telefon

2922066

KP (BS) 8584/8/1/(29) 29 Disember 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia. Y.B. Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1986 Penyalahgunaan Dadah Seperti Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklum, satu gejala salahlaku baru yang terdapat di kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan Inhalan. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. Kementerian Pelajaran amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan; oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan. 2. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini, Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil PENYALAHGUNAAN INHALAN Panduan Untuk Para Guru yang telahpun dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah. 3. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi: 3.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKUBUKU KECIL, RISALAH, POSTER, VIDEO, FILEM DAN SEBAGAINYA, HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN PELAJAR. PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR. JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR, IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI PROSES MENOLONG DENGAN PENUHHATI-HATI TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN, DI MANA KEBAJIKAN DAN

3.2

3.3

16

KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN.

PELAJAR

TERSEBUT

HENDAKLAH

4. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti: 4.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat, nasihat/kaunseling individu/kelompok, kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini. Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi. Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, Polis, PIBG, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan.

4.2

4.3 4.4

5. Sila Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan mengarahkan untuk : 5.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir). Membincangkan buku kecik berkenaan dengan semua guru. Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran (u.p. Unit Bimbingan dan Kaunseling). Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.

5.2

5.3

Sekian dimaklumkan. Didahului dengan ucapan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yangmenurut perintah, tt (HAJI JUMAAT BIN DATO HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

17

s.k. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran

BAHAGIAN SEKOLAH,

18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Telefon : 2556900 Kawat : PENDIDIKAN

KP(BS)8591/Jld.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri, Y.B. Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang bolah digunakan bagi menanam perasaan benci,jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. 2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, paraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. 3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dinekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya.

19

4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986, penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. 5. Dengan iti jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y.B.Datuk/Tuan/Puan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt (HAJI JUMAAT BIN DATO HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. s.k. 1. 2. Setiausaha Sulit Kepada Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Setiausaha Sulit Kepada Y.B. Encik Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.

4.

20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : PELAJARAN

Ruj. Tuan : Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13) Tarikh : 27 Julai 1992 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992: Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringer) Di Sekolah-sekolah Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai. 2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah. Sekian. BERKHIDMATA UNTUK NEGARA

tt DATO ASIAH BTE ABU SAMAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

21

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Y.Bhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh. 3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. 4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

LIMA.DOC/(BA)...lis

22

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/064(36) 24 Julai 1998

SULIT Semua Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri Y.Bhg.Datuk/Dato/Datin/Tuan, UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato/Datin/Tuan mengenai perkara di atas. 2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Ahensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian Pengesahan. 3. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. (Laporan dilampirkan). 4. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar, (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri. Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Di Sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan).

23

5. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah den program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan HEM), Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan. 6. Keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat dihargai.

Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. s.k. 1. Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.

ARE/ANLURIN DOC (HEP 121)

24

SULIT TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR

DISEDIAKAN OLEH :

AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI


DENGAN KERJASAMA :

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

25

TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR

1. PENDAHULUAN 1.1 1.2 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang yangh dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah. Kaedah pengesanan dengan menggunakan kertas jalur ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan penngunakan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.

1.3

2. RASIONAL 2.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani masalah di sekolah. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah melui sistem persekolahan. Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya. Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undang-undang, tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera. Dengan jumlah pelajar yang ramai,kaedah ujaian pantas urin ini adalah lebih praktikal, lebih murah dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal, seterusnya tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil.

2.2

2.3

2.4

26

3.

TUJUAN 3.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan, seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus dengan najis dadah.

3.2

4.

PRINSIP PELAKSANAAN 4.1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan kertas jalur ini hendaklah atas dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat, BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan mereka secara negatif. Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan kertas jalur ini juga hendaklah dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar, keluarga serta sekolah yang terlibat. Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan(HEM), Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja. Untuk tujuan kesahihan, ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut : Guru Penolong Kanan (HEM), Guru Disiplin, Kaunselor Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan.

4.2

4.3

4.4

4.5

5.

TATACARA KERJA 5.1 Penyelarasan Program 5.1.1 Kertas Jalur dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun berkenaan. Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan kertas jalur kepada Pengetua/Guru Besar.

