You are on page 1of 18

946/2 PENGAJIAN PERNIAGAAN Kertas 2 2011 3 Jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2011 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

TINGKATAN ENAM

CADANGAN SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2 3 Jam

946/2

2011 Hak Cipta

[Lihat sebelah]

Soalan 1 : (a) Elemen-elemen pencemaran : i.Sumber pencemaran ii. Ejen pencemaran iii. Perantaraan iv. Kesan pencemaran (b) i. Fungsi nisbah hutang:

( x 4 =2m)

1.Analisis kewangan yang melihat keupayaan firma untuk menguruskan hutang (hutang jangka pendek tidak diterima) sebagai satu sumber pembiayaan. @ 2. Mengukur sejauh mana aset dibiayai hutang berbanding ekuiti @ 3. Mengukur sejauh mana aset-aset dalam perniagaan dibiayai oleh sumber pembiayaan hutang @ 4. Mengukur sejauh mana aset-aset dalam perniagaan dibiayai oleh pihak luar, cth bank Mesti ada contoh (Pilih mana-mana 1 = 1m)

ii. Fungsi nisbah kecairan 1. Analisis kewangan yang mengukur tahap kecairan sesebuah firma untuk membayar balik obligasi/hutang/liability jangka pendek 2. Mengukur keupayaan firma menjelaskan hutang jangka pendek melalui aset semasa (Pilih mana-mana 1 = 1m) (c) Tiga kelebihan perancangan strategik : 1.Peluang untuk mencapai kejayaan adalah lebih tinggi melalui penggabungan pengalaman, maklumat perniagaan, teknologi dan kemahiran setiap firma yang bergabung. 2. Setiap firma akan berusaha untuk mencapai kejayaan memandangkan firma-firma ini mempunyai kepentingan masing-masing yang perlu dipertahankan dalam perikatan tersebut. 3. Risiko kerugian adalah rendah kerana setiap firma akan menanggung kerugian bersamaan nisbah yang telah dipersetujui bersama. 4. Dapat memperoleh modal pelaburan yang besar melalui sumbangan modal daripada beberapa buah firma perniagaan 5. Memiliki kepakaran yang tinggi kerana setiap firma akan menyumbangkan kepakaran masing-masing bagi menjayakan perikatan tersebut. 6. Mengurangkan persaingan antara firma yang mengeluarkan keluaran yang sama dan meluaskan pasaran firma. (pilih mana-mana 3 teratas, 3 x 1m)

(d) Tiga tujuan mesyuarat agung koperasi diadakan : 1. Mendapatkan ketetapan daripada bakal ahli-ahli mengenai penubuhan koperasi 2. Menerima undang-undang kecil koperasi yang bakal ditubuhkan 3. Memilih Ahli Lembaga Koperasi (ALK) ( 3 x1m =3m) (e) Empat kaedah pembayaran dalam perniagaan antarabangsa: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Surat kredit Tuntutan ikut perintah Perbankan korespondens Perdagangan barter Surat pengesahan penghantaran laut Surat pengesahan penghantaran udara Sijil pengesahan tempat asal

(pilih mana-mana 4 x m = 2m)

(f) Dua faktor syarikat memilih untuk menjadi syarikat multinasional 1. 2. 3. 4. Mendapat sumber yang lebih murah Menggelakkan tariff dan kuota Meningkatkan saiz pasaran Mendapat pindahan teknologi

(pilih mana-mana 2 x1m=2m)

(g) Etika kerja ialah tanggungjawab dan tingkah laku [1]yang patut ada pada seseorang dalam bidang pekerjaannya [1], tidak kira beliau pekerja swasta atau awam. Profesion guaman: 1. 2. 3. 4. Mesti mengekalkan standard yang tinggi dalam tingkah laku profesionnya Melaksanakan profesionnya tanpa dipengaruhi oleh motif untuk mencari untung Sebarang tindakan atau nasihat hanya boleh dilakukan untuk kepentingan anak guam Seorang peguam diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang kepakarannya sahaja ( x 2 contoh =1m)

