You are on page 1of 235

Aplikasi Web 2.

0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran

MOHAMED AMIN EMBI

Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 2011

Cetakan Pertama/First Printing 2011 Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA http://www.ukm.my/ppa e-mel: pghppa@ukm.my

Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mohamed Amin Embi ISBN 978-983-3168-17-0

iv

Kandungan

KANDUNGAN

Halaman BAB 1 BLOG

Apakah itu blog? ...1 Kelebihan Log Web atau Blog ....1 Faedah Menggunakan Blog ...2 Cara Menggunakan Blog3 Mulakan dengan blogger...4 Rujukan10 BAB 2 DIIGO

Apakah itu DIIGO?...........11 Kelebihan Menggunakan Alat Anotasi dalam Pendidikan12 Penggunaan DIIGO dalam Pengajaran dan Pembelajaran ...13 Cara Menggunakan DIIGO..13 Mulakan dengan DIIGO..14 Rujukan26 BAB 3 ELLUMINATE

Apakah itu Elluminate?.27 Faedah Menggunakan Elluminate Live 27 Cara Menggunakan Elluminate Live.30 Mulakan dengan Elluminate.....33 Rujukan.........46 BAB 4 EVERNOTE

Apakah itu Evernote?...47 Faedah Menggunakan Evenote.47 Cara Menggunakan Evernote...49 Mulakan dengan Evernote...53 Rujukan64

Kandungan

BAB 5

FACEBOOK

Apakah itu itu Facebook?65 Kelebihan Facebook65 Cara Menggunakan Facebook dalam Pendidikan.66 Penggunaan Facebook Pengajaran dan Pembelajaran .67 Mulakan dengan Facebook..68 Rujukan78 BAB 6 FLICKR

Apakah itu itu Flickr?....79 Cara Menggunakan Flickr79 Penggunaan Flickr Pengajaran dan Pembelajaran ....80 Mulakan dengan Flickr.....81 Rujukan90 BAB 7 GLOGSTER

Apakah itu Glogster?....91 Faedah Menggunakan Glogster91 Cara Menggunakan Glogster....93 Mulakan dengan Glogster...94 Rujukan..105 BAB 8 JING

Apakah itu itu Jing?106 Faedah Menggunakan Jing..106 Penggunaan Jing dalam Pendidikan.107 Mulakan dengan Jing...108 Rujukan..113 BAB 9 NING

Apakah itu Ning?114 Faedah Menggunakan Ning dalam Pendidikan...114 Cara Menggunakan Ning...115 Penggunaan Ning dalam Pengajaran dan Pembelajaran ...116 Mulakan dengan Ning.............117 Rujukan..127

vi

Kandungan

BAB 10

PREZI

Apakah itu Prezi?129 Faedah Menggunakan Prezi 129 Cara Menggunakan Prezi.129 Mulakan dengan Prezi...132 Rujukan..137 BAB 11 SKYPE

Apakah itu Skype?................138 Faedah Menggunakan Skype..........................138 Cara Menggunakan Skype dalam Pengajaran dan Pembelajaran....139 Penggunaan Skype dalam Pengajaran dan Pembelajaran....140 Mulakan dengan Skype..141 Rujukan..147 BAB 12 SLIDESHARE

Apakah itu Slideshare?.......148 Faedah Menggunakan Slideshare....................148 Cara Menggunakan Slideshare............................................149 Mulakan dengan Slideshare...150 Rujukan..156 BAB 13 TWITTER

Apakah itu Twitter?...157 Kelebihan Twitter .158 Cara Menggunakan Twitter Dalam Pendidikan..........................................158 Mulakan dengan Twitter....160 Rujukan..163 BAB 14 VOICETHREAD

Apakah itu Voicethread?....164 Faedah Menggunakan Voicethread...164 Cara Menggunakan Voicethread.165 Penggunaan Voicethread dalam Pengajaran dan Pembelajaran.166 Mulakan dengan Voicethread168 Rujukan..172

Kandungan

vii

BAB 15

WALLWISHER

Apakah itu Wallwisher?.173 Faedah Menggunakan Wallwisher..173 Cara Menggunakan Wallwisher174 Mulakan dengan Wallwisher..176 Rujukan..181 BAB 16 WIKI

Apakah itu Wiki?....182 Wiki atau Blog...182 Faedah Wiki...183 Penggunaan Wiki Pengajaran dan Pembelajaran184 Mulakan dengan Wikispaces.186 Rujukan..193 BAB 17 YOUTUBE

Apakah itu Youtube?..194 Faedah Youtube.194 Penggunaan Youtube dalam Pengajaran dan Pembelajaran...195 Strategi Penggunaan Youtube dalam Pengajaran dan Pembelajaran...........196 Mulakan dengan Youtube...198 Rujukan..203 BAB 18 WORDLE

Apakah itu Wordle?.................204 Cara Menggunakan Wordle...204 Mulakan dengan Wordle...206 Rujukan..208 BAB 19 WORDPRESS

Apakah itu Wordpress?.209 Kelebihan Wordpress....209 Cara Menggunakan Wordpress.210 Mulakan dengan Wordpress..211 Rujukan..217

viii

Kandungan

BAB 20

DEL.ICIO.US

Apakah Itu Del.icio.us?...218 Kelebihan Del.icio.us......218 Penggunaan Del.icio.us dalam Pendidikan.219 Mulakan dengan Del.icio.us....220 Rujukan..227

Bab 1: Blog

BAB

BLOG

APAKAH ITU BLOG?

Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya weblog) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

KELEBIHAN LOG WEB ATAU BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan: 1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi yang lain. 2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks, imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan dengan penerbitan web tradisional. 3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript). 4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya.

Bab 1: Blog

5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan kekayaan maklumat. 6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada bila-bila masa dan di mana-mana jua). 7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog. Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa. 8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya, penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).

FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG

Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010): 1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut. 2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik. 3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya. 4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka. 5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain. 6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.

Bab 1: Blog

7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka. 8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

CARA MENGGUNAKAN BLOG Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar seperti berikut: Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komen-komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya.

Blog Pelajar: Blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006) merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman

pembelajaran, dan memberikan laporan tentang kandungan serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber-sumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan pelajar pula mencatatkan perkembangan dan dapatan projek.

Bab 1: Blog

MULAKAN DENGAN BLOGGER

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.blogger.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk membina blog, anda perlu mempunyai akaun Google. Klik Get started untuk membuat akaun tersebut.

Untuk membuat akaun Google, anda dikehendaki mengisi borang dalam talian.

Bab 1: Blog

Untuk pengesahan akaun, anda perlu memilih sama ada untuk mendapatkan kod pengesahan melalui mesej teks atau panggilan suara.

Pilih negara anda Klik Send verification code to my mobile phone. Nombor kod tersebut akan dihantar terus ke telefon anda. Masukkan nombor telefon anda bermula dengan kod negara.

Setelah anda menerima kod pengesahan. Masukkan nombor kod tersebut di sini.

Kemudian klik Verify.

Bab 1: Blog

LANGKAH 3

Menamakan Blog

Masukkan nama blog anda. Anda juga boleh mengubah nama tersebut kemudian. Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda. Selepas itu, klik CONTINUE .

LANGKAH 4

Memilih Templat

Pilih templat anda (anda boleh menukar templat pada bila-bila masa).

Kemudian, klik CONTINUE.

Bab 1: Blog

Sekarang, blog anda sudah siap dibina. Anda boleh mula menulis catatan (posting) dan mengubahsuai blog anda.

Klik di sini untuk mula blogging.

LANGKAH 5

Mencatat (Posting)

Pada paparan blog anda, klik New Post yang berada dibahagian atas sebelah kanan. Masukkan judul catatan

Taip teks di sini.

Kemudian, anda boleh memilih untuk SAVE NOW atau PREVIEW. Jika anda sudah bersedia untuk menerbit catatan tersebut anda boleh klik pada PUBLISH POST.

Bab 1: Blog

Semasa mengedit teks, Anda boleh memasukkan pautan (link), imej atau video.

Anda juga boleh memuatnaik video dari folder anda atau daripada YouTube.

LANGKAH 6

Mengulas Catatan

Muka ini akan dipaparkan dan anda boleh mula menulis komen anda.

Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan, dan klik Comment.

Kemudian, klik pada Post Comment. Anda boleh Preview ulasan tersebut sebelum diterbitkan.

Bab 1: Blog

LANGKAH 7

Mengubahsuai Blog

Halaman ini akan dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen blog anda mengikut lokasi kesukaan.

Untuk mengubahsuai blog, klik Design yang berada pada bahagian atas sebelah kanan anda. Kemudian anda boleh Preview danSave.

Anda juga boleh menambah gajet ke blog anda serta memilih pelbagai gajet yang disediakan.

10

Bab 1: Blog

RUJUKAN

Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education some ideas about their benefits and downsides. http://uvenus.org/2010/06/07/blogs-in-highereducation-%E2%80%93-some-ideas-about-their-benefits-and-downsides/html [4 Mei 2011]

http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011]

Lowe,

A.J.

2006.

Blog

use

in

teaching

Dragster

activity.

Internet:

http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011]

Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in higher education: Benefits and barriers.

Whats a blog. http://www.blogger.com/tour_start.g [4 Mei 2011]

Bab 2: Diigo

11

BAB

DIIGO

APAKAH ITU DIIGO? Alat anotasi kolaboratif, seperti Diigo dan Google Sidewiki, memperluas konsep penandaan sosial dengan membenarkan pengguna untuk bukan sahaja berkongsi penanda buku malah membuat anotasi laman web secara digital. Anotasi kolaboratif membolehkan pengguna menonjolkan kandungan tertentu pada laman web dan menambah catatan yang menerangkan pendapat mereka atau menyatakan rujukan yang berkaitan. Pengguna boleh menandakan teks atau gambar tertentu untuk menyerlahkannya (highlight), menambah komen sendiri dan berkongsi anotasi dengan rakan-rakan. Penanda buku dan komen juga boleh dikumpulkan dan diletakkan tag untuk menjadikannya lebih tersusun. Hasilnya, pelajar sesuatu kursus (atau ahli kumpulan kajian) boleh menyusun bibliografi beranotasi tentang laman-laman web yang berguna, dengan perenggan bertanda yang didapati penting serta catatan yang menerangkan kepentingan sesuatu laman web. Pelajar yang menggunakan alat anotasi untuk kajian akademik boleh membina satu koleksi kajian dan pemerhatian mereka sendiri, sebagaimana pelajar yang menyimpan teks dengan perenggan bertanda, coretan komen dan nota lekat(sticky notes). Bagi pelajar yang ingin meneruskan kerjakerja akademik sebagai satu kerjaya atau bagi penyelidik yang melakukan kajian jangka panjang, kebolehan untuk mengumpulkan komponen-komponen kajian ini mungkin sangat bernilai. Dalam konteks kursus di peringkat universiti, alat anotasi kolaboratif membolehkan pelajar terlibat dalam penyiasatan dan penilaian sumber dengan lebih aktif (Educause 2009).

Kesimpulannya, Diigo merupakan suatu alat penandaan sosial yang membantu anda membaca, berkongsi dan menyusun laman web yang dikunjungi. Ia juga membolehkan anda berkongsi penanda buku serta melayari penanda buku yang dibina

12

Bab 2: Diigo

oleh orang lain. Diigo memenuhi dua tujuan ia bertindak sebagai alat penandaan dan juga sebagai alat perangkaian sosial.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ALAT ANOTASI DALAM PENDIDIKAN

Educause (2009) menerangkan kelebihan berikut apabila alat anotasi digunakan dalam bidang pendidikan: 1. Aktiviti untuk menambah refleksi (gambaran fikiran) akan menukarkan fungsi pelajar daripada seorang pengguna maklumat yang pasif kepada pembaca yang aktif terlibat dalam perbincangan ilmiah. 2. Alat anotasi kolaboratif menawarkan cara baharu untuk pelajar bersama-sama mencari dan menilai maklumat, berkongsi idea dan membina pengetahuan. 3. Alat anotasi kolaboratif membantu perkembangan maklumat kerana pengguna menilai pendapat orang lain terhadap sesuatu sumber sebelum menambah pendapat mereka sendiri. Dengan menyediakan kebolehan untuk melantik pengguna yang dibenarkan akses kepada koleksi sumber, alat ini akan memperkukuh ciri kelompok terpadu. 4. Oleh kerana ia berasaskan Internet, aplikasi anotasi kolaboratif boleh ditawarkan kepada komuniti global, untuk menjemput pakar-pakar dalam bidang akademik untuk memberikan pandangan berharga terhadap usaha pelajar. 5. Semasa membuat anotasi, menyusun dan menambah nilai kepada sumber sedia ada secara berkumpulan, pelajar akan mempelajari cara untuk meneliti, menilai dan memberikan sumbangan. Apabila pengajar menggunakan alat ini untuk satu tempoh yang panjang, usaha pelajar boleh membentuk satu arkib atau koleksi catatan supaya pelajar kelas berikutnya boleh mendapat manfaat daripada pemerhatian pelajar terdahulu.

Bab 2: Diigo

13

PENGGUNAAN DIIGO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Alat anotasi kolaboratif merupakan tempat permulaan sosial untuk pelajar menceburkan diri dalam amalan anotasi dan kajian ilmiah, di samping menggalakkan mereka untuk berkongsi maklumat dan meneruskan usaha rakan-rakan lain dalam satu komuniti pemikiran yang dinamik. Dengan penggunaan alat seperti Diigo, pelajar berpeluang untuk bekerjasama ketika mentafsirkan sumber dalam cara yang tidak mungkin dapat dilakukan di dalam kelas atau dengan menggunakan bahan bercetak yang tidak boleh diconteng seperti buku-buku pinjaman perpustakaan. Selain itu, walaupun pelajar boleh mendapatkan sumber maklumat yang tiada tandingannya daripada Internet, penggunaan maklumat tersebut secara efektif bergantung kepada alat yang boleh membantu untuk menyusun data dan memudahkan proses pencarian sumber tersebut apabila diperlukan. Alat ini memperkasakan pengguna, membolehkan mereka membuat ulasan dan refleksi, dan bukannya mengehadkan laman tersebut kepada penulis dan pembina laman web sahaja. Akhir sekali, ahli akademik pelbagai disiplin dan institusi juga menghargai kewujudan alat ini serta koleksi pemerhatian pengajar, pakar-pakar, dan rakan sebaya yang dibantu oleh mereka (Educause 2009).

CARA MENGGUNAKAN DIIGO

Diigo boleh digunakan seperti berikut: 1. Mencatat nota peribadi 2. Menyerlahkan maklumat teks pada laman web 3. Menanda dan menyimpan catatan tersebut untuk kegunaan selanjutnya 4. Menambah tag untuk menjadikannya tersusun 5. Berkongsi maklumat dengan rakan-rakan apabila menggunakan tag

(Sumber: http://www.slideshare.net/poutasi/what-is-diigo)

14

Bab 2: Diigo

MULAKAN DENGAN DIIGO

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.diigo.com/

LANGKAH 2

Membuat Akaun

Klik pada Join Now untuk membuat akaun Diigo.

Lengkapkan borang ini untuk mula membuat akaun anda.

Setelah mengisi maklumat yang diperlukan klik pada Continue.

Bab 2: Diigo

15

Diigo akan menghantar email kepada anda. Anda perlu klik pada pautan yang diberikan dan akaun Diigo anda akan diaktifkan.

Setelah membuat pengesahan, anda akan diminta untuk memasang toolbar Diigo dan mengenali kebolehan Diigo.

LANGKAH 3

Memasang Toolbar Diigo

Tiga langkah untuk memasang toolbar Diigo.

Pertama sekali ada perlu klik pada butang Allow.

Sekarang, anda boleh mula memasang toolbar dengan klik pada butang ini.

16

Bab 2: Diigo

Tetingkap ini akan dipaparkan dan anda perlu klik pada Install Now.

Sekarang, toolbar Diigo anda sudah sedia terpasang pada komputer anda.

Tanda Buku Menanda

Baca Kemudian

Bab 2: Diigo

17

LANGKAH 4

Toolbar Diigo

18

Bab 2: Diigo

LANGKAH 5

Membuat Tanda Buku

Pertama sekali, buka sesawang atau URL yang anda kehendaki.

Kemudian klik pada butang Bookmark.

Tetingkap ini akan terpapar secara automatik. Masukkan tag.

Klik Save untuk menyimpan tanda buku di dalam perpustakaan Diigo anda.

Bab 2: Diigo

19

Untuk melihat kembali tanda buku anda, pergi ke toolbar Diigo dan klik pada My Library.

Sekarang, sesawang yang telah anda tandakan berada di dalam senarai perpustakaan Diigo anda bersama-sama dengan tag yang telah anda masukkan.

20

Bab 2: Diigo

LANGKAH 6

Menanda

Kemudian, klik pada butang highlight.

Pertama sekali, anda perlu memilih teks dari laman sesawang yang anda mahu tandakan.

Sekarang teks yang telah anda pilih telah ditanda atau diwarnakan.

Seterusnya butang ini akan terpapar secara automatik.

Bab 2: Diigo

21

Klik pada View in my library untuk memaparkan teks yang telah di tanda ke dalam perpustakaan Diigo anda.

Apabila anda pergi ke My Library hanya perenggan yang telah ditanda akan dipaparkan.

22

Bab 2: Diigo

LANGKAH 7

Menggunakan Nota Lekat

Pertama sekali, klik pada butang Comment dan pilih Add a floating sticky note to this page.

Kemudian, tempatkan nota lekat di mana-mana sahaja anda suka di atas laman sesawang yang anda buka. Sekarang anda boleh menulis ulasan di atas nota lekat. Anda juga boleh menjadikan nota tersebut untuk tatapan persendirian atau boleh dikongsi kepada umum atau kumpulan anda sahaja.

Anda juga boleh menambah nota lekat pada teks yang telah anda tandakan.

Bab 2: Diigo

23

LANGKAH 8

Menyembunyikan Nota Lekat

Kadangkala anda lebih gemar untuk melihat nota lekat anda sahaja atau anotasi kumpulan tertentu dan bukan nota lekat umum dari pengguna lain.

Dengan menggunakan toolbar Diigo, anda boleh menyembunyikan nota-nota lain yang anda tidak kehendaki.

Untuk menyembunyikan nota lekat, klik pada Hide public sticky notes.

Tetingkap ini akan terpapar dan anda perlu memilih Do not show me public sticky notes on this page. Kemudian klik OK.

24

Bab 2: Diigo

LANGKAH 9

Menangkap Imej/Halaman

Pertama sekali, klik pada butang Capture dan pilih samada untuk Capture Selected Area atau Capture Entire Page.

Jika anda memilih untuk Capture Selected Area, tekan hold dan pilih kawasan yang anda mahukan. Sebelum anda menyimpan, anda boleh mengedit imej. Selepas anda klik pada ikon simpan, imej yang anda ambil secara automatik akan berada di dalam perpustakaan Diigo anda.

Bab 2: Diigo

25

LANGKAH 10

Membina Kumpulan

Di dalam Diigo. Anda boleh membina kumpulan anda sendiri. Klik pada My Group untuk pergi ke paparan kumpulan.

Klik pada Create a group untuk mula membina kumpulan Diigo anda.

Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan anda akan dibenarkan untuk menjemput rakanrakan menyertai kumpulan yang telah anda bina.

Kemudian klik pada Create my group.

Setelah kumpulan Diigo anda siap dibina, anda boleh menjemput rakan Diigo untuk menyertai kumpulan anda atau anda juga boleh menjemput rakan-rakan lain melalui email.

26

Bab 2: Diigo

Contoh kumpulan Diigo yang dibina.

Kesemua ahli boleh menghantar tanda buku atau topik untuk dibincangkan.

Klik pada Invite people untuk menjemput rakan menyertai kumpulan anda.

RUJUKAN

SlideShare. What is Diigo? http://www.slideshare.net/poutasi/what-is-diigo [8 Mac 2011]

Educause. 2009. 7 Things you should know about Collaborative annotation. http://www.educause.edu/eli. retrieved on [8 Mac 2011]

Bab 3: Elluminate

27

BAB

ELLUMINATE

APAKAH ITU ELLUMINATE?