5.1.1

27

5.1.2 5.1.3

Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajarpelajar menjalani ujian ini. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkahlangkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan. Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturutturut ujian pantas urin yang menunjukkan positif, Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.

5.1.4

6.

TATACARA TEKNIKAL 6.1 Kertas Jalur Ujian Ganja 6.1.1 6.1.2 6.1.3 Sediakan botol yang sesuai, bersih dan kering. Pastikan kertas jalur yang akan digunakan itu belum luput tarikh sahguna, yang ditetapkan. Urin yang telah diambil, hendaklah terus dilakukan ujian dengan kertas jalur ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Celupkan kertas jalur itu ke dalam bekas urin selama 10 saat. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada kertas jalur tersebut. Apabila terdapat serapan urin naik ke atas, kertas jalur itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai. Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6.1.5. Jika SATU garisan terhasil (control line), maka ia adalah POSITIF. Jika DUA garisan terhasil (control dan test line), maka ia adalah NEGATIF. 6.1.8 Contoh rajah ujian menggunakan kertas jalur adalah seperti lampiran B.

6.1.4

6.1.5

6.1.6 6.1.7

7.

PENUTUP 7.1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan kertas jalur ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.

28

DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI. DENGAN KERJASAMA ; BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 APRIL 1998 ARE/Gutk Test/HEP

29

LAMPIRAN A

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:1. Kemerosotan kehadiran, disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya. 2. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. 3. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. 4. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata merah dan berair atau kuyu. 5. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab. 6. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga. 7. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum. 8. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual. 9. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor, bilik kecil, tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah.

30

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389 KP(BS/HEP)8543/0113/

(47) 27 Ogos 1998 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Y.Bhg.Dato/Datuk/Datin/Tuan, ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/ INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasan Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolahsekolah. Sila gunakanBorang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :i) ii) Laporan Suku Tahun Pertama Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April. Laporan Suku Tahun Kedua Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos. Laporan Suku Tahun Ketiga Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember.

iii)

3. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini, Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkanpelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan. 4. Keprihatinan Y.Bhg.Dato/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi. Sekian, terima kasih.

31

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya Yang Menurut Perintah,

tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

32

NAMA SEKOLAH : 2 3 JANTINA BIL NAMA L P 1

ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH, INHALAN DAN UBAT BATUK BULAN . HINGGA .2001 KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR 4 5 6 7 9 BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP. PNGGUNAAN M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN

M = MELAYU C = CINA I = INDIA LL = LAIN-LAIN

6G = GANJA H = HEROIN M = MORFIN C = CANDU P = PIL-PIL LL = LAIN-LAIN

7MC = MENCUBA T = MENAGIH E = MENGEDAR MI = MEMILIKI

Jumlah Pelajar Diuji Bil. Pelajar yang Terlibat

= =

RUMUSAN PENGLIBATAN DADAH = INHALAN = UBAT BATUK =

9KOD TINDAKAN 1PELAJAR DIKAUNSELING 2IBU BAPA DIBERITAHU 3PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI) 4PELAJAR DIBUANG SEKOLAH 5PROGRAM KHAS 6DLL NYATAKAN

33

B5 KP(BS)8548/4/Jld.IX/(I) Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur 01-34, 27. Januari, 1979, Pengarah Pelajaran, Semua Negeri, Senanjung Malaysia. Tuan, Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979 Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah, tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:(a) Panduan Pelajaran murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan. (b) Panduan Kerjaya murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya, mengambil ujian minat pekerjaan, lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan, mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan, Kutub Khanah dan sebagainya. (c) Panduan peribadi murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi, perhubungan antara murid dengan guru, masalah-masalah dalam pelajaran dan lainlain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan. (d) Ramcangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk (i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulam risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan. Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dn pemulihan.

(ii)

34

(iii)

Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan, diberi tindakan seliaan.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari, 1979. Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna. Tuan adalah dminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negerituan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna.

Saya yang menurut perintah t.t (SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN.PSM) Pengarah Sekolah-Sekolah, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran, alaysia.