( atau lain-lain jawapan yang relevan) (h) Dua peranan Better Business Bureau

1. Membekalkan maklumat mengenai sesebuah perniagaan atas permintaan pengguna 2. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan terhadap sesebuah perniagaan, termasuk melaksanakan proses penimbangtaraan 3. Membekalkan maklumat kepenggunaaan kepada pengguna, membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian yang bijak 4. Menawarkan khidmat penimbangtaraan dalam usaha menyelesaikan pertikaian antara penjual dengan pengguna 5. Menggalakkan aktiviti pengiklanan dan amalan penjualan yang beretika 6. Memantau aktiviti pengiklanan dan penjualan 7. Menyebarkan maklumat kepada pengguna melalui sutar khabar, radio, televisyen dan bahan cetak (pilih mana-mana 2 x 1m =2m)

(i)Tiga kegunaan komunikasi sehala dari atas ke bawah : 1. Untuk mendelegasikan visi, misi, dan objektif organisasi supaya dapat difahami oleh semua pekerja 2. Untuk memberi maklum balas dan menilai prestasi para pekerja 3. Untuk memaklumkan alasan dan falsafah di sebalik mengapa melakukan sesuatu kerja 4. Untuk menerangkan polisi, prosedur, arahan, peraturan serta amalan yang seharusnya diterapkan kepada pekerja 5. Memberi arahan supaya ada pengaliran arahan mengenai sesuatu kerja kepada peringkat pelaksanaan (pilih mana-mana 3 x1m =3m) (j) Halangan komunikasi semantik ialah masalah dari segi penggunaan bahasa di dalam komunikasi disebabkan oleh sesuatu patah perkataan yang digunakan itu mempunyai lebih dari satu makna [1m] dan cara terjemahan oleh seseorang terhadap sesuatu patah perkataan berlainan disebabkan perbezaan dari beberapa faktor seperti demografi, pengalaman, usia, ugama, keturunan, warganegara, status sosial, status pendidikan dan lain-lain.

2. Perbezaan antara kaedah sumbangsaran dengan kumpulan fokus : ASPEK Kumpulan Idea SUMBANGSARAN Ahli terdiri daripada ahli dalam organisasi perniagaan tersebut Tiada idea asas untuk dibangunkan tetapi boleh menghasilkan idea yang kreatif. Kritikan tidak boleh dilakukan kerana kuantiti idea yang banyak diperlukan Fasilitator tidak mendominasi ahli dalam kumpulan Ketua kumpulan akan merekod idea yang dijanakan atas carta flip. Ahli kumpulan akan dipanggil untuk memberikan idea berkaitan dengan masalah yang timbul KUMPULAN FOKUS Ahli terdiri daripada ahli yang berbeza latarbelakang sosioekonomi Idea adalah terarah dan tidak tearah tetapi dalam bentuk berformat

Fasilitator

Kaedah

Fasilitator yang bertindak sebagai pemandu arah supaya perbincangan secara terarah Ketua kumpulan tidak akan mencatat atas kertas flip. Sesiapa sahaja bebas memberikan idea.

(pilih mana-mana 3 aspek, 3 x 2m = 6m) (b) Proses merealisasikan idea dalam pembangunan produk Tahap Konsep Selepas idea produk baru dikenalpasti, idea itu akan dibangunkan melalui interaksi dengan pelanggan. Ia dilakukan melalui temuduga dengan responden terpilih Mereka akan didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk. Maklum balas daripada responden diperolehi dan dianalisis. Ciri-ciri yang digemari akan dimasukkan ke dalam idea produk baru

Tahap Pembangunan Produk Dalam tahap ini, reaksi pengguna tentang produk fizikal ditentukan Sekumpulan bakal pengguna akan diberi contoh produk syarikat dan contoh produk pesaing Pengguna akan menyimpan rekod penggunaan, membuat komen tentang kelebihan dan kelemahan produk tersebut serta membuat perbandingan dengan produk pesaing. Tahap Ujian Pemasaran Ujian pasaran diadakan untuk meningkatkan keyakinan terhadap kejayaan di peringkat pengkomersialan Tahap penerimaan pengguna diketahui melalui hasil sebenar jualan Kejayaan boleh dikenalpasti sekiranya jualan adalah memuaskan kerana ia menunjukkan produk digemari oleh pengguna

Tahap Pengkomersialan Setelah produk berjaya di tahap ujian penilaian pemasaran Peringkat terakhir di mana jualan sebenar dilaksanakan Proses memastikan produk berada dalam kitaran hayat lebih lama