Elluminate menyediakan penyelesaian web, audio, video dan rangkaian sosial yang optimum untuk pendidikan dan latihan abad ke-21. Kesemua komponen Elluminate Live!, sama ada audio dua hala, video, perkongsian papan putih, aplikasi, rakaman interaktif dan bilik perbincangan, bersepadu antara satu sama lain untuk menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang paling lengkap. Sama ada hanya untuk dua orang atau dua ratus pelajar, Elluminate Live! menyediakan ruang untuk perhubungan komunikasi, kerjasama dan pendidikan bertaraf dunia yang mengubah corak pengajaran dan pembelajaran (Elluminate Live. 2010a). Elluminate juga boleh digunakan bersama dengan panggilan persidangan melalui telefon atau fungsi suara melalui IP (Voice over IP) sekiranya ada. Jika menggunakan VoIP, set fon kepala perlu digunakan. (Kevin Bane 2008).

FAEDAH MENGGUNAKAN ELLUMINATE

Berikut ialah faedah apabila menggunakan Elluminate Live (Elluminate Live 2010c):

1. Meningkatkan Kadar Pelengkapan dan Pengekalan: Kebanyakan pendidikan jarak jauh di insititusi akademik menggunakan alat tak segerak di Internet (online asynchronous tools), kemungkinan bersama-sama penggunaan perbualan teks segerak (synchronous text chat) atau penstriman video. Tetapi melalui teknologi tak segerak ini, pelajar mungkin rasa terasing dan tidak bersemangat untuk belajar sendirian kerana komunikasi antara pelajar dengan guru dan pelajar lain amat terhad. Kajian mengenai pembelajaran jarak jauh menunjukkan bahawa interaksi antara pelajar dengan guru dan sesama pelajar amat membantu untuk meningkatkan keputusan pelajar kerana ia memperbaik

28

Bab 3: Elluminate

sikap, motivasi dan membina kesedaran berkomuniti. Hasilnya, kadar pelengkapan kerja kursus meningkat, skor ujian lebih tinggi, dan kadar pengekalan lebih baik.

2. Menghapuskan

Sekatan

Geografi:

Institusi

akademik

juga dapat

memperluas sempadan kelas fizikal, memanipulasikan sumber pengajaran yang terhad, menyediakan pensyarah jemputan dan pakar secara jarak jauh, memperluas jangkauan geografi bagi meningkatkan kadar pendaftaran, serta menyediakan akses untuk semua tanpa mengira lokasi apabila menggunakan ePembelajaran secara langsung dan teknologi kerjasama web.

3. Membina Komuniti dalam Talian: Pelajar hari ini boleh menggunakan teknologi segerak untuk kerjasama tanpa had di sekitar kampus, di seluruh negara atau di serata dunia dan membina komuniti pembelajaran yang cergas, yang mengalakkan penyertaan dan merangsang inovasi. Elluminate Live!, membantu institusi dan pengajar untuk membina bilik darjah maya bagi pertemuan berjadual atau kerjasama ad hoc, sama ada dengan atau tanpa guru.

4. Menjimatkan Kos Perjalanan: Institusi akademik masa kini perlu menyeimbangkan hasil pendidikan dengan faktor kewangan, termasuk membuktikan pulangan yang pantas atas pelaburan teknologi mereka. Konsep penghasilan yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit kini menjadi cara hidup golongan akademik, sebagaimana dalam dunia perniagaan. Pada masa yang sama, sekolah beroperasi dalam persekitaran dan pasaran global yang semakin kompetitif. Pembelajaran segerak secara dalam talian merupakan satu penyelesaian berkesan kos yang menyediakan akses universal dengan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah dan pulangan yang kukuh.

5. Meningkatkan Produktiviti Kakitangan: Elluminate Live! menyediakan ruang pertemuan yang lebih baik dengan suara melalui Internet (VoIP) tanpa memerlukan waktu perjalanan dan kehilangan waktu kerja di pejabat. Dengan pertumbuhan pesat institusi berbilang kampus dan kampus satelit, kelebihan teknologi mesyuarat maya secara langsung ini menjadi lebih ketara khususnya

Bab 3: Elluminate

29

dalam keadaan belanjawan yang terhad. Kebanyakan institusi menggunakan persidangan web bagi mesyuarat majlis eksekutif dan jawatankuasa.

6. Menyokong Pelbagai Gaya Pembelajaran: Kelas maya Elluminate Live! menyediakan VoIP dua hala, pemesejan segera (IM), dan perkongsian papan putih interaktif bagi memaparkan kandungan pendidikan. Semua ciri ini membina persekitaran pembelajaran yang menarik dan sempurna agar pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi tersebut walau apa pun gaya pembelajaran kegemaran mereka.

7. Menggabungkan Teknologi ke dalam Kelas: Pelajar dalam bilik darjah fizikal biasa sering menukar cara pembelajaran dan interaksi mereka. Pelajar masa kini, yang sering digelar sebagai anak kelahiran zaman digital, membesar dalam dunia digital dan menuntut agar sekolah mengikut gaya pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, pendidik menyedari bahawa gaya pengajaran mereka perlu diubah seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan pembelajaran yang aktif dan mengekalkan perhatian pelajar.

8. Menggunakan vRoom dengan Aplikasi Perkongsian dan Perbualan: Pakar strategi kini boleh berkongsi nota dengan pelajar dari mana-mana sudut kelas melalui komputer riba masing-masing. Tambahan pula, tidak menjadi hal jika seorang menggunakan komputer meja dan seorang lagi menggunakan komputer Mac kerana pengguna berinteraksi dalam masa nyata tanpa mengira platform komputer yang digunakan. Hasilnya: lebih kebebasan untuk pelajar, dan kebolehan bagi pakar strategi akademik untuk memberikan sokongan dengan cara yang kurang ketara.

9. Menskalakan Maklumat dan Pengetahuan: Perkara utama bagi membolehkan mana-mana kelas maya berfungsi harus merangkumi keupayaan untuk merakam dan mengulang tayang sesi pengajaran, membina bahan pengajaran yang boleh diguna semula bagi memaksimumkan akses dan memanipulasikan sumber. Rakaman kelas boleh digunakan untuk ulang kaji peperiksaan dan sesi maklumat boleh dirakamkan terlebih dahulu sebelum

30

Bab 3: Elluminate

sesuatu kursus bermula. Selain itu, rakaman awal latihan tentang sesuatu topik seperti aplikasi dalam talian yang sering digunakan atau sumber perpustakaan dalam talian juga boleh dilakukan untuk fakulti, pelajar dan kakitangan lain. Elluminate Live! memudahkan pembinaan pangkalan pengetahuan untuk rakaman berindeks yang interaktif dan mudah diperoleh.

10. Memanipulasikan Sumber Pengajaran Terhad: e-Pembelajaran secara langsung dan teknologi kerjasama web mencerminkan interaksi kelas atau mesyuarat secara bersemuka tetapi tidak memerlukan telesidang mahupun kos perjalanan yang mahal. Seorang guru boleh dimanipulasikan untuk

mengurangkan pengambilan guru baharu, mesyuarat berjadual fakulti boleh digantikan dengan sesi berasaskan Internet, pelajar dari pelbagai kampus boleh digabungkan untuk memenuhkan kelas dalam talian, serta pakar bahan pelajaran boleh memberikan syarahan kepada kelas dalam masa nyata dari mana-mana lokasi di seluruh dunia tanpa perlu melakukan sebarang perjalanan.

11. Menyediakan Pembangunan Kerjaya: Elluminate Live! membolehkan pengarah pusat untuk melakukan tugas pementoran dan menyampaikan kursus dalam talian bagi melatih guru-guru tentang teknologi yang diperlukan agar mereka boleh melaksanakan tanggungjawab rasmi mereka. Oleh kerana Elluminate Live! tidak memerlukan keluk pembelajaran yang pantas,

pembelajaran langsung di Internet telah menjadi satu alat yang popular dan berguna hanya dalam masa beberapa bulan dengan menyediakan sokongan teknologi dan juga emosi untuk pengajar.

CARA MENGGUNAKAN ELLUMINATE

Menurut Elluminate Live (2010b), platform ini boleh digunakan secara berikut:

1. Pengajaran Secara Langsung: Program pembelajaran jarak jauh biasa mempunyai kadar kelengkapan yang rendah kerana pelajar dibiarkan belajar secara sendirian dan sering berasa tersisih. Guru-guru yang kini mengajar secara dalam talian memerlukan teknik pedagogi yang efektif dan sesuai untuk

Bab 3: Elluminate

31

berkomunikasi dengan pelajar sama ada pertemuan secara empat mata atau dengan sekumpulan pelajar. Kajian telah menunjukkan bahawa penyelesaian yang ideal ialah model pembelajaran blended dengan interaksi tak segerak dan segerak.

2. Pembinaan Kandungan Tak Segerak: Anda boleh membina kandungan tak segerak menggunakan rakaman interaktif dan fungsi main semula Elluminate. Contohnya, anda boleh merakamkan sesi orientasi pelajar atau ucapan aluan kepada kelas maya anda sebelum hari pertama kelas. Selain itu, pelajar juga boleh menonton rakaman interaktif kelas anda jika mereka terlepas sebarang sesi ataupun untuk mengulangkaji pelajaran dan

memperkukuh pengetahuan mereka.

3. Program Bimbingan (Tutor): Program bimbingan, sama ada dibuat oleh pengajar atau rakan sebaya, menawarkan peluang kepada pelajar untuk bekerja secara satu dengan satu bagi menjawab soalan atau mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan kerja rumah atau tugasan lain. Sesi bimbingan boleh dijadualkan, atau pelajar boleh menyertai mana-mana kelas maya sedia ada untuk berhubung dengan tutor.

4. Kerjasama Kelas: Kerjasama jarak jauh akan menghubungkan pelajar dari pelbagai lokasi dan budaya bagi memperkaya pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya, pelajar Universiti Dohto di Jepun bekerjasama dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di Malaysia dalam satu kursus seni bina antarabangsa.

5. Mesyuarat: Anda boleh mempengerusikan mesyuarat dengan mudah dan efektif menggunakan Elluminate, sekaligus mengurangkan kos perjalanan, telesidang dan juga waktu kerja di luar pejabat.

6.

Waktu Pejabat Secara Maya: Guru boleh melanjutkan tempoh pertemuan dengan pelajar melalui waktu pejabat maya dengan Elluminate Live!.

32

Bab 3: Elluminate

Pertemuan boleh dilakukan secara empat mata ataupun dengan sekumpulan pelajar.

7. Orientasi Pelajar/Ibu bapa: Ingin meluaskan jangkauan geografi dan menarik lebih ramai pelajar? Pamerkan program anda kepada bakal pelajar dan ibu bapa mereka di Internet dengan Elluminate Live! Anda boleh mengadakan sesi orientasi kepada pelajar baharu malah merakamkan sesi tersebut untuk mereka yang tidak dapat hadir.

8. Penceramah Jemputan Jarak Jauh/Lawatan Lapangan Maya: Perkara paling penting tentang pendidikan dalam talian adalah penyediaaan suasana pembelajaran yang menarik. Dengan Elluminate Live!, anda boleh membawa penceramah jemputan kepada kelas anda dari jarak jauh atau menghantar pelajar untuk menghadiri lawatan lapangan maya.

9. Pembangunan Kerjaya: Tarik perhatian dan kekalkan pengajar serta pekerja yang berkelayakan dengan menyediakan pembangunan kerjaya yang berterusan dan berkesan kos melalui Elluminate Live!. Hubungkan guru-guru di seluruh kampus agar mereka boleh berkongsi cara pengajaran terbaik. Tawarkan sesi latihan mengenai aplikasi, peralatan, dan sistem pentadbiran dalam masa nyata atau secara rakaman.

10. Meja Bantuan Maya: Perlukan kaedah tambahan untuk menyediakan sokongan dan bantuan serta-merta kepada pelajar, fakulti dan kakitangan? Elluminate Live! ialah alat yang hebat untuk digunakan sebagai tambahan kepada pusat pembelajaran atau kaunter bantuan fizikal. Pelajar boleh mendapat akses kepada pakar atau sumber seperti perpustakaan penyelidikan, tanpa perlu pergi ke kampus.

Bab 3: Elluminate

33

MULAKAN DENGAN ELLUMINATE

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.elluminate.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk / Pendaftaran

Untuk menggunakan Elluminate, klik pada GET A FREE TRIAL.

Masukkan alamat email anda dan klik continue.

34

Bab 3: Elluminate

Lengkapkan borang berikut.

Kemudian klik pada Try Elluminate.

Untuk mengakses Elluminate, semak email anda.

Klik Start Now atau anda boleh menyalin pautan yang diberi ke pelayar anda.

Elluminate akan menghantar kepada anda email berikut.

Bab 3: Elluminate

35

LANGKAH 3

Muat Turun Elluminate Live

Setelah anda pergi ke pautan yang diberi, laman ini akan dipaparkan. Anda perlu klik pada ikon ini untuk memulakan kelas percubaan Elluminate.

Kemudian tetingkap ini akan dibuka. Anda tidak boleh menutup tetingkap ini sehingga anda telah berada di sesi atas talian kolaborasi blackboard. Pada masa yang sama, anda perlu memuat turun aplikasi Java. Aplikasi ini akan dimuat turun kepada anda secara automatik.

36

Bab 3: Elluminate

LANGKAH 4

Kolaborasi Blackboard dalam Talian

Setelah anda tamat memuat turun. Kolaborasi blackboard anda akan terbuka secara automatik. Anda perlu klik pada butang I agree untuk mempersetujui lesen persetujuan.

Kemudian, anda perlu memilih talian internet yang sedang anda gunakan dan klik OK.

Tunggu sehingga Elluminate berhubung dengan komputer anda.

Bab 3: Elluminate

37

Sekarang anda boleh menggunakan Elluminate live Kolaborasi blackboard dalam talian.

LANGKAH 5
Pergi ke Tools.

Memeriksa Audio

Pilih Audio.

Klik pada Audio SetuP Wizard.

38

Bab 3: Elluminate

Klik Refresh untuk mengemaskini peralatan audio yang anda ada.

Pilih jenis peralatan audio anda.

Kemudian klik OK.

Selaraskan kekuatan audio kepada tahap keselesaan anda mendengar. Uji peralatan audio anda dengan klik pada butang Play. Anda akan mendengar bunyi daripada peralatan audio anda.

Bab 3: Elluminate

39

Jika anda berpuashati dengan tahap kekuatan tersebut klik Yes.

Langkah yang sama juga dilakukan untuk peralatan audio yang lain (mikrofon). Pilih peralatan audio anda.

Klik pada OK.

40

Bab 3: Elluminate

Pilih jenis mikrofon anda. Anda boleh meninggi atau mengurangkan kekuatan bunyi mikrofon anda.

Uji mikrofon anda dengan klik pada butang Record.

Setelah semuanya siap, klik butang OK.

Bab 3: Elluminate

41

LANGKAH 6

Memuat Naik Persembahan

Untuk memuat naik persembahan, klik ikon ini.

Pilih lokasi persembahan anda.

Kemudian klik OK.

42

Bab 3: Elluminate

Pilih persembahan yang hendak dimuat naik.

Kemudian klik Open.

Sekarang, persembahan anda telah berjaya dimuat naik. Anda boleh menggunakan kekunci ini untuk memainkan persembahan anda.

Bab 3: Elluminate

43

LANGKAH 7

Menjemput Peserta

Pada bahagian atas blackboard anda, klik pada ikon ini.

Kemudian, tetingkap ini akan terbuka. Anda boleh menulis email atau menyalin pautan yang diberikan dan dihantar kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi persembahan dalam talian anda.

44

Bab 3: Elluminate

LANGKAH 8

Peralatan Elluminate Live

1) Peralatan Peserta

Bab 3: Elluminate

45

2) Peralatan Berbual

3) Peralatan Audio serta Rakaman

Rakaman telah direkod. Untuk lihat kembali klik di sini.

46

Bab 3: Elluminate

RUJUKAN

Elluminate

Live.

2010a.

Unified

Learning

and

Collaboration.

http://www.elluminate.com/downloads/sales/datasheets/LiveBrochure_FINAL.p df [26 Mei 2011]

Elluminate

Live.

2010b.

Top

Ten

Ways

of

Using

Elluminate

Live!

http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-of-UsingElluminate-Live.pdf. [26 Mei 2011]

Elluminate

Live.

2010c.

Top

Ten

Benefits

Of

Using

Elluminate

Live!.

http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-of-UsingElluminate-Live.pdf [26 Mei 2011]

Kevin Bane. 2008. Elluminate What is it and where to find help. https://techinfo.esc.edu/kb_article.php?s=1eba2d352205bde2f52bc05730111847 &ref=5455-YOZC-9085 [12 April 2011]

Bab 4: Evernote

47

BAB

EVERNOTE

APAKAH ITU EVERNOTE?

Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang berguna untuk semua orang dalam apa jua keadaan. Ia membolehkan mereka merakam gambar hampir semua perkara yang ingin diingati. Dalam beberapa langkah mudah dan pantas, gambar boleh disimpan ke dalam Evernote, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang. Aplikasi ini unik dalam beberapa perkara. Tidak seperti aplikasi web yang lain, Evernote tidak bersifat linear. Dalam erti kata lain, penggunaan aplikasi ini membolehkan anda menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain, sehinggakan dalam bidang ini sahaja pun terhasil banyak peluang untuk menyerlahkan kreativiti. Banyak lagi perkara lain yang boleh anda lakukan dengan Evernote. Evernote menyedari bahawa kita diberi segala macam maklumat setiap hari dan otak kita tidak dapat menyimpan semua maklumat tersebut, dan disebabkan itu banyak perkara sering hilang atau dilupai. Oleh itu, Evernote membolehkan kita merakam semua idea atau kenangan dan pengalaman daripada kehidupan sebenar kita secara digital supaya idea atau kenangan tersebut tidak lenyap begitu sahaja. Kesimpulannya, kemungkinan penggunaannya tidak terhenti setakat itu kerana Evernote

membolehkan kita merakam maklumat dalam apa jua persekitaran sambil menggunakan sebarang platform atau peralatan yang anda inginkan (Benjamin 2008).

FAEDAH MENGGUNAKAN EVERNOTE

Pelajar, guru dan pensyarah boleh mendapat banyak manfaat daripada Evernote untuk pelbagai sebab berbeza mengikut persekitaran dan situasi masing-masing seperti berikut:

48

Bab 4: Evernote

Pelajar Pelajar dari pelbagai tahap pendidikan dan latar belakang boleh menggunakan Evernote untuk mengatur keutamaan pendidikan mereka. Evernote boleh membantu pelajar mengawasi nota, kajian, kerja rumah, ujian, kuiz dan dokumen lain yang berkaitan dengan tugasan sekolah mereka. Tentu hebat sekiranya tidak perlu risau tentang kemungkinan kehilangan tugasan penting, dan Evernote akan menghapuskan kerisauan itu. Caranya cukup mudah, iaitu pelajar perlu mengambil gambar semua nota, dokumen dan projek penting mereka. Kemudian, mereka hanya perlu memuat naik gambar-gambar penting ke dalam Evernote dengan satu langkah pantas dan menyusunnya. Pelajar boleh menyusun gambar tersebut mengikut projek, kelas atau apa-apa sahaja. Evernote menjadikan tugas pengurusan yang renyah bagi seorang pelajar lebih mudah dan senang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Guru Evernote boleh menjadikan tugas mengajar lebih tersusun, senang dan mudah dicapai dengan membolehkan guru merakam gambar nota pelajaran di atas papan putih, gambar-gambar pelajaran dan aktiviti, gambar lawatan lapangan dan lain-lain. Guru sekolah rendah juga biasanya sering menerima banyak hadiah daripada pelajar mereka seperti gambar, lukisan, dan kraftangan yang akan terkumpul sepanjang tempoh pengajaran. Evernote membolehkan guru mengambil gambar hadiah istimewa tersebut, menyimpan dan menyusunnya. Guru seni juga boleh mendapat manfaat daripada Evernote. Membawa pulang projek seni yang begitu banyak mungkin agak menyusahkan. Evernote membolehkan mereka mengambil gambar setiap projek seni, menyimpan dan menyusunnya mengikut kelas dan projek, serta melihatnya di rumah bagi memudahkan tugas pemberian markah. Terdapat banyak lagi situasi yang guru sekolah boleh dibantu dengan penggunaan Evernote dalam persekitaran pendidikan.

