You are on page 1of 17

1.

Pengenalan

Otak dikenali sebagai pengawal kepintaran. Mengikut pandangan masyarakat, otak dikatakan sebagai CPU komputer. Ada juga yang mengatakan bahawa otak lebih baik dari komputer. Pemikiran otak manusia banyak tertumpu kepada perkembangan fizikal otak manusia dan pembinaan minda di peringkat awal kanak-kanak mulai daripada pembentukannya dalam rahim sehingga kepada umurnya enam tahun. Perkembangan awal tentang pemikiran sangat penting kerana dari situlah manusia boleh melihat, mendengar, merasa, bertutur dan bergerak lalu boleh memahami kehidupannya. Manusia mula berfikir secara semulajadi yang menggunakan elemen fizikal dalam diri manusia sebagai asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Terutamanya menggunakan hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri yang ternyata banyak memberi hasil yang baik dalam menyelesaikan masalah.

Malah jika didalami secara lebih terperinci kita akan mendapat beberapa atau banyak kelebihan kerana dalam diri manusia terdapat minda sedar dan minda separa sedar. Jika dimanfaatkan sepenuhnya, kita akan dapat menghasilkan satu hasil yang amat menakjubkan. Kita dapat memahami dan menghafaz sesuatu dengan mudah di samping dapat melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tidak sangka kita boleh

lakukan. Umumnya, manusia terdiri daripada lima unsur iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Manakala kajian barat membahagikannya kepada tiga unsur iaitu kognitif, efektif dan psikomotor. Oleh itu untuk perkembangan secara menyeluruh, manusia memerlukan banyak perkara yang oleh memberi kesan kepada semua unsur-unsur itu seperti makanan untuk tubuh badan, kasih sayang untuk jiwa dan rangsangan untuk pemikiran.

2.0

Struktur Otak

Mengikut Kamus Dewan, otak ditakrifkan sebagai organ di bahagian atas kepala yang mengawal pemikiran atau perasaan dan juga merupakan alat berfikir. Telah dibuktikan bahawa kerja merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti
1

otak manusia atau miripnya adalah sukar malahan mustahil. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama iaitu serebrum, medula oblongata dan serebelum.

Gambarajah menunjukkan bahagian otak manusia.

Serebelum terletak di bahagian belakang. Ianya mempunyai banyak lipatan. Terdapat dua bahagian dalam serebelum iaitu bahagian luar dan dalam. Tanpa bantuan serebelum, kita tidak mampu berjalan tegak dengan senang. Tugas serebelum ialah sebagai pengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk menyelaraskan kedudukan, pergerakan dan ketegangan. Malahan, jika seseorang mengambil terlalu banyak alkohol akan menyebabkan keaktifan serebelum terjejas.Pergerakan si pemabuk akan menjadi tidak stabil.

Medula oblongata terletak di bawah serebrum. Ia merupakan pangkal saraf tunjang yang seakan bengkak. Bahagian luarnya berjirim putih sementara bahagian dalamnya berjirim kelabu. Fungsi utamanya mengawal tindakan luar kawal atau otomatik. Tindakan

luar kawal adalah tindakan tanpa disedari dan gerakbalas berlaku tanpa kehendak kita. Contoh tindakan luar kawal seperti peristalsis, denyutan jantung, respirasi dan sebagainya.

Serebrum terdiri dari bahagian yang paling besar dan penting. Ia terdiri daripada dua hemisfera yang sama saiz. Yang kiri mengawal otot-otot dan menerima maklumat dari organ deria yang terletak di bahagian badan sebelah kanan. Permukaan serebrum(korteks) dipenuhi lipatan untuk menambahkan luas permukaan supaya dapat menyusun lebih banyak neuron yang aktif. Ini dapat dilihat dimana semakin kita tua, semakin berkedut. Bahagian belakang serebrum berfungsi mentafsirkan impuls dari retina mata. Gambar warna dan bentuk imej dihantar ke sini untuk perbandingan dan ingatan. Dua kawasan berbentuk jalur di tengah sisi serebrum ialah kawasan deria dan motor. Kawasan deria menerima impuls dari mata, hidung, telinga, lidah dan reseptor deria dari bahagian badan lain. Impuls akan dihantar dari kawasan motor ke pelbagai otot dalam badan untuk membolehkan tindakan gerak balas berlaku. Impuls saraf adalah suatu bahan elektrokimia yang melibatkan pengaliran elektron iaitu zarah subatom bercas negatif dan bahan garam kimia seperti garam kalium klorida terutama ion Kalium. Prosesnya bukan elektromagnet seperti impuls dalam komputer.