[Fakta 1m, Huraian 1m, 4 x 2m = 8m; sekiranya calon memberi Tahap Idea, tiada markah kerana telah ada dalam soalan. Jika calon berjaya mendapat markah penuh (8m), layak mendapat 9m ]

. (c) Lima sumber idea yang boleh diperoleh seseorang usahawan jika melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan kraftangan di kawasan luar bandar. 1. Pelanggan Idea, keperluan dan kehendak yang disampaikan oleh pelanggan kepada peniaga. Dalam kes ini, pelanggan merupakan pembeli hasil kraftangan. 2. Produk sedia ada Produk yang telah ada dalam pasaran, mendapat sambutan ramai atau produk yang boleh doperbaiki dari segi kualiti, kegunaan, pembungkusan dll. Produk kraftangan dari peniaga lain yang telah ada dalam pasaran merupakan produk sedia ada dalam perniagaan kraftangan. 3. Syarikat/Pesaing Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran yang meluas, mempunyai produk yang boleh ditiru, dibesarkan saiznya atau diubah konsep pengurusannya. Produk kraftangan perniagaan pesaing ditiru, ditambahnilai, atau diubah konsep oleh perniagaan baru. 4. Pengalaman dan kemahiran Membuka perniagaan berdasarkan pengalaman kerja atau latihan yang diikuti untuk sekian lama. Usahawan kraftangan terbabit mendapat pengalaman kerja dan kemahiran daripada bekerja dengan orang lain sebelum mendapat idea untuk memulakan perniagaan sendiri.

5. Saluran pengedaran Maklum balas pengedar tentang potensi pasaran, maklum balas pengguna dan lokasi pengedaran. Usahawan kraftangan mendapat idea untuk memulakan perniagaan dari maklum balas dari pengedar, pengguna serta lokasi pengedaran. 6. Penyelidikan dan Pembangunan Usaha penyelidikan yang menghasilkan produk baru yang lebih berkualiti, menarik dan ekonomik. Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membuat kajian dan penemuan. Hasil yang diperoleh merupakan satu idea baru dalam perniagaan usahawan kraftangan. 7. Paten Hak mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang diterima oleh perniagaan yang membolehkan perniagaan memiliki kelebihan pesaingan. Perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang menjadikan paten satu aset yang sangat bernilai dalam mencetuskan idea perniagaan. 8. Juru perunding Khidmat nasihat dan kajian juru perunding yang boleh dijadikan sumber mewujudkan perniagaan baru. Usahawan kraftangan boleh merujuk kepada juru perunding bagi mendapat khidmat nasihat sebelum memulakan perniagaannya. 9. Dasar kerajaan Dasar pembangunan perniagaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dsbg yang membuka ruang untuk penubuhan perniagaan baru. Usahawan kraftangan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaan kraftangan daripada dasar kerajaan yang membuka peluang kepada usahawan desa dalam sektor pelancongan. 10. Media dan bahan cetak Pembacaan dan penelitian perkembangan terkini perniagaan, produk dsbg di dalam dan luar negara. Usahawan kraftangan boleh mendapat idea perniagaan daripada pembacaan dan penelitian perkembangan terkini berkenaan dengan kraftangan. [Pilih mana-mana 5 dan semak 5 jawapan teratas. Fakta 1m , Huraian 1m: 5 x 2m = 10m]

3. (a) Keadaan-keadaan yang menyebabkan sesuatu tawaran itu ditamatkan: i.Memberi notis pembatalan: - pembuat tawaran mengutarakan suatu notis yang bertujuan untuk membatalkan tawaran yang dibuatnya. ii. Tamat tempoh yang diberikan : - setiap tawaran yang dilakukan semestinya mempunyai tempoh bagi penerima menerima sesuatu tawaran. - sekiranya tempohnya telah tamat maka tawaran itu dianggap terbatal dengan sendirinya.

