You are on page 1of 2

KOKURIKULUM DAPAT MEMBENTUK SAHSIAH DIRI PELAJAR Terima kasih kepada saudari pengerusi...........

Seperti sedia maklum, semua sekolah di Malaysia diwajibkan menjalankan aktiviti kokurikulum melibatkan semua pelajar sebagai syarat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial (JERIS) seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kepentingan kokurikulum ini dibuktikan lagi dengan perlaksanaan dasar 1murid 1sukan yang masih di tahap permulaan. Melalui dasar ini, seorang murid sekurang-kurangnya perlu menyertai satu jenis sukan di sekolah supaya tidak berlaku keciciran dalam aktiviti kokurikulum. Seperti yang telah diberitahu oleh pengerusi sebentar tadi, saya akan mengulas lebih lanjut mengenai definisi kokurikulum. Mengikut Kamus Dewan Edisi 3,muka surat___ kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya kegiatan dalam persatuan,kegiatan kesukanan dan lainlain. Menurut Mok Song Sang pula dalam bukunya, Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, kokurikulum bermaksud sebahagian kurikulum formal yang dijalankan diluar bilik darjah. Secara ringkasnya, kokurikulum adalah sebarang aktiviti diluar bilik darjah yang berkaitan dengan subjek pelajaran sebagai contoh, persatuan, kelab, unit beruniform dan sukan permainan. Apakah tujuan pelaksanaan kokurikulum ini? Sebenarnya kokurikulum bertujuan untuk mengasah potensi, minat, bakat dan kemahiran pelajar. Selain itu,kokurikulum juga bertujuan untuk menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional serta untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar dan menambahkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.Di samping itu,melalui kokurikulum pelajar dapat menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan dalam setiap aktiviti dalam komuniti selain membina daya pemikiran yang tajam, kreatif, inovatif dan berdaya tahan. Secara tidak langsung, sahsiah diri pelajar dapat dibentuk.Sahsiah bermaksud keperibadian yang utama iaitu menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan terpuji. Melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum,

para pelajar dapat belajar bagaimana cara bersosial dengan baik samaada dengan rakan mahupun orang kehormat. Selain itu, nilai-nilai murni yang diterapkan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh memberikan impak yang besar dalam diri mereka sendiri sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Apa yang dapat saya simpulkan disini adalah, kokurikulum turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan pelajar disamping kurikulum yang berkesan. BERBALIK SEMULA KEPADA SAUDARI PENGERUSI.

PUSINGAN KEDUA. Maafkan saya, saya ingin menambah sedikit ulasan berkaitan apa yang telah dijelaskan oleh panel yang ketiga tadi. Di samping pengaruh rakan sebaya, institusi kekeluargaan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak pelajar. Rumah adalah sumber pertama pendidikan secara tidak formal buat seseorang individu dalam kehidupannya. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menerapkan ilmu kekeluargaan dan keagamaan Namun apabila tanggungjawab ini gagal dilaksanakan dengan baik, maka berlakulah kekurangan atau tidak salah jika saya katakan kemiskinan kasih sayang dan

didikan buat anak-anak. Kepincangan yang berlaku boleh membawa kepada masalah yang tidak kita duga seperti masalah sosial dan kemerosotan dalam pelajaran. Andai kata anda sebagai ibu bapa, cuba kita fikir bersama-sama kesan yang akan berlaku akibat daripada pengabaian tanggungjawab terhadap anak-anak. ..fikir, fikir dan teruskan berfikir. Itu sahaja ulasan tambahan daripada saya. Terima kasih.

You might also like