3.0

Keupayaan Otak Manusia Otak mempunyai empat keupayaan yang besar iaitu: Keupayaan Meningkatkan Pancaindera. Keupayaan Menggunakan Maklumat Dan Stimuli. Keupayaan Menggunakan Pengalaman. Keupayaan Menggunakan Daya Intuit dan Wawasan. Banyak kajian yang menghuraikan kepelbagaian ini dan kekuatan luar biasa otak

dalam pelbagai bidang terutamanya hafalan. Oleh kerana otak boleh melakukan apa sahaja maka hasil akhir daripada pemikiran itu ialah cetusan pelbagai idea. Walau sehebat mana

pun ia akan tetap tunduk kepada pengaruh luaran yang terdapat di sekitarnya berdasarkan fungsi pancaindera yang ada iaitu : Daya Penglihatan Melalui Mata. Daya Pendengaran Melalui Telinga. Daya Sentuhan Melalui Kulit. Daya Hiduan Melalui Hidung. Daya Rasaan Melalui Lidah. Semua deria rasa memainkan peranan penting dalam proses berfikir kerana melalui deria-deria tersebut, isyarat atau maklumat akan disampaikan kepada otak untuk tindakan selanjutnya. Otak yang mendapat rangsangan daripada deria tersebut akan melakukan proses-proses yang sepatutnya. Dari sini timbulah kenyataan bahawa otak itu sukar dimusnahkan tetapi mudah dipengaruhi oleh alam sekitar sekeliling dan pancaindera.

4.0

Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri Bagaimanakah kita mengetahui tangan kiri dikawal oleh otak kanan dan tangan

kanan dikawal oleh otak kiri? Kes orang yang mengalami kecederaan otak diteliti. Sekiranya bahagian kiri otak mendapat kecederaan, didapati kesemua anggota badan di sebelah kanan akan mengalami paralisis atau kelumpuhan atau kehilangan kebolehan fungsi badan tertentu sama ada separa atau sepenuhnya. Fungsi-fungsi badan yang akan menerima kesan tersebut ialah seperti kehilangan ingatan atau kebolehan bercakap atau bertutur. Sebaliknya, sekiranya kecederaan berlaku pada bahagian otak kanan, kemungkinan paralisis akan berlaku pada anggota kiri badan. Di samping itu gangguan akan berlaku pada persepsi visual dan seseorang tidak dapat membuat anggaran jarak yang tepat serta kehilangan ingatan terutamanya tujuan melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu tindakan. Pada tahun 1981 pakar psikologi Amerika, Roger Sperry teklah mendapat anugerah Nobel dalam bidang perubatan kerana penemuannya mengenai pengkhususan fungsi pada
4

hemisfera cerebral otak manusia. Penyelidikannya membuktikan bahawa otak kiri dan otak kanan mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam menjalankan tugas intelektual. Setiap hemisfera otak mempunyai sensasi, persepsi, pemikiran dan idea sendiri yang tidak bertindak balas dengan apa yang ada pada hemisfera satu lagi, seolah-olah kedua-duanya beroperasi secara berasingan. Proses pemikiran pada otak kiri mempunyai ciri susunan, turutan dan logik manakala pemikiran pada otak kanan pula mengawal keupayaan ruang, aspirasi artistik dan kreativiti. Bandingan fungsi dan kawalan otak kiri dan otak kanan : HOKI Bahasa Nombor Fakta atau Logik Urutan atau Linear Analisa Lirik Bukti Objektif Tersurat Kecenderungan Analitik Rola Bentuk Imaginasi Manipulasi Global Ritma atau Rentak Penerokaan Idea Subjektif Tersirat Kecenderungan Global HOKA