[4]

iii. Penerima gagal memenuhi syarat : - adakalanya sesuatu tawaran akan disertakan dengan syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh penerima. Seandainya penerima gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka kontrak boleh dianggap tamat atau terbatal. iv. Pembuat tawaran meninggal dunia atau sakit mental : - individu yang membuat tawaran didapati sakit mental ataupun meninggal dunia, maka secara tidak langsung tawaran yang dibuatnya terbatal. (fakta 1m, huraian 1m, mana-mana 2 =4m) (b)Empat syarat tersirat dalam suatu kontrak jualan barang-barang ialah : 1. Syarat tersirat mengenai hak milik. [1] - Satu syarat tersirat di pihak penjual bahawa penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak dijual atau hendak dipindahkan kepada pembeli-pembeli [1 ]. Penjual yang tidak mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak dijual, dianggap melakukan perlanggaran syarat tersirat yang membolehkan pembeli menamatkan kontrak [1 ]. 2. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut deskripsi / keterangan/ perihalan [1] - Satu syarat tersirat wujud dalam jualan berasaskan deskripsi bahawa barang tersebut hendaklah sama, berpadanan dan secocok dengan deskripsi yang diberi oleh penjual [1 ]. Syarat tersirat juga wujud di mana jika kontrak dibuat berasaskan sampel dan deskripsi. Adalah satu perlanggaran syarat tersirat jika barang tersebut hanya berpadanan dengan sampel tetapi tidak secocok dengan deskripsi [1]. 3. Syarat tersirat mengenai mutu atau sesuai bagi maksud @ kualiti dan kelayakan.[1] - Mutu barangan ditentukan oleh pembeli dan bukannya oleh penjual [1]. Ia mestilah memenuhi tujuan pembeli [1 ] 4. Syarat tersirat jualan melalui sampel [1] - Syarat tersirat wujud di dalam jualan melalui sampel di mana: (i) Keseluruhan barang itu hendaklah secocok dengan sampel tentang mutu. [1] (ii) Pembeli diberi peluang yang berpatutan untuk membandingkan keseluruhan barang dengan sampel sebelum membuat penerimaan. [1] (iii) Dan pemeriksaan munasabah, tiada terdapat kecacatan yang boleh menjadikannya tidak bermutu dagangan. [1] [16]

(c) Kebaikan dan keburukan internet : Kebaikan Dapat berinteraksi secara global Mengurangkan kos komunikasi Mempercepatkan pemindahan pengetahuan Menjimatkan masa

[5] Keburukan Penyebaran maklumat yang tidak benar secara meluas melalui internet Unsur-unsur lucah mudah didapati Unsur-unsur hiburan yang keterlaluan Hubungan antara manusia tiada kemesraan ( 3 kebaikan, 2 keburukan. 1m setiap satu)

4 (a)Tiga bentuk francais, dan berikan contoh bagi setiap bentuk francais tersebut.

[6]

1.Pemegang Francais Berformat Francaisi mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor yang menawarkan format peniagaan secara pakej yang meliputi hak penggunaan hak intelektual. Cth : KFC, McDonald dll 2.Francais pengilangan produk Francaisi menerima lesen untuk mengeluarkan barangan mengikut formula, resepi atau rekabentuk francais. Cth: Pembotolan Pepsi Cola,dll 3.Francais Wakil Pengedar Francaisi dimestikan memasarkan barangan secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor. Cth: Shell, BP, Mobil 4.Penganjur Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor Cth : Pernas Edar(G-Mart)dll 5.Lesen Bertanda Dagang/jenama Barangan yang dibuat oleh francaisor yang berlesen. Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran dalam bentuk komisen. Cth : Disney, Garfield dll. (Semak 3 yang teratas, Fakta m, Huraian 1m, Contoh m; 2m x 3 = 6m)

(b) (i) Tiga jenis modal kewangan dalam perniagaan. 1. Modal tetap - modal yang digunakan untuk membeli aset tetap dalam perniagaan. - contoh : mesin, bangunan,kenderaan, dll 2. Modal kerja - modal yang digunakan untuk menampung operasi harian / perbelanjaan perniagaan - contoh ; perbelanjaan gaji, sewa,elektrik, air dll 3. Modal pertumbuhan - modal yang diperlukan untuk membesarkan perniagaan dan menukar arah tuju dan membuka cawangan baru

[3]

- contoh : beli tanah,buka kilang baru [Fakta m, Huraian @ Contoh m; 1m x 3 = 3m] (ii) Tiga jenis sumber pembiayaan modal bagi seseorang usahawan untuk mengambil alih sesebuah perniagaan. 1. 2. 3. Modal rakan kongsi yang disumbangkan dalam bentuk saham/ekuiti. Simpanan peribadi yang dijadikan modal perniagaan. Pendapatan tertahan iaitu keuntungan daripada perniagaan terdahulu yang tidak digunakan tetapi dilaburkan semula untuk mendapatkan keuntungan. 4. 5. Pinjaman dari badan kerajaaan seperti Mara dan Bank Pembangunan. Pinjaman dari institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan dan syarikat insurans seperti pinjaman modal kerja, overdraf, kredit pusingan dsb termasuk pinjaman Islamik. 6. 7. Pinjaman/modal yang diperoleh daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Pajakan dan sewa beli aset-aset tetap seperti bangunan dan peralatan.

