P. 1
Negeri Bersih Rakyat Sihat

Negeri Bersih Rakyat Sihat

4.0

|Views: 7,105|Likes:
Published by tomotoki1101

More info:

Published by: tomotoki1101 on Sep 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

Para cendiakawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah naungan
negeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada di bawah pemerintahan seorang Sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada dari segi persekitaran ataupun kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah negeri. Akhir sekali, sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit, baik dari segi fizikal mahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat harus menitikberat akan perihal kebersihan ini untuk melahirkan rakyat yang sihat serta bebas daripada segala ancaman penyakit. Secara tidak lansung, negara kita juga akan untung dari segi pembangunan kerana memiliki rakyat yang sihat akal, fizikal dan mental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain serta tidak dipandang seperti anjing kurap. Bagi memastikan impian ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ dapat direalisasikan dengan sempurna , kita sebagai rakyat negeri mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan dalam kehidupan harian kita. Kebersihan juga hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan hanya diperkatakan dan meniti dari bibir ke bibir sahaja tetapi juga diamalkan dalamkehidupan harian dan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal ini kerana, kebersihan membawa erti besar kepada kerajaan negeri serta mempengaruhi lembayung kepimpinan negara. Mari kita sama-sama menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan dalam kehidipan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian daripada imannya . (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Jadi, di sini jelaslah bahawa kebersihan itu penting. Namun begitu bukan hanya agama islam sahaja yang mementingkan kebersihan tetapi semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan harian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan sarwajagat. Bertunjangkan kepada hal tersebut, langkah sederap untuk memberikan kesedaran masyarakat dalam menggerakkan usaha kea rah negeri bersih harus dilakukan. Hal ini disebabkan, peranan masyarakat merupakan faktor dominan yang menjadi tunjang kepada pihak kerajaan. Untuk merialisasikan amanat kebersihan ini, pelbagai usaha perlu diambil dan dilaksanakan. Contohnya, ‘Jom Bersih!’ merupakan salah satu kempen yang pernah diusahakan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu. Kempen seperti ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan objektif sampai ke peringkat agar umbi. Selain itu, segala promosi dalam media massa haruslah digerakkan dengan lebih hebat kerana segala maklumat yang ingin disampaikan mesti menepati sasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan segala perancangan kerajaan mampu diterima dan dihayati oleh rakyat jelata. Sebagai intihan bicara, kerajaan negeri boleh mempromosikan kebersihan dalam media elektronik mahupun akhbar arus perdana. Seterusnya,penguatkuasaan undang-undang harus menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Oleh itu, pihak majlis perbandaraan negeri haruslah memainkan peranan dengan memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk

seperti membuang sampah di merata-rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman ataupun memberikan khidmat kaunseling atas tindakan yang telah dilakukan oleh mereka harus diambil. Pihak majlis perbandaraan juga haruslah menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan untuk mereka bertugas. Dengan cara ini, negeri akan bebas daripada sebarang pencemaran alam yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari ketamadunan masyarakat dahulu lagi, undang-undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah bangsa itu bertamadun. Justeru, gerakan kempen secara proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undang yang berkesan mampu mewujudkan suasana dan persekitaran negeri Terengganu yang bersih serta harmoni. Sekaligus, menjadikan rakyat negeri sihat sejahtera. Indikator yang seterusnya, untuk memastikan hasrat murni kerajaan tersebut dapat dirialisasikan dengan jayanya, pihak kerajaan sendiri harus memainkan peranan. Hal ini dapat dibuktikan apabila kerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan lebih kurang 40juta setiap tahun bagi memastikan negeri Terengganu dalam keadaan yang cukup bersih dan indah. Pelaburan yang diusahakan oleh pihak kerajaan ini wajar diperkemaskan lagi dengan satu gerak-geri yang proaktif serta bernas. Peruntukkan tersebut haruslah digunakan semaksima yang mungkin dalam mengerakkan usaha kea rah negeri bersih seperti mengadakan pertandingan kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan atau prasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang wajar dititikberatkan oleh pihak kerajaan adalah penyediaan tong sampah, landskap yang indah serta penyediaan tandas yang berkualiti. Langkah awal yang diambil ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan masalah kekotoran dari menjadi pekung yang lama-kelamaan menjadi barah yang tidak mampu diubati lagi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Prasarana yang dibangunkan ini mampu mengurangkan masalah kebersihan yang seringkali menggugat pandangan serta perspektif masyarakat luar terhadap negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan gerak kerja yang proaktif dengan segala kelengkapan kebersihan agar segala yang dihajati terlaksana, ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’. Kita juga patut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana tidak memandang enteng terhadap isu kebersihan ini. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kegiatan bergotong-royong juga memainkan peranan yang amat penting sebagai agen kebersihan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana melalui kegiatan yang afdal ini, negeri kita bukan sahaja bersih persekitaran malah bersih daripada masalah perkauman. Hal ini disebabkan kita dapat menghapus sikap masyarakat yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, kita juga dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam, minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Kegiatan ini mampu memasyarakatkan rakyat oleh sebab bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Dengan bersihnya masalah perkauman ini, barulah gagasan 1 Malaysia yang diuaruarkan oleh Perdana Menteri ke-6 ,Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat dijayakan dengan sempurnanya.