Dari fungsi-fungsi di atas dapat dirumuskan bahawa HOKA lebih bercenderung ke arah pemikiran kreatif manakala HOKI berbentuk pemikiran kritis. Hemisfera Otak Kanan (HOKA) Hemisfera otak kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Ia memproses maklumat yang bercorak intutif, kreatif dan kesenian. Ia mengawal perasaan dan persepsi visual. Ia melihat secara keseluruhandan bukan satu persatu. Contoh yang paling jelas manusia yang dikuasai oleh HOKA ialah pelukis, penari, pengukir dan pemuzik. Cara pemikiran otak kanan menghasilkan pertimbangan yang wajar,secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap
5

penyesuaian secara holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. Cara pemikiran otak kanan meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak dan tingkah laku yang mulia. Dengan cara pemikiran otak kanan akan berupaya memperbaiki kelemahan spiritual, emosional, mental dan fizikal seperti hiperaktif, kemurungan,sifat pemarah, kedengkian, lupa keterlaluan, terlalu serius, lemah semangat, gangguan halusinasi, kegugupan, kecemburuan melampau, tidak bermaya, kelesuan, malas berfikir, kebimbangan dan sebagainya. Hemisfera otak kiri (HOKI) Hemisfera otak kiri pula mengawal bahagian kanan anggota badan. Ia berfikir tentang hal-hal yang bercorak analitik. Ia bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan bahasa, angka, fakta dan penyelesaian masalah. Umumnya, manusia yang dikuasai oleh HOKI berfikir secara analitik seperti ahli matematik. Mereka ini akan cuba sedaya upaya mereka akan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan angka. Dalam kebijaksanaan logik-matematik seseorang itu berkebolehan dalam kuantitati yang berdasarkan fakta dan sains. Kemahiran ini terdapat pada golongan ahli-ahli sains, ahli matematik dan ilmu logik. Mereka ini terdiri daripada peguam, jurutera, penyiasat, polis dan pengesan. Ahli matematik akan cuba menyelesaikan masalah melibatkan matematik atau cuba memperkenalkan teknik-teknik baru dalam menyelesaikan masalah matematik.

Kebijaksanaan yang dimilikinya akan cuba digunakan sepenuhnya dalam membantu mereka yang mengalami masalah dalam matematik. Ahli -ahli matematik ini akan memperkenalkan teori-teori dan produk baru mereka kepada umum dalam usaha membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran matematik. Mereka ini akan menerbitkan buku dan memberi kaedah bagi memudahkan para pelajar mendapatkan ilmu matematik ini. Kebijaksanaan yang dimiliki oleh mereka akan digunakan untuk menolong para pelajar dan masyarakat mempelajari ilmu matematik yang dikatakan sukar oleh kedua-dua sasaran ini. Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam kajian pakar-pakar perkembangan otak merumuskan bahawa 95% daripada kematangan otak seseorang
6

manusia sudah berlaku pada peringkat umur enam tahun. Justeru aspek ini perlu diberi perhatian dalam pendidikan matematik kerana ia boleh digunakan dan dijadikan asas kepada usaha membentuk asas matematik yang kukuh. Justeru ia perlu diambil perhatian terutamanya bagi seorang guru prasekolah untuk sedaya mungkin cuba menanamkan rasa suka terhadap matematik, seterusnya individu berkenaan akan dapat mendalami ilmu matematik dengan lebih mantap lagi. Banyak tanda yang menunjukkan atau yang dapat membezakan sama ada seseorang itu menggunakan HOKA atau HOKI. Menurut pakar pemikiran kebanyakan orang menggunakan otak kanan akan sentiasa meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri manakala orang yang sentiasa meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan ialah orang yang menggunakan HOKA.

