You are on page 1of 54

PELAN PEMASARAN KOMODITI HALIA 2003 - 2010

1. PENGENALAN

Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman


herba atua rempah.Tanaman halia dikatakan berasal dari Asia Tenggara
telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia.Halia digunakan
sebagai bahan perasa dalam pelbagai masakan.Halia boleh di proses
untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin.Minyak halia boleh
di jadikan bahan perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik
dan ubatan.Oleoresin pula boleh digunakan untuk bahan perasa minuman
tetapi lebih untuk ubatan.

Ubat-ubatan dari halia boleh mengawal penyakit antaranya


demam,batuk,sesak dada,pleurisy,cramps,migrane, sengugut,sakit
kepala,sakit gigi,sakit tulang,sakit perut dan sakit gastrointestinal.

Halia ditanaman dikawasan tropika meliputi tanah ketinggian 1500 meter


dari aras laut dan boleh hidup dalam berbagai keadan cuaca dan jenis
tanah.

1
2. ANALISA SITUASI

2.1 Analisa Produk

2.1.1 Jenis Dan Varieti

Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale Roscoe dari


famili Zingiberaceae digunakan sebagai rempah perasa dan
ubatan. Ciri-ciri rizom halia seperti kandungan serabut, hasil
dan pungency (pedas) berbeza dari varieti ke varieti.
Terdapat dua jenis di Malaysia, iaitu :

- Jenis Bentong rizom besar dan


(Halia Bkt. Tinggi) berwarna pucat keputihan

- Jenis Tanjung Sepat rizomnya berbentuk


(Halia Indonesia) panjang dan berwarna
kekuningan muda

2.1.2 Benih

Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Pada


masa kini benih hanya boleh diperolehi daripada pengusaha-
pengusaha halia di mana sebahagian daripada halia yang
dituai disimpan untuk dijadikan benih. Benih/rizom halia
pada masa kini dijual pada harga RM4.00/kg. Sebanyak

2
1,800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1
hektar.

2.1.3 Zon Pengeluaran

Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama halia ialah


Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Di Negeri
Pahang, kawasan utama pengeluaran halia ialah di Bentong.
Di Negeri Sabah, kawasannya ialah di Keningau dan
Tambunan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah
seperti tercatat di bawah :

Jadual 1 : Keluasan tanaman halia mengikut negeri (1996 – 2000)


NEGERI KELUASAN (HEKTAR) MENGIKUT TAHUN

1996 1997 1998 1999 2000


Johor 27.0 53.0 88.0 71.0 55.2
Kedah - - - - 0.4
Kelantan 20.0 13.0 17.0 21.0 15.7
Melaka - - - - -
N.Sembilan 1.0 2.0 2.0 1.0 0.3
Pahang 47.0 80.0 115.0 117.0 91.8
P.Pinang - - - - 0.6
Perak - 1.0 - - 6.0
Perlis - - - 1.0 -
Selangor 448.0 337.0 94.0 72.0 72.0
Terengganu - - - - 2.0
Sabah * * * * 264.7
Sarawak * * * * 236.7
JUMLAH 543.0 486.0 316.0 283.0 745.4

Sumber : Jabatan Pertanian


• Tiada Maklumat

3
Pada tahun 2000, jumlah pengeluaran halia dari kawasan yang
mengeluarkan hasil (225.7 hektar) di Semenanjung Malaysia
dilaporkan sebanyak 1,859.3 metrik tan.

2.1.4 Keperluan Tanah Dan Cuaca

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 – 260 cm


setahun dan cuaca yang panas. Halia sesuai ditanam
dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran baik, kaya
dengan bahan organik serta gembur dan peroi, dan tidak
menyekat tumbesaran rizom. Halia hidup subur dalam
keadaan pH 5.0 – 6.5. Tanah yang paling sesuai ialah yang
bertekstur lom dari segi membekal nutrien, air dan udara
kepada akar tanaman. Ia juga boleh ditanam di tanah
gambut setelah ianya diperbaiki dengan sistem pengaliran
yang efisien, pengapuran sehingga pH tanah melebehi 5.0,
dan pemberian baja makro dan mikro yang mencukupi.

Halia juga sesuai di tanam dikawasan rendah di mana


suhunya 22-34°C dan mempunyai purata taburan hujan
sebanyak 2,000-2,500 mm/tahun.Masa yang paling sesuai
untuk menanam ialah pada bulan Februari hingga Mac, iaitu
pada musim permulaan hujan.

2.1.5 Amalan Kultur

Tanah perlu dibajak dan digembur sebelum menyediakan


batas berukuran 70 cm lebar dan 25 – 30 cm tinggi. Bagi
tanah yang berasid, kapur (GML) sebanyak 2.5 tan/ha

4
ditabur semasa tanah dibajak. Bagi tanah mineral, baja
organan sebanyak 4 tan/ha digaulkan dengan tanah di atas
batas sebelum menanam.

Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan.


Rizom disimpan di tempat redup selama 2 minggu untuk
menggalakkan percambahan tunas. Selepas itu, rizom
dikerat 5 cm panjang (sekurang-kurannya 2 mata tunas).
Sebayak 25 – 30 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom.
Sebanyak 1800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk
seluas 1 hektar.

Keratan-keratan rizom perlu direndam dalam larutan racun


kulat seperti Benomyl, dan dibiarkan kering sebelum
ditanam. Selepas ditanam, naungan perlu disediakan untuk
pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2 –4 minggu
selepas menanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 45
cm di anatara baris dan 30 cm di antara pokok. Kepadatan
pokok 45,000 sehektar.

Baja kapur sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa membajak


tanah, sekiranya pH kurang dari 5.Kadar pembajaan yang
disyorkan adalah seperti berikut :

5
Jadual 2 : Jadual pembajaan tanaman halia
PUSINGAN MASA JENIS BAJA KADAR/HA
1 Sebelum menanam Baja organan 4 tan
2 4 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg
3 8 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg
4 12 minggu NPK 12:!2:17:2 300 kg
5 16 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg
6 20 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg
Sumber : Jabatan Pertanian.

Untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, racun herba pracambah


seperti Alachlor atau Atrazine disembur pada kadar 4 lit/ha ke atas
batas, sebaik sahaja keratan-keratan halia ditanam. Selepas itu,
dua pusingan merumput secara manual di atas batas diperlukan.
Rumpai di sekeliling batas boleh dikawal dengan penyemburan
racun herba seperti Glufosinate ammonium. Penimbunan tanah di
pangkal pokok perlu dilakukan semasa merumput, supaya rizom-
rizom tidak terdedah Serangga dan penyakit utama yang
menyerang tanaman halia ialah :

Jadual 3 : Pengurusan serangga dan penyakit


JENIS SERANGGA/PENYAKIT KAWALAN

1. Ulat Pengorek Sembur racun Permethrin


(Udaspes folus)

2. Layu Bakteria Musnahkan pokok yang berpenyakit


(Pseudomonas solanacearum) Gunakan benih yang sihat
Tentukan saliran yang baik

3. Bintik Daun Sembur racun kulat Benomyl


(Phyllosticta zaingibera)

6
Sumber : Jabatan Pertanian

Pada masa sekarang, pengeluaran halia masih dihasilkan secara


konvensional oleh pengusaha-pengusaha. Walau bagaimanapun,
pengeluaran sayur-sayuran termasuk halia adalah digalakkan
supaya diusahakan secara organik dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan.