Guru dari pelbagai peringkat boleh mendapat manfaat daripada Evernote. Bahagian ini akan menumpukan perhatian kepada guru sekolah menengah, pensyarah kolej dan pembantu guru di kolej. Mereka boleh menggunakan Evernote dalam pelbagai situasi berlainan. Klip video sering digunakan sebagai satu cara untuk menyampaikan pelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Tetapi, dari manakah sumber video tersebut? Guru-guru sering terjumpa pelbagai contoh menarik yang boleh

Bab 4: Evernote

49

digunakan untuk menyampaikan sesuatu pelajaran atau idea kepada kelas mereka. Evernote membolehkan mereka mengambil gambar video itu, tajuknya atau pautan kepada video tersebut. Selepas merakam gambar video tersebut, mereka boleh menyimpan, menyusun, dan memberikan penerangan ringkas tentang video tersebut dalam Evernote. Kemudian, mereka boleh mendapatkannya dan mengingati video pendidikan tersebut pada bila-bila masa. Guru-guru juga boleh menggunakan Evernote untuk merakam gambar-gambar kajian, kerja rumah dan projek. Penyimpanan dan pengurusan tugasan di dalam Evernote membolehkan guru mengaksesnya dari rumah atau tempat lain dan membuat pemarkahan dengan mudah.

Evernote melegakan tekanan kehidupan seorang pelajar kerana mereka tidak perlu risau akan kehilangan dokumen penting, tugasan bertulis atau nota kelas. Ia membolehkan pelajar menyusun kesemuanya mengikut kelas tertentu dan

memudahkan rujukan apabila pelajar perlu mengulangkaji sesuatu tajuk untuk peperiksaan. Oleh kerana Evernote merupakan aplikasi yang tersedia di Internet, pelajar boleh mendapatkan nota mereka di mana sahaja mereka berada sama ada dari telefon bimbit mereka ataupun mana-mana komputer yang mempunyai sambungan Internet. Guru-guru juga boleh menikmati kemudahan Evernote. Mereka hanya perlu merakamkan tugasan pelajar dan memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Evernote, tanpa perlu bersusah payah mengangkut timbunan kertas ke rumah untuk dinilai sewaktu cuti panjang. Kemudian, guru boleh melakukan tugas pemarkahan di luar sekolah tanpa tergesa-gesa dan tanpa perlu risau akan kemungkinan tersalah letak atau kehilangan kertas kerja pelajar mereka.

(Sumber:https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/How+Evernote+Can+Be+Used+in +Educational+and+Learning+Environments)

CARA MENGGUNAKAN EVERNOTE

Evernote ialah satu aplikasi yang amat berharga kepada pendidik. Kebergunaannya boleh merangkumi perancangan kursus sehinggalah kepada penyampaian rancangan pelajaran dan pengumpulan maklum balas pelajar selepas kelas. Berikut merupakan

50

Bab 4: Evernote

beberapa cara untuk menggunakan Evernote dalam pendidikan. Bagi seorang pendidik, Evernote boleh dikelaskan kepada tiga kategori (Michael 2011): 1. Sebelum kelas 2. Semasa kelas 3. Selepas kelas

Sebelum kelas

1. Rancang dan susun kelas anda menggunakan tag: Penggunaan tag merupakan cara yang baik untuk mengatur rancangan pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya, jika anda mengetahui ada subjek tertentu untuk diajarkan pada minggu kedua sesi persekolahan, semua kandungan pelajaran yang berkaitan boleh diletakkan tag minggu kedua. Setelah sistem ini diwujudkan, anda boleh terus menambahkan item lain sepanjang tahun. 2. Pangkalan data piawai: Susunkan piawai pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh berkongsi piawai tersebut dengan guru-guru lain, ibu bapa, pentadbir dan pelajar dengan menggunakan ciri perkongsian Evernote. 3. Pembangunan kerjaya: Jika anda memanfaatkan waktu cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau meneruskan pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan idea baharu yang dipelajari di dalam Evernote. Ia juga amat sesuai untuk guru dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri. 4. Templat kelas: Templat merupakan cara yang bagus untuk menjimatkan masa apabila memberi markah dan penilaian kepada pelajar anda. Jika anda menggunakan templat seperti helaian gred atau borang penilaian pelajar, simpanlah semuanya di dalam Evernote agar ia berada di hujung jari anda sepanjang tahun. 5. Bersedia untuk ketiadaan anda: Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota dengan guru pengganti. Cuba kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kekunci

Bab 4: Evernote

51

jawapan dan contoh tugasan yang telah siap. Ini akan memastikan kelas anda terus berjalan walaupun anda tiada bersama mereka.

Semasa kelas

1. Kongsi buku nota dengan kelas anda: Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URLnya dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat oleh pelajar anda (ataupun ibu bapa mereka). 2. Gambar papan putih: Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari. Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini akan memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa jua. Anda boleh memberikan tajuk atau tag pada setiap gambar berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian gambar-gambar tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap menerima nota pelajaran pada hari tersebut. 3. Simpan nota di tempat yang mudah dicapai: Simpan semua nota, lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering digunakan di dalam Evernote, supaya ia mudah dicari dan dicapai.

Selepas kelas

1. Memudahkan pemarkahan: Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet) apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai pembantu guru. Anda boleh berkongsi buku nota dengan pembantu anda dan meminta mereka membantu dalam proses pemarkahan. 2. Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda: Sekiranya anda menyertai manamana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan, anda boleh menggunakan Evernote untuk menyusun semua kajian, nota, dan maklumat berkaitan dengan

52

Bab 4: Evernote

aktiviti ko-kurikulum tersebut. Sekali lagi, berkongsi buku nota merupakan satu cara yang bagus dan mudah untuk memastikan jawatankuasa anda memperoleh maklumat dan memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan yang terkumpul tentang sesuatu projek.

Bab 4: Evernote

53

MULAKAN DENGAN EVERNOTE

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.evernote.com/

LANGKAH 2

Memasang Evernote

Klik di sini

Klik pada Save File dan simpan aplikasi ini di dalam folder program anda.

54

Bab 4: Evernote

Kemudian anda buka fail Evernote tersebut dan klik pada butang Run. Tandakan dalam kotak I accept the terms in the License Agreement dan mula memasang aplikasi dengan klik pada butang Install.

Selepas itu klik Finish dan ikon Evernote akan muncul pada desktop anda.

Bab 4: Evernote

55

LANGKAH 3

Daftar Masuk Evernote

Sebelum anda dapat menggunakan Evernote, anda perlu mendaftar masuk atau anda perlu mendaftar dahulu jika belum mempunyai akaun.

56

Bab 4: Evernote

LANGKAH 4

Membina Buku Nota

Evernote menyimpan nota anda di dalam simpanan yang berbeza dipanggil Buku Nota (Notebook). Akaun anda bermula dengan satu buku nota, tetapi anda boleh manambahnya pada bila-bila masa.

Dua cara dalam membina buku nota Pergi ke File New Notebook Tetingkap Create Notebook akan terpapar dan anda perlu mamasukkan nama buku nota yang unik.

1.

Pilih local notebook (buku nota akan tersimpan di dalam komputer dan tidak akan dimuat naik ke dalam perkhidmatan sesawang Evernote) atau Synchronized notebook (buku nota akan dimuat naik ke perkhidmatan sesawang Evernote, dan tersedia di dalam pelbagai bentuk perkhidmatan Evernote (Sesawang Evernote, Evernote untuk Mac, sesawang bimbit Evernote , Evernote untuk iPhone, dll).

Bab 4: Evernote

57

2. Klik pada Notebook di bahagian kiri anda dan tekanInsert pada papan kekunci atau klik kanan dan pilih New Notebook.

Notebook

LANGKAH 5

Mengeksport Nota

Pergi ke File.

Klik pada Eksport

Anda boleh memilih jenis fail untuk di eksport seperti .enex (Evernote Backup), .html, .mht. Jika anda mengeksport ke .enex, anda juga boleh mengekport tag sekali.

58

Bab 4: Evernote

LANGKAH 6

Mengimport Nota

Klik File.

Klik Import.

Anda boleh memilih untuk mengimport fail/nota daripada file eksport Evernote atau OneNote.

LANGKAH 7

Membina Nota/Nota Dakwat/ Nota Webcam

Klik pada butang New Note pada toolbar.

Bab 4: Evernote

59

ATAU, pergi ke File New Note/New Ink Note/New Webcam Note

Nota baru.

Nota webcam Nota dakwat

60

Bab 4: Evernote

LANGKAH 8

Membina Nota Multimedia

Menambah imej dan lain-lain fail Nota: Hanya fail jenis PDF, JPG, WAV, PNG, MP3, GIF, AMR disokong untuk

penggunaan percuma. Ahli premium boleh melampirkan pelbagai format fail tetapi Evernote hanya boleh memaparkan fail yang disokong sahaja.

1. Heret (Drag) dan Letak (Drop) Ambil fail dari mana-mana di komputer anda dan heretnya ke dalam nota baru atau sedia ada.

LANGKAH 9

Membuat Tag

Anda boleh mambuat tag pada nota anda untuk memudahkan pencarian. Anda juga boleh membina tag anda sendiri pada bila-bila masa dan heret serta letakkan ke dalam nota tag.

Klik kanan pada tag . Anda boleh membina tag , menamakan semula dan buang tag sedia ada.

Masukkan nama tag anda. Kemudian klik OK.

Bab 4: Evernote

61

LANGKAH 10

Email Nota

Pilih satu atau lebih nota dalam senarai ini.

Aplikasi email akan terpapar bersama tetingkap untuk menulis mesej.

Klik pada butang email.

Masukkan alamat penerima serta mesej.

Bilangan nota yang diemail.

Klik Send.

62

Bab 4: Evernote

LANGKAH 11

Berkongsi Buku Nota

Pilih buku nota, kemudian klik kanan dan ambil Properties.

Klik pada pautan Sharing and Collaboration options. Anda akan di bawa ke laman sesawang Evernote. Anda pergi ke Sharing kemudian ambil Sharing Setup.

Pada muka seterusnya, klik Start Sharing, atau Stop/Modify Sharing untuk nota yang anda mahu kongsikan.

Bab 4: Evernote

63

Anda kemudian mempunyai pilihan samada untuk menerbitkan kepada umum atau kepada individu terpilih sahaja.

Jika anda memilih untuk Share with the World, anda boleh membina URL yang mana nota anda boleh diakses, diubahsuai serta didiskripsikan.

Jika anda memilih Share with Individuals, anda boleh memilih individu untuk menerima pautan kepada buku nota anda. Ahli premium juga mempunyai kebolehan untuk membenarkan individu lain melihat, membina, mengedit dan membuang nota dalam lingkungan buku nota yang dikongsi.

Klik Save, buku nota anda akan diterbitkan pada umum.

Klik pada Send Invitations, individu jemputan anda akan menerima email beserta pautan persendirian ke buku nota untuk diakses.

64

Bab 4: Evernote

RUJUKAN

Benjamin Michael Spivey. 2008. Unique Ways of Using this Application!. https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/Unique+Ways+of+Using+this+Applic ation%21. [8 Mac 2011]

Michael Cruz. 2011. 10 Tips for Teachers Using Evernote Education Series. http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for-teachers-using-evernoteeducation-series/. [8 Mac 2011]

Bab 5: Facebook

65

BAB

FACEBOOK

APAKAH ITU FACEBOOK?

Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007).

KELEBIHAN FACEBOOK

Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan: 1. Papan buletin, 2. Pemesejan segera, 3. E-mel, 4. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar, 5. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem.

Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan: 1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.

66

Bab 5: Facebook

2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999). 3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursuskursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri. 4. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa. 5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. 6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. 7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet. 8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan rakan-rakan yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007).

CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN

Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: 1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan menjadi kawan kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Bab 5: Facebook

67

PENGGUNAAN PEMBELAJARAN

FACEBOOK

DALAM

PENGAJARAN

DAN

Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada rakan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang Tanya Pustakawan, bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika kita pindahkan

senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).

68

Bab 5: Facebook

MULAKAN DENGAN FACEBOOK

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.facebook.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk menggunakan Facebook, anda perlu membuat akaun Facebook mengisi maklumat yang dikehendaki.

Kemudian, klik pada Sign Up.

Bab 5: Facebook

69

Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar. Anda perlu melengkapkan sekarang atau dilakukan kemudian.

Untuk keluar dari halaman ini klik Skip this step. Facebook akan menghantar email untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Klik padaGet started dan anda boleh mula untuk log masuk.

70

Bab 5: Facebook

LANGKAH 3

Mencari Rakan

Anda boleh mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau daripada aplikasi lain.

Pilih rakan untuk dijemput (Jika rakan anda tidak mempunyai akaun Facebook).

Pergi ke Find friends.

Pilih rakan yang anda mahu untuk dijadikan sebagai rakan Facebook.

LANGKAH 4

Menyunting Profil

Pergi ke Profile.

Klik pada Edit Profile.

Bab 5: Facebook

71

Pilih perkara yang anda mahu untuk disunting. Kemudian klik pada Save Changes

LANGKAH 5

Pengumpulan Rakan Pergi ke Account.

Klik pada Edit Friends. Kemudian klik Create a List.

72

Bab 5: Facebook

Masukkan nama pengumpulan rakan yang hendak ditubuhkan, contohnya students.

Sekarang, anda boleh mula menyunting senarai rakan untuk dikumpul dalam senarai Student dengan pergi ke Edit Lists.

Pilih Students.

LANGKAH 6

Privasi

Pergi ke Account.

Klik pada Privacy Settings.

Bab 5: Facebook

73

Pilih jenis privasi yang anda mahu untuk akaun Facebook anda.

Kemudian klik pada Apply These Settings.

LANGKAH 7

Menjadikan Status (Catatan Dinding) Privasi

Tulis status (catatan dinding) anda di sini.

Pilih jenis privasi yang tersenarai atau suaikan mengikut kehendak anda.

Pilih status untuk dilihat These people.

Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan kepada individu-individu tertentu di sini. Kemudian klik pada Save Setting.

74

Bab 5: Facebook

LANGKAH 8

Album Gambar

Pada halaman utama Facebook anda klik Photos. Pilih gambar daripada folder anda yang sudah sedia ada. Kemudian klik Select Photos.

Berikan nama untuk album anda.

Pilih jenis privasi perkongsian album gambar tersebut.

Klik pada Create Album.

Bab 5: Facebook

75

Kemudian klik Publish Now atau Skip bahagian ini.

Tuliskan penerangan berkenaan album anda. Klik pada Save Changes.

LANGKAH 9

Menubuhkan Kumpulan

Pada halaman utama facebook, klik pada Create Group.

76

Bab 5: Facebook

Pilih ahli untuk dimasukkan di dalam kumpulan ini.

Masukkan nama kumpulan yang hendak ditubuhkan.

Pilih jenis privasi kumpulan anda.

Kemudian klik pada Create.

Tuliskan topik untuk memulakan perbincangan. Pilih aktiviti yang anda mahu lakukan.

Bab 5: Facebook

77

LANGKAH 10

Membuat Acara (Event)

Klik Create an Event. Pada muka utama Facebook anda, klik pada Events.

Masukkan maklumat berkenaan acara tersebut.

Kemudian klik pada Create Event.

78

Bab 5: Facebook

RUJUKAN

Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B. A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.), The social works of higher education (pp. 95109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press.

Caroline Lego Muoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use Facebook in the College Classroom.

http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [7 Mac 2011]

Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. Ill see you on Facebook: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation, affective learning, and classroom climate. Communication Education, 56, 1-17.

PennState. 2007. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications. http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf 2011] [7 Mac

Bab 6: Flickr

79

BAB

FLICKR

APAKAH ITU FLICKR?

Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi pada gambar tersebut. Pengguna boleh membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan juga menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti. Flickr dilancarkan pada bulan Februari 2004, dan merupakan salah satu daripada alat Web 2.0 yang popular. Laman ini menyediakan peralatannya, tetapi nilainya terhasil daripada sumbangan komuniti pengguna gambar-gambar, komen, rating dan organisasi serta perhubungan antara individu yang dipermudahkan oleh laman ini. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang diingini untuk gambar-gambar mereka (http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).

CARA MENGGUNAKAN FLICKR

Walaupun penggunaan Flickr lebih kepada bahan bergambar, namun laman web ini lebih tepat diterangkan sebagai satu tempat untuk berkongsi pengalaman dan membina perhubungan. Salah satu daripada tanda-tanda kemajuan teknologi adalah keupayaan pengguna untuk menghasilkan bahan sendiri, dan gambar ialah cara yang paling mudah untuk berkongsi hasil kerja kreatif. Pelajar dan guru/pensyarah selalunya mempunyai banyak gambar yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengan memudahkan perkongsian gambar, Flickr membuktikan bahawa penyumbangan bahan merupakan proses yang amat mudah dan hampir apa sahaja yang dikongsi akan ditonton oleh seseorang. Keupayaan untuk berbual mengenai sesuatu gambar dan mengemas kini gambar tersebut berdasarkan komen yang diterima akan mewujudkan kesedaran berkomuniti. Malah, pengguna Flickr juga amat gemar menggunakan laman

80

Bab 6: Flickr

web ini serta amat yakin dengan nilainya. Tambahan pula dengan adanya kamera digital yang mudah diperoleh dan digunakan, berjuta-juta orang telah menjadi jurugambar amatur, dan laman-laman web seperti Flickr menjadi tempat untuk berkongsi gambar dan bertemu dengan orang yang mempunyai minat serupa, walaupun fotografi bukanlah fokus utama mereka. Sokongan Flickr terhadap lesen Creative Commons menyediakan satu lagi ruang perbincangan mengenai sifat hak cipta yang sentiasa berkembang dalam era digital ini (http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).

PENGGUNAAN FLICKR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni yang lain untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan peminat amatur, yang akan mendedahkan mereka kepada realiti amalan profesional. Kekuatan ini boleh diperluas kepada bidang lain, seperti yang telah dibuktikan oleh kejayaan projekprojek penceritaan digital dengan penggunaan media visual untuk berkongsi pengalaman peribadi. Pelajar yang memberikan perhatian kepada kandungan media visual akan mempamerkan hasil pembelajaran yang lebih memuaskan, dan kedekatan media visual dengan realiti kehidupan seharian memudahkan pelajar mengaitkan bahan pembelajaran dengan diri mereka. Melalui cara yang sama, Flickr mendedahkan pelajar kepada pembelajaran partisipatori dengan memanfaatkan penggunaan kamera digital yang kini ada di mana-mana sahaja serta keinginan pelajar untuk berkongsi hasil kerja kreatif mereka. Dengan memperkenalkan pengguna kepada teknologi untuk bekerjasama dan bersosial, Flickr menyediakan platform yang mudah dan selesa bagi pelajar untuk melibatkan diri dengan kandungan pelajaran dan komuniti dalam proses pembinaan pengetahuan secara bersama

(http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf).

Bab 6: Flickr

81

MULAKAN DENGAN FLICKR

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.flickr.com/

LANGKAH 2
Klik pada Create Your Account dengan menggunakan akaun Yahoo atau log masuk menggunakan akaun Facebook atau Google.

Daftar Masuk/Bina Akaun Flickr

Daftar masuk menggunakan akaun Yahoo.

Klik Create New Account jika anda tidak mempunyai ID Yahoo.

82

Bab 6: Flickr

Setelah anda log masuk, masukkan nama skrin Flickr anda. Anda juga boleh mengubahnya kemudian.

Kemudian klik pada creates my account.

Akaun Flickr anda telah berjaya dibuat jika anda melihat ucapan ini.

Sekarang, anda boleh menyunting profil anda atau melakukannya kemudian.

Bab 6: Flickr

83

LANGKAH 3
Klik pada Personalize your profile.

Menyunting Profil

Muat naik imej daripada komputer anda untuk membina ikon buddy. Bina URL Flickr anda.

Sunting profil anda dan kemudian klik butang Save.

84

Bab 6: Flickr

LANGKAH 4
Pergi ke halaman utama flickr anda.

Memuat Naik Foto

Klik Upload photos & Video.

Buka folder gambar daripada komputer anda.

Klik pada Choose photos & Videos.

Klik Upload photos & Videos.

Pilih jenis privasi yang anda mahu.

Bab 6: Flickr

85

Setelah anda memuat naik, masukkan title, description dan tags untuk foto anda.

Kemudian klik SAVE

LANGKAH 5

Mengatur Foto

Pada halaman utama, klik pada Organize & Create.