Namun begitu, masih tidak dapat dinafikan walaupun pelbagai kempen telah diadakan oleh kerajaan berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengambil berat akan hal ini. Ini mungkin kerana terdapat segolongan rakyat yang mempunyai tabiat tidak mempedulikan kebersihan dan keindahan. Kalau ada sekalipun , kebanyakan mereka menggunakan ‘double-standard’ iaitu mementingkan kebersihan dan keindahan di dalam rumah masing-masing tetapi di luar rumah mereka tidak mengambil berat tentang kebersihan dan membuang sampah di mana-mana mereka suka. Tabiat ini perlu dikikis dan dibendung . Hal ini kerana kesedaran masyarakat dalam menggerakkan usaha kea rah negeri bersih merupakan faktor dominan dalam merialisasikan hasrat murni kerajaan negeri Terengganu. Jika ingin dianologikan , masyarakat merupakan tiang-tiang ataupun cerucuk menang kerajaan yang sentiasa menyokong serta mendukung segala hasrat serta harapan kerajaan. Jika tiada kerjasama serta sokongan yang padu daripada umum, mungkin menara yang dibina berlandaskan misi kemajuan akan tersungkur dan tumbang menyembah bumi. Sebenarnya, jika ingin dianalisis dan dibedah siasat , amalan kebersihan ini wajar bermula dari rumah masing-masing. Setiap penduduk atau anak jati negeri ini harus memainkan peranan dengan memeastikan persekitaran rumah masing-masing dalam keadaan bersih . Walaupun ianya nampak kecil namun implikasinya amatlah besar kepada negeri ini. Sekiranya, semua orang menjalankan tanggungjawab mereka, sudah tentu negeri Terengganu menjadi negeri terbersih di tanah air. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita menjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut kebersihan ini. Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi, tetapi muflis dari segi kebersihannya. Namun demikian, sekarang bukanlah masa untuk menopong dagu dan menunding jari sahaja. Jadi, kita perlu menyemai sikap murni seperti bencikan kekotoran. Dengan ini, kebersihan menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, maka dengan sendirinya kita akan berasa malu untuk mengotorkan alam sekitar dan akan menjaga kebersihan. Dengan itu, kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat. Justeru, tumpuan penyemaian sikap bencikan kekotoran hendaklah disemaikan dalam diri kanak-kanak sedari kecil lagi melalui didikan dan teladan masa. Mereka diibaratkan sebagai kain putih yang suci bersih , jadi kitalah yang harus mencorakkan warna keperibadian mereka untuk menjadi manusia yang mencintai kebersihan. Hal ini kerana meraka adalah harapan bangsa yang akan menerajui kepimpinan negara kelak. Kebersihan juga membawa banyak manfaat kepada kita semua. Hal ini kerana ,kehidupan kita bukan sahaja menjadi lebih selesa dari segi pemandangan dan iklim yang nyaman, malah kita akan menjadi manusia yang lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai kemampuan berdaya saing yang tinggi. Secara tidak langsung, negeri yang bersih akan melahirkan rakyat yang kreatif , inovatif dan bebas daripada segala ancamam penyakit berbahaya seperti demam kepialu. Jadi negeri yang bersih mampu meningkatkan taraf kesihatan rakyat dari mundur ke kesihatan yang berkualiti tinggi. Jadi, jelaslah di sini bahawa negeri yang bersih akan melahirkan rakyat sakinah dan madani, yang dapat membantu dalam pembangunan negara. Impian ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ bukan hanya rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi kita perlu merialisasikannya dengan sokongan yang praktikal. Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat harus menitikberatkan kebersihan dan memainkan peranan masingmasing agar kesihatan kita sebagai rakyat terjamin untuk membantu kepimpinan negara kelak. Dengan

itu, akan lahirlah sebuah negeri Terengganu yang bersih dan indah serta rakyatnya, sihat dan senyum sokmo.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->