[6]

(Pilih mana-mana 3,Semak 3 yang pertama sahaja fakta 1m,huraian 1m, 3x3m =9m)

(c) (c) Rancangan organisasi yang perlu disediakan oleh Encik Azhar untuk membuka sebuah kilang perabot ialah: i. Pengenalan organisasi - menerangkan misi dan objektif syarikat ii. Carta organisasi / struktur - menggambarkan kumpulan pengurusan dan hierarki organisasi formal. - menunjukkan fungsi utama jabatan-jabatan. - digunakan bagi tujuan penyelarasan antara bahagian, autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan. iii. Jadual jawatan dan bilangan pekerja - senarai jawatan yang diperlukan dan jumlah pekerja yang ada. - status pekerja sepenuh masa, kontrak / sambilan iv. Jadual huraian tugas - menerangkan secara terperinci tentang tugas-tugas bagi setiap jawatan - butir-butir lengkap jawatan v.Jadual imbuhan balas jasa/ insentif - ganjaran-ganjaran & bentuk insentif kepada pekerja .Cth KWSP, Perkeso, Elaun Perubatan, pengangkutan, penginapan dll

vii.Senarai keperluan pejabat / susun atur pejabat - menyenaraikan aset tetap dan barang keperluan pejabat seperti perabot, alat pejabat, peralatan dll dalam pejabat. viii. Perbelanjaan pentadbiran - mengganggarkan kos terlibat dalam perbelanjaan pentadbiran, mengikut hari/bulanan seperti gaji buruh, sewa pejabat, cukai, insurans dll (Pilih mana-mana 5 ,Fakta 1m, Huraian 1m, 5 x 2m = 10 markah maks. Jawapan mesti ada kaitan dengan kes, jika tiada, 0 markah)

5. (a) Proses penubuhan kelab kebajikan tersebut ialah

[15]

1. Mesyuarat penubuhan [ ] Keahlian minimum 7 orang mesti penghuni Pangsapuri Sri Pahang [1] Tujuan mesyuarat : (a) (b) (c) (d) Persetujuan penubuhan [1] Nama dan alamat pertubuhan [1] Lantik Ahli Jawatankuasa [1] Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil [1]

2. Pendaftaran [ ] Daftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri [1] Dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama [1] Yuran pendaftaran perlu dijelaskan (sebanyak RM122++) kepada Pendaftar Pertubuhan. [1] Dokumen diperlukan: (a) Borang permohonan [1] (b) Senarai jawatankuasa penaja [1] (c) Undang-undang kecil [1] (d) Minit mesyuarat penubuhan [1] 3. Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti sehinggalah permohonan penubuhan pertubuhan diluluskan [1]. Sijil perakuan pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pengesahan pendaftaran [1]. *Nota: 1.Huraian perlu dikaitkan dengan pertubuhan Pangsapuri Sri Pahang walaupun sekali, jika tidak 0 markah 2. Langkah mesti mengikut turutan, jika tidak 0 markah

(b) Kelebihan menubuhkan kelab berbanding menubuhkan koperasi untuk kebajikan penghuni : 1. Aktivitinya adalah lebih pelbagai kebajikan, sukan kerohanian, kebudayaan, dan lain-lain.

[6]

