You are on page 1of 9

SULIT 900/1 Pengajian Am Kertas 2 3 jam

STPM 2011

GERAK GEMPUR ( SET 2 ) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA NEGERI PERAK 2011 PENGAJIAN AM
KERTAS 2 (Esei)
(Tiga jam)

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan

Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1. Kenaikan harga minyak mentah dunia meninggalkan kesan kepada pengguna dan kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan.

2. Pembangunan bandar bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan terjejasnya warisan negara. Bincangkan

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3. Teknonogi robot memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Bincangkan.

4. Timbalan

Presiden Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan krisis makanan peringkat global pada masa kini semakin serius.Demi mengatasi masalah ini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) amat berkesan. Jelaskan pernyataan di atas.

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20] 5 (a) ...untuk menjadi sebuah negara kreatif, organisasi kreatif dan individu kreatif budaya kreativiti, invensyen dan inovasi haruslah dipupuk dan diberi penekanan pada pelbagai peringkat. Selama ini penekanan banyak diberikan terhadap penguasaan ilmu eksplisit seperti matematik, fizik, kimia dan biologi. Penguasaan dan kemahiran ilmu tasit yang berkaitan dengan kreativiti dan invensyen kurang diberi galakan. Oleh itu, budaya kreativiti, invensyen dan inovasi ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi selain penekanan yang menyeluruh diberikan pada peringkat universiti. (Dipetik dan diubahsuai Mohd. Azhar Abd. Hamid Kreativiti: Suatu Cadangan Mata Pelajaran pada Peringkat Sekolah Menengah, 2009)

(i) (ii)

Bagaimanakah kreativiti, invensyen dan inovasi dapat dipupuk? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan rasional mata pelajaran kreativiti dan inovasi perlu diperkenalkan di peringkat sekolah. ATAU

(b) Perpustakaan merupakan institusi yang tidak mementingkan laba dan wang ringgit. Perpustakaan hanya sebagai hentian setempat yang membolehkan seluruh ilmu dikumpulkan dan diklasifikasikan bagi memudahkan pencarian dan membuat perbandingan tentang ilmu yang hendak dikaji. Meskipun demikian, perpustakaan yang menjadi gedung pengetahuan menghadapi cabaran semasa demi melangsaikan tanggungjawabnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Dewan Masyarakat, Julai 2007)

i) ii)

Apakah takrif mudah bagi perpustakaan ? Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan apakah cabaran yang dihadapi oleh sesebuah perpustakaan pada masa kini.

6 (a) Gelatin berasal daripada perkataan latin iaitu gelatus yang membawa maksud beku atau keras. Gelatin merupakan sejenis bahan yang tidak berbau, tiada rasa malah yang lebih menarik gelatin merupakan campuran protein yang tidak berwarna. Gelatin juga berkeupayaan untuk larut dalam air panas dan membentuk sebatian dalam keadaan gel apabila disejukkan. (Dipetik dan diubahsuai daripada Gelatin dalam Kehidupan Dewan Kosmik Februari 2009) (i)
(ii)

Jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada gelatin. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, kemukakan kegunaan gelatin dalam kehidupan seharian.

ATAU 6 (b) Fertigasi bermaksud pembajaan. Kaedah tanaman fertigasi merupakan kaedah penanaman yang memerlukan baja dalam bentuk larutan diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem perairan. Kaedah ini diperkenalkan di negara kita memandangkan kaedah penanaman terbuka yang dijalankan sejak turun temurun di Negara kita berisiko tinggi diancam serangga perosak dan aktiviti alam. Ia membabitkan penggunaan rumah tanaman yang juga dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH). Kini, SPH ditingkatkan dengan teknologi tambahan seperti sistem pertanian persekitaran terkawal. Sistem ini merupakan salah satu cabang hidroponik. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Jun 2004)

(a) Apakah yang anda faham mengenai kaedah tanaman fertigasi? (b) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kebaikan teknologi pertanian persekitaran terkawal.

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan pembuatan dalam negara dan negara-negara pengimport bagi tahun 2007. Kerajaan telah menggalakkan kemasukan pelabur asing (FDI) dan telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi. Langkah ini berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan eksport barangan pembuatan pada tahun 2007 dan menunjukkan trend peningkatan, iaitu pertambahan sebanyak RM 5 621 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan nilai eksport sebanyak RM 306 108 juta. Pada tahun 2007, barangan elektronik dan perkakasan elektrik merupakan produk pengeluaran yang tertinggi dan telah menyumbangkan nilai eksport yang besar, iaitu mencecah RM 118 271 juta atau 37.94%. Peningkatan eksport barangan ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Permintaan terhadap produk kimia dan plastik juga agak memberangsangkan bagi tahun 2007. Produk ini telah mendapat permintaan yang agak tinggi dan nilai eksportnya mencapai RM 61 477 juta, iaitu meningkat sebanyak RM 345 juta berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan jentera dan kelengkapan pengangkutan yang mengalami peningkatan agak ketara, iaitu pertambahan sebanyak RM 11 253 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencecah RM 37 134 juta.