Untuk mula mengatur, pergi ke Sets. Set adalah berfungsi seperti folder yang mengandungi fotofoto.

Heret foto tersebut ke bahagian ini untuk membuat set.

86

Bab 6: Flickr

Namakan set anda dan klik pada Save.

Sekarang anda telah mengatur satu set gambar.

Untuk keluar dari bahagian ini, pergi ke Your photostream.

LANGKAH 6

Mencari Rakan

Pergi ke halaman utama Flickr dan klik pada Find your friends on Flickr.

Bab 6: Flickr

87

Masukkan senarai rakan dengan mencari melalui email, akaun facebook atau nama individu.

LANGKAH 7

Memasukkan Nota

Pergi ke Action dan klik pada Add a note.

Klik pada gambar yang anda mahu masukkan nota.

88

Bab 6: Flickr

Klik pada kawasan yang anda mahu untuk menulis nota tersebut. Tulis nota di sini.

Klik Save

LANGKAH 8

Menghantar Ulasan

Untuk menghantar ulasan, pergi ke bahagian bawah gambar yang anda mahu ulas.

Klik Preview jika anda mahu melihat kembali ulasan yang telah anda tulis atau terus menghantar dengan klik pada Post Comment.

Tulis ulasan anda di sini. STEP 9

Bab 6: Flickr

89

LANGKAH 9

Meletakkan Gambar dalam Peta

Pergi ke Action dan klik Add to your map.

Masukkan nama lokasi.

Anda boleh heretdan-letak gambar di lokasi yang anda mahu di atas peta.

Pilih kebolehlihatan gambar tersebut dan klik Save Location.

90

Bab 6: Flickr

RUJUKAN

Things

You

Should

Know

About

Flickr.

2010.

http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7034.pdf [25 Mac 2011]

Bab 7: Glogster

91

BAB

GLOGSTER

APAKAH ITU GLOGSTER?

Glog dibina menggunakan antara muka tarik dan lepas yang sangat mudah difahami, sesuai, menyeronokkan untuk pelajar dari semua peringkat usia dan gaya pembelajaran. Glog ialah suatu platform visual interaktif yang membolehkan pengguna membuat poster atau laman web yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik, lukisan dan data (http://edu.glogster.com/whatis-glogster-edu/).

Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama untuk mengungkapkan pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar kelas. Ia memperkasakan pendidik dan pelajar dengan teknologi untuk membina GLOG poster multimedia dalam talian menggunakan teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data dan sebagainya.

FAEDAH MENGGUNAKAN GLOGSTER

Berikut ialah beberapa faedah penggunaan Glogster bagi guru/pensyarah dan pelajar:

Bagi Guru/Pensyarah: 1. Satu saluran digital yang inovatif, dinamik, dan kreatif yang menarik rasa teruja pelajar untuk mencipta sesuatu di Internet, mengekalkan perhatian mereka pada kandungan kursus, serta menjadikan pengajaran dan pembelajaraan lebih seronok. 2. Satu platform persendirian dan selamat yang dipantau secara langsung oleh guru. Guru mengawal semua aktiviti pelajar mereka.

92

Bab 7: Glogster

3.

Satu alat pengajaran penting dan berguna yang menggabungkan pelbagai subjek asas termasuk matematik, sains, sejarah, fotografi, muzik dan lain-lain untuk portfolio setiap pelajar, penilaian alternatif yang unik, dan aktiviti pengajaran yang berbeza (http://edu.glogster.com/register/).

Bagi Pelajar: 1. Pengalaman pembelajaran yang kukuh, seronok, dan penuh imaginasi yang menggalakkan ekspresi diri secara bebas dan kreatif, hubungan positif antara pelajar dengan guru, serta kerjasama berkumpulan dalam projek kelas. 2. Pengalaman pembelajaran yang cergas menggunakan pelbagai deria, dengan menggabungkan pengetahuan dan kemahiran ke dalam subjek yang biasanya berorientasikan teks, serta merangsang keinginan pelajar untuk meneroka topik-topik yang kurang diminati sebelum ini.

Selain itu, Glogster juga memberikan faedah berikut kepada guru dan pelajar: 1. Pengalaman pembelajaran yang seronok 2. Cara baharu untuk meluahkan kreativiti 3. Kelas maya yang selamat dan bercorak persendirian yang diawasi oleh guru 4. Mendorong minat terhadap subjek yang sebelum ini dilihat sebagai membosankan 5. Menambahkan aspek audiovisual kepada subjek yang biasanya berorientasikan teks 6. Menggalakkan kerjasama berkumpulan dengan rakan sekelas 7. Meningkatkan keinginan untuk menjadi kreatif secara bebas 8. Hayat simpanan tidak terhad 9. Memperbaik hubungan antara pelajar dengan guru apabila mereka bersamasama meneroka Web 2.0 dan konsep-konsep pembelajaran 10. Guru dan pelajar dapat mengikuti perkembangan terkini teknologi moden

(Sumber: http://edu.glogster.com/classroom-benefits/)

Bab 7: Glogster

93

CARA MENGGUNAKAN GLOGSTER

Glogster boleh digunakan dalam konteks pendidikan seperti berikut: 1. Glogster ialah satu alat unik untuk guru dan pelajar membuat poster secara dalam talian menggunakan hiperpautan kepada lain-lain laman web, video, imej, gambar dan audio. 2. Glogster membolehkan guru memberikan tugasan yang kreatif dan bermakna. 3. Guru boleh menugaskan pelajar untuk mengkaji sesebuah negara dan membuat satu risalah pelancongan. 4. Pelajar boleh memuat naik video Youtube mengenai perbualan penduduk tempatan dalam bahasa ibunda mereka, memuat naik muzik

tradisional/popular negara itu, serta memberikan fakta-fakta, maklumat pelancongan dan destinasi-destinasi popular di negara tersebut.

(Sumber: http://flyylibrarian.wordpress.com/2011/04/27/using-glogster-in-education/)

94

Bab 7: Glogster

MULAKAN DENGAN GLOGSTER

LANGKAH 1

Pergi ke: http://glogsteredu.edu.glogster.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk /Pendaftaran

STEP 2

Sign up/register with Glogster

Pilih akaun premium untuk mendapat pelbagai kelebihan Glogster

Pilih basic teacher untuk akaun percuma dan terhad untuk 50 akaun pelajar sahaja.

Bab 7: Glogster

95

Lengkapkan borang pendaftaran.

Kemudian klik pada SIGN UP. Anda perlu menyemak email untuk mengaktifkan akaun Glogster dan pergi ke pautan yang diberikan.

LANGKAH 3

Membina Glogs

Setelah log masuk, anda pergi ke halaman My dashboard.

Kemudian klik Create New Glog.

96

Bab 7: Glogster

Halaman ini akan terpapar dan anda boleh mula membina Glog menggunakan Magnet Tool Box.

Anda boleh menggunakan Magnet Tool Box untuk memasukkan grafik, teks, imej, video, bunyi, data, lukisan dan wall untuk poster anda.

Bab 7: Glogster

97

LANGKAH 4

Menukar Wall

Klik pada Wall.

Pilih wall yang anda suka.

Kemudian klikUse it.

Sekarang wall untuk poster anda seperti ini.

98

Bab 7: Glogster

LANGKAH 5

Memasukkan/Menambah Teks

Anda boleh memilih samada bubbles, sticker atau titles untuk memasukkan teks.

Klik pada Text.

Pilih jenis paparan teks yang anda mahukan.

Kemudian klik Use it.

Alat untuk menyunting imej.

Sekarang teks tersebut berada di wall anda. Anda boleh mula menyunting teks dan juga penampilan teks tersebut.

Bab 7: Glogster

99

Alat untuk menyunting teks.

Anda boleh memasukkan grafik dengan menggunakan langkah yang sama.

LANGKAH 6

Memasukkan Imej

Klik pada tab image

Anda boleh memasukkan imej dengan memuat naik imej yang anda mahu daripada folder anda, atau daripada laman sesawang dengan memasukkan alamat sesawang atau menangkap imej menerusi webcam. Klik Image untuk memasukkan imej

100

Bab 7: Glogster

Untuk memasukkan bingkai pada imej, klik tab frame.

Pilih bingkai yang anda suka.

Kemudian klik Use it.

Anda boleh memasukkan audio menggunakan cara yang sama.

LANGKAH 7
Klik pada tab video. Klik Video

Memasukkan Video

Anda juga boleh mendapatkan sumber daripada Schooltube.

Muatnaik video.

Anda boleh mamasukkan video dengan memuat naik daripada folder anda atau laman sesawang dengan cara memasukkan alamat alamat sesawang atau daripada webcam.

Bab 7: Glogster

101

Untuk memasukkan pemain video, klik pada tab player.

Pilih pemain video yang anda gemari.

Kemudian klik pada Use it.

Anda boleh menyimpan atau menerbitkan poster glogter yang anda bina atau anda juga boleh memaparnya dahulu.

POSTER GLOG ANDA SUDAH SIAP

102

Bab 7: Glogster

LANGKAH 8

Menambah Pelajar

Pergi ke My dashboard page dan klik pada Add new students.

Bab 7: Glogster

103

Atau, anda juga boleh menambah pelajar dengan menggunakan dokumen excel dengan klik pada Download File.

Andaperlu memasukkan bilangan pelajar yang hendak ditambah dengan klik pada Add Account.

Klik pada butang Option untuk membenarkan macro.

Tetingkap ini akan terbuka secara automatik. Tandakan pada Open with dan klik OK untuk mula memuat turun fail.

Tandakan pada Enable the content dan klik OK.

104

Bab 7: Glogster

Klik butang Login.

Kemudian klik Import untuk mula memuat naik akaun pelajar ke Glogster Edu.

Masukkan nick dan password akaun Glogster Edu dan klik Login.

Bina akaun pelajar dengan memasukkan Nick, Gender dan Password. Untuk nama pertama, nama akhir dan gred tidak wajib dimasukkan.

Setelah anda klik pada butang import, status dan first login link akan terpapar secara automatik.

Berikut adalah petunjuk sistem.

Bab 7: Glogster

105

Anda boleh menyunting, menukar kata laluan dan menghapuskan akaun pelajar.

Anda boleh menambah pelajar baru di sini.

Sekarang anda mempunyai 10 orang pelajar yang telah diimport ke dalam Glogster Edu.

RUJUKAN

Classroom benefits. http://edu.glogster.com/classroom-benefits/ [6 April 2011]

http://flyylibrarian.wordpress.com/2011/04/27/using-glogster-in-education/ [27 2011]

Mei

http://edu.glogster.com/register/ [6 April 2011]

What is Glogster Edu. http://edu.glogster.com/what-is-glogster-edu/ [6 April 2011]

106

Bab 8: Jing

BAB

JING

APAKAH ITU JING?

Jing ialah aplikasi merentas platform yang boleh dimuat turun dari laman web www.jingproject.com. Anda boleh mengambil gambar skrin anda yang tidak bergerak (yang dipanggil syot layar) dan juga merakam video pendek yang tidak melebihi 5 minit tentang aktiviti pada skrin anda (yang dipanggil rakaman skrin atau screencast) dengan Jing. Kemudian anda boleh terus berkongsi syot layar dan screencast tersebut melalui laman web, e-mel, atau dimasukkan ke dalam rangka kursus anda di Internet. Ini boleh dilakukan dengan cepat dan pantas melalui laman gandingan Jing iaitu

www.screencast.com. Setelah syot layar atau screencast dirakamkan, anda boleh memuat naik rakaman tersebut ke Screencast.com dengan hanya satu klik butang. Kemudian, Screencast.com akan menyalin URL syot layar atau screencast yang telah dimuat naik ke papan klip komputer supaya anda boleh menampal URL tersebut dengan mudah ke dalam e-mel atau sistem pengurusan kursus untuk dikongsikan dengan pelajar anda. Screencast.com juga menjana kod terbenam HTML supaya anda dapat memasukkan screencast ke dalam sistem pengurusan kursus anda tanpa sebarang kesilapan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan Screencast.com untuk berkongsi rakaman gambar atau video skrin anda, anda boleh menyimpan syot layar sebagai fail imej PNG, manakala screencast sebagai fail video flash SWF, dan mengedarkannya mengikut kemahuan anda (Margarita & Dave 2010).

FAEDAH MENGGUNAKAN JING

Menurut Patrick et al. (2009), Jing amat berguna kerana: 1. 2. Ia percuma. Ia boleh digunakan dengan komputer perisian Windows dan juga Mac.

Bab 8: Jing

107

3.

Keupayaan untuk memuat naik imej dan video ke screencast.com dengan hanya satu klik tetikus merupakan satu kelebihan yang tidak dapat ditawarkan oleh saingannya setakat ini.

PENGGUNAAN JING DALAM PENDIDIKAN

Elizabeth (2010) mencadangkan beberapa idea mudah bagi menggunakan Jing dalam pendidikan: 1. Rakamkan video latihan yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah oleh pelajar, ataupun anda sendiri, sebagai satu cara ulang kaji. 2. Minta pelajar merakamkan aktiviti penyelesaian masalah matematik mereka dan kemudian menyiarkannya dalam blog kelas! 3. 4. Minta pelajar merakamkan pembentangan mereka. Minta pelajar merakamkan aktiviti kajian dan pembentangan dapatan kajian mereka. 5. Lakukan sesuatu yang luar biasa! Galakkan pelajar anda menjadi kreatif hasilkan garis masa kehidupan pengembara dan siarkannya melalui Jing!

108

Bab 8: Jing

MULAKAN DENGAN JING

LANGKAH 1

Pergi ke:http://www.techsmith.com/jing/

STEP 2

Start installing Jing

LANGKAH 2

Memasang Jing

Klik pada Download Free Version.

Kemudian klik Download for Windows jika komputer anda menggunakan program Windows atau Download for Mac jika komputer anda menggunakan program Mac.

Bab 8: Jing

109

Jing_setup.exe akan terpapar. Klik pada Save File untuk menyimpannya. Kemudian buka semula fail tersebut dan larikan aplikasi, seterusnya mula memasang di dalam komputer anda.

Pada proses akhir pemasangan, anda perlu mendaftar masuk dalam talian.

LANGKAH 3

Cari dan Melancarkan Jing Setelah pemasangan dan pendaftaran masuk dibuat, Matahari Jing akan terpapar secara automatik pada skrin desktop anda.

Apabila anda menggerakkan pointer ke matahari, tiga cabang pilihan akan muncul. Cabang yang sangat berguna sekali adalah cabang Capture.

110

Bab 8: Jing

LANGKAH 4

Menggunakan Capture

Klik pada cabang Capture.

Kawasan sorotan yang cerah adalah bahagian yang akan di tangkap. Lepaskan tetikus anda setelah mendapat kawasan yang anda mahukan.

Anda akan dapati, skrin anda akan menjadi gelap. Klik dan heret garis persilangan untuk mendapatkan kawasan yang ada mahu di skrin komputer anda.

Bab 8: Jing

111

LANGKAH 5

Menangkap Imej

Klik pada butang ini. Anda boleh menggunakan alat berikut untuk membuat anotasi pada imej yang anda ambil. Tarikh berserta masa diambil adalah nama fail yang telah ditetapkan. Anda boleh menukarnya jika mahu. Klik pada butang save untuk menyimpan secara manual. Jika anda klik butang Share via Screencast.com, imej atau video akan dimuat naik ke fail Jing dalam Screencast.com. Anda boleh meletakkan pautan imej atau video tersebut di email, dokumen atau semasa perbincangan dalam talian untuk perkongsian.

Imej akan diperlihatkan seperti ini.

Contoh anotasi yang telah dibuat menggunakan alat yang disediakan.

112

Bab 8: Jing

LANGKAH 6

Merakan Video

Klik cabang Capture dan pilih kawasan atau imej yang anda mahu untuk merakam video.

Klik pada butang video.

Pastikan mikrofon anda telah disambungkan dan berfungsi.

Pengiraan 3 saat akan terpapar dan setelah tamat pengiraan anda boleh mula merakam. Anda boleh melakukan pelbagai perkara sepanjang masa rakaman.

Tempoh masa rakaman hanya dihadkan selama lima minit sahaja. Klik butang stop setelah anda siap merakam.

Bab 8: Jing

113

Klik di sini untuk mula memainkan video.

Video anda akan dipaparkan di dalam tetingkap paparan semula. Lihat dan kongsi video ini dengan rakanrakan. RUJUKAN

Elizabeth.

2010.

How

to

use

Jing

in

your

classroom. [5

http://blog.simplek12.com/education/how-to-use-jing-in-your-classroom/ April 2011]

Margarita

Bianco

&

Dave

McCollom.

2010.

Jazzed

about

Jing.

http://edublog.techsmith.com/2010/06/jazzed-about-jing.html [5 April 2011]

Patrick, R.L., David, T., Anna, T. & Brian,Y. 2009. The CU online Handbook. Teach differently: Create and collaborate.

http://www.scribd.com/doc/52503228/19/Jing [5 April 2011]

114

Bab 9: Ning

BAB

NING

APAKAH ITU NING?

Ning ialah satu perkhidmatan berasaskan Internet yang membolehkan pengguna membina rangkaian sosial mereka sendiri dan menyertai rangkaian lain. Ning juga membolehkan pembangun rangkaian untuk menentukan susun atur, kefungsian dan juga sama ada laman web tersebut ialah laman web umum atau persendirian. Kebanyakan rangkaian memasukkan ciri-ciri seperti gambar atau video, senarai acara dan ahli rangkaian, kumpulan yang ada dalam rangkaian serta alat komunikasi seperti forum atau blog. Tiada kemahiran teknikal diperlukan untuk membina rangkaian sosial, dan tiada had ditetapkan kepada bilangan rangkaian yang boleh disertai oleh pengguna. Ning menawarkan rangkaian tanpa kos yang disokong oleh iklan, atau pengguna boleh membayar perkhidmatan premium yang tidak memerlukan iklan dan yang membolehkan mereka memilih URL rangkaian berasingan daripada domain Ning (Educause 2008).

FAEDAH MENGGUNAKAN NING DALAM PENDIDIKAN

Berikut ialah beberapa faedah apabila menggunakan Ning dalam pendidikan: 1. Pelajar boleh menggunakan laman Ning apabila mencari maklumat untuk suatu tugasan/projek atau hanya sebagai pengetahuan am. Contohnya, pelajar yang ingin belajar tentang ekopelancongan boleh mencari maklumat dalam laman Ning dan mengakses sebarang maklumat berkaitan yang mungkin dapat membantu mereka. 2. Membaca catatan orang lain, melihat gambar dan video mereka, serta mempelajari serba sedikit maklumat baharu berkaitan bidang yang diminati.

Bab 9:Ning

115

3. Anda juga boleh menyertai perbincangan dan menulis pendapat anda serta memuat naik bahan sendiri sekiranya anda menjadi ahli kepada laman NING tersebut.

(Sumber: Ning and Its Educational Potential 2009)

CARA MENGGUNAKAN NING

Pengguna berdaftar boleh membina rangkaian sosial yang baharu dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Setelah nama dan URL dipilih, proses pembinaan rangkaian amatlah mudah dengan membuat tetapan pada empat skrin. Pengguna perlu menentukan sama ada rangkaian tersebut adalah tertutup (hanya mereka yang dijemput boleh membaca atau turut serta) atau terbuka untuk orang awam; menulis slogan iklan dan sedikit penjelasan tentang rangkaian tersebut; menentukan kata kunci; memilih beberapa ciri yang dikehendaki (seperti gambar atau video, kegiatan blog, kumpulan atau peralatan) dan menggunakan alat tarik dan lepas untuk menyusun ciri-ciri tersebut pada halaman; memilih tema visual (warna, fon, saiz) dan menyesuaikannya mengikut pilihan sendiri; serta memilih jenis maklumat yang perlu diberikan oleh pengguna untuk menyertai rangkaian mereka. Jika keahlian adalah terhad, pembangun rangkaian boleh menjemput individu tertentu untuk menyertai rangkaian tersebut. Pembangun rangkaian juga mempunyai akses kepada beberapa pilihan lain seperti mengimport gambar dari Flickr, meletakkan Ning pada Facebook, meminta akses kepada kod sumber bagi menambahkan lagi ciri-ciri khas suatu rangkaian dan memasukkan JavaScript bagi membolehkan alat luaran untuk mengikuti statistik penggunaan rangkaian. Beberapa ciri dalam Ning membenarkan pengguna membaca berita atau mengetahui aktiviti yang berkaitan, menyertai kumpulan, membaca atau memberikan komen tentang entri blog, melihat gambar atau video, dan aktiviti lain yang ditetapkan oleh pembangun rangkaian. Melalui suapan RSS, pengguna boleh melanggan maklumat terkini dari bahagian tertentu rangkaian sosial tersebut (Educause 2008).