2. Boleh juga menjalankan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi seperti berniaga untuk meningkatkan pendapatan kelab, sumbangan kebajikan, menganjurkan kursus sebagai aktiviti pendidikan dan lainlain. 3. Ahli tidak perlu menyumbangkan modal, hanya sumbangan yuran yang relatifnya rendah. 4. Proses penubuhan mudah dari segi bilangan ahli, kurang dokumen dll 5. Penglibatan dan komitmen ahli-ahli adalah menyeluruh disebabkan bilangan ahli yang kecil. (Pilih mana-mana 3,Fakta + huraian= 2 m : huraian pendek 1m, huraian panjang 2m) (c) Empat prinsip yang mesti ada pada sesuatu organisasi itu, supaya ia dapat dikelaskan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung ialah : 1. Keanggotaan secara sukarela 2. Tidak mementingkan keuntungan kewangan tetapi pentingkan isu yang dibentangkan 3. Mengutamakan kepentingan kumpulan dan masyarakat lebih daripada individu 4. Memperjuangkan isu-isu yang dikongsi bersama/faedah bersama 5. Mempunyai matlamat yang dikongsi bersama 6. Mementingkan perubahan daripada kepincangan yang dilakukan dalam masyarakat 7. Pengurusan secara demokrasi (Pilih mana-mana 4x 1m = 4m, semak first 4) 6 (a) Lima objektif perlindungan perdagangan dalam pasaran domestik yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah : [10] 1. Melindungi industri penting tempatan : - Industri tempatan yang baru dan sukar bersaing di peringkat antarangsa - Persaingan dgn perniagaan asing yang telah lama beroperasi dan mempunyai daya saing tinggi membolehkan penyingkiran perniagaan baru. 2. Mempelbagaikan ekonomi : - Menumpu pada sektor perkilangan merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan sektor ekonomi sesebuah negara membangun. - Sektor perkilangan yang dijalankan oleh negara sedang membangun menghadapi persaingan daripada negara maju di mana dasar perlindungan membantu negara sedang membangun mencapai matlamat mempelbagaikan ekonomi negara.

3. Menggalakkan perkembangan industri baru: - Industri baru perlu mendapatkan perlindungan kerana menghadapi kos pengeluaran yang tinggi berbanding dengan perniagaan luar negara. - Perlindungan perdagangan antarabangsa seperti tarif import yang tinggi membolehkan firma baru bersaing di pasaran dalam negeri. 4. Melindungi peluang pekerjaaan: - Peluang-peluang pekerjaan perlu dikekalkan bagi mengimbangi inflasi melalui dasar perlindungan ini. - Ia secara tidak langsung akan melindungi firma tempatan untuk bersaing dari sumber manusia. 5.Mengatasi imbangan perdagangan negatif: - Imbangan perdagangan negatif berlaku apabila negara lebih banyak mengimport barangan daripada mengeksport barangan. - Melalui perlindungan perdagangan antarabangsa ke atas barangan bukan modal boleh membantu negara untuk mengimbangi imbangan perdagangan yang negatif. ( pilih mana-mana 3, Fakta 1m, huraian 1m, 2m x 5 = 10m) (b)Tiga alasan negara-negara yang sedang membangun mempunyai kecenderungan untuk mengenakan perlindungan perdagangan ialah

[6]

1. Pendapatan kepada negara: - hasil daripada cukai import, eksport dan entreport yang dikenakan. - dapat digunakan untuk perbelanjaan, pembangunan dan pengurusan sesebuah negara. 2. Melindungi industri berat: - memerlukan sokongan oleh pihak kerajaan dari segi undang-undang, modal 3. Melindungi pekerja : - sekatan ke atas kemasukan buruh, levi dikenakan - membuka peluang kepada buruh asing untuk sektor tertentu sahaja 4. Melindungi industri strategik negara : - pertanian makanan utama - pertahanan senjata 5. Melakukan tindak balas : - tindakan seperti embargo,kuota, peningkatan dalam ckai akan dikenakan ke atas negara yang menggunakan perlindungan perdagangan. 6. Persaingan yang adil dan saksama : - cukai yang dikenakan meningkatkan harga produk luar negeri.