Keperluan tenaga kerja bagi penanaman halia sehektar adalah


seperti berikut :

Jadual 4 : Keperluan tenaga kerja tanaman halia


JENIS KERJA BULAN JUMLAH
1 2 3 4 5 6 7 8 9
1. Penyediaan tanah & batas Kontrek - - - - - - - - -
2. Merata & membaiki batas 6 - - - - - - - - 6
3. Penyediaan benih 4 - - - - - - - - 4
4. Menanam 20 - - - - - - - - 20
5. Membuat naungan - 25 - - - - - - - 25
6. Mengawal rumpai 4 4 - 4 - - - - - 12
7. Menimbus tanah - 8 - 8 - - - - - 16
8. Membaja 2 2 2 2 2 2 - - - 12
9. Mengawal - 2 4 4 - - - - - 10
serangga/penyakit
10. Memungut hasil - - - - - - - - 60 60
JUMLAH 36 41 6 18 2 2 - - 60 165

Sumber : Jabatan Pertanian

Halia boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4 – 5


bulan dan halia tua semasa berumur 8 – 9 bulan (batang dan daun
mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah
lama kepada cahaya matahari akan kehilangan air dan mutunya

7
merosot. Hasil halia tua adalah di antara 14 – 20 tan/ha dan halia
muda ialah 8 – 12 tan/ha. Hasil purata halia tua ialah 17 tan/ha.
Ini masih rendah jika di bandingkan dengan pengeluaran halia
China ( 115 tan/ha ), Indonesia ( 73 tan/ha ), Filipina ( 58 tan/ha )
(Lampiran 1)

2.1.6 Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran dibahagi kepada tiga komponen; iaitu kos


bahan, kos tenaga dan kos pelbagai. Sila rujuk Lampiran 2,3
dan 4. Jumlah kos pengeluaran bagi penanaman halia
Bentong adalah RM17,357.00 sehektar. Kos bahan
merupakan kos yang paling tinggi (RM12,962.00),
berbanding dengan kos tenaga (RM3,900.00) dan kos
pelbagai (RM495.00). Kos pengeluaran sekilogram halia
Bentong ialah RM1.02. Manakala anggaran kos pengeluaran
Halia Sabah ialah RM0.76 dan kos pengeluaran di kawasan
keseluruh Malaysia ialah RM0.86. Perbezaan di antara harga
ladang dan kos/kg ini merupakan angka petunjuk untung
atau ruginya pengeluaran.

Harga halia pada peringkat ladang sering menghadapi


keadaan turun naik yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
kualiti halia dan keadaan cuaca yang mempengaruhi
pengeluaran halia. Dalam tempoh lima tahun (1996 – 2000),
harga halia di peringkat ladang adalah di antara RM1.64/kg
dan RM2.37/kg dan harga purata ialah RM1.99/kg. Bagi
halia Bentong, harga di peringkat ladang ialah RM4.00/kg.

8
Berdasarkan kepada hasil halia sehektar dan harga purata
RM2.00 sekilogram, pendapatan kasar yang boleh diperolehi
ialah RM68,000 bagi halia Bentong, RM24,000.00 bagi halia
Sabah dan RM34,000.00 secara umum

Pendapatan bersih merupakan baki pendapatan setelah


ditolak segala kos perbelanjaan yang terlibat. Berdasarkan
hasil, harga dan kos pengeluaran yang dinyatakan,
pendapatan bersih sehektar ialah RM50,643.00 bagi halia
Bentong.RM14,890.00 bagi halia Sabah dan secara umum
RM19,343.00.

Bagi tanaman singkat masa seperti halia, kaedah “Pulangan


bagi setiap ringgit yang dilabur” sering digunakan dalam
analisis keuntungan. Ianya adalah nisbah di antara
pendapatan kasar dan kos pengeluaran. Bagi penanaman
halia, pulangan bagi setiap ringgit yang dilabur ialah RM3.92
bagi halia Bentong, RM2.63 bagi halia Sabah dan secara
umum RM2.32 dalam jangka masa 9 bulan.

2.1.7 Amalan Pengendalian Lepastuai

Pengendalian lepastuai yang teratur bagi halia amatlah


penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu.
Mutu halia menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air
(kecut) dan juga percambahan. Keperluan pengendalian
harus diambil kira daripada peringkat pengutipan sehingga
penerimaan oleh pengguna (Carta alir 1). dan untuk
dieksport.

9
(8-9 bulan selepas penanaman)

Pengendalian di ladang

Pengangkutan ke rumah penyediaan


Atau kawasan pengumpulan

Operasi penyediaan

Pemilihan dan pemotongan

Pembasuhan dan rendaman di dalam


Larutan pengawal kulat selama 10 minit

Pengeringan dan perawatan


(25-30 ºC, selama 4-5 hari)

Penggredan

Pemeriksaan kuarantin, pembungkusan,


Penyimpanan sementara (10-15 ºC,
Kelembapan bandingan 85-90%)

Pengangkutan ke Pelabuhan Kelang

Destinasi

Rajah 1 : Aliran operasi penyediaan halia untuk eksport dengan kapal laut

10
2.1.7.1 Pengutipan

Halia mencapai kematangan yang sesuai untuk


kegunaan segar selepas 8-9 bulan penanaman.
Kematangan juga kerap ditentukan dengan
meneliti perubahan warna daun yang menjadi
kekuningan dan seterusnya gugur.

Halia dikutip pada awal pagi ataupun petang iaitu


dalam keadaan persekitaran yang redup. Ini
bertujuan mengelakkan kehilangan kandungan air
yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut.
Kesan pancaran matahari juga boleh
menyebabkan penghijauan yang akan
menjejaskan mutu halia.

Pada peringkat permuliaan, cangkul digunakan


bagi melonggarkan tanah disekitar pokok halia
untuk memudahkan penarikan rizom keluar.
Penggunaan alat yang tidak sesuai atau yang
kasar boleh merosakkan, mencacatkan atau
mematahkan halia.

2.1.7.2 Pengendalian di ladang

Halia yang telah dikutip dimasukkan ke dalam


bekas yang sesuai seperti bakul plastik (30 kg)
ataupun bakul buluh. Sekiranya bakul buluh

11
digunakan, bahan pengalas seperti kertas atau
span perlu bagi mengelakkan geseran antara
bakul dan halia itu. Kutipan harus dibawa dengan
secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau
rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan
yang seterusnya. Keadaan yang sedemikian
adalah untuk mengelakkan pendedahan yang
lama atau cuaca panas yang boleh mengecutkan
rizom. Jenis pengangkutanyang digunakan
bergantung pada muatan dan jarak perjalanan ke
tempat pengumpulan.

2.1.7.3 Operasi di rumah pembungkusan

i) Pemilihan dan pemotongan

Pemilihan dilakukan bagi mengasingkan rizom


yang terlalu tua, yang terlalu muda, yang
busuk dan yang patah. Kebanyakan halia yang
patah disebabkan oleh kecederaan semasa
pengutipan dan kesan himpitan semasa
pengangkutan.

Cabang halia yang kecil dan tidak menarik


dipotong dengan pisau yang tajam.
Pemotongan perlu dilakukan dengan cermat
supaya tidak mencederakan bahagian halia
yang sebenar.

12
ii) Pembasuhan dan perlakuan racun kulat

Pembasuhan halia dibahagikan kepada dua


peringkat. Pada peringkat yang pertama,
pancutan air bersih digunakan untuk
membuang tanah dan serangga yang melekat
pada rizom. Pada peringkat yang kedua pula,
halia direndam di dalam air yang bersih untuk
membersihkan bahagian yang masih kotor
dengan menggunakan penggosok yang
lembut. Air perlu ditukarkan selalu bagi
mengelakkan jangkutan kulat.