116

Bab 9: Ning

PENGGUNAAN NING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ning menyediakan satu ruang agar pengajar dapat memanfaatkan rangkaian sosial dalam satu persekitaran neutral yang menawarkan kefungsian dan pengalaman yang selesa dan tidak asing kepada pelajar. Melalui pembinaan rangkaian sosial tentang suatu topik akademik atau projek tertentu suatu kursus, pengajar boleh: 1. Membantu mewujudkan kesedaran berkomuniti dalam kalangan pelajar. 2. Menggalakkan interaksi peribadi yang akan menghasilkan pengetahuan baharu dan kecerdasan secara bersama.

Ning juga menyediakan peluang untuk: 1. Pelajar membina rangkaian sosial mereka sendiri. 2. Pelajar mempelajari cara untuk memupuk dan mengekalkan hubungan dalam satu komuniti pengguna yang mungkin mewakili hubungan dan komuniti profesional. 3. Satu cara mudah bagi sekumpulan pelajar contohnya dari kelas yang baru mengambil bahagian atau mereka yang menyertai program satu semester di luar negara untuk terus berhubung sepanjang tahun pengajian di kolej dan seterusnya, walaupun selepas mereka berpindah institusi, tamat pengajian atau berpindah tempat tinggal.

Bab 9:Ning

117

MULAKAN DENGAN NING

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.ning.com/

LANGKAH 2

Membina Ning.com sebagai Rangkaian Sosial

STEP 3

Sign up for Ning.com

118

Bab 9: Ning

LANGKAH 3

Menerangkan Rangkaian Anda

Bab 9:Ning

119

LANGKAH 4

Menambah Features

120

Bab 9: Ning

LANGKAH 5

Mengubahsuai Halaman Utama

a) Menjemput Rakan

b) Menyiarkan Mesej

Bab 9:Ning

121

c) Aktiviti Terkini

d) Maklumat Rangkaian

122

Bab 9: Ning

e) Elemen-Elemen

f) Penampilan

Bab 9:Ning

123

h) Ahli-ahli

i) Pravasi Rangkaian

124

Bab 9: Ning

j) Kawalan Elemen

LANGKAH 6

Master Key

Bab 9:Ning

125

LANGKAH 7

Menjemput Rakan

LANGKAH 8

Blogging

126

Bab 9: Ning

Bab 9:Ning

127

LANGKAH 9

Mengeluarkan Individu daripada Rangkaian Sosial

128

Bab 9: Ning

RUJUKAN

Educause. 2008. 7 things you should know about. Ning. www.educause.edu/eli [16 Mac 2011]

Ning & Its Educational Potential. 2009. http://www.slideshare.net/pbowler/ningtutorial-2009 [16 Mac 2009]

Bab 10: Prezi

129

BAB

10

PREZI

APAKAH ITU PREZI?

Prezi berfungsi sama seperti Power Point, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan menarik. Persembahan melalui Prezi dibina pada kanvas dan bukannya slaid. Ini memudahkan penyampai untuk memberi tumpuan terhadap penggabungan teks, imej dan multimedia. Item-item di atas kanvas boleh diheret, disengetkan dan dizum agar kelihatan lebih menarik. Satu jalan cerita persembahan boleh dibuat antara elemen yang berbeza pada pentas untuk membina animasi.

FAEDAH MENGGUNAKAN PREZI

Menurut Tarr (2009), Prezi mempunyai faedah berikut: 1. Ia mempunyai faktor wow yang telah lama lenyap daripada Power Point. 2. Susun atur kanvas menghalang penyampai daripada menggunakan terlalu banyak perkataan. 3. Mudah untuk menggabungkan imej, bunyi dan video di dalam satu persembahan. 4. Ia amat mudah untuk digunakan.

CARA MENGGUNAKAN PREZI

Menurut Lydia (2010), Prezi boleh digunakan dengan cara berikut: 1. Format: Prezi mengehadkan pilihan gaya ranggi dengan amat ketara. Terdapat 8 latar belakang yang boleh dipilih dan setiap satunya telah diprogramkan terlebih dahulu dengan fon dan warna yang tidak boleh diubahubah. Anda tidak perlu lagi berasa keliru untuk membuat pilihan pada tetingkap warna dan fon.

130

Bab 10: Prezi

2. Teks: Kotak teks sukar dibesarkan bagi mengawal jumlah perkataan yang boleh ditulis di dalamnya. Ini menggalakkan pelajar untuk menggunakan format bullet dalam penulisan dan bukannya menulis secara berperenggan. 3. Imej: Imej boleh ditambah dan pengguna boleh menggunakan bingkai untuk membesarkan bahagian tertentu pada gambar. Contohnya, anda boleh menggunakan program ini untuk membesarkan sebahagian gambar menanyakan soalan ramalan - kemudian mengecilkannya untuk mempamerkan keseluruhan gambar tersebut. Anda juga dengan mudahnya boleh

memfokuskan pada sesuatu butiran gambar yang mungkin tidak begitu jelas jika dilihat secara sebahagian sahaja. 4. Video: Tugas untuk memasukkan video menjadi lebih mudah dengan Prezi, terutamanya jika anda mengambilnya dari YouTube. Prezi juga membolehkan anda memuat naik pelbagai format fail imej dan video, namun had saiz fail hanyalah 50 MB dengan versi percuma Prezi. 5. Perkongsian: Ini merupakan satu ciri baharu yang agak penting dalam Prezi. Anda boleh berkongsi persembahan anda dengan maksimum 10 orang penonton dan membenarkan mereka melakukan penyuntingan yang

memudahkan kerja-kerja berkumpulan. Pengguna boleh mendaftarkan akaun baharu dengan mudah sekali. 6. Prezi boleh dimasukkan ke dalam kebanyakan laman web dan digunakan sebagai satu alat bantu pengajaran kendiri apabila disuntik sedikit kreativiti pada reka bentuk persembahan. Pautan kepada Prezi awam boleh disiarkan atau disebarkan melalui e-mel. Dengan cara ini, kerja-kerja pelajar mudah dikongsikan dengan keluarga dan juga orang luar. 7. Pembezaan: Perbezaan paling ketara antara Prezi dengan program slaid biasa adalah pada susun aturnya. Cuba bayangkan satu palet yang besar dan rata, yang boleh digunakan untuk meletakkan elemen-elemen berlainan dalam persembahan anda. Ia boleh disusun mengikut kemahuan anda, tidak seperti paparan linear PowerPoint. Penulis boleh menggunakan jalan cerita persembahan untuk menghubungkan elemen-elemen tersebut dan jalan cerita ini membolehkan pengguna bergerak dengan mudah dari satu elemen ke elemen lain dan kembali ke tempat asal. Susun atur ini amat sesuai untuk pelajar yang perlu membuat sumbang saran, mengubah kedudukan elemen,

Bab 10: Prezi

131

memikirkan

susunan

persembahan,

mengubah

kembali

elemen,

dan

mempunyai fleksibiliti dalam reka bentuk mereka. 8. Penciptaan Semula Idea: Mungkin persembahan yang ingin dibina untuk kelas anda telah pun tersedia, sekurang-kurangnya dalam bentuk separa siap. Ramai pengguna Prezi menyiarkan hasil kerja mereka dan membenarkan orang lain membuat salinan, menyunting dan menggunakannya untuk tujuan mereka sendiri.

132

Bab 10: Prezi

MULAKAN DENGAN PREZI

LANGKAH 1

Pergi ke: www.prezi .com

LANGKAH 2

Mendaftar Masuk

Klik pada Sign up now.

Mulakan pendaftaran dengan mengisi maklumat yang dikehendaki.

Kemudian klik pada Register and Continue.

Bab 10: Prezi

133

Setelah anda mendatar, anda boleh mengaktifkannya dan menggunakan Prezi.

LANGKAH 3

Menggunakan Prezi

1) Menulis Teks

Klik dua kali di mana-mana bahagian di atas kanvas untuk menulis teks.

134

Bab 10: Prezi

Kotak teks ini akan terpapar dan anda boleh mula menulis teks.

2) Menggunakan Zebra

Apabila anda klik skali pada kotak teks. Anda akan dapat melihat satu bentuk cincin berbelang seperti zebra terbentuk. Apabila anda klik pada bahagian dalam cincin zebra dan heret pointer tetikus anda ke dalam dan keluar, anda boleh mengubah objek tersebut samada kecil atau besar.

Bab 10: Prezi

135

Apabila anda klik dan heret bahagian luar cincin zebra, anda akan dapat memutarkan objek.

3) Memasukkan Imej & Video

Klik pada load file yang berada pada bahagian Insert untuk memuat naik imej atau video.

Anda juga boleh memasukkan video daripada Youtube dengan menyalin dan meletakkan pautan Youtube tersebut. Klik Shape untuk memasukkan bingkai.

136

Bab 10: Prezi

4) Membina Jalan Cerita Persembahan Setelah anda memasuk dan menyusun teks dan imej, sekarang anda perlu meletakkan garisan cerita atau perjalanan persembahan anda dengan pergi ke Path dan klik Add.

Klik pada imej mengikut susunan jalan cerita anda seperti ini. 5) Tunjukkan Persembahan Anda

Sekarang anda boleh mula mempersembahka n Prezi anda dengan pergi ke Show dan full screen.

Klik pada butang anak panah berikut dan persembahan anda akan ditunjukkan berdasarkan Path yang telah anda buat.

Bab 10: Prezi

137

LANGKAH 4

Menerbitkan dalam Talian

Untuk menerbitkan persembahan Prezi dalam talian, pergi ke Start online presentation.

Tandakan jenis penerbitan yang anda mahu dan anda juga boleh menjemput individu lain untuk melihat atau menyunting Prezi anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan embed code untuk menerbitkan Prezi anda di dalam blog.

RUJUKAN

Lydia

Leimbach.

2010.

Prezi.

Just

Plain

Good

for Content.

http://rsu2teachertech.wordpress.com/2010/11/09/prezi-just-plain-good-forcontent/ [14 Mac 2011]

Tarr,

R.J.

2009.

Prezi:

Quickstart

Guide.

http://www.activehistory.co.uk/Miscellaneous/free_stuff/worksheets/Prezi.pdf [14 Mac 2011]

138

Bab 11: Skype

BAB

11

SKYPE

APAKAH ITU SKYPE?

Skype digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana anda berada. Teks, audio dan video Skype memudahkan anda berkongsi pengalaman dengan orang tersayang di mana jua mereka berada. Skype ialah satu perisian percuma yang membolehkan seseorang itu berbual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui Internet secara percuma. Ia mudah untuk dipasang dan digunakan. Ramai orang di seluruh dunia menggunakan Skype setiap hari untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan dengan audio yang lebih jelas daripada telefon bimbit atau pun talian tetap. Gunakan fungsi webcam dan anda juga boleh menghantar video antara satu sama lain. Maksimum 9 orang pengguna boleh membuat panggilan sidang (audio sahaja) pada satu-satu masa secara percuma (Lorrie Jackson 2007).

FAEDAH APABILA MENGGUNAKAN SKYPE

Skype ialah satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan pengguna untuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain di seluruh dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan boleh digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Berikut disenaraikan faedah apabila menggunakan Skype:

1. Mudah digunakan: Dengan adanya Skype, komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan, pengangkutan dan perniagaan. Malah, penggunaan Skype sangat mudah dan pemasangannya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa menghadapi sebarang kesukaran. Kelebihan utama apabila membuat panggilan secara dalam talian adalah pengguna boleh

Bab 11: Skype

139

membuat panggilan tempatan atau antarabangsa dengan mudah sama ada melalui komputer atau telefon mudah alih.

2. Panggilan Video: Satu ciri penting pada Skype ialah kebolehannya untuk membuat panggilan video. Pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan, malah berpeluang untuk melihat penjawab panggilan. Alat yang penting ini amat berguna bagi ahli perniagaan yang tidak sempat menghadiri acara tertentu seperti mesyuarat.

3. Pemindahan Fail: Pengguna Skype boleh berkongsi fail antara satu sama lain. Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah melalui akaun mereka kepada akaun rakan. Ia menyokong pelbagai jenis fail termasuklah data sulit, fail pejabat dan juga gambar. Pemindahan yang digunakan juga mempunyai ciri keselamatan.

4. Kos yang rendah: Panggilan percuma sesama pengguna Skype dan panggilan yang lebih murah antara Skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan pengguna dan menjimatkan kos. Penggunaan Skype juga boleh melenyapkan kebimbangan tentang had masa, kerana tempoh perbualan yang panjang boleh menyebabkan caj yang tinggi dengan panggilan telefon biasa.

(Sumber: http://benefitof.net/benefits-of-skype/)

CARA

MENGGUNAKAN

SKYPE

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

Menurut Chris Clark (2011), Skype boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti berikut: 1. Kelas Jarak Jauh apabila anda perlu menghadiri persidangan, anda masih boleh mengajar dengan menggunakan Skype dari bilik hotel anda. 2. Penceramah Jemputan kendalikan temu bual dengan seorang alumni yang pakar atau jemput seorang penyajak untuk memberikan ceramah kepada kelas anda.

140

Bab 11: Skype

3. Panel minta beberapa rakan sekerja dari tempat berlainan untuk ikut serta dalam perbincangan dengan kelas anda. 4. Lawatan Lapangan minta pemandu muzium atau ahli arkeologi di tapak galian untuk menunjukkan kepada pelajar perkara yang sedang dilakukan atau dilihat oleh mereka. 5. Latihan Bahasa padankan pelajar anda dengan sukarelawan dari negara lain untuk berbual. 6. Kerja kumpulan pelajar boleh berhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama dalam satu projek. 7. Waktu Pejabat anjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesi bantuan dari pejabat atau rumah anda. 8. Kerjasama kongsi projek pengumpulan data dengan pelajar dari tempat lain. 9. Persembahan tayangkan persembahan, sketsa atau ucapan pelajar kepada penilai yang pakar. 10. Ketidakhadiran pelajar yang tidak dapat hadir kelas kerana masalah kesihatan masih boleh mengikuti pembelajaran melalui sambungan Skype.

PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia, Skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan rakyat negara lain akan membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-norma sosial, serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran menjadi lebih autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah, dan kebolehan untuk berbual melalui telefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti Skype juga menggalakkan kakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi memudahkan penglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, Skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar dan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak (Educause 2007).

Bab 11: Skype

141

MULAKAN DENGAN SKYPE

LANGKAH 1

Pergi ke: www.skype.com

LANGKAH 2

Muat Turun Aplikasi Skype

Pergi ke Get Skype.

Pilih jenis sistem operasi komputer anda.

142

Bab 11: Skype

Skype adalah percuma

Klik pada Download Skype untuk mula memuat turun.

Kemudian klik Save File.

Setelah fail Setup.exe di simpan, buka fail tersebut dan mula memuat turun aplikasi. Skype Setup Wizard akan terpapar dan membantu anda melengkapkan muat turun.

Bab 11: Skype

143

LANGKAH 3

Daftar/Log Masuk

Setelah muat turun selesai, Skype akan terbuka secara automatik dan anda perlu log masuk.

Jika anda belum mempunyai akaun, klik pada Dont have a Skype Name? dan tetingkap ini akan terpapar.

Setelah selesai melengkapkan borang akaun dalam talian, anda boleh mendaftar masuk serta membuat panggilan pertama Skype.

144

Bab 11: Skype

LANGKAH 4

Skyping

Klik pada Skype Sound Test Service dan pastikan mikrofon anda telah dipasang.

Di dalam senarai contacts anda akan dapat melihat Sound Test Service. Ia untuk memastikan mikrofon atau peralatan audio yang lain serta suara individu (dalam atau luar) berfungsi. Anda akan diminta untuk bercakap dan percakapan anda akan dirakamkan. Percakapan anda akan dimainkan semula. Jika anda dapat mendengar suara anda yang dimainkan semula, maka audio anda berfungsi dengan baik.

LANGKAH 5

Mencari Pengguna Lain

Pergi ke Contacts.

Untuk mencari pengguna Skype yang lain, klik pada Contacts. Di dalam menu Contacts klik pada Search for Skype Users.

Bab 11: Skype

145

Isikan maklumat pengguna yang dikehendaki dan klik Find. Skype akan mencari pengguna tersebut dan akan menyenaraikannya. Pilih pengguna yang dicari dan klik pada Add contact.

LANGKAH 6

Berbual Menerusi Mesej Teks / Menghantar Fail

Klik pada Contacts untuk mula berbual. Anda dapati ikon yang berwarna hijau menunjukkan individu berada dalam talian. Untuk berbual dengan, anda perlu klik pada nama individu tersebut.

Anda boleh menulis mesej di dalam kotak yang disediakan. untuk menghantar mesej tersebut klik pada butang berwarna biru. Untuk menghantar fail semasa berbual melalui mesej teks, pergi ke Share dan klik Send File. Kemudian pilih fail yang

146

Bab 11: Skype

LANGKAH 7
Untuk membuat panggilan klik pada nama individu yang anda mahu berbual. Pastikan individu tersebut berada dalam talian.

Membuat Panggilan

Anda boleh memilih samada untuk bercakap dengan menekan butang Call atau membuat panggilan video dengan menekan butang Video call.

Skype membenarkan anda menghantar mesej dan berbual dalam masa yang sama. Ia sangat berguna apabila mahu berkongsi pautan semasa berbual.

Bab 11: Skype

147

RUJUKAN

Benefits of Skype. http://benefitof.net/benefits-of-skype/ [8 Mac 2011]

Chris

Clark.

2011.

Ten

ways

to

use

skype

in

course.

http://ltlatnd.wordpress.com/2011/04/11/ten-ways-to-use-skype-in-a-course/ [8 Mac 2011]

Educause. 2007. 7 things you should know about Skype. www.educause.edu/eli. Retrieved on [8 Mac 2011]

Lorrie

Jackson.

2007.

Skype:

Talk

to

Anyone,

Anywhere

for [8

Free. Mac

http://www.educationworld.com/a_tech/techtorial/techtorial107.pdf 2011]

148

Bab 12: Slideshare

BAB

12

SLIDESHARE

APAKAH ITU SLIDESHARE?

SlideShare ialah satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen, dan fail pdf. SlideShare menonjolkan komuniti profesional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan. Kandungan SlideShare juga tersebar dengan pantas melalui blog dan rangkaian sosial seperti LinkedIn, Facebook dan Twitter. Individu dan organisasi akan memuat naik dokumen ke laman SlideShare untuk berkongsi idea, berhubung dengan orang lain, dan mencari bakal pelanggan untuk perniagaan mereka. Sesiapa sahaja boleh melihat persembahan dan dokumen tentang tajuk yang diminati.

(Sumber: http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2147b6d390)

FAEDAH MENGGUNAKAN SLIDESHARE

Patrick Powers (2010) mencadangkan faedah-faedah berikut apabila menggunakan SlideShare: 1. SlideShare sebagai satu alat pemasaran. Contohnya, persembahan boleh disusun dengan baik dan dimanfaatkan untuk memberitahu orang ramai tentang institusi tersebut. 2. SlideShare boleh bertindak sebagai satu pengurus dalaman dengan memuat naik beberapa persembahan yang memberikan tumpuan kepada maklumat penting berkaitan dengan penonton dalaman. 3. SlideShare sebagai satu sumber alumni. Contohnya, memuat naik

persembahan yang ditujukan untuk kumpulan tertentu. Persembahan tersebut disesuaikan untuk pencari kerja dan alumni di tempat kerja.

Bab 12: Slideshare

149

CARA MENGGUNAKAN SLIDESHARE

Menurut Daniel (2010), berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan di SlideShare: 1. Masukkan persembahan slaid anda ke dalam blog atau laman web sendiri. 2. Kongsi persembahan slaid secara tertutup atau terbuka. Terdapat beberapa cara untuk berkongsi secara tertutup. 3. Selaraskan audio dengan slaid anda. 4. Pasarkan acara dan kegiatan anda di SlideShare. 5. Sertai kumpulan untuk berhubung dengan ahli SlideShare yang berkongsi minat yang sama. 6. Muat turun fail asal.

