You are on page 1of 6

Miskonsepsi dan kesilapan dalam algoritma matematik boleh berlaku kepada murid sekolah rendah.

Miskonsepsi dan kesilapan ini perlu dibetulkan supaya murid dapat mengikuti pelajaran matematik dengan baik dan berkesan. Soalan : Anda dikehendaki mengenalpasti tiga miskonsepsi dan / atau kesilapan

yang berlaku pada murid sekolah anda. Buktikan miskonsepsi / kesilapan tersebut dan bincangkan cara pembetulannya.

Pengenalan. Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran yang melibatkan operasi-operasi +, -, x, . Operasi-operasi itu merupakan asas kepada menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam matematik. Matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap murid. Ini kerana matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik mengira untuk pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Ia selaras dengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Jabatan Perdana Menteri, 1991). Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Namun, secara puratanya, Mereka berpendapat

terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi.

bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru, mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah 1. terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. terlalu memudahkan (oversimplification) 3. pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). 4. salah mengenalpasti (misidentifying) 5. salah faham (misunderstanding) 6. salah maklumat (misinformation) 7. kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) 8. salah faham konsep (conceptual misunderstands) 9. kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs) 10. penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

Punca-punca Kesilapan dalam soalan Ujian Bulanan Kertas 2 Matematik Tahun 3 Sk Taman Desaminium. I. Tidak berhati-hati atau cuai. Membaca soalan dengan cepat dan sekali imbas sahaja.

II.

Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau mengelakkan / tertinggal menulis sifar.

III.

Tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu serta tidak menulis nombor mengikut sa, puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu.

Kes-kes ganjil di mana a) b) c) d) simbol tambah disertakan menulis titik perpuluhan dan titik di sebalik sifar mendarab untuk mendapatkan jawapan tidak tahu sifir

IV.

Tidak membaca soalan dengan berhati-hati (malas membaca cerita yang melibatkan nombor lebih daripada satu digit).

Cadangan cara pembetulan


1. Tidak berhati-hati atau cuai Keadaan ini wujud di dalam semua kes, baik dalam kes murid yang cerdik mahu pun yang lemah . Ia terjadi kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan hingga melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. Ada juga yang terlalu yakin dengan jawapan yang mereka beri hingga tidak menyemak jawapan sebelum menghantar kertas soalan. Murid membuat kesilapan disebabkan kecuaian. Apabila murid ini ditanya mengapa berlaku kesilapan, mereka menyatakan bahawa, mereka berlumba-lumba

hendak menghabiskan soalan secepat mungkin. Murid cuai dalam menulis satu angka maka jawapan menjadi salah. Contoh ( soalan no 14)

2. Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau tertinggal sifar Tidak menulis sifar boleh dikategorikan kepada dua kesilapan iaitu terhindar daripada menulis sifar kerana dianggap tidak bernilai atau tidak diperlukan. Contoh: ( soalan no 4 )

3. Tidak membaca soalan Murid didapati tidak membaca soalan dengan berhati-hati. Ada juga murid yang tidak suka membaca soalan panjang atau merasa terlalu sukar hendak faham soalan panjang. Segolongan murid tidak tahu membaca dan menghadapi masalah membaca walau pun perkataan yang tidak melibatkan matematik. Contoh: ( soalan no 18 )

Memandangkan jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid terdiri daripada tiga punca iaitu cuai, tidak tahu sifir dan tidak membaca dengan lebih teliti; berikut adalah beberapa cadangan bagi mengatasinya.

1. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran seperti nilai tempat sa,
puluh, ratus, ribu, puluh ribu serta menulis nombor mengikut nilai tempat dan sifir darab. Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir darab. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan kelas bagi mengingat kembali sifir itu. Membanyakkan latihan darab juga dapat membantu ke arah ini.

2. Lebih tumpuan harus diberi kepada operasi bahagi yang asas dengan nombor
ringkas. Pada peringkat awal pengenalan operasi bahagi fakta asas bahagi ini hendaklah ditekankan.

3. Menyemak jawapan dijadikan amalan murid. Selepas selesai mengira semakan


jawapan boleh dibuat iaitu mendarab jawapan dengan pembahagi. 24 3 = 8 Guru jelaskan apabila didarab jawapan dengan pembahagi akan menghasilkan yang dibahagi. Secara ringkasnya

Semak: Jawapan x pembahagi = yang dibahagi 8 x 3 = 24

4. Sentiasa merujuk kepada sifir ketika mengajar operasi bahagi


1 x 7 =7 2 x 7 = 14

9 x 7 = 63

5. Guru perlu kemukakan pelbagai masalah yang melibatkan operasi bahagi dan
juga operasi bercampur . Ini dapat mengelakkan murid mengeluarkan nombor-nombor terlibat dan melakukan operasi bahagi tanpa membaca soalan. Apabila operasi bercampur terlibat, murid perlu membaca dengan teliti bagi mempastikan langkah pengiraan serta operasi yang terlibat.

You might also like