Eksport barangan tekstil, pakaian dan kasut pada tahun 2007 pula mengalami kemerosotan hampir 2.68% berbanding tahun sebelumnya dan menjadikan peratusan eksport sebanyak 3.41% daripada jumlah keseluruhan. Eksport produk getah pula mencatatkan nilai eksport lebih rendah sedikit berbanding eksport tekstil, pakaian dan kasut, iaitu perbezaan hanya sebanyak RM 49 juta. Sementara itu, produk kayu juga merupakan antara pengeluaran utama negara dan mendapat permintaan yang tinggi. Nilai eksport produk kayu pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 14 390 juta atau 4.62%. Walau bagaimanapun, nilai eksport produk ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan eksport barangan elektronik dan perkakasan elektrik, manakala baki selebihnya pula melibatkan eksport barangan pembuatan lain. Destinasi eksport pula lebih tertumpu ke negara-negara Barat, Asean, dan Asia. Jepun merupakan negara pengimport yang terbesar, iaitu sebanyak RM 84 609 juta dan diikuti oleh negara Amereka Syarikat dengan nilai sebanyak RM 76 923 juta. Import di kalangan Negaranegara Asean pula hampir separuh daripada eksport ke Jepun dan mencatatkan nilai sebanyak RM 42 270 juta atau 13.56%. United Kingdom pula mengimport kurang sebanyak RM 1 034 juta berbanding Amerika Syarikat, manakala baki selebihnya dieksport ke lain-lain negara. Peningkatan eksport ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan imbangan perdagangan dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan negara. Sumber : (Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2007/2008, Kementerian Kewangan Malaysia) 8. Berdasarkan petikan di bawah , lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan aliran jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia mengikut sektor bagi tahun 2002 hingga 2005. Perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia bertambah setiap tahun selepas keperluan penduduk yang semakin meningkat. Namun, kerana langkah penjimatan perbelanjaan mengurus pada tahun 2005, perbelanjaan ini telah menurun berbanding tahun sebelumnya. Walaupun perbelanjaan tersebut berjumlah RM 89 141 juta meningkat sebanyak RM 20 442 juta berbanding tahun 2002. Perbelanjaan untuk keselamatan meningkat setiap tahun dengan peningkatan yang paling ketara pada tahun 2005 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Keselamatan merupakan suatu sektor yang tidak boleh dipandang ringan. Ini menyebabkan kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak RM 3171 juta pada tahun 2005 menjadi RM 12 200 juta berbanding dengan tahun 2002. Tahun 2003 dan 2004 juga turut meningkat masing-masing mencapai ke angka RM 10 407 juta dan RM 11 827 juta.

Sektor yang menjaga kebajikan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan iaitu sektor perkhidmatan sosial. Pada tahun 2002, perbelanjaan sektor ini ialah RM 24 799 juta meningkat kepada RM 28 707 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, jumlahnya meningkat sebanyak RM 3029 juta berbanding tahun 2003. Pada tahun 2004, jumlahnya mencecah RM 31 226 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun tersebut yang bernilai RM 91 524 juta. Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi mengalami perubahan yang tidak stabil dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2003, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 6467 juta daripada keseluruhan perbelanjaan tahun berkenaan yang berjumlah RM 75 224 juta . Pada tahun 2004 meningkat sedikit kepada RM 7419 juta namun menurun sebanyak RM 114 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan pada tahun 2002 ialah RM 6015 juta. Bagi memantapkan pentadbiran am , perbelanjaan sektor berkenaan juga turut meningkat dari tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 8275 juta dan meningkat sebanyak RM 178 juta pada tahun berikutnya. Keperluan pemodenan dan kecekapan dalam pentadbiran pada tahun 2004 ditambah lagi menjadi RM 8146 juta . Namun pada tahun 2005, perbelanjaan ini menurun sedikit kepada RM 7383 juta. Perbelanjaan dalam sektor-sektor lain juga menunjukkan keadaan tidak stabil kerana telah berlaku peningkatan pada tahun 2003 dan 2004 , namun menurun pada tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun 2005 meningkat sebanyak RM 9936 juta berbanding RM 20 581 juta pada tahun 2002. ( Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual, huraikan pola kedatangan pekerja asing mengikut negara asal di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2002 dan jelaskan implikasi sekiranya kemasukan mereka tidak dikawal. Malaysia: Pekerja Asing Mengikut Negara Asal Antara Tahun 2000 hingga 2002

Tahun Negara Asal

2000 (orang)

2001 (orang)

2002 (orang)

Thailand Indonesia Bangladesh Filipina Vietnam Jumlah

2571 9889 8574 9959 2489 33482

2491 11118 7854 1505 1789 24767

1886 11422 7598 1003 1529 23438

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Dalam Negeri, 2006)

10. Berdasarkan Rajah 1 di bawah, huraikan kepentingan susu ibu kepada ibu, anak dan juga dari segi sosioekonomi.

Rajah : Kepentingan Susu Ibu Kepada Anak dan Sosioekonomi

Kurangkan berat badan

Imunisasi pertama

SUSU IBU

ANAK

Jarakkan kehamilan

Melindungi dari jangkitan, alahan dan penyakit Makanan terbaik dan terjamin mutunya

IBU

Mengecutkan rahim dan risiko pendarahan

SOSIOEKONOMI

Jimat

Keluarga Penyayang

( Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

You might also like