150

Bab 12: Slideshare

MULAKAN DENGAN SLIDESHARE

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.slideshare.net/

LANGKAH 2

Mendaftar Masuk

Jika anda mempunyai akaun Slideshare, anda boleh terus log masuk atau boleh juga menggunakan akaun Facebook. Masukkan nama pengguna atau email beserta kata laluan. Klik butang LOGIN.

Jika anda tiada akaun Slideshare dan mahu mendaftar masuk pergi ke Signup. Klik SIGN UP

Bab 12: Slideshare

151

LANGKAH 3

Mencari Slaid Persembahan

Masukkan kata kunci untuk slaid yang anda cari.

Klik Search.

Pilih slaid yang anda mahukan.

Berikut adalah contoh persembahan serta peralatan Slideshare.

152

Bab 12: Slideshare

LANGKAH 4

Muat Naik Persembahan

Di bahagian bawah muka Slideshare klik pada UPLOAD.

Klik Upload publicly (semua pengguna boleh melihat fail anda).

Jika anda mempunyai akaun Slideshare Pro anda boleh muat turun mengikut privasi anda. Pilih persembahan yang anda mahu muat naik. Anda juga boleh muat naik lebih daripada satu fail dengan menggunakan kekunci Ctrl. (anda juga boleh memuat naik dokumen dan PDF).

Sekarang, persembahan anda sudah berada di dalam Slideshare dan semua pengguna boleh mencapai/melihatnya.

Bab 12: Slideshare

153

LANGKAH 5

Memasukkan Video YouTube

Untuk menyunting persembahan anda, klik pada My Uploads.

Pilih persembahan yang anda masukkan video dan klik Edit.

Pergi ke tab Insert YouTube videos.

154

Bab 12: Slideshare

Pada sesawang YouTube, cari video yang anda mahu masukkan ke dalam persembahan anda kemudian salin alamat URL.

Letakkan URL video YouTube video URL di sini.

Untuk menambah video lain, anda boleh klik di sini.

Akhir sekali, klik Insert & Publish. Pilih lokasi video untuk dimasukkan ke dalam persembahan.

Jika anda mahu menyingkirkan video yang telah anda masukkan, tandakan pada kotak di bahagian Remove dan klik Remove Selected.

Bab 12: Slideshare

155

LANGKAH 6

Membuat Ulasan

Untuk mengulas persembahan slaid, pergi ke bahagian bawah muka slaid tersebut.

Tulis ulasan anda. Kemudian klik pada Post Comment.

156

Bab 12: Slideshare

RUJUKAN

Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and How can it Benefit You? http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-and-howcan-it-benefit-you/ [6 April 2011]

Patrick Powers. 2010. Three ways universities could better use SlideShare. http://patrickpowers.net/2010/11/three-ways-universities-could-better-useslideshare/ [6 April 2011]

Why

you

should

use

SlideShare?

http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2147b6d3 902 [6 April 2011]

Bab 13: Twitter

157

BAB

13

TWITTER

APAKAH ITU TWITTER?

Penulisan blog mikro (microblogging) ialah salah satu teknologi Web 2.0 dan bentuk baharu penulisan blog yang membolehkan pengguna menerbitkan catatan ringkas terkini atau gambar secara dalam talian dengan hanya 140-200 jumlah aksara. Catatan ini boleh disunting dan diakses dalam talian, atau dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau khidmat pemesejan segera (IM). Penulis blog mikro biasanya memasukkan catatan mereka sebagai satu widget pada blog atau laman web mereka. Penulisan blog mikro membolehkan interaksi masa nyata sesama pengguna menggunakan alat, teknologi dan aplikasi yang berbeza-beza. Khidmat blog mikro yang paling terkenal ialah Twitter (Carmen & Gabriela 2008).

Laman web Twitter, yang dimiliki dan diusahakan oleh Twitter Inc., menawarkan perangkaian sosial dan penulisan blog mikro yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil tweet. Tweet ialah siaran teks dengan jumlah maksimum 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna. Format tweet yang ringkas ialah ciri khusus perkhidmatan ini, yang membolehkan kerjasama tidak rasmi dan perkongsian maklumat dengan pantas bagi melegakan kelesuan akibat penggunaan e-mel dan IM yang semakin meningkat. Penulisan di Twitter juga merupakan cara komunikasi yang kurang berhalangan: anda boleh berkongsi maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel atau pesanan IM dengan anda, dan ini akan memperluas lingkungan hubungan anda untuk merangkumi komuniti yang terdiri daripada mereka yang sehaluan dengan anda (http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter).

158

Bab 13: Twitter

KELEBIHAN TWITTER

Antara kelebihan Twitter adalah:

1. Twitter mudah digunakan. Pendaftaran mengambil masa tidak sampai seminit dan tiada e-mel pengesahan diperlukan. 2. Anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang diingini. Pengikut dianggap sebagai rakan. Setelah mereka mengikuti tweet anda, anda juga boleh mengikuti mereka dan terus dianggap sebagai rakan mereka. 3. Papan pesanan atau tweet itu sendiri boleh dilihat oleh orang ramai sama ada mereka rakan penyiar ataupun bukan, dan anda juga boleh menyertakan URL anda yang boleh diklik. 4. Templat profil Twitter juga unik, yang boleh dibina melalui HTML atau dibeli melalui pengedar-pengedar sah di beberapa laman web lelong yang berkaitan dengan templat.

(Source: twitter.php)

http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-and-disadvantages-of-

CARA MENGGUNAKAN TWITTER DALAM PENDIDIKAN

The following are some ways of using Twitter in education: 1. Papan Twit: Maklumkan kepada pelajar tentang perubahan kandungan kursus, jadual, tempat atau maklumat penting lain. 2. Membuat Ringkasan: Minta pelajar untuk membaca satu artikel atau bab dan kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel atau bab tersebut. Had 140 aksara memerlukan disiplin akademik yang kukuh. 3. Pautan Twit: Kongsi hiperpautan. Arahkan setiap pelajar untuk berkongsi satu hiperpautan baharu kepada laman web berfaedah yang ditemui dari semasa ke semasa. 4. Mengekori di Twitter: Ikuti personaliti terkenal dan catatkan

perkembangan mereka. Lebih baik jika aktiviti ini dapat dikaitkan dengan suatu acara (seperti semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini,

Bab 13: Twitter

159

ramai yang mengikuti @ BarackObama untuk mengetahui ucapan terkini beliau, dsb.) 5. Tweet Masa Silam: Pilih seorang individu terkenal pada zaman dahulu dan buka akaun Twitter untuk mereka. Pilih seorang tokoh sejarah dan tulis tweet dengan kerap seolah-olah anda adalah mereka, dengan mengunakan gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang dirasakan mungkin digunakan oleh mereka. 6. Perbincangan Mikro: Adakan perbincangan yang melibatkan semua pelajar yang mempunyai akaun Twitter. Asalkan semua orang mengikuti keseluruhan ahli kumpulan, tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan aliran Twitter. Semua pelajar akan mengambil bahagian kerana urutan penyumbang tweet telah dipersetujui terlebih dahulu. 7. Penulisan Mikro: Penulisan kolaboratif secara progresif di Twitter. Pelajar bersetuju untuk bergilir-gilir menulis cerita dalam tempoh waktu tertentu. 8. Lingua Tweeta: Sesuai bagi pembelajaran bahasa moden. Hantar tweet dalam bahasa asing dan minta pelajar membalasnya dalam bahasa yang sama atau menterjemahkan tweet tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka. 9. Tweming: Mulakan satu meme (idea yang tersebar melalui Internet) capai persetujuan tentang satu tanda hash sepunya supaya semua kandungan yang dimasukkan akan direkodkan secara automatik oleh Twemes (satu aplikasi yang mengikuti tweet melalui tag yang dimasukkan dan memaklumkan perkara yang sedang dibualkan di Twitter) atau aplikasi pengumpulan lain. 10. Sahabat Twitter: Galakkan pelajar mencari sahabat pena di Twitter dan selalulah berbual dengan mereka untuk suatu tempoh tertentu bagi mengetahui tentang kebudayaan, hobi, rakan-rakan, keluarga mereka, dsb. Sesuai untuk belajar tentang pengamal budaya lain.

160

Bab 13: Twitter

MULAKAN DENGAN TWITTER

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.twitter.com.

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk membuat akaun Twitter klik butang Sign Up.

Masukkan maklumat yang dikehendaki.

Kemudian klik Create my account.

Selepas itu, anda perlu mengakses akaun email anda. Twitter akan menghantar email pengesahan. Klik pada pautan yang diberi untuk mengesahkan alamat email anda.

Bab 13: Twitter

161

Anda akan dibawa ke muka Twitter dan anda perlu mendaftar masuk menggunakan ID dan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran akaun.

LANGKAH 3

Mencari Rakan

Klik pada Find Friends.

Cari rakan Twitter melalui akaun email seperti Gmail, Yahoo!, AOL, Hotmail dan MSN. Twitter akan menyenaraikan rakanrakan anda yang mempunyai akaun Twitter.

162

Bab 13: Twitter

LANGKAH 4

Menjadi Tweeter

foll

Tulis di sini untuk memulakan perbualan/ topik.

Klik pada Tweet untuk mengemaskini dan untuk memaklumkan kepada individu lain.

LANGKAH 5

Mengikuti (Follow)

Untuk mula mengikuti (mengetahui catatan terkini dan yang dikemaskini), buka laman web yang anda ingin ikuti kemudian klik pada ikon Twitter.

Kemudian, masukkan kata kunci untuk mula membuat pencarian tentang perkara yang anda ingin ikuti.

Atau anda juga boleh pergi ke Who To Follow.

Bab 13: Twitter

163

Halaman ini akan terpapar.

Klik di sini untuk mula mengikuti.

Klik Retweet pada catatan yang anda gemari.

Klik pada Reply untuk membalas catatan.

RUJUKAN

Advantages

and

disadvantages

of

Twitter.

http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-and-disadvantages-of-twitter.php [27 Mei 2011]

Carmen Holotescu & Gabriela Grosseck. 2008. Using microblogging in education. http://www.scribd.com/doc/2286799/Can-we-use-Twitter-for-educationalactivities [27 Mei 2011]

Wikipedia: Twitter. http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter [27 Mei 2011]

164

Bab 14: Voicethread

BAB

14

VOICETHREAD

APAKAH ITU VOICETHREAD?

VoiceThread ialah aplikasi berasaskan Internet yang membolehkan pengguna membina persembahan album media yang boleh dikongsi dan dikomen oleh pengunjung secara tak segerak dalam bentuk teks, suara atau video. Persembahan tersebut boleh merangkumi sebarang bentuk media digital termasuk imej, audio, video dan teks. Hasil daripada kombinasi persembahan digital dan komen penonton yang terkumpul ini dikenali sebagai VoiceThread. VoiceThread yang lengkap kemudiannya boleh dipaparkan pada laman web VoiceThread atau dimasukkan ke laman Web lain atau blog. Ia juga boleh dieksport kepada atur cara luar talian yang dikendalikan dari komputer, DVD, pemain MP3 dengan keupayaan video atau telefon bimbit. Kesimpulannya, VoiceThread membolehkan keseluruhan perbualan kumpulan

dikumpulkan dari mana-mana sahaja dan kemudian dikongsi untuk dimainkan semula di satu tempat. VoiceThread telah dikenali sebagai blog audio berkumpulan kerana seperti blog, VoiceThread bukan sahaja menggalakkan penonton untuk menulis komen, malah membenarkan komen tersebut diberikan dalam format audio. (Penn State 2009).

FAEDAH MENGGUNAKAN VOICETHREAD

InfoTech4Lrng (2008) menyatakan faedah-faedah berikut apabila menggunakan VoiceThread: 1. Ringkas dan mudah. 2. Tumpuan diberikan kepada kandungan dan bukan kepada alat; boleh berfungsi sebagai satu bentuk penulisan bebas. 3. Tidak memerlukan perkakasan yang kompleks dan memori yang besar; tidak banyak halangan teknikal.

Bab 14: Voicethread

165

4. Menggalakkan penceritaan secara kolaboratif. 5. Keupayaan menggunakan imej yang besar dan jelas satu atau lebih. 6. Penonton boleh membesarkan gambar (zum masuk) untuk melihat butiran gambar atau mengecilkannya (zum keluar) untuk melihat gambaran keseluruhan. 7. Boleh menambah teks. 8. Mudah untuk merakamkan suara. 9. Menggalakkan perbualan yang berterusan tentang setiap imej. 10. Membina kefasihan, ketepatan dan suara dalam bahasa kedua. 11. Satu dimensi baharu untuk analisis kreatif terhadap gambar-gambar, peta dan artifak bersejarah. 12. Maklum balas boleh diberikan dan diterima daripada rakan-rakan, guru (pentaksiran formatif dan sumatif), ibu bapa dan ahli keluarga lain, serta komuniti tempatan dan global. 13. Boleh digunakan sebagai alat penceritaan, alat pemikiran kritis, alat kajian, alat komunikasi ekspositori malah sebagai alat penilaian. 14. Membenarkan pembezaan untuk menyesuaikan keperluan dan gaya

pembelajaran yang berlainan, satu alternatif kepada mereka yang keberatan atau menghadapi kesukaran untuk menulis. 15. Guru boleh menggabungkan kerjasama digital kepada kurikulum dengan mudah.

CARA MENGGUNAKAN VOICETHREAD

VoiceThread membolehkan setiap pelajar di dalam kelas merakamkan komen dengan mudah secara audio mengenai idea dan pengalaman yang penting buat mereka. Pelajar boleh menceritakan kisah mereka, sama ada tentang suatu aktiviti, projek, atau pencapaian, dengan menggunakan suara mereka sendiri dan mengongsinya dengan orang lain di serata dunia. Bagi pendidik pula, VoiceThread menawarkan satu cara pengajaran prinsip-prinsip kewarganegaraan digital yang baik serta menyediakan satu saluran untuk merakamkan dan berkongsi kepelbagaian personaliti yang terdapat dalam sesuatu kelas. VoiceThread boleh dikendalikan dengan mudah yang mewujudkan warisan digital untuk dikongsi oleh pelajar, ibu bapa mahupun pendidik.

166

Bab 14: Voicethread

Keseronokan dan kebanggaan jelas kedengaran pada suara pelajar sewaktu mereka menerbitkan dan menyimpan hasil kerja mereka untuk jangka panjang.

(http://voicethread.com/image/voicethreads_in_the_classroom.pdf)

PENGGUNAAN PEMBELAJARAN

VOICETHREAD

DALAM

PENGAJARAN

DAN

VoiceThread merupakan satu aplikasi yang memudahkan pengumpulan media visual dalam satu persembahan. Dengan menyediakan satu ruang untuk berkongsi, membina dan menilai projek media, aplikasi seperti ini boleh menggalakkan kecelikan (literasi) digital dan keghairahan terhadap penciptaan multimedia. Namun, yang membezakan VoiceThread dengan aplikasi lain adalah keupayaannya untuk menggabungkan audio dengan format media lain bagi memberikan komen terhadap suatu hasil kerja asal. VoiceThread menawarkan interaksi dalam talian secara natural yang sesuai untuk pelajar membentangkan dan mempertahankan hasil kerja mereka di hadapan rakanrakan dan pakar dalam bidang tersebut. Suatu persekitaran yang memudahkan pelajar mendengar dan memberikan sumbangan kepada hasil kerja rakan mereka sewajarnya dapat menggalakkan penilaian sebaya yang lebih dipercayai. Penilaian yang merangkumi isyarat secara lisan dan visual menggunakan suara pelajar sendiri mungkin akan menjadikannya lebih mudah untuk ditafsirkan oleh pelajar. Dalam disiplin yang memerlukan pelajar membuat portfolio kerja mereka, VoiceThread memberikan peluang untuk membina persembahan beranotasi yang merangkumi penerangan audio, video, dan teks tentang perkara yang dilakukan. Refleksi peribadi dan berkumpulan juga boleh dikumpulkan dan disimpan. Setakat ini, potensi terbesar VoiceThread terletak pada peluang kreatif yang disediakan untuk pelajar menceritakan kisah mereka dan memberikan sumbangan atau mengkritik naratif rakan sebaya mereka secara langsung (Educause 2009).

Berikut merupakan penggunaan Voicethread dalam pengajaran dan pembelajaran (InfoTech4Lrng 2008): 1. Menghasilkan atau memilih imej sebagai tambahan kepada sajak, corak puisi (cara berpuisi) atau kajian.

Bab 14: Voicethread

167

2. Merakam sejarah peribadi, keluarga atau komuniti, peristiwa bersejarah atau projek sejarah dalam bentuk lisan, dokumentari atau esei. 3. Menghasilkan satu album gambar sekolah atau perpustakaan yang diceritakan oleh pelajar. 4. Berkongsi laporan lisan mengenai kajian yang dilakukan melalui cerita digital. 5. Peluang bagi pelajar mengasah kemahiran semasa temuduga. 6. Teknik-teknik temuduga. 7. Memupuk keyakinan diri dengan rakan sebaya. 8. Menanyakan soalan terbuka. 9. Menyediakan ruang masa kepada pelajar yang ditemuduga untuk memberikan penerangan lanjut. 10. Soalan susulan. 11. Membina kemahiran penyuntingan membuang kesilapan dan jeda (hentian sejenak). 12. Bekerjasama dengan sekolah di tempat lain. 13. Bicara buku berilustrasi. 14. Pelajar merakamkan fikiran mereka semasa melihat dokumen atau mendraf komen. 15. Meneroka bahan sains untuk menunjukkan cara penggunaannya di makmal, juga dalam inovasi dan penerokaan sains.

168

Bab 14: Voicethread

MULAKAN DENGAN VOICETHREAD

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.voicethread.com

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

STEP 3

Klik di sini untuk daftar masuk atau membuat pendaftaran.

Start uploading image/video

Muka ini akan terpapar setelah anda mendaftar masuk.

Bab 14: Voicethread

169

LANGKAH 3

Membina VoiceThread

a) Muat Naik Imej dan Video

Klik pada tab Create.

Klik Upload untuk mula muat naik imej, dokumen atau video.

Muat naik fail dari komputer anda.

Muat naik fail menggunakan alamat URL.

Muat naik imej dan video menggunakan webcam anda.

170

Bab 14: Voicethread

b) Mengulas

Setelah anda memuat naik imej atau video, sekarang anda boleh mula membuat ulasan. Anda juga boleh menghapuskan ulasan anda bila-bila masa.

Sekarang, anda boleh mula memberikan ulasan anda tidak kira samada persembahan Voicethread anda atau individu lain. Anda juga boleh memilih untuk memberikan ulasan dalam bentuk teks, audio atau video.

Bab 14: Voicethread

171

c) Berkongsi VoiceThread

Klik share untuk berkongsi Voice Thread dengan individu lain. Klik di sini dan salin link URL anda. Jemput rakan anda melalui email. Anda boleh menambah rakan dengan membuat kumpulan. Namun begitu aplikasi ini dibolehkan untuk Pro-VoiceThread.

Pilihan penerbitan adalah sangat penting untuk memastikan VoiceThread dapat dipaparkan dan digunakan oleh pengguna lain.

Semua individu dapat melihat Voice Thread anda. Ulasan dibenarkan. Setelah ulasan dibuat, anda perlu mengesahkan sebelum dipapar untuk tatapan umum. Boleh dipaparkan di bahagian "Browse" di muka utama VoiceThread. Kemudian klik Save.

172

Bab 14: Voicethread

LANGKAH 4

VoiceThread Anda

Klik pada tab MyVoice untuk memaparkan VoiceThread yang anda bina.

Klik Menu untuk mula menyunting VoiceThread yang anda bina. RUJUKAN

Educause

.2009.

things

you

should

know

about

voicethread.

http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7050.pdf [6 April 2011]

Penn

State. 2009.

Things

You

Need

to

Know

about

VoiceThread.

http://www.personal.psu.edu/mnm14/blogs/meyerviews/VoiceThread_whitepap er.pdf [6 April 2011]

InfoTech4Lrng.

2008.