Halia yang bersih direndam di dalam larutan


pengawal kulat (500 ppm) selama 10 minit
bagi mengelakkan pertumbuhan kulat yang
boleh menyebabkan pembusukan.

iii) Pengeringan

Air yang berlebihan pada halia boleh dibuang


dengan meletakkan halia di atas rak pada suhu
ambient. Kipas boleh digunakan untuk
mempercepatkan proses pengeringan.

iv) Perawatan

Halia yang telah kering di atas rak dibiar


terdedah kepada suhu ambient, dengan

13
pengudaraan yang baik selama 4-5 hari.
Operasi ini perlu bagi membolehkan
pembentukan lapisan periderma di bahagian
rizom yang terluka semasa pengutipan dan
pengendalian. Pembentukan lapisan ini akan
dapat mengelakkan kehilangan lembapan yang
berlebihan, serangan mikroorganisma dan
lebam pada tisu yang luka. Halia yang telah
diberi perawatan yang cukup akan mempunyai
rupa dan warna yang menarik.

v) Penggredan

Halia untuk pasaran dalam negeri dan eksport


digred berdasarkan ciri-ciri keseragaman
saiz,kesegaran,kerosakan dan kecacatan
berpandukan piawaian Sirim iaitu gred 1,2 dan
3. Terdapat 3 kumpulan saiz yang diukur dari
timbangan berat.(Lampiran 5 dan 6)

vi) Pembungkusan

Kotak ‘corrugated fireboard’ jenis teleskopik


yang berukuran 53 cm x 40 cm x 20 cm
dengan muatan 13.5 kg sesuai untuk

14
pembungkusan halia yang dieksport. Kotak
tersebut mestilah mempunyai beberapa
tebukan di bahagian sisi memanjang dan satu
lubang pengudaraan di bahagian tengah
penutupnya bagi mengelakkan suhu halia di
dalamnya meningkat.

vii) Penyimpanan sementara

Sementara menunggu untuk hantaran, halia


yang telah siap dibungkus di dalam kotak
boleh disimpan pada suhu 10-15 ºC dengan
kelembapan bandingan 85-90%. Pada
keadaan penyimpanan ini, halia boleh tahan
selama 4-5 bulan tanpa menjejaskan mutunya.

viii) Pengangkutan

Pengangkutan dengan kapal laut lebih murah


berbanding dengan kapal terbang. Untuk
tujuan ini, kontena kargo yang berukuran 6.1
m (20 kaki) dan 12.2 m (40 kaki) masing-
masing boleh digunakan untuk pengisian kira-
kira 5 tan dan 10 tan halia.

Bagi pengangkutan ke pelabuhan, kotak-kotak


yang berisi dengan halia perlu diangkut dengan
lori atau kontena yang bersuhu 10-15 ºC dan
kelembapan bandingan 85-90%. Kerja

15
mengisikan kontena perlu dilakukan dengan
secepat mungkin untuk mengelakkan
peningkatan suhu yang boleh menjejaskan
mutu hantaran.

2.1.7.4 Piawaian dan kawalan mutu

Piawaian dan kawalan mutu diperlukan bagi


mewujudkan satu sistem pengendalian dan
pemasaran yang baik dan berkesan. Pengeksport
harus memastikan supaya halia yang dieksport
bermutu tinggi. Dengan kawalan yang rapi dan
teliti ketika menjalankan setiap operasi
pengendalian, matlamat ini boleh dicapai.

Untuk membolehkan halia memasuki pasaran luar,


setiap hantaran hendaklah disertai dengan sijil
fitosanitari (phytosanitary) yang dikeluarkan
disahkan oleh Jabatan Pertanian. Sijil ini diperoleh
setelah pemeriksaan yang teliti oleh Pegawai
Kuarantin semasa operasi pembungkusan bagi
memastikan ketiadaan sebarang perosak dan
penyakit.

2.1.7.5 Kemudahan dan infrastruktur

Pengendalian lepastuai halia untuk pengeksport


melibatkan satu rangkaian operasi khusus yang

16
memerlukan sesuatu infrastruktur seperti bilik
sejuk untuk penyimpanan. Bagi ladang yang
besar, sebuah kompleks rumah penyediaan boleh
didirikan di kawasan ladang. Bagi pekebun kecil
pula, sebuah bangsal penyediaan yang dilengkapi
dengan rak untuk pengeringan dan perawatan,
meja pemilihan, meja penggredan, alat
penimbang, ruang menyimpan kotak, ruang
pembungkusan dan bekalan air bersih perlu
didirikan di kawasan kebun.

Operasi-operasi yang dijalankan di rumah atau


bangsal penyediaan tersebut ialah pemilihan,
pembersihan, perawatan, penggredan,
pembungkusan dan pengisian ke dalam kotak.
Kotak-kotak yang berisi halia kemudiannya segera
diangkut ke kompleks bilik sejuk yang
berhampiran seperti kompleks yang dimiliki oleh
FAMA bagi penyimpanan sementara.

2.1.8 Amalan Pemerosesan Minimum dan Pengilangan

Pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepastuai


yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang. Sayur
yang diproses secara minimum merupakan produk yang
telah dilakukan pembersihan, pembuangan kulit atau
pemotongan/hirisan, rawatan kimia, pengeringan dan

17
pembungkusan. Operasi yang dilakukan bergantung pada
jenis sayur. Bagi halia ia melibatkan operasi membersih
rizom,pembuangan kulit,hirisan,rendaman dalam larutan
kalsium klorida,pengeringan,pembungkusan dan penyimpan.
Halia yang di proses secara minumum sedia untuk terus di
gunakan untuk pemasakan. Melalui kaedah penyediaan yang
sesuai halia yang diproses secara minimum dapat di
kekalkan kesegarannya selama 4 minggu di suhu 2 C dan RH
85-90%.

Dari segi pengilangan, halia boleh diproses sebagai serbuk


halia, halia jeruk, minced ginger dan bahan perasa untuk
pelbagai makanan seperti sos, bakery dan jam serta
minuman buah-buahan dan teh yang mana
barangan/produk ini ada terdapat di pasaran luar negara.
Walau bagaimanapun, setakat ini perusahaan pemprosesan
halia di dalam negara masih lagi kecil dan terhad dari segi
produk dan tidak dibuat secara besar-besaran.

2.1.9 Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan oleh MARDI telah menghasilkan beberapa


teknologi bagi meningkat produktiviti halia. Teknologi
merangkumi aspek-aspek berikut:

- Cara memperbaiki tanah bermasaalah seperti tanah


gambut supaya sesuai untuk tanaman halia.
- Amalan kultura dan agronomi seperti penyediaan
tanah, jarak tanaman dan merumput.
- Pembajaan di berbagai jenis tanah seperti tanah lom

18
berliat dan tanah gambut.
- Pengawalan serangga perosak dan penyakit.
- Mekanisasi terutamanya dalam penyediaan
tanah, pembajaan dan penyemburan kimia.
- Pengendalian lepas tuai, penyimpanan,
pembungkusan dan pengangkutan.
- Teknologi pemprosesan.

Dasar Petanian Negara ( DPN3 ) telah mengenalpasti


bidang-bidang penyelidikan yang perlu dititik beratkan oleh
MARDI demi untuk memajukan industri sayur-sayuran
termasuk halia. Di antara bidang-bidang penyelidikan
tersebut ialah:

- Teknologi pengendalian lepas tuai.


- Sistem pengeluaran persekitaran terkawal bagi
sayur-sayuran temperat dan tropika.
- Pengeluaran sayur-sayuran secara tanpa tanah.
- Teknik Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk
berbagai jenis sayur-sayuran.
- Mewujudkan ‘standards, grades and certification
schemes’ untuk sayur-sayuran.

19
3. ANALISA PASARAN

3.1 Pasaran Domestik

Mengikut FAMA permintaan halia segar di pasaran domestik pada


tahun 2002 di jangka 18,603 mt (Lampiran 7) sedangkan jangkaan
pengeluaran halia tempatan adalah 9233 mt. Jangkaan kekurangan
bekalan sebanyak 9370 mt di tampung oleh import dari negeri
China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Hong Kong dan Vietnam.
Syer halia tua dan muda tempatan dalam pasaran domestik ialah
49.63%. Sumber utama bekalan halia tua dari Bukit Tinggi,
Pahang yang terkenal dengan halia Bentong dan dari
Sabah(Keningau dan Tambunan), manakala halia muda dari
Sepang Selangor ( varieti Sabah/Indonesia,). Setakat yang di
ketahui tidak ada halia muda di import dari luar negeri.