5.0

Mencapai Keseimbangan Otak Kanan dan Otak Kiri Persoalan yang mungkin timbul ialah : otak manakah (kiri atau kanan) yang lebih

penting? Sebenarnya kedua-dua otak samaada otak kanan atau otak kiri adalah sama penting. Walaubagaimanapun, kedua-dua hemisfera ini akan mendominasi aktiviti tertentu. Kedua-duanya terlibat dalam pemikiran dan pentafsiran maklumat pada masa yang sama. Orang yang berkecenderungan menggunakan otak kiri lebih suka pentafsiran maklumat langkah demi langkah. Mereka juga digelar jenis pelajar atau pemikir linear. Mereka yang cenderung menggunakan otak kanan pula perlu melihat keseluruhan gambaran besar. Mereka digelar pemikir global. Contohnya, apabila kita mendengar lagu, otak kiri akan terfokus kepada lirik lagu manakala otak kanan akan memproses melodi lagu. Dalam sistem pendidikan negara kita sekarang telah menggunakan pendekatan KBKK iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif jika dibandingkan pendidikan tradisional. Namun, masih lagi mengutamakan penggunaan otak kiri yang dicerminkan dalam pembelajaran harian. Kebanyakan daripada aktiviti kerja mahupun pembelajaran di sekolah adalah dalam bentuk penulisan atau lisan. Kedua-dua aktiviti ini termasuk penekanan kepada subjek sains dan matematik adalah aktiviti otak kiri. Ketidakseimbangan
7

ini boleh dibaiki dengan melibatkan aktiviti otak kanan seperti muzik, kesenian, imaginasi, gambaran dan lain-lain aktiviti otak kanan. Aktiviti otak kanan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup atau kerja seseorang. Ini dapat dijelaskan mengapa pengajaran guru dengan hanya satu nada sahaja, bukan sahaja tidak dapat mengekalkan tumpuan pendengarnya, ia juga tidak lama kekal dalam ingatan pendengar. Ini adalah kerana cara kuliah hanya mengaktifkan otak kiri. Sekiranya teknik pengajaran dilanjutkan, cara pemikiran otak akan membentuk tabiat malas dan hanya menggunakan otak kiri untuk memikir. Melalui pelaziman pendidikan dan pengalaman hidup, otak kanan semakin bertambah puas membiarkan otak kiri untuk respon kepada rangsangan. Tabiat ini seterusnya mungkin menghadkan cara kita menilai sesuatu perkara dan membuat keputusan dalam cara lama atau lazim. Dalam erti kata lain, tabiat ini akan menghalang potensi intuitif dan kreativiti otak kanan daripada berkembang. Tabiat menyelesaikan masalah dengan menggunakan otak tertentu amat berguna sekiranya masalah yang hendak diselesaikan mempunyai persamaan dengan masalah yang pernah diselesaikan dahulu dengan jayanya. Namun begitu, bagi masalah baru kita akan cenderung menghadkan pemikiran kita kepada kebergantungan ke atas penyelesaian yang pernah diguna pada masa lepas. Kali ini penyelesaian yang dipilih kemungkinan tidak stabil. Dalam keadaan ideal atau kedua-dua otak diguna secara seimbang, didapati otak kanan akan respon terlebih dahulu kepada muka atau imej visual berbanding dengan perkataan atau bahasa. Ini dapat menerangkan mengapa dalam proses berkenalan dengan orang baru, lebih mudah muka seseorang itu didaftar dan diingati namanya. Apabila bertemu semula dengan orang yang sama, kita sering menyatakan Saya pernah melihat orang ini walaupun saya tidak ingat namanya.. Kita harus merangsang hemisfera otak khususnya untuk memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah tertentu. Saiz otak kiri harus lebih besar secara fizikal atau lebih aktif daripada otak kanan. Ini adalah penting bagi penguasaan bahasa. Otak kiri yang lebih besar memungkinkan seseorang membeza antara jenis-jenis bunyi yang didengarnya secara jelas. Sebaliknya seorang kanak-kanak dyslexia atau yang mempunyai disorder bahasa akan

mendengar bunyi perkataan bertindihan dan samar-samar. Ini disebabkan saiz kedua-dua otak kiri dan kanan terlalu seimbang. Dengan memahami keistimewaan fungsi setiap otak, kita boleh memaksimakan kuasa mental sepenuhnya apabila sedar menggunakan kedua-dua belah otak secara harmonis dan seimbang. Orang yang menggunakan kedua-dua otak dikatakan lebih seimbang dalam segala aspek kehidupannya. Keseimbangan inilah yang boleh menghasilkan pemikiran yang paling tajam dan seterusnya meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah. Hasilnya, kita dapat lihat daripada pemajuan dalam prestasi pelajar secara signifikan. Apabila keseluruhan otak terlibat secara aktif, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan cepat.