35

SENARAI TUGAS-TUGAS GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH


1. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan. 2. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran, mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran. 3. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursuskursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah, jika dikehendaki. 4. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan , Buruh dan Tenaga Rakyat, Kebajikan Masyarakat, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Badan Persen dirian, Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya. 5. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu, jika perlu dan membuat susulan. 6. Bertanggungjawab, secara keseluruhan mengenai mengisi, menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan. 7. Mencatit, mengumpulkan dan menggunakan Butir-butir Tanpa Ujian muridmurid. 9. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur. 10. Mengelola dan mengadakan rundingcara, temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja, kesihatan, penyesuaian pergaulan dan lain-lain. 11. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah : (a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi, memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar, menjelaskan nilai-nilai, pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab. (b) (c) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah. Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong muridmurid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat, kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapanganlapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak.

36

12. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya, melawat tempat-tempat pekerjaan, pelajaran, latihan, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan, mengelola, pengalaman pekerjaan, perbincangan pertunjukan filem,cara memohon kerja, kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain), bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi muridmurid yang akan meninggalkan sekolah khasnya. 13. Mengesan sikap, bakat,kebolehan,sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu ada. 14. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan. 15. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain. 16. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah. 17. Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah. 18. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM, Ibubapa, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. 19. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya. 20. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid. 21. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan. 22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan.

LAMPB/BK 077A

37

B7 Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.

Telefon : 922066

KP(BS)8591/Jld.II(29) 2hb. Januari 1985 Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B.Dato/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.I/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 1. Latarbelakang 1.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia. Justru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara. 1.2 Di samping itu, sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya. 1.3 Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik, melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguhpun demikian, melalui bidang kurikulum sahaja, seperti mata pelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan misalnya, belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang

38

mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru; pemulauan kelas; merosakkan harta benda awam; penyalahgunaan dadah; melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilainilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni. 1.4 Sepertimana kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang berkenaan, ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Apa yang jelas pada masa ini, bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya, jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:1.4.1 1.4.2 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan. Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini, kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjlankan gerakerja kokurikulum; Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum; Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian, sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini. Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya. Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education). Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak-

1.4.3 1.4.4

1.4.5

1.4.6

39

anak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah, tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka. 1.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut,boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar, khususnya pelajarpelajar yang lemah dalam bidang akademik, bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diridalam kegiatan kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah. 2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS: 3.1 Tujuan JPBS Tujuan penubuhan JPBS adalah :3.1.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani pelajar-pelajar. Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajarpelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperto ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat. Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah. Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah, memupuk semangat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat, menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang, serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru, pemulauan kelas, merosakkan harta benda awam, penyalahgunaan dadah, melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang

3.

3.1.2

3.1.3 3.1.4

40

menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni. 3.1.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat.

3.2 Fungsi JBPS Di antara fungsi JPBS adalah :3.2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakerjagerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum. Berusaha meningkatkan lagi penglibatan masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah. pelajar dan

3.2.2 3.2.3

3.2.4

Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar. Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah. yang

3.2.5

3.2.6 3.2.7

Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa.

3.3 Keanggotaan JBPS Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut : Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli-ahli : : : : Guru Besar Guru Penolong Kanan Pilihan Guru Besar Wakil masyarakat Wakil PIBG Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Wakil Murid Tua (jika ada) Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam) Wakil Murid (ketua murid dan penolong) (Bagi sekolah menengah bercampur, seorang lelaki dan seorang perempuan).

41

(Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG, wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. Guru Besar dibolehkan menjemput anggota-anggota lain jika perlu). 3.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu: 3.4.1 3.4.2 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala, Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Polis Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Geografi/Sejarah, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Komputer Sukan (olahraga dan Permaisuri) (sebagai contoh bersamasama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah).

3.4.3

4. Mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya tiga kali sepenggal (awal, pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi. 5. Penyertaan 5.1 Matlamat gerakerka ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan. Penyertaan semua guru mempastikan keberkesanan kurikulum sekolah. adalah dikehendaki bagi pelaksanaan gerakerja ko-

5.2

5.3

Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerjagerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan,moral dan sebgainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembetukan keperibadian.

