You are on page 1of 12

a

MAKTAB SULTAN ISMAIL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN JALAN TELIPOT 15150 KOTA BHARU KELANTAN LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TING 2 TEMA: HIDUP BERMASYARAKAT TAJUK: GOTONG ROYONG 1 MALAYSIA ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TARIKH: 25HB MEI 2011 TEMPAT: MAKTAB SULTAN ISMAIL

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Lokasi Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Strategi Perlaksanaan 6.0 Masalah Perlaksanaan 7.0 Kos Pelaksanaan 8.0 Tempoh Pelaksanaan 9.0 Penghargaan 10.0 Refleksi dan kesimpulan 11.0 Lampiran Lampiran A: Brosur Lampiran B: Gambar/foto Lampiran C: Surat Kebenaran Ibubapa/penjaga Lampiran D: Surat Kebenaran pihak sekolah

1.0 PENGENALAN Saya Mohd Arabi Bin Abu Khalil, ialah pelajar 2 Cekal di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Saya menjalankan projek khidmat masyarakat secara berkumpulan dan memilih tajuk Gotong royong mencuci longkang utama SIC. Kami memilih tajuk ini kerana mendapati kebersihan dan keceriaan amat penting diutamakan. Persekitaran bersih pelajar sihat, negara maju.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian projek ialah: 2.1 Untuk member kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan tempat tinggal. 2.2 Untuk memupuk semangat kerjasama bersama dengan rakan. 2.3 Untuk melahirkan pelajar yang menyayangi persekitaran dan negara. 2.4 Untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap diri, sekolah, keluarga, masyarakat dan negara.

3.0 LOKASI KAJIAN Longkang sepanjang jalan utama dan pembahagi jalan utamaSIC.

4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar tingkatan dua Cekal, Jujur, Setia, Amanah, Taat, Yakin, Ikhlas, dan Mulia.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN a) Persediaan awal Semula memulakan projek ini, beberapa perjumpaan telah diadakan dan akhirnya mencapai persetujuan seperti berikut: - Gotong royong pada 25hb Mei 2011, pukul 3.00 ptg 5 ptg. - Menyediakan peralatan untuk gotong royang. - Mendapat surat kebenaran pihak sekolah untuk menjayakan projek tersebut. b) Langkah perlaksanaan - Pembahagian kelas dan kawasan gotong royong mencuci longkang - Pembahagian tugas guru yang mengawasi dan menyelia. c) Pelaksanaan - Pelajar berkumpul di gelanggang tenis pada pukul 2.30 ptg - Pukul 2.45 ptg taklimat oleh Pn Hjh Soriana, penyelaras tingkatan dua. - Gotong royong dimulakan pada pukul 3.00 ptg - Selepas gotong royong, peralatan di kumpul dan dikemaskan.

6.0 MASALAH PELAKSANAAN Kami tidak menghadapi masalah yang serius kerana semua pihak memberi sokongan dan kerjasama yang baik dari semua pihak.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1. 2. 3. Persegaran pelajar Penyapu lidi, penyodok longkang, berus, sarung tangan, plastik hitam, tuala kecil Folio 220 220 2.50 2.00 500.00

150.00 440.00 Jumlah 1090.00

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN Projek ini telah di mulakan denganmengadakan 3 kali perjumpaan, sejam setiap perjumpaan. Gotong royong dilakukan selama 5 jam. Jumlah pelaksanaan selama 8 jam.

9.0 PENGHARGAAN Projek ini dapat dijalankan dengan sempurna kerana sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Ucapan terima kasih ditujukan kepada: i) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, iaitu Pn. Hjh. Soriana bt Mohamad yang sabar memberi tunjuk ajar dan bimbingan. ii) Ibu dan bapa yang sentiasa member sokongan dan semangat. iii) Tuan pengetua, Tn Saipuddin b. Abdullah Hj iv) Guru-guru dan rakan-rakan yang telah memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

10.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN Secara keseluruhannya projek gotong royong ini telah dijayakan dengan jayanya dan dapat memberi peluang kepada semua warga maktab khususnya pelajar tingkatan 2 untuk menjalankan aktiviti. Projek ini memerlukan tenaga kerja yang banyak tetapi ianya dapat di atasi dengan kerja sama yang erat dari semua pelajar tingkatan 2 yang terlibat.

You might also like