Voicethread

in

Teaching

and

Learning.

http://arllennium.wordpress.com/2008/03/20/voicethread-in-teaching-andlearning/ [6 April 2011]

VoiceThread in The Classroom. http://voicethread.com/image/voicethreads_in_the_classroom.pdf 2011] [6 April

Bab 15: Wallwisher

173

BAB

15

WALLWISHER

APAKAH ITU WALLWISHER?

Pelajar masa kini ialah generasi sosial yang aktif berkomunikasi, bekerjasama, dan berhubung dengan menggunakan teknologi dalam talian. Generasi Internet ini, atau Net Gen mengikut definisi Tapscott (2008), merupakan generasi yang menjadikan rangkaian sosial sebagai modus operandi untuk memperdengarkan suara mereka di khalayak ramai. Mereka mahu menjadi pelajar yang aktif dan bukan hanya sebagai pengguna maklumat. Wallwisher ialah alat kolaboratif yang membolehkan pelajar

menjadi seorang prosumer (producer+consumer), bukannya seorang konsumer biasa (Sharon Tonner 2011). Wallwisher ialah aplikasi Internet yang membolehkan pelajar menyiarkan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Pelajar boleh menaip maksimum 160 huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai (Sharon Tonner 2011). Wallwisher juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas, dsb. Yang paling menarik - tiada sebarang pendaftaran perlu dilakukan - hanya bina satu dinding dan mulalah siarkan nota anda (Anon. 2011).

FAEDAH MENGGUNAKAN WALLWISHER

Berikut merupakan beberapa faedah apabila menggunakan Wallwisher: 1. Membolehkan pelajar turut serta dalam perbualan kolaboratif. 2. Melakukan sumbang saran. 3. Membenarkan pelajar akses kepada perbincangan dan idea-idea selepas kuliah. 4. Menyediakan ruang interaktif yang menggabungkan bahan teks, audio dan visual.

174

Bab 15: Wallwisher

5. Menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep secara formatif. 6. Membolehkan pelajar membuat ringkasan tentang kefahaman pembelajaran mereka dengan jumlah huruf yang terhad. 7. Menjadikan kuliah/bengkel lebih interaktif kerana pelajar boleh memberikan respons menggunakan alat mudah alih yang mempunyai kebolehcapaian Internet. 8. Membolehkan pensyarah menyesuaikan input mereka berdasarkan maklum balas pelajar. 9. Menjadikan input lebih berbentuk aktif daripada pasif. 10. Membenarkan pelajar untuk memberikan sumbangan kepada perbualan pembelajaran secara segerak atau tak segerak (Sharon Tonner 2011). 11. Satu dinding digital yang membolehkan pelajar mencatat nota untuk projek mereka semasa mengumpul maklumat (membenarkan orang lain dalam kumpulan menggunakan maklumat tersebut). 12. Satu dinding yang boleh memberikan ruang maklum balas secara individu apabila satu keputusan perlu dibuat melalui undian ahli kumpulan. 13. Satu dinding yang boleh menjejak status perkembangan suatu tugasan bagi setiap ahli kumpulan (Anon. 2011).

CARA MENGGUNAKAN WALLWISHER

Elizabeth (2010) mencadangkan penggunaan Wallwisher seperti berikut: 1. Aktiviti Penulisan: Wallwisher terhad kepada 160 aksara sahaja bagi setiap komen/nota yang dilekatkan pada dinding. Ini merupakan satu ciri yang bagus kerana ia membenarkan catatan ringkas untuk cerita/projek kolaboratif, rancangan esei, nota, memo, sajak, dsb. 2. Aktiviti Sumbang Saran: Aktiviti ini amat bagus dilakukan untuk menghilangkan rasa kekok semasa permulaan kelas. Ia juga merupakan satu cara menarik untuk menyiarkan tugasan di rumah atau kata-kata hikmah untuk hari tersebut, dan kemudian membincangkannya dalam kelas pada keesokan hari. 3. Aktiviti Perbendaharaan Kata/Tatabahasa: Anda boleh menggunakan

Wallwisher untuk membuat latihan tatabahasa, perbendaharaan kata, definisi,

Bab 15: Wallwisher

175

padanan kata, malah mencari tema dan menyuruh pelajar memenuhi nota lekat dengan idea-idea mereka untuk tema perbendaharaan kata tersebut. 4. Aktiviti Pertuturan: Wallwisher juga merupakan satu cara hebat untuk membina aktiviti pengucapan pendek bagi membantu pelajar berasa lebih selesa untuk berucap di hadapan orang ramai. Aktiviti ini boleh jadi perbincangan tentang suatu gambar atau video selama beberapa minit, rekaan cerita berdasarkan beberapa keping gambar, ataupun penulisan topik debat pada nota lekat untuk pelajar mengembangkan isinya. 5. Pemberitahuan: Anda boleh menggunakan Wallwisher untuk memaklumkan tentang orientasi, peraturan kelas, profil pelajar, rancangan harian/mingguan, malah pesanan yang menggembirakan kepada pelajar lain yang mungkin tidak dapat hadir kerana tidak sihat atau melancong bersama keluarga mereka.

176

Bab 15: Wallwisher

MULAKAN DENGAN WALLWISHER

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.wallwisher.com/

LANGKAH 2

Pendaftaran/Log Masuk

Untuk menggunakan Wallwisher, anda perlu log masuk (Jika sudah mempunyai akaun) atau mendaftar (jika ini adalah kali pertama anda). Klik pada butang Login/Register pada bahagian atas sebelah kanan anda. Jika anda tidak mahu log masuk atau membuat pendaftaran klik Build a wall. Untuk pengguna kali pertama.

Free

Isikan maklumat berikut untuk membuat akaun Wallwisher, kemudian klik pada create my account.

Jika anda sudah mempunyai akaun, anda hanya perlu daftar masuk dan klik pada butang Let me in.

Bab 15: Wallwisher

177

LANGKAH 3

Membina & Mengubahsuai Wall

Pada Click to select image, anda boleh memilih untuk menggunakan imej sedia ada atau daripada folder anda.

Klik di sini untuk menulis tajuk, arahan serta penerangan tentang wall anda.

Pilih tema untuk wall anda.

STEP 5

STEP 6

Jika anda klik pada Build a wall semasa Langkah 2, kotak berikut akan muncul. Anda perlu memasukkan nama dan alamat email. Wallwishers akan menghantar kata laluan ke email anda.

Pada bahagian ini, anda boleh memasukkan nama wall URL di dalam kotak yang disediakan. Anda juga boleh memilih pemapar wall serta penghantar nota lekat.

Klik done setelah anda selesai mengubahsuai wall anda.

178

Bab 15: Wallwisher

LANGKAH 4

Nota Lekat

Klik dua kali pada wall untuk menampal nota lekat.

Masukkan nama anda. Masukkan imej, audio dan video daripada pautan sesawang dengan menyisipkan lokasi URL tersebut di sini.

Anda boleh menulis mesej dengan panjang maksimum 160 aksara.

Bab 15: Wallwisher

179

LANGKAH 5

Memasukkan Imej

Contoh URL bagi imej yang didapati dari enjin pencarian Google. Klik VIEW untuk memapar imej.

180

Bab 15: Wallwisher

LANGKAH 6

Memasukkan Video

Klik pada PLAY untuk memaparkan video.

Contoh pautan video URL yang diperoleh daripada sumber YouTube.

LANGKAH 7

Memasukkan Dokumen

Klikview untuk memaparkan dokumen. 9

Contoh pautan dokumen URL yang diperoleh daripada enjin pencarian Google.

Bab 15: Wallwisher

181

LANGKAH 8

Berkongsi Wallwisher

Sekarang, anda boleh menggunakan Wallwisher dan berkongsi dengan yang lain dengan menghantar alamat URL Wallwisher samada kepada umum, individu atau kumpulan yang anda mahu.

RUJUKAN

Sharon Tonner. 2011. Wallwisher. http://i-c-t.wikispaces.com/WALLWISHER [14 Mac 2011]

Elizabeth. 2010. 5 Fantastic Ways to Use Wallwisher in the Classroom. http://blog.simplek12.com/education/5-fantastic-ways-to-use-wallwisher-in-theclassroom/ [14 Mac 2011]

Anon. 2011. Wallwisher: A new way to promote student collaboration for online colleges. http://blog.ecollegefinder.org/post/Wallwisher-A-New-Way-to-

Promote-Student-Collaboration-for-Online-Colleges.aspx [14 Mac 2011]

182

Bab 16: Wiki

BAB

16

WIKI

APAKAH ITU WIKI?

Wiki membolehkan komunikasi tak segerak dan kerjasama berkumpulan di seluruh dunia Internet. Wiki sering disifatkan sebagai satu sistem pengarangan, medium perbincangan, repositori (tempat penyimpanan), sistem mel, dan alat untuk bekerjasama. Ia memberi pengguna keistimewaan sebagai penulis dan penyunting; keseluruhan susunan sumbangan boleh disunting, begitu juga dengan isi kandungannya. Wiki boleh menggabungkan bunyi, video dan gambar; ia merupakan cara mudah untuk membina persembahan multimedia dan cerita digital yang ringkas.

WIKI ATAU BLOG?

Wiki sering dibandingkan dengan blog kerana kedua-duanya mudah diterbitkan. Kedua-duanya direka pada waktu yang hampir sama, lebih kurang sedekad yang lalu, dan kedua-duanya menawarkan alat penyiaran yang mudah bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan menerima maklum balas daripada mereka. Wiki pada peringkat awal disasarkan untuk pengguna yang ramai bagi membina satu wadah pengetahuan, manakala blog dirancang untuk penulisan catatan peribadi. Walaupun kedua-duanya berbeza dalam beberapa cara, perbezaan ini tidak begitu ketara kerana fungsi kedua-duanya bertumpu kepada perkara yang sama. Terdapat beberapa perbezaan utama antara wiki dan blog, antaranya ialah cara penyusunan maklumat, jumlah penulis dan objektif atau matlamat penulis (Doyle, 2006).

Wiki direka untuk pengarangan secara kolaboratif oleh beberapa orang, manakala blog lebih bersifat peribadi dan biasanya ditulis oleh seorang pengarang. Jika wiki mempunyai seorang penulis sahaja, maka perbezaan antaranya tidak akan menjadi begitu ketara. Namun perbezaan yang ada masih penting berdasarkan kepada perkara-

Bab 16: Wiki

183

perkara berikut. Di samping itu, terdapat penggunaan yang sah untuk wiki yang ditulis oleh seorang pengarang, seperti menyiarkan arahan operasi yang jelas daripada seorang pengguna. Wiki biasanya menyusun maklumat mengikut tajuk, manakala blog pula menyusun maklumat berdasarkan tertib kronologi terbalik (catatan tarikh terkini akan dipaparkan dahulu), jadi maklumat pada blog lebih kepada catatan bersejarah dan jarang berubah. Sebaliknya, topik di wiki dijangka akan berubah-ubah dan selalunya berkembang menjadi satu pangkalan pengetahuan yang kekal. Penyusunan catatan secara tertib kronologi terbalik pada blog menimbulkan kesukaran apabila ingin mencari dan melayari semua catatan mengenai topik tertentu. Sebaliknya, wiki tidak memaparkan tarikh atau tertib catatan maklumat tersebut dengan mudah seperti blog, tetapi ia dapat memaparkan maklumat yang berkaitan dan menjadikannya lebih mudah untuk dilayari (Kevin & Joseph 2007).

FAEDAH WIKI

Menurut David Jakes (2006), wiki amat fleksibel dan boleh digunakan dalam kelas, untuk pemantapan kerjaya serta untuk kegunaan pentadbiran seperti berikut: 1. Kelas: Pelajar boleh menggunakan wiki sebagai platform untuk penyelesaian masalah secara kolaboratif, laporan makmal berkumpulan, projek penulisan dalam kelas, dan penulisan buku teks kelas. Kesimpulannya, wiki boleh digunakan untuk menyokong apa jua bentuk projek kolaboratif pelajar. 2. Pemantapan Kerjaya: Wiki sesuai digunakan untuk merancang bengkel atau persidangan. Penceramah boleh menyiarkan dokumen dan sumber-sumber lain di wiki sebelum bengkel bermula dan meminta peserta menyiarkan nota-nota mereka sewaktu bengkel tersebut. Kemudian, peserta boleh kembali melawat wiki untuk menulis refleksi mereka mengenai perkara yang telah dipelajari. 3. Kegunaan Pentadbiran: Pentadbir boleh memanipulasikan penggunaan wiki untuk membolehkan guru, pelajar, kakitangan teknologi, dan kakitangan lain membantu dalam pembinaan dan penyuntingan dokumen-dokumen dasar.

184

Bab 16: Wiki

PENGGUNAAN WIKI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Wiki adalah salah satu daripada komponen Web 2.0 yang boleh digunakan untuk memantapkan proses pembelajaran. Wiki juga ialah alat komunikasi dan kerjasama dalam laman web yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk belajar dengan orang lain dalam satu persekitaran kolaboratif (Kevin & Joseph, 2007). Kerjasama menggunakan wiki tidak terhad kepada pelajar sahaja. Kakitangan fakulti boleh menggunakan wiki untuk bekerjasama dalam suatu projek, sama ada menyunting buku teks, menyediakan artikel jurnal atau menyusun sukatan pengajaran mahupun senarai bacaan. Wiki juga boleh menjadi satu alat yang sesuai untuk mendapatkan input berterusan bagi suatu kajian atau projek, kerana input komuniti boleh membantu untuk memaklumkan dan memberikan arah kepada penyelidikan seterusnya. Tiada had kepada keupayaan penggunaan wiki sebagai satu platform untuk projek kolaboratif, segalanya berkemungkinan, hanya bergantung kepada kreativiti dan masa seseorang. Projek-projek yang menggunakan wiki boleh menyediakan pelbagai tahap akses dan kawalan laman web kepada ahli kumpulan, menawarkan elemen pelarasan halus yang boleh memperkemas pengalaman pengajaran dan pembelajaran (Educause 2009).

Duffy dan Bruns (2006) menyenaraikan beberapa kemungkinan penggunaan wiki dalam pendidikan: 1. Pelajar boleh menggunakan wiki sebagai alat pendokumenan berterusan untuk membina projek kajian mereka. 2. Pelajar boleh menambahkan ringkasan pendapat mereka berkenaan bahanbahan bacaan dan membina bibliografi beranotasi secara kolaboratif dengan wiki. 3. Wiki boleh digunakan untuk menerbitkan sumber-sumber kursus seperti sukatan pelajaran dan lampiran edaran, dan pelajar boleh menyunting serta memberikan komen secara langsung untuk dibaca oleh semua. 4. Guru-guru boleh menggunakan wiki sebagai satu pangkalan pengetahuan yang membolehkan mereka berkongsi refleksi dan pendapat mengenai amalan pengajaran, dan membenarkan pengurusan versi dan pendokumenan.

Bab 16: Wiki

185

5. Wiki boleh digunakan untuk pemetaan konsep. Ia berguna untuk pemikiran idea, dan penyuntingan pada topik wiki tertentu boleh menghasilkan satu rangkaian sumber. 6. Wiki boleh digunakan sebagai alat persembahan untuk menggantikan perisian biasa, dan pelajar boleh memberikan komen secara langsung serta mengubah kandungan persembahan. 7. Wiki merupakan alat untuk pengarangan secara berkumpulan. Ahli kumpulan sering bekerjasama menyiapkan suatu dokumen dengan menghantar e-mel yang disertakan fail untuk disunting oleh setiap ahli kumpulan. Usaha kemudiannya dibuat untuk menyelaraskan suntingan tersebut agar hasil kerja semua orang dapat disertakan dengan sama rata. Penggunaan wiki akan merapatkan ahli kumpulan dan membolehkan mereka membina dan menyunting dokumen dalam satu halaman wiki terpusat.

186

Bab 16: Wiki

MULAKAN DENGAN WIKISPACES

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.wikispaces.com/site/for/teachers

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Masukkan Username, Password dan alamat email yang sah di dalam kotak yang disediakan.

Klik Yes Pilih nama untuk wiki anda. Nama tersebut juga akan dijadikan sebagai alamat sesawang anda. Maka perlu pilih dengan cermat.

Untuk Wiki Permissions, pilih Private (akaun percuma untuk pendidik).

Kemudian klik Join.

Kemudian, anda perlu mengakses akaun email yang anda gunakan untuk mendaftar tadi. Wikispaces akan menghantar satu email pengesahan. Klik pada pautan yang diberi untuk mengesahkan alamat email anda.

Bab 16: Wiki

187

LANGKAH 3

Menyunting Wikispaces

Anda akan dibawa ke halaman Wikispaces anda. Halaman pertama yang anda akan lihat adalah panduan Getting Started'. Ambil masa anda untuk menjelajah pautan di dalam panduan ini.

Setelah anda keluar daripada panduan Getting Started, anda boleh mula menyunting Wiki. Untuk mula menyunting halaman Wiki yang pertama, anda perlu klik EDIT yang berada di bahagian atas sebelah kanan anda. Gunakan toolbar editor untuk menyunting teks dan menambah pautan, imej atau video.

188

Bab 16: Wiki

a) Menambah Pautan

Pilih teks yang anda mahu gunakan untuk membuat pautan. Kemudian klik pada Link.

External Link- membenarkan anda membuat pautan bagi teks yang dipilih dengan laman sesawang di luar wiki anda. Anda hanya perlu memasukkan alamat sesawang URL yang anda mahu pautkan.

Tetingkap Insert Link akan muncul.

Untuk membuat pautan dari teks yang dipilih ke halaman dalam Wiki, pertama sekali anda perlu membuat halaman yang hendak dipautkan dahulu. Setiap halaman yang anda bina akan disenaraikan di Page Name.

Kemudian klik pada butang Add Link.

Bab 16: Wiki

189

a) Menambah Fail

Klik File pada toolbar editor anda. Pilih Insert Files Kemudian klik pada Upload Files dan pilih lokasi file anda dan klik Open.

b) Menambah Halaman Baru Klik pada New Page di bahagian atas sebelah kiri anda.

Masukkan nama untuk halaman baru anda.

Kemudian klik Create dan anda akan dibawa ke halaman baru. Setelah anda klik Save, nama halaman baru anda akan tersenarai di bahagian sebelah kiri.

190

Bab 16: Wiki

c) Memasukkan Widget

Pada halaman baru yang telah anda tambah, klik EDIT dan kilik pada ikon Widget.

Pilih sumber video yang anda inginkan.

Bab 16: Wiki

191

LANGKAH 4

Papan Perbincangan

Untuk membina topik baru, klik pada DISCUSSION.

Kemudian pergi ke New Post.

Tulis subjek serta topik untuk perbicangan.

Klik Post untuk memulakan perbincangan.

192

Bab 16: Wiki

LANGKAH 5

Menambah & Menguruskan Ahli

Pertama sekali, klik pada Manage Wiki. Untuk mengemaskini atau menambah ahli Wiki, anda hanya perlu klik pada People dan pilih perkara yang anda mahu lakukan. Untuk bahagian Wiki permission, pilih samada Protected atau Private.

Bab 16: Wiki

193

RUJUKAN

David

Jakes.

2006.

Wild

about

wikis.

Retrived

from

http://www.techlearning.com/article/6164 [25 Mac 2011]

Duffy, P. & Bruns, A. (2006). The use of blogs, wikis and RSS in education: A conversation of possibilities. Proceedings of the Online Learning and Teaching Conference 2006, Brisbane: September 26.

http://eprints.qut.edu.au/5398/1/5398.pdf [25 Mac 2011]

Doyle,

B.

2006.

When

to

Wiki,

When

to

Blog. [25

http://www.econtentmag.com/Articles/ArticlePrint.aspx?ArticleID=16900 Mac 2011]

Educause.

2009.

things

you

should

know

about

wikis.

http://net.educause.edu/ir/library/pdf/ELI7004.pdf [25 Mac 2011]

Kevin R.P. & Joseph T.C. 2007. Wiki as a Teaching Tool. Interdisciplinary Journal of Knowledge and Learning Objects. 3(2007):57-71

194

Bab 17: Youtube

BAB

17

YOUTUBE

APAKAH ITU YOUTUBE?

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones 2007). Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam,

rakaman peribadi rakan-rakan hampir apa sahaja yang ingin disiarkan kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa. YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau memberikan komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.