42

6. Kemudahan 6.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alt-alat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan. 6.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alt-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahankemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan. 7. Pengecualian Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut dikecualaikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum. bolehlah

7.1 Kes-kes perubatan pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian. 7.2 Kecacatan pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka. 7.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja kokurikulum hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan. 8. Tindakan Lanjut 8.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting, Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. Oleh itu, Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan, inisiatif, bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh. 8.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS, pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan. 8.2.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah. Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan.

8.2.2

43

8.2.3

Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan. Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat.

8.2.4

8.2.5

9. Keselamatan Para Pelajar Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum. 10. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, t.t (TAN SRI DATO HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia 2. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran Malaysia

44

6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran 12. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia

45

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. 2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. 2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.

46

Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. 2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan yang peting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kekasnya. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. 2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya.

47

2.4

Sekolah Penyayang Konsep Sekolah Penyayang yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid, murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program Lawatan ke Rumah (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.5

Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.

48

2.6

Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep school-Home-Community Partnership.

2.7

Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah. Konsep Sekolah Selamat (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guruguru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.

49

Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan 10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

50

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka, tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid. 2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Disamping itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan. 3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya........................... 4. Kerjasama Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif

51

yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan 10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

52

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. 2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

i.

Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: .......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.

ii.

53

3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memstikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. 4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. 7. 8. 9. 10. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan 11. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

54

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XVll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 Pelaksanaan Program sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. 2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3.1 Jabatan Pendidikan Bahagian/Daerah: 3.1.1 Negeri dan Pejabat Pendidikan

Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat.

3.1.2

55

3.1.3

Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah. Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat, memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.

3.1.4

3.1.5

3.1.6

3.2

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah, yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.

3.2.2

3.2.3 3.2.4 3.2.5

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

56

s.k.

1. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan 10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

57

PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS LAMPIRAN 2.1 KP.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 10hb. September. 1968 Surat Pekeliling Profesionalisme Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran, surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. 2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. 3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran kedua, dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan murd itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang terus. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta

ii)

iii)

iv)

v)

58

tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula.

vii)

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

tt (Yap Hong Kuan) b.p setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran

tt

59

LAMPIRAN 2.2 KP.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 18hb. September. 1968 Surat Pekeliling Profesionalisme Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. 2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. 3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. 4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. 5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru

60

Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. 6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.

Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat. Mengancam penuntut-penuntut yang lain. Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa.

Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. 7. Pakaian

Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong baik.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik, yang berguna seumur hidup. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas, kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penutut-penutut mempnyai budi pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. Tt (Yap Hong Kuan) b.p Setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran

61

s.k. Ketua Pegawai Pelajaran, Semua Negeri. Bahagian Kewangan. Bahagian Pentadbiran. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Pelajaran Teknik. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian peperiksaan.

62

LAMPIRAN 2.6 KP.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 01-34 5hb. September. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/Sarawak. Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. 2. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.

63

(b) (c)

Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. 4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan. Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Saya yang menurut perintah, tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah. b.p. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s.k. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri. Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha.

64

LAMPIRAN 2.7 KP.8548/8/(67) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 19hb. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Negeri Semenanjung Malaysia, Sabah/Sarawak. Pengarah Latihan Guru. Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional. Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Salah Guna Dadah Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umunnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. 2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. 2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada

65

ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2 di bawah. 2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini, Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar, pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetujutentang tindakan yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) Peraturan sekolah. b) Kuasa ibu bapa/penjaga. c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). 2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Pandu8an bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyakii seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan. 2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah, dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-

66

orang lain akan dibuat dengan tujuan tertenu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. 2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya mencuri, ponteng sekolah, tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. 2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah, maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :i) ii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. 3. Checklist Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah. b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat. j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam. k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

67

4.

Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. a) b) c) d) e) f) Ganja (Marijuana) Heroin (Heroin) Morfin (Morphine) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill) Tranquilisers Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar. 6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT. Saya yang menurut perintah, tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. b.p Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran Malaysia s.k. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.

68

You might also like