3.1.1 Segmen Permintaan

3.1.1.1 Permintaan isi rumah dan institusi

Halia digunakan sebagi bahan perasa dalam


masakan pelbagai makanan lauk pauk dan
hidangan.Jangkaan penggunaan halia oleh isi
rumah dan institusi pada tahun 2002 adalah
10,972 tan metrik dan di jangka akan terus
meningkat ke14,227 tan metrik pada tahun 2006.

20
3.1.1.2 Permintaan Kilang

Jangkaan permintaan halia oleh pengilang adalah


banyak 198 tan metrik pada tahun 2002 Antara
hasil produk proses terdapat dalam pasaran ialah

- Sos halia dari syarikat Amisan Product(M) Sdn


Bhd., Kapar Perak
- Halia minced dari Syarikat Bidor Kwong Heng
Sdn. Bhd., Bidor Perak
- Serbuk halia dari Syarikat Adillah Food
Industies Sdn. Bhd., Kota Kinabalu, Sabah
- Minuman herba halia dari Syarkat Vast Green
Sdn. Bhd.,Petaling Jaya,Selangor
- Chinese Ginger & Soy (untuk bahan tumis
termasuk cendawan Shiitake) dari syarikat
Merry Chef Food Sdn. Bhd Shah Alam Selangor
yang memasarkan produk di bawah jenama
TANPING.Produk diedarkan pasaraya seperti
Cermat,Giant,Jaya Jusco,Tops Sogo,Savemart
Xtra Super Cen di sekitar Kuala Lumpur, PJ
dan Klang dan beberapa pasaraya di
Seremban, Penang dan Ipoh.
- Syarikat syarikat tersebut di dapati berdaftar di
Matrade untuk tujuan eksport ke luar negara
dan edaran dalam pasaran domestik .

21
Cawangan Pengilangan IKS FAMA sedang
berusaha mempromosikan produk gula-gula madu
halia madu dan serbuk halia madu kepunyaan
syarikat Suhaimi Sdn Bhd Taiping Perak di dalam
pasaran tempatan. Tinjauan di pasar raya Giant
Shah Alam dan Xtra Klang mendapati halia
kering,ubatan herba termasuk halia, minuman
dan gula-gula halia turut di hasilkan dalam negeri

Permintaan kilang di ramalkan akan meningkat


347 tan metrik pada tahun 2006.

3.1.2 Aliran Pemasaran

Halia tua Bentong di percayai sebahgian besar nya di


eksport kerana mempunyai ciri saiz rizom yang lebih besar
di samping mempunyai rasa yang lebih pedas.Halia import
yang terdapat di pasaran tempatan juga turut di eksport
keluar negara. FAMA pernah mengeksport halia dari
Indonesia dan Cina serta halia Bentong dan dari Sabah ke
Rotterdam pada tahun 2000 dan 2001. Selain FAMA adalagi
seorang pengeksport halia yang berdaftar dengan Matrade
iaitu syarikat CED yang pernah menghantar halia Bentong
ke Belanda lima tahun lepas.Halia muda tempatan terbukti
dieksport ke UK. Umumnya aliran pemasaran halia adalah
seperti rajah 2

22
Rajah 2 : Aliran Pemasaran halia segar dalam Negara

Pengeluar
Peraih

Pengusaha
Pengangkutan
Pengeksport

Pemborong

Pengimport

Pemborong
Kedua

Jualan Terus Pasar Raya Peruncit Instiusi Kilang


(Pasar Tani)

Pengguna

Bagi hasil proses produk jenama TANPING dari Malaysia


telah memasuk pasaran Brunei, Australia dan UK.Terdapat
juga produk dari Singapura minuman halia segar ,teh halia
dan teh serai halia di jual di pasar raya Malaysia.

23
3.1.3 Kos Pemasaran

Kebiasaannya kos pemasaran termasuk upah,


pembungkusan dan pengangkutan sayur-sayuran termasuk
halia segar dalam pasaran tempatan dianggarkan 7-10%.

Kos pemasaran eksport halia tua ke Rotterdam,Belanda


yang di lakukan FAMA pada Januari 2002 melalui laut ialah
USD 0.80(RM3.00)/kg atau USD 8.00(RM30.00) bagi
pembungkusan kotak 10kg.

3.1.4 Harga , gred dan pembungkusan

Gred bergantung kepada saiz rizom yang di ukur dari


timbangan berat dan rasa kepedasan Gred halia tua yang di
amalkan oleh Cawangan Urusniga Fama seperti berikut;

Gred Saiz
1 >250gm
2 <250-150
3 <150->100gm

Umumnya halia tua dari Bentong lebih pedas serta


mempunyai rizom yang lebih besar dari segi ukuran garis
lintang (diameter) berbanding dari halia lain.Justu itu
harganya pun lebih tinggi Sebagai contoh tinjauan pada
20/7/2002 di pasar Borong Selayang di dapati harga borong
Gred 1 bagi halia Bentong adalah RM 5.25 /kg berbanding

24
dengan halia Thailand RM3.00/kg dan Indonesia RM1.70/kg
bagi gred sama. Harga ladang halia Bentong adalah
RM4.25 bagi Gred 1.Marjin pengusha tanaman halia Bentong
tinggi sebanyak RM3.38 kerana kos pengeluaran halia
tersebut hanya di anggarkan RM 1.02/kg. Harga halia
Bentong tinggi kerana berlaku penggunaan oleh kaum
perempuan China selepas bersalin atas sebab menjaga
kesihatan. Halia import di bungkus dalam kotak 10 kg.

Gred bagi halia muda juga bergantung pada saiz. Berat bagi
Gred 1 melebihi 300gm manakala berat bagi Gred 2 kurang
dari 300gm.Harga ladang bagi Gred 1 RM1.10/kg manakala
harga borong RM 3.25.

Di kalangan pemasar spesifikasi gred tersebut tidak di ikuti


sepenuhnya kerana terdapat halia yang luar saiz dalam
sesuatu saiz gred dengan kadar boleh melebehi 20% ,
termasuk dalam kotak halia import.

Hasil-hasil proses dari halia di jual pada harga yang berbeza


mengikut pelbagai bentuk dan saiz pembungkusan seperti
aluminium foil, packet, kotak,botol dan uncang.

3.2 Pasaran antarabangsa

3.2.1 Eksport

Pada tahun 2000 eksport di pasaran dunia bagi halia ialah


226,743 mt bernilai USD 130, juta.(Lampiran 9) 10 negara
pengeksport utama dunia di dahului jauh dihadapan oleh

25
China 49%, Thailand 14% Taiwan 7%, Indonesia 4%,Brazil
4%,India 4%,Belanda 3% Fiji 3% Nepal 2% dan Singapura
2%. Eksport Malaysia pada tahun tersebut hanya 189 tan
metrik bernilai USD 97,000 terutama ke Singapura(75%)
dan Amerika Syarikat (11%) (Lampiran 10). Ini bermakna
syer pasaran eksport Malaysia di dunia 0.08% sahaja
menjadikan Malaysia menduduki tempat ke-28 di pasaran
dunia. Walaupun kuantiti eksport dunia telah berkembang
sebanyak 8% dari tahun 1966-2000, namun pada tempoh
tersebut, eksport Malaysia merosot sebanyak 22% .
Pengeluaran di Semenanjung Malaysia berkurangan dari
54.3 hektar pada tahun 1996 ke 244 hektar pada tahun
2000.