- mengimbangi kelebihan persaingan yang dipunyai oleh syarikat luar. ( fakta=1m, huraian =1m, semak tiga jawapan teratas) (c)Tiga jenis risiko perniagaan antarabangsa dan satu cara menguruskan risiko berkenaan oleh peniaga-peniaga di Malaysia. [9] 1. Risiko Kredit - ketidakmampuan syarikat membayar hutang atau pinjaman berserta dengan kadar faedah.- muflis, kemelesetan, bencana dll - Lambat dalam menjelaskan hutang Cara atasi : - menyediakan kemudahan surat kredit untuk negara pengimport. - negara pengeksport boleh melantik wakil untuk menerima bayaran daripada negara pengimport. 2. Risiko Kadar Pertukaran Asing - perubahan dalam kadar pertukaran asing yang mengalami turun naik nilai matawang berbanding negara lain . - Kawalan pertukaran asing yang ketat Cara atasi: - menggunakan rizab emas dan mata wang asing untuk melakukan jual beli mata wang asing. - menjalankan dasar menetapkan nilai mata wang tempatan berbanding dengan nilai mata wang asing melalui sistem kadar pertukaran tetap. 3. Pemilik Negara - Pengambilalihan perniagaan penting asing oleh kerajaan yang memerintah disebabkan pertukaran dasar dan undang-undang. Cara atasi: - memorandum kerjasama yang perlu ditandatangani dua buah negara yang berdagang. - jaminan kerajaan 4. Penghantaran Balik Tunai/dividen wujud apabila kerajaan menghadkan / mengadakan sekatan kepada firma asing yang ingin membawa keluar hasil keuntungan ke negara asal. Cara atasi : - pembayaran melalui bank - kerjasama dengan kerajaan memerintah ( Fakta 1m, Huraian 1m, cara atasi 1m, 3x3m =9m)

7(a)Pelanggaran hak pelajar-pelajar sekolah sebagai pengguna dalam : (i)Hak untuk mendapat keselamatan: - pelajar tidak dilindungi daripada makanan yang terjamin mutu kebersihannya. - pelajar tidak dilindungi daripada proses penyediaan makanan yang bersih dan selamat yang membahayakan / mengancam kesihatan/kehidupan. - peniaga kantin menggunakan bahan-bahan yang tidak bermutu tetapi murah untuk menyediakan makanan kepada pelajar yang akan mengancam kesihatan pelajar.

[9]

(ii)Hak untuk mendapat maklumat: - tarikh luput tidak tepat, contohnya kuih-muih dibekal daripada luar. - kesan sampingan / kesan negatif produk disembunyikan, contohnya burger, ayam goreng (makanan segera) yang menyebabkan ramai pelajar lebih berat badan. - Kekurangan maklumat keterangan tidak lengkap, isi kandungan tidak dinyatakan, tanda harga, bahan tidak dinyatakan selengkapnya, pelajar tiada peluang untuk bertanya tentang makananmakanan yang dijual. (iii)Hak untuk membuat pilihan: - tiada pilihan langsung kerana tiada penjual lain selain kantin sekolah tersebut . - menu yang disediakan juga terhad kerana peniaga kantin ingin meminimumkan kos jualan demi keuntungan. - pelajar tidak diberi peluang memilih pelbagai barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan. [ 3 Huraian = 3m; 3m x3 = 9m] (b)Isu keracunan makanan ini telah menunjukkan bahawa ada sesetengah peniaga kantin yang tidak menjalankan perniagaan secara beretika. Mengapa mereka sanggup melakukan sedemikian kerana : [6] 1. Kepentingan dan keuntungan peribadi : - untuk hidup mewah, kemasyuran dll 2. Tekanan untuk mendapat keuntungan : - persaingan yang hebat - persekitaran ekonomi yang kurang baik - perniagaan yang semakin merosot 3. Matlamat perniagaan vs nilai peribadi: - matlamat perniagaan untuk memaksimumkan keuntungan bercanggah dengan nilai moral. 4. Persaingan tidak sihat : - seperti sorok barang untuk menaikkan harga - menetapkan harga yang tidak berpatutan 5. Pertentangan rentas budaya : - amalan etika perniagaan yang berbeza antara negara , contoh: Malaysia dengan Thailand - kelonggaran undang-undang 6. Kejahilan pengguna: - kurang prihatin dengan hak-hak seorang pengguna [Pilih mana-mana 3, fakta 1m, huraian 1m, 3 x2m =6m]

(c)Lima masalah kepenggunaan yang sering diperjuangkan oleh Persatuan Pengguna di Malaysia pada masa kini. 1. Inflasi : - menaikkan harga barang - menurunkan nilai mata wang tempatan - mengurangkan kuasa beli pengguna 2. Kekurangan penawaran barang : - kekurangan penawaran barang keperluan akan menjejaskan taraf hidup rakyat - menggalakkan aktiviti menyorok barang - menaikkan harga barangan 3. Keselamatan pengguna: - penjualan barang tiruan - penjualan barang lama yang telah tamat tarikh luputnya - penjualan barang yang tidak berkualiti daripada luar negara pada harga murah ekoran dasar lambakan

[10]

4. Pencemaran alam sekitar : - penggunaan bahan kimia, pembuangan sisa toksik, tumpahan minyak, pendedahan kepada bahan radioaktif. - boleh membawa penyakit, memusnahkan hidupan air dan darat menjejaskan taraf hidup rakyat 5. Kekurangan maklumat : - pengguna jahil tentang hak-hak mereka - penyebaran maklumat yang tidak betul atau tidak tepat mengenai keluaran pengiklanan yang mengelirukan (fakta 1m, mana-mana 1huraian 1m, 5x2m=10m)

8.

