You are on page 1of 3

PROGRAM LATIHAN KAWAT KECEMASAN KEBAKARAN SEKOLAH ????

Tajuk Projek : Latihan Kawat Kecemasan Kebakaran Anjuran : Unit Keselamatan Objektif : 1. Memberi kesedaran kepada murid-murid, guru-guru serta staf sokongan akan bahayanya kebakaran 2. Menyalurkan pengetahuan kepada warga sekolah ini tentang prosedur menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaan 3. Memaklumkan warga sekolah ini tentang tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya kebakaran. 4. Memberi pendedahan tentang cara-cara pengunaan dan penjagaan peralatan memadam kebakaran yang terdapat di sekolah. Strategi Pelaksanaan : Latihan 1 Tarikh : ?????? Hari : ?????? Masa : ?????? Latihan 2 Tarikh : Hari : Masa : ?????? ?????? ??????

Sasaran : 1. Murid-murid sekolah 2. Guru-guru sekolah 3. Staf sokongan sekolah Kaedah : 1. Ceramah 2. Demonstrasi 3. Kuiz Penglibatan : Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Tarikh : Masa : ?????? ??????

Prosedur Latihan Kawat Kecemasan Kebakaran A. Isyarat Bunyi loceng eletrik/loceng manual yang panjang dan kuat seperti berikut : RINGGG-RINGGG-RINGGG-BERHENTI(3SAAT)-RINGGGRINGGG-RINGGG B. Laluan Keluar Ikut anak panah yang ditentukan dalam pelan. (Rujuk Pelan Kebakaran) C. Tindakan Sewaktu Kecemasan Guru yang mengajar ketika itu bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar dalam kelas. Memastikan tiada pelajar ketinggalan D. Buku Kedatangan Buku Kedatangan yang berada dalam kelas dibawa oleh guru yang sedang mengajar pada waktu itu ke tempat berkumpul sepertimana yang ditetapkan dalam pelan Kawat Kecemasan Kebakaran. E. Tindakan Semasa Kecemasan Semua pelajar mestilah berjalan dengan cepat dan senyap ke arah padang sekolah Selepas itu laporan hendaklah dibuat kepada Guru Besar/Guru Kanan Semua guru dan pelajar hendaklah menunggu di padang untuk mendapat arahan yang selanjutnya. F. Tindakan Selepas Kecemasan Setelah semuanya selesai dan keadaan didapati selamat, balik semula ke kelas masing-masing setelah mendapat arahan dari Guru Bertugas atau Guru Besar. G. Tugasan Guru Kelas Memahami pelan sekolah dan mengenalpasti laluan yang mesti diikuti oleh kelas tersebut. Melakar dengan warna merah, jalan/laluan yang mesti diikuti oleh kelas tersebut. Mengambil kedatangan pelajar semasa berkumpul di padang. Mengetahui cara-cara penggunaan alat pemadam api. H. Tugasan Terhadap Blok Utama Guru-guru/staf sokongan yang bertanggungjawab terhadap blok-blok utama semasa latihan kecemasan hendaklah memastikan tiada pelajar yang tertinggal di blok-blok berikut :H.1. Bilik Wudhu H.2. Bilik Persalinan H.3. Bilik Kemahiran Hidup H.4. Bilik Makmal Komputer H.5. Bilik Makmal Sains I. Pelan Bertindak Guru Kanan/Pembantu Tadbir hendaklah segera menghubungi Jabatan Bomba, Hospital dan Balai Polis bagi memaklumkan kecemasan/kebakaran.

Semua guru dan staf sokongan sekolah hendaklah sedaya upaya cuba memadamkan kebakaran dengan Alat Pemadam Api yang terdapat disekolah. Staf Sokongan/Guru Bertugas hendaklah membuka semua pintu pagar atau laluan ke sekolah bagi memudahkan pasukan penyelamat datang untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat. J. Rawatan Kecemasan Guru Kanan HEM/Guru Bertugas hendaklah membawa bersama peti kecemasan. Guru Kanan KK dan Pasukan Bulan Sabit Merah hendaklah bersiap sedia memberi rawatan kecemasan jikalau perlu. Jikalau terdapat kes kecederaan teruk/parah, tunggu bantuan pasukan ambulan atau penyelamat untuk dibawa ke hospital Guru Kanan HEM/KK/Guru Bertugas hendaklah mempunyai pengetahuan asas dalam bantuan Pertolongan Cemas ketika memberi bantuan kepada mangsa. Jangan PANIK.ketika berhadapan dengan kes kecemasan. ** PERINGATAN!!! Jikalau sesiapa terlihat api/asap keluar dari mana-mana bangunan sekolah, individu tersebut hendaklah memberi amaran dengan menjerit API! API!API! dan segera memaklumkan kepada Guru Besar/Guru Kanan. Disediakan oleh : Disahkan oleh :

Setiausaha Unit Keselamatan

Guru Besar

You might also like