3.2.2 Import

Import halia oleh negara pengimport pada tahun 2000


adalah sebanyak 247,112 tan bernilai US176.86 juta. Negara
Jepun merupakan negara pengimport yang jauh terbesar
dari negara lain dengan import sebanyak 104,379 tan
bernilai US 76.96 juta yang merupakan 42% dari jumlah
kuantiti import dunia. Negara kedua ialah Pakistan 11.6%
ketiga Amerika Syarikat 7.7%, keempat Emirat Arab Bersatu
4.8%, kelima United Kingdom 4.2%,keenam
Bangladesh,3.4% ketujuh Arab Saudi 3.3%,kelapan
Malaysia 3.1% dan 29 negara lain lain.

26
Jadual 5 : Kuantiti,syer dan pertumbuhan import oleh negara pengimport.

Negara Import(tan) (%) Pertumbuhan 1996-2000(%)


Jepun 104,379 42.2 12
Pakistan 28,738 11.6 65
Amerika Syarikat 19,035 7.7 7
Emirat Arab Bersatu 11,.804 4.8 10
United Kingdom 10,337 4.2 5
Bangladesh 8,409 3.4 506
Arab Saudi 8,248 3.3 na
Malaysia 7,652 3.1 53
Singapura 7,566 3.1 36
Belanda 6,981 2.8 12
Korea 6,805 2.8 43
Canada 4,680 1.9 5
India 2,591 1 63
Jerman 2,310 0.9 7
Morroco 1,758 0.7 21
Perancis 1,358 0.5 -2

Sumber: Ekstrak Dari Statistik Matrade – Import Dnia Halia 2000

27
3.2.3 Import bersih

Halia yang di import oleh pengimport utama hampir


kesemuanya di gunakan dalam negara masing –masing. Ini
terbukti dari angka import bersih masing-masing.

Jadual 6 : Import bersih negara pengimport

Negara Import(tan) Eksport(tan) Import bersih(tan)


Jepun 104,379 17 104,362
Pakistan 28,738 nil 28,738
Amerika Syarikat 19,035 664 18,371
Emirat Arab Bersatu 11,.804 248 11,556
United Kingdom 10,337 763 9,574
Bangladesh 8,409 nil 8,409
Arab Saudi 8,248 nil 8,248
Malaysia 7,652 189 7,463
Singapura 7,566 2,989 4,577
Belanda 6,981 2,858 4,123
Korea 6,805 nil 6,805
Canada 4,680 147 4,533
India 2,591 2,652 -61
Jerman 2,310 nil 2,310
Morroco 1,758 nil 1,758
Perancis 1,358 176 1,182

Sumber : Ekstrak Dari Statistik Matrade –Eksport dan Import Dunia Halia
2000

28
Dari jadual-jadual diatas boleh di katakan bahawa 7 negara
berpotensi bagi pasaran eksport halia yang boleh di
tumpukan adalah Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat, Emirat
Arab Bersatu, United Kingdom, Bangladesh dan Arab
Saudi.Di samping banyak pengunaan halia, negara-negara
berkenaan mencatatkan pertumbuhan import yang positif 5-
506% (1996-2000). Negara Singapura walaupun negara
pengimport utama Malaysia ketika ini tetapi kedudukannya
adalah cuma sebagai pengeksport semula.Syer pasaran kita
di Singapura ialah 142 tan iaitu cuma 1.9% sahaja
Sebanyak 39.5% dari import negara Singapura di eksport
semula. Eksport Malaysia ke USA pula hanya berjumlah 20
tan sahaja, sekadar 0.1% sahaja dari syer pasaran di
negara berkenaan.

Didapati negara Eropah seperti Jerman, Perancis dan


Belanda bukanlah merupakan negara pasaran besar untuk
halia. Import bersih masing-masing kurang dari import
bersih Malaysia.

3.2.4 Harga runcit

Di dapati harga runcit halia segar mengikut Matrade harga


runcit halia segar di pasaran Belanda, UK dan Australia
seperi berikut;

29
Jadual 7 : Harga runcit halia segar dipasaran luar negara

Pasaran Harga runcit (RM/kg) Pembungkusan Negara Asal

Belanda 16.05 kotak Thailand


23.60( muda) Thailand

UK 31.00 (muda) Malaysia


36.60 (muda) Thailand

Australia 21.80 kotak Australia

3.2.5 Halia proses

Antara produk halia yang terdapat di pasaran dunia ialah


minyak halia, jeruk,oleoresin, halia kering/dehydrated dan
sebagai bahan ramuan untuk produk sabun,.ubat-
ubatan/kesihatan,minuman,kek,puding,jam dan sos
makanan.Negara-negara pengeluar yang mengusahakan
produk halia adalah seperti berikut:

30
Negara pengeluar Produk

1. China hirisan halia,minyak halia,minced green ginger in


vegetable oildan ginger paste

2. Filipina jeruk halia

3. Thailand halia kering,jeruk dan minuman halia

4 Malaysia sos perasa halia

5. India minyak halia, oleoresin dan dehydrated ginger

7. Singapura oleoresin dan minuman halia segera


8 Hong Kong Jeruk dan minced ginger
9 Canada Ginger spice liquid handsoap
10 Australia Crush ginger,halia kering,jeruk bahan perasa minuman,
jam, bakery confectionery, candy strawberry &
conserve,sos dan halia serbuk.
Ubat tablet dan kapsul

Australia merupakan pengeluar yang besar di dunia bagi


produk halia diproses. Syarikat Buderim Ltd di yang mula
operasi 1943 merupakan pengeluar yang
besar,mengeluarkan hampir 100 produk halia proses yang
dipasarkan dipasaran utamanya di Amerika Syt dan di
Australia sendiri di bawah jenama Buderim Ginger. Ia
mengeluar dan memproses 40 % keperluan halia di Yandina,
Timur Selatan Queensland, Australia. Produk halia proses
yang terbaru dikeluarkan oleh Syarikat Buderin ialah
Strawberry bercampur ‘ginger conserve’ Keuntungan
sebelum cukai Syarikat Buderim pada tahun 2001, dijangka
Ringgit Australia 1.6 juta sedikit sebanyak menunjukkan

31
pasaran halia diproses mempunyai prospek yang besar.
Syarikat Buderim mengariskan stategi pemasarannya seperti
berikut:

- Memasarkan sendiri halia proses terus kepasaran


Amerika Syarikat untuk mengelakkan pengguna ditipu
dengan produk tiruan atau kualiti rendah.

- Memastikan bekalan berterusan sepanjang tahun dengan


kualiti yang terjamin.

- Mempunyai sijil akreditasi ISO 9001 dan HACCP tentang


keselamatan dan kualiti makanan.

Di Australia satu pertiga (1/3) penduduknya guna jem halia


dalam resepi makanan harian mereka.
United Kingdom merupakan pengguna terbesar halia proses
di Barat diikuti oleh Jerman dan negara-negara Eropah lain.

Buat masa ini halia yang ditanam secara organik menjadi


semakin diminati dipasaran UK, Eropah dan Amerika
Syarikat. Halia merupakan bahan campuran utama melebihi
50 % dalam ramuan perubatan menggunakan herba. Kajian
menunjukkan ubatan dari halia dapat mengurangkan kesan
pening kepala dan muntah lebih baik dari placebo.

Seperti di Malaysia produk di proses dari halia di jual pada


harga yang berbeza mengikut pelbagai bentuk dan saiz
pembungkusan seperti packet kotak,botol dan uncang.

32
Di jangka dengan perkembangan industri
makanan,minuman,ubatan dan sabun penggunaan halia
sebagai bahan akan juga turut berkembang.