FAEDAH YOUTUBE

Video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen-kepada-

Bab 17: Youtube

195

pelajar tetapi pengajaran guru-kepada-pelajar dengan video sebagai satu alat untuk penzahiran (Duffy 2008). YouTube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada secebis kisah kehidupan untuk pengajaran kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL). Penggunaannya merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian dan perkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar. Beberapa panduan umum oleh Clark dan Mayer (2002) dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarang media untuk memperbaiki pengajaran mengesyorkan bahawa media hendaklah; 1. selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki; 2. mengurangkan beban kognitif; 3. mengandungi teks atau grafik yang bermakna; 4. sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar 5. Pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas.

PENGGUNAAN PEMBELAJARAN

YOUTUBE

DALAM

PENGAJARAN

DAN

YouTube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibat dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta, iaitu satu aktiviti yang meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya elektronik masa kini. Walaupun kebanyakan video dalam YouTube tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi

menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut. Oleh kerana YouTube memudahkan hal ini, ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran yang baharu, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Sebagai aplikasi perisian sosial, YouTube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun

196

Bab 17: Youtube

boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran.

STRATEGI PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berikut ialah beberapa panduan berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untuk menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran: 1. SEGMEN - benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen pendek. 2. NOTA - video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. Ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas / sesi sumbangsaran. 3. JEDA - Gunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku. 4. TANPA SUARA - bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses. 5. TANPA GAMBAR - gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar. 6. PRATONTON setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar. 7. GABUNGKAN video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur pentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang; mengenal pasti perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas menonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau memperluas maklumat yang disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau pendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan.

Bab 17: Youtube

197

8. POTONG gunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau www.eyespot.com bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik pelajaran anda. Selalunya penayangan keseluruhan program tidak perlu dan akan memakan masa yang agak lama. Apabila melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar berkaitan atau berguna untuk aktiviti atau pelajaran yang telah dirancang. 9. FOKUS - berikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan,

perbendaharaan kata yang jarang didengar atau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih bermakna dan jelas. Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru boleh mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajaran kepada objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas menonton. 10. SELEPAS - selepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik minat mereka? Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah anda boleh mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar menulis komen/blog tentang video tersebut. Bagaimanakah anda boleh mengesahkan dan memahami pelbagai reaksi terhadap bahan tersebut?

(Sumber: http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html)

198

Bab 17: Youtube

MULAKAN DENGAN YOUTUBE

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.youtube.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Pergi ke Create Account di bahagian atas halaman YouTube.

Isikan maklumatmaklumat yang dikehendaki.

Kemudian klik pada I accept.

Bab 17: Youtube

199

Sekarang anda telah mempunyai akaun Youtube dan anda boleh mengubahsuai rangkaian Youtube dan tetapan akaun serta memuat naik video.

200

Bab 17: Youtube

LANGKAH 3

Merakam

Anda boleh merakam video daripada pelbagai jenis perakam video yang anda ada. Atau anda juga boleh merakam menggunakan telefon tangan atau webcam dari komputer anda.

Format fail video yang diterima: Windows Media Video (.WMV) .3GP (Telefon bimbit) .AVI (windows) .MOV (mac) .MP4 (ipod/psp) .MKV (h.264)

LANGKAH 4

Memuat Naik

Klik ke butang Upload.

Pilih video daripada komputer anda atau rakaman dari webcam anda.

Bab 17: Youtube

201

Namakan tajuk video serta penerangan berkenaan video berkenaan.

Masukkan tag kata kunci yang menerangkan video berkenaan. Pilih kategori video.

Pilih samada menjadikan video yang dimuat naik sebagai umum atau persendirian. Simpan tetapan video anda dan tunggu untuk pemprosesan (biasanya mengambil masa beberapa minit bergantung kepada saiz video).

Kongsi video anda di media perkongsian seperti Facebook, Twitter, Google Reader, Orkut dan Myspace menggunakan pilihan AutoShare.

Setelah video anda di proses dan dikongsi secara umum atau persendirian, anda juga boleh memilih untuk embed video tersebut ke laman web atau blog dengan menyalin dan meletakkan kod embed.

202

Bab 17: Youtube

LANGKAH 5

Video YouTube

1. Judul video Gunakan judul yang ringkas dan mempunyai kata kunci (jika boleh). 2. Video-video lain Pautan kepada video-video daripada pemilik akaun. 3. Melanggan (subscribe) Salah satu pilihan untuk melanggan video individu tertentu. Video baru individu terbabit akan terpapar di dalam akaun anda setiap kali individu berkenaan memuat naik video baru. 4. Pemain video Main dan hentikan video dan selaraskan kawalan bunyi. 5. Tempoh kepanjangan Video semasa video dimainkan. 6. Paparan Kawalan Besar atau kecil saiz video untuk dipaparkan dalam skrin anda. 7. Pembuat Video Nama individu yang membuat video berkenaan. Paparan dalam bentuk visual dan nombor

Bab 17: Youtube

203

8. Penerangan Video Menyediakan deskripsi dalam bentuk teks yang menerangkan berkenaan kandungan video. 9. Bilangan dipertonton bilangan video berkenaan yang telah ditonton di dalam Youtube. 10. Ulasan Maklumbalas video dengan cara ibu jari ke atas atau ibu jari ke bawah 11. Kongsi dan simpan Kongsi atau hantar video kepada rakan-rakan. Simpan video di favorites, atau masukkan dalam senarai video yang anda sukai. 12. Embed Akses kod untuk disalin dan diletakkan di laman sesawang atau blog untuk di kongsi di luar dari laman YouTube.

RUJUKAN

Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco: Jossey-Bass Pfeiffer.

Duffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web 2.0 in Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 130.

Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition. http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html [25 Mac 2011]

Ntti utilization strategies. http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html [25 Mac 2011]

204

Bab 18: Wordle

BAB

18

WORDLE

APAKAH ITU WORDLE?

Wordle ialah satu alat yang melihat teks yang diberikan (pelajar boleh menaip perkataan yang menerangkan tentang diri mereka, perkara yang ingin dipelajari, perkara yang pernah dipelajari; perbendaharaan kata yang sukar bagi mereka; perkataan yang menerangkan tentang negara yang sedang dipelajari) dan kemudian membina satu ringkasan awan perkataan daripada perkataan tersebut. Awan

perkataan menonjolkan perkataan yang sering digunakan dalam teks asal. Anda boleh menukar fon, susun atur dan warna yang digunakan. Setelah awan perkataan dibina, pelajar boleh merakam syot layar untuk disimpan dan ditampalkan pada suatu aplikasi, atau disimpan dalam Paint/Photoshop dalam format imej jpg untuk digunakan dalam sesuatu projek PowerPoint, Slideshare, PhotoStory, Blog, Wiki, dsb. Atau, mereka boleh mencetaknya dan membina papan buletin dalam kelas daripada perkataan tersebut.

CARA MENGGUNAKAN WORDLE

Berikut ialah beberapa cara untuk menggunakan Wordle: 1. Membuat ringkasan suatu tugasan atau karangan. Cara yang berguna untuk memberitahu orang lain tentang kandungan esei tersebut. 2. Boleh digunakan oleh guru sebagai satu cara penilaian. Pelajar membina Wordle daripada pembentangan hasil kerja mereka dan menggunakannya sebagai asas perbincangan. 3. Refleksi sendiri. 4. Menulis ringkasan daripada ruangan teks hasil kajian. 5. Menjelaskan penulisan pelajar dengan menggunakan gambar (Julia 2009).

Bab 18: Wordle

205

6. Meningkatkan perbendaharaan kata dan menambahkan pengetahuan dengan mengambil teks daripada dokumen atau laman web dan menjadikannya awan perkataan untuk membantu anda mengingati kandungan teks yang dibaca (Nil Peachey 2008).

206

Bab 18: Wordle

MULAKAN DENGAN WORDLE

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.wordle.net/

LANGKAH 2

Membina Wordle

Klik di sini

Tulis atau sisipkan teks di sini

Klik Go.

Bab 18: Wordle

207

Contoh teks yang disisipkan di dalam Wordle.

LANGKAH 3

Menjana Awan Perkataan

Anda boleh mengubahsuai Wordle menggunakan alat ini.

Anda boleh klik pada Randomize untuk menjana pelbagai rupa awan perkataan.

Simpan ke galeri awam dan gunakan kod embed untuk dipaparkan di dalam blog, wiki atau laman sesawang.

208

Bab 18: Wordle

RUJUKAN

Julia Zangl Colby . 2009. Wordle An Easy Tool to Use for Teachers and Students http://jzcolby.edublogs.org/2009/05/19/wordle-an-easy-tool-to-use-forteachers-and-students/ [24 Mac 2011]

Nil Peachey. 2008. Using a Word Cloud to Remember Words and Texts. http://dailyenglish-activities.blogspot.com/2008/09/using-word-cloud-to-remember-wordsand.html [24 Mac 2011]

Wordle. http://www.wordle.net/ [24 Mac 2011]

Bab 19: Wordpress

209

BAB

19

WORDPRESS

APAKAH ITU WORDPRESS??

WordPress ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog

(http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/).

KELEBIHAN WORDPRESS

WordPress merupakan pilihan paling lazim bagi pengguna blog kerana ciri-ciri berikut:

1. Mudah dan versatil (serba boleh) - WordPress sesuai untuk sesiapa sahaja daripada pengguna novis (yang baru belajar) hinggalah kepada pengatur cara yang mahir. 2. Antara muka dengan pelbagai ciri - WordPress mempunyai pelbagai editor teks dengan sokongan multimedia yang canggih; 3. Boleh berkembang - Komuniti Wordpress mengedarkan banyak untuk hampir semua ciri laman web yang popular; 4. Sumber Terbuka - Wordpress adalah percuma untuk dipasang dan digunakan pada laman web anda. modul

(Sumber: http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html)

210

Bab 19: Wordpress

CARA MENGGUNAKAN WORDPRESS

Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan Wordpress: 1. WordPress ialah satu platform yang mudah digunakan untuk membina apa sahaja bentuk laman web termasuklah laman web portfolio (Cameron 2009). 2. WordPress sebagai penggerak atau penjana laman web sekolah dan blog kelas. Anda boleh mengelog masuk ke laman web sekolah di Internet dan menggunakan antara muka web untuk menjadikan laman web anda lebih canggih (Kuroneko 2008). 3. WordPress membolehkan anda menetapkan pelbagai tahap akses kepada laman web anda dengan menukar peranan pengguna. Dengan cara itu, anda boleh meminta pelajar (dan juga guru) menulis artikel untuk laman web anda, tetapi anda boleh mengawal bahan yang sebenarnya disiarkan di Internet (Kuroneko 2008).

Bab 19: Wordpress

211

MULAKAN DENGAN WORDPRESS

LANGKAH 1

Pergi ke: http://wordpress.com/

LANGKAH 2

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk mula mendaftar klik pada butang Sign up now.

Lengkapkan borang berikut untuk membuat akaun Wordpress dan alamat blog anda.

Kemudian, klik Sign up.

212

Bab 19: Wordpress Setelah anda klik pada sign up, halaman ini akan terpapar. Anda perlu pergi ke kotak email anda untuk mengaktifkan akaun Wordpress. Anda akan menerima email ini dan anda perlu klik pada pautan yang diberi untuk mengaktifkan akaun anda.

Masukkan maklumat berkenaan profil anda di dalam borang ini.

Simpan profil anda dengan klik pada butang Save Profile.

Setelah anda selesai mengaktifkan akaun, anda boleh log masuk dan mula menggunakan WordPress.

Bab 19: Wordpress

213

LANGKAH 3
Pada halaman utama blog anda, klik pada About.

Menyunting Blog

Klik Edit untuk mula menyunting halaman tersebut.

Klik pada Preview Changes sebelum anda klik butang Update.

Buang teks ini, dan anda boleh mula menulis berkenaan dengan blog anda di halaman utama ini.

Klik pada Update.

Untuk pergi kembali ke halaman blog anda, klik butang ini.

214

Bab 19: Wordpress

LANGKAH 4

Menambah Pautan

Pergi ke My Blog.

Klik pada Dashboard

Kemudian klik Add New.

Masukkan maklumat yang dikehendaki dan kemudian klik pada Add Link.

Bab 19: Wordpress

215

LANGKAH 5

Menukar Ketrampilan Blog

Klik Appearance pada halaman Dashboard.

Halaman ini akan terpapar dan anda boleh memilih tema yang anda gemari.

Pilih tema dan klik pada Activate.

216

Bab 19: Wordpress

LANGKAH 6

Mengulas Catatan

Pada halaman blog , anda akan melihat perkataan Comment. Untuk memberikan komen, anda perlu klik pada teks Comment tersebut.

Halaman ini akan terpapar.

Tulis komen anda di sini.

Klik pada post comment untuk menghantar atau membalas ulasan yang diterima.

Bab 19: Wordpress

217

RUJUKAN

Cameron Chapman. 2009. Ultimate Guide To Using WordPress For A Portfolio. http://www.smashingmagazine.com/2009/04/29/ultimate-guide-to-usingwordpress-for-a-portfolio/ [8 Mac 2011].

Koruneko. 2008. WordPress Roles and Capabilities: How to get Students and Teachers to Put Content on Your School or Class Website.

http://blog.classroomteacher.ca/68/wordpress-roles-and-capabilities-how-toget-students-and-teachers-to-put-content-on-your-school-or-class-website/ [8 Mac 2011]

What is Wordpress. http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html [8 Mac 2011]

What is wordpress. http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/ [8 Mac 2011]

218

Bab 20: Del.Icio.Us

BAB

20

DEL.ICIO.US

APAKAH ITU DEL.ICIO.US?

Secara ringkasnya, Delicious (dahulunya dikenali sebagai del.icio.us yang disebut "delicious") merupakan satu khidmat penandaan sosial di Internet untuk menyimpan, berkongsi dan mengesan penanda buku web

(http://en.wikipedia.org/wiki/Delicious_%28website%29). Ia membenarkan pengguna meletakkan tag, menyimpan, menguruskan dan berkongsi laman web dari satu sumber terpusat . Dengan menitikberatkan kuasa komuniti, Delicious memperbaik cara orang ramai menemui, mengingati dan berkongsi maklumat melalui Internet

(http://www.delicious.com/help/about).

KELEBIHAN DEL.ICIO.US

Beberapa kelebihan penggunaan Delicious termasuklah: 1. Keupayaan untuk menyimpan dan mengakses penanda buku secara dalam talian. 2. Mempromosikan laman web anda sendiri. 3. Mencari penanda buku daripada pengguna-pengguna lain dalam rangkaian anda. 4. Mengadakan hubungan sosial dengan pengguna lain dalam rangkaian anda. 5. Membaca penanda buku dalam rangkaian anda kerana Del.icio.us menyediakan suapan RSS laman web kegemaran anda dengan mudah. 6. Menggunakan tag profil, contohnya penanda buku pengguna diberi tag profil di del.icio.us untuk menonjolkan laman web, siaran dan artikel terbaik, serta laman web penting yang dihubungkan kepada laman web anda.

(Sumber:http://onlinesapiens.wordpress.com/2008/07/19/using-delicious-in education/)

Bab 20: Del.Icio.Us

219

PENGGUNAAN DEL.ICIO.US DALAM PENDIDIKAN

Berikut ialah beberapa penggunaan Delicious dalam pendidikan yang dicadangkan oleh Gabriela (2007): 1. Delicious berguna kerana ia fleksibel; pelajar boleh bekerja dengan pelbagai komputer menggunakan pelbagai tetapan. 2. Ia boleh membantu pengajaran sebagai satu bibliografi tambahan. 3. Ia boleh menjadi satu mekanisme untuk membina komuniti pembelajaran sekiranya sesuatu tag dikaitkan dengan pelajar yang kemudiannya boleh memberikan sumbangan kepada arkib pautan ini. Ia juga boleh menggalakkan perpaduan kumpulan dan rasa kepunyaan terhadap kumpulan walaupun terdapat kemungkinan bahawa sumbangan pelajar tidak sama rata. 4. Ia meningkatkan rangkaian pembelajaran di luar kumpulan asal dengan memberikan tag kepada sumber-sumber yang mempunyai nota berkualiti serta pautan yang dikongsikan dengan lebih ramai pembaca. 5. Ia menyediakan maklum balas secara formatif dan tidak rasmi kepada guru kerana mereka boleh melihat kecenderungan dan minat pelajar, dan ini boleh membantu perancangan guru. 6. Ia menggalakkan pelajar menguruskan dan menganalisis koleksi sumber mereka kerana pelajar digalakkan untuk mempertimbangkan dahulu nilai sumber tersebut, kemudian menganalisis dan membina ringkasan tentang nilainya melalui pemberian tag. Kekerapan penyimpanan suatu laman web juga akan menyedarkan mereka tentang isu-isu kredibiliti, nilai dan

kebergunaannya. Ini akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran tersebut.

220

Bab 20: Del.Icio.Us

MULAKAN DENGAN DEL.ICIO.US.

LANGKAH 1

Pergi ke: http://www.delicious.com/

LANGKAH 2

Mendaftar Masuk

Untuk menggunakan delicious, anda perlu mendaftar atau mendaftar masuk dengan klik pada Join Now atau Sign In. Anda juga boleh menyertai atau mendaftar masuk menggunakan akaun yahoo jika ada.

Jika anda tidak mempunyai akaun Yahoo, anda juga boleh mendaftar masuk menggunakan akaun facebook atau Google.

Bab 20: Del.Icio.Us

221

LANGKAH 3

Membuat Tanda Buku

Salin alamat sesawang URL yang anda kehendaki.

Pada paparan muka delicious anda, pergi ke tab Bookmarks dan klik My Bookmarks.

Klik Save a new bookmark. Letakkan sesawang URL yang sudah disalin di sini.

Kemudian klik Next.

222

Bab 20: Del.Icio.Us

\ Title dan URL akan dimasukkan secara automatik. Masukkan tag dan nota ringkas (jika perlu).

Jika anda tidak mahu tanda buku anda dikongsi kepada umum, tandakan Make private.

Kemudian klik Save.

Bilangan orang yang telah menanda web ini.

Tanda buku anda akan dipaparkan seperti ini.

Tag anda.

Bab 20: Del.Icio.Us

223

LANGKAH 4

Paparan Persendirian (Private) dan Umum (Public)

Anda boleh berkongsi tanda buku anda menggunakan twitter, email dan delicious.

Untuk memapar tanda buku umum sahaja, klik pada Public.

Sekarang, di dalam tanda buku anda hanya dipaparkan tanda buku umum sahaja.

224

Bab 20: Del.Icio.Us

LANGKAH 5

Mencari Tanda Buku

Masukkan kata kunci tanda buku yang anda kehendaki dan klik pada Search.

Anda juga boleh membuat pencarian dengan membuat tapisan menggunakan tag.

Berikut adalah contoh tanda buku yang ditapis menggunakan tag.

Atau anda boleh tapis pencarian dengan klik pada tag di sini.

Tarikh penandaan dibuat.

Tapisan mengguna kan tag.

Bab 20: Del.Icio.Us

225

LANGKAH 6

Rangkaian (Network)

Pergi ke paparan utama delicious anda.

Kegunaan rangkaian (network): - Cara alternatif untuk membawa kandungan. - Melihat tanda buku rakan-rakan.

Klik pada Network.

Anda boleh menambah rakan delicious dengan klik pada nama pengguna tersebut dari muka pencarian tanda buku anda.

226

Bab 20: Del.Icio.Us

Kemudian klik pada Add a user to Network.

Atau, masukkan nama pengguna (username) dan klik pada Add untuk menambah rangkaian anda.

Contohnya, Kafarlee adalah rangkaian baru anda. Anda boleh melihat dan berkongsi tanda buku dengannya.

Untuk melihat rangkaian anda, pergi ke People dan klik pada My Network.

Di sini anda akan melihat bilangan rangkaian anda. Klik pada nama untuk melihat tanda buku mereka.

Bab 20: Del.Icio.Us

227

RUJUKAN

Gabriela

Grosseck.

2007.

Using

delicious

in

education.

http://www.scribd.com/doc/212002/Using-delicious-In-Education [25 Mac 2011]

http://en.wikipedia.org/wiki/Delicious_%28website%29 [25 Mac 2011]

http://onlinesapiens.wordpress.com/2008/07/19/using-delicious-in-education/ [25 Mac 2011]

http://www.delicious.com/help/about [25 Mac 2011]

You might also like