(a) Kaedah komunikasi lisan yang boleh digunakan oleh pengurus dengan subordinatnya selain daripada ucapan.

[6]

1.Perbincangan : -merupakan komunikasi dua hala yang melibatkan maklumat secara mendatar dan secara lisan - boleh diadakan secara formal atau tidak formal. -melibatkan pertemuan bersemuka antara beberapa ahli / individu untuk bertukar-tukar pendapat.

2.Pembentangan: - merupakan komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat secara sehala daripada pembentang kepada audiens.

- melibatkan penyebaran maklumat berbentuk ilmiah hasil daripada kajian yang dibuat atau penyelidikan yang mendalam.

3.Mesyuarat : - suatu proses komunikasi yang melibatkan pertemuan dua atau lebih pihak dalam membincangkan sesuatu isu dan membuat satu keputusan. - pihak yang terlibat boleh memberikan pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. - melalui mesyuarat, hasil daripada rumusan pandangan daripada pihak rumusan pandangan daripada pihak-pihak yang terlibat. 4.Perbualan telefon: - memudahkan dua pihak atau lebih berhubung melalui pertuturan dalam jarak yang jauh. - maklumat dapat disampaikan dengan segera tanpa mengira lokasi. - boleh berbincang dan memberi pandangan sebelum membuat keputusan tanpa melibatkan pertemuan kedua-dua pihak. - dapat menjimatkan kos / masa (pilih mana-mana 3, fakta 1m,huraian 1m , 3x2m =6m) (b) Tiga jenis media persendirian, dan penggunaan media-media tersebut sebagai media komunikasi dalaman boleh ditingkatkan keberkesanannya. BENTUK MAKLUMAT ( ) Tempat strategic Bentuk tulisan Kejelasan maklumat Bahasa Keselamatan Daya tarikan/warna Segera/mudah dihubungi Dapat maklumbalas Mudah dibawa/alih Liputan meluas Terus kepada sasaran Maklumat ringkas dan khusus Berbentuk pemberitahuan Perlukan tindakan segera Bahasa jelas Berita semasa dan menyeluruh mengenai aktiviti sykt. Semua termasuk pihak luar

[9]

MEDIA ( )

KESESUAIAN (mana-mana 2x1)

1. Papan Kenyataan

Umum

2. Telefon

Personel

3. Pekeliling

Formal

4. Buletin Dalaman

Umum

Kos rendah Rekabentuk menarik/warna/grafik

5. Intranet

Umum

Eletronik E-mail Cepat/mudah/menyeluruh Banyak hala tidak perlu bersemuka Lisan Cepat Penggunaa suara/bahasa yang betul & mudah difahami Media yang sesuai

6. Pengumuman

Umum

7. Memo

Khusus/formal

Individu tertentu Memerlukan tindakan segera Ringkas dan mudah difahami Tidak terlalu terbuka Bertulis Dihantar kpd orang/sykt. tertentu Bahasa dan istilah yang betul Ringkas/tepat/dapat menerangkan maksud

8. Suratmenyurat

Umum/formal

(pilih mana-mana 3 jawapan teratas = 9m) (b) Kemahiran berunding pihak pengurusan ialah faktor penting dalam menentukan keberterusan hayat firma. Kesan perundingan yang berkesan dalam menentukan keberterusan hayat firma. [10]
-

merapatkan hubungan + huraian mewujudkan kesetiaan + huraian mewujudkan iklim / budaya kerja yang sihat + huraian meningkatkan imej syarikat + huraian meningkatkan motivasi + huraian meningkatkan produktiviti + huraian menyakinkan pihak pelabur/pembiaya + huraian mudah mendapatkan peluang-peluang perniagaan + huraian

( pilih mana-mana lima, 1 fakta 1m + Huraian 1m, 5x2m =10)

You might also like