6.0

Gaya Pembelajaran Pemikiran Kreatif dan Kritis

Gaya pembelajaran pemikiran secara analitikal (HOKI - kritis) dan global (HOKA kreatif) secara amnya : Pemikiran Analitikal Suka belajar sendiri atau di Pemikiran Global bawah Suka belajar secara bersama rakan sebaya

pengawasaan orang dewasa atau pakar Suka belajar dalam cahaya terang Suka makan selepas selesai kerja Suka kedudukan belajar formal Suka melakukan kerja satu persatu Suka keadaan sunyi Suka belajar dalam cahaya samar Suka makan semasa kerja Suka kedudukan belajar tidak formal Suka melakukan kerja serentak Suka belajar dalam keadaan bising

Manakala Howard Gardner, seorang profesor di Harvard Graduate School of Education pada tahun 1983 telah kemukakan sembilan jenis kecerdasan dalam penggunaan minda.

i.

Kecerdasan Logik Matematik Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. Orang yang mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan Barbara MacIntoch. Pelajar yang berkecerdasan logik-matematik mempunyai beberapa ciri seperti: Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat. Suka menggunakan komputer. Suka bermain catur, cheker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi. Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logik. Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak difahami. Kecerdasan Bahasa Linguistik Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tetapi juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat, juga mempunyai kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S.Buck. Pelajar yang berkecerdasan bahasalinguistik mempunyai beberapa ciri-ciri seperti: Suka menulis. Suka bercerita. Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat. Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik. Suka membaca buku, jika ada masa terluang.
10

ii.

Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata.

iii.

Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang-orang yang suka mendengar kicauan burung dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan yang mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis Presley. Pelajar yang berkecerdasan muzik mempunyai beberapa ciri seperti: Boleh bermain alat muzik. Mudah mengingati melodi lagu. Boleh mengenal pasti bila note muzik off key Memerlukan muzik apabila belajar. Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu. Suka menyanyikan lagu-lagu kepada diri sendiri.

iv.

Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong dalam kumpulan ini. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan Leornado da Vinci. Pelajar yang berkecerdasan visual-ruang-spatial mempunyai beberapa ciri seperti: Suka day dream dan menghabiskan banyak masa untuk itu. Menyukai permainan puzzle atau teka-kata atau sambung kiub atau lego. Menyukai carta, rajah dan menonton filem.
11

Mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah. Suka melukis. Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau bernasyid. Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir tentang sesuatu.

v.

Kecerdasan Kinestetik-Badan Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orangorang yang memiliki kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Babe Ruth, Tiger Woods, Nurulhuda Abdullah dan Faiznur Miskin. Pelajar yang berkecerdasan kinestetik-badan mempunyai beberapa ciri seperti: Menyukai aktiviti sukan. Tidak boleh duduk diam di atas kerusi. Menyukai aktiviti-aktiviti yang mencabar. Menyentuh orang bila bercakap. Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit. Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain. Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.

vi.

Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru, ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada kecerdasan ini dalam menjalankan tugas
12

mereka. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Anne Sullivan, iaitu guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu. Pelajar yang berkecerdasan interpersonal mempunyai beberapa ciri seperti: Mempunyai ramai kawan. Boleh berempati (empathy) dan memahami perasaan orang lain. Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan. Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah. Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.

vii.

Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Sigmund Freud dan Ebbinghaus. Pelajar yang berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti: Mempamerkan kebolehan untuk berdikari. Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yang kontroversi. Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi. Mahu menjalani hidup dalam suasana privacy. Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

viii.

Kecerdasan Naturalis Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara binatang-binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan. Pelajar yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti:

13

Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau koleksi kulit siput. Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat. Suka memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain. Suka menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan dari alam semula jadi seperti buluh dan rotan.

ix.