4. ANALISA PESAING

4.1 Pasaran domestik

Jumlah halia yang di import oleh Malaysia pada tahun 2000


berjumlah 7,627 tan bernilai USD3.65 juta. Negara China
menguasai hampir tiga suku pasaran import halia kedalam negeri
di ikuti oleh Indonesia ,Thailand , Myanmar ,Hong Kong dan
Vietnam

Jadual 8 : Import halia Malaysia tahun 2000

Pengeksport Kuantiti (tan) Nilai( ribu USD) (%)

China 5574 2910 73


Indonesia 1239 396 16
Thailand 536 231 7
Myanmar 169 57 2.2
Hong Kong 90 43 1.2
Vietnam 19 11 0.3

Jumlah 7,627 3,648 100

Sumber : Ekstrak dari Statistik Matrade 2000

33
Jadual 9 : Perbandingan nilai-nilai import halia, Malaysia

Pengeksport Nilai import(US/tan) Nilai import(RM/kilo)

China 522 1.97

Indonesia 320 1.20

Thailand 431 1.60

Myanmar 337 1.80

Hong Kong 478 1.80

Vietnam 579 2.10

Sumber:Ekstrak dari Statistik Martrade 2000

Nota :I USD =RM 3.775

Berpandukan maklumat nilai import/kilo boleh diputuskan bahawa


harga bagi halia import tidak begitu jauh perbezaan antara satu
dengan yang lain.Dijangkakan kemasukan halia luar ke dalam
negara akan terus berlanjutan pada masa akan datang jika halia
Bentong terus mendapat harga premium dalam negara.

Setakat ini tidak ada data menunjukan kemasukan hasil-hasil


proses halia ke dalam negara kerana tidak ada kod khas
perdagangan import dan ekport halia proses.Walaubagaimana pun
terdapat kemasukan halia proses dari Singapura dan ini boleh
memberi saingan kepada hasil proses negara dalam pasaran
domestik

34
4.2 Pasaran Antarabangsa

4.2.1 Kuantiti Eksport

Dalam pasaran dunia, China merupakan pesaing terbesar


bagi Malaysia di rantau Asia di ikuti Thailand,Indonesia dan
Singapura ,masing masing dengan kekuatan eksportnya
814,147, 76 dan 16 kali ganda dari eksport Malaysia bagi
tahun 1996-2000. China telah berjaya mengeksport halia ke
24 buah negara manakala Thailand,Indonesia dan Singapura
masing-masing berjaya mengeksport ke 17 dan 18 negara.
Malaysia mengikut data resmi hanya mampu mengeksport
ke 2 buah negara saja iaitu Singapura dan Amerika
Syt.Pertumbuhan eksport Thailand dan China masing-masing
telah meningkat pada kadar yang tinggi sebanyak 45% dan
37% ,manakala berlaku penurunan prestasi eksport bagi
negara negara lain termasuk Malaysia bagi tempoh tersebut
(Jadual 10)

35
Jadual 10 : Perbandingan prestasi eksport halia dikalangan negara pesaing
Asia 2000
Negara Kuantiti Pertumbuhan Bil negara Bandingan kuantiti
Eksport tahunan mengimport eksport dgn Msia
(tan) (1996-2000) (kali ganda)

Malaysia 189 -22 2


Singapura 2,989 -9 17 16
Thailand 27,780 45 17 147
Indonesia 14,343 -18 18 76
Myanmar 218 -11 3 1.1
Vietnam 169 -44 4 0.9
Filipina 159 na 2 0.8
China 153,842 37 24 814

Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade –Eksport dunia setiap negara untuk
halia 2000

4.2.2 Harga Eksport .

Dari segi harga, Malaysia juga menghadapi persaingan


terutamanya dari China, kedua Indonesia dan ketiga dari
Thailand , seterusnya dari Filipina dan Vietnam.Nilai eksport
China di dapati terendah berbanding dengan nilai eksport
lain-lain ke semua tujuh pasaran utama. Sebaik- baiknya
Malaysia harus bersaing dengan China dan Indonesia dari
segi harga jika mahu meningkatkan lagi syer pasaran di
dunia.tetapi ini agak sukar di capai Contohnya nilai

36
eksport/kg Malaysia ke Amerika Syt. perlu di kurang dari
paras RM3.38 ke paras RM1.97 ( nilai eksport China) iaitu
pengurangan harga sebanyak 42% dan ke paras RM 2.31
(nilai eksport Indonesia) iatu sebanyak 32%.Perkara ini
perlu di teliti lebih lanjut samada eksport halia Malaysia
boleh di lakukan memandangkan komponen kos
pengeluaran semasa sahaja yang dianggarkan
RM1.02/kg(halia Bentong) sudah memakan masin-masing
52% dan 44% nilai eksport China dan Indonesia..Setakat ini
boleh di katakan harga eksport Malaysia tidak kompetitif
terhadap harga China dan Indonesia .Ini boleh di kaitkan
sebab kenapa prestasi eksport Malaysia terlau sangat kecil di
dalam pasaran dunia walaupun kualiti nya lebih baik. Untuk
mampu bersaing dengan China dan Indonesia di masa akan
datang usha R&D untuk meningkatkan produktiviti
pengeluatan perlu di laksanakan agar kos pengeluaran dapat
di turunkan lagi. Untuk bersaing di pasaran eksport
pengeluaran tempatan harus berskala besar dan bercorak
producer- cum -exporter bagi tujuan mengurangkan marjin
orang tengah.. Di pasaran Amerika Malaysia boleh
bersaing dari segi harga dengan Singapura dan Thailand
memandangkan nilai eksport Malaysia lebih rendah iaitu RM
3.38 /kg berbanding dengan nilai eksport Singapura RM
3.60/kg dan Thailand RM 3.52 ,lagi pun kita mempuyai
kelebihan dari segi kualiti.Dengan itu eksport Malaysia ke
Amerika boleh di gandakan lagi.

Di pasaran baru iaitu Pakistan,Emirat Arab Bersatu,


Bangladesh dan Arab prospek untuk memasuki pasaran
tersebut adalah baik jika Malaysia dapat mengeksport

37
dengan harga yang munasabah sama dengan Singapura
iaitu RM 3.10,RM2.80,RM3.29 danRM2.92./kg

Di pasaran UK pula Malaysia harus mengeksport dengan


harga sama dengan Thailand iaitu RM 3.05/kg.

Jadual 11 : Nilai eksport halia USD/kg di pasaran utama


Msia Indo Spura Thai Vietnam Filipina Myanmar China
Jepun 0.585 0.858 0.627 0.583 0.42
(2.20) (3.22) (2.35) (2.19) (1.58)
(3) (4) (5) (2) (1)
Pakistan 0.292 0.836 0.289 0.242
(1.10) (3.10) (1.09) (0.91)
(3) (4) (2) (1)
USA 0.900 0.616 0.960 0.939 0.545 1.333 0.529
(3.38) (2.31) (3.60) (3.52) (2.05) (5.01) (1.97)
(4) (3) (6) (5) (2) (7) (1)
Emirat 0.412 0.746 0.572 0.362
Arab (1.55) (2.80) (2.15) (1.36)
(1) (2) (3) (1)
UK 0.537 0.811 0.476
(2.02) (3.05) (1.79)
(2) (3) (1)
B/desh 0.226 0.875 0.213
(0.84) (3.29) (0.80)
(2) (3) (1)
Arab 0.531 0.778 0.467 0.550 0.400
Saudi (1.99) (2.92) (1.75) (2.07) (1.50)
(3) (5) (2) (4) (1)
Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade –Eksport dunia setiap negara untuk halia 2000
Nota : Angka dalam kurungan dalam Ringgit Malaysia
Angka kurungan italic menunjukan nilai ranking terendah

38
Mengikut Matrade harga halia muda dari Malaysia (RM
20/kg) di peringkat runcit di UK adalah lebih murah
berbanding dari Thailand(RM24.60/kg)

4.3 Pasaran Singapura dan Amerika Syarikat.

4.3.1 Kuantiti Eksport

Jumlah import Singapura dari negara Asia sahaja pada 2000


berjumlah 7692 tan..China menjadi pembekal utama
sebanyak 66% di ikuti Indonesia 27%,Thailand 4.4%.
Malaysia menduduki tempat ke 4 dengan eksport 142 tan
atau 1.8%. Jumlah import Amerika Syt. dari negara Asia
sahaja pada 2000 berjumlah 13,052 tan. China menjadi
pembekal utama sebanyak 82% di ikuti Thailand
16%,Indonesia 1% dan diikuti jauh oleh Thailand,Filipina
dan Malaysia masing-masing 0.2% (Jadual 12)

39
Jadual 12 : Kedudukan kuantiti (tan) eksport Malaysia dengan pesaing
Asia di pasaran Singapura dan Amerika Syarikat

Msia Indo Spura Thai Vietnam Filipina Myanmar China Jumlah


Spura 142 2,089 341 19 5,101 7,692
(1.8) (27.2) (4.4) (0.24) (66.3) (100%)
(4) (2) (3) (5) (1)
USA 20 125 25 2112 22 9 10,739 13,052
(0.2) (1) (0.2) (16.2) (0.2) (0.1) (82.3) (100%)
(6) (3) (4) (2) (5) (7) (1)

Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade –Eksport setiap negara untuk halia
2000
Nota : Angka dalam kurungan menunjukan kedudukan % eksport.
Angka dalam kurungan italic menunjukan kedudukan ranking pengeksport

4.3.2 Harga Eksport

Nilai eksport Thailand RM 0.39/kg jauh lebih rendah dari


China, Indonesia dan seterusnya Malaysia di pasaran
Singapura. Harga Malaysia lebih tinggi dari yang lain di
Singapura mungkin kerana faktor kualiti.Malaysia seharusnya
tidak perlu berusaha meningkatkan syer pasaran di
Singapura kerana kedudukannya hanya sebagai
pengeksport semula. Lebih baik tumpukan pasaran lain.

40
Jadual 13 : Perbandingan nilai eksport USD/kg di pasaran Singapura
Msia Indo Thai Vietnam China
Spura 0.465 0.331 0.103 0.632 0.376
(1.75) (1.24) (0.39) (2.37) (1.41)
(4) (2) (1) (5) (3)

Sumber: Ekstrak dari Statistik Matrade –Eksport halia setiap negara 2000
Nota : Angka kurungan dalam Ringgit Malaysia
: Angka kurungan italic menunjukan nilai ranking terendah.

4.3.3 Halia Proses

Malaysia harus mengeksport halia proses mengikut harga


pesaing di pasaran destinasi di dunia mengikut jenis
pembungkusan dan berat bersih supaya kompetitif.

41
5. ANALISA PERSEKITARAN

Bagi menghadapi persekitaran globalisasi dan liberalisasi


perdagangan,mesra alam asli dan kawalan kualiti akan menjadi faktor
penentu bagi pemasaran halia menjelang perlaksanaan AFTA 2003 dan
WTO 2005.Implikasi langsung daripada citarasa pengguna memerlukan
barangan yang lebih murah,segar,bersih dan selamat digunakan. Aspek
pembungkusan,grading dan kualiti barangan akan menjadi tumpuan
utama dan asas dalam perdagangan terutamanya meneroka dan
mengekalkan bahagian pasaran yang semakin bersaing

Dasar Pertanian Negara (DPN3) 1992 - 2010 yang mengariskan matlamat


untuk membangunakan rantaian dalam penggunaan produk sumber untuk
meningkatkan nilai ditambah dalam kegiatan perkilangan dan pengeluaran
tanaman makanan akan ditambah dengan mengubah sektor pertanian
kepada tanaman secara komsersial, berskala besar, tersusun dan
berteknologi tinggi dilaksanakan bagi menghasilkan pengeluaran berjadual
untuk memenuhi kehendak pasaran.

Komoditi halia merupakan salah satu komoditi sektor pertanian yang


dapat dikenalpasti mempunyai prospek dan potensi untuk dibangunkan.

42
5.1 Peraturan-peraturan

Bagi merealisasikan matlamat ini usaha perlu dijalankan untuk


mempelajari peraturan-peraturan perdagangan antarabangsa
terutama pasaran negara-negara yang di terokai ini dapat
dijalankan mengikut kumpulan perdagangan dunia seperti negara
ASEAN,Kumpulan Ekonomi Asia Pasifik, Kumpulan Negara Eropah
(EEC) Pertubuhan perdagangan dunia (WTO) yang melibatkan
peraturan pelaburan,dasar persaingan dan perolehan kerajaan
serta isu buruh,sosial dan piawaian alam sekitar

5.1.1 Peraturan Eksport

Bagi negara maju seperti Jepun,UK,Eropah dan Amerika Syt.


sedang menekankan kepentingan produk organik dalam
perdagangan makanan. Umumnya Jepun mengenakan
syarat import ketat terhadap sayur dan buah ke dalam
negaranya mengikut pengalaman FAMA yang lepas.

Eksport halia ke negara selain dari Jepun di jangka lebih


mudah di laksanakan.

5.2 Insentif

Insentif yang disediakan bagi penanaman halia ialah dibawah


projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan(TKPM), kontrak
ladang oleh FAMA dan Bank Pertanian melalui 3 F (Food for Fund)

43
5.2.1 Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan

Ia merupakan satu kawasan yang dikhaskan bagi


pengeluaran sayur dan tanaman jangka pendek
secara berterusan.kemudahan asas disediakan bagi
peserta yang dipilih untuk mengusahakan tanaman
makanan ditaman tersebut termasuk pembersihan
kawasan dan pembekalan sistem pengairan yang
bernilai RM10,000/ha.

5.3 Kualiti dan Standard

FAMA akan menambah lagi jenis sayur termasuk halia di


bawah program kawalan gred dan kualiti didalam pasaran domestik
dan eksport dengan matlamat supaya pihak pengeluar dan
pemasar dapat menghasil dan memasarkan halia yang berkualiti
mengikut piawaian/standard CODEX dan SIRIM.

Hantaran halia keluar negara di jangka tidak menghadapi


masaalah dari segi memenuhi keperluan piawaian kerana FAMA
telah berjaya mengeksport halia ke Belanda.

44
5.4 Skim Akreditasi Tanaman Ladang dan Skim Persijilan Ladang
Organik

Kedua-dua skim ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan


kepada peladang-peladang yang mengeluarkan hasil ladang yang
selamat dan berkualiti.Peladang perlu terlebih dahulu mematuhi
beberapa kriteria sebelum dapat diberi pengiktirafan dibawah skim
ini.Hasil ladang yang selamat dan berkualiti dapat bersaing serta
mendapat harga pasaran baik dipasaran tempatan dan luar negara.

5.5 Peraturan Kuarantin Tumbuhan

Bahan makanan pertanian segar sayur dan buah yang di import


tertakluk kepada peraturan kuarantin tumbuhan.Hasil pertanian ini
diperiksa terlebih dahulu dipintu masuk bagi memastikan ia tidak
dicemarai tanah serta membawa perosak atau penyakit sebelum
dibenarkan masuk.

5.6 Larangan Mengusaha di Tanah Tinggi

Nasional Forestry Council telah memutuskan mulai tahun 2002 ,


kawasan yang melebihi 1000 mapl tidak boleh lagi diusahakan
untuk tujuan pertanian.Ini bermakna untuk menambahkan lagi
penanaman tanaman makanan jenis iklim sederhana seperti halia,ia
hanya boleh dilakukan di kawasan tanah rendah.

45
5.7 Peraturan Permit Buruh Asing

Kerajan mengenakan Peraturan Permit Buruh Asing yang ketat


menyebabkan kos buruh meningkat dan sukar untuk bersaing.

6. ANALISA SWOT

6.1 Kekuatan

- Varieti halia Bentong lebih baik daripada varieti yang diimport


dari Thailand, China, Indonesia, Hong Kong dari segi kualiti.

- Harga runcit halia muda lebih murah dari Thailand di pasaran


United Kingdom ( harga halia Malaysia RM 31.00/ kg. – harga
Thailand RM 36.60/ kg. )

- Kos pengeluaran halia tempatan masih rendah (RM 1.02 per


kg) harga halia tempatan boleh diturunkan untuk bersaing
dengan harga halia import (penggantian import di pasaran
domestik).

- Mempunyai teknologi pengeluaran lengkap untuk memberi


penghasilan halia yang tinggi dan berkualiti.

- Malaysia mempunyai tanah subur yang luas, manakala tanah


yang kurang subur boleh di perbaiki melalui teknik pembaikan
tanah yang telah diwujudkan.

46
- Teknologi pengendalian lepas tuai dan pemerosesan telah
dibangunkan untuk mengurangkan ‘post –harvest losses’,
meningkatkan kualiti produk, menambahkan ‘end-product’ dan
‘by-product’ serta memaksimumkan pendapatan.

- Terdapat insentif kerajaan dibawah projek TKPM,kontrak


Ladang dan 3F (Food for Fund)

6.2 Kelemahan

- Ladang berskala kecil dan berselerak.


Pengeluaran tidak konsisten.

- Pengeluaran masih rendah berbanding dengan


China.Indonesia dan Filipina.

- Kekurangan tenaga buruh.

- Hak milik tanah yang tidak tetap.

- Harga input yang meningkat.

47
6.3 Peluang

- Malaysia boleh tingkatkan syer pasaran di Amerika Syarikat


yang pada masa ini 0.1 % disebabkan harga eksport
Malaysia ( RM 3.38 ) lebih rendah daripada Singapura ( RM
3.60 ) dan Thailand ( RM 3.52 ) Myanmar ( RM 5.01 )

- Malaysia boleh menembusi pasaran baru di Jepun, Pakistan,


Emirate Arab, UK, Bangladesh. Ini berdasarkan kemampuan
Malaysia bersaing dengan Singapura dan Thailand di
pasaran USA dari segi harga.

- Keadaan perdagangan yang mengalakkan dengan


perlaksanaan AFTA dan polisi-polisi WTO.

- Gred dan kualiti halia tempatan memenuhi keperluan tahap


piawaian eksport mengikut standard SIRIM, CODEX dan
USDA.

48
6.4 Ancaman

- Pesaingan produk halia diproses dari negara-negara


pengeluar seperti China, Filipina, Thailand, India, Singapura,
Australia, Kanada dan Hong Kong.

- Di pasaran Amerika Syarikat Malaysia menghadapi ancaman


dari Indonesia, Filipina dan China kerana harga eksport
negara-negara tersebut lebih rendah dari Malaysia

- Negara Jepun mengenakan prosidur dan pemeriksaan


import yang ketat berbanding negara lain.

49
7. PENETAPAN ARAH TUJU

7.1 Misi

Untuk menjadi salah satu negara pengeluaran utama halia di Asia


Tenggara menjelang tahun 2007.

7.2 Objektif

Mensasarkan untuk mengeksport sebanyak 19,000 tan menjelang


2007(berdasarkan 10 peratus import 2002 masing-masing
dinegara Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Jerman , Emirate Arab
Bersatu, Arab Saudi dan Pakistan.

Meningkatkan syer halia tempatan ke 80 peratus iaitu sejumlah


21,000tan dalam permintaan domestik menjelang 2007.

Menambah bilangan dan kuantiti produk halia yang diproses ( halia


kering,jeruk halia,minyak halia, serbuk halia, oleoresin, produk-
produk makanan dan minuman dengan perasa halia seperti jam
dan minuman buah-buahan serta ubat-ubatan dari halia(di campur
dengan herba lain) untuk eksport.

7.3 Penetapan Kedudukan

Untuk menjadi negara pesaing utama pengeluaran halia di Asia


Tenggara.

50
8. STRATEGI PEMASARAN

8.1 Produk

Halia segar varieti Bentung yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Pembungkusan untuk pasaran dalam negeri 30 kg dan pasaran


eksport 10 kg.

Untuk halia diproses jenama , pembungkusan dan berat bersih


bergantung kepada pengusaha berpandukan kepada cita rasa
pengguna.

8.2 Harga

Menetapkan harga yang sama atau lebih rendah dari harga negara
Thailand bagi halia segar.

Bagi halia diproses harga yang sama atau lebih rendah mengikut
jenis pembungkusan dan berat bersih bergantung kepada destinasi
pasaran.

51
8.3 Tempat

Saluran pasaran segar dalam negeri pasaran utama dipasar borong


dan pengilangan.Untuk pasaran luar negera Jepun,Amerika
Syarikat,Pakistan,Arab Saudi,Eropah dan Emirate Arab.

Saluran pasaran halia diproses dalam negeri di pasaraya dan


hyermarket.Untuk pasaran luar negara,Amerika
Syarikat,Jepun,United Kingdom,Jerman

Usahawan dan pengeksport disaran untuk mengujudkan


perkhidmatan E- dagangan untuk membangunkan jualan terus
kepada pelanggan .

8.4 Promosi

Langkah untuk meningkatkan saiz pasaran halia dalam segmen


pasaran eksport dan domestik seperti berikut :

8.4.1 Pamaeran Perdagangan – Malaysia Products Exhibition


dinegara terpilih.

8.4.2 Misi Perdagangan dengan MATRADE.

8.4.3 Promosi in-store bersama Pengimport – safeway


supermarket,Greenshop Holland.

8.4.4 Pengiklanan di Majalah dagangan di luar negara – fruit


world

8.4.5 Bahan-bahan promosi – poster,risalah resipi,cara


makan,katalog dalam pelbagai bahasa.

52
Perlu dijalankan secara agresif dan berterusan dipasaran tempatan
dan negara Amerika Syarikat,Jepun,Pakistan,Arab Saudi,Emirate
Arab Bersatu dan Eropah.

Pengeluaran halia untuk pasaran segar dan diproses mesti


menepati Syarat-syarat Skim Akreditasi Ladang Malaysia dan
HACCP Pengeluaran produk diproses perlu juga mempunyai sijil
akreditas ISO 9001 .Sijil-sijil ini bertujuaan menjamin keselamatan
dan kualiti makanan.

8.5 People

Mengujudkan syarikat yang melibatkan dalam aktiviti pengeluaran


dan eksport halia segar dan diproses.

Dicadangkan FAMACO dan Koperasi Pasartani menjalankan


usahasama dan mempunyai equiti dalam syarikat tersebut.

Syarikat ini dicadangkan di Bentung,Pahang dan di Tambunan atau


Keningau,Sabah.

53
9. PEMILIHAN STRATEGIK

- Pengeluar-pengeluar halia segar dan pengusaha-pengusaha halia


diproses diberi bantuan input-input pertanian (benih,baja dan
racun) sekurang-kurang pada tahun pertama mulai tahun 2003
untuk merangsang minat menanam halia.

- R & D pengeluaran mesti ditingkatkan bagi mengurangkan


perbezaan hasil pengeluaran halia segar negara dan negara lain.

Teknologi pemerosesan produk baru seperti minyak halia,jeruk


halia,halia kering ,oleoresin dan produk-produk halia yang boleh
digunakan untuk makanan,minuman,ubatan dan kosmestik perlu
dibangunkan secara agresif mulai pada tahun 2003.

- Kursus-kursus penamanan, pemerosesan dan pemasaran halia


perlu diberi kepada bakal usahawan secara bersepadu anjuran
Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI.

- Kemudahan infrastruktur pemasaran seperti pusat


pengumpulan,rumah pembungkusan,bilik sejuk dipertingkatkan.

- Syarat-syarat insentif penggalakan pelaburan,1986 dan Akta Cukai


pendapatan 1967 dilonggarkan supaya dapat dimanafaatkan oleh
golongan IKS.

- Megujudkan dana untuk pembangunan industri komoditi halia.

- Kajian penggunaan minyak halia dan oleoresin perlu ditingkatkan.

54

You might also like