Kecerdasan Eksistensial Kecerdasaan ini dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini termasuklah guru-guru agama Islam, Imam, bilal, bomoh tradisional, sami-sami Buddha dan Hindu, padri dan saintis. Pelajar yang berkecerdasan eksistensial mempunyai beberapa ciri seperti: Berminat mengkaji hal-hal keagamaan. Gemar menghafal kitab-kitab agama. Berminat mendidik kanak-kanak tentang keagamaan. Kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup. Sensitif kepada kepercayaan ahli masyarakat.

7.0

Makanan dan Pemakanan untuk Otak

Kesihatan badan yang baik adalah penting untuk menjamin kesihatan otak yang baik. Seperti organ-organ lain dalam badan, otak juga memerlukan bekalan oksigen dan nutrien untuk berfungsi dengan baik; sebenarnya otak memerlukan lebih banyak oksigen berbanding organ lain. Secara abstrak, maklumat yang disalurkan kepada sel-sel dalam otak boleh diertikan sebagai makanan untuk otak. Informasi-informasi yang diproses merupakan

14

pilihan jenis-jenis makanan. Mengikut saranan Jean Casper terdapat 10 amalan untuk mencerdaskan otak iaitu :

i.

Makan multivitamin Pengambilan vitamin dan mineral dengan cukup dapat meningkatkan kemampuan intelektual, memelihara otak, dan menguatkan fungsi kognitif bagi golongan tua.

ii.

Makan vitamin anti oksidan Perlu penambahan vitamin E dan C untuk menguatkan lagi daya ingatan golongan tua serta dapat mengelakkan penyakit alzeimer.

iii.

Pengambilan makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi Contoh pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal dan kismis menguatkan daya mental seseorang.

iv.

Minum teh Cara termudah dan tercepat memasukkan anti oksidan kedalam tubuh dan otak.

v.

Hindari lemak Hindari makanan yang mengandungi lemak yang tinggi seperti burger, minyak dan makanan segera dimana lemak yang tinggi akan menyekat penyaluran darah dan akhirnya memudahkan seseorang mengalami serangan jantung.

vi.

Omega 3 Dapat membangunkan struktur otak dan membantu metabolisme otak serta membuat jiwa tenang.

vii.

Jauhi gula dan karbohidrat Pengambilan gula dan karbohidrat yang tinggi akan merosakkan permanen pada sel otak yang mana akan menimbulkan malfungsi otak.

viii.

Kurangkan kalori dan turunkan berat badan Tubuh sihat otak cerdas.

ix.

Hindari stress dan berolah raga Bersukan dapat meningkatkan serotonin dalam otak yang mana dapat menurunkan depresi dan memperbaiki pola tidur juga menurunkan kortisol yang biasa jumlahnya akan meningkat jika kita stress.

x.

Hindari rokok
15

Rokok akan menghancurkan sistem metabolisme badan, menyebabkan kanser, mempermudahkan terjadinya arteriklerosis pada saluran darah dan apabila mengenai otak ia akan menyebabkan stroke.

8.0

Rumusan Banyak kajian menyatakan bahawa sebenarnya otak manusia amat mengkagumkan

dan hebat. Kehebatannnya mengalahkan komputer jika digunakan sepenuhnya. Dalam pengkajian beberapa ahli yang arif tentang otak mendedahkan bahawa terdapat berbilionbilion sel dalam otak manusia. Tetapi hanya beberapa peratus sahaja yang kebanyakan insan gunakan. Kesimpulannya potensi yang ada pada pemikiran pada otak kiri dan otak kanan ternyata amat besar dan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin agar perkembangan minda akan berkembang secara sihat dan cemerlang. Rangsangan perlu sentiasa diberikan kepada setiap pemikiran yang lahir kerana ia amat sensitif terhadap rangsangan. Bagaimanapun tekanan yang terlalu tinggi tidak harus dibebankan ke atas otak dan pemikiran manusia.

16

Rujukan

Khuan Wai Bing dan Omar Abdull Kareem. Ogos 2010. Pemikiran & Kreativiti Aplikasi dalam Latihan dan Pembangunan. http://warnadiri.blogspot.com.

Mohd. Ismail Bin Othman. 2010. Modul Pemikiran Kritis Kod ETD 1242. Universiti Industri Selangor.

www.scribd